Anda di halaman 1dari 17

CADANGAN PENYELIDIKAN

(RESEARCH PROPOSAL)
APAKAH PROPOSAL
PENYELIDIKAN?
⚫ Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik
sebelum penyelidikan sebenar dijalankan

⚫ Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi


memantapkan penyelidikan

⚫ Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik seperti


projek ilmiah, latihan ilmiah,disertasi atau tesis tetapi juga
digunakan dalam penyediaan mendapatkan geran
penyelidikan daripada institusi berkaitan
APAKAH OBJEKTIF UTAMA
PROPOSAL PENYELIDIKAN (PP)
1. Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal pasti
masalah, metodologi, objektif dan jangkaan hasil
penyelidikannya

2. Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan cadangan


dan bimbingan terhadap perancangan penyelidikan oleh
penyelidik di bawah seliaannya

3. Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan


penyelia supaya dapat bekerjasama merancang sebuah
penyelidikan yang baik dan memastikan objektif kajian
dicadangkan berhasil
APAKAH PERMASALAHAN KAJIAN?
⚫ Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan
yang menggerakkan penyelidik memecahkannya

⚫ Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang


memerlukan gerak balas dalam bentuk saintifik untuk
direalisasikan

⚫ Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan antara


dua atau lebih pemboleh ubah

⚫ Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak


kabur. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang
boleh diuji secara empirikal
TIPS MENGENALPASTI MASALAH:
⚫ Masalah baru - Prinsip asas ‘nilai tambah ilmu’ perlu
diberikan penekanan dalam menjalankan penyelidikan

⚫ Masalah tidak terlalu kecil - Elak berlaku halangan


perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan maksud
penyelidikan yang hendak di capai

⚫ Masalah tidak terlalu besar - Pengkaji perlu ambilkira faktor


batasan masa dan kos perbelanjaan. Elak terjerumus dalam
kajian berbentuk umum.
APAKAH UKURAN BESAR ATAU
KECIL MASALAH?
⚫ Kemahiran penyelidik

⚫ Maklumat literature review


PENDEKATAN DALAM MENULIS
PERMASALAHAN KAJIAN
1. Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan kajian
2. Mengketengahkan latar sejarah permasalahan kajian
3. Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu
kontemporari berdasarkan data atau maklumat literatur
4. Menegaskan kepentingan permasalahan kajian untuk
dikaji
APAKAH MATLAMAT KAJIAN?
⚫ Matlamat umum sesebuah kajian

⚫ Merujuk kepada tajuk kajian yang hendak dijalankan


APAKAH OBJEKTIF KAJIAN?
⚫ Adalah matlamat khusus yang mengandungi lebih
daripada satu tujuan

⚫ Tujuan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti


maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah kajian
dicadangkan. Objektif kajian hendaklah berdasarkan
prinsip ‘V’.
APAKAH TERMINOLOGI DALAM
OBJEKTIF KAJIAN?
⚫ Untuk mengenalpasti (to identify)
⚫ Untuk mencari hubungan (to correlate)
⚫ Untuk mengukur (to measure)
⚫ Untuk mengkaji (to examine)
⚫ Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
⚫ Untuk menganalisa (to analyze)
⚫ Untuk menilai (to evaluate)
⚫ Untuk membandingkan (to compare)
⚫ Untuk menentukan (to determine)
⚫ Untuk membuktikan (to prove)
⚫ Untuk mencadangkan (to propose)
APAKAH BATASAN KAJIAN?
⚫ Tujuan untuk menghadkan bidang kajian supaya tidak
terlalu luas

⚫ Mengelakkan penilai atau pembaca mempersoalkan


kenapa tidak dimasukkan bidang atau lokasi tertentu
sedangkan menurut pandangan mereka relevan dengan
kajian
APAKAH ASAS DALAM BATASAN
KAJIAN?
1. Batasan masa

2. Batasan bidang kajian

3. Batasan lokasi kajian


APAKAH DEFINISI OPERASIONAL?
⚫ Adalah sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik untuk
diberikan huraian supaya tidak mengelirukan pembaca yang
berkemungkinan mempunyai maksud lain seperti yang
dipersepsikan oleh penyelidik

⚫ Definisi operasional BUKAN definisi tajuk

⚫ Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi sesuai


dengan maksud penyelidik berdasarkan pendapat pakar bidang
atau literatur berkaitan penyelidikannya
APAKAH METODOLOGI KAJIAN?
⚫ Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data atau
menganalisa data

⚫ Penting bagi melihat kaedah yang dirangka boleh


mencapai objektif yang dicadangkan
APAKAH ASPEK PENTING DALAM
METODOLOGI KAJIAN?
1. Jenis kajian- sama ada kajian pensejarahan, deskriptif,
eksperimen,kajian lapangan atau kajian perpustakaan
2. Persampelan-persampelan mudah, persampelan kuota
etc,jumlah sampel dan kawasan sampel
3. Instrumen kajian-sama ada borang soal selidik, temubual
atau pemerhatian
4. Kaedah analisis data - menggunakan kajian
perbandingan, analisis kandungan dan sebagainya
APAKAH RANGKA CADANGAN
PENYELIDIKAN?
⚫ Bab-bab perlu ditulis dengan terperinci dengan
menyatakan tajuk utama dan sub-tajuk yang dirancang

⚫ Sistem penomboran yang teliti perlu digunakan agar tidak


berlaku pertindihan dan pengulangan
RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI?
⚫ Rujukan –bahan yang HANYA dirujuk khusus dalam
penyeldikan

⚫ Bibliografi-bahan yang DIRUJUK ATAU TIDAK tetapi


mempunyai berkaitan dengan kajian

Anda mungkin juga menyukai