Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI LUTH A.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya hormati barisan panel hakim tunjang keadilan,
seterusnya muslimin muslimat sekalian.

~ Pantun ~

Sirih berlipat pembuka bicara,


Kapur disapu atas daunnya,
Kisah Nabi Luth tajuk saya
Ambillah iktibar panduan bersama.

Siapakah Nabi Luth?

Nabi Luth alaihissalam adalah anak saudara lelaki Nabi Ibrahim a.s. Baginda diutus Allah s.w.t
ke sebuah negeri bernama Sadum. Penduduknya tidak taat kepada perintah Allah s.w.t dan
mempunyai pekerti yang amat buruk iaitu berkahwin sesama jenis yakni lelaki mengahwini
lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Firman Allah Taala :

       


    
Maksudnya : “dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada
kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan
oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu”.

(Ayat 80 , Surah al-A’raf)

Dengan masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras
penyakit sosialnya maka, diutuslah Nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat
mereka dari lembah kenistaan, kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih,
bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah
dan meninggalkan perbuatan maksiat seperti mengahwini sesama jenis itu.

Ya hadirin,

Fenomena golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender bukan isu baru di kalangan
masyarakat kita. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyebut

1 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Meranek, Kota Samarahan | MTQ 2013
bahawa, fenomena gay boleh meruntuhkan keharmonian rumah tangga, bahkan
penyumbang kepada HIV dan penyakit sosial. Ingatlah, sesungguhnya Allah amat murka
kepada orang-orang yang melanggar fitrahnya.

Masya Allah…

Betapa sombong dan bongkaknya kaum Nabi Luth, ketika mana Nabi Luth menyeru agar mereka
takutkan Allah, mereka dengan berlagaknya berkata ;

“Datangkanlah seksaan Allah itu wahai Luth, jika sekiranya engkau orang yang benar.”

~ Pantun ~

Dengan bongkak dan bangga


Lupa kepada Allah yang Esa
Nabi Luth dicabar kaumnya
Buktikan kebenaran baginda.

Berfirman Allah dalam surah Al-Ankabut potongan ayat 29;

         


     
Maksudnya : maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek):
"Datangkanlah kepada Kami azab dari Allah (yang Engkau janjikan itu) jika betul Engkau
dari orang-orang Yang benar".

Ya kawan-kawan

Perbuatan mengejek-ejek, mencaci, mencerca sesama umat Islam dilihat semakin


berleluasa di media cetak bahkan media elektronik pada masa ini. Janganlah kita
tergolong di dalam golongan ini kerana perbuatan menghina sesama Islam itu besar
dosanya.

Wahai hadirin sekalian,

Mendengar kata-kata ejekan dan cabaran dari kaumnya, Nabi Luth kemudiannya berdoa kepada
Allah s.w.t.

“Ya Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab atas kaum yang berbuat kebinasaan itu.”

Allah seterusnya mengabulkan doa baginda dan mengutuskan beberapa orang malaikat untuk

2 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Meranek, Kota Samarahan | MTQ 2013
menurunkan azab kepada kaum Nabi Luth yang derhaka itu. Perkabaran ini telah didengari oleh
Nabi Ibrahim Alaihissalam dan berkatalah baginda,

“Ya Allah, di dalam negeri itu ada Nabi Luth dan bagaimanakah nasib baginda jika negeri itu
akan dimusnahkan?”

Allah pun berfirman dalam potongan ayat surah Al-Ankabut ayat 32 yang berbunyi;

       


     
Maksudnya : Mereka menjawab: "Kami mengetahui akan orang-orang Yang tinggal di situ.
Sesungguhnya Kami akan menyelamatkan Dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya)
- kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang Yang dibinasakan".

Ya kawan-kawan,
Allah Maha Berkuasa jika Dia mengkehendaki sesuatu. Fenomena bencana alam yang
berlaku dewasa ini seperti taufan Sandy yang melanda Amerika Utara pada bulan
Oktober 2012 adalah bukti ianya ialah bencana daripada Allah.

Luth berdoa mohon azab dunia,


Allah perkenan Malaikat diturunkan,
Kacak bergaya, sasa tubuhnya,
Membawa berita dan seksaan.

Atas doa Nabi Luth, Allah mengirimkan dua malaikat yang menyerupai dua pemuda yang kacak
bergaya. Meskipun kedatangan mereka dirahsiakan tetapi dibocorkan oleh Isteri Nabi Luth
sendiri kepada kaumnya.

Mereka terus mengepung rumah Nabi Luth dengan berkata :

“Wahai Nabi Luth, serahkan pemuda-pemuda itu kepada kami”…

Maka amatlah khuatir Nabi Luth akan keselamatan tamunya lalu menasihati kaumnya.

Sepertimana firman Allah :

    


"Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku".

( Potongan Ayat 68, Surah Al-Hijr)

Ya kawan-kawan,

Tetamu-tetamu asing sering datang ke Negara kita. Mereka datang dengan pelbagai tujuan
seperti pendidikan, kesukanan bahkan politik. Mereka semua disambut dengan baik oleh
Kerajaan kita. Ingatlah kawan-kawan, memuliakan tetamu adalah dituntut dalam Islam.

3 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Meranek, Kota Samarahan | MTQ 2013
~ Syair.

Turunlah azab kepada kaumnya


Gegak gempita gempa melanda
Batuan panas menghujani mereka
Habislah negeri Sodom binasa

Ketika nafsu jahat kaumnya semakin memuncak, tatkala datang waktu subuh, kaum Nabi Luth
termasuk isterinya dihancurleburkan dengan bencana yang amat dasyat.

Firman Allah :
      
    
“Maka apabila datang perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan
(tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari
tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”.
(Ayat 82, Surah Huud)

Allah Maha Bijaksana. Orang yang beriman kepadanya pasti diselamatkan. Begitu juga
dengan Nabi Luth a.s dan anak-anak perempuannya.

Wahai rakan-rakan,

Kemurkaan Allah amatlah benar. Azab Allah telah ditunjukkan di merata-rata tempat
di dunia. Peristiwa bencana banjir dan tanah runtuh di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia
yang mengorbankan banyak nyawa sepatutnya menginsafkan kita semua.

Hadirin yang dihormati,

~Lagu

Hanya Allah yang wajib disembah


Ajaran Nabi jangan disanggah
Abdikan diri kepada Allah
Semoga hidup mendapat barakah.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

4 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Meranek, Kota Samarahan | MTQ 2013

Anda mungkin juga menyukai