Anda di halaman 1dari 6

NAMA:RABIATUL AYIESAH BT JAUHAR ARRIS

KELAS:5STEM

Kehadirannya tanpa diundang dan tanpa disangka bahawa kesannya amat besar kepada

kita semua. Aku tidak menyangka ia boleh merebak secepat mungkin. Perkara yang aku

maksudkan ialah virus yang merebak pada hari ini iaitu Novel Koronavirus atau nama

singkatannya Covid 19. Setahu aku daripada maklumat yang aku perolehi Covid 19 ini ialah

virus baharu dan tidak pernah mendiami di dalam badan manusia sebelum ini. Virus ini telah

mula dikesan pada pertengahan Disember 2019 di wilayah Wuhan, China. Wabak ini telah

membawa kita semua dalam keadaan darurat kesihatan sedunia yang telah diiktiraf oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) .Selain itu, WHO juga telah mengiktiraf virus tersebut

sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Covid 19 ini merupakan virus yang mengganggu sistem

pernafasan dalam badan manusia dan virus ini mudah menjangkiti antara individu dengan

individu yang lain . Perkara ini telah menyebabkan semua golongan manusia takut akan

kehadirannya.

Virus ini yang mula menular telah menggubah kehidupan masyarakat serata dunia di

dalam suasana ketakutan. Oleh hal yang demikian , pelbagai pihak telah bekerjasama dalam

usaha menanggani wabak Covid19. Di negara aku, pelbagai pihak telah memainkan peranan

yang sangat efisien terutamanya pihak kerajaan. Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan

Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menanggani

wabak Covid19. Aku pada mulanya tidak tahu akan tanda-tanda awal Covid 19 ini, sehinggalah

aku menoton televisyen yang menayangkan banyak informasi berkenaan dengan gejala virus

tersebut. Seingat aku tanda- tanda awal individu yang dijangkiti ialah bermula dengan kesukaran

bernafas,kemudian muntah dan demam . Pada masa yang sama juga aku dapat mengetahui
langkah berjaga-jaga yang harus diambil oleh masyarakat secara umumnya supaya rantaian

Covid19 dapat diputuskan. Antara langkah yang disyorkan ialah memakai pelitup mulut apabila

ditempat awam , mengekalkan jarak satu meter , memeriksa suhu badan dan kerap membasuh

tangan atau menggunakan hand sanitizer .Selain itu,kaedah pemantaun dan pengasingan diri

selama 14 hari untuk mereka yang baru pulang dari luar negara ataupun mempunyai kontak rapat

dengan individu yang dijangkiti.Ibu ku yang bekerja dihospital juga pernah terlibat dalam cuti 14

hari disebabkan mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti Covid19. Pada ketika

itu, aku tinggal bersama opah dan dua adik sepupu aku yang tidak dapat pulang bersama ibu

bapa mereka yang tinggal di negeri Selangor oleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

telah dilaksanakan yang tidak membenarkan merentas negeri. Syukur alhamdulillah ,setelah dua

kali saringan Covid19 dibuat ibu ku didapati bebas daripada virus tersebut.

Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata bahawa Covid 19 dapat

disebarkan dengan mudah sekali. Sebagai contoh dinegara kita ada banyak kluster yang

berkaitan dengan individu yang dijangkiti. Hal ini demikian kerana jangkitan wabak Covid19

mudah tersebar melalui titisan air liur ke dalam udara semasa batuk ,bersin ataupun semasa

berkomunikasi . Selanjutnya, jika seseorang indivudu tersebut bersentuhan seperti bersalaman

dengan indivudu yang dijangkiti maka kemungkinan besar induvidu tersebut juga boleh

dijangkiti. Sehubungan dengan itu, kita mestilah melaksanakan Standard Operation Prosedur

atau dikenali SOP yang disyorkan oleh pihak kerajaan bagi mencegah Covid19. Setelah aku

mengetahui perkara tersebut, lantas aku mengambil tindakan yang drastik yang belum pernah

aku lakukan sebelum ini. Pada awalnya sukar untuk aku lakukan kerana perkara ini adalah

norma baharu yang wajib diikuti namun apakan daya, demi untuk mencegah daripada merebak
aku turuti. Aku amat takut jika aku dijangkiti wabak tersebut kerana wabak ini boleh membawa

maut tanpa diundang. Hal ini demikian kerana kes kematian disebabkan Covid 19 telah

dicatatkan. Tambahan pula wabak Covid 19 ini tidak mempunyai penawar yang khusus iaitu

sehingga sekarang vaksin untuk Covid19 masih belum ditemui. Perkara ini amat menggusarkan

hati semua lapisan masyarakat terutamanya aku sendiri kerana wabak tersebut mudah dijangkiti

tanpa kita sedari . Oleh hal yang demikian langkah berjaga-jaga tersebut harus diambil dengan

lebih serius agar penularan Covid19 ini dapat dikawal dengan efisien.

Memang sukar aku mengadaptasi diri ku untuk menerima norma baharu yang

diperketat oleh pihak kerajaan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan

pada tanggal 16 Mac 2020 oleh Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin . Dalam

tempoh PKP tiada siapa yang dibenarkan keluar untuk berjalan-jalan , bersiar-siar , membeli

belah mahupun keluar melancong sama sekali tidak dibenarkan kecuali tujuan bagi mereka yang

bekerja dan tujuan untuk membeli barang keperluan sahaja . Perkara ini dilaksanakan bagi

mengawal penularan Covid 19 agar tidak menjadi lebih serius. Jika seseorang itu keluar tanpa

tujuan tertentu,maka pihak berkuasa terutamanya pihak polis boleh mengambil tindakan atas

mereka yang cuba keluar rumah tanpa sebab yang munasabah . Perkara ini menyebabkan semua

rakyat takut dan akur akan arahan PKP. Oleh sebab itu , aku banyak menghabiskan masa di

rumah sahaja dan tidak keluar ke mana-mana kerana akur akan arahan PKP. Namun begitu, aku

hairan kenapa masih ada segelintir masyarakat yang tidak mahu akur dengan arahan PKP. Aku

membuat spekulasi ,mungkin mereka berasa bahawa diri mereka selamat dan tidak mungkin

terkena virus tersebut walhal mereka tidak tahu bahawa virus ini boleh menyerang tanpa
disedari. Natijahnya, kita sebagai manusia yang lemah haruslah berwaspada dan menitikberatkan

setiap perinci yang telah ditetapkan oleh pemimpin kita.

Dalam tempoh PKP sepanjang tiga bulan aku banyak menghabiskan masa di rumah

dengan melayari YouTube , menonton televisyen ,belajar memasak dan sebagainya bagi mengisi

masa aku yang terluang .Dalam tempoh PKP itu juga aku tidak boleh pergi sekolah kerana

mematuhi arahan PKP yang tidak membenarkan pelajar sekolah untuk ke sekolah. Oleh sebab itu

, pihak sekolah telah mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan kelas secara 'online'

supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran .Kebanyankan kelas secara' online' yang

pernah aku lalui dengan menggunakan medium platform aplikasi tertentu seperti WhatsApp,

Zoom, Google Classroom dan sebagainya. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Kimia aku

menggunakan tiga jenis medium platform iaitu Telegram dan Google Classroom untuk cikgu aku

memaklumkan tugasan yang harus kami lakukan manakala aplikasi Google Meet pula digunakan

untuk cikgu menerangkan dan mengajar kami secara dua hala. Dalam tempoh PKP bulan yang

pertama aku tidak melepaskan peluang dengan mengambil langkah dengan mengikuti

pembelajaran secara online dengan pusat tuisyen selama sebulan dengan menggunakan platform

aplikasi Zoom . Semasa aku mengikuti kelas tersebut aku berasa terhibur dan seronok dengan

apa yang diajar oleh guru-guru dipusat tuisyen walupun aku tidak berada di sana.Pembelajaran

secara 'online' atau maya memang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila kerana pengalaman

sebegini tidak semua orang dapat merasai. Aku bersyukur kerana kerajaan Malaysia sangat

prihatin kepada semua rakyatnya dengan memberikan pelbagai bantuan terutamanya

memberikan rangkaian internet secara percuma bermuala jam lapan pagi hingga jam enam

petang pada setiap hari dalam tempoh PKP tersebut. Perkara ini sangat membantu golongan
pelajar seperti aku kerana aku dapat meneruskan pembelajaran secara online dengan

menggunakan rangkaian internet secara percuma tersebut .

Setelah tiga bulan tempoh PKP dilaksanakan, kerajaan telah mengambil langkah

dengan melaksanakan dan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah

Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kemudian kepada Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP) iaitu perintah kawalan yang kurang diperketatkan bagi rakyat untuk

melakukan aktiviti harian.Langkah ini dilaksanakan kerana keputusan stastik kes Covid19 di

negara ini mula menunjukkan kesan yang positif iaitu pengurangan kes Covid19 dari hari ke

hari . Aku bersyukur kerana PKPP dilaksanakan. Aku mengatakan demikian kerana aku dapat

keluar dari rumah setelah tiga bulan yang hanya duduk di rumah sahaja dengan melakukan

aktiviti kebiasaan yang aku sering aku lakukan. Walaupun aku dapat keluar berjalan namun aku

harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu

meter , pemakaian pelitup mulut dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau

hand sanitizer.Selain itu, setiap kali aku ingin memasuki kedai aku diwajibkan mengimbas kod

yang telah ditetapkan dengan menggunakan telefon atau menulis nama dan nombor telefon pada

buku yang disediakan .Seterusnya, aku akan diperiksa suhu oleh pekerja kedai tersebut bagi

memastikan suhu aku dalam kedaan normal setelah itu baru aku dibenarkan masuk kedai. Aku

berasa leceh dengan setiap SOP tersebut namun apakan daya demi mencegah penularan Covid19

aku patuhi.
Aku sering mendapatkan maklumat mengenai kes Covid19 dengan menggunakan

apikasi yang telah dicipta oleh pihak kerajaan iaitu My Sejahtera. Dalam aplikasi tersebut banyak

maklumat yang boleh perolehi antaranya bilangan stastik kes Covid19 dari masa ke masa .

Selain itu, dapat mengetahui cara bagaimana untuk mencegah dan tindakan yang perlu diambil

jika kita mengalami gejala Covid19. Aplikasi tersebut sangat memudahkan urusan semua rakyat

di negara Malaysia terutamanya aku sendiri kerana melalui aplikasi tersebut aku dapat

mengetahui maklumat mengenai kes Covid19 dari masa ke masa. Sudah terang lagi bersuluh

bahawa virus yang bernama Novel Koronavirus atau Covid19 membawa kita kepada satu

pengajaran yang jelas kepada kita semua terutamanya aku sendiri iaitu kita haruslah menjaga

kebersihan. Jika virus ini tidak hadir sudah pasti kita semua tidak sedar bahawa kebersihan amat

penting kepada kita. Ya , memang benar ada di antara kita yang menjaga kebersihan namun

masih ada segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli akan kebersihan. Jika masih ada

segelintir masyarakat yang tidak mengambil peduli bagaimana negara kita hendak bebas dari

virus ini. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan agar penularan Covid19 dapat

dicegah sehingga negara kita bebas dari virus tersebut. Bak kata perpatah melayu mencegah

lebih baik daripada merawat. Saya berharap agar semoga negara yang saya cintai ini dapat

berjaya memerangi virus Covid19 ini serta dapat menyelamatkan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai