Anda di halaman 1dari 50

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019

KERTAS 2 KOMSAS

SET 1 – (JOHOR 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah
kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang.
Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan
demonstrasi penduduk membantah pencerobohan itu.
Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh
bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan
buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring
tajam jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa sahaja. Air mata saya menitis
sedih dan pilu bukan sahaja mengenang khazanah berharga yang musnah, tetapi
membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar ini akan berpindah
kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.

Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya
langsung tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan orang
tua itu, namun tiada sesiapa yang mengetahui pejuang bahasa ibunda itu menghilangkan
diri.

Dipetik daripada cerpen‘ Munsyi’


Oleh Husna Nazri
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah perkara yang dilihat sebaik sahaja ‘saya’ sampai di kampung pinggir kota?
[2 markah]

(ii) Buku-buku lama dianggap sebagai khazanah negara untuk digunakan oleh generasi
akan datang.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk mengumpulkan semula buku-buku lama tersebut?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

MUKA SURAT 101 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) ‘saya’ melihat
P1 Keadaan kelam kabut
P2 Jentera berat merobohkan rumah kayu usang 1
P2 penguat kuasa mengawal suasana sekitar 1
P3 demonstrasi penduduk membantah pencerobohan 1

(ii) usaha-usaha kerajaan


P1 mengadakan kempen mengumpul buku-buku lama 1
P2 menyediakan pusat pengumpulan buku-buku lama 1
P3 mewujudkan ARKIB khas untuk menyimpan buku lama 1
P4 kerjasama dengan penulis 1
P5 kerjasama dengan perpustakaan 1
P6 memberi ganjaran/ sijil/ pengiktirafan/ hadiah kepada penyimpan 1
buku lama
P7 kerap mengadakan pameran buku-buku lama 1

(iii) Pengajaran dalam petikan


P1 Kita mestilah menghargai ilmu. 1+1
‘saya’/ penulis berasa sedih melihat buku-buku milik Munsyi musnah.
P2 Kita seharunya mempertahankan tanah milik kita agar tidak jatuh ke 1+1
tangan asing.
Tanah rizab Melayu dirobohkan dan bakal bertukar tangan kepada
pelabur asing yang akan mengaut keuntungan di negara kita.

Pengajaran dalam keseluruhan cerpen


K1 Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. 1+1
‘Saya’/ penulis tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah
ke bandar
K2 Kita hendaklah rajin membaca pelbagai ilmu untuk meningkatkan 1+1
pengetahuan.
‘Saya’/ penulis telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
K3 Kita tidak boleh mudah putus asa untuk mencapai matlamat hidup. 1+1
‘Saya’/ penulis meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih.
bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak
oleh ibunya.

MUKA SURAT 102 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 2 – (SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota
besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan
sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah
kepada pagar-pagar perkauman yang tebal.
Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu
pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia
mencampakkan diri saya di tengah gelora kota.
Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah
warisan tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan
kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan
gejala hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak
langkah membina dunia baharu di ibu kota agung itu.
Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa
ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi
ini milik kita. Nenek moyang kitalah berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat
keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah”.

Dipetik daripada ‘Munsyi’


Oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan di atas, terdapat angkara yang menyebabkan berlakunya


pertumpahan darah dan korban kematian di kota besar.
Kemukakan angkara tersebut.
[2 markah]
(ii) Seseorang perantau hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu di dada.
Pada pendapat anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan oleh
remaja yang ingin hidup di perantauan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran yang
lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 103 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Angkara tersebut ialah :
P1 angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air. 2
P2 yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal. 2

(ii) Persiapan yang perlu dilakukan oleh remaja yang ingin


hidup di perantauan ialah :
P1 mencari tempat tinggal yang sesuai. 3
P2 menyediakan wang yang mencukupi. 3
P3 menguasai pelbagai bahasa agar mudah berkomunikasi dengan 3
masyarakat setempat.
P4 mendapatkan maklumat tentang budaya tempat tersebut. 3
P5 mencari kawan baharu. 3
P6 membiasakan diri hidup berdikari. 3
P7 belajar berbelanja secara berhemat 3
P8 bijak merancang kewangan. 3
P9 berhubung dengan kawan, kenalan atau saudara-mara yang 3
berada di tempat yang akan dikunjungi.

(iii) Satu pengajaran dalam petikan :


P1 Kita hendaklah gigih menimba ilmu untuk menjadi bekalan hidup. 1+1
Contoh: Mel bertekad memenuhkan dahulu dada dengan segala
ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum berhijrah ke kota.
P2 Kita haruslah bertanggungjawab memelihara agama dan bahasa 1+1
ibunda.
Contoh: Pesan bonda kepada Mel supaya memelihara agama
dan bahasa ibunda.

Satu pengajaran tidak dalam petikan :


K1 Kita hendaklah taat akan perintah ibu. 1+1
Mel taat akan perintah bondanya yang tidak membenarkan dia
berhijrah ke banda.
K2 Kita mestilah amanah dalam melaksanakan sesuatu tugas. 1+1
Mel menyerahkan beg berisi puluhan kitab lama yang dikirim
oleh bonda kepada Munsyi.

MUKA SURAT 104 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 3 – (KELANTAN 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,
harganya sekitar RM500.00. Jaket itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang
beriava meniualnya kepada Shahmeem, Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada
Shahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah membawa
kegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat
Bhosporus yang dingin.
Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada
orang lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu
aku kunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa
mengalami kerugian Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku
rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya
juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap
agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan tidak
berasa bongkak.
Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-
mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang
telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul ‘


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan hasrat penulis sekembalinya ke tanah air.
[2 markah]
(ii) Aktiviti melancong ke luar negara memang menyeronokkan. Namun begitu ramai
yang tertipu kerana sikap kurang berhati-hati.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan
pelancong menjadi mangsa penipuan semasa melancong?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan penulis yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu perwatakan penulis yang lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak
terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 105 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Hasrat penulis:
P1 menjual jaket kulit kijang itu di kedai menjual pakaian terpakai 1
P2 menawarkan harga kurang daripada seratus ringgit kepada tauke kedai 1
P3 mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo yang 1
ada kandang kijang
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(ii) Cara-cara
P1 mencari maklumat yang tepat daripada media 1
P2 bertanyakan kenalan yang pernah melancong / tinggal di negara 1
tersebut
P3 tidak berjalan sendirian 1
P4 membuat perbandingan harga 1
P5 tidak menggunakan kad kredit 1
P6 menawarkan harga sebelum membeli barangan 1
(Cara yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Perwatakan penulis dalam petikan
P1 Seorang yang prihatin 1+1
Penulis mahu menggembirakan hati sahabatnya iailu Shahmeem
dengan membeli jaket kulit kijangrya.
P2 Seorang yang baik hati 1+1
Penulis mahu menjualkan jaket kulit kijang kepada tauke kedal
terpakai dengan harga kurang daripada seratus ringgit.
P3 Seorang yang pemurah 1+1
Penulis mahu mendermakan hasil jualan
jaket kulit kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang
Perwatakan penulis dalam keseluruhan cerpen
K1 Seorang yang berhemat 1+1
Penulis telah membuat senarai perancangan belanjawan ketika
melancong di Turki.
K2 Seorang yang penyayang 1+1
Penulis telah membel tiga piring makanan burung dan
menaburkannya kepada burung merpati ketka berada di
Egyptian Market / Penulis tidak berminat dengan jaket kulit
kijang kerana kijang terpaksa dibunuh untuk mendapatkan
kulitnya
K3 Seorang yang suka merendah diri 1+1
Penulis tidak berniat untuk membeli jaket kulit kijang kerana
harganya yang mahal melambangkan kemegahan dan
kemewahan
K4 Seorang yang gemar melancong 1+1
Penuis permah mengembara hampir ke seluruh dunia
seperti Bangladesh, United Kingdom, Indonesia dan
Turki
(Perwatakan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi (P + K)]

MUKA SURAT 106 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 4 – (MELAKA 2019)


Soalan 2 (b): Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnva
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hampir beberapa purnama, saya tidak bertemu Munsyi di perkampungan pinggir kota
ini. Suatu hari, saya terhidu perkhabaran tentang rancangan sebuah syarikat perumahan
dengan kebenaran pengusaha kota untuk mengambil alih kampung tradisi yang didiami oleh
Munsyi serta lebih dua puluh buah rumah yang semuanya diduduki keluarga Melayu.
Khabarnya kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah serta hotel
bertaraf lima bintang. Penduduk diberikan tempoh beberapa hari untuk mengosongkan
premis mereka sebelum dirobohkan. Oleh sebab kesibukan tugas, saya tidak sempat
menemui lelaki tua itu.
Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan
sudah kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu
usang. Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan
dengan demonstrasi penduduk membantah pencerobohan itu.

Dipetik daripada cerpen “Munsyi oleh Husna Nazri .


dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

(i) Nyatakan situasi yang berlaku seminggu selepas Mel sampai di kampung pinggir
kota itu?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan positif yang diperoleh oleh penduduk
kampung sekiranya penempatan mereka dimajukan?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 107 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Situasi yang berlaku (2 isi)
P1 keadaan kelam-kabut 1
P2 jentera-jentera berat bersiap sedia meroboh rumah using 1
P3 puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar 1
P4 demonstrasi penduduk 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Kesan positif (2 isi sahaja)
P1 menyediakan peluang pekerjaan 1
P2 taraf hidup meningkat 1
P3 prasarana semakin lengkap 1
P4 persekitaran semakin indah dan bersiss 1
[maksimum : 3 markah]
(iii) Persoalan dalam petikan cerpen
P1 Persoalan pembangunan meranapkan warisan bangsa 1+1
Contohnya, rumah-rumah tradisi di pinggir bandar termasuk rumah Munsyi dan
dua puluh buah rumah yang lain hendak dirobohkan kerana syarikat hendak
mendirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang di tempat
itu.
P2 Persoalan mempertahankan hak 1+1
Contohnya, penduduk membuat demonstrasi bantahan apabila jentera-jentera
bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang mereka.
Persoalan dalam kesuluruhan cerpen
P1 Persoalan penghijrahan ke kota dalam kalangan anak muda untuk 1+1
kelangsungan hidup
Contohnya, Mel berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan yang terjamin demi
kelangsungan hidupnya dan ibunya.
P2 Persoalan kepentingan mempertahankan bahasa ibunda 1+1
Contohnya, ibu Mel berusaha untuk mempertahankan bahasa Melayu kerana
bahasa itu maruah bangsa yang perlu dipelihara kerana menjadi tradisi
tinggalan nenek moyang
P3 Persoalan kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah 1+1
Contohnya, Ibu Mel sering mengingatkan Mel supaya membaca dan mengkaji
sejarah silam supaya tidak berlaku kesilapan yang sama pada masa yang akan
datang.
P4 Persoalan strategi kuasa asing untuk memecahbelahkan penduduk di 1+1
sesebuah negara
Contohnya, ketika negara ini dijajah oleh kuasa asing, penduduk di negara ini
ditempatkan di kawasan yang berbeza mengikut kaum sehingga menyebabkan
penduduk yang berbilang kaum tidak bersatu padu.
P5 Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. 1+1
Contohnya, Mel mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah
ke bandar kerana pada pendapat ibunya, Mel masih belum cukup kuat jati diri
untuk tinggal di bandar
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 108 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 5 – (MRSM 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang
bangsa peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama, agama
anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah
dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan
keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan
antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah
acuan agama yang dianuti bangsa saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu yang
mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota
besar yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan
yang lebih sempurna di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa
depan saya lebih terurus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang
kehidupan masa depan saya.
Dipetik daripada cerpen Munsyi
oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan punca kehebatan nenek moyang menurut
sejarawan.
[2 markah]
(ii) Penulis menyatakan bahawa tanah desa halaman tidak lagi dapat menjanjikan
masa depan yang lebih terurus.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku di kampung apabila
anak muda berhijrah ke kota?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 109 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Punca-punca kehebatan nenek moyang menurut sejarawan
P1 agama anutannya berpaksikan akidah yang satu. 1
P2 bahasa ibunda menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai 1
keturunan dan golongan
P3 ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan 1
saksama.
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(ii) Kesan-kesan yang akan berlaku di kampung apabila anak muda berhijrah
ke kota
P1 Tanah / kebun / Indang / rumah pusaka terbiar tidak diusahakan kosong. 1
P2 Kehidupan ibu bapa terabai / tidak mendapat kasih sayang. 1
P3 Penglibatan orang muda dalam aktiviti kemasyarakatan kurang aktif. 1
P4 Aktiviti keagamaan / kerohanian semakin suram / tidak disertai oleh 1
orang muda
P5 Pelapis kepimpinan muda semakin kurang. 1
P6 PKS dan industri desa/kegiatan ekonomi tidak dimajukan 1
(Kesan-kesan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Pengajaran dalam petikan
P1 Kita hendaklah patuh pada ajaran agama agar hidup diberkati oleh 1+1
Tuhan.
Contoh : Nenek moyang menjadi hebat kerana berpegang pada agama
yang berpaksikan akidah yang satu.
P2 Kita haruslah mendaulatkan bahasa ibunda agar perpaduan negara dapat 1+1
dikekalkan.
Contoh : Bahasa ibunda menjadi wacana penghubung semua rakyat
pelbagai keturunan dan golongan.
P3 Kita perlulah menghayati sejarah agar dapat menerbitkan rasa 1+1
patriotik dalam diri.
Contoh : Saya/Mel cuba membandingkan sejarah silam dengan
keadaan yang berlaku pada hari ini.
Pengajaran dalam kesuluruhan petikan:
K1 Kita hendaklah mematuhi nasihat ibu bapa agar hidup lebih sejahtera. 1+1
Contoh : Saya/ Mel akur dengan nasihat ibunya untuk tidak berhijrah
ke kota selagi ilmu belum cukup di dada.
K2 Kita hendaklah amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang 1+1
diberi supaya kita mendapat kepercayaan orang lain.
Contoh : Saya / Mel telah melaksanakan amanah ibunya dengan
menyerahkan buku-buku lama kepada Munsyi.
K3 Kita hendaklah tajin membaca buku agar dapat meningkatkan 1+1
Pengetahuan.
Contoh : Saya/ Mel telah membaca teks Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah milik ibunya.
(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi (P+K)]

MUKA SURAT 110 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 6 – (NEGERI SEMBILAN 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden (Negeri Sembilan)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang
terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu.
Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya
batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu
sebagai warga kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang
sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya
dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan
kepentingan diri masing-masing.
Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa
percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas
masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah
hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit.
Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir
dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah bonda mengatakan bahawa kota besar itu sudah hilang nilai-nilai
tradisinya?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebelum
seseorang itu berhijrah ke bandar?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 111 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Sebab kota besar itu sudah hilang nilai-nilai tradisinya
P1 sarat dengan api prasangka 1
P2 runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa 1
P3 bercampur aduk budaya dan bahasa pertuturannya 1
P4 manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri 1
masing-masing
P5 mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa 1
percakapan serta fahaman politik

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]


(ii) Persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu
berhijrah ke bandar
P1 mempelajari budaya tempat baharu 1
P2 mempunyai jati diri yang kukuh agar tidak mudah terpengaruh 1
P3 mencari maklumat tentang tempat yang ingin dituju 1
P4 melengkapkan diri dengan ilmu agama 1
P5 melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan 1
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

(iii) Pengajaran dalam petikan cerpen


P1 Kita hendaklah mendengar nasihat seorang ibu agar beroleh keberkatan 1+1
dalam kehidupan.
‘Saya’ membatalkan hasratnya ke bandar atas nasihat ibunya.
P2 Kita perlulah menghindari sikap prasangka untuk mengelakkan sengketa. 1+1
Masyarakat di kota hidup dalam keadaan berprasangka.
P3 Kita perlulah menjauhi sikap mementingkan diri agar dihormati dan disenangi 1+1
orang di sekeliling.
Masyarakat di kota dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan
kepentingan diri masing-masing.
[boleh gunakan (isi + contoh) atau (isi + huraian)]
Pengajaran dalam keseluruhan petikan
K1 Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan agar 1+1
mendapat hasil yang baik.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan
untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
K2 Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan agar 1+1
tidak mudah terpedaya.
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta
membaca banyak buku lama milik ibunya.
K3 Kita mestilah menjauhi sikap berputus asa agar semangat tidak luntur. 1+1
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk
tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya
(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi(P+K)]
MUKA SURAT 112 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 7 – (PPD TEMERLOH, PAHANG 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Perasaanku begitu terganggu. Aku sudah bersedekah sebanyak empat kali sejak
berada di Turki. Kepada seorang pengait benang yang kesejukan di Pigeon Valley, kepada
seorang kanak-kanak bersama-sama dengan datuknya yang buta di Gunung Bolu, kepada
seorang lelaki tua yang cacat anggota di masjid Ulu, dan kepada tabung Masjid Biru selepas
menunaikan solat jamak. Aku juga tidak lupa akan bacaan Yasin dan al-Mathurat setiap
subuh dan maghrib sebagai bekalan musafir. Mengapakah aku menerima layanan
sedemikian rupa? Terbayang-bayang wajah pekedai jaket kulit yang pandai berpura-pura
itu. Terngiang-ngiang kata-katanya yang amat menghiris rasa itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon tidak menyedari kejadian yang
berlaku. Mereka sedang asyik membelek-belek kasut dan beg tangan kulit di kedai
sebelah. Kak Chah dan Shahmeem pula sedang menawar harga pewangi daripada
seorang peniaga wanita. Aku mencuit bahu Kak Chah lalu mengisyaratkan jari ke arah
sebuah kedai menjual seramik. Kak Chah mengangguk. Aku tidak ada niat pun untuk
membeli seramik. Aku cuma ingin pergi sejauh mungkin dari depan kedai jaket kulit
itu. Pekedai seramik mengalu-alukan kedatanganku. Aku cuma diam membatu.
Semasa di dalam bas pulang ke hotel, aku membaca puisi dalam buku Mevlana
Celaleddin Rumi and The Whirling Dervishes yang sempat kubeli semasa melawat
makamnya di Konya.
Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan dua orang penerima sedekah daripada “aku”.


[2 markah]
(ii) Ketika berada di tempat orang, kita perlulah pandai menyesuaikan diri supaya kita
dapat diterima oleh masyarakat di situ.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk
menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

MUKA SURAT 113 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Dua orang penerima sedekah.
P1 seorang pengait benang yang kesejukan di Pigeon Valley 1
P2 seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya di Gunung Bolu 1
P3 seorang lelaki yang cacat anggota di Masjid Ulu 1

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]


(ii) Cara-cara untuk menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang
P1 Bersikap ramah dengan penduduk tempatan 1
P2 Mengenali adat dan budaya di negara tersebut 1
P3 Bersikap fleksibel dan terbuka terhadap teguran masyarakat sekeliling 1
( Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen.
Dalam petikan.
P1 Masyarakat yang pemurah. Contoh : penulis (aku) telah bersedekah sebanyak 1+1
4 kali semasa dia berada di Turki.
P2 Masyarakat yang hidup dalam kesusahan Contoh : seorang pengait benang 1+1
yang kesejukan di Pigeon Valley, seorang kanak-kanak bersama-sama dengan
datuknya yang buta di Gunung Bolu, seorang lelaki tua yang cacat anggota di
masjid Ulu.
P3 Masyarakat yang suka berpura-pura. Contoh : penjual/ pekedai jaket kulit . 1+1
P4 Masyarakat yang suka membaca. Contoh : penulis (aku) membaca puisi dalam 1+1
buku Mevlana Celaleddin Rumi and The Whirling Dervishes semasa berada
bas.
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 1 Isi – 1+1]
Dalam keseluruhan cerpen
K1 Masyarakat yang mencintai hidupan liar. Contoh : Mas sanggup mendermakan 1+1
hasil jualan jaketnya kepada zoo yang ada kandang kijang.
K2 Masyarakat elit. Contoh : Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan 1+1
pensyarah.
K3 Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian. Contoh : 1+1
Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang
menjual barangan kulit.
K4 Masyarakat tidak berkemampuan. Contoh : Wanita tua yang menjual makanan 1+1
burung dan remaja kurus serta lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap.
K5 Masyarakat yang suka melancong. Contoh : Aku dan 30 orang ahli rombongan 1+1
telah melawat negara Turki.
K6 Masyarakat yang suka akan kemewahan. Contoh : Haji Helmi dan isterinya 1+1
cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning
keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 1 Isi – 1+1]

MUKA SURAT 114 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 8 – (PPD SMK MANIK, TELUK INTAN, PERAK 2019)


Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang
sahabat lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih
ada nilainya di kota sana.”
Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan
baik. Kata bonda, hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah
lama itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota,saya berusaha menjejak tempat kediaman
sahabat bonda melalui peta yang dibekalkan bonda. Pencarian saya membawa saya ke
sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu.
Akhirnya,selepas bertanya beberapa kali,saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah
dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki berusia emas
dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap
dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman
Kesulatanan Melayu. Jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
Dia memandang saya lama-lama.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum
menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum
menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah pesanan bonda kepada Mel?
[2 markah]
(ii) Pada masa ini, bahan-bahan kesusasteraan kurang menarik minat para remaja.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memupuk
minat para remaja terhadap bahan-bahan kesusasteraan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
perwatakan Mel yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 115 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Pesanan bonda:
P1 Memberitahu Mel bahawa buku-buku lama itu khazanah nenek moyang 1
mereka
P2 Meminta Mel mencari sahabat lamanya yang bernama Munsyi 1
P3 Meminta Mel menyerahkan buku-buku itu kepada Munsyi 1

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]


(ii) Usaha memupuk minat remaja:
P1 Pusat sumber sekolah memperbanyak buku sastera dan karya agung. 1
P2 Ibu bapa membelikan anak-anak buku sastera sejak kecil. 1
P3 Ibu bapa menceritakan cerita rakyat dan klasik kepada anak-anak sejak 1
kecil.
P4 Media massa mempromosikan karya sastera kepada remaja. 1
P5 Kerajaan mengadakan pameran karya sastera. 1
P6 Kerajaan mengadakan Kempen Cintai Sastera. 1
P7 Guru mengajarkan bahan kesusasteraan melalui antologi dan novel. 1
( Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]

(iii) Perwatakan Mel:


P1 Dalam petikan cerpen
Seorang yang akur akan permintaan ibu. 1+1
Contoh: Mel akur akan permintaan bonda yang mahu dia menjaga
buku-buku itu dengan baik.
P2 Seorang yang amanah. 1+1
Contoh: Mel menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang
sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika dia pergi ke bandar.
Dalam Kesuluruhan Cerpen
P1 Seorang anak yang taat. 1+1
Contoh: Mel tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke
bandar.
P2 Seorang yang gemar membaca 1+1
Contoh: Mel telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
P3 Seorang yang tidak mudah putus asa. 1+1
Contoh: Mel meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih
bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak
oleh ibunya.
(Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 116 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 9 – (MODUL JPN PERAK 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang
kehidupan masa depan saya. Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk
meninggalkan bumi kelahiran saya ini. “Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu
kota. Tetapi, ingatlah pesanan bonda supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan
sekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar
yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa
ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa
yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.”
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda
untuk anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk
menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu kota. Sebelum berangkat, bonda
menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama miliknya di dalam sebuah beg sarat untuk
dikirimkan kepada sahabat lama di kota.
Mel, buku-buku ini khazanah nenek moyang kita. Di kota nanti carilah seorang
sahabat lama bonda bernama Munsyi. Hadiahkan buku-buku ini kepadanya kerana masih
ada nilainya di kota sana.
Saya akur dengan permintaan bonda yang mahu saya menjaga buku-buku itu dengan
baik. Kata bonda, hanya insan bernama Munsyi sahaja yang layak menyimpan khazanah
lama itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota, saya berusaha menjejak tempat kediaman
sahabat bonda melalui peta yang dibekalkan bonda.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri


dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Nyatakan dua arahan yang diberikan bonda kepada Mel apabila sampai ke kota.
[2 markah]
(ii) Sekiranya anda ingin merantau ke sesuatu tempat, apakah persediaan yang perlu
anda lakukan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan
Mel yang lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 117 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Dua arahan bonda
P1 Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bernama 1
Munsyi
P2 Hadiahkan buku-buku ini kepadanya 1

[maksimum : 2 markah]
(ii) Persediaan sebelum merantau
P1 Mengukuhkan jati diri 1
P2 Mempelajari kebudayaan dan adat di situ 1
P3 Mengkaji tentang latar belakang tempat tersebut 1
P4 Persiapan dari segi mental dan fizikal 1
P5 Membuat sedikit simpanan 1
[maksimum : 3 markah]

(iii) Perwatakan Mel dalam petikan:


P1 Seorang yang taat kepada ibunya. 1+1
Contohnya, Mel taat akan pesanan bonda supaya tidak
mengabaikan perintah agama dan memelihara bahasa
ibunda.
P2 Seorang yang amanah. 1+1
Contohnya, Mel menjaga buku-buku khazanah nenek
moyangnya dengan baik
Perwatakan Mel dalam keseluruhan drama:
P1 Seorang yang rajin. 1+1
Contohnya, Mel rajin membaca banyak buku milik ibunya
dan dan mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah
P2 Seorang yang berfikiran rasional. 1+1
Contohnya, Mel berfikiran rasional apabila bersetuju
dengan pandangan bondanya bahawa di kota terdapat
berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan jati diri
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 118 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 10 – (MODUL JPN PERLIS 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan
India serba sedikit merubah wajah kampung kami.
Jalan yang dahulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala
musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian
panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi
bulat itu terkenal dengan kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja
serta banglo kolonialnya tetap asing bagi kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil yang sudah yatim
piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan
estet Tuan Booth.
“Eloklah…paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan
sendiri.” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun
nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan
keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung
yang dulu, yang hidup atas dua matlamat – rezeki dan ibadat.

Dipetik daripada cerpen ‛Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh


Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan keadaan kampung setelah kehadiran Tuan Booth.


[2 markah]

(ii) Anak yatim piatu wajar dibantu untuk meneruskan kehidupan mereka.Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu golongan ini?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 119 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Keadaan kampung setelah kehadiran Tuan Booth
P1 jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan 1
P2 jalan tidak becak sewaktu hujan 1
P3 jalan kurang berkeladak pada musim kemarau 1

[maksimum : 2 markah]
(ii) Usaha-usaha membantu anak yatim
P1 memberikan bantuan kewangan
P2 menjaga makan minum
P3 membiayai persekolahan
P4 meminta bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
P5 menyediakan tempat perlindungan
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Nilai dalam petikan
P1 Nilai kerajinan
Orang kampung masih rajin menjalankan pertanian tradisi walaupun hasil getah Tuan
Booth sangat memuaskan. 1+1
P2 Nilai berdikari
Ahmad Mutawakkil yang sudah menjadi yatim piatu hidup
berdikari dan bekerja dengan Tuan Booth. 1+1
Nilai dalam keseluruhan cerpen
K1 Nilai kasih sayang
Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya,
Sandra. Dia membawa mereka keluar dari kampung seminggu
sebelum Jepun menyerang. 1+1
K2 Nilai patriotisme/cinta akan negara
Ahmad Mutawakkil berjuang meniupkan semangat patriotik
orang-orang kampung menerusi ceramah yang disampaikannya/
Dia juga menulis dalam surat khabar untuk merangsang orang
Melayu mengisi kemerdekaan. 1+1
K3 Nilai keberanian
Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang
menentang perjuangan komunis. 1+1
K4 Nilai kerjasama
Orang kampung bekerjasama meredah belukar dan hutan di seluruh pelosok kampung
untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang. 1+1
K5 Nilai hormat-menghormati
Tuan Booth sekeluarga menghormati penduduk kampung yang berbangsa Melayu
walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam. 1+1
K6 Nilai ketabahan
Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran
dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan negara. 1+1
K7 Nilai kebijaksanaan
Ahmad Mutawakkil bijak mengambil peluang belajar dan
menulis bahasa Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth. 1+1
K8 Nilai tanggungjawab
Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak
angkat setelah Ahamad Mutawakkil menjadi yatim piatu. 1+1
[maksimum : 4 markah][Isi cukup : 2 isi]

MUKA SURAT 120 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 11 – (MODUL JPN PENANG 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat
dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup
dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan
lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela
nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah
ialah guru yang tidak per nah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam
tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta
kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina
agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”
Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam ke dalam urat-urat saraf saya. Saya
pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek helaian demi helaian
kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan tertanggal kulitnya.
Perkataan-perkataan yang tertulis dalam tulisan jawi lama itu masih mampu saya
baca dan fahami walaupun agak perlahan.
Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina
ketamadunan dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab dalam teks
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan, apakah kata-kata Mel yang menyebabkan bonda memandang
saya dengan pandangan yang penuh prejudis?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, selain wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), apakah kepentingan lain mempelajari mata pelajaran Sejarah?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan
cerpen?
[4 markah]

MUKA SURAT 121 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Kata-kata Mel yang menyebabkan bonda memandang saya dengan pandangan
yang penuh prejudis:
P1 Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. 1
P2 Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi
mewah ini. 1
P3 Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja 1
P4 Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata 1
P5 Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi. 1
[maksimum : 2 markah][Isi cukup : 2 isi]
(ii) Kepentingan lain mempelajari mata pelajaran Sejarah:
P1 sebagai pedoman hidup / pengajaran / panduan hidup/ iktibar
P2 akan lebih rasional dalam membuat keputusan
P3 akan lebih menebal kecintaan terhadap tanah air/ memupuk patriotisme
P4 menghargai kemerdekaan yang dikecap masa ini
P5 mengenali/ menghargai perjuangan tokoh-tokoh nasionalis
P6 tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Satu persoalan dalam petikan:
P1 Kepentingan sejarah dalam kehidupan
Contohnya : Bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman
kerana mengkaji sejarah. 1+1
P2 Kehidupan yang mementingkan kebendaan/ materialistik
Contohnya : Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat, dan
kekayaan di bumi mewah ini. 1+1
Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen:
K1 Kehidupan kota yang penuh dengan cabaran
Contohnya:- anak-anak muda hilang maruah dan jati diri kerana mereka tidak segan silu
menjual bahasa dan melanggar hukum agama 1+1
K2 Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina
kehidupan
Contoh: ‘Saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi
membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain. 1+1
K3 Persoalan peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah
negara.
Contoh : Pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan
kekayaan negara tidak beraku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat
rasa tidak puas hati rakyat. 1+1
K4 Persoalan kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk
meneruskan kehidupannya
Contoh: ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan
sebelum berhijrah ke bandar. 1+1
K5 Persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya
Contoh: Saya mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke
bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk
tinggal di bandar. 1+1
K6 Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya
Contoh: Ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang saya’
terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar. 1+1
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi (1+1)]

MUKA SURAT 122 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 12 – (PENANG FREE SCHOOL 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia.
Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika
keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.
Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya
mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket
kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang
pendewaan dan pemujaan diri.
Tiba-tiba aku teringat akan makam Mevlana Celaleddin Ar-Rumi yang berasal dari
Rom dan dikebumikan di Konya .Mevlana telah menulis lebih daripada 25 000 buah puisi
sufi. Sepanjang hayat, penyair hebat ini menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya
sehingga Islam tersebar. Tarian Darwis dengan para penari bertarbus tinggi dan berjubah
putih berpusing seperti putaran gasing melambangkan penghargaan terhadap jasa Mevlana.
Pengikut-pengikutnya membaling wang syiling ke dalam kolam khas sambil
memanggil nama Celaleddin dengan harapan doa mereka akan dikabulkan. Pengikut-
pengikutnya meratap menangis di tepi kuburnya seakan-akan tidak rela dengan
pemergiannya. Barangkali jika Mevlana masih hidup, dia sendiri akan menulis puisi
menentang sebarang bentuk pendewaan terhadap dirinya.

Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan, kenapakah jaket kulit itu dikatakan tidak praktikal oleh penulis ?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pembuatan peralatan daripada kulit binatang harus
diharamkan?
[2 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan?
[2 markah]

MUKA SURAT 123 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Berdasarkan petikan, kenapakah jaket kulit itu dikatakan tidak praktikal oleh
penulis?
P1 Merasa panas dalam cuaca terik di tanah air di Malaysia 1
P2 Jika keluar negara cuma sesuai dipakai pada musim sejuk 1
P3 Menjaganya memerlukan kerapian 1
P4 Tidak boleh dibasuh 1
P5 Tidak boleh dilipat sembarangan 1
P6 Harganya mahal 1
P7 Tidak tahan lasak 1
P8 Kainnya mudah carik 1
P9 Jika koyak, tidak boleh dijahit dengan benang 1
[maksimum : 2 markah][Isi cukup : 2 isi]
(ii) Sebab pembuatan peralatan daripada kulit binatang harus diharamkan?
P1 Tidak berperikemanusiaan / menganiayai haiwan liar
P2 Akan menyebabkan haiwan liar kian pupus
P3 Tidak adil sebab harganya mahal – orang miskin tidak mampu membelinya
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Nyatakan satu persoalan dalam petikan dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen?
Dalam Petikan
P1 Hidupan liar yang kian pupus akibat aktiviti memburu kulit-kulit binatang ini /
Kemewahan dan gaya hidup moden mengancam kehidupan haiwan liar
Contoh : Pembikinan satu jaket kulit memerlukan lebih dari seekor kijang/haiwan perlu
dikorbankan. 1+1
P2 Amanat penulis dahulu wajar dicontohi.
Contoh: –penulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi banyak mengandungi pengajaran 1+1
Dalam Keseluruhan Cerpen
K1 Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab
Contoh : - Peniaga di Grand Bazaar Istanbul memaksa seseorang membeli
barangannya. 1+1
K2 Aktiviti pelancongan dapat menambahkan pengalaman hidup
Contoh:- Penulis banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman semasa melancong
di Turki 1+1
K3 Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban
kerana kulitnya. 1+1
K4 Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu
menyakitkan hati pekedai Turki itu. 1+1
K5 Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau
pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya
dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya. 1+1
K6 Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan
jualan. 1+1
K7 Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan
dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia. 1+1
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi ]

MUKA SURAT 124 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 13 – (PPD LIMBANG, SARAWAK 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang
dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada.
Andai kedua-dua sudah hilang di atas kedua-dua muka bumi ini, kita bukan lagi generasi
bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama
di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah
kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam
diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar
dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis
para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa
pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri
masing-masing.
Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan
serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangun
untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam
dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah
suram yang berparut luka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap
warganya sejak sekian lama.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri,


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, 2014)

(i) Apakah unsur negatif yang terdapat di kota besar ?


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang akan menimpa Mel sekiranya berhijrah ke kota
tanpa ilmu dan pegangan agama yang kukuh?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan satu nilai
kemanusiaan lagi daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

MUKA SURAT 125 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Unsur negatif yang terdapat di kota besar ialah
P1 kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya 1
P2 sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya
yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan
bahasa pertuturannya 1
P3 Warga kota dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan
kepentingan diri 1
[maksimum : 2 markah][Pilih mana-mana 2 isi]
(ii) Pada pendapat saya, perkara yang akan menimpa Mel sekiranya
berhijrah ke kota tanpa ilmu dan pegangan agama yang kukuh
ialah
P1 sudah tentu dia akan kehilangan identiti sebagai warga peribumi
kerana terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan
bebas dan penyalahgunaan dadah
P2 Mel akan kehilangan arah tujuan kerana hidup tidak berpaksikan
budaya dan agama
P3 seluruh kehidupannya akan menjunjung nilai yang negatif seperti
mencuri dan membuat maksiat
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan ialah :
P1 Nilai patriotisme / semangat cinta akan negara
Contohnya: bonda mengingatkan Mel agar mencintai agama dan
budaya kerana kedua-duanya merupakan cermin maruah yang
ditinggalkan oleh nenek moyang. 1+1
P2 Nilai ketaatan
Contohnya : Mel taat akan nasihat bondanya sehingga berkali-kali
menangguhkan hasratnya untuk berhijrah ke kota. 1+1
[Pilih mana-mana 1 isi ]
Satu nilai kemanusiaan lagi daripada keseluruhan cerpen ialah
:
P1 Nilai hemah tinggi
Contohnya : Mel menjaga tutur kata apabila berkomunikasi dengan
ibunya dan tidak membantah apabila ibunya melarang dirinya
berhijrah ke kota 1+1
P2 Nilai berdikari
Contohnya : Mel mahu meninggalkan kampung halaman dan
berhijrah ke kota besar untuk meneruskan kehidupan tanpa
bergantung pada orang tuanya. 1+1
[maksimum : 4 markah] [Pilih mana-mana 1 isi ]

MUKA SURAT 126 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 14 – (SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Prosa

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas yang nipis. Tudungnya ditarik menutupi
sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak
pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak,
atau warna kasutnya.
Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu
piring Cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jarinya ke dada sebagai tanda terima
kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati berterbangan turun dari kubu
tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik daripada nasib wanita tua
itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam kamera sedangkan wanita
tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari kewujudannya.
Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg plastik
hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik.
"Black market, black market. Good price”. Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel tentang
bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak berminat.
Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. "Perfume. Wallet. Jacket. Please!”

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masron
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah keadaan wanita tua yang menjual
makanan burung itu digambarkan?
[2 Markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan yang miskin di negara ini dapat
dibantu?
[3 Markah]
(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada
keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 Markah]

MUKA SURAT 127 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Keadaan wanita tua yang menjual makanan burung itu
digambarkan?
P1 Wanita tua itu hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada
kain kapas nipis.
P2 Selain itu,tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang
merah kesejukan.
P3 Di samping itu, dia juga memakai kasut yang koyak di bahagian
hujungnya. Wanita itu juga memakai stoking yang sudah lusuh.
[maksimum : 2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan yang miskin
di negara ini dapat dibantu ?
P1 Pihak kerajaan boleh memberi pelbagai bantuan – makanan,
pekerjaan dsb.
P2 Pihak NGO / swasta boleh menyalurkan bantuan melalui
kerajaan Malaysia dalam pelbagai bentuk
P3 Menyediakan banyak rumah kos rendah / menyediakan rumah
mampu milik kepada mereka
P4 Negara miskin boleh meminta bantuan daripada negara maju
lain
P5 mereka boleh ditawarkan pekerjaan yang sesuai dengan
keupayaan mereka
P6 pihak hospital dan klinik patut memberikan rawatan perubatan
dengan mengenakan caj yang minimum kepada golongan
tersebut.
[maksimum : 3 markah]
(iii) Nilai
P1 Satu nilai murni dalam petikan cerpen tersebut ialah belas
kasihan. Buktinya, penulis kasihan akan wanita tua yang menjual
makanan burung dengan membeli tiga piring makanan burung
dan memberikan LT5 kepadanya walaupun harga satu piring
cuma LT1.
P2 Satu nilai murni dalam keseluruhan cerpen pula ialah hemah
tinggi. Buktinya, pekedai Turki menunjukkan sikap berhemah
tinggi dengan memberikan layanan yang mesra dan minuman
percuma kepada pelanggannya.
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 128 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 15 – (SET (1) SELANGOR 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, "Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian
besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada
ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita
bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import? Keadaan ini akan
membahayakan kita kalau terjadi sesuatu bencana. Kerajaan mengutamakan bidang
pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara."
Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, "Rakyat mesti membuka mata dan melihat
potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar
merebut peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan
menyediakan banyak peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru.
Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh
sebuah bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah
kesanggupan anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini “Pertanian adalah Perniagaan”.
Hakim telah mendengar dengan penuh minat Segala kata itu membakar semangatnya
untuk memajukan tanah yang ditebusnya.
Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Mengapakah rakyat di negara ini akan berada dalam keadaan yang
membahayakan sekiranya berlaku sesuatu bencana?
[2 markah]

(ii) Sektor pertanian merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi


negara.
Berikan saranan anda tentang usaha-usaha yang oleh dilakukan oleh pelbagai
pihak untuk merancakkan lagi industri pertanian di negara ini
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 129 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Rakyat berada dalam keadaan bahaya kerana
P1 sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang
diimport
P2 terdapat ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif
P3 terlalu bergantung pada beras,ikan,daging,ayam dan sayur-sayuran import
[maksimum : 2 markah][Isi cukup : 2 isi]
(ii) Usaha-usaha untuk merancakkan industri pertanian
P1 Pihak kerajaan boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap
sektor pertanian
P2 Phak kerajaan mewujudkan strategi pemasaran yang lebih berkesan
P3 Memperkenalkan teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran
P4 Pihak bank menyediakan pinjaman dengan kadar bayaran yang rendah
untuk petani
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Satu persoalan daripada petikan
P1 Persoalan tentang kepentingan sektor pertanian sebagai sumber 1+1
pendapatan.
Rakyat terutama siswazah yang menganggur boleh menjadikan pertanian
sebagai salah satu bidang pekerjaan yang boleh diceburi.
P2 Persoalan tentang sikap masyarakat yang tidak memanfaatkan tanah 1+1
terbiar
Kerajaan memberikan sokongan dari aspek material dan khidmat nasihat.
Satu persoalan daripada keseluruhan cerpen
P1 Persoalan keberanian menuntut hak. 1+1
Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan
memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
P2 Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan. Sebagai 1+1
contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan
bidang penternakaNn ayam yang dirancangnya.
P3 Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. 1+1
Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam
Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
P4 Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan 1+1
yang lemah.
Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan
menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan
Hakim menanggung beban hutang.
*Terima jawapan lain yang relevan
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]

MUKA SURAT 130 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 16 – (SET (2) SELANGOR 2019)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

"Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita
yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi
generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah."
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat
lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguh berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah
wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan
meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang
sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula bahasa
dan pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan
kepentingan diri masing-masing.
Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi. puak dan etnik, warna kulit, bahasa dan
percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan aman Lantas masing-
masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.

Dipetik daripada cerpen "Munsyi


oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah bonda mengatakan bahawa kota besar itu sudah hilang segala
nilai-nilai tradisi?
[2 markah]
(ii) Integrasi nasional merupakan isu utama bagi sesebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan murid
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan
[4 markah]

MUKA SURAT 131 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Sebab kota besar sudah hilang nilai tradisi
P1 sarat dengan api prasangka 1
P2 runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa 1
P3 bercampur aduk pula bahasa dan pertuturannya 1
P4 manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan
diri masing-masing 1
[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(ii) Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
memupuk perpaduan
P1 pembahagian murid dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum
P2 penyertaan murid dalam aktiviti sukan sekolah
P3 aktiviti gotong-royong
P4 sambutan perayaan pelbagai kaum
P5 guru melibatkan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti PdPc
[maksimum : 3 markah][Isi cukup : 2 isi]
(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan
P1 Persoalan kepentingan mengekalkan warisan budaya dan jati diri 1+1
Contohnya, ibu Mel mengingatkan Mel supaya tidak melupakan agama
dan bahasa kerana hanya itulah warisan yang masih ada.
P2 Persoalan peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat 1+1
sesebuah negara
Contohnya,pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah
agar agihan Kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga
menimbulkan rusuhan kaum.
Satu persoalan daripada keseluruhan cerpen
P1 Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina 1+1
kehidupan
Contohnya, Mel memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi
membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja lain.
P2 Persoalan kegigihan anak muda untuk mempelajari segala ilmu 1+1
untuk meneruskan kehidupan.
Contohnya, Mel tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan
kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
P3 Persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibu 1+1
Mel mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah
kerana pada pendapat ibunya Mel masih belum cukup jati diri untuk
tinggal di bandar.
P4 Persoalan kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, 1+1
ibu keberatan untuk melepaskan Mel ke bandar kerana bimbang Mel
terpengaruh akan budaya negatif yang telah menular dalam kalangan
remaja di bandar.
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 132 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 17 – (SET (3) SELANGOR 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PELAKON I: Hei, kawan! Kau lupa satu perkara. Fikiran juga dapat merosakkan fikiran,
fikiran yang rosak boleh menyebabkan sasau. Sasau boleh membawa gila.
Gila boleh membawa kehancuran dunia, kehancuran manusia. Oleh sebab
itu, ikutlah aku. Dengan kuasa, aku boleh mengawal fikiran. Dengan
kuasa, aku boleh mengawal wang dan mengawal dunia.
PELAKON II: Telah terbukti bahawa wang juga boleh mengawal fikiran dan sekali gus
mengawal kuasa, seterusnya mengawal manusia dan dunia.
AZMIR: (Tiba-tiba mencelah), Bukan. Ketiga-tiga kamu salah. Kamu bertiga ialah
orang-orang yang sesat. (ARIF dan para pelakon tercengang kehairanan).
Perkara yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang
prorakyat. Dalam era pascaperang dingin ini, sistem yang prorakyat ialah
sistem yang dapat mengawal wang, yang dapat mengawal kuasa dan
yang dapat mengawal manusia.
PELAKON : (Membawa PELAKON III ke sisi). Siapakah orang ini?
PELAKON III: Kurang pasti pulak, tetapi rasa-rasanya macam aku pernah tengok.
PELAKON II: Pernah tengok di mana?
PELAKON III: Kalau tak salah aku di kawasan hospital (Selepas selesai bercakap,
AZMIR membuka topinya). Aaah, dah sah! Dialah Azmir, pesakit wad sakit
jiwa tu.
Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’
oleh Sharif Shaari,
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah Azmir mengatakan bahwa sistem yang paling betul ialah sistem yang
prorakyat?
[2 markah]
(ii) Masalah kemurungan dan stres merupakan salah satu punca yang membawa
kepada berlakunya gejala soal dalam kalangan remaja pada hari ini.
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 133 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Sebab sistem yang prorakyat sistem yang betul
P1 sistem yang dapat mengawal wang 1
P2 sistem yang dapat mengawal kuasa 1
P3 sistem yang dapat mengawal manusia 1
[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(ii) Langkah-langkah yang boleh diambil oleh remaja untuk
menangani stres
P1 melakukan aktiviti beriadah seperti berbasikal, berjoging bersiar-siar
dan sebagainya. 1
P2 sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang
sukar 1
P3 mendengar muzik atau menonton wayang /melancong bersama
keluarga 1
P4 mendekatkan diri dengan Tuhan /solat/berzikir/menghadiri kuliah
agama 1
P5 mendapatkan khidmat psikitris/kaunselor
[maksimum : 3 markah]
[ Isi cukup : 2 isi]
(iii) Perwatakan Azmir dalam petikan
P1 Seorang yang tegas dengan pendirian 1+1
Contohnya, Azmir tetap teguh dengan pendapat dan pendiriannya
ketika berbalah dengan rakan rakannya tentang isu kuasa dan sistem.
Perwatakan Azmir daripada keseluruhan drama
P1 Seorang yang tabah 1+1
Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu
bersendirian. Tanpa ibu dan ayahnya mengetahui tentang penyakitnya.
P2 Seorang yang menghargai jasa 1+1
Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan
dan membesarkannya. Dia juga berterima kasih kepada petani,nelayan
dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyat dan negara.
P3 Seorang yang setia 1+1
Azmir amat setia mencintai Ani tetapi ani telah meninggalkannya
sewaktu azmir berhadapan dengan sakit barah otak.
P4 Seorang yang prihatin 1+1
Azmir mempertikaikan sikap Pak Haji yang sepatutnya prihatin
terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib
dengannya.
[maksimum : 4 markah][ Isi cukup : 2 isi]

MUKA SURAT 134 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 18 – (SET (PERTENGAHAN TAHUN) JPN TERENGGANU)


Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di
tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri
dan kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus
menjamin keselamatan isi poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan
sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke
bawah jaket. Rumah butangnya besar dan dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang
membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan lengannya boleh
dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara
miskin Bangladesh, hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia
Tenggara, hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket
kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna
hitam dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi sebagai
topi jika ditarik ke atas. Potongannya memang cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas
lutut dan kelihatan sopan. Memang nampak seperti jaket untuk wanita. Tidak seperti jaket
yang sedang kupakai. Potongannya tegak dan nampak kurang bergaya.

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen, mengapakah aku mengatakan bahawa potongan jaket
kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu cantik?
[2 markah]
(ii) Sebagai pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan sebelum membuat
keputusan untuk membeli pakaian?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 135 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Aku mengatakan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh
pekedai itu cantik kerana
P1 Usah terkaku 1
P2 bertali 1
P3 berpinggang 1
P4 labuh paras lutut 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
P1 kualiti / mutu fabrik / kain
P2 perkhidmatan selepas pembelian
P3 harga yang berpatutan
P4 fesyen terkini / menutup aurat
P5 sesuai dengan iklim / musim
P6 jenama
P7 warna yang sesuai
[maksimum : 3 markah]
[ Isi cukup : 2 isi]
(iii) Pengajaran dalam petikan
P1 Kita hendaklah menghargai / menyayangi sesuatu yang telah kita miliki - 1+1
contohnya, Aku berkata banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku / Aku
belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain itu.
P2 Kita mestilah rajin berusaha / gigih tanpa berputus asa dalam perniagaan 1+1
- Contoh, pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak membeli
jaket yang dijualnya, sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang
berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah.
Pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen
K1 Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan - Misalnya, Mas bijak 1+1
membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
K2 Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli barang - 1+1
Buktinya, Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
K3 Kita mestilah sayang akan ahli keluarga - Contoh, membeli cenderamata 1+1
untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara.
K4 Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara - Misalnya, Aku 1+1
bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak 5 lira kepada wanita
tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya 1 lira
sahaja dan memberi derma kepada pengemis.
K5 Kita perlu prihatin terhadap haiwan - Buktinya, Aku prihatin terhadap 1+1
haiwan seperti kijang dan berhasrat menjual jaket kulit kijang kepada
mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara
haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 136 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 19 – (SET (PEPERIKSAAN) JPN TERENGGANU 2019)


Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas botol air mineral,
pembungkus coklat, pembungkus gula-gula, resit pembelian, tiket feri, tiket muzium, beg
plastik, dan baki duit syiling negara luar, ke dalam kategori cenderamata.
Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih
ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang tidak
dijangkakan. Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar
sendiri dan tidak termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang kalau
tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian mereka. Selain itu, aku mungkin ditimpa
musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan wang sendiri.
Namun, aku berdoa agar ubat-ubat homeopati seperti Arnica 30c, Arsenik 30c, Arconite 30c,
Rhus Tox 30c, dan Nux Vomica 30c yang terdapat di dalam beg dapat membantuku
bertahan daripada sebarang alahan seperti cuaca sejuk, perbezaan makanan, serta aktiviti
lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambang mataku yang satu ini pantang berjumpa
bahan bacaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh duitku untuk membeli buku dan
majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum pulang ke tanah air.
Sesungguhnya, jaket kulit kijang dari Istanbul langsung tidak termasuk dalam senarai
perancangan belanjawanku.
Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulir Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan, berikan dua alasan penulis tidak membelanjakan


keseluruhan wangnya.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah aktiviti pelancongan kepada
masyarakat setempat?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 137 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Alasan penulis tidak membelanjakan keseluruhan wang
P1 untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan 2
P2 persediaan jika dilanda musibah 1
P3 jika perlu mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan wang sendiri 1
P4 keadaan rambang mataku yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaan
[maksimum : 2 markah]
(ii) Faedah-faedah aktiviti pelancongan kepada masyarakat setempat
P1 dapat memajukan prasarana / infrastruktur / kemudahan asas
P2 dapat membuka peluang pekerjaan baharu
P3 dapat mempelajari adat dan budaya pelancong yang melancong ke kawasan
yang dikunjungi
P4 dapat membuka ruang perniagaan di kawasan pelancongan
P5 dapat memperkenalkan produk tempatan / satu daerah satu produk
P6 dapat mempromosikan tempat mereka kepada pelancong
[maksimum : 3 markah][ Isi cukup : 2 isi]
(iii) Pengajaran dalam petikan
P1 Kita hendaklah bijak merancang perbelanjaan dan membeli sesuatu 1+1
mengikut keperluan. Contohnya, ‘aku’ tidak membelanjakan semua wangnya
kerana untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan.
P2 Kita hendaklah rajin menimba ilmu / menyediakan wang untuk membeli 1+1
bahan bacaan. Contohnya, penulis banyak menghabiskan duitnya dengan
membeli bahan bacaan seperti buku dan majalah.
P3 Kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan semasa melancong. Contohnya, 1+1
aku membawa ubat-ubatan sebagai persediaan ketika melancong.
Pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen
K1 Kita perlulah berusaha untuk menyelamatkan hidupan liar daripada 1+1
kepupusan. Contohnya, penulis sanggup mendermakan hasil jualan jaket
kulit kijang kepada zoo yang ada memelihara kijang kerana perasaan
sayangnya terhadap hidupan liar.
K2 Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, 1+1
pekedai di Grand Bazaar gigih memujuk aku dan kawan-kawan supaya
membeli jaket kulit kijang
K3 Kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan 1+1
melancong/melawat ke luar negara sekiranya mempunyai kemampuan.
Contohnya, aku pergi melancong ke Istanbul, Turki untuk menambahkan
pengetahuan dan pengalaman hidup di luar negara
K4 Kita hendaklah bersikap murah hati dengan membantu orang yang 1+1
memerlukan pertolongan. Contohnya aku memberi wang sebanyak lima dira
kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harganya
hanyalah satu dira.
K5 Kita hendaklah bersikap baik hati dengan keluarga dan rakan-rakan. 1+1
Contohnya, aku merancang untuk membeli cenderamata untuk keluarga dan
rakan-rakan di tanah air semasa melancong di Istanbul.
[maksimum : 4 markah]
MUKA SURAT 138 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 20 – (YAYASAN ISLAM Kelantan (YIK) 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan Hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda
memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman
tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang,
saya anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih
lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai
budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman
berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan
mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri daya
sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang
malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya.

Dipetik daripada cerpen‘ Munsyi’


Oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan alasan-alasan yang telah diberikan oleh bonda setiap kali ‘Mel’
meluahkan hasratnya untuk bermastautin di ibu kota.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara ibu bapa untuk membentuk jati
diri anak-anak yang kukuh?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 139 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) alasan-alasan yang telah diberikan oleh bonda setiap kali ‘Mel’
meluahkan hasratnya untuk bermastautin di ibu kota ialah
P1 Ilmu agama ‘Mel’ masih terlalu cetek dan nipis. 1
P2 Bonda bimbang ’Mel’ akan hanyut dibawa arus hedonisme dan
modenisme yang sedang melanda anak-anak muda di kota. 1
P3 Bahas ibunda ’Mel’ juga masih lemah 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Pada pendapat saya, cara ibu bapa untuk membentuk jati diri
anak-anak yang kukuh ialah
P1 Ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang secukupnya 1
P2 Ibu bapa hendaklah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada
anak-anak 1
P3 Ibu bapa haruslah membekalkan anak-anak dengan ilmu pengetahuan
yang tinggi 1
P4 Ibu bapa sewajarnya menghantar anak-anak mengikuti program
motivasi 1
P5 Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan budi pekerti dan tingkah
laku yang baik 1
Terima idea yang lain. Terima 2 isi sahaja
[maksimum : 3 markah]
(iii) Persoalan ialah
Dalam petikan cerpen
P1 Persoalan ketaatan terhadap perintah ibu. Contohnya, penulis taat 2
akan nasihat bonda supaya menangguhkan hasrat ke kota.
P2 Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak. Contohnya, bonda bimbang 2
akan penulis dihanyut arus hedonisme dan modenisme yang melanda
anak muda di kota.
Dalam kesuluruhan cerpen
K1 Persoalan tanggungjawab menjaga khazanah lama. Contohnya, bonda 2
bertanggungjawab menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tidak
ternilai harganya.
K2 Persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu. Contohnya penulis rajin 2
membaca buku-buku lama bondanya untuk menambahkan ilmu dalam
dirinya.
K3 Persoalan amanah dalam melaksanakan tugas. Contohnya, penulis 2 2
menyampaikan amanah bondenya iaitu menyerahkan buku-buku
kepada Munsyi ketika dia pergi ke Bandar.
K4 Persoalan kepentingan semangat patriotik dalam diri. Contohnya, 2
bonda menasihati penulis agar sentiasa memelihara bahasa ibunda
dan agama.
[maksimum : 4 markah]
MUKA SURAT 140 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 21 – (PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019)


Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD 70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku
mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket
yang kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia
mengurangkan USD 20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya
pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika ke luar negara,
jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.
Kainnnya mudah carik dan koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya
mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket
kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang
pendewaan dan pemujaan diri.

(Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”


oleh Makiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Bagaimanakah cara-cara untuk menjaga jaket kulit?


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan sesetengah pihak memburu dan
membunuh haiwan liar untuk mendapatkan keuntungan?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 141 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) cara-cara untuk menjaga jaket kulit
P1 Jaket kulit tidak boleh dibasuh
P2 Tidak boleh dilipat sembarangan
[maksimum : 2 markah]
(ii) Tidak wajar
P1 Haiwan liar semakin pupus
P2 Untuk menjaga ekosistem di dalam hutan
P3 Haiwan liar merupakan khazanah negara
P4 Haiwan liar mesti dipelihara untuk tatatapan generasi akan
datang
[maksimum : 3 markah]
(iii) Satu pengajaran dalam petikan cerpen
P1 Kita hendaklah menyayangi alam sekitar termasuk haiwan. 1+1
Contoh: Mas sedih kerana haiwan seperti kijang dibunuh untuk
diambil kulitnya bagi membuat jaket
Satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen yang tidak
terdapat dalam petikan
P1 Kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan 1+1
pengalaman dengan melancong ke luar negara.
Contohnya, penulis melancong ke Istanbul, Turki untuk
menambah pengetahuan dan pengalaman
P2 kita perlulah bijak merancang perbelanjaan. 1+1
Contohnya, penulis merancang perbelanjaan dengan membuat
senarai barang yang ingin dibeli
P3 Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang 1+1
semakin pupus.
Contohnya, penulis mendermakan wang jualan jaketnya kepada
mana-mana zoo yang memiliki kandang kijang
P4 Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap 1+1
golongan miskin.
Contohnya, penulis berasa simpati terhadap wanita tua yang
menjual makanan burung di Trafalgar Square.
***lain-lain jawapan boleh diterima mengikut budi bicara pemeriksa
[maksimum : 4 markah]

MUKA SURAT 142 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 22 – (PPD BARAM, SARAWAK 2019)


Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal-usul bumi mewah ini. Saya pandang
mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang
belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh
patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis
dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi
pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang
sedikit demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta,
pangkat dan kekayaaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja.
Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu
dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh
prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara. “Mel, sejarah
bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan
mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi
yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau.
Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan pandangan bonda tentang sejarah.


[2 markah]
(ii) Remaja memerlukan persediaan-persediaan yang rapi untuk menghadapi perubahan
dunia yang kian mencabar.
Pada pandangan anda, apakah persediaan-persediaan tersebut.
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu nilai yang lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 143 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) pandangan bonda tentang sejarah ialah
P1 Sejarah bukan buta 1
P2 Sejarah lalu ialah guru yang tidak pernah berdusta 1
P3 Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah
silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. 1
[maksimum : 2 markah][Isi cukup : 2 isi]
(ii) persediaan-persediaan yang rapi untuk
menghadapi perubahan dunia yang kian
mencabar ialah
P1 Mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup 1
P2 Memiliki kemahiran-kemahiran tertentu 1
P3 Mempunyai jati diri yang mantap 1
P4 Berdaya saing 1
P5 Bijak mencari peluang 1
*Jawapan lain yang sesuai diterima
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii) Nilai berdasarkan petikan :
P1 Patriotisme (1m). Sebagai contoh, bonda 1+1
berharap agar Mel menjadi pejuang yang berani
mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa
mereka yang sedikit demi sedikit mula terhakis di
atas tanah sendiri. (1m)
Nilai berdasarkan keseluruhan cerpen :
K1 Bertanggungjawab (1m). Sebagai contoh, Mel 1+1
menjalankan
tanggungjawabnya untuk menyerahkan kitab-kitab
lama milik bonda kepada sahabat bonda iaitu
Munsyi yang tinggal di Kampung Melayu yang
terletak di pinggir kota. (1m)
MUKA SURAT 144 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 23 – (SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2019)


Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa membimbingku semasa


melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Aku bercadang untuk membelikan Profesor Siti
Zainon, Dr. Shaiful Bahri dan Dr. Rosnah sesuatu yang boleh dijadikan kenang-kenangan.
Jenis barangannya, aku tidak pasti. Namun, sesuatu yang sesuai dengan taraf intelektual
dan minat mereka. Aku menetapkan anggaran harga maksimum sekitar USD40.
Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buah
buku yang diterbitkan di Turki dan mengambil seberapa banyak gambar dengan
menggunakan kamera digitalku. Aku menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50 kerana
harga buku biasanya mahal. Sebenarnya, setiap kali berpergian, aku berpeluang
mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Dari hotel, biasanya aku memperoleh
botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen, pensel, uncang teh, uncang
gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut.
Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas botol air mineral,
pembungkus coklat, pembungkus gula-gula, resit pembelian, tiket feri, tiket muzium, beg
plastik, dan baki duit syiling negara luar, ke dalam kategori cenderamata.

Dipetik daripada cerpen ‘ Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Apakah yang difikirkan oleh ‘aku’ sebelum membeli cenderamata untuk para
pensyarahnya?
[2 markah]
(ii) Melancong ke luar negara menjadi idaman semua orang.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum
melancong ke luar negara?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

MUKA SURAT 145 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Perkara yang difikirkan
P1 Sesuatu yang boleh dijadikan kenang-kenangan
1
P2 Sesuatu yang sesuai dengan taraf intelektual 1
P3 Sesuatu yang sesuai dengan minat 1
P4 Menetapkan anggaran harga maksimum sekitar USD40 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Persediaan-persediaan
P1 Mempelajari bahasa 1
P2 Mengetahui kadar pertukaran wang 1
P3 Memilih agensi pelancongan yang berdaftar 1
P4 Mengkaji cuaca /iklim 1
P5 Menyediakan segala keperluan yang penting seperti pasport, pakaian, insurans dan
sebagainya
*Faktor yang lain boleh diterima sekiranya sesuai
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Pengajaran dalam petikan


P1 Kita hendaklah mengenang jasa orang lain 1+1
Aku hendak membelikan cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak
berjasa membimbingnya semasa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana.
P2 Kita hendaklah merancang perbelanjaan ketika berbelanja/ berjimat cermat. 1+1
Aku menetapkan anggaran harga maksimum sekitar USD40 untuk membeli
cenderamata kepada para pensyarahaya.
P3 Kita perlu bersederhana dalam kehidupan seharian 1+1
Aku tidak kisah walaupun cenderamata untuk dirinya hanyalah barang-barang yang
diperoleh dari hotel seperti botol syampu, botol sabun, mancis dan lain-lain
Pengajaran dalam keseluruhan cerpen
K1 Kita hendaklah berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian 1+1
Aku membeli cenderamata untuk keluarga sebanyak 29 helai baju T, 2 helai untuk
keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
K2 Kita hendaklah bersikap pemurah terhadap orang yang kurang berkemampuan 1+1
Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira kepada wanita
tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira serta
ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang kanak-kanak
bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
K3 Kita hendaklah bersikap peramah terhadap pelanggan atau orang lain. 1+1
Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan
memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya.
K4 Kita hendaklah cinta akan haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus. 1+1
Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk
memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana 200 yang
mempunyai kandang kijang.
(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 isi (P+H)]

MUKA SURAT 146 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 24 – (PPD SEMPORNA, SABAH) 2019)


Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,
harganya sekitar RM500.00. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua
yang berjaya menjualnya kepada Shahmeem. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan
kepada Shahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah
membawa kegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan badan sepanjang
perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.
Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada
orang lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu
aku kunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa
mengalami kerugian. Seratus ringgit pun barang kali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku
rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya
juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah.Aku berharap
agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan tidak
berasa bongkak.
Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-
mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang
telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
Dipetik daripada cerpen
‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Oleh Maskiah Haji Masroom
dalam Antologi Jaket kulit Kijang dari Istanbul,DBP

(i) Mengapakah ‘aku’ ingin membeli jaket kulit yang dibelinya daripada Shahmeem?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran terhadap larangan pembunuhan


haiwan-haiwan yang dilindungi dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat? Nyatakan
tiga usaha memupuk kesedaran tersebut.
[3 markah]
(ii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu
pengajaran yang lain berdasarkan keseluruhan cerpen.
[4 markah]

MUKA SURAT 147 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Aku ingin menjual jaket kulitnya kerana
P1 Dia ingin orang membelinya berasa gembira 1
P2 Bakal pembeli sedar jaket itu sisa orang 1
P3 Agar pembeli itu tidak berasa bongkak 1
[maksimum : 2 markah]
(ii) Tiga usaha memupuk kesedaran
P1 Kempen kesedaran oleh pihak kerajaan 1
P2 Peranan ibu bapa-penerapan nilai dari kecil 1
P3 Peranan pihak sekolah- aktiviti koakademik 1
P4 Peranan media massa- melalui artikel, risalah, video pendek,
dokumentari 1
P5 Ceramah yang berkaitan dengan hidupan liar 1
P6 Terima mana-mana usaha yang difikirkan sesuai 1
[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii) Pengajaran dalam petikan
P1 Kita hendaklah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang 1+1
semakin mengalami kepupusan. Contohnya, penulis
mendermakan wang jualan jaketnya kepada mana-mana zoo
yang memiliki kandang kijang.
P2 Terima mana-mana yang difikirkan sesuai
[maksimum : 2 markah]
Pengajaran dalam keseluruhan cerpen
P1 Kita hendaklah membuat perancangan yang rapi sebelum pergi 1+1
melancong.
Mas merancang pelancongannya dengan bijaksana agar tidak
membazirkan wang.
P2 Kita hendaklah bijak dan sentiasa berwaspada ketika berada di 1+1
tempat orang.
Contohnya, Mas bijak tawar-menawar dan meninjau kawasan
jualan di Grand Bazaar.
P3 Kita perlulah rasional ketika berbelanja. 1+1
Contoh: Mas mendapati baju jaket kulit kijang yang dijual di
Istanbul terlalu mahal.
Terima mana-mana pengajaran yang difikirkan sesuai
[maksimum : 2 markah]

MUKA SURAT 148 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SET 25 – (SOALAN RAMALAN CIKGU TAN CL) 2019)


Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu
agama sayang masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus
hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata
bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya
dengan segala adat resan dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi
nenek moyang sejak zaman berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah
dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mei, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita
yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi
generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”

(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri


Antologi Jaket Kulit Kijang dari istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan punca-punca bonda menghalang


Mel untuk bermastautin di bandar.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati
diri remaja sekarang?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

MUKA SURAT 149 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Usaha-usaha
P1 Ilmu agama Mel masih kurang 1
P2 Bimbang Mel akan terpengaruh dengan budaya hedonisme dan 1
modenisme
P3 Bahasa ibunda Mel masih lemah 1

(ii) Cara-cara meningkatkan semangat jati diri remaja:


P1 Memperkukuh ilmu agama 1
P2 Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di 1
sekolah
P3 Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian 1
P4 Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum 1
P5 Kempen / program semangat jati diri secara berterusan 1
P6 Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti remaja / anak-anak 1

(iii) Pengajaran dalam petikan:


P1 Kita hendaklah bersungguh memartabatkan bahasa ibunda agar bahasa 1+1
ibunda terus kekal dan dituturkan oleh generasi akan datang.
P2 Kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum 1+1
merantau agar kita tidak mudah diperdaya atau hanyut dengan arus
pemodenan
P3 Kita hendaklah mempertahankan agama dan bangsa agar maruah kita 1+1
tidak tergadai / tercemar.
P4 Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ibu bapa agar kita dapat 2
hidup bahagia.

Pengajaran dalam cerpen:


P1 Kita hendaklah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk 1+1
meningkatkan pengetahuan.
P2 Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan supaya masa 1+1
depan lebih terjamin.
P3 Kita janganlah mudah berputus asa apabila menemui kegagalan tetapi 1+1
sebaliknya bangkit semula untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
P4 Kita hendaklah amanah dalam tugasan yang diberi agar kita dihormati 1+1
dan disegani.
P5 Kita janganlah melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti terjebak 1+1
dengan rasuah, kronisme dan hasad dengki kerana akan mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri.

MUKA SURAT 150 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

Anda mungkin juga menyukai