Anda di halaman 1dari 1

Kami tiba di Kedah pada pukul 5.40 pagi iaitu pada 12 Ogos 2019 bersamaan dengan hari Isnin.

Kelihatan padi yang sangat cantik menghiasi permukaan bumi Kedah itu. Ia membuatkan aku jatuh
cinta dengan permandangan itu. Sungguh indah sekali ciptaan Tuhan. Kami singgah ke sebuah masjid
untuk menunaikan solat fardhu Subuh berjemaah. Sungguh tenang saat aku berada disana. Sudah lma
aku tidak merasakan suasana sepeti itu. Selepas itu, kami ke Kuala Kedah mencari kedai makan untuk
sarapan. Aku berasa sungguh pelik dengan suasana pagi itu. Jika di Melaka, pagi-pagi lagi orang sudah
keluar rumah untuk bekerja ataupun ingin membeli sarapan. Tetapi di sana, sungguh sunyi. Mungkin
pada hari itu adalah cuti sekolah ataupun mereka sudah pergi kerja di awal pagi lagi. Tidak lama
selepas itu, kami terjumpa sebuah gerai yang menjual roti canai dan masakan-masakan yang lain.
Melihat pelanggan yang berada disitu menikmati roi canai di pagi hari membuatkan aku terliur.

Selepas itu kami segera daftar masuk ke sebuah hotel di Alor Setar. Dan pada pagi itu kami hanya
berehat di dalam bilik kerana keletihan. Ibu dan ayahku merancang untuk berjalan-jalan selepas
waktu Zohor. Aku tidak tahu ke mana ibu dan ayahku akan membawa kami untuk mencuci mata dan
berjalan-jalan di sekitar Alor setar. Destinasi pertama kami ialah Muzium Padi. Banyak benda yang aku
belajar tentang padi di sana. Dari cara orang terdahulu menanam padi sehinggalah cara mereka
memproses padi itu supaya menjadi beras. Banyak alatan dan kemudahan-kemudahan yang mereka
gunakan untuk memproses padi. Aku hanya membaca maklumat-maklumat yang berada di situ
sempitas lalu sahaja kerana sejujurnya aku lebih gemar melihat.

Sepatutnya selepas melawat Muzium Padi , kami mahu pergi ke gunung Keriang. Namun ibuku
berasa penat lalu membatalkan rancangan untuk melawat ke sana. Kemudian kami melawat ke
Dataran Alor Setar untuk mengambil gambar kenangan. Di kawasan itu juga terdapat Masjid Zahir,
Balai Seni Negeri, dan lain- lain. Kami sempat untuk ke Menara Alor Setar iaitu menara telekomunikasi
serta ia juga merupakan menara yang tertinggi di Alor Setar. Permandangan dari atas menara itu
sangat cantik. Selepas itu, ayahku mencadangkan untuk mencuci mata di Aman Sentral Mall sahaja
dan selepas sahaja ke sana, kami pulang ke hotel untuk berehat. Pada petangnya pula, kami berjalan-
jalan mencari makan sambil melihat permandangan Alor Setar yang sangat indah. Dan yang lebih
menyentuh hati adalah pada waktu tenggelamnya matahari. Sungguh cantik. Ia merupakan sesuatu
perkara yang takkan pernah aku lupakan.

Pada hari terakhirnya, aku dan juga keluarga pergi ke Pekan Rabu untuk membeli sedikit
barangan yang berupa cenderamata, makanan dan lain-lain. Sungguh berat hatiku kerana ia
merupakan hari terakhir aku di Kedah. Banyak perkara yang aku belajar di sini. Aku juga turut
mengetahui cara hidup orang disini . Orangnya yang peramah, dan kehidupan mereka yang tidak
mengira kaum dan bangsa telah menarik minatku untuk mengetahui lebih lagi tentang negeri Kedah
ini. Walaupun hanya sekejap sahaja di bumi Kedah ini, ia tetap merupakan salah satu kenangan yang
tidak akan aku lupakan. Aku berharap aku dapat menjejakkan kaki lagi ke sini suatu hari nanti.