Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA PELAGUS

96800 KAPIT, SARAWAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS KERJA
“COndusive and Clean Class”
(COC)
PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF DAN BERSIH 2018

Anjuran:
UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH

Tarikh:
MAC - OKT 2018

Tempat:
Blok Akademik Sekolah
(D1-D6)

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF DAN BERSIH 2018


SK NANGA PELAGUS, 96800 KAPIT
1.0 PENDAHULUAN
Kelas merupakan tempat atau “rumah” bagi murid di sekolah. Kelas yang
menarik dan kondusif secara langsung memberi aura positif kepada setiap
murid untuk belajar dan datang ke sekolah. Suasana pembelajaran yag
kondusif juga memberi kesan kepada keselesaan murid dalam persediaan
untuk belajar di samping merasa teruja untuk menimba ilmu.

Keceriaan kelas adalah tanggungajawab bersama antara murid dan guru


kelas dalam sesuatu organisasi kelas amnya. Pertandingan kelas kondusif
dan bersih ini merupakan medium untuk guru-guru dan murid-murid
berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka untuk
kepuasan diri sendiri serta keselesaan bersama semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2.0 OBJEKTIF
Pertandingan Kelas Kondusif dan Bersih ini menggariskan beberapa
objektif antaranya;

2.1 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.


2.2 membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk mewujudkan
kelas kondusif.
2.3 Memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap murid semasa proses
pengubahsuaian kelas berlaku.
2.4 Membina disiplin kendiri murid.
2.4 Merapatkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru-guru kelas.

3.0 MATLAMAT
Diharapkan sepanjang pertandingan ini dapat;

3.1 Menerapkan nilai kepimpinan dalam pengurusan kelas.


3.2 Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas.
3.3 Memberi perasaan baharu kepada murid untuk lebih minat belajar.
3.4 Melahirkan murid yang berdisiplin dan sentiasa bersedia.

4.0 SASARAN
Pertandingan kelas iaitu D1 Sehingga D6 (tanpa sebarang pengecualian)
terbahagi kepada Tahap 1(D1-D3) dan Tahap 2 (D4-D6).

5.0 PELAKSANAAN
Pertandingan dijalankan selama 8 bulan bermula Mac sehingga Oktober
2018. Penilaian akan dibuat sepanjang minggu dan pemenanag
diumumkan pada setiap minggu pada hari isnin semasa perhimpunan.

6.0 AHLIJAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA


(Rujuk Lampiran I)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Sumbangan
1 Piala Pusingan
Johan Tahap 1 1 KK Sekolah
Johan Tahap 2 1

8.0 SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN


(Rujuk Lampiran II)

9.0 BORANG PERMARKAHAN


(Rujuk Lampiran III)

10.0 PENUTUP
Diharapkan pertandingan ini mencapai objektif dan matlamat yang ingin
diketengahkan sepanjang pertandingan berlangsung dan memberi impak
baharu kepada murid mahupun guru. Melalui pertandingan sekolah sudah
menyahut seruan dalam memartabatkan Pembelajaran Alaf 21(PAK21)
terutamnya melibatkan PDPc.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

……………………………… …………………………………..
(MAHAZIQAH FARHAH BT MAHMUD (SELI AK JETE)
Setiausaha Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sk Ng Pelagus Sk Ng Pelagus,

ULASAN GURU BESAR

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

DILULUSKAN /TIDAK DILULUSKAN

……………………………..
(HARRISON DOM AK LANGI)
Guru Besar,
SK NG Pelagus.
LAMPIRAN I
AHLIJAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA

Penasihat : En Harrison Dom ak Langi (Guru Besar)


Pengerusi : En Seli ak Jete (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : En Warrent ak Rubi (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En Anthony ak George (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn Mahaziqah Farhah bt Mahmud

Guru Kelas Tahap 1 : En Awg Hafiz b Awg Ahmad (D1)


: Cik Nur Syafawati bt Abd Samad (D2)
: Pn Nur Afiqah bt Tahir (D3)
Guru Kelas Tahap 2 : Pn Zati Bayani bt Mohd Rosli (D4)
: En Ekmal Andsaler b Mohd Iskandar Andrew (D5)
: En Syazwan b Mohd Sanosi (D6)
Panel Penilai (GURU) : Pn Mahaziqah Farhah bt Mahmud
: Cik Nur Syafawati bt Abd Samad
: En Hisyamuddin b Aris
: En Awg Hafiz b Awg Ahmad
: Cik Wahida bt Mohamad Hamdi
: Cik Nur ‘Izzati bt Ahmad Subri
: En Syazwan b Mohd Sanosi
: Pn Zati Bayani bt Mohd Rosli
: En Ekmal Andsaler b Mohd Iskandar Andrew
: Pn Nur Afiqah bt Tahir
(AKP) : Alpha ak Walter
: Poyang ak Bungkong
: David ak Dungat
: Janichal ak Bayang

LAMPIRAN II
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
i. Pertandingan adalah melibatkan semua kelas D1 sehingga D6.
ii. Penilaian terbahagi kepada 2 aspek iaitu;
a) Kebersihan
b) Keceriaan
iii. Penarafan bintang kelas berdasarkan skor yang dicapai selepas penilaian.
iv. Penilaian dibuat oleh panel penilai yang telah ditetapkan sepanjang tahun.
v. Penialain dibuat semasa sesi persekolahan ataupun selepas sesi
persekolahan sepanjang minggu tersebut.
vi. Johan untuk setiap tahap yang dipertandingkan akan menerima sebuah
piala pusingan.
vii. Kelas yang mendapat 50 markah ke bawah perlu membuat kerja amal
atau denda.
LAMPIRAN III