Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Perubahan politik di Eropah telah membawa kepada pergolakan dunia di Timur


Tengah sehingga ke hari ini. Masyarakat antarabangsa telah dikejutkan dengan
peristiwa bantahan dan tunjuk perasaan rakyat negara terlibat bagi menggambarkan
perasaan ketidakpuasan hati terhadap pemerintah dan kerajaan mereka. Namun
usaha pendemokrasian ini menghadapi cabaran berikutan campur tangan pihak luar
dalam menentukan hala tuju corak demokrasi yang dikehendaki.

2.1 Pergolakan dan krisis di Mesir

Kedudukan Mesir yang berada berhampiran dengan negara Arab telah menjadi
pencetus kepada pergolakan di Timur Tengah. Pada awal tahun 2011, Presiden
Hosni Mubarak telah digulingkan melalui kebangkitan media massa. Kejatuhan
pemimpin ini menandakan bermulanya usaha pendemokrasian di Mesir. Sentimen
predemokrasi yang kuat dan berleluasa telah membina fahaman yang mengaitkan
terus dengan perubahan yang dramatik tentang pendemokrasian atau kejatuhan
seorang pemimpin atau rejim. Penguasa tentera yang merupakan kuasa sebenar di
Mesir yang melakukan tindakan menjatuhkan Presiden Mohamed Morsi daripada
kedudukannya sebagai presiden pada malam 3 Julai telah menunjukkan dengan
tegas cabaran yang dihadapi dalam proses pendemokrasian. Pasukan tentera telah
menunjukkan kuasanya dengan kerjasama kelompok sekular dan liberal serta
menggunakan sentimen ketakutan terhadap “kecenderungan Islam” daripada
kelompok parti Islam dan gerakan Ikhwan al-Muslimin yang menjadi penggerak
penting politik Mesir. Terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk mendorong
kumpulan liberal memberikan penentangan kuat kepada Morsi melalui sentimen
seperti sifat Islamik dan implikasi negatif yang dikaitkan dengan Morsi dan
penyokongnya. Dalam hal ini, kelompok liberal telah menggunakan pelbagai cara
dan teknik untuk mengkritik dan menjejaskan kredibiliti Morsi dan kelompok
penyokongnya. Dari sudut lain pula, Mesir dilabelkan sebagai sekutu Amerika
Syarikat bersama Israel yang menjadi antara empat penerima bantuan ketenteraan
terbesar di Washinton. Perubahan yang berlaku di Mesir dinilai umum sebagai
sesuatu yang direstui oleh Amerika, sekalipun tidak dilakukan secara demokrasi.
Oleh itu, konflik yang melibatkan peperangan tidak terlalu dipandang berat oleh
Amerika Syarikat di samping pasukan tentera Mesir yang memegang kuasa yang
lebih besar telah meyebabkan usaha pendemokrasian menjadi sangat sukar malah
konflik yang berlaku di Mesir tidak dijamin akan berakhir dalam tempoh masa yang
singkat. Akhirnya, tentera Mesir menggunakan kuasa yang dipegang telah
menumbangkan Presiden Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi dan turut
mengumunkan pelan tindakan masa depan politik negara yang bakal dilaksanakan
oleh sebuah jawatankuasa perdamaian nasional dengan pengistiharan penyingkiran
Morsi oleh pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi. Hal ini telah
membangkitkan rasa tidak puas hati dan kemarahan para penyokong Morsi yang
berkumpul di pinggir bandar Kaherah.

Politik Mesir pasca-Mubarak kini menampakkan kompleksiti dan cabaran besar yang
harus dihadapi oleh rakyat Mesir. Krisis Mesir ini secara tidak langsung telah
menjadi iktibar kepada kita seperti sebarang sepakat kata tidak akan dapat dicapai
dengan mudah sekiranya terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada
proses demokrasi dan faktor dinamika politik dalaman.

2.2 Pergolakan dan krisis di Syria

Syria memperoleh kemerdekaan daripada perancis pada tahun 1945 dan diperintah
oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafex al-Assad yang telah
memerintah selama 32 tahun. Kemudian, Hafez al-Assad digantikan oleh anaknya
pada tahun 2000, iaitu Bashar al-Assad yang memerintah Syria sehingga kini.
Kedua-dua orang pemerintah tersebut telah menggunakan cara diktator untuk
memerintah Syria selama ini. Kerajaan Syria didukung oleh Iran yang terkenal
dengan aliran Syiah. Bermula dari zaman ayah Hafez al-Assad lagi, konflik berdarah
di Hamas telah berlaku pada tahun 1982 selama 27 hari yang telah mengorbankan
hamper 46000 ribu penduduk Hamas. Peristiwa ini telah menyebabkan rakyat Syria
berasa takut dan telah mendiam diri daripada politik. Kemudian, oleh sebab rasa
tidak puas hati dan marah terhadap kezaliman pemerintah, rakyat Syria telah
membangkit semula menentang peristiwa berdarah yang berlaku dan ini telah
menjadi titik permulaan kepada revolusi yang berlaku di Hamas. Kemudian,
semangat penentangan ini juga telah merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa,
Hauran, Halab bahkan sehingga di 157 buah tempat di Syria. Pemberontakan Syria
atau Perang Saudara Syria merupakan konflik dalaman yang berlaku sejak awal
tahun 2011. Bantahan tersebut bermula pada 26 Januari 2011 dan meningkat ke
tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Para pembantah melakukan pemberontakan
tersebut dengantujuan mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur dan juga
mendesak parti memerintah, iaitu Parti Ba’ath membenarkan parti politik lain, hak
sama rata untuk orang Kurdi, dan kebebasan politik yang lebih luas seperti
kebebasan akhbar, bersuara, dan berhimpun. Seperti gerakan revolusi Mesir, para
pembantah Syria telah melakukan perarakan, mogok lapar, dan vandalisme terhadap
harta kerajaan dan kedai-kedai untuk menunjukkan kemarahan dan ketidakpuas hati
mereka terhadap system pemerintahan yang bersifat tidak adil dan zalim. Beberapa
kumpulan Islam di utara Syria juga telah mengambil kesempatan dengan
melancarkan serangan terhadap kerajaan. Sementara itu, kerajaan Syria telah
bertindak balas terhadap aktiviti-aktiviti pemberontakan para pembantah dengan
menggunakan kereta kebal dan juga penembak tepat dari atas bangunan untuk
memaksa para penunjuk perasaan berasa terancam dan berundur. Beberapa
bandar telah dikepung dan askar telah diarahkan supaya menembak para
pembantah dan orang awam.

Banyak pihak telah memberikan reaksi terhadap kebangkitan yang berlaku di Syria.
Liga Arab, Kesatuan Eropah,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Amerika
Syarikat turut mengutuk penggunaan kekerasan oleh Syria terhadap pembantah.
Walaubagaimanapun, kuasa-kuasa asing tersebut tidak dapat mencampur tangan
dalam sebarang hal yang berkaitan dengan ketenteraan secara umum sesuka hati.
Pada bulan November 2011, Liga Arab telah menggantung keanggotaan Syria dalam
pertubuhan tersebut dan menghantar misi pemerhati pada bulan Disember sebagai
sebahagian daripada cadangan penyelesaian krisis ini secara aman. Keadaan
konflik yang berlaku di Syria telah mendapat perhatian dari negara pertubuhan
bangsa dan pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil untuk meredakan ketegangan
yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi segala usaha telah ditolak oleh
Presiden bashar al-Assad.

2.3 Konflik di Iraq

Konflik di Iraq telah berlaku antara peperangan tentera Saddam Hussein dengan
Amerika Syarikat. Walaupun pada 9 April 2003 pemerintahan Saddam Hussien yang
kejam selama 24 tahun akhirnya telah ditumpaskan apabila kota Baghdad berjaya
ditawan oleh tentera penceroboh pimpinan Amerika Syarikat diikuti dengan Tikrit,
iaitu bandar kelahiran Saddam Hussien dan kubu kuat beliau turut dijatuhkan ke
tangan penceroboh, satu perkara yang sangat penting kepada para umat Islam di
seluruh dunia ialah apakah perasaan mereka apabila Iraq sebagai tanah Islam telah
tumpas di tangan tentera penceroboh? Sebenarnya amat sukar untuk mencari
perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan para umat Islam lebih-lebih
lagi dalam keadaan seluruh negara Islam tidak berdaya untuk melakukan apa-apa
untuk menentang sekatan dan tekanan kuasa besar ekonomi dunia tersebut. Umat
Islam dan seluruh dunia amnya bagai diikat tangan daripada melawan kekejaman
rejim tentera penceroboh. Perkara ini dapat ditunjukkan dengan jelas apabila tentera
Amerika Syarikat mula menceroboh bumi Iraq pada 17 Mac 2003. Pada masa
tersebut juga Amerika Syarikat bersama Britain dan Australia menidakkan kuasa
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menyerang Iraq.

Sejak perang tersebut bermula, banyak perkara yang buruk dapat dilihat walaupun
dikatakan niat tentera negara penceroboh menceroboh Iraq dengan tujuan
membebaskan Iraq daripada cengkaman Saddam Hussien. Antaranya adalah
kekejaman yang ditonjolkan oleh pihak tentera bersekutu dengan menyerang dan
mengebom Iraq yang sangat menyedihkan dantelah mencabar sifat kemanusiaan
sejagat. Medan perang di Iraq telah dijadikan sebagai satu pusat pameran bagi
mempamerkan kekuatan tentera serta kecanggihan senjata dan teknologi tentera
bersekutu. Tujuan tersebut merupakan faktor Amerika Syarikat begitu yakin dapat
menumbangkan Saddam dalam masa 48 jam sahaja walaupun sasaran tersebut
tidak tercapai. Selain itu, perkara yang lebih malang perlu dilihat juga daripada
perspektif rakyat Iraq sendiri. Kos yang perlu dibayar oleh mereka terlalu tinggi iaitu
dalam bentuk kehilangan nyawa, harta benda, kehidupan, dan jati diri. Kini, lebih 24
juta penduduk Iraq berada dalam era pascaperang. Fasa ini juga dikenali sebagai
fasa haru-biru dan bumi Iraq berada dalam keadaan kacau-bilau. Hal ini berlaku
disebabkan tanpa undang-undang yang kukuh, kegiatan mencuri dan merampas
telah berleluasa. Kegiatan mencuri berlaku dengan meluas di kota Basra. Pencuri
menggunakan kereta sorong, lori pengangkut barang, dan basikal untuk mengambil
segala barang yang mampu diangkut dari bangunan pejabat, syarikat perniagaan
malah rumah kediaman. Secara rumusnya, banyak perkara yang dapat kita
mengambil iktibar daripada peristiwa pencerobohan di Iraq. Antaranya seperti
perpaduan yang kuat dan kukuh mestilah terbentuk sesame manusia agar kekuatan
diri, bangsa, dan negara dapat dibina untuk menentang penjajahan alaf baharu
seperti penjajahan budaya atau amalan traditional. Malah, demokrasi yang
sepatutnya dijadikan wadah untuk membentuk pentadbiran negara tidak harus
disalahgunakan untuk memperoleh kepuasan peribadi. Sebagai contoh, kuasa besar
seperti Amerika Syarikat dan Britain telah menggunakan alasan demokrasi ini untuk
menceroboh negara yang kerdil dan lemah di mana perlakuan tersebut bersifat tidak
mempunyai keprihatinan terhadap orang atau negara lain yang menghadapi masalah
atau konflik.

3.0 Cabaran-cabaran Pendemokrasian Di Negara-negara Timur Tengah

Secara keseluruhannya, cabaran pendemokrasian di Negara Timur Tengah dapat


dibahagi kepada empat cabaran iaitu kebangkitan rakyat, campur tangan kuasa
asing, persaingan kuasa dan ketidakstabilan politik. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, demokrasi boleh didiefinisikan sebagai pemerintahan oleh rakyat atau
wakil yang dipilih dalam pilihan raya atau juga dikenali sebagai keadaan sosial tanpa
perbezaan keistimewaan kelas. Dalam usaha-usaha pendemokrasian di negara-
negara timur tengah seperti Mesir, Syria dan Iraq sememangnya rakyat tempatan
menghadapi pelbagai rintangan sehingga usaha pendemokrasian tidak tercapai
sehingga hari ini.

Pertama sekali, aktiviti memberontak dan menunjuk perasaan oleh rakyat di Mesir
terhadap pemerintah dan kerajaan mereka sememangnya merupakan salah satu
cabaran untuk mencapai pendemokrasian di Mesir. Perlakuan ini merupakan satu
tanda dan bentuk gambaran tentang kekecewaan dan perasaan tidak puas hati
rakyat Mesir terhadap corak pemerintahan kerajaan Mesir. Buktinya, apabila
presiden Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi dijatuhkan kedudukan
presidennya oleh pemimpin tentera dan tokoh politik iaitu Andel Fattah al-Sisi, para
penyokong presiden Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah berasa tidak
puas hati lalu perasaan marah juga ditimbulkan dalam kalangan penyokong tersebut.
Hal ini sememangnya telah memberikan kesan yang kurang baik dalam usaha
pendemokrasian Mesir kerana rakyat sepatutunya bersatu hati dengan pihak
kerajaan dan pemerintah supaya usaha pendemokrasian di Mesir dapat dicapai
dalam jangka masa yang singkat tetapi apa yang berlaku ialah rakyat di Mesir telah
bangkit untuk menentang pemerintah di Mesir. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa
kebangkitan rakyat merupakan salah satu rintangan dalam usaha pendemokrasian
sesebuah negara.

Halangan yang kedua ialah campur tangan kuasa asing dalam pemerintahan
sesebuah negara. Kita jelas mendapati bahawa kebanyakn negara-negara barat
menginginkan satu perubahan yang mesti dilakukan di timur tengah disebabkan
perancangan mereka supaya dapat mempromosikan agenda atau ideologi mereka
sama ada dari segi budaya, pemikiran, corak hidup di timur tengah seiring dengan
zaman globalisasi. Para kuasa asing seperti Amerika Syarikat telah menggunakan
pelbagai cara untuk mempengaruhi timur tengah seperti melakukan campur tangan
tentera. Hal ini jelas terbukti dengan peristiwa pencerobohan pemimpin Amerika
Syarikat ke atas Iraq. Walaupun Iraq dikatakan bebas daripada cengkaman
kekejaman Saddam apabila para penceroboh Amerika Syarikat berjaya menawan
kota Baghdad yang menandakan pengakhiran pemerintahan yang melebihi 24 tahun
oleh Saddam Hussien tetapi peristiwa tersebut juga menunjukkan para penceroboh
barat berjaya menumpaskan tentera di Iraq. Dengan tekanan kuasa besar dan
ekonomi yang kukuh di Amerika Syarikat, para umat Islam lain daripada seluruh
dunia tidak mampu melakukan apa-apa untuk Iraq. Pencerobohan tentera Amerika
Syarikat sememangnya membebaskan Iraq daripada penguasaan Saddam Hussien
tetapi tujuan di sebalik Amerika Syarikat ialah menjadikan medan peperangan di Iraq
sebagai satu pusat pameran bagi mempamerkan kecanggihan senjata dan teknologi
yang dicapai. Akibat sifat kekejaman yang ditonjolkan oleh pihak tentera, kos yang
perlu dibayar oleh rakyat Iraq terlalu tinggi iaitu dalam bentuk kehilangan nyawa,
harta benda, kehidupan, dan jati diri. Hal ini telah menyebabkan usaha
pendemokrasian di Iraq tidak dapat dicapai kerana para rakyat Iraq terpaksa
menumpukan perhatian dan usaha untuk memulihkan ekonomi, bangunan dan
tenaga kerja di Iraq. Oleh itu, jelas di sini menunjukkan bahawa sebarang bentuk
campur tangan kuasa asing akan menghalang usaha pendemokrasian di negara
timur tengah.

Tidak dapat dinafikan bahawa ketidakstabilan politik merupakan salah satu rintangan
yang sangat sukar dihadapi oleh negara Timur Tengah untuk mencapai
pendemokrasikan negara masing-masing. Pada akhir enam bulan pertama 2013,
politik dunia penuh dengan percaturan, perbalahan, perdebatan dan persaingan
kuasa atas nama demokrasi.

4.0 Peranan Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) ke atas negara Timur
Tengah dalam pembentukan kerajaan demokrasi
Manakala Kesatuan Eropah (EU) pula dilihat sebagai satu kuasa yang mempunyai
hubungan dan pengaruh besar dalam konflik Israel dan Palestin. Konflik Israel dan
Palestin merupakan konflik yang paling panjang dalam sejarah dunia sejak
tertubuhnya negara Israel pada 15 Mei 1948 di tengah-tengah negara Islam di Asia
Barat. Perjanjian Damai Oslo merupakan salah satu usaha yang direncanakan oleh
Kesatuan Eropah dan dilihat penting dalam mencorakkan politik di rantau Asia Barat.
Perjanjian Damai Oslo ini telah memberikan impak yang tersendiri terhadap dua
pihak yang bertelagah, iaitu Israel dan Palestin. Kesatuan Eropah merupakan satu
kuasa yang mempunyai hubungan dan pengaruh yang besar terhadap Israel dan
Palestin dari segi bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Oleh itu, peranan
Kesatuan Eropah dalam Perjanjian Damai Oslo diperlihatkan penting dalam
menentukan sama ada Kesatuan Eropah boleh berjaya dalam mempromosikan
demokrasi dan perdamaian atau tidak. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa peranan
Kesatuan Eropah dalam merangka satu perjanjian yang berkesan untuk
mempromosikan demokrasi di samping menyelesaikan masalah konflik yang berlaku
di negara Timur Tengah adalah sangat penting.

5.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, masalah konflik yang berlaku di negara Timur Tengah telah
memberikan beberapa pengajaran yang sangat penting. Pertama, usaha baik untuk
mencapai sesebuah negara yang demokrasi tidak dapat dicapai sekiranya wujud
pertelingkaran dan perselisihan fahaman sesame sendiri. Oleh itu, kita sebagai
rakyat Malaysia yang berbilang kaum seharusnya mempunyai sifat bertolak ansur
dan bersifat toleransi antara satu sama lain supaya dapat membentuk kehidupan
yang aman dan damai di samping mengekalkan status negara yang bersifat
demokrasi. Selain itu, konflik atau peristiwa berdarah yang berlaku di sesebuah
negara tidak berupaya menyelesaikan sebarang masalah tetapi sebaliknya
perbincangan secara damai atau perjanjian perdamaian biasanya merupakan inisiatif
yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah mahupun membentuk
sesebuah negara yang demokrasi dan aman.