Anda di halaman 1dari 5

SURAH TAHA

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Taahaa adalah surah ke-20 dan terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah surah Maryam.
Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini.

Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada
permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada
orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat
penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf ThaaHaa
dalam surah ini.

Allah SWT menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah SWT,
Pencipta semesta alam. Kemudian Allah SWT menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat
yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan orang-orang yang
mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN:

Al Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa A.S.
menerima secara langsung wahyu dari Allah SWT, tanpa perantaraan Jibril; Allah SWT menguasai 'Arsy,
mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari
kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan
dari Allah SWT.

2. HUKUM HAKAM:

Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan
solat.

3. KISAH-KISAH:

Kisah Musa AS dan Harun AS dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam A.S. dan iblis.

4. LAIN-LAIN:

Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah
SWT sekalipun sudah menjadi rasul; Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul
kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia.
FADILATNYA:-

1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu
anak yang baik.

Ayat ini adalah ayat pelembut hati.

Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah.

Terjemahan:

"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya
engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-
Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi.
Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di
langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."

2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang
sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.
Terjemahan

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan
dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

3. Ayat 39 diamalkan para isteri supaya suami tidak kahwin lain.

Terjemahan:

".. dan aku limpahkan rasa cinta-ku kepada engkau dan supaya engkau diasuh di bawah perhatian-ku."

4. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit
kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.

Terjemahan:

"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong.
Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."
5. Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu.

Terjemahan:

"Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku."

6. Ayat 120-135 dan Ayat 21-32 dari Surah Muhammad adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada
orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati.

7. Tulis ayat 131-132 pada sehelai kertas dan sentiasa dibawa oleh orang yang berhasrat untuk
berkahwin. InsyaAllah dia akan mendapatkan jodohnya.

- Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah
Toha selepas solat setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.

- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan
berkat.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w.
menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan
membaca ayat 132 surah Taha.
Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan
sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik
adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”.
Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka
akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan
sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

8. Membaca surah Taha, Allah SWT akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksudnya.

9. Surah ini ditulis pada kertas kemudian dicurahkan keatasnya air panas. Kemudian air tersebut
digunakan untuk mandi. Khasiatnya anda akan segera mendapat jodoh yang sesuai dengan agama,
insyaAllah.