Teori pembelajaran yang pertama adalah teori yang dicipta oleh Jean Piaget iaituteori kognitif dan
juga teori perkembangan kognitif. Dalam teori kognitif, Piaget menyatakankanak-kanak mempelajari
matematik melalui empat konsep utama iaitu skema, penyerapan,pengubahsuaian dan
keseimbangan. Namun, dalam pembelajaran matematik kanak-kanak hanya dikaitkan dengan tiga
konsep iaitu penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan.Ketiga-tiga konsep ini melibatkan
perubahan dalam pemikiran kanak-kanak mengenai pembelajaran sesuatu konsep dalam
mempelajari awal matematik. Sekiranya konsep matematik dapat diajar dengan betul daripada
peringkat awal, maka kanak-kanak akan terus mengekalkan konsep yang mereka pelajari pada awal
umur sehingga mereka dewasa.
Implikasi daripada teori ini terhadap guru adalah guru perlu bersiap sedia untukmengajar konsep
yang betul dan mudah diingati oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak hanya mempelajari
nombor 1 melalui simbol nombor tersebut pada awalpembelajaran mereka. Dengan ini, untuk
memupuk kefahaman kepada kanak-kanakmengenai konsep nombor 1 adalah mengaitkan simbol
nombor tersebut dengan sesuatuobjek secara konkrit, contohnya kita mempamerkan simbol
nombor satu dan kemudiannyamemaparkan sebiji epal. Maka dengan itu, kanak-kanak akan melalui
konsep penyerapan,dengan cuba mengingati bahawa epal yang ditunjukkan oleh guru mewakili
simbol nombor 1yang ditunjukkan. Implikasi seterusnya ialah kanak-kanak perlu dibimbing
dalammenyelesaikan masalah matematik yang melibatkan konsep penyesuaian supaya merekatidak
keliru dengan perubahan yang mereka pelajari. Sebagai contoh, dalam mempelajarikonsep berat
menggunakan tanah liat. Gunakan dua tanah liat yg sama besar dan berat. Kemudian penyekkan dan
tanya pada kanak-kanak yang mana satu tanah liat yang lebihberat. Sekiranya kanak-kanak
menjawab dengan jawapan yang salah, guru bolehmembimbing kanak-kanak dengan jawapan yang
betul dan menyesuaikan denganpemikiran kanak-kanak.
Teori seterusnya iaitu Teori Pembelajaran Kognitif Piaget iaitu menekankan pengubahsuaian diri
dalam alam sekitar sebagai faktor yang penting untuk perkembangan kognitif individu. Beliau
mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat
peringkat ikut perubahan umur mereka. Selain itu, setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-
kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit atau
abstrak. Menurut Piaget sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh
orang dewasa. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970) menghuraikan lima pandangan asas iaitu
skema, adaptasi keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkaitan rapat dengan pembelajaran
kognitif seseorang.
Skema merupakan model tingkah laku asas individu semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam
sekitar. Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Contohnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan yang boleh
mewakili ciri tingkah laku skema individu. Adaptasi dan keseimbangan iaitu mengubahsuai skema
selaras dengan pembelajaran baru. Asimilasi ialah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam
skema yang sedia ada. Oleh itu, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru
dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh,
pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai tikus
belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan
skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang. Akomodasi akan berlaku apabila
individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema baru. Contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk
mengenali hamster kepada sistem lain mengenalpasti binatang. Oleh itu, implikasi Teori Piaget
dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu guru perlu menyediakan isi pelajaran mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Selain itu, guru perlu
menyediakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penemuan. Tentukan pelajar
bersedia secara mental untuk belajar sesuatu pengalaman dan pembelajaran yang sesuai mengikut
peringkat pemikiran kanak-kanak. Hal ini demikan kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak
berbeza mengikut tahap umur.