Anda di halaman 1dari 2

Naskhah Drama Pendek Kanak-Kanak

Tajuk: Kawan yang sombong


Tema: Drama Sosial

Pelakon:
1. Andi (baik),
2. Johan (baik),
3. Budi (sombong)

Johan, Budi dan Andi adalah tiga orang bersahabat yang sudah berkawan sejak sekian
lama. Mereka kelihatan sangat akrab .

Johan: kenapa kau tidak datang di majlis hari jadi Lokman , kawan sekelas kita kelmarin,
Budi?

Budi: Ah, aku malaslah ....aku tak akan datang dalam majlis haprak macam tu

Andi: Apa maksud kau?

Johan: Ya lah..kau ni Budi ..majlis hari jadi Lukman, kau kata majlis haprak.

Budi: Kau tau tak...tempat majlis tu diadakan lansung tak menyelerakan.....tetamu dalam
majlis itu pulak..huh..tak ada standard.. Hei ..itu bukan taraf aku la....tolong sikit..

Johan, Andi dan pun tercengang mendengar perkataan si Budi yang dengan begitu
sombongnya.

Johan: tak ada standard kau kata?ish..ish..ish... kau ni..kalau iya pun , tak kanlah gitu
sekali..kesian si Lokman

Andi: Betul kata kamu Johan, kamu tak boleh macam tu Budi. Ya, kami tahu... kamu tu anak
orang kaya, tapi bukan bererti kamu boleh memandang rendah kepada orang lain..

Budi: Ahhh...kau berdua ni pun sama dengan mereka..tak faham kedudukan dan citarasa aku

Johan semakin hilang hormatnya dengan rakannya itu. Budi telah berubah sejak ayahnya
sudah menjadi orang kaya baru.

Johan: Budi, aku tahu kamu memang anak orang kaya sekarang ni. kau beruntung..dalam
sekelip mata,keluarga kau menjadi mewah dan harta yang berlimpah ruah, tapi bukan bererti
kau boleh memandang rendah pada orang lain yang miskin. Sepatutnya kau menjadi orang
yang lebih bersyukur....

Andi: Betul kata kau Johan. Kau harus menghargai apa yang kau kecapi hari ini..tak semua
orang atas dunia bertuah macam kau !!!

Budi: Ah, sudahlah.. .. aku dah lewat ni..aku balik dulu lah..
Budi pun bergegas menuju kereta mewahnya yang menunggu didepan sekolah. Andi dan
Johan masih tercegat disitu.

Andi: Kau fikir kenapa Budi berfikiran begitu ya..

Johan: Ya.., aku sendiri pun tak sangka kenapa kawan kita sekarang jadi manusia yang
sangat sombong sekali.

Andi: Ya sudah lah Johan, manusia sememangnya mudah lupa diri ...yang penting kita
jangan jadi seperti dia...dan yang paling penting lagi, kita jangan berputus asa untuk
nasihatkan dia supaya dia berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Johan: Ya lah..

Johan dan Andi pun akhirnya bergegas untuk pulang ke rumah dengan seribu pertanyaan....