Anda di halaman 1dari 5

Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai

(Napie Mat)

Rangkap Maksud
1 Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di
dunia. Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak
langsung dia memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang
melaksanakan fitrah Allah untuk mencari rezeki.

2 Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada


masalah yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa
petanda. Masalah yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh
memberi kesan yang teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan
golongan bawahan seperti nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka
untuk mencari rezeki.

3 Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup
mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim
tertentu. Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan
golongan masayrakat yang hidup dalam kesusahan.

4 Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul


dalam masyarakat di dunia ini.

5 Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasa merupakan kesusahan yang
dialami selama-lamanya.

Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan


dalam mencari rezeki.
1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat.

3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan


untuk mencari rezeki.

4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.

1. Rima akhir tidak sama. Contoh:- R1- abcdebae.

2. Terdiri daripada lima rangkap.

3. Jumlah baris serangkap tidak sama. Contoh :- R1- 8 baris R2 - 11 baris.

4. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga lima patah perkataan.

5. Jumlah sukukata sebaris antara empat hingga dua belas sukukata.

6. Berbentuk bebas.

1. Kata ganda

Contoh : tercungap-cungap
2. Metafora

Contoh : tebing waktu

3. Asonansi - pengulangan vokal a

Contoh : memahami gerak air sungai

5. Aliterasi

Contoh : sepanjang lebuh kehidupan

4. Anafora

Contoh: di sini kita menukang cinta dan menyulam bahagia.

di kebun hayat yang sementara

1. Nilai keinsafan

Contoh: penyajak menginsafi nasib yang menimpa golongan bawahan seperti


nelayan.

2. Nilai Ketabahan

Contoh: Golongan nelayan tabah menghadapi cabaran dan rintangan dalam


usaha mencari rezeki.
1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam usaha mencari rezeki.

2. Kita mestilah rajin mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

3. Kita haruslah prihatin dengan nasib golongan bahawahan.