Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Sepak takraw merupakan satu permainan yang telah wujud sejak zaman
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lagi.Zaman sebelum itu,sepak takraw belum
lagi dimainkan secara gelanggang dan ia hanya dimainkan secara bulatan
yang dipanggil sepak raga.Sepak raga hanya menggunakan sebiji bola yang
diperbuat daripada rotan.

Ia dimainkan secara bulatan dan ditimang seberapa banyak yang boleh.


Namun beberapa tahun kemudian,permainan sepak takraw ini telah di
ubahsuai dan mula dimainkan secara gelanggang sepertimana permainan
sepak takraw yang dapat kita saksikan hari ini.
Hari ini kita dapat saksikan bahawa permainan sepak takraw amat menarik
kepada penggemarnya kerana sukan ini mempunyai tarikan yang tersendiri
sehingga menjadi satu kegilaan bagi peminat-peminat sukan ini dengan
aksi libasan  dan akrobatik yang merbahaya.

KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW


1)  SERVIS

 Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan kaki


kanannya sebelum melakukan ayunan.
 Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
 Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan mengikut
lajak.
    

      
2) MELAMBUNG

 Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola,


membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
 Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
 Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan
lambungan.
 Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.

  
  

3) MENGUMPAN

 Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian
tapak dan melakukan sepakan.
 Bersedia mengawal bola.
 Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
 Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
 Imbangkan badan dengan tangan.
                                 

4) MENANDUK

 Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk


menghantar, mengumpan, mengawal dan merejam bola.
 Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka, kemudian
gunakan dahi untuk menolak bola ke atas.
5) MEREJAM

 Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting,


rejaman sisi dan rejaman menapak.
 Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah mempunyai
fleksibiliti, kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
 Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah
bola.
 Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.
6) MENGHADANG

 Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang


dibuat oleh pihak lawan ditangkis.
 Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
 Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :
1. Diri sedia.
2. Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada
jaring, semakin tinggi lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan
hadangan.
3. Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang
direjam, batal jika menghadang menggunakan tangan

Anda mungkin juga menyukai