Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk
menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain (Eisenberg
and Mussen 1989, ms 3). Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut berbanding motivasi
yang terhasil antara tindakan tersebut. Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai aktiviti
seperti berkongsi menyelesaikan masalah orang lain, menyelamat dan menolong. Selalunya
tingkah laku prososial dikelilingi dengan altruisme. Kedua-duanya adalah berlainan konsep.

Tingkah laku prososial merujuk kepada bentuk-bentuk aktiviti manakala altruisme


adalah motivasi untuk menolong orang lain dengan niat yang ikhlas dan memenuhi keperluan
orang lain tanpa mengira bagaimana tindakan tersebut akan memberi faedah kepadanya.
Contohnya altruisme yang biasa seperti seseorang individu yang memberi derma kepada
individu, kumpulan ataupun individu tanpa mengharapkan penghargaan, politik atau
peningkatan dari segi ekonomi. Ini menunjukkan aktiviti ‘derma’ adalah tindakan prososial
dan altruisme adalah motivasi untuk melakukan tindakan tersebut.

Altruisme juga dirujuk sebagai tingkah laku yang tidak mementingkan diri sendiri.
Dengan kata lain, tingkah laku ini terjadi akibat daripada sikap bertanggungjawab dan
bermoral. Seseorang yang bertindak menolong tanpa mengharapkan ganjaran sosial, material
dan psikologikal dianggap mempunyai sikap altruistik (sikap mengutamakan kesenangan atau
kepentingan orang lain). Secara jelasnya altruisme ialah keinginan dan kemurahan hati untuk
menolong orang lain walaupun melibatkan atau terpaksa mengeluarkan kos.
PENUTUP

Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan


tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan harmoni.
Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang orang yang tidak dikenali tetapi
juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku
menolong atau tingkah laku prososial.

Tingkah laku menolong ialah tingkah laku yang memberi faedah atau keuntungan
kepada orang lain. Pertolongan yang diberikan mungkin hanya pertolongan biasa seperti
memberi tempat duduk anda kepada seorang tua di dalam bas atau yang berbentuk benar-
benar dilakukan seperti menyelamatkan seorang budak yang tergelincir di dalam parit atau
yang berbentuk dirancang terlebih dahulu seperti menjadi sukarelawan memungut wang
derma untuk orang-orang yang kurang bernasib baik atau yang berbentuk impulsif seperti
tindakan seorang wira yang terus meredah ke dalam sebuah rumah terbakar untuk
menyelamatkan kanak-kanak yang sedang menjerit kepanasan. Apa yang ketara melalui
tingkah laku menolong dalam contoh-contoh yang disebutkan tadi ialah faedah atau
kelebihan yang dinikmati oleh orang yang ditolong melalui pengorbanan yang dilakukan oleh
orang yang menolong.

Disebalik fenomena yang memperlihatkan tingkah laku manusia yang suka menolong
ada pula ketikanya kita perhatikan tingkah laku manusia yang tidak mahu menolong misalnya
kerap juga kita mendengar kisah-kisah manusia dipukul, dirompak, ditipu, disiksa malah
dibunuh di khalayak ramai terus dibiarkan, orang-orang yang berada di situasi tersebut hanya
memerhati dan tidak menolong. 

Anda mungkin juga menyukai