Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kedamaian
Amanah Bangsa
Abadikanlah
Junjung Slamanya
Untuk Mu Pertiwi
Kita Gunungkan
Dizahirkan
Walau Di Mana Berada Makmurnya Seiringan Agar Teguh Tulus Ikhlas Malaysiaku
Prihatin Selamanya Negara Bangsa Diutamakan Khidmat Diberi Dgn Penuh Rela
Aaa..Aaa.Aa
Nan Gemilang
KRONOLOGI HARI KEBANGSAAN:
SEMANGAT kemerdekaan yang berlaku di Indonesia dan pengalaman perit ketika zaman pendudukan
Jepun mendorong beberapa pertubuhan di Tanah Melayu bangkit memperjuangkan kedaulatan tanah air.
27 Julai 1955
Pilihan Raya Persekutuan pertama diadakan. Senario politik ketika itu menyaksikan UMNO bekerjasama
dengan MCA yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dan MIC ditubuhkan pada Ogos 1946 bagi
membentuk Parti Perikatan.
10 Ogos 1955
Perdana Menteri yang diberi jolokan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra membentuk Kabinet
pertama dianggotai oleh enam wakil Melayu, tiga wakil Cina dan dua wakil India.
Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di
London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman Putra membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir,
Melaka.
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas dibentuk untuk mengkaji dan menggubal
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra dicabar menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Susulan itu, Rundingan
Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM),
Chin Peng.
30 Ogos 1957
Detik 12 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di
Kuala Lumpur dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, sekali gus menandakan
negara mengecapi kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.