Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
[Lihat sebelah
1
SULIT 2611/2
(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan. Tuliskan
dengan terang Nama, Tingkatan, Nombor Kad Pengenalan, Kod Mata Pelajaran, Nombor
Soalan dan Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka
hadapan kertas lukisan anda.
NAMA :_____________________________
TINGKATAN :_____________________________
5 cm NO. KAD PENGENALAN :_____________________________
KOD MATA PELAJARAN :_____________________________
NO. SOALAN :_____________________________
MARKAH :_____________________________
8 cm
(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli. Anda dilarang membawa masuk sebarang contoh atau
lakaran ke dalam dewan peperiksaan.
(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan kecuali
ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja
yang sudah siap.
(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj. Jika
teknik kolaj atau teknik campuran digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna
atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa
sendiri.
(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.
2
SULIT 2611/2
1. Beberapa pasang kasut diletakkan di atas rak kayu. Beberapa kotak kasut terletak
bersebelahan rak tersebut. Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi
penekanan kepada bentuk,ruang dan jalinan.
2. Anda merupakan pencinta bunga. Lukiskan bunga kegemaran anda. Fokuskan kepada
beberapa kuntum bunga sahaja dengan latar belakang yang sesuai. Anda hendaklah
mementingkan unsur garisan, jalinan, warna dan bentuk.
3. Di atas sebuah meja terdapat sebuah periuk nasi bersama dengan beberapa botol minuman.
Terdapat juga sebuah lesung batu yang terletak di hadapan raga yang berisi cili serta bawang
untuk memasak. Selain itu, terdapat juga sebilah pisau di atas papan pemotong.
Gambarkan keadaan ini dari jarak dekat dengan memberi fokus kepada bentuk, jalinan dan
ruang.
4. Terdapat pelbagai watak adiwira yang boleh dilihat di kaca televisyen dan komik. Dengan
menggunakan imaginasi anda, lukiskan seorang adiwira yang gagah perkasa. Unsur yang
dipentingkan adalah warna, garisan, bentuk, ton dan bayang.
5. Sebuah pasu bunga terjatuh di atas lantai. Kelihatan serpihan pasu bersama tanah dan pokok
bunga bertaburan serta berselerak di atas lantai.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan, ruang
dan bentuk.
6. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk
melepaskan diri daripada cengkaman tumbuhan-tumbuhan ganjil.
Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.
SULIT 2611/2