Anda di halaman 1dari 5

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA 7004

1. Nama Guru
NORHAYATI BT CHE SA @ MD AZIZ

UBAT-UBATAN
2. Judul 3. Bidang: KESIHATAN
TRADISIONAL
ARAB & MELAYU
4. Nama Pengarang : AZAHARI BIN IBRAHIM 5. Muka Surat : 153 M/S
12 JULAI 2020
6. Tarikh Pembacaan

7. Sinopsis

Allah SWT menurunkan hujan untuk menyirami bumi . Allah menganugerahkan


di dalamnya keberkatan dan rahmat sehingga menumbuhkan berbagai tanaman
yang menghijau. Dari tumbuh-tumbuhan itu Allah keluarkan khasiat dan
kelebihan yang dapat menyembuh berbagai penyakit kepada makhlukNya.
Sesungguhnya semua ciptaan Allah di alam ini mempunyai kelebihan dan
khasiat yang tertentu dan didalamnya juga tersimpan seribu satu hikmah.

Setiap penyakit yang menimpa seseorang pasti ada ubatnya,Kita sebagai


manusia digalakkan berikhtiar dan berusaha untuk mencari formula agar dapat
merawat penyakit dengan sempurna. Dengan kemampuan fikiran dan hidayah
yang Allah berikan , manusia sentiasa membuat kajian serta menemukan
berbagai tumbuhan herba yang boleh menjadi penawar terhadap penyakit
tertentu. Rahmat yang besar ini meningkatkan martabat keinsanan dalam
memahami kurniaan dari Allah SWT.

Berusahalah mencari hikmah khazanah Allah dan manfaatkan anugerah itu


dengan nurani yang sentiasa bersyukur kepadanya, agar kita sentiasa sihat zahir
dan batin, insya Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kita sebagai manusia dikehendaki sentiasa berikhtiar dan berusaha untuk


mencari penawar bagi setiap penyakit.
Kita hendaklah sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat
yang Allah SWT anugerahkan.

Tumbuh tumbuhan yang Allah jadikan mempunyai khasiat dan kelebihan tertentu
dapat merawat setiap penyakit.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Tumbuhan herba banyak khasiat dan penawar pelbagai penyakit. Dengan


mengamalkan makan ulam-ulaman dapat menyihatkan badan dan mencegah
daripada penyakit. Apabila badan sihat, kita dapat menjalankan tugas harian
dengan sempurna dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi kerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ..................................
( NORHAYATI BT CHE SA @ MD AZIZ ) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN TUALAK Kod Sekolah: KBA 7014

1. Nama Guru
RUSLAN BIN ABDUL RAHMAN

Petua Mendidik Anak


2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Menjadi
Insan Positif

Dato Dr Hj Mohd Fadzilah


4. Nama Pengarang : 5. Muka Surat : 104 M/S
Kamsah, Hj Muhammad
Zakaria dan Husna Hassan
6. Tarikh Pembacaan

7. Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita
untuk mendidik anak-anaknya menjadi insane positif. Insan positif yang
dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan
akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata
“ mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin. “
Ini menunjukkan factor keturunan amat penting dalam menentukan sifat
generasi akan datang.

Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasiakan datang.


Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?.Buku ini menyarankan dua
pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif.Ianya
bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor dan
kerohaniah yang dinamakan “ latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula
merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran
bermasyarakat”.

Menerusi “ latih anak kemahiran Diri” ianya harus dimulai dengan


penghayatan keagamaan sepeti bersyahadah, solat, membaca Al-Quran ,
berzikir dan amalan – amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan
aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, Kemahiran Seni dan Budaya , Kemahiran
fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public
speaking dan mencintai haiwan dan alam sekitar.

Melalui “ latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan


dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong, mengikuti
kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat
berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja social & sukarela,
membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti bersama-sama keluargadan
menanamkan minat komitmen social yang baik.

Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita


motivasi, potongan ayat Al Quran dan Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik
anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk
menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar
cita-cita menjadikan anak-anak positif dan berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi


insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh
semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Oleh
sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifatpositif boleh
mencapai kecemerlangan luar biasa.Manusia mampu mencapai cita-cita
sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu,
manusiayang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan . Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian
rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadanya.

Selain itu, buku ini mampu menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa
untuk melahirkan anak – anak yang cemerlang dan berjiwa positif.Saranan
didikan anak-anak adalah berpaksika Islam kerana jiwa positif akan memacu
kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang,ibu bapanya
harus cemerlang dahulu kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang
sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih diusia anak-anak. Apatah lagi
guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah.Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
mendidikpelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral. Kita boleh meniru
pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya.Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti
Rasul dan menghormati ibubapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang
tertanam sifat mentaati Allahpastinya akan mentaati semua perintah Allah
dan makhluk-makhluk ciptaannya.

Disamping itu, buku ini juaga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya
mudah seperti menyediakan makan malam. Ianya proses berterusan yang
memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah
pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.
.

10. Kesimpulan
.
Tuntasnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan
bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,
terdapat contoh-contoh dari Al Quran, Al Sunnah serta kontemporari,
ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang agak santai tetapi
padat dengan nilai- nilai keilmuan.
.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ..................................
( RUSLAN BIN ABDUL RAHMAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai