Anda di halaman 1dari 8

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK Taman Desa 2 , Rawang Kod Sekolah: BEA 7621

1 Nama Guru Md Asror Bin Ab Manan


2 Judul Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan
3 Bidang Pengetahuan Profesionalisma
4 Pengarang Abdul Latif bin Haji Gapor
5 Tahun 2003
6 Penerbit Penerbit UPSI
7 Sinopsis Buku ini membicarakan khusus mengenai domain penilaian dalam
teknologi pendidikan. Domain penilian merupakan satu daripada lima
domain yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Domain penilaian
amat penting untuk digunakan bagi mengenalpasti dan mencari jalan
kearah penambahbaikan pelaksanaan kursus dan amalan teknologi
pendidikan baik di peringkat maktab maupun universiti. Kursus
teknologi pendidikan merupakan komponen penting dalam pendidikan
guru untuk menyediakan guru-guru yang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam mengendalikan pengajaran berkesan dengan
berintergrasikan teknologi. Buku ini mengandungi 12 bab. Isi
kandungan buku ini yang cukup menyeluruh dengan huraian yang
cukup terperinci tentang domain penilaian dalam teknologi pendidikan
akan dapat membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
pelajar khususnya yang mengikuti program perguruan baik di maktab
maupun universiti. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang
ingin mengetahui perkembangan ilmu terkini tentang penilaian,
teknologi pendidikan khususnya mod penyampaian e-learning.
8 Nilai Pengarang menghuraikan maksud domain Teknologi Pendidikan yang
pengetahuan/ mencakupi Domain Penggunaan, Domain Reka Bentuk, Domain
kemahiran Pengurusan, Domain Pembangunan dan Domain Penilaian. Perihal
mengenai Kurikulum dengan kandungan kurikulum, sumbangan teks
atau buku dalam kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum,
penilaian kurikulum, reka bentuk kurikulum, hala tuju kurikulum,
masa hadapan, model perkembangan kurikulum dan model penilaian
kurikulum.
9 Aplikasi ilmu Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui
dalam perkembangan ilmu terkini tentang penilian, teknologi pendidikan
organisasi khususnya mod penyampaian e-learning

Disediakan oleh: Disahkan oleh;

…………………… ……………………….
(Md Asror Bin Ab Manan) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang Kod Sekolah:BEA 7621

1 Nama Guru Md Asror Bin Ab Manan


2 Judul Kajian Tindakan Dalam Pendidikan
3 Bidang Pengetahuan Profesionalsme
4 Pengarang Ernie Stringer, Universiti Teknologi Curtin
5 Tahun 2004
6 Penerbit Pearson Merril Prentice Hall,New Jersey
7 Sinopsis Buku ini merupakan antara bahan bacaan yang amat
berguna kepada mereka mula berjinak-jinak membuat
Kajian Tindakan. Panduan yang diberikan oleh Ernie
Stringer begitu lengkap. Ia menerangkan tentang Konsep
Kajian Tindakan itu sendiri yang berbeza dengan kajian-
kajian yang lain apabila dilihat dari sudut tindakan segera
yang diambil apabila sesuatu kajian tindakan telah
dijalankan, dimana kajian-kajian lain hanya terhenti pada
tahap penulisan laporan yang berkemungkinan besar tidak
ada tindakan pun yang diambil dalam jangka waktu
terdekat.
8 Nilai pengetahuan/ Kajian Tindakan adalah satu proses kajian inkuiri atau
kemahiran kajian yang bersistematik. Kajian Tindakan berbeza
daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau
kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan pendekatan
secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian.
Kajian Tindakan memerlukan kepada tindakan segera
selepas kajian jalankan bagi menyelesaikan permasalahan.
Proses asas yang perlu ada dalam kajiaan tindakan
merangkumi Rekabentuk kajian, pengumpulan data,
analisis data, hasil komunikasi dan mengambil data
tindakan.
9 Aplikasi ilmu dalam Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin
organisasi mengetahui perkembangan dalam Kajian Tindakan.

Disediakan oleh; Disahkan Oleh

………………………… …………………
(Md Asror Bin Ab Manan) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang Kod Sekolah: BEA 7621

1 Nama Guru Md Asror Bin Ab Manan


2 Judul Pengenalan Pedagogi
3 Bidang Kemahiran Profesionalisma
4 Pengarang Esah bt Sulaiman
5 Tahun 2004
6 Penerbit UTM Press
7 Sinopsis Buku ini membicarakan beberapa tajuk yang dapat membantu guru pelatih
memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah. Guru perlu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka selaras dengan etika perguruan.
Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan
guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam pengajaran dan pembelajaran.
Model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan turut diperbincangkan.
Strategi pengajaran dalam bilik darjah juga dibincangkan yang merangkumi
beberapa pendekatan dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi pada
masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan
bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai
merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Penggunaan
objektif pengajaran dalam pembelajaran, khususnya objektif tingkahlaku turut
dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan
pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi
memenuhi keperluan guru pelatih, mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah,
masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah. Untuk
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme
guru turut dibincangkan.
8 Nilai Mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik
pengetahuan/ meningkatkan disiplin dalam bilik darjah. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan
kemahiran pengajaran guru dan isu berkaitan profesionalisme guru.
9 Aplikasi ilmu Buku ini amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui aspek
dalam
bipengurusan, masalah disiplin dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah
organisasi

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

…………………………… ………………………..
(Md Asror Bin Ab Manan) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang Kod Sekolah: BEA 7621

1 Nama Guru Md Asror Bin Ab Manan


2 Judul Penjelasan Budaya Ilmu
3 Bidang Amalan Dan Nilai
4 Pengarang Wan Mohd Nor bin Wan Daud
5 Tahun 2003
6 Penerbit Pustaka Nasional Singapura
7 Sinopsis Buku ini membicarakan satu perkara pokok dan asas dalam pembangunan diri
insan, masyarakat dan tamadun . Penulis juga memberikan takrifan yang dinamik
dan penuh implikasi tentang budaya ilmu dan perkara-perkara bersangkutan dan
harus disemai dan disuburkan dalam diri masyarakat kita. Ia juga menghuraikan
sejarah pelbagai bangsa dan tamadun.Islam dan bukan Islam, dari zaman kuno
sehingga ke zaman kini . Penulis juga ada memaparkan kisah-kisah dan nilai-nilai
utama yang dapat dimanfaatkan. Gagasan pengislaman ilmu yang dipercayai sebagai
wadah utama bagi penmanfaatan ilmu dari setiap sumber, dihuraikan dan dipaparkan
sejarahnya buat kali pertama. Sehubungan dengan ini,sejarah dan perkembangan
tradisi keilmuan di Alam Melayu,khasnya di Malaysia, diselidiki.peranan pemimpin
politik, pentadbir,para cendikiawan dan guru serta ibu bapa juga dikaji dalam
pembinaan budaya ilmu. .
8 Nilai Penulis telah menghuraikan bahawa pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan
pengetahuan/ jitu merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi kejayaan,kekuatan dan
kemahiran kebahagiaan seseorang dan sesuatu bangsa. Seseorang individu atau sesuatu bangsa
yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan tidak boleh mempertahankan miliknya,
apatah lagi mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik . Malah dia akan
bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu. Bangsa yang tidak besar
jumlahnya boleh memberi pengaruh yang besar kepada bangsa lain yang lebih besar
dan kuat.
9 Aplikasi ilmu Nilai yang terpancar daripadanya tersebar luas di kalangan masyarakat dan generasi
dalam akan datang . Sistem pendidikan kita sama ada yang formal atau tidak terlalu
organisasi cenderung ke arah penyediaan tenaga kerja yang lebih produktif. Masyarakat pula
amat terdedah kepada nilai luar yang merosakkan melalui media cetak atau
elektronik. Akibatnya, generasi akan datang akan membayar dengan harga yang
mahal disebabkan kecuaian ini. Sekarang ini pun, golongan muda banyak yang
terlibat dengan gejala negatif, berpunca daripada faktor keluarga yang tidak
berfungsi sebagaimana sepatutnya. Oleh itu peranan dan kerjasama golongan politik,
guru dan ibu bapa amat penting.

Disediakan oleh : Disahkan oleh

…………………….. …………………
(Md Asror Bin Ab Manan) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang Kod Sekolah:BEA 7621

1 Nama Guru Md Asror Bin Ab Manan


2 Judul Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah
3 Bidang Kemahiran Profesionalisma
4 Pengarang Sonia Blandford;Munirah Mustafa
5 Tahun 2010
6 Penerbit Institut Terjemahan Negara Malaysia
7 Sinopsis Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian dimana
keseluruhannya merangkumi sebanyak 12 bab.Bab-bab tersebut adalah
bahagian 1-Sekolah sebagai pusat pendidikan ,bahagian 2-konteks kebangsaan
dan bahagian 3-Pembangunan sekolah yang menyeluruh. Antara kupasan
daripada bahagian ini menyatakan terdapat 4 tujuan utama dalam
membangunkan kerjaya di sekolah iaitu meningkatkan prestasi kerja individu,
Membaiki amalan kerja yang tidak berkesan , Mengukuhkan persediaan awal
bagi menerapkan dasar dan Memudahkan proses perubahan. Selain daripada
itu budaya membangun kerjaya yang baik penting bagi membentuk pusat
pendidikan. Ia juga berkesan dalam menerapkan dasar pembangunan pekerja.
Mengurus budaya pembangunan kerjaya ini termasuklah sikap menerima
proses membangunkan kerjaya sebagai satu proses yang berterusan
memantapkan kemahiran melalui program induksi proses menilai,
menyediakan pelbagai pengalaman belajar kepada kakitangan, mengalakkan
sikap berfikir dan membangunkan diri dan akhir sekali memberi motivasi dan
menghargai setiap kakitangan dalam pusat pengajian.
8 Nilai Seseorang pengetua itu mestilah memastikan guru pembimbing menerima
pengetahuan/ latihan yang sesuai, tahu membuat pengurangan beban mengajar tanpa
kemahiran menambahkan beban guru-guru yang lain , menetapkan masa bagi memenuhi
tanggungjawab latihan awal mengajar ( ITT),pemberian elaun guru
pembimbing yang bersesuaian ,sokongan ,nasihat dan penilaian berterusan
,bilangan pelatih bagi setiap guru pembimbing bergantung pada pengalaman
pelatih ,memberi tanggungjawab kepada guru pembimbing mengikut pada
perjanjian kerjasama , latihan dan pengalaman guru pembimbing ,skim
kerjasama yang disertai oleh pelatih samada satu atau lebih dan jumlah masa
yang diperuntukkan kepada guru pembimbing untuk mengendali pelatih.
9 Aplikasi ilmu Kebolehan professional seorang guru yang berjaya adalah mempunyai
dalam pengetahuan dan kefahaman mengenai kanak-kanak dan proses belajar tahu
organisasi mengenai subjek , faham mengenai kokorikulum dan tahu peranan seorang
guru. Manakala dari segi kemahiran ianya perlu tahu mengenai aplikasi
subjek, kaedah bilik darjah , mahir mengurus kelas dan membuat ujian dan
merekod keputusan. Ianya bertujuan mendorong dan membangunkan
kakitangan/staf organisasi.Bagi seorang penilai berikut adalah beberapa
kemahiran yang perlu ada bagi mengadakan temu duga penilaian .Kemahiran
tersebut adalah kemahiran menyoal ,kemahiran menganalisis,kemahiran
merimus dan menilai,kemahiran memberi penjelasan, kemahiran menerima
dan memberi maklum balas,kamahiran menyelesaikan masalah dan
kemahiran menetapkan matlamat.Beberapa bentuk latihan yang boleh
digunakan dalam membangunkan pengurusan professional di sekolah adalah
seperti pendidikan jarak jauh ,program latihan luar,pendidikan swasta
,pusingan kualiti ,pertukaran sekolah ,membangunkan diri sendiri dan kursus-
kursus pendek.

Disediakan oleh: Disahkan oleh

………………………..... …………………………..
(Md Asror Bin Ab Manan) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang Kod Sekolah: BEA 7621

1 Nama Guru Md Asror Bin Ab Manan


2 Judul Instuctors Manual to Accompany on How To Design and Evaluate Research in
Education
3 Pengarang Jack R.Fraenkel dan Norman E.Wallen, San Francisco State University
4 Bidang Pengetahuan Profesionalisma
5 Tahun 2005
6 Penerbit Mac Graw Hill International
7 Sinopsis Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru dan pensyarah yang
mengajar khursus penyelidikan. Buku setebal 240 muka surat ini dibahagikan kepada 20
bab dimulai dengan saranan reka bentuk kursus penyelidikan yang hendak dikendalikan.
Bab dua tertumpu kepada cara menyediakan masalah penyelidikan , soal jawab dan
ujian aneka pilihan bagi mengukur penyampaian kursus. Bab 3 menyentuh etika dalam
penyelidikan ,termasuk perlindungan terhadap subjek / responden kajian,kerahsian,
persetujuan berpengatahuan dan hak kanak-kanak jika mereka dilibatkan.Bab 4
mengkategori pemboleh ubah, serta membandingkan hipotesis dengan soalan
penyelidikan.Bab 5 ialah tentang tinjauan bacaan yang perlu diterangkan dari segi
kaedah dan sumber akses yang autentik.Bab 6 menyarankan tunjuk ajar pemilihan
sample supaya dapat digeneralsasikan kepada populasi.Bab 7 mengetengahkan tentang
proses instrumentasi bagi mentadbirkan penyelidikan yang sejajar dengan sejenis data
yang hendak dikutip.Bab 8 menjurus kepada cara menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen dalam kutipan data ,serta jenis kesalahan pengukuran yang
mungkin berlaku.Bab9 membincangkan sejumlah persembahan statiistik deskiptif dalam
laporan penyelidikan .Bab10 tertumpu kepada statistic inferensi .Bab11 tentang
signifikan keputusan penyelidikan .Bab12 memberi penegasan terhadap kawalan
kesahan dalaman.Bab13 hingga 18 menyajikan kaedah penyelidikan :
eksperimental,kolerasi,perbandingan sebab musabab ,tinjauan,kualitatif dan
pensejarahan.Bab19 memberi panduan tatacara menulis kertas cadangan dan laporan
penyelidikan. Bab terakhir membincangkan pelaksanaan penyelidikan di sekolah yang
disertakan engan contoh dan lampiran.
8 Nilai pengetahuan/ Buku ini memberikan perspektif yang boleh dikatakan lengkap dan menyeluruh kepada
kemahiran guru dan pensyarah yang diamanahkan mengendalikan kursus penyelidikan. Walaupun
pdpada asanya buku ini berfokus kepada pengajaran kursus prasiswazah dan ijazah
tinggi,guru dan pensyarah yang mengendalikan kursus penyelidikan di sekolah juga
memperoleh input penting tentang bidang pendedahan yang perlu disampaikan kepada
peserta asas kursus penyelidikan, sama guru atau pelajar prauniversiti. Langkah
penyampaian,bahan ujian,ulasan penyelidikan dan contoh yang disediakan dalam setiap
bab disusun dengan begitu jelas dan teratur supaya dengan lebih mudah digunakan
semasa penyampaian kuliah, atau semasa mengendalikan kelas tutorial tentang
penyelidikan.
9 Aplikasi ilmu dalam Panduan untuk mengendalikan kursus penyelidikan ini sangat mustahak justeru guru
organisasi akademik tingkatan 6/ pensyarah prauniversiti dikehendaki melaksanakan penyelidikan
setiap tahun. Sebahagian guru belum pernah mendapat pendedahan lengkap berkenaan
penyelidikan. Jika ada pendedahan sekalipun, mereka sudah tidak melaksanakan
penyelidikan yang dalam format dan tatacara yang betul. Guru yang memiliki ijazah
tinggi(sarjana dan Ph.D) pula perlu dirundingi supaya bidang tujahan penyelidikan yang
dilaksanakan menepati keperluan dan kepentingan pengajian prauniversiti tinkatan
6.dalam konteks SMK St Michael,Ipoh (SMI) ,tumpuan yang dikhususkan kepada
penyelidikan tindakan yang bertujuan membuat reflaksi amalan p&p sedia ada dan
elemen penambahbaikan yang diperlukan.selain itu,buku panduan ini juga dapat
digunakan bagi membimbing pelajar prauniversiti tentang proses dan tatacara
penyelidikan dengan pilihan kaedah tinjauan yang hanya mengkehendaki pentadbiran
penyelidikan hanya sekali.sebagai setiausaha penyelidikan sekolah,saya mendapati ilmu
yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalm meereka bentuk taklimat asas
penyelidikan kepada guru dan pelajar pra universiti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… …………………………….
(Md Asror Bin Ab Manan) ( )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang Kod Sekolah: BEA 7621

1 Nama Guru Md Asror Bin Ab Manan


2 Judul Murid Dan Proses Pembelajaran
3 Bidang Kemahiran Profesionalisma
4 Pengarang Ee Ah Meng
5 Tahun 1995
6 Penerbit Penerbit Fajar Bakti,Shah Alam
7 Sinopsis Buku ini membicarakan aspek psikologi pertumbuhan dan
perkembangan, dan implikasinya terhadap pengajaran dan
pembelajaran . Penulis juga menghuraikan proses pembelajaran
murid di dalam bilik darjah. Seterusnya, penulis menjelaskan
juga pelbagai peranan guru dan pelbagai peranan guru besar
sebagai pendidik. Kemahiran komunikasi dan interaksi dalam
bilik darjah turut dibincangkan. Pengurusan bilik darjah yang
berkesan turut dihuraikan oleh penulis. Buku ini sesuai untuk
rujukan guru-guru pelatih khasnya, serta seluruh warga pendidik
amnya.
8 Nilai Seseorang guru mestilah menguasai bidang psikologi untuk
pengetahuan/ membantu kanak-kanak mengalami perkembangan optimum
kemahiran dari segi fizikal, rohani dan mental. Guru yang baik juga perlu
menguasai kebolehan komunikasi dan interaksi yang berkesan.
Seorang guru mestilah menguasai konsep pembelajaran, proses
pembelajaran, jenis-jenis pembelajaran, prinsip-prinsip
pembelajaran dan faktor-faktor dalam pembelajaran. Guru juga
amat berperanan dalam memupuk dan menggerakkan muridnya
dengan berbagai-bagi cara dalam aktiviti pembelajaran.
9 Aplikasi ilmu Guru perlu mengaplikasikan ilmu psikologi, kemahiran
dalam komunikasi dan interaksi, proses pembelajaran serta pengurusan
organisasi bilik darjah, agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar.

Disediakan oleh; Disahkan oleh:

………………………… …………………….
(Md Asror Bin Ab Manan) ( )
SMK TAMAN DESA 2 , RAWANG

BEA 7621

MD ASROR BIN AB MANAN

541019-10-6115

SINOPSIS BUKU 2010