Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 1

Pada 17 Februari 2020, saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS) di Sekolah Indera Shahbandar Pahang selama seminggu. Untuk tugasan ini, saya telah
memilih dua orang murid tahun 5 untuk menjawab soalan inventori. Saya telah memilih subjek
Bahasa Melayu Tahun 5 untuk dijadikan sebagai pemerhatian. Saya telah menyediakan
inventori VARK untuk dijawab oleh murid.

Untuk murid A saya telah memilih murid yang bernama Muhammad Farid Kamil Bin
Talib dari kelas 5 Gamelan B. Setelah menganalisis inventori yang telah dijawab tersebut, saya
dapati bahawa gaya pembelajaran murid ini adalah berbentuk visual. Semasa didalam kelas
murid ini seorang yang pendiam dan kelihatan fokus didalam kelas, murid ini hanya akan
menjawab soalan guru sekiranya guru menujukan soalan kepada murid A. Namun begitu, murid
ini akan menunjukkan respon yang baik dengan menyalin nota apabila guru menunjukkan
gambar dan peta minda melalui slaid ketika didalam kelas. Berdasarkan sesi temubual yang
dijalankan, murid A lebih suka jika proses PdPc dijalankan dengan menggunakan bahan
ransangan seperti gambar dan peta minda yang terdapat didalam buku teks. Disini, saya dapat
lihat bahawa guru telah memenuhi kehendak gaya pembelajaran murid ini kerana telah
menggunakan visual iaitu gambar dan slaid serta buku teks.

Untuk murid B pula saya telah memilih Nur Alya Qistina Binti Termize dari kelas 5
Gamelan B. setelah menganalisis inventori yang telah dijawab tersebut, saya dapati bahawa
gaya pembelajaran murid ini adalah berbentuk audiotori. Semasa didalam kelas, murid ini juga
seorang yang pendiam dan kelihatan fokus didalam kelas. Murid ini juga akan menjawab soalan
apabila guru menujukan soalan kepadanya sahaja. Namun, murid ini akan menyalin nota yang
disampaikan oleh guru apabila gurunya bercakap. Berdasarkan sesi temubual yang dijalankkan,
murid B lebih suka jika proses guru bercakap dan menggunakan audio atau percakapan guru
semasa PdPc. Disini juga saya dapat lihat bahawa guru tersebut telah memenuhi gaya
pembelajaran murid ini dengan menggunakan audio iaitu bercakap ketika melakukan PdPc.

Antaranya kepentingan perbezaan individu ialah dapat mengetahui gaya pembelajaran


murid. Setelah beberapa tempoh seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, guru tersebut
akan dapat mengesan gaya pembelajaran muridnya yang berbeza -beza. terdapat murid yang
suka belajar menggunakan audio, visual, dan juga pergerakan. Ini perlu difahami supaya guru
dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian. Oleh itu, implikasi yang
boleh diambil oleh guru ialah mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM) . Guru perlu
menggunakan pelbagai BBM yang mengandungi unsur audio, visual dan juga kinestetik. Ini
adalah bertujuan untuk memenuhi gaya pembelajaran murid yang berlainan bagi setiap
individu. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid.

Kepentingan yang seterusnya ialah mengetahui tahap kognitif. Setiap murid mempunyai
tahap kognitif yang berbeza tahap. Ada murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi,
manakala ada murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah. Jika guru mengajar tanpa
menghiraukan tahap kognitif murid, maka berkemungkinan murid akan ketinggalan didalam
kelas. Oleh itu, implikasi yang boleh diambil oleh guru ialah penetapan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Oleh disebabkan tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, guru harus
mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar dalam merangka objektif pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan
yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai
tidak berasa bosan.

Kesimpulannya, setiap murid mempunyai perbezaan individu dan mempunyai


perbezaan gaya pembelajaran. Peranan guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat
penting dalam keadaan wujudnya perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan
berkesan dan berfaedah untuk setiap murid-murid yang berbeza. Namun, guru perlu
merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan murid. guru juga menggunakan strategi dan
pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan
sebagainya supaya dapat memotivasi murid yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal,
intelektual, emosi dan sosial. Sebagai pendidik yang bertanggungjawab perlu sentiasa
mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid
berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek yang diambil kira akan mempengaruhi
penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
90

80

70

60

50

40

30

20

10

0
Visual Audiotori Kinestetik

Murid A Murid B

Rajah 1: Hasil dapatan inventori Gaya Pembelajaran daripada Murid A dan Murid B

Gaya Pembelajaran

Murid Visual Audiotori Kinestatik

Murid A 75% 60% 52.5%

Murid B 35% 85% 45%

Jadual 1: Hasil dapatan iventori Gaya Pembelajaran daripada Murid A dan Murid B

Anda mungkin juga menyukai