Anda di halaman 1dari 5

NAMA:_______________________________________ KELAS:_____________________

BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU (latihan RMO 2)

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN A, B, C, D, E DAN F

A Garisi kata nama yang sesuai dalam ayat- ayat di bawah ini. (10 markah)

1 Saya dan Hanisah sedang menunggu Sumithra. (Kita, Kami) hendak ke kelas tambahan.
2 "Di (sini, situ)lah bekas tapak rumah datuk saya," kata Samad sambil menunjukkan kawasan
lapang di seberang jalan.
3 Ibu tidak membenarkan (apa-apa, sesiapa) pun masuk ke bilik itu.
4 Semua (pusaka, waris) arwah Long Samad diminta ke pejabat peguam.
5 (Perarakan, Pembarisan) beca berhias turut diadakan untuk memeriahkan sambutan Hari
Kemerdekaan.
6 (Mana, Apa)kah bukti menunjukkan bahawa cincin permata ini asli?
7 "(Mana-mana, Bila-bila) senang, datanglah ke rumah pak cik," kata Pak Cik Tan kepada Amirul.
8 Pihak bomba akan menjalankan (penyiasatan, penyelidikan) untuk mengetahui punca kebakaran
itu berlaku.
9 "(Kalian,Mereka) harus berhati-hati semasa berada di kawasan hutan itu," kata Puan Kamilia
kepada Amir dan Amar.
10 “(Beta, Tuanku)akan berangkat ke negeri Majapahit," kata Bendahara Tun Perak kepada
Syahbandar.

B.Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian gariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan
tersebut dan kategorikannya mengikut jenisnya seperti di bawah. (10 markah)

Kami telah mengadakan gotong-royong pada hujung minggu bagi membersihkan


kelas. Pada hari itu, kami datang awal. Setiap kelas membawa pelbagai alat seperti kain
buruk, cat, berus cat, penyapu lidi, penyapu panjang dan sebagainya untuk
membersihkan kelas. Kami telah mencuci kelas kami sehingga benar-benar bersih.
Kemudian, kami telah mengecat kelas kami dengan warna kuning cair seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Kami juga telah membeli alas meja yang berbentuk bulat
bagi mengalas meja sudut bacaan agar kelas kami kelihatan lebih ceria. Kami turut
memasang langsir jingga yang nipis pada tingkap kelas kami.

Bentuk Warna Ukuran Sifat Waktu


1. 1. 1. 1. 1.
2. 2. 2. 2. 2.

 
C.Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata yang seharusnya digandakan. Catatkan kata-kata
tersebut dan berikan gandaan yang sesuai. (6 markah )

Mak Limah berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika itu Tok Penghulu sedang duduk di anjung
sambil menghisap paip. Beliau terkejut melihat Mak Limah yang bergegas memasuki pekarangan rumahnya.
Wanita itu nyaris terlanggar pasu bunga yang terletak di tepi pintu rumahnya. Nafasnya termengah. Apabila
dia mula bercakap suaranya putus. Menurut Mak Limah, suaminya yang sering sakit itu sudah tidak sedarkan
dirinya.

1.______________________________________________
2.______________________________________________
3.______________________________________________
4.______________________________________________
5.______________________________________________
6.______________________________________________

D.Bina satu ayat seruan yang sesuai berdasarkan perkataan di bawah. (9 markah)    

1. oh
_________________________________________________________________________________
2. usahlah
_________________________________________________________________________________
3. bagaimanakah
_________________________________________________________________________________
4. jangan
_________________________________________________________________________________
5. harap
_________________________________________________________________________________
6. amboi
_________________________________________________________________________________
7. cis
_________________________________________________________________________________
8. mengapakah    
_________________________________________________________________________________
9. aduhai                      
_________________________________________________________________________________
E. Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengatasi masalah obesiti. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
(15 markah)

               Masalah obesiti dikatakan berpunca daripada perubahan gaya hidup serta penggunaan peralatan
yang semakin canggih. Di Malaysia, masalah ini semakin ketara kerana kita mengamalkan gaya hidup moden
yang canggih.

               Obesiti berlaku dalam kalangan kanak-kanak juga. Hal ini kerana kanak-kanak zaman sekarang lebih
suka menghabiskan masa di hadapan komputer dan televisyen daripada meluangkan masa bermain di
padang permainan.

               Oleh sebab itu, Persatuan kajian Obesiti Malaysia (MASO) telah mengeluarkan satu garis panduan,
iaitu Amalan Klinikal Pengurusan Obesiti 2004. Garis panduan ini bertujuan mengawal masalah obesiti di
Malaysia secara lebih berkesan. Selain itu, garis panduan ini memperbaiki tahap kesihatan rakyat serta
meningkatkan mutu perkhidmatan institusi kesihatan sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.

               Antara garis panduan yang ditetapkan termasuklah program terapi berat badan, iaitu sekurang-
kurangnya penurunan sebanyak sepuluh peratus daripada berat badan yang asal. Apabila berat badan yang
disarankan berjaya diperoleh, doktor akan meneruskan sesi tersebut.

               Obesiti dapat juga ditegah melalui amalan gaya hidup sihat. Senaman penting untuk mengekalkan
kesihatan dan menurunkan berat badan. Aktiviti fizikal seperti berjoging dan berjalan kaki merupakan cara
yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, peranan ahli keluarga dalam memberikan
sokongan moral serta perubahan sikap individu amat penting untuk memastikan usaha menurunkan berat
badan berjaya dilakukan.

               Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil berat tentang permakanan.
Makanan yang berlemak dan berminyak hendaklah dikurangkan serta tabiat makan secara berlebihan dan
pengambilan makanan segera harus dielakkan.
F. Karangan Peribahasa

Fokus bimbingan:

1. Karangan peribahasa terbahagi kepada dua jenis penulisan, iaitu:


(a) penulisan jenis fakta;
(b) penulisan jenis cerita.
2. Calon dikehendaki menjelaskan maksud peribahasa yang dikemukakan dalam bahagian
pendahuluan.
3. Calon mesti mengetahui maksud peribahasa tersebut untuk menghasilkan karangan yang baik.
4. Calon juga digalakkan mengaitkan peribahasa tersebut denganperibahasa lain yang sama maksud
untuk menunjukkan calon faham akan maksud peribahasa berkenaan.
5. Perkara yang perlu ditumpukan apabila memilih karangan peribahasa jenis fakta:
(a) Menjelaskan maksud peribahasa dengan mengaitkan beberapa contoh yang relevan dalam
kehidupan masyarakat;
(b) Menyatakan kesesuaian peribahasa tersebut dengan kehidupan masyarakat;
(c) Menulispendahuluan
- penjelasan tentang maksud peribahasa
Menulis bahagian isi
- menjelaskan sejarah terciptanya peribahasa dalam kalangan masyarakat
- kaitkan peribahasa dengan kehidupan seharian masyarakat
- pengajaran yang dapat diambil daripada peribahasa
Menulis bahagian penutup
-Membuat kesimpulan secara menyeluruh tentang perbincangan
6. Perkara yang perlu ditumpukan apabila memilih karangan peribahasa jenis cerita:
(a) Memastikan tema yang sesuai dan tepat tentang peribahasa yang dikemukakan;
(b) Keseluruhan cerita mestilah dapat menjelaskan maksud, nilai dan mesej yang terdapat dalam
peribahasa;
(c) Karangan boleh direka berdasarkan imaginasi atau pengalaman sendiri menggunakan gaya
bahasa yang menarik;
(d) Menulispendahuluan
- penjelasan tentang maksud peribahasa
Menulis bahagian isi
- menulis cerita yang dapat menggambarkan maksud peribahasa
- mengandungi bahagian permulaan cerita, klimaks dan penyelesaian
Menulis bahagian penutup
- pengajaran yang dapat diambil daripada peribahasa.
Soalan

“Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Tulis sebuah karangan yang menarik berkaitan peribahasa
tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklan melebihi 180 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai