Anda di halaman 1dari 2

Cara Israiliyyat menyerap masuk ke dalam tafsir

Israiliyat menyerap masuk ke dalam tafsir secara beransur-ansur melalui zaman periwayatan
dan zaman pembukuan tafsir.

Zaman Periwayatan tafsir

1. zaman Tabi’ Tabi’in, mereka tidak menitik beratkan tentang sanad dan tidak mengkaji
dengan teliti orang yang meriwayatkannya.
2. Sesetengahnya pula membuang sanad dan ketika menerima sesuatu hadith, mereka
tidak menerima tentang sanadnya. Justeru itu, ia membawa bencana buruk dalam
periwayatan tafsir

Zaman Pembukuan tafsir

1. Cerita Isra’iliyyat yang dibukukan tidak kurang banyaknya dan sebahagiannya


mempunyai sanad yang lemah dan aneh.
2. ada ahli tafsir yang membukukan riwayat tafsir tanpa menyebut nama perawi atau
membuang sanad. Dengan membuang sanad itu menyebabkan orang yang membaca
dan mempelajari kitab tafsir membuat tanggapan bahawa semua riwayatnya adalah
yang sahih.
3. ada di antara ahli tafsir yang menulis kitab tafsir dengan cara memindahkan riwayat
tersebut walaupun ada di dalamnya kepalsuan dan kebatilan, namun diyakini
kesahihannya. Mereka mengumpulkan riwayat yang sahih dan tidak sahih dalam kitab
mereka dan di situ termasuk juga cerita Isra’iliyyat.

Kemasukan Thaqafah (peradaban) Bani Israil (yang berhijrah ke semenanjung Arab) ke dalam
Thaqafah Arabiyyah di zaman Jahiliyyah. Bangsa Yahudi membawa bersama ilmu-ilmu dan
pengetahuan yang diambil daripada kitab-kitab agama mereka dan segala perkara yang
berkaitan dengannya daripada huraian-huraian, dan juga yang mereka warisi daripada satu
generasi ke satu generasi daripada nabi-nabi dan pendeta-pendeta mereka.
Kemudian, datangnya ajaran Islam dan kitab Allah yang mengandungi ilmu dan agama.

Terdapat di kalangan ulama Yahudi dan ahli kitab di Madinah memeluk Islam.

Mereka menjadi tempat rujukan para sahabat untuk bertanya dengan terperinci tentang kisah-
kisah yang sama juga yang terdapat di dalam al-Quran dan kitab Taurat. Namun, para sahabat
tidak menerima bulat-bulat apa yang diceritakan oleh mereka. Mereka hanya menerima apa
yang diterima oleh aqal dan syarak serta menolaknya jika bercanggah dengan keduanya.
Mereka berdiam diri tentang benar dan salahnya.

Ibn Khaldun menyatakan apabila timbul keinginan dalam kalangan orang-orang Arab untuk
mengetahui tentang permulaan kejadian makhluk dan rahsia kejadian, mereka cenderung
bertanya kepada ahli Kitab kalangan Yahudi dan Nasrani. Apabila mereka memeluk Islam,
perngaruh daripada ajaran agama mereka yang berkaitan dengan kejadian makhluk masih kuat
dalam diri mereka. Kerana inilah cerita-cerita Israiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir
dipenuhi dengan riwayat-riwayat daripada mereka.

Anda mungkin juga menyukai