“SCARECROW”.
OLEH
ROHANA BT KHALID
Penghargaan 3
Tajuk Kajian 4
Abstrak 4
Bibliografi 19
2
PENGHARGAAN
Pertama sekali kami ingin mengucapkan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana
dengan usaha yang berterusan serta bantuan daripada semua pihak kajian ini
dapat dilaksanakan.Kami berharap agar ianya dapat memperbaiki kualiti amalan
guru selain sebagai rangka penilaian bagi diri sendiri untuk meningkatkan
kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Untuk itu, kami sebagai pengkaji ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua pihak khasnya kepada :
Tidak lupa juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu serta bekerjasama sehingga membolehkan Kajian Tindakan ini
disempurnakan.
3
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGINGATI FORMULA BAHASA
INGGERIS BAGI TENSES ‘PRESENT TENSE’ MELALUI KAEDAH
SCARECROW.
ABSTRAK
Pendekatan Mastery Learning adalah salah satu strategi pembelajaran dalam
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan
lengkap.Penggunaan pendekatan ini ialah berlandaskan kepercayaan bahawa
semua murid boleh menguasai sesuatu kemahiran atau pelajaran yang diajar
dengan cekap dan lengkap sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti serta masa yang mencukupi.Atas dasar itu,kajian ini dijalankan untuk
mengatasi masalah murid-murid tahun 4 Mualim mengingati formula tenses
dalam Bahasa Inggeris.Ia melibatkan 16 orang murid dan seorang guru.Tinjauan
dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan ujian pra ,pemerhatian dan
lembaran kerja.Hasil pemerhatian,didapati murid tersebut gagal mengingati dan
menggunakan ‘tenses’dengan betul.Permasalahan wujud walaupun murid telah
dibimbing menggunakan “substitution table’ yang biasa terdapat didalam buku-
buku rujukan.Penyelesaian kepada permasalahan ini,pelbagai aktiviti dan latih
tubi diberikan bagi mengukuhkan penguasaaan murid.Pelbagai pendekatan dan
kaedah diguna pakai membina asas yang kukuh iaitu ujian pra dan pos,latih tubi
dan hafalan formula.Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan
berjadual menunjukkan prestasi murid di samping memberi keyakinan diri dan
menarik minat murid-murid.Kebolehan mereka mengingati formula ‘tenses’
dengan kaedah ini dapat menarik minat murid dan luar daripada kebiasaan
teknik yang mereka pelajari sebelum ini.Daripada analisa kajian,didapati murid
yang menyertai kajian ini telah menguasai dan menggunakan kaedah ini dengan
betul.
4
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu.
3.1 Objektif Am
Meningkat kemahiran murid mengingati formula Bahasa Inggeris bagi
Tenses ‘Present Tense’ .
5
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 16 orang murid dari kelas 4 Mualim yang didapati tidak
dapat menguasai kemahiran mengingati formula tenses dan gagal menjawab
soalan ‘Subject-Verb Agreement.’
5.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian telah dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas.Didapati kaedah biasa yang dijalankan
menjadi masalah kepada murid-murid lemah.Walaupun diajar berulang
kali,namun keupayaan murid sangat terhad.
6
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan
maklumat.Dalam perlaksanaan kajian ini,tinjauan masalah dibuat
berdasarkan pemerhatian,lembaran kerja,latih tubi,ujian pra dan ujian pos.
7
5.2.4 Analisis ujian pra
Ujian pra dijalankan kepada semua murid 4 Mualim sebelum kajian ini
dijalankan.Murid-murid dikehendaki menjawab 15 soalan dalam masa 30
minit.Berikut adalah dapatan berdasarkan ujian pra tersebut :
Berdasarkan ujian pra ini,16 orang murid telah dipiilh bagi menyertai
kajian ini.
8
5.3 Tindakan yang dijalankan
9
5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian
5.3.1Cara Perlaksanaan:
10
Pemerhatian Yang Dijalankan
Murid dapat mengenalpasti bahagian-bahagian tubuh badan Mr. Scarecrow.
Refleksi
Semasa aktiviti ini dikalsanakan,murid merasa seronok kerana diperkenalkan
dengan model yang agak kelakar dan berwarna-warni.Murid juga tahu watak
yang diperkenalkan iaitu Mawi sangat terkenal di Malaysia.Murid juga dapat
memberikan idea dalam aktiviti sumbangsaran.
HAPPY SONG
I(x2) love you,
You(x2) love me,
We(x2) are happy family.
He (x1) likes me,
She( x1) likes me,
I(x2) am happy.la,la,la
11
Gambar 2 : Model Scarecrow yang telah ditampal dengan kad perkataan
12
Pemerhatian Yang Dijalankan
Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti ini,ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan menjawab soalan mengenai ‘Subject-Verb
Agreement.Analisis markah ditunjukkan dalam Jadual 3.
Refleksi
Semasa Aktiviti ini dilaksanakan,saya berasa sangat gembira kerana murid saya
menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria.Mereka telah menunjukkan
minat untuk membaca kad-kad perkataan dan tidak sabar-sabar untuk
menampal diatas scarecrow tersebut.Murid juga menyanyi dengan penuh
gembira dan dapat menghafal kaedah sifir tersebut berdasarkan lirik nyanyian
tersebut. Murid juga dapat mengenalpasti kesilapan mereka ketika menjawab
soalan latihan tersebut berpandukan model scarecrow tersebut.
13
Gambar 4 : Hasilan-hasilan dalam kumpulan
Refleksi
Semasa aktiviti ini dijalankan,murid dapat menjalankan aktiviti ini dengan penuh
keyakinan.Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad –kad perkataan
dan bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan.Murid juga dapat berbincang dan
membetulkan kesilapan masing-masing ketika menampal kad-kad perkataaan
tersebut.Murid juga bersaing diantara kumpulan bagi mendapatkan ganjaran
yang disediakan oleh guru.Ini menimbulkan keseronokan dalam menjalankan
aktiviti ini.
14
Aktiviti 4: Individual Work
Guru membekalkan setiap murid dengan lembaran kerja yang
mengandungi gambar patung scarecrow yang kosong.
Murid melengkapkan patung tersebut dan menjawab soalan yang
diberikan berbentuk lisan dan ujian pos .
Perbincangan.
Refleksi
Semasa aktiviti ini dilaksanakan,pencapaian murid sangat membanggakan
kerana 6 orang murid telah mendapat markah penuh dalam ujian yang
deberikan.Walaupun aras aktiviti ini tinggi,namun murid dapat menjawab soalan
dengan betul.Murid juga dapat mengecam dan membetulkan kesalahan yang
murid lain lakukan ketika melengkapkan model Scarecrow tersebut.Apa yang
paling penting ialah murid dapat menggunakan model Scarecrow tersebut dan
mengaplikasikan kaedah hafalan sifir tersebut.
15
5.5 Refleksi Kajian
Berdasarkan maklumat ujian pra dan pos,didapati kajian ini telah memberikan
impak yang cukup baik dan membantu murid-murid meningkatkan kemahiran
menghafal kaedah formula dan dapat menjawab soalan bagi topik ‘Subject-Verb
Agreement’ dengan betul.Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah
menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian pos berbanding ujian pra.
16
Murid-murid sasaran ini menyatakan rasa seronok kerana dapat belajar sambil
bermain.Selain daripada mendapat pengetahuan,murid-murid juga dapat
berinteraksi dan bekerjasama dalam kumpulan serta dapat membetulkan
kesilapan masing-masing dalam melakukan gerak kerja kumpulan.Kaedah ini
juga dapat menarik minat murid-murid kerana ianya dapat mengelakkan mereka
daripada merasa tertekan dengan kaedah mengingati dan menghafal yang tidat
dapat mereka laksanakan sebelum ini.
Kami sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan pencapaian
murid yang memberangsangkan selepas kajian ini dijalankan.Murid juga dapat
memahami dan menghafal kaedah sifir yang telah diajar dengan lebih
berkesan.Ianya juga telah menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu topik
yang meraka anggap sukar sebelum ini yang sebenarnya dapat dikuasai jika
diperkenalkan dengan kaedah pengajaran yang berbeza dan mudah.
17
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
18
BIBLIOGRAFI
19
LAMPIRAN
UJIAN PRA
20
LAMPIRAN
UJIAN POS
21
22
Lampiran 3 : Model Scarecrow yang kosong.
LAMPIRAN 4:CONTOH
JAWAPAN MURID
DALAM AKTIVITI 4
23
(INDEPENDENT WORK)
LAMPIRAN 5:
KAD-KAD PERKATAAN
YANG DIGUNAKAN
24
25
1.Ali (eat/eats) nasi lemak.
2.They (cook/cooks) some
1.I (play/plays) football. food.
2. You(are/is)beautiful. 3.The cat (drink/drinks )
3.He(read/reads)the book. some milk.
26