Anda di halaman 1dari 30

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SCARECROW-MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGINGATI

FORMULA TENSES: “SIMPLE PRESENT TENSE”.

OLEH

HASSRINA BT. HASSAN BASRI

ROHANA BT KHALID

PANITIA BAHASA INGGERIS.

SEK. KEB. LKTP KLEDANG

81900 KOTA TINGGI

JOHOR DARUL TAKZIM


ISI KANDUNGAN

Penghargaan 3

Abstrak 4

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 5

2.0 Fokus Kajian 5

3.0 Objektif Kajian 6

4.0 Kumpulan Sasaran 6

5.0 Perlaksanaan Kajian 6


5.1 Tinjauan Masalah 6-7
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 7-8
5.3 Tindakan Yang Dijalankan 9
5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 10
 Aktiviti 1 10 -11
 Aktiviti 2 11- 13
 Aktiviti 3 13 -15
 Aktiviti 4 15 -16
5.5 Refleksi Kajian 16 -19

6.0 Cadangan kajian Seterusnya 20

Bibliografi 21

Lampiran Ujian Pra 22-23

Lampiran Ujian Pos 24-25

Lampiran 3 : Model Scarecrow 26

Lampiran 4 : Contoh Jawapan Murid dalam Akt. 4 27

2
PENGHARGAAN

Pertama sekali kami ingin mengucapkan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana
dengan usaha yang berterusan serta bantuan daripada semua pihak kajian ini
dapat dilaksanakan.Kami berharap agar ianya dapat memperbaiki kualiti amalan
guru selain sebagai rangka penilaian bagi diri sendiri untuk meningkatkan
kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Untuk itu, kami sebagai pengkaji ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua pihak khasnya kepada :

 Pihak Sekolah khususnya Pn Bonnah bt. Hj. Yunos,Guru Besar SK LKTP


Kledang .
 Ahli-ahli Panitia Bahasa Inggeris yang telah memberikan idea.
 Warga-warga SK LKTP Kledang
 En Mohd Shahruddin Nordin kerana membantu membuat model
Scarecrow.
 Jurulatih Utama Kajian Tindakan,Pn Julaila bt Selamat yang telah
memberikan idea dalam penghasilan kajian tindakan.
 Murid-murid tahun 4 Mualim yang telah memberikan kerjasama
sepenuhnya.

Tidak lupa juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu serta bekerjasama sehingga membolehkan Kajian Tindakan ini
disempurnakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan.

3
ABSTRAK

Pendekatan Mastery Learning adalah salah satu strategi pembelajaran dalam


menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan
lengkap.Penggunaan pendekatan ini ialah berlandaskan kepercayaan bahawa
semua murid boleh menguasai sesuatu kemahiran atau pelajaran yang diajar
dengan cekap dan lengkap sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti serta masa yang mencukupi.Pendekatan ini penting kerana ia berkait
rapat dengan dunia pendidikan.Atas dasar itu,kaedah ‘SCARECROW’ telah
diperkenalkan dengan menggabungkan teknik permainan untuk meningkatkan
kemahiran mengingati formula ‘tenses’ dikalangan 16 orang murid tahun 4
Mualim SK LKTP Kledang dan melibatkan seorang guru.Tinjauan awal telah
dilakukan melalui sesi soal selidik,temu bual bersama murid dan ujian
pra.Hasilnya didapati murid sukar mengingati dan menggunakan ‘tenses’dengan
betul.Permasalahan wujud walaupun murid telah dibimbing menggunakan
“substitution table’ yang biasa terdapat didalam buku-buku rujukan dan ianya
tidak dapat menarik minat murid.Untuk itu model ‘scarecrow’ telah digunakan
bagi mengukuhkan penguasaaan murid.Sesi pembelajaran telah dijalankan
sebanyak 4 kali iaitu 60 minit bagi setiap sesi.Pelbagai pendekatan dan kaedah
diguna pakai membina asas yang kukuh iaitu ujian pra dan pos,latih tubi dan
hafalan formula.Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual
menunjukkan prestasi murid di samping memberi keyakinan diri dan menarik
minat murid-murid.Kebolehan mereka mengingati formula ‘tenses’ dengan
kaedah ini dapat menarik minat murid kerana ia luar daripada kebiasaan teknik
yang mereka pelajari sebelum ini.Secara keseluruhannya,kajian tindakan ini
telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran
murid dalam meningkatkan kemahiran mengingati formula.

4
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu.

Saya adalah merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang telah mengajar
selama 9 tahun si SK LKTP Kledang.Setiap kali saya ingin mengajar topik
‘tenses’, saya sering terfikir kenapa tiada kaedah lain yang lebih menarik boleh
diaplikasikan dalam mengajar topik ini.Ini kerana apabila saya membuat rujukan
hanya ada ‘substitution table’ yang begitu membosankan dan pastinya ianya
tidak dapat menarik minat murid.Apabila saya mengajar tahun 4 Mualim pada
tahun ini , saya dapati murid-murid tidak dapat mengingati formula tenses
dengan baik dan ini merupakan antara faktor penyebab mereka gagal apabila
menjawab soalan peperiksaan.Murid juga bosan apabila sering diajar dengan
‘substitution table’ yang kurang menarik.Ini menyebabkan mereka tidak dapat
menjawab soalan yang begitu mudah terutama dalam soalan ‘Subject-Verb
Agreement’.Mereka tidak mempunyai satu ingatan yang khusus dalam
mengingati formula-formula tersebut.Saya sering menerima respons yang negatif
daripada murid-murid apabila diajukan soalan mengenai topik ini.Ini benar-benar
telah menyebabkan saya begitu kecewa.Kelemahan murid dalam aspek ini
memberi kesan terhadap motivasi diri saya ,iaitu semangat yang semakin
berkurangan apabila murid-murid tidak dapat menguasai apa yang diajar.Saya
telah mengambil keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta
mempertingkatkan pembelajaran murid-murid sayaJusteru,saya
bertanggungjawab untuk mencari kaedah yang mudah dan sesuai untuk
mengatasi masalah ini.Daripada masalah tersebut timbul idea untuk
menjalankan kajian ini.

2.0 Fokus Kajian

‘Tenses’ adalah sangat penting dalam Bahasa Inggeris bagi membina ayat
dengan struktur yang betul.Ini penting bagi menguasai kemahiran menulis dan
bertutur dengan baik.Masalah ini perlu diselesaikan dengan segera hingga ke
akar umbi.Sekiranya masalah ini tidak diatasi,sudah pasti saya akan
menghadapi masalah yang lebih besar untuk mengajar murid menulis karangan.

Saya menjadikan kelemahan murid-murid ini sebagai satu cabaran untuk saya
berusaha lebih keras ke arah penambahbaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang.Oleh itu,saya memilih satu kajian yang berfokus
kepada meningkatkan kemahiran mengingati formula ‘Tenses’ dengan kaedah
Scarecrow.Murid juga dapat bermain sambil belajar disebabkan mereka tidak
dapat mengingati formula tersebut dengan baik disebabkan penggunaan
‘substitution table’yang biasa terdapat di dalam buku-buku rujukan biasa tidak
dapat menarik minat serta tidak dapat meningkat kemahiran berfikir mereka.
Guru juga mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sekaligus dapat menarik minat murid dan meningkatkan kemahiran mengingati
dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.

5
3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am
Meningkat kemahiran murid mengingati formula Bahasa Inggeris bagi
Tenses ‘Present Tense’ .

3.1 Objektif Khusus


 Murid dapat menghafal formula tenses dengan kaedah ‘scarecrow’.
 Murid dapat menjawab soalan tenses dengan betul.
 Meningkatkan markah pencapaian murid dalam peperiksaan yang
diajalankan.
 Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran dengan
mempelbagaikan kaedah.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 16 orang murid sederhana dari kelas 4 Mualim terdiri
daripada 4 orang lelaki dan 12 orang perempuan yang didapati tidak dapat
menguasai kemahiran mengingati formula tenses dan gagal menjawab soalan
‘Subject-Verb Agreement.’

5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian


ini,tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.Tinjauan dilakukan
menerusi kaedah seperti berikut :

5.1.1 Soal Selidik


Borang soal selidik disediakan dan diedarkan pada 1 dan 22 April kepada
murid-murid sasaran untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan
mata pelajaran Bahasa Inggeris.Borang ini diisi oleh murid-murid untuk
mendapatkan maklumat yang tepat.

6
5.1.2 Temu Bual
Saya telah menjalankan temubual ini pada 2 dan 23 April secara
bersturuktur untuk mengenali punca sebenar murid tidak dapat
menguasai kemahiran mengingat dan menghafal terhadap murid-murid
kumpulan sasaran.

5.1.3 Ujian pra dan ujian pos


Ujian pra telah dijalankan pada 28 Mac manakala ujian pos telah
dijalankan 21 April 2008.Murid –murid dikehendaki menjawab 15 soalan
mengenai ‘Subject-Verb Agreement.’

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan
maklumat.Dalam perlaksanaan kajian ini,tinjauan masalah dibuat
berdasarkan soal selidik,temu bual,ujian pra dan ujian pos.

5.2.1 Analisis Soal Selidik

Jadual 1 : Soal Selidik berkaitan Bahasa Inggeris dan Kemahiran Menghafal

BIL PERKARA YA TIDAK


BIL % BIL %
1. Minat mata pelajaran Bahasa Inggeris. 13 81.25 3 18.75
2. Tidak Tahu 5 31.25 11 68.75
3. Tidak Menghafal 16 100
4. Terlupa 16 100
5. Keliru 16 100

5.2.2 Analisis Temu Bual

Jadual 2 : Analisis Hasil Temu Bual

YA TIDAK
BIL ITEM
BIL % BIL %
1. Adakah kamu suka mata pelajaran Bahasa
13 81.25 3 18.75
Inggeris ?
2. Adakah anda berminat dengan tajuk
16 100
‘Simple Present Tense’?
3. Adakah teknik hafalan membosankan? 16 100
4. Adakah anda mampu menghafal formula
16 100
yang diajar?

7
Jadual 2 menunjukkan 16 orang (100%) murid saya tidak berupaya
menghafal formula dan mendapati ianya membosankan dengan
menggunakan ‘substitution table’.

5.2.3 Analisis ujian pra


Ujian pra dijalankan kepada semua murid 4 Mualim sebelum kajian ini
dijalankan.Murid-murid dikehendaki menjawab 15 soalan dalam masa 30
minit.Berikut adalah dapatan berdasarkan ujian pra tersebut :

Jadual 3 : Analisis Markah Ujian Pra( 40 orang)


Skala Kekerapan Bil Murid ( 40 orang )
Betul Semua -
Betul 12 1
Betul 10 5
Betul 9 7
Betul 8 6
Betul 7 6
Betul 5 3
Betul 4 2
Betul 6 3
Betul 3 2
Betul 2 5

GRAF 1

PENCAPAIAN UJIAN PRA

8
6
BIL MURID

4
2
0
15 12 10 9 8 7 5 4 6 3 2
MARKAH

Berdasarkan ujian pra ini,16 orang murid telah dipilih bagi menyertai
kajian ini.

8
5.3 Tindakan yang dijalankan

a. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

i. Aktiviti 1- ‘Meet Mr. Scarecrow’


- Nyanyian lagu ‘Happy Song’.
- Memperkenalkan model scarecrow.
- Memperkenalkan kaedah formula ‘x1’ dan ‘x2’ dan
diaplikasikan dalam lagu.

ii. Aktiviti 2-‘Tenses!Tenses! I love you!


- Murid mengaplikasikan kaedah ‘x1’ dan ‘x2’ dengan
menggunakan lagu.
- Murid menampal kad-kad perkataan di atas model
‘scarecrow’.

iii. Aktiviti 3 – ‘Touch Me,please’


- Murid-murid menampal kad-kad perkataan yang di atas
model scarecrow tersebut dalam sesi permainan di dalam
kumpulan masing-masing.

iv. Aktiviti 4 – Individual Work


- Murid-murid menjawab soalan dengan menulis perkataan
yang sesuai dalam lembaran ‘scarecrow’.

b. Bahan yang digunakan

 Papan lapis nipis


 Tali Pengikat
 Stiker Pendaflour
 Polistrene nipis
 Blue Tack
 Kad manila
 Plastik Laminate
 Kad-kad perkataan :

SUBJECT VERB (X1) VERB(X2)
I sweeps hit , call
You says sleep,go
The cats cuts are,am
The children is wear,have
Ali and Abu has read,like
Ali writes eat
She,He cut

9
The cat,Everyone take

5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

5.3.1Cara Perlaksanaan:

Aktiviti 1 : Meet Mr. Scarecrow


 Nyanyian lagu ‘Happy Song’ .
 Guru memperkenalkan model ‘Scarecrow’ secara berperingkat bermula
dengan ‘head’ diikuti ‘body’ dan akhir sekali ‘legs’.
 Murid menamakan anggota badan ‘scarecrow’ tersebut.
 Guru memperkenalkan formula ‘x1’ dan ‘x2.
 Murid mengaplikasikan kaedah tersebut di dalam lagu.
 Murid menampal ‘subject’ yang sesuai di dalam lagu di atas model
‘scarecrow’.

Gambar 1 : Model Scarecrow yang kosong.

10
HAPPY SONG
I(x2) love you,
You(x2) love me,
We(x2) are happy family.
He (x1) likes me,
She( x1) likes me,
I(x2) am happy.la,la,la

Melodi :Barney’s Theme Song (I Love You)


Sifir 1 ( x1 ) – singular ‘s’
Sifir 2 ( x2 ) – plural ‘no s’

Pemerhatian Yang Dijalankan


Murid dapat mengenalpasti anggota badan Mr. Scarecrow dan dapat
mengaplikasikan kaedah formula dalam lagu.

Refleksi

11
Semasa aktiviti ini dilaksanakan,murid merasa seronok kerana diperkenalkan
dengan model yang agak kelakar dan berwarna-warni.Nyanyian juga dapat
menimbulkan suasana yang riang dan meningkatkan keyakinan diri murid.Murid
juga dapat berinteraksi dengan baik.

Aktiviti 2: Tenses! Tenses! I Love You!


 Murid menyanyikan lagu ‘Happy Song’.
 Murid diberikan kad-kad perkataan.
 Murid mengaplikasikan kaedah sifir yang dipelajari dengan menampal
kad perkataan yang dibekalkan di atas model scarecrow.
 Murid membaca jawapan yang telah ditampal.

Gambar 2 : Murid menampal kad –kad perkataan dibahagian ‘head’.

Gambar 3 :Murid menampal kad-kad perkataan dibahagian ‘body’.

Gambar 3 : Murid menampal kad-kad perkataan dibahagian ‘body’.

Gambar 4 : Murid menampal kad-kad perkataan dibahagian ‘legs’.

Gambar 5 : Model Scarecrow yang telah ditampal dengan kad-kad perkataan

12
Jadual 4 : Analisa Markah Latihan

BIL MURID MARKAH BIL MURID MARKAH


(8) (8)
1 Girl 1 8 9 Boy 2 5
2 Girl 2 8 10 Girl 8 5
3 Girl 3 8 11 Girl 9 7
4 Boy 1 5 12 Girl 10 8
5 Girl 4 6 13 Girl 11 7
6 Girl 5 7 14 Boy 3 7
7 Girl 6 6 15 Boy 4 7
8 Girl 7 5 16 Girl 12 7

Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti ini,ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan menjawab soalan mengenai ‘Subject-Verb
Agreement.Analisis markah ditunjukkan dalam Jadual 3.

Refleksi
Semasa Aktiviti ini dilaksanakan,saya berasa sangat gembira kerana murid saya
menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria.Mereka telah menunjukkan
minat untuk membaca kad-kad perkataan dan tidak sabar-sabar untuk
menampal kad tersebut.Murid juga menyanyi dengan penuh gembira dan dapat

13
menghafal kaedah sifir tersebut berdasarkan lirik nyanyian tersebut. Murid juga
dapat mengenalpasti kesilapan mereka ketika menjawab soalan latihan tersebut
berpandukan model scarecrow tersebut.

Aktiviti 3: ‘Touch Me, please!


 Murid akan dibahagikan kepada tiga kumpulan (campuran antara murid
lemah, sederhana dan tinggi).
 Setiap kumpulan akan mendapat scarecrow masing-masing.
 Setiap murid akan diberikan dengan kad-kad perkataan.
 Untuk mendapatkan maklum balas daripada murid, mereka perlu
menyebut perkataan tersebut beberapa kali supaya guru dapat
mengesan kesalahan dan memperbaiki sebutan setiap pelajar. (Shared
Reading & Focused Word Work).
 Kemudian , murid berpeluang menampal pelbagai perkataan ditempat
yang betul di badan scarecrow tersebut.
 Kumpulan yang berjaya melengkapkan ‘scarecrow’ masing-masing
dengan betul akan dianggap sebagai pemenang.

Gambar 6 : Gerak Kerja Berkumpulan dalam Aktiviti 3

Gambar 7 : Hasilan-hasilan dalam kumpulan

14
Pemerhatian Yang Dijalankan
Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti ini,ternyata aktiviti ini dapat
mengukuhkan penguasaan murid dalam menghafal kaedah formula yang
diberikan.

Refleksi
Semasa aktiviti ini dijalankan,murid dapat menjalankan aktiviti ini dengan penuh
keyakinan.Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad –kad perkataan
dan bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan.Murid juga dapat berbincang dan
membetulkan kesilapan masing-masing ketika menampal kad-kad perkataaan
tersebut.Murid juga bersaing diantara kumpulan bagi mendapatkan ganjaran
yang disediakan oleh guru.Ini menimbulkan keseronokan dalam menjalankan
aktiviti ini.

Aktiviti 4: Individual Work


 Guru membekalkan setiap murid dengan lembaran kerja yang
mengandungi gambar patung scarecrow yang kosong.
 Murid melengkapkan patung tersebut dan menjawab soalan yang
diberikan berbentuk lisan dan ujian pos .
 Perbincangan.

15
Gambar 8 : Lembaran Kerja Scarecrow

Pemerhatian Yang Dijalankan


Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti ini,ternyata ianya dapat mengukuhkan
penguasaan murid dalam menggunakan kaedah formula yang diberikan dengan
melengkapkan model scarecrow yang telah diberikan pada tahap yang amat
membanggakan.

Refleksi
Semasa aktiviti ini dilaksanakan,pencapaian murid sangat membanggakan
kerana 6 orang murid telah mendapat markah penuh dalam ujian yang
deberikan.Walaupun aras aktiviti ini tinggi,namun murid dapat menjawab soalan
dengan betul.Murid juga dapat mengecam dan membetulkan kesalahan yang
murid lain lakukan ketika melengkapkan model Scarecrow tersebut.Apa yang
paling penting ialah murid dapat menggunakan model Scarecrow tersebut dan
mengaplikasikan kaedah hafalan sifir tersebut.

5.5 Refleksi Kajian

Berdasarkan maklumat ujian pra dan pos,didapati kajian ini telah memberikan
impak yang cukup baik dan membantu murid-murid meningkatkan kemahiran
menghafal kaedah formula dan dapat menjawab soalan bagi topik ‘Subject-Verb

16
Agreement’ dengan betul.Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah
menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Jadual 5 : Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian


Pos
UJIAN PRA UJIAN POS
BIL MURID MARKAH BIL MURID MARKAH
( 15 ) ( 15 )
1 Girl 1 3 1 Girl 1 15
2 Girl 2 5 2 Girl 2 15
3 Girl 3 6 3 Girl 3 15
4 Boy 1 3 4 Boy 1 15
5 Girl 4 5 5 Girl 4 15
6 Girl 5 5 6 Girl 5 15
7 Girl 6 7 7 Girl 6 14
8 Girl 7 2 8 Girl 7 13
9 Boy 2 6 9 Boy 2 13
10 Girl 8 2 10 Girl 8 13
11 Girl 9 7 11 Girl 9 12
12 Girl 10 2 12 Girl 10 12
13 Girl 11 2 13 Girl 11 12
14 Boy 3 4 14 Boy 3 12
15 Boy 4 6 15 Boy 4 11
16 Girl 12 2 16 Girl 12 10

Graf 2

GRAF PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN POS

16
14
12
BIL MURID

10
8
6
4
2
0
G1 G2 G3 B1 G4 G5 G6 G7 B2 G8 G9 G10 G11 B3 B4 G12

MARKAH

17
Jadual di atas menunjukkan peningkatan secara individu.Enam orang murid
telah mendapat markah penuh dan mendapat keputusan yang amat
memberangsangkan.Mereka telah menjawab semua soalan dengan betul
didalam ujian pos.

Pencapaian murid dalam Ujian Pra,rawatan klinikal (latihtubi),dan Ujian Pos


menunjukkan peningkatan.Ini dapat dilihat merusi graf pencapaian individu murid
sasaran.
GRAF 3 : PENCAPAIAN MURID SASARAN
KAJIAN TINDAKAN BAHASA INGGERIS 2008

NAMA : Girl 1(bukan nama sebenar) NAMA : Boy 1I(bukan nama sebenar)

16
16
14
14
12
12
10
10
8
8
6
6
4
4
2
2
0
PRA 01-Apr 07-Apr 14-Apr
Berdasarkan
POS
0 graf 3 di atas,Girl 1 dalam Ujian
Pra,langsung tidak
PRA menguasai
01-Apr kemahiran
07-Apr 14-Apr POS

yang dikaji.Ianya menunjukkan peningkatan


sedikit dalam sesi rawatan seterusnya menunjukkan peningkatan kemuncak
pada ujian pos.Begitu juga graf pencapaian individu Boy 1,pencapaiannya
meningkat dalam sesi rawatan dan seterusnya pada Ujian Pos berjaya mendapat
15/15.Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ianya telah
menunjukkan keberkesanan.Kaedah ini menjadi suatu wacana kepada murid-
murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran ini.

Jadual 6 : Analisa Data Temu Bual sebelum dan selepas kajian


Analisa sikap
Soalan-soalan temubual Bil sebelum kajian Bil selepas kajian
% Ya % Tidak % Ya % Tidak
Adakah kamu suka m/pelajaran B.
81.25 18.75 100
Inggeris?
Adakah anda berminat dengan tajuk
100 100
‘Simple Present Tense’?
Adakah teknik hafalan membosankan ? 100 100
Adakah anda mampu menghafal formula
100 100
yang diajar ?

18
Jadual 6 menunjukkan kesemua murid tidak dapat menguasai tajuk kajian.Ini
kerana mereka mendapati teknik hafalan yang diperkenalkan begitu
membosankan.Selepas kajian dijalankan murid didapati menunjukkan minat
kerana mereka bukan sahaja dapat bermain,malah proses pembelajaran
berjalan dengan baik.Ini kerana naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat suka
belajar sambil bermain menyebabkan kaedah ini mendapat sambutan dan
berkesan dalam memperkenalkan kaedah ini.Ini kerana kaedah ‘scarecrow’
dapat merangsang minat murid-murid

Jadual 7 : Analisa Data Soal Selidik sebelum dan selepas kajian


Analisa sikap
Soalan-soalan soal selidik Bil sebelum kajian Bil selepas kajian
% Ya % Tidak % Ya % Tidak
Minat m/pelajaran B.Inggeris? 81.25 18.75 100
Tidak tahu 31.25 68.75 100
Tidak menghafal 100 100
Terlupa 100 100
Keliru 100 100

Jadual 7menunjukkan murid-murid tidak boleh menghafal,terlupa dan keliru


sebelum kajian ini dijalankan.Selepas kajian dijalankan murid-murid memberikan
reaksi yang positif kerana ia menimbulkan perasaan seronok kerana dapat
belajar sambil bermain.Hasil soal selidik ini memberi rangsangan kepada
pengkaji kerana sudah menampakkan kejayaan yang nyata.
Selain daripada mendapat pengetahuan,murid-murid juga dapat berinteraksi dan
bekerjasama dalam kumpulan serta dapat membetulkan kesilapan masing-
masing dalam melakukan gerak kerja kumpulan.Kaedah ini juga dapat menarik
minat murid-murid kerana ianya dapat mengelakkan mereka daripada merasa
tertekan dengan kaedah mengingati dan menghafal yang tidat dapat mereka
laksanakan sebelum ini.

Kami sebagai pengkaji berasa puas hati kerana terdapat perubahan pencapaian
murid yang memberangsangkan selepas kajian ini dijalankan.Murid juga dapat
memahami dan menghafal kaedah sifir yang telah diajar dengan lebih
berkesan.Ianya juga telah menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu topik
yang meraka anggap sukar sebelum ini yang sebenarnya dapat dikuasai jika
diperkenalkan dengan kaedah pengajaran yang berbeza dan mudah.

Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ia telah menunjukkan


keberkesanan yang memberangsangkan.Kaedah ini boleh menjadi satu alternatif
kepada murid-murid yang bermasalah dalam mengingat dan menghafal sesuatu
isi pelajaran.Jika ia digunakan dengan betul murid-murid pasti dapat menguasai
formula ini dan sekaligus dapat membasmi keciciran murid-murid dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini khususnya.

19
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Kami mencadangkan agar penggunaan mengingati formula Bahasa Inggeris bagi


tenses ‘Simple Present Tense’ melalui kaedah ‘Scarecrow’ dapat diaplikasikan
dalam mengajar ‘tenses’ yang lain seperti ‘Simple Past Tense’,Present
Continuous Tense’ dan ‘Past Continuous Tense’.Teknik ini dapat meningkatkan
kefahaman murid dalam memahami asas ‘tenses’ yang betul.Seterusnya murid
dapat membuat ayat dengan betul jika murid dapat menguasai kaedah ini
dengan baik.J.H. Pestalozzi (1746-1827) telah menegaskan kepentingan
pengalaman individu seseorang kanak-kanak,seperti pengalaman melihat
,memegang dan mengalami secara langsung perkara-perkara yang
dipelajarinya.Kami juga berhasrat untuk membina model Scarecrow lain dengan
unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik.Model ini juga boleh ditampal di
sekeliling sekolah dan di dalam kelas serta murid dapat memahami isi pelajaran
dengan lebih berkesan.Secara tidak langsung murid-murid boleh
melihat,menyentuh dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan luar kelas.Semoga hasil kajian ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik,berkesan dan menyeronokkan.Akhir kata,’ There are no secrets to
success.It is the result of preparation , hard work , and learning from failure.

20
BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang, (2005), Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K,Multimedia-ES


Resources Sdn. Bhd,Selangor.

Haji Baharum bin Haji Ahmad ,(Jilid 1/2006),Kajian Tindakan Sekolah


Rendah Negeri Johor,Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Lembaga
Kemajuan Tanah Pesekutuan (FELDA),Johor.

Mark Slattery dan Jane Willis,(2001),English for Primary Teachers, Oxford


University Press,China.

Kementerian Pelajaran Malaysia(2002),Huraian Sukatan Bahasa Inggeris


Tahun 4.Kuala Lumpur.

Sharifah Alwiah Alsagoff,(1983),Ilmu Pendidikan : Pedagogi,Heinemann


Educational Books(Asia)LTD,Selangor.

21
22
LAMPIRAN
UJIAN PRA

SEK. KEB. LKTP KLEDANG


PRE – TEST
YEAR 4

NAME :_________________________ YEAR:_________

SUBJECT VERB AGREEMENT

23
Fill in the blanks with the present tense form of the verbs in the
brackets.

1. Lina and Razak_____________( be) here.


2. Eee Jen ____________(get ) up at six o’clock every
morning.
3. I______________( live ) in Seremban.
4. We always ____________(visit) the orphanage.
5. I______________( be ) a boy.
6. My father _____________(water) the plants in the garden
twice a day.
7. They ___________(read ) story books.
8. Where do you ____________? ( live )
9. She _____________(eat) dinner at 8.00 o’clock every
night.
10. I _____________(feel) cold.
11. Mr. Appu is a newspaper vendor. He __________(deliver)
newspaper.
12. I_____________(has ) a ball.
13. Razif and Razali ___________(go ) to school by bus.
14. Mrs. Leong _______________(close) her shop at 6 p.m.
15. I ________________(do ) my homework.

24
LAMPIRAN
UJIAN POS

NAME :__________________________________

SIMPLE PRESENT TENSE (POST TEST)

1. I ____________(am/is) a good boy.

2. They ______________(play/plays) football.

25
3. Everyone ______________(is/are) happy.

4. Ali and Abu _________________(am/is/are) in the kitchen.

5. The cats ________________(eat/eats) the fish.

6. He _____________(take/takes) the bag.

7. Ani ______________(cook/cooks) some food in the kitchen.

8. Some of the girls ______________(read/reads) the books.

9. She ______________(blow/blows) the balloons.

10. It_________________((live/lives) in the jungle.

11. My father ______________(wash/washes) his car alone.

12. The cow _______________(graze/grazes) on the field.

13. My sister and I _____________(jog/jogs ) at the park.

14. We ____________(am/is/are) friends.

15. They _______________( walk/walks) together.

26
Lampiran 3 : Model Scarecrow yang kosong

27
LAMPIRAN
4:CONTOH
JAWAPAN MURID
DALAM AKTIVITI 4
(INDEPENDENT
WORK)

28
LAMPIRAN 5:
KAD-KAD
PERKATAAN
YANG
DIGUNAKAN

29
1.Ali (eat/eats) nasi lemak.
2.They (cook/cooks) some
1.I (play/plays) football. food.
2. You(are/is)beautiful. 3.The cat (drink/drinks )
3.He(read/reads)the book. some milk.

30

Anda mungkin juga menyukai