Anda di halaman 1dari 9

Soalan Peribahasa SPM.

Membina ayat menggunakan peribahasa


Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.

i. air muka
ii. rambang mata
iii. bagai isi dengan kuku
iv. seperti cicak makan kapur
v. belakang parang diasah lagikan tajam
vi. kalah jadi abu, menang jadi arang  [6 markah]

*Cadangan :
Gunakan kata hubung 'kerana' untuk membantu calon menunjukkan maksud peribahasa dalam ayat.

Contoh jawapan murid:

i. Ahmad telah menjatuhkan air muka saya kerana melakukan perbuatan yang memalukan saya
dalam majlis yang diadakan di rumahnya itu.
ii.  Puan Aminah rambang mata ketika membeli belah di pasar raya kerana pasar raya tersebut
menawarkan potongan harga yang rendah.
iii. Hubungan Ali dengan Abu bagai isi dengan kuku kerana mereka berkawan rapat sejak kecil.
iv. Amira seperti cicak makan kapur kerana terjatuh apabila tersepak tunggul kayu di depan kawan-
kawannya.
v. Walaupun kurang cerdik, tetapi jika rajin membuat latihan dan ulang kaji, kita pasti akan
memperoleh kecemerlangan kerana belakang parang diasah lagikan tajam.
vi. Perbalahan antara Azmi dengan Hashim bagaikan kalah jadi abu, menang jadi arang kerana
kedua-duanya mendapat kecederaan.

ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:28  

6.1.08

Peribahasa - Latihan 10
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis
peribahasa yang berkenaan sahaja.  
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.  

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.  

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:56  


Peribahasa - Latihan 9
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.  

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang. 

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa. 

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:53  


Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.  

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia
dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku
kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau
berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang
lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa
yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi. 
ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:50  
Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang
menggambarkan setiap situasi tersebut. 

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari
dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding
dengan rakan-rakan di kelas cemerlang. 

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri. 

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon.
Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya
kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada. 
ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:48  
Peribahasa - Latihan 6
Lengkapkan peribahasa yang berikut. 
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian 

(ii) Banyak udang, banyak garam 

(iii) Lain hulu lain parang 

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain 

(v) Tak tumbuh tak melata 

(vi) Ada ubi ada batas

ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:45  


Peribahasa - Latihan 5
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di
bawah.  

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan
raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna
jalan raya.  

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu
tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.  

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik
penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik
permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan
sesama mereka. 
ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:42  
Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.  

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika
ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya
menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan
baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan
cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang
lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh- -
sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat
kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di
peringkat yang lebih tinggi. 
ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:37  

5.1.08

Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap
situasi tersebut. 

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang
ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan
tidak yakin boleh membuat kerja lain. 

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis.
Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya. 

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat. 
ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:47  
Peribahasa - Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang terdapat dalam petikan ini.  

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan
berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang
agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan
untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di
kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra. 
ASPEK: PERIBAHASA (SOALAN) DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:43  

9.11.07

Peribahasa - Latihan 1
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.  

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala
Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah
menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....  

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara
kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.  

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang
agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan
tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....

Peribahasa - Latihan 10
(i) Ukur baju di badan sendiri.

(ii) Bagai telur di hujung tanduk.

(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:00  

Peribahasa - Latihan 9
(i) Buah mulut. 

(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu. 

(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:55  

Peribahasa - Latihan 8
i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut tempayan. 

ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain. 

iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:52  

Peribahasa - Latihan 7
(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam 

(ii) -biduk lalu kiambang bertaut 

(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:49  

Peribahasa - Latihan 6
(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian 

(ii) -banyak orang, banyak ragam 

(iii) -lain dahulu, lain sekarang 

(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain 

(v) -tak sungguh, orang tak kata 

(v) -ada budi boleh dibalas


ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:46  

Peribahasa - Latihan 5
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.  

(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.  

(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:44  

Peribahasa - Latihan 4
(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi  

(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat
sagunya  

(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 09:41  

5.1.08

Peribahasa - Latihan 3
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain 

(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:48  

Peribahasa - Latihan 2
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 08:44  


9.11.07

Peribahasa - Latihan 1
i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.  
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.  
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

ASPEK: PERIBAHASA (JAWAPAN)  DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 18:55  

PERIBAHASA SPM
1. bagai kera mendapat bunga
-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat
bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.


-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor
kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

3. burung terbang dipipiskan lada


-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan
lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.

4. menegakkan benang yang basah


-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa
perkara itu tidak benar.

5. bagaikan telur dihujung tanduk


-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya


-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya.

7. bagaikan tikus jatuh di kepuk


-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh
di kepuk.

8. matinya semut kerana gula


-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya
semut kerana gula.

9. air dicincang tidak akan putus


-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.

10. bagaikan embun di hujung rumput


-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.

2. sudah jatuh ditimpa tangga


-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian
isterinya pula.

3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan


-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan  kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.

4. ditelan mati emak, diluah mati bapak


-dalam keadaan serba salah.
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka
bercerai kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa.

5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah


-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada, masakan
tempua bersarang rendah.

6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang


-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.

7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina


-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.

8. genggam bara api biar sampai menjadi arang


-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.

9. bagai mencurah air ke daun keladi


-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu
mendengarnya.

10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak
nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di
depan mata tak nampak.
----------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.

2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan


-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan.

3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain


-usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai
benang, lama-lama menjadi kain.

4. seperti pelanduk dua serupa


-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya pelanduk
dua serupa.

5. melentur buluh biarlah dari rebungnya


-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6. seperti ular kena palu


-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak
lurus seperti ular kena palu.

7. mati semut kerana gula


(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)

8. bagai mendapat durian runtuh


-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau
sebuah kereta baru.

9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain


-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang
berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan


-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, hasil yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang
belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.

Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud:  Sekiranya ilmu
kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan
ilmu pengetahuan./
 Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita.

1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud: 

Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau
hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang
susah 

Anda mungkin juga menyukai