Anda di halaman 1dari 33

KARANGAN

Cara penulisan karangan cereka.


Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
Memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.

Contoh soalan cereka


Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila
kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan
peristiwa yang kamu saksikan itu.
1.      Cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
2.      Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.
3.      Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan
kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4.      Jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikan

*Pengenalan       - tinggal sendirian
                              - baca buku cerita  
Perenggan ke-2   -mendengar suara riuh-rendah
                              -menjenguk ke luar
                               -suatu kebakaran berlaku
Perenggan ke-3   - ramai orang mula berkumpul
                               -cuba membantu memadamkan kebakaran
                               -membantu memunggahkan barang
Perenggan ke-4  - aku terus menelefon pihak bomba
                              -ahli-ahli bomba tiba
Penutup               -kebakaran dapat dikawal
                              -berasa sungguh gembira

Contoh Karangan
          Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke
tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
          Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera
menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran
saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
          Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong
memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
          Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota
bomba pun tiba di situ.
          Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat
dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.
KARANGAN BERBENTUK PENGALAMAN
Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk ‘ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan’
 
1. Pengalaman         
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.
          Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa,
kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.
          Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek
masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu
romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
          Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut sekali.
Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh.
Kemudian, aku tidak sedarkan diri.
          Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk menemuiku
terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk
dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.

2. Situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan
anda ?

Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat persiapan rapi
untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.
          Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana dorongan
dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.
          Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak
kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk
seseorang itu mencapai kejayaan.
          Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik saya. Saya berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.
 
  
Cara penulisan Karangan jenis berita
1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3. Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
Memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4. Siapa ?
Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
Jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
Menerangkan masa peristiwa itu berlaku
Tarikh yang tepat
 Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu’

1. Mengapa ?
Sebab-sebab peristiwa berlaku
Jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”
2. Di mana ?
Tempat kejadian peristiwa
Jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
3.Bagaimana ?
Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya. 
 Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh Karangan: JERTEH, 24 Disember -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku.
(Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas

CONTOH KARANGAN BERITA


SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa
anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.

1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI

a)       berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.
b)              membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima  orang ditahan -salah
seorang ialah
          pakar mekanik.
c)       polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel
tersebut.

3.PENUTUP

          seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.

CONTOH KARANGAN.

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di
sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
          Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu.
Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
          Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel
membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar
mekanik
          Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga
di bengkel tersebut.
          Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah
Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke
hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

 
.................................................................................................................................
 TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A
Tip UPSR: Penulisan Bahagian A

Bahasa Melayu Penulisan       

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan
datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas
Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea
bernas ketika menulis karangan.

Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat
berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga
bahagian ini mesti dijawab.
BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk
mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu
"tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR
2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan
ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon
dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).

Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan
membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat
lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.

Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih
daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek,
tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di
mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh:
Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan
sempena Hari Kebangsaan.

Langkah keempat 

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat
pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang
digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan
"mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza.
Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza
disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf
besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan
perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata
kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama
pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup,
mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar
selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

.................................................................................................................................... 
MARI KITA BUAT LATIHAN BERSAMA-SAMA.
SENARAI 40 NILAI MURNI / PENGAJARAN
Bil Nilai Murni / Pengajaran Penyataan
1 Adil
2 Amanah
3 Baik hati
4 Bekerjasama
5 Berani
6 Berazam, bercita-cita tinggi
7 Berdikari
8 Berdisiplin
9 Berhati-hati,berwaspada
10 Berhemah tinggi
11 Berjimat-cermat
12 Bersatu padu
13 Bersimpati
14 Bersopan-santun, peramah
15 Bersyukur
16 Bertanggungjawab
17 Berterima kasih
18 bertoleransi
19 ikhlas
20 jujur
21 kasih sayang
22 kebebasan
23 kesederhanaan
24 mematuhi undang-undang
25 mencintai alam sekitar
26 menepati masa
27 menghargai masa
28 menghormati
29 menjaga kebersihan fizikal
30 menjaga maruah / harga diri
31 patriotik
32 pemurah
33 prihatin
34 rajin,tekun,gigih
35 rasional
6 sabar
37 taat, patuh
38 tabah, cekal
39 tolong-menolong
40 Yakin

Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah.


bil Penyataan Nilai Murni
1 bangun awal
2 basuh tangan / mandi
3 beratur di kantin
4 berdiri tegak semasa nyanyian Negaraku
5 bersarapan bersama keluarga
6 Bersembahyang
7 beruniform sekolah dengan lengkap dan
kemas
8 gotong-royong
9 hendak menjadi ahli perniagaan yang
berjaya
10 jangan suka membuang masa
11 jangan suka meninggikan diri
12 keras kepala
13 makan dengan tertib
14 memandang ke kiri dan kanan sebelum
melintas
15 membaca buku
16 memberi nasihat
17 memberi tempat duduk kepada orang tua
18 memberi ucap selamat
19 membuang paku di atas jalan
20 memulangkan barang orang lain
21 menderma / menghulurkan bantuan
22 mengemas bilik tidur
23 menghormati jiran
24 mengucap terima kasih
25 mengulang kaji pelajaran
26 mengunci rumah / basikal
27 mengutip sampah di kawasan sekolah
28 Menolong ibu bapa
29 menolong menjaga adik
30 menumpangkan kawan
31 menunggang basikal berhati-hati
32 menutup suis kipas sebelum keluar kelas
33 menyesal kerana tidak mendengar nasihat
34 menyimpan wang
35 menziarahi kawan yang sakit
36 ringan tulang
37 sampai awal ke sekolah
38 tidak membantah pendapat rakan
39 tidak meminta balasan setelah membantu
40 tidak memperkecilkan orang lain
AYAT JAWAPAN BAHAGIAN C.

bersopan santun         berdikari
jujur                             menjaga keselamatan
menghormati               mengenang budi
bekerjasama               bertanggungjawab
pemurah                      berhati-hati

 
Kita hendaklah            _______________
Kita mestilah               _______________
Kita haruslah               _______________
Kita boleh                   _______________
Kita harus                    _______________

Siapa Kata bantu Nilai murni / Pengajaran Huraian atau contoh


Kita hendaklah menghormati guru dan ibu bapa.
Kita mestilah
Kita haruslah
Kita boleh
Kita harus
Kita digalakkan*

 (JANGAN menggunakan perkataan jangan, tidak boleh dan tidak harus dalam jawapan anda) 


                          
Contoh: Gangga sentiasa membaca buku kerana dia hendak berjaya.
Jawapan: Kita hendaklah   rajin     membaca buku.

 
 

SOALAN YANG POPULAR DALAM PENULISAN UPSR MENGIKUT TEMA.

TEMA KELUARGA   

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk  ’Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita’.

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
    sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.

3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu  Bahasa Melayu di sekolah. Kamu
dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.
4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di kampung.
Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan kamu pada hari
tersebut.

6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan kamu dengan penjual
barang runcit itu.

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ” Bagai Mencurahkan Air


    ke    Daun Keladi”.

8. Lengkapkan karangan ini.

      Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
    Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
      berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
      di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.

11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
      peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

12.  Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
       keluarga.    Ceritakan pengalaman kamu tersebut.

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan


      tentang       lawatan kamu itu.

15.  Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit di
kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.
16.  Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

17.  Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum   


   pulang.Tiba-tiba……………….
18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu         bercuti di kampung
datuk kamu.

19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa  ”Seperti Aur Dengan Tebing”.

20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.

21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
      untuk menceritakan pengalaman kamu.
  
22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.
           
23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.
       ................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.

25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada


       Rebungnya”
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.

28.   Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan  suasana yang kamu


        rasai pada hari itu.

29.  Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

TEMA MASYARAKAT

30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan  laporan selengkapnya.

32. Kawan kamu mengadakan  rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
     Catatan kamu pada hari itu.

33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu

34. Hidup  berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.


35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.

36. Tulis karangan yang bertajuk ’Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan’

37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk  surat kepada


     kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon  Awam”

39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

TEMA : SEKOLAH

40.          Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”. 

41.          Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan


             Kokurikulum di Sekolah”.

42.          Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh  guru di sekolah. Tuliskan
wawancara tersebut.

43.          Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah.  Tulis catatankan tentang kem motivasi
tersebut.

44.          Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan kepadanya tentang
sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

45.          Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah.   Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

46.          Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang hari tersebut
selengkapnya.

47.          Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan. Tuliskan ucapan
tersebut selengkapnya.

48.          Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan.  Tuliskan sepucuk surat kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

49.          Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.


50.          Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun enam. Guru
Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
            Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

51.          Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan kamu
ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan syarahan kamu itu.

52.          Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat menarik.
Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.

53.          Abang kamu telah mengutus surat  untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi peperiksaan
UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

54.          Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara berkumpulan”

55.          Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana  pesta ria itu.

56.          17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”

57.          Sekolah kamu telah mengadakan Hari  Sukan. Tuliskan sebuah karangan  mengenai


             hari sukan tersebut.

58.          Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti  perkhemahan


            pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
            perkhemahan itu.

59.          Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
            kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan  sekolah baharu kamu.

60.       Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
            Itu selengkapnya.

 
.................................................................................................................
 
 TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A
 http://www.slideshare.net/cikgupaklong/penulisan-bhga-upsr
 ................................................................................................................................

 Koleksi cadangan isi karangan yang terpilih

1. Anda sedang berbual-bual  dengan rakan anda tentang  masalah pencemaran  air dan


langkah- langkah  yang dapat diambil  untuk  menjamin kebersihan air.Tulis dialog antara anda dengan rakan
anda itu.

    Pendahuluan.
    -  air penting untuk kegunaan harian
    Isi-isi.
    1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai  penyakit – sakit taun, cirit-birit, dan penyakit  
       kulit
    2.langkah untuk menjamin kebersihan air –   memasak air untuk membunuh kuman
    3.menggunakan penapis – air terjamin bersih
    4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga

    Penutup
    - menjaga kebersihan air untuk menjamin  
      kesihatan

2.  Anda  mewakili kelas anda dalam suatu pertan dingan    syarahan  peringkat   sekolah.    Tajuk 


     syarahan itu ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”.    Tulis syarahan itu.

     Pendahuluan.
     - kata-kata aluan
     - kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup
  
 Isi-isi
     1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya  alam sekitar tidak bersih
     2.tidak dapat belajar dan bekerja – negara akan  mundur
     3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.
     4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur – rakyat perlu berganding bahu – 
        mengawal pencemaran

     Penutup
- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar

3.Lengkapkan cerita di bawah ini.


         Aku sedang memancing dengan kawanku di   tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang akan
    sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu   kawanku.  Kami mendekati
    benda itu …

    Pendahuluan.
    - seperti perenggan di atas.

    Isi-isi
    1.menyangkakan benda yang terapung itu batang  kayu – cuba menguis-nguisnya
    2.terkejut – benda tersebut ialah seekor buaya  lari ke tebing sungai
    3.memberitahu orang kampung – membuat  laporan
    4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya

    Penutup
    - buaya tersebut ditempatkan di zoo

4. Persatuan Ibu Bapa   dan  Guru (PIBG) serta  kakitangan sekolah telah mengadakan projek 


    secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan tentang gotong-
    royong yang telah dijalankan itu.
    Tulis laporan tersebut.

    Pendahuluan
- menyatakan tarikh, masa dan tempat gotong-
   royong diadakan

    Isi-isi
    1.tujuan untuk mengurangkan perbelanjaan    mengurus sekolah - memupuk hubungan mesra
    2.bermula dengan ucapan ringkas Guru Besar
    3.mengecat bangunan kantin – menanam pokok-pokok bunga
    4.berhenti rehat – jamuan ringan
    5.menyambung kerja – membersihkan longkang

    Penutup
- berterima kasih – berharap agar aktiviti yang 
      serupa lebih kerap diadakan

5. Ibu rakan karib anda   dimasukkan   ke hospital   kerana mengidap penyakit jantung.


    Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk  menyatakan rasa simpati anda kepadanya.

    Pendahuluan
    - menanyakan khabar dirinya dan ibunya
    Isi-isi
    1. terkejut mendengar berita – ibunya dimasukkan  ke hospital
    2. meminta maaf – tidak dapat melawat ibunya
    3. ibu bersalin di hospital – menjaga adik-adik di  rumah.
    4. berharap agar dia tidak berkecil hati

    Penutup
    - berharap ibunya cepat sembuh

6. Lengkapkan cerita di bawah.


            Sudah lama kasut roda itu kuidamkan. Aku   ingin  benar memilikinya tetapi bagaimana? Ibu 
    bapaku  tidak  akan  melayan kehendakku.  Aku   kurang   memberikan  perhatian  pada  pelajaran
    berbanding  dengan  adikku.         Dia   sentiasa  mendapat         keputusan     cemerlang    dalam 
    peperiksaannya.     Aku…

    Pendahuluan
    - seperti petikan di atas

    Isi-isi
    1. ayah berjanji untuk membeli kasut roda syaratnya belajar bersungguh-sungguh
    2. berazam – tidak mahu ponteng sekolah   tekun mengulang kaji
    3. cikgu hairan – semakin rajin bertanya
    4. keputusan akhir tahun – tempat pertama ayah membeli kasut idaman

    Penutup
    - berasa bangga – berazam untuk mengekalkan
      prestasi cemerlang

7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu   peristiwa yang menyedihkan anda.  Tulis suatu
    cerita  yang  berkaitan  dengan  peristiwa  sedih  tersebut.

    Pendahuluan
    - bercuti di  kampung nelayan – rumah kawan baik – keluarganya susah 

    Isi-isi
    1. suatu malam – rumah jirannya terbakar  - terjaga – segera membantu
    2. api merebak ke rumah kawanku - tidak sempat  menyelamatkan barang-barang
    3. jeritan meminta tolong – anaknya terperangkap
    4. bomba datang – tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di dewan – sungguh sedih

    Penutup
    - bapa datang menolong keluarga kawanku
    - aku insaf atas kejadian yang berlaku

8. Baru-baru  ini  negara  kita  telah  dilanda  jerebu.   Keadaan ini menyebabkan kita tidak selesa.


Tulis   sebuah   karangan    tentang    pengalaman   anda  menghadapi suasana tersebut.

    Pendahuluan
    - punca jerebu – aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan bermotor, asap dari kilang

    Isi-isi
    1. radio, televisyen, akhbar – menyiarkan berita mengenai jerebu
    2. kurang bermain di luar rumah – tiada aktiviti kokurikulum di sekolah
    3. tidak berapa sihat – batuk-batuk, mata pedih- suasana sekeliling berkabus
    4. Negeri Sarawak diisytihar darurat – membeli makanan untuk bekalan

    Penutup
    - dua minggu kemudian – jerebu berkurang

9. Anda   telah   terpilih    untuk   menyertai     suatu  pertandingan akhir yang diadakan di sekolah


anda.  Berbagai-bagai persiapan telah  diatur  menjelang   hari tersebut.
    Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.

    Pendahuluan
- menyatakan tarikh, tempat, dan nama   pertandingan yang disertai

    Isi-isi
    1. persediaan awal – berlatih bersungguh-sungguh  - menyediakan pakaian yang sesuai
    2. pada hari pertandingan – berdebar-debar
    3. tiba giliran – persembahan penuh bertenaga dan  yakin
    4. tidak sangka menang – peserta yang lain hebat

    Penutup
    - gembira kerana berjaya – tidak melupakan  orang   yang memberi sokongan – impian tercapai

10. Baru-baru  ini  pusat sumber sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Berbagai-


      bagai aktiviti telah diadakan   Tulis suatu laporan mengenai aktiviti yang telah
      dijalankan.

      Pendahuluan
      - diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April
      2012

      Isi-isi
     1. pelbagai aktiviti diatur – pertandingan melukis poster – terbuka kepada semua murid
     2. pertandingan syarahan – Syazlin Sazali menjadi  johan
     3. diadakan pertandingan perbahasan antara kelas
     4. pertandingan mendeklamasikan sajak
     5. murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku – sepanjang minggu itu

    Penutup
    - segala aktiviti berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya

 
  ..................................................................................................................................
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1.      Surat ucap tahniah


2.      Surat ucap takziah
3.      bertanya khabar berita
4.      menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5.      Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6.      Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7.      membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8.      dan sebagainya

Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A :        8 Februari 2012

Cara B :        8 hb. Februari, 2012

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan
sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :


nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


                 .Nama penulis.........................  
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................
       
                                                                                 Tarikh :

(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )   ......................................................................
........................................................................................
...............................................................................................................................................................

Saudara, (atau yang lain)


(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang
berasingan)
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................

Yang benar,
.................

( Nama Huruf Besar )

Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung
bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.

1        Nama dan alamat pengirim (kanan)


2        Tarikh (kanan)
3        Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
4        Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
5        Perenggan pertama   menyatakan tujuan surat itu ditulis
6        Perenggan ke-2        buah-buahan sedang masak
                                      ayah memajak sebahagian sahaja
                                      keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
7        Perenggan ke-3        boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama
                                      terima kasih
8        Penutup
9        Tandatangan pengirim (kanan)
7        Perakuan diri (kanan)

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,       - tolak 3 markah )


a]     alamat  ( salah letak / jika tiada                              - tolak 1 markah )
b]     tarikh  ( salah letak / jika tiada                               - tolak 1 markah )
c]     kata sapaan         ( salah letak / jika tiada      - tolak 1 markah )
d]     tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                   - tolak 1 markah )
e]     tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada       - tolak 1 markah )
Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh
pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ‘ketinggalan zaman’ jika anda menulis
nama pada alamat di atas sekali.
                                                                               

 
 ............................................................................................
Karangan Jenis Surat Rasmit Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a.      memohon pekerjaan
b.      membuat aduan / bantahan / cadangan
c.      membuat rayuan
d.      membuat jemputan rasmi
e.      menempah barangan
f.        meminta kebenaran
g.      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.      Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca
seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )

2.      Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini
memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda
mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3.      Perhatikan format di bawah.

Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________(garisanpanjang)_____________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)                                              Tarikh : (selari dengan nama negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2.       ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya
tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3.       ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan
yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf  yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola
Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.
Rangka
1.      alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di
hujungnya ) kemudian selang satu baris
2.      buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3.      nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir
digariskan )
4.      tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5.      kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6.      perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7.      perenggan pertama                  tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8.      perenggan ke-2             - bola lama tidak dapat digunakan lagi
- memerlukan bola baru
        ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit 
        sebelum menulis )
9.      perenggan ke-3             berharap agar permohonan diluluskan
                                      supaya latihan tidak terganggu
10.   perenggan ke-4             mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11.   penutup                       terima kasih
12.   tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13.   nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14.   jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15.   berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma
.
Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau
jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah
orang terdiri dari kalangan orang Islam.

CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI

Pasukan Bola Jaring,


Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
------------------------------------------------------------------------------------------
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.                                                                                     24 APRIL 2012.        

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama  

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola
yang baru bagi menggantikan yang lama.

2.       Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu
melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang
akan datang.

3.       Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap
hari itu tidak tergendala.

4.       Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun
ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih

Yang benar,
Widyawati
…………………
( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,       - tolak 3 markah )


a]     alamat  ( salah letak / jika tiada                              - tolak 1 markah )
b]     tarikh  ( salah letak / jika tiada                               - tolak 1 markah )
c]     panggilan hormat  ( salah letak / jika tiada                - tolak 1 markah )
d]     tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                   - tolak 1 markah )
e]     tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada       - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa

 
 
 .........................................................................................
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2


          - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
          - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
          - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
          - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
          ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………    
              Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
          Contoh :
          Perhatikan soalan di bawah ini.
          Soalan 1
          Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah karangan          mengenainya.
         

          Soalan 2
          Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tip

Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan
itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan

          - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
          - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
          - susun isi mengikut urutan kepentingannya.
          - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
          - Isi penting jangan diulang-ulang.

c. Menulis karangan

- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan

- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang
jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang
lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi                    
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah                    = 30 minit
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada
soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan
yang baik.

Tip  
            
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang
panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?

Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh di bawah :
Contoh A ( dicadangkan )
“Kamu baru pulang ?”
“Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.”
“Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
“Kamu baru pulang ?”  “Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.” “Memang
saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN

·         Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.


·         Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
·         Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
·         Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
·         Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi )
dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
·        Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

 
...........................................................................................................................................
CONTOH KARANGAN BERBENTUK CERITA .(Soalan UPSR kertas 2)

CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR


1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang masa aku mengatur
langkah dan merancang mengadakan …
(Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang
mengadakan …”)
            Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan kutipan  dan derma kilat
daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru
besar.
            Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang
kami lakukan.
            “Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat
derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,” kata Encik Tamrin.
            Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa
membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama.
            Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh
murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
            Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu.
            “Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,” kata Encik
Tamrin.
            Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul surat kepadaku.
Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
            Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika
itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh  suami Cikgu Rasilah ditempatkan di
kalangan orang-orang yang beriman.
 
2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

            Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka menemui ajal dalam tragedi
kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai  anak yatim piatu aku dijaga……………..
(Mulakankarangan anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”)
            Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan
penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke
tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
            Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku
dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap yang hidup kan mati.”
            Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah
pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,”Sekali air bah, sekali pantai berubah”.
            Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun
begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih yang  kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
            Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar dari rumah
Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
            Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan
yang cukup sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh
bahagia.

3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

… aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
           
            Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah.
Dia memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh”. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa
berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku.
            Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha.
Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
            Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama untuk membeli
buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.
            Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima, aku menghadapi
masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
            Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak berjaya. Bapaku
tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
            Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati membayar wang
peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat
kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
 ( … kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
            Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu terletak di sebuah
kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya pada waktu senja.
            Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan dan pulang pada
waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
            Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di
halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
            Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun
begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga
menghampiri motobot bapa kawanku.
            Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga
itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
            Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan berbangga kerana
dapat berbudi kepada keluarga kawanku.

KARANGAN GAMBARAN

1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara menunggu sahabat kamu itu
sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang
kamu lihat.
            Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah melewati 15 minit. Azrin
belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku.
            Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual tiket bas haram
dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
            Beberapa  penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka naik
turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
            Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan penumpang belum
pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan
suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
            Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas pembungkus makanan
dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen bas itu,
mereka tidak menggunakannya.
            Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku bingkas bangun dari
tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat pesanan, aku terdengar ada orang
menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun sampai.
2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan hari pertama persekolahan bagi  murid tahun satu di sekolah anda.
            Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat pertama kali
memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian seragam baru.
            Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira, menangis dan tidak
kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
            Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang berdiri menunggu
anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku dan alat tulis.
            Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat perhimpunan. Mereka
kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
            Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di sekitar sekolah, termasuk
pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat
tersebut.
            Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan sungguh gembira.
Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.
3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
            Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai
perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.
            Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku
berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang
ada?
            Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah
pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan
perkhemahan.
            Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku
lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-
pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
            Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum
mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang
sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
            Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun
pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.
            “Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku
tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-
kataku.
4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda telah ketinggalan
bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang “Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah”.
            Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin kencang.
Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang air.
            Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Aku masih belum
pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada.
Aku ketinggalan bas sekolah.
            Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih
ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
            Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku
menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
            Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon
sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama
lagi.
            Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat.
Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan

Anda mungkin juga menyukai