Anda di halaman 1dari 6

MAAHAD AR-RIDHWAN, TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIZWAN

”LAWATAN MENINGKATKAN
PENGETAHUAN ILMU SAINS DAN
TEKNOLOGI 2011”

Tema : “Menjana Pelajar Berfikiran Holistik”

Program Anjuran :

Unit Bimbingan dan Kaunseling

1.0. LATAR BELAKANG

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING 2010 5


MAAHAD AR-RIDHWAN, TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIZWAN

Berfikiran holistik merupakan salah satu aspek penting yang perlu ada pada diri
pelajar supaya menjadi pelajar yang cemerlang dan berfikiran jauh ke hadapan.
Pemikiran yang terhad dan tertutup boleh menyebabkan pelajar itu ketinggalan jauh di
belakang dan tidak produktif. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling
berhasrat supaya program ini akan melahirkan pelajar yang celik akal dan mengetahui
tentang dunia luar serta tidak terkurung di dalam sekolah sahaja.
.
2.0. RASIONAL
2.1 Setiap pelajar harus didedahkan kepada peserkitaran mereka agar mencetuskan
minda terbuka dan produktif bagi melahirkan generasi yang luas pemikiran.
2.2 Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang aktif dan mengambil tahu tentang
perkara yang berlaku semasa supaya tidak ketinggalan.
2.3 Kelemahan sistem sesebuah organisasi adalah merujuk secara langsung
kepada kelemahan seseorang itu mencetus idea yang bernas dan terkini dalam
mentadbirkan organisasi

3.0 OBJEKTIF
Setelah peserta menyertai Lawatan ini, para peserta akan:

3.1 Memahami banyak perkara yang berlaku diluar tanpa pengetahuan kita.

3.2 Memahami tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang manusia untuk


mengikut arus perubahan setiap masa dan menguasai segenap bidang yang
ada..

3.3 Memahami ciri-ciri pelajar yang cemerlang iaitu perlu tahu tentang dunia luar dan
berfikiran meluas.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar Tingkatan 3 yang berminat

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 23 November 2011 hingga 25 November 2011
Masa ; 3 hari 2 malam
Hari : Rabu hingga Jumaat.
Tempat : Sekitar Lembah Kelang

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


Kursus ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling Ma’ahad Ar-Ridhwan
sepenuhnya.

7.0 KANDUNGAN AKTIVITI


 Lawatan

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING 2010 5


MAAHAD AR-RIDHWAN, TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIZWAN

 LDK

8.0 PENGANGKUTAN PELAJAR KE DESTINASI PROGRAM DAN MASA PULANG


 Bas ( Disewa dari SMK Agama Kerian) No Pendaftran Bas: AEF 4026

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT : Encik Mohd Abd Latif bin Harun


(Pengetua)

PENGERUSI : En. Mohd Zaid bin Hashim


(Penolong Kanan HEM)

N. PENGERUSI 1 : En. Shahidan bin Darus


(Pen. Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2 : Puan Siti Khadijah bt Abu Bakar


(Pen. Kanan Ko-kurikulum)

PENGARAH : En. Muhd Zulkhairi Bin Abdullah


PROGRAM (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

BENDAHARI :

AHLI JAWATANKUASA :
1. AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling
2. Guru Kelas Tingkatan 3
3. Penyelia Asrama

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

10.1 Anggaran Pendapatan


01. Yuran Peserta RM 80.00 x 39 peserta RM 3120.00
02 PIBG RM 500.00 RM 500.00
03 Wang Kecemerlangan RM 400.00 RM 400.00
JUMLAH RM 4020.00

10.4 Anggaran Perbelanjaan


01. Bayaran Bas (termasuk tol dan RM 1650 RM1650.00
Parking )
02. Penginapan pelajar RM 450 sehari x 2 malam RM 900.00
03. Pakej aktiviti :
1) Petrosains RM 7 x 39 orang RM 273.00
2) Bandar ICT Shah Alam RM 25 x 39 orang RM 975.00
3) Skybridge RM 4 x 39 orang RM 156.00
04 First Aid RM 66.00
JUMLAH RM 4020.00

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING 2010 5


MAAHAD AR-RIDHWAN, TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIZWAN

11.0 JADUAL PROGRAM

23 November 2011 (Rabu)

9.30 pg Bertolak dari sekolah.

12.00 tgh Rehat dan makan tengah hari di hentian Tapah.

4.00 ptg Melawat Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

7.00 pg Chek In Penginapan & makan malam

9.00 mlm Bersiar di Bandar Kuala Lumpur

12.00 mlm Rehat Diri.

24 November 2011 (Khamis)

7.00 pg Minum pagi.

8.00 pg Bertolak ke KLCC

9.00 pg Melawat pameran di Petrosains.

12.00 t/hari Melawat Skybridge KLCC

2.00 ptg Aktiviti melawat kawasan KLCC

5.00 ptg Bertolak ke Bandar ICT Shah Alam

7.00 ptg Makan malam dan solat.

8.00 mlm Melawat pameran Bandar ICT dan Snow Walk.

11.30 mlm Bertolak pulang ke rumah penginapan.

12.30 mlm Rehat dan tidur.

25 November 2011 (Jumaat)

7.00 pg Minum pagi.

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING 2010 5


MAAHAD AR-RIDHWAN, TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIZWAN

8.00 pg Bertolak ke Putrajaya

9.30 pg Melawat kawasan sekitar Putrajaya

12.00 t/hari Makan tengah hari dan solat

2.00 ptg Bertolak pulang ke Sekolah.

Nota : ** - Tertakluk kepada perubahan

12.0 PENILAIAN PROGRAM

Kejayaan program ini dinilai dari segi :-

 Kelancaran perjalanan program melalui kerjasama antara semua pihak yang


terlibat
 Penilaian dalam bentuk pemerhatian terhadap perubahan dan respon diri
peserta dari segi pengetahuan dan perlakuan.

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui program yang diadakan ini akan dapat memenuhi matlamat
dan aspirasi pelajar dan sekolah serta seterusnya merealisasikan wawasan sekolah bagi
membentuk insan pelajar yang bukan sahaja berpendidikan, malah mempunyai nilai akhlak
yang terpuji dan akhirnya dapat menjadi pelajar yang terbuka minda dan tidak sempit
pemikirannya. Diharapkan juga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan
dan hidayah dari Allah S.W.T hasil dari keikhlasan setiap tenaga pengajar yang terlibat.

“Menyimpang seinci, rugi seribu batu.”


- Peribahasa Cina

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

........................................................... .....................................................
(MUHD ZULKHAIRI BIN ABDULLAH) (MOHD ABD LATIF BIN HARUN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING 2010 5


MAAHAD AR-RIDHWAN, TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIZWAN

UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING 2010 5

Anda mungkin juga menyukai