Anda di halaman 1dari 4

LAWATAN MENINGKATKAN ILMU

PENGETAHUAN 2017

Tempat : Alor Setar, Kedah


Tarikh : 19 November 2017(Ahad)

Program Anjuran :

Kelab Bimbingan dan Kaunseling

1.0. LATAR BELAKANG

Page | 1
Berilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek penting yang perlu ada pada
diri pelajar supaya menjadi pelajar yang luas pemikiran dan bijaksana masyarakat
Dengan nilai pengetahuan yang terhad dan tertutup boleh menyebabkan pelajar itu
ketinggalan jauh di belakang dan tidak produktif. Oleh yang demikian, Kelab Bimbingan
dan Kaunseling berhasrat supaya program ini akan melahirkan pelajar yang
berpengetahuan tinggi dan terbuka minada dalam diri masing-masing dan seterusnya
menjadi pelajar yang cemerlang pada masa akan datang.
.
2.0. RASIONAL
2.1 Setiap pelajar harus didedahkan kepada perkembangan dan kemodenan negara
pada masa kini
2.2 Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang aktif dan mengambil tahu tentang
perkara yang berlaku semasa supaya tidak ketinggalan.
2.3 Mengenali sejarah negara dengan mendalam akan dapat manaikan rasa sayang
dan cinta pada negara serta akan cuba memaliharanya supaya sentiasa aman dan
selamat.

3.0 OBJEKTIF
Setelah peserta menyertai Lawatan ini, para peserta akan:

3.1 Memahami banyak perkara yang berlaku diluar tanpa pengetahuan kita.

3.2 Memahami sejarah negara Malaysia dan bertapaknya Islam di Negara kita.

3.3 Memahami peranan sebagai warganegara Malaysia yang harus memelihara


negara agar sentiasa dalam keadaan aman.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar Tingkatan 1 dan 2

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 19 November 2017
Masa : 6.00 pagi hingga 9.00 malam
Hari : Ahad
Tempat : Negeri Kedah Darul Aman

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


Lawatan ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Ma’ahad Ar-Ridhwan
sepenuhnya.

7.0 KANDUNGAN AKTIVITI


 Lawatan

8.0 PENGANGKUTAN PELAJAR KE DESTINASI PROGRAM DAN MASA PULANG


 1 Bas ( R and DH Enterprise) No Pendaftran Bas: NBJ 3915
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT : Encik Mohd Abd Latif Bin Harun

Page | 2
(Pengetua)
PENGERUSI : Tn. Hj. Ramli Bin Shari
(Penolong Kanan HEM)
N. PENGERUSI 1 : Pn. Hjh. Raihan Binti Omar
(Pen. Kanan Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Mahani Binti Ajis
(Pen. Kanan Ko-kurikulum)
PENGARAH : En. Muhd Zulkhairi Bin Abdullah
PROGRAM (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
BENDAHARI : Cik Wan Kartini Binti Wan Omar
AHLI JAWATANKUASA :
1. Guru Tingkatan 3

10.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

10.1 Anggaran Pendapatan


01. Yuran Peserta (pelajar) RM 45.00 x 40 peserta RM 1800.00
02 Sumbangan PIBG RM 200.00
JUMLAH RM 2000.00

10.4 Anggaran Perbelanjaan


01. Bayaran Sewaan Bas RM 1200 x 1 buah RM 1300.00
02. Tiket Masuk Menara Alor RM 10.00 seorang x 44 orang RM 440.00
Setar dan Muzium Padi
(pelajar & Guru)
03. Duit Rencam RM 100.00
04. First Aids dan Dokumentasi RM 60.00
05 Makan & Minum pagi & Roti dan Air Mineral RM 100.00
petang (pelajar) ( 2 biji roti & 2 air mineral setiap
seorang) RM 2.50 x 40 orang
JUMLAH RM 2000.00

11.0 JADUAL PROGRAM

19 November 2017 (Ahad)


6.00 pg Bertolak dari sekolah.
8.00 pg Rehat di hentian Kulim untuk Makan pagi
9.00 pg Melawat Muzium Kediaman Tun Dr. Mahathir
10.00 pg Melawat Menara Alor Setar
11.30 pg Melawat Masjid Negeri Kedah
12.30 t/hari Makan t/hari di Restoran 7 Gulai Kawah
1.00 t/hari Solat Zohor & Rehat
2.00 ptg Melawat Petrosains Wilayah Utara dan Muzium Padi
5.00 ptg Melawat ke Pekan Rabu
7.00 mlm Bertolak Balik ke sekolah
9.00 mlm Tiba di sekolah
Nota : ** - Tertakluk kepada perubahan

12.0 PENILAIAN PROGRAM

Kejayaan program ini dinilai dari segi :-


Page | 3
 Kelancaran perjalanan program melalui kerjasama antara semua pihak yang
terlibat
 Penilaian dalam bentuk pemerhatian terhadap perubahan dan respon diri
peserta dari segi pengetahuan dan perlakuan.

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui program yang diadakan ini akan dapat memenuhi matlamat
dan aspirasi pelajar dan sekolah serta seterusnya merealisasikan wawasan sekolah bagi
membentuk insan pelajar yang bukan sahaja berpendidikan, malah mempunyai nilai akhlak
yang terpuji dan akhirnya dapat menjadi pelajar yang terbuka minda dan tidak sempit
pemikirannya. Diharapkan juga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan
dan hidayah dari Allah S.W.T hasil dari keikhlasan setiap tenaga pengajar yang terlibat.

“Menyimpang seinci, rugi seribu batu.”


- Peribahasa Cina

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

........................................................... .....................................................
(EN.MUHD ZULKHAIRI BIN ABDULLAH) (EN. MOHD ABD LATIF BIN HARUN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua

Page | 4

Anda mungkin juga menyukai