Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG,

JALAN BANDAR,
81700 PASIR GUDANG

KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON (TERTUTUP)
SMK PASIR GUDANG
TAHUN 2020

TEMPAT:
DEWAN BADMINTON
TAMAN BUKIT DAHLIA

TARIKH :
18 JANUARI 2020 ( SABTU )

MASA:
8.00 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI

ANJURAN:
KELAB BADMINTON
SMK PASIR GUDANG
1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Badminton ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
Kelab Badminton SMK Pasir Gudang. Program ini boleh disertai oleh murid-murid lelaki
dan perempuan SMK Pasir Gudang. Ia akan diadakan di Dewan Badminton Taman
Bukit Dahlia pada 18 Januari 2020. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk
menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti permainan badminton ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan dan teknik
permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji
ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga dapat membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan. Selain itu, program ini
dijalankan adalah untuk mencari pemain – pemain badminton yang boleh menyertai dan
mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat MSSD pada 3 – 6 Februari
2020.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam Pertandingan


Badminton.
3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi.
3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai kesihatan tubuh badan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan
yang disediakan.
3.5 Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam sukan badminton.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri ( acara bergu ).
3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 18 Januari 2020.


4.2 Dilaksanakan sepanjang 4 jam, bermula dari jam 8.00 pagi dan dijangka tamat
pada jam 12.00 tengah hari.
4.3 Aturcara pertandingan adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

5.1 Terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan SMK Pasir Gudang.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. Abdul Razak bin Abdul Samad (Pengetua Cemerlang)


Pengerusi : En. Mohd Suhaimi bin Mat Isa
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Roszana binti Selamat
Bendahari : Pn Koh Hui Ping

AHLI JAWATANKUASA

Ketua Teknik Pertandingan : En. Mohd Faizal bin Yahya


Ketua Pengadil : Cik Saira binti Ramli
Buku Program : Pn Roszana binti Selamat
Persediaan Tempat dan
Siaraya : En. Mohd Faizal bin Yahya
AJK Hadiah dan Sijil : Pn Koh Hui Ping

7.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Bulu Tangkis 4 balang X RM72 288.00
2 Hadiah :
a) Perseorangan Lelaki (L18) 3 medal X RM 5 15.00
b) Perseorangan Perempuan 3 medal X RM 5 15.00
(P18)
c) Perseorangan Lelaki (L15) 3 medal X RM 5 15.00
d) Perseorangan Perempuan 3 medal X RM 5 15.00
(P15)
Jumlah RM 348.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti
pertandingan badminton ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Disediakan oleh,

………………………………....
(ROSZANA BINTI SELAMAT)
Jurulatih Babminton,
SMK Pasir Gudang.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

.................................................... ...........................................................
(MOHD SUHAIMI BIN MAT ISA) (ABDUL RAZAK BIN ABDUL SAMAD)
Penolong Kanan Ko-kurikulum, Pengetua,
SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang,
Pasir Gudang. Pasir Gudang.
LAMPIRAN 1
ATURCARA
KEJOHANAN BADMINTON (TERTUTUP)
SMK PASIR GUDANG

7.30 pagi : Pendaftaran peserta.

7.50 pagi : Taklimat kepada peserta.

8.00 pagi : Pertandingan di mulakan :

a) Perseorangan Lelaki - Gelanggang A


b) Perseorangan perempuan - Gelanggang B

12.00 tengah hari : Penyampaian hadiah dan cenderamata.

12.30 tengah hari : Bersurai.