Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 07 - 2512637

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG Faks : 07 - 2527636


JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR Emel : jea1041@moe.edu.my
Blog : smkpg1.blogspot.com

Ruj Kami : JEA1041/700-1/2 ( )


Tarikh : 9 Januari 2020

EN AMRAN BIN ARSAT


YDP PIBG,
SMK PASIR GUDANG,
PASIR GUDANG

Tuan,

MEMOHON MENGELUARKAN WANG SUMBANGAN PIBG (BAYARAN KOKURIKULUM)


SEMPENA PERTANDINGAN BADMINTON (TERTUTUP) SMK PASIR GUDANG TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Pasir Gudang akan melaksanakan Pertandingan


Badminton (Tertutup) SMK Pasir Gudang tahun 2020 pada ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 18 Januari 2020 (Sabtu)


2.2 Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
2.3 Tempat : Dewan Badminton, Taman Bukit Dahlia

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon untuk mengeluarkan sumbangan
PIBG (Bayaran Kokurikulum) berjumlah RM380.00 bagi menampung perbelanjaan pertandingan
tersebut.

4. Program ini bertujuan untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan dan teknik permainan
badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Selain itu, program ini dijalankan adalah untuk mencari pemain – pemain
badminton yang boleh menyertai dan mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat
MSSD pada 3 – 6 Februari 2020.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima
kasih. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dirujuk kepada En Mohd Suhaimi Bin Mat
Isa (Penolong Kanan Kokurikulum), melalui talian 013-7513525 dan Pn Roszana binti Selamat
(Jurulatih Badminton) ,melalui talian 018-3241181.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………..
(ABDUL RAZAK BIN ABDUL SAMAD)
Pengetua Cemerlang,
SMK Pasir Gudang,
Pasir Gudang.