Anda di halaman 1dari 11

SMK LA SALLE PETALING JAYA, SELANGOR

LAPORAN PROGRAM INTERVENSI LITERASI (ProIn 2M) BAHASA MELAYU


TAHUN 2019

1.0 RINGKASAN PROGRAM

BUTIR-BUTIR PERKARA
Pelaksana Panitia Bahasa Melayu
Nama Program Laporan Program Intervensi Literasi (PROin ) 2M Bahasa Melayu 2019
Tarikh Februari – Oktober 2019
Jadual Waktu / Bermula Jun – September 2019) :

Masa PdPc (Menengah Atas) ( 1.20-2.20 petang setiap hari Khamis)

(Menengah Rendah) (2.20-3.20 petang setiap hari Selasa dan Khamis)


Tempat Pusat Sumber Sekolah
Kumpulan  Murid-murid yang mendapat markah minimum dan ke bawah (10

Sasaran dan ke bawah daripada 30 markah ) dalam Ujian Pengesanan

Intervensi ProIn 2M Bahasa Melayu dari Kelas Peralihan, Tingkatan

1 Indigo, 2 Indigo, 3 Indigo dan 4 Indigo sesi 2020.


Fasilitator : Puan Sharifah Azma Binti Kamarudin (Guru Bahasa Melayu DG41)

Puan Nurul Nabihah Binti Che Hamzah (Guru Bahasa Melayu DG41)
Matlamat Program Intervensi 2M disediakan untuk membantu murid yang

menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai

kemahiran-kemahiran asas membaca dan menulis serta pengukuhan

kosa kata bagi murid-murid menengah atas yang terlibat.


Objektif a) Menguasai kemahiran asas 2M

b) Meneruskan pembelajaran di kelas biasa

c) Menambah keyakinan diri dan sikap terhadap pembelajaran.


Bahan bantu a) 4 set Modul intervensi 2M (Semua murid WAJIB lengkapkan)

mengajar dan b) Buku Bacalah Sayang


pembelajaran c) Modul Bestari Bahasa Melayu

d) Modul Koleksi Soalan Percubaan Negeri (SPM)


Kos PCG (sila rujuk jadual Pendapatan & Perbelanjaan )
Kekangan 1. Beberapa orang murid yang dipilih kerap tidak hadir ke sekolah dan

menyebabkan ketinggalan banyak sesi PdPc.

2. Murid-murid menengah atas yang terpilih telah menjalani beberapa

kelas pemulihan lain yang telah dibuat oleh Panitia Bahasa Melayu

iaitu Blok Study .

3. Waktu PdPc yang ditetapkan bertindih dengan Program

Kokurikulum Sekolah.

4. Guru Intervensi terhad kepada dua orang sahaja.


Hasil Program a) Bilangan murid mengalami masalah literasi akan berkurangan.

b)Keyakinan diri dan motivasi diri meningkat.

c)Meningkatkan prestasi akademik dan LULUS dalam subjek Bahasa

Melayu.
Cadangan Keperluan untuk bahan bantu mengajar berbentuk Kit Sokongan, Bahan

penambahbaikan Audio dan Visual yang boleh dipaparkan pada skrin putih.

2.0 PENGENALAN

Program Intervensi Literasi Bahasa Melayu dirancangkan mengikut dasar keperluan

sekolah. Program ini dijalankan pada setiap hari Selasa dalam tempoh masa 1 jam

seminggu iaitu antara pukul 1.20 petang hingga 2.20 petang (sesi pagi) manakala bagi

calon-calon dari sesi petang pula pada setiap hari Selasa dan Khamis dari pukul 2.20 petang

hingga 3.20 petang (2 jam seminggu) .


Peserta program ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan calon murid

daripada menengah atas yang terdiri daripada 12 orang murid (enam orang murid tingkatan

Tiga Indigo dan enam dari tingkatan Empat Indigo ) manakala kumpulan menengah bawah

pula terdiri daripada 13 orang murid terlibat, iaitu enam orang murid dari Kelas Peralihan,

tiga orang murid dari kelas tingkatan Satu Indigo dan empat orang dari tingkatan Dua

Indigo.dalam program tersebut.

Dua kumpulan murid ini diwajibkan menyertai program ini selepas pentaksiran

saringan literasi dan Ujian Pengesanan 2M dijalankan. Hasil pentaksiran mendapati

kumpulan murid ini mendapat skor lebih rendah daripada skor minimum yang ditetapkan.

Hal ini berikutan kebanyakan calon mengalami masalah pembelajaran seperti tidak

menguasai kemahiran mengeja dan membaca perkataan KVKK+KV dengan sebutan

dengan betul. Maka, kumpulan murid ini diberikan bimbingan melalui program intervensi

ini.

Aktiviti pembelajaran ini terbahagi kepada dua fasa. Dalam fasa pertama, fasilitator

memberi penekanan dan bimbingan kepada calon dalam menguasai 13 kemahiran atau

konstruk asas-asas mengeja dan membaca (iaitu mengeja dan membaca perkataan

KVKK+KV dengan sebutan yang betul) serta membina dan menulis perkataan yang

mengandungi suku kata KVKK+KV yang terkandung dalam Modul Intervensi 1: Ujian

Saringan, Ujian Praktik Lisan, Ujian Praktik Bertulis dan 3 Set Ujian Pencapaian.

Semua murid wajib lulus dengan skor 90% dan ke atas sebelum meneruskan ke fasa

seterusnya.
Dalam Fasa kedua pula, pelaksanaan modul mengikut kumpulan iaitu kumpulan

menengah bawah akan menggunakan Modul Intervensi 2 Menengah Bawah :

Kemahiran Menulis manakala bagi Kumpulan Menengah Atas pula akan menggunakan

Modul Intervensi 2 Menengah Atas : Penulisan Terbimbing. Setiap item atau kemahiran

yang diuji akan dikira skor bagi membolehkan pentaksiran /penilaian dibuat oleh guru

fasilitator.

Perbandingan hasil program ini akan dibeza bandingkan dengan keputusan

Peperiksaan Akhir Tahun bagi Kelas Peralihan, Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, Tingkatan

Empat manakala keputusan Peperiksaan Percubaan bagi Tingkatan Tiga. Murid-murid

yang terlibat telah memberi respon yang baik dan melibatkan diri dengan aktif.

3.0 SENARAI JAWATANKUASA INTERVENSI AKADEMIK SEKOLAH TAHUN


2019

Pengerusi : Pengetua - Ganapathy a/l Bass


Naib Pengerusi : Penolong Kanan - Habibah bt. Haji Baba

Penolong Kanan Petang - Monokari a/p Sokkalingam

Penyelaras : GKMP Bidang Bahasa - Suguna a/p Sockalingam

Setiausaha : Guru Bahasa Melayu - Sharifah Azma bt. Kamarudin

Penolong Setiausaha : Guru Bahasa Melayu - Nurul Nabihah bt.Che Hamzah

Ahli Jawatankuasa / : Ketua Panitia Bahasa Melayu - Fazilah bt. Fadzir

Fasilitator - Semua guru m/p Bahasa Melayu (Kelas Peralihan, Tingkatan 1- 5)

4.0 KAEDAH PEMILIHAN CALON BAGI PROGRAM INTERVENSI BAHASA


MELAYU TAHUN 2019

4.1 Analisis Ujian Diagnostik (Instrumen Pengesanan Intervensi 2m) Bagi Kelas
Peralihan (Tahun 2019)
Semua murid dari Kelas Peralihan diwajibkan menduduki ujian ini. Calon-calon
yang mendapat skor kurang daripada 15 markah akan dipilih sebagai peserta
program ini. Bagi calon-calon yang mendapat skor 15 dan ke atas akan mengikuti
kelas seperti biasa.

4.1.1 Kelas Peralihan

Bil Nama Calon Markah diperolehi Layak ke Program


(*markah penuh =30) Intervensi
1. Wong Kok Xiang 28 / 30 TIDAK LAYAK
2. Lim Min-Son 13 / 30 LAYAK
3. Kevin Ko Juin Jie 29 / 30 TIDAK LAYAK
4. Looi Zau Yan 27 / 30 TIDAK LAYAK
5. Prakash Raj A/L 25 / 30 TIDAK LAYAK
Vinayaga Murthi
6. Janeswar Ravindran 26 / 30 TIDAK LAYAK
7. Easwaran A/L Prabu 8 / 30 LAYAK
8. Yap Han Yuen 12 / 30 LAYAK
9. Mah Chee Jie 11 / 30 LAYAK
10. Muhammad Darwisy 13 / 30 LAYAK
Irfan Bin Mat Azura
11. Shashitaran A/L 27 / 30 TIDAK LAYAK
Sellvadurai
12. Choo Kok Yuan 9 / 30 LAYAK
13. Jerahmeel Jason A/L 23 / 30 TIDAK LAYAK
Khovinathan

4.2 Senarai murid yang Gagal dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2018 Bagi
Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kelas Peralihan, 1 Indigo, 2 Indigo, 2 Ungu
dan 3 Ungu - Sesi 2018).

Bagi lima kelas ini, calon-calon dipilih berdasarkan keputusan yang GAGAL (0-39
markah) dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2018 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Bil Nama Calon Markah Pep. Akhir Tahun Kelas (2019)


BM -2018
1. Cheah Zhi Yong Jeffrey Cheah 20% Gred F 1 Indigo
2. Logah A/L Krishnan Tidak Hadir 1 Indigo
3. Natploy Oon Zai Hin Gred E – UPSR 1 Indigo
4. Muhammad Izwan Soffian Bin 6% Gred F 2 Indigo
Baki
5. Khairul Hazman Bin Shafie 6% Gred F 2 Indigo
6. Rayyan Sahnan Bin Darma 33% Gred F 2 Indigo
Putra
7. Ryan Tan Jun Weng 1% Gred F 2 Indigo
8. Jagethiswaran A/L Jayasankar 1% Gred F 3 Indigo
9. Muhamad Khairul Ariffin Bin 3% Gred F 3 Indigo
Kamarudin
10. Muhamad Zharfan Akmal 11% Gred F 3 Indigo
11. Muhammad Amiel Haiqal Bin Tidak Hadir 3 Indigo
Mat Azura
12. Navindran 5% Gred F 3 Indigo
13. Ricthees A/L Sarangapani 3% Gred F 3 Indigo
14 Tejbir Singh Sidhu A/L 2% Gred F 3 Indigo
Jaswant Singh
15. Tharveen A/L Thangavillo 10% Gred F 3 Indigo
16. Endran A/L Anandan 20% Gred F 3 Indigo
17 Joel Timothy A/L Stanilaus 15% Gred F 4 Indigo
18 Mugilan A/L Thiagu 20% Gred F 4 Indigo
19 Steven Yap Yun Sung 8% Gred F 4 Indigo

5.0 SENARAI NAMA CALON PROGRAM INTERVENSI LITERASI BAHASA


MELAYU BAGI TAHUN 2019

5.1 Kumpulan Menengah Rendah :

Bil Nama Calon Kelas Rekod Kesihatan


Masalah Pembelajaran
1. Choo Kok Yuan Peralihan Tiada
2. Easwaran A/L Prabu Peralihan Ada
3. Lim Min-Son Peralihan Tiada
4. Mah Chee Jie Peralihan Ada
5. Muhammad Darwisy Irfan Bin Mat Peralihan Tiada
Azura
6. Yap Han Yuen Peralihan Tiada
7. Cheah Zhi Yong Jeffrey Cheah 1 Indigo Ada
8. Logah A/L Krishnan 1 Indigo Tiada
9. Natploy Oon Zai Hin 1 Indigo Ada
10. Muhammad Izwan Soffian Bin Baki 2 Indigo Ada
11. Khairul Hazman Bin Shafie 2 Indigo Ada
12. Rayyan Sahnan Bin Darma Putra 2 Indigo Ada
13. Ryan Tan Jun Weng 2 Indigo Ada
5.2 Kumpulan Menengah Atas:

Bil Nama Calon Kelas Rekod Kesihatan


Masalah Pembelajaran
1. Jagethiswaran A/L Jayasankar 3 Indigo Ada
2. Muhamad Khairul Ariffin Bin Kamarudin 3 Indigo Ada
3. Muhamad Zharfan Akmal 3 Indigo Tiada
4. Muhammad Amiel Haiqal Bin Mat Azura 3 Indigo Tiada
5. Navindran 3 Indigo Tiada
6. Ricthees A/L Sarangapani 3 Indigo Tiada
7. Tejbir Singh Sidhu A/L Jaswant Singh 3 Indigo Ada
8. Tharveen A/L Thangavillo 3 Indigo Tiada
9. Endran A/L Anandan 3 Indigo Tiada
10. Joel Timothy A/L Stanilaus 4 Indigo Ada
11. Mugilan A/L Thiagu 4 Indigo Ada
12. Steven Yap Yun Sung 4 Indigo Ada

6.0 PENGAJARAAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) DAN BAHAN BANTU


BELAJAR (MODUL INTERVENSI 1 DAN 2)

Dua fasilitator atau guru intervensi telah ditugaskan untuk melaksanakan program ini serta
memastikan setiap calon yang dipilih melengkapkan modul-modul yang telah disediakan
mengikut aras penguasaan pengetahuan dan kefahaman masing-masing.

Semua calon diwajibkan melengkapkan MODUL 1 yang mengandungi Ujian Saringan,


Ujian Diagnostik Lisan, Ujian Diagnostik Praktik, Ujian Diagnostik Bertulis, dan tiga
set Soalan Pencapaian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru hanya menerangkan
kehendak soalan dan tidak boleh membantu calon-calon mendapatkan jawapan. Ini
bertujuan mengukur keupayaan mereka dalam memahami kehendak soalan sekaligus
menjawab dengan betul atau berdasarkan logik akal masing-masing.

Setelah selesai Modul 1, calon dibenarkan untuk meneruskan latihan menggunakan


MODUL 2 (berdasarkan peringkat kelas masing-masing). Bagi calon-calon dari kelas
menengah rendah, mereka akan meneruskan sesi intervensi dengan menjawab soalan di
dalam MODUL 2: LEMBARAN KERJA.
Manakala bagi calon-calon menengah atas Tingkatan 3 pula akan menyambung sesi
intervensi dengan melengkapkan MODUL 2: KEMAHIRAN MENULIS. Calon-calon
Tingkatan 4 pula akan melengkapkan soalan-soalan berkaitan membina ayat-ayat tunggal,
ayat-ayat majmuk dan membina perenggana dalam MODUL 2: PENULISAN
TERBIMBING.

Kesemua bahan bantu belajar ini perlulah dilengkapkan oleh semua calon dalam tempoh
masa dua hingga ke tiga bulan sebelum guru / fasilitator membuat semakan dan
menganalisis dapatan data/skor yang diperolehi oleh mereka.

Keputusan akhir bagi skor yang diperolehi oleh setiap calon akan dibandingkan dengan
pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi kelas Peralihan, Tingkatan 1 Indigo, 2
Indigo dan 4 Indigo manakala Peperiksaan Percubaan PT3 bagi calon-calon dari kelas 3
Indigo.

9.0 KESIMPULAN

Pelaksanaan program ini telah berjaya membantu ke arah menambahkan keyakinan

diri serta memupuk rasa cinta dan seronok dalam diri para calon dalam mempelajari Bahasa

Melayu. Hal ini sekaligus mengurangkan masalah murid-murid yang tidak tahu membaca,

menyebut kata, kurang perbendaharaan kata dan memahamkan ayat-ayat yang dibaca.

Selain itu, pihak sekolah juga dapat melonjakkan pencapaian kompetensi lisan dan

bertulis bagi murid-murid yang terpilih dalam program ini pada masa akan datang. Program

ini dicadangkan agar terus dilaksanakan dengan beberapa cadangan penambahbaikan agar

murid-murid yang memerlukan bimbingan sentiasa dibantu, dididik dan berjaya sebelum

menamatkan persekolahan mereka.

Disediakan oleh,
(SHARIFAH AZMA BINTI KAMARUDIN)
Setiausaha
Jawatankuasa Intervensi Akademik Sekolah
SMK La Salle Petaling Jaya

Disemak oleh,

(SUGUNA A/P SOCKALINGAM)


GKMP Bidang Bahasa
SMK La Salle Petaling Jaya

Disahkan oleh,

(GANAPATHY A/L BASS)


Pengetua
SMK La Salle Petaling Jaya

10.0 LAMPIRAN GAMBAR- GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG.

Anda mungkin juga menyukai