Anda di halaman 1dari 7

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 2 : Konsep & Komponen Kos Perkilangan

BAB 2

KONSEP DAN KOMPONEN


KOS PERKILANGAN

OBJEKTIF

Selepas mempelajarai bab ini, pelajar akan dapat

 Menerangkan kepentingan maklumat kos

 Menerangkan maksud kos dan belanja

 Menerangkan pengelasan kos mengikut gelagat kos iaitu kos berubah,


kos tetap dan kos bercampur.

 Menerangkan klasifikasi kos iaitu perkilangan, kos bukan perkilangan,


kos langsung dan bukan langsung

 Menerangkan kos produk dan kos tempoh

 Menyediakan aliran kos perkilangan

 Menyediakan penyata kos barangan dikilang, penyata pendapatan

15
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep & Komponen Kos Perkilangan

2.0 PENDAHULUAN

Pengetahuan tentang kos dan gelagatnya amat penting bagi setiap pengurus dalam proses
merancang, mengawal dan pembuatan keputusan berkaitan aktiviti perniagaan organisasi. Ini
adalah kerana hanya kos yang relevan sahaja yang akan diambil kira dalam membuat sesuatu
keputusan. Pengurus selalunya memerlukan maklumat kos untuk membantu mereka membuat
keputusan berkaitan penentuan harga produk, pembelian aset, penamatan segmen perniagaan
atau barisan keluaran yang tidak menguntungkan, pengembangan cawangan perniagaan,
penilaian, prestasi dan sebagainya.

2.1 KEPENTINGAN MAKLUMAT KOS

Maklumat kos sangat penting kepada pengurus untuk tujuan berikut:-

1. Penilaian Inventori

Dengan adanya maklumat kos, maka kos inventori bahan mentah, kerja dalam proses (KDP)
dan barang siap (Produk) dapat ditentukan. Oleh yang demikian pihak pengurusan perlu
mengetahui apakah kos yang perlu diambilkira dalam menentukan nilai inventori. Contohnya,
kos produk akan ditentukan berdasarkan kos bahan mentah yang digunakan, buruh langsung
dan kos overhed yang terlibat dalam menghasilkan produk siap ini. Kos inventori akan
digunakan untuk mengira kos barangan dijual dalam penyata pendapatan dan aset semasa
dalam lembaran imbangan.

2. Penentuan Untung

Pihak pengurusan perlu mengetahui kos yang akan dimasukkan dalam penyata pendapatan
bagi mengira untung bagi tempoh kewangan yang disediakan. Contohnya kos barangan
dikilang, kos barangan dijual, belanja jualan, belanja pentadbiran dan sebagainya.

3. Perancangan kewangan

Pihak pengurusan perlu mengetahui maklumat kos tempoh semasa dan masa lepas untuk
membuat perancangan kewangan masa hadapan dalan bentuk belanjawan induk ( Belanjawan
operasi dan kewangan ) untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Contohnya, maklumat
harga belian mentah sekilogram dan berapa kilogram bahan mentah bagi seunit produk akan
digunakan untuk menganggarkan kos belian bahan mentah untuk menampung sasaran jualan
yang dikehendaki.

4. Kawalan Operasi dan penilaian prestasi

Pihak pengurusan memerlukan kos piawai ( standard ) dan kos sebenar yang berlaku bagi
tujuan penilaian prestasi dan kawalan operasi perniagan. Ini bertujuan untuk mengetahui
apakah kos operasi yang sebenar digunakan atau dibelanjakan seperti seperti kos piawai yang
telah dijangkakan. Contohnya kos buruh langsung yang dijangkakan sebulan adalah
RM 10,000, tetapi kos sebenar yang dilibatkan untuk membayar kos buruh langsung adalah
RM 12,000 sebulan. Apakah lebihan RM 2,000 ini disebabkan oleh jam buruh bekerja melebihi
jangkaan atau kadar upah yang lebih tinggi. Dengan adanya maklumat kos ini tindakan
pembaikan dapat dilakukan dan penilaian prestasi dapat ditentukan.

5. Pembuatan keputusan

Pihak pengurusan perlu mengetahui maklumat kos untuk tujuan pembuatan keputusan
berkaitan penentuan kos produk, perletakan harga, penamatan segmen keluaran, penerusan
barisan keluaran, keputusan pembelian dan sebagainya. Dengan adanya maklumat kos, pihak
pengurusan akan dapat membuat keputusan yang tepat dan menguntungkan perniagaan.

16
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep & Komponen Kos Perkilangan

2.2 PERBEZAAN KOS DAN BELANJA

Kos adalah apa jua sumber (tunai atau bersamaan tunai) yang perlu dikorbankan atau diserahkan
untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang akan memberikan manafaat masa depan
kepada organisasi. Kos mana-mana barang atau perkhidmatan yang belum digunakan dan
mempunyai potensi ekonomi untuk digunakan pada masa akan datang dipanggil kos belum luput
atau aset. Belanja adalah kos yang luput atau hangus atau kos yang diperuntukkan bagi tempoh
semasa seperti belanja gaji, belaja utiliti dan belanja iklan.

Contoh kos (kos belum luput = kos aset) Contoh belanja (kos telah luput)
Peralatan Belanja susutnilai peralatan
Insurans prabayar Belanja insurans
Inventori bahan mentah Bahan mentah diguna
Bekalan Belanja bekalan

Kos kepada objek kos juga boleh berubah mengikut faktor-faktor tertentu. Faktor yang apabila
ianya berubah akan menyebabkan jumlah kos bagi objek kos berkenaan turut berubah dipanggil
‘Penggerak Kos’ (Cost Driver).

Pengerak kos adalah merupakan elemen atau penyebab yang menggerakkan kos untuk berubah
samada meningkat atau menurun atau tidak berubah seperti unit jualan, unit pengeluaran, jam
buruh langsung, jam mesin, kos bahan mentah dan lain-lain.

Contohnya, kos jualan akan meningkat jika unit jualan (penggerak kos) meningkat akibat daripada
peningkatan bayaran komisen kepada jurujual dan kos bahan mentah akan meningkat sekiranya
unit pengeluaran (penggerak kos) meningkat.

2.3 KLASIFIKASI KOS

Seperti yang diketahui, kos boleh dikelaskan kepada beberapa kategori. Tujuan pengkelasan kos
dibuat adalah supaya sesuatu proses pembuatan keputusan dapat dibuat dengan mengambil kira
kategori kos yang betul. Kelas-kelas kos tersebut boleh kita kelaskan seperti berikut:

2.3.1 Kos Perkilangan

Operasi perkilangan ialah satu operasi yang memproses bahan mentah menjadi barang
siap. Operasi bukan perkilangan terdiri daripada dua iaitu operasi perdagangan yang
menjalankan aktiviti membeli dan menjual barang siap dan operasi perkhidmatan yang
menyediakan perkhidmatan kepada orang lain.

Kos perkilangan adalah bersamaan dengan kos pengeluaran yang terdiri daripada bahan
mentah langsung, buruh langsung dan overhed kilang. Bahan mentah langsung
ialah bahan mentah yang digunakan secara langsung dalam pengeluaran produk dan
boleh dikesan secara langsung terhadap barang atau produk siap.
Manakala buruh langsung pula yang meliputi gaji, upah dan manafaat yang diberi kepada
buruh atau pekerja yang terlibat secara langsung dalam penyediaan sesuatu produk siap.

Overhed kilang ialah semua kos-kos yang dimasukkan dalam pengeluaran selain
daripada bahan mentah langsung dan buruh langsung. Bila kita bercakap tentang kos
perkilangan, kita perlu melihat bagaimana kombinasi ketiga-tiga kos di atas dapat
menghasilkan kos pengeluaran. Istilah kos penukaran dan kos prima juga akan selalu
digunakan dalam membincangkan soal kos perkilangan.

17
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep & Komponen Kos Perkilangan

Kos Prima ialah kos utama iaitu kos bahan mentah langsung dan buruh langsung yang
digunakan untuk mengeluarkan produk siap. Ia dipanggil kos prima kerana tanpa kedua
kos tersebut, produk tidak dapat dihasilkan.

Manakala kos penukaran pula ialah bersamaan dengan buruh langsung dan overhed.
Kedua-dua kos ini dipanggil kos penukaran kerana item kos ini digunakan untuk menukar
bahan mentah kepada barang siap.

Kos-kos yang dibincangkan di atas dapat diringkaskan dalam persamaan berikut :-

Kos Prima = Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Buruh Langsung

Kos Penukaran = Kos Buruh Langsung + Kos Overhed

Kos Pengeluaran = Kos Prima + Kos Overhead

Kos Pengeluaran = Kos Bahan Langsung + Kos Penukaran

Kos Pengeluaran = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos Overhed

* Kos Pengeluaran = Kos Produk

2.3.2 Kos Bukan Perkilangan

Kos bukan perkilangan pula adalah kos selain daripada kos perkilangan seperti :-

a. Kos barang niaga iaitu kos mendapatkan barang niaga dan produk siap yang dijual.

b. Kos pemasaran (jualan) iaitu kos yang berkaitan jualan dan pemasaran yang
memastikan produk siap sampai kepada pengguna. Contohnya belanja komisen,
iklan, sewa pejabat jualan, angkutan jualan dan sebagainya.

c. Kos pentadbiran ialah kos untuk menjalankan operasi sesebuah organisasi.


Contohnya gaji pengurus, susutnilai bangunan pentadbiran, belanja bekalan pejabat
dan sebagainya.

2.3.3 Kos Langsung

Kos langsung adalah yang boleh dikesan dan dikenalpasti secara fizikal dan ekonomik
kepada sesuatu objek kos yang dilihat atau dinilai. Kos langsung sesuatu objek kos adalah
kos yang berkaitan secara langsung dan boleh dikesan secara ekonomik terhadap objek
kos (jabatan, produk, segmen dll) dalam keadaan yang nyata. Contohnya, kos bahan
mentah langsung dan kos buruh langsung sesuatu produk (objek kos) adalah kos
langsung tetapi kos overhed adalah kos tak langsung kerana ia tidak dapat dikenalpasti
secara fizikal dan ekonomik ke atas sesuatu produk (objek kos).

2.3.4 Kos Tidak Langsung

Kos Tak langsung pula adalah kos-kos yang berkaitan sesuatu objek kos tetapi tidak
boleh dikesan dan dikenalpasti secara fizikal dan ekonomik keatas objek kos. Kos tak
langsung perlu diagihkan kepada beberapa objek kos yang lain. Contohnya, gaji penyelia
kilang (overhed kilang) perlu diagihkan kepada beberapa produk (objek kos).

18
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep & Komponen Kos Perkilangan

2.4 KOS PRODUK DAN KOS TEMPOH

Kos produk ialah kos yang diinventorikan di mana kosnya dimasukkan dalam pengiraan kos
seunit produk. Kos produk adalah merupakan satu aset kerana apabila produk tersebut tidak
dijual, kos tersebut akan tetap berada dalam inventori.

Di dalam kes perkilangan, kos produk terdiri daripada bahan mentah lansung, buruh langsung dan
overhed kilang. Kos produk dilihat sebagai ‘dikenakan’ kepada unit produk dan pada titik jualan,
kos tersebut akan bertukar menjadi belanja yang dikenali sebagai kos barang dijual. Dengan kata
lain, kos produk tidak akan dianggap sebagai belanja serta merta apabila ia berlaku.

Manakala kos tempoh pula adalah kos yang dicaj sebagai belanja pada tempoh ianya berlaku dan
ianya tidak boleh diinventorikan. Di antara contoh yang boleh dilihat sebagai kos tempoh ialah
belanja pentadbiran dan jualan (pemasaran).

Kos perkilangan (kos produk)

Bahan mentah langsung Buruh langsung Overhed kilang

Bahan yang dapat dikesan Kos buruh yang terlibat secara Semua kos perkilangan yang
dan dikenal pasti secara fizikal langsung dalam menyediakan terlibat ke atas penyediaan
dalam penyediaan produk siap bahan dan membentuk produk produk selain Bahan langsung
dan buruh langsung

Contoh : Mengeluarkan Baju Sekolah – Perempuan (Objek kos)

Kain – 3 ela Pereka Baju Elektrik dan air


Pemotong Kain Susutnilai mesin
Pemesin Kain Supervisor
Gam, kertas, benang dll

KOS PRIMA KOS PENUKARAN

19
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep & Komponen Kos Perkilangan

Kos Bukan Perkilangan (Kos tempoh)

Kos Pemasaran dan Jualan Kos Pentadbian

Kos yang terlibat untuk memastikan barangan Semua kos yang berkaitan dengan pengurusan
sampai kepada pengguna operasi syarikat

Contoh: Contoh:
Komisen jurujual Gaji kerani
Belanja sample Gaji pengurus
Belanja promosi dan iklan Susutnilai peralatan pejabat

Rajah 1 : Ringkasan Pengkelasan Kos dan Contoh Pengeluaran

2.5 ALIRAN KOS PERKILANGAN

Aktiviti firma perkilangan adalah memproses bahan mentah kepada barang siap. Selain itu firma
perkilangan juga berbeza dengan firma pembarangan ialah dari segi inventori. Firma perkilangan
mempunyai tiga jenis inventori iaitu inventori bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan
inventori barang siap.

2.5.1 Inventori bahan mentah adalah terdiri bahan mentah sama ada bahn langsung
atau tidak langsung yang dimiliki oleh firma yang akan digunakan dalam proses
pengeluaran.

2.5.2 Inventori kerja dalam proses terdiri daripada produk yang belum siap sepenuhnya.
Ia bagi mewakili produk yang belum siap pada akhir tempoh perakaunan atau
pada satu-satu masa.

2.5.3 Inventori barang siap pula adalah barang siap yang telah sempurna proses
pengeluaran dan sedia untuk dijual.

Rajah di bawah menunjukkan aliran kos perkilangan ;

Bahan langsung

Inventori Inventori Kos Barang


Buruh langsung kerja dalam barang siap dijual
proses

Overhed kilang

20
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep & Komponen Kos Perkilangan

2.6 PENYATA KOS BARANG DIKILANG

Jenis organisasi ini mempunyai penyata pendapatan yang lebih rumit berbanding kedua-dua jenis
organisasi yang lepas. Untuk pembuatan keputusan, adalah tidak cukup untuk pihak pengurusan
mengetahui berapa banyak kos ditanggung untuk menyediakan produk siap, tetapi mereka juga
perlu tahu jenis-jenis kos yang menghasilkan jumlah kos tersebut. Seperti yang diketahui,
organisasi perkilangan adalah organisasi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap.
Kos-kos yang terlibat adalah terdiri daripada bahan mentah langsung, buruh langsung dan kos
overhed.

Jenis-jenis kos ini telah dibincangkan terlebih dahulu dalam topik yang lepas. Untuk tujuan
penyediaan penyata pendapatan, rujuk jadual 2 bagi Syarikat Perkilangan KZB.

Jadual 2: Penyata Pendapatan Organisasi Perkilangan

Syarikat Perkilangan KZB


Penyata Kos Barang Dikilang
Bagi tahun berakhir 31/12/x2

Bahan Mentah Langsung 1/1 200,000


+ Belian Bahan Mentah Langsung 800,000
Bahan mentah sedia diguna 1,000,000
- Bahan mentah langsung 31/12 (150,000)
Bahan Mentah digunakan 850,000
Buruh langsung 700,000
Overhed kilang 1,850,000
Kos perkilangan yang dilibatkan 3,400,000
+ Kerja Dalam proses 1/1 350,000
Jumlah Kerja dalam proses sepanjang 3,750,000
tahun (400,000)
- Kerja Dalam Proses 31/12 3,350,000
Kos barang dikilang

Syarikat Perkilangan KZB


Penyata Pendapatan
Bagi tahun berakhir 31/12/x2

Hasil jualan 4,500,000


KOS BARANG DIJUAL:
Inventori awal Barang siap 920,000
+ Kos Barang Dikilang 3,350,000

Kos Barang Sedia Dijual 4,270,000


- Inventori akhir barang siap 1,460,000 (2,810,000)
Margin Kasar 1,690,000
- Kos Pemasaran dan Pentadbiran 1,440,000
Keuntungan Operasi 250,000

Jika dilihat dalam Jadual 1, di dapati organisasi perkilangan perlu menyediakan penyata kos
barang dikilang terlebih dahulu sebelum boleh menyediakan penyata pendapatan. Selepas
memperolehi jumlah kos barang dikilang, barulah kos barang dijual boleh dicari.

21

Anda mungkin juga menyukai