Anda di halaman 1dari 310

Eury Athena

Bab 1
A
KU masih khusyuk di
meja jahitku, langsung tak
menghiraukan kereta yang lalu-
lalang di luar cermin kaca butik. Baju kurung yang sudah
hampir sempurna jahitannya, aku bawa dekat ke wajah.
“Adry!!!”
Suara Kak Timah meletup macam bom nuklear
membuatkan jahitan tulang belut aku nyaris-nyaris bertukar
jadi tulang ikan jaws! Tersasar dari tempat yang sepatutnya.
Adoi! Haru betul la akak sorang ni. Kalau sehari tak menjerit
tak sah. Dibuatnya macam latihan vokal pulak.
“Kenapa, kak?” soalku perlahan.
Dah petang-petang ni, bateri badan aku dah low….
Sempat aku mengerling jam di dinding. Sepuluh minit lagi,
masa kerjaku akan tamat. Katil di rumah sewa sudah
terbayang di layar mata. Keseronokan dapat meluruskan
segala tulang-temulang di atas katil sudah terasa-rasa.
“Puan Karen lupa bawak ni!”
Suara high pitch itu betul-betul mendarat di tepi

1
AD+IZ

telinga aku. Aku menggosok-gosok cuping telinga. Pekak la


aku, kak oi!
Bila melihat tangan Kak Timah yang penuh dengan
baju-baju lip lap-lip lap glamor tak ingat dunia dah tu,
jantung kat dada aku rasa nak luruh. Mulut aku pun
automatik ternganga.
“Baju fashion show! Puan Karen lupa bawak,”
rungut Kak Timah sambil membelek satu per satu pakaian
yang elok berbungkus di dalam plastik.
Aku tepuk dahi. Biar betul? Ini sudah kira kes berat
ni! Dari tak ada kerja, dah jadi ada kerja! Masak, masak….
Aku panjangkan leher, memerhati segenap ruang
kedai. Kosong. Cuma ada aku dan Kak Timah sahaja di dalam
butik ini. Aku mula rasa tak sedap hati. Hidung seakan dapat
menghidu bau tak sedap yang bakal dihadapkan kepadaku.
Puas mulut menghembus angin di kiri dan kanan, menolak
bala beban kerja yang mungkin akan dihumbankan ke
pundakku.
Jangan la… aku baru berangan nak balik awal. Dah
seminggu kerja sampai tengah malam gara-gara nak siapkan
baju-baju yang ditempah. Si Chot tu pulak sedap-sedap aje
pergi honeymoon kat KwaZulu yang aku sendiri pun tak tahu
wujud ke tidak tempat tu dalam peta dunia. Katanya
seminggu, tapi ni dah masuk minggu ketiga. Dah sesat tak
tahu jalan balik agaknya. Tak pasal-pasal aku terpaksa cover
kerja-kerjanya yang tergendala.
Dan saat itulah aku teringat bahawasanya Suhaimi,
budak despatch butik kami ambil cuti sakit hari ini.
“Adry, tolong hantarkan ke airport, ya! Akak rasa
sempat lagi ni!”
Permintaan Kak Timah terasa bagaikan batu besar

2
Eury Athena

yang dihempap di atas kepalaku. Arahan tak bertulis Kak


Timah merangkap orang yang diamanahkan oleh Puan Karen
untuk menjaga butik, aku rasakan seperti hukuman
mandatori: gantung sampai mati. Tak boleh tidak, mesti
dipatuhi! Wajib!
Aku dah agak dah! Memang aku la yang kena pergi.
Budak-budak yang lain, Si Nini dan Sabariah,
macam tau-tau aje ada ‘bala’ nak tiba, terus volunteer pergi
rumah Datuk Wasil selepas makan tengah hari tadi.
Kononnya nak tengok dan touch-up mana-mana patut
sebelum majlis perkahwinan anak Datuk Wasil berlangsung
esok. Padahal, masa aku pergi semalam, semuanya dah siap.
Khemah dah tegak. Pelamin dah terhias cantik. Baju
pengantin, bilik pengantin dan yang lain-lain semuanya dah
tersedia. Tinggal langsungkan majlis aje. Kaki auta betul la
budak-budak tu!
Dek kerana hormatkan Kak Timah selaku pekerja
senior, aku sambut juga pakaian-pakaian yang dihulurkan.
Muka yang pahit-pahit payau terpaksa aku maniskan. Punah-
ranah harapanku nak balik awal hari ni!
Huh! Dari aku membebel, baik aku cepat-cepat
hantar baju ni. Cepat hantar, cepat aku dapat balik.
Kenderaan penuh sesak di jalan raya. Maklumlah, office hour
baru sahaja tamat. Susah la nak dapat teksi macam ni, gerutu
hatiku. Dah tiga kali tahan. Ketiga-tiga teksi ada penumpang.
Aku dah terasa macam orang-orang aje kat tepi jalan ni.
Terlambai-lambai dari tadi….
“Teksi!!!”
Dek kerana terlampau tension, aku menjerit sekuat
hati.
Skreeet!!!

3
AD+IZ

Ha, ambik kau! Tiga teksi berhenti mengejut kat


depan aku. Cheh, rasa macam Lindsay Lohan dalam filem
Just My Luck la pulak.
“KLIA, please!”
Dan teksi merah kuning itu terus meluncur laju
sebaik sahaja aku meloloskan diri ke dalam perutnya.

LELAKI berusia hampir setengah abad itu masih tidak


jemu-jemu memancing perhatianku dari tempat pemandu.
Kenderaan yang bertali arus di lebuh raya langsung tak
menghalangnya dari terus mencuri pandang wajahku. Tahulah
aku ni gadis cantik yang kelihatan ayu bertudung. Tapi tak
payahnya terteleng-teleng kepala tu!
“Apa nama cik adik ni? Tinggal kat mana? Boleh
bagi nombor telefon kat abang?”
Abang? Yaiks!
Herot-berot mulut aku mendengar soalan pak cik
teksi ni. Gatal tak kena tempat. Rumah kata pergi, kubur kata
mari. Dari tadi asyik menoleh ke belakang. Bukan nak tengok
kereta yang ada kat belakang, tapi nak tengok aku! Agaknya
kalau boleh tanggal biji mata tu, dah ditanggalkannya dan
letak kat belakang kepala. Sekali tersondol kereta kat depan,
padan muka! Cepat la sampai… tak kuasa aku nak layan
kerenah pak cik bergigi jongang ni!
Jejak aje tayar teksi kat kawasan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terus hidup nyawa aku.
Aku terus keluar dari teksi. Baju-baju yang sudah dimasukkan
oleh Kak Timah dalam beg aku angkut sekali.
Tengah aku tercangak-cangak mencari kelibat Puan

4
Eury Athena

Karen, mataku disajikan dengan drama sebabak antara


seorang perempuan dengan seorang mamat ni. Pakwe dia
kut. Yang perempuan tu punyalah cun, badan ala-ala model.
Kalau orang kelentong aku cakap dia Miss Universe pun, aku
percaya. Tapi mamat tu pulak chubby, misai dan jambang
penuh kat muka. Itu tak cerita lagi bab baju yang dia pakai.
T-shirt warna putih tu yang dah lusuh dan penuh dengan
minyak hitam, berseluar jeans koyak sana-sini dan pakai
selipar jepun aje. Pergh! Serabut betul mamat ni! Tak padan
langsung dengan awek dia. Ibarat langit dengan bumi!
Hah… tu dia! Dia dah buat adegan tarik tangan dan
bagasi si awek tu pulak. Si awek tu buat muka marah. Yang
mamat tu pula buat muka bengang. Dua-dua bermuka
tegang. Best ni! Silap-silap ada adegan menangis dan sesi
melutut merayu pulak nanti. Ha ha ha… aku gelak dalam
hati.
Suara lemak merdu announcer KLIA membuatkan
aku menepuk dahi. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa
tujuan aku ke mari? Mataku kembali meliar mencari susuk
tubuh Puan Karen. Takkan dah masuk balai berlepas kut?
Kalau ikut logiknya, dah memang dia kena ada kat situ
sekarang. Flight dia akan berlepas bila-bila masa aje kalau
ikutkan pengumuman tadi.
Tapi bila fikir-fikir balik, apa yang Puan Karen buat
ni memang tak masuk akal langsung. Puan Karen yang aku
kenal sangat teliti dan cerewet orangnya. Kalau boleh apa aje
yang dia buat mesti kena perfect. Aku yang dah kerja hampir
enam bulan dengan dia memang dah sedia faham dengan
perangai perfectionist Puan Karen. High-expectation.
Tapi kali ni menimbulkan ‘misteri nusantara’ betul
bila dia tak bawa baju-baju fashion show dia ni ke Thailand.
Bukankah dia ke sana sebab ada fashion show? Kalau dah

5
AD+IZ

baju-bajunya takde, apa yang nak diperagakan oleh model-


model dia tu? Takkan nak tayang body aje kut?
Aku segera memanjatkan rasa syukur kepada Allah
kerana Dia mempermudahkan pencarianku. Nun di sana, aku
ternampak Puan Karen tengah sibuk menilik sesuatu di salah
sebuah kedai di situ. Dan... eh, eh! Dia dah menonong ke
pintu balai berlepas la! No... no... no! Tunggu aku!
Tudung kepala aku perbetulkan. Ikatan tali kasut
aku perkemaskan. Beg di tangan aku pegang erat-erat.
Persediaan untuk lari pecut. Satu, dua dan... lari!!! Aku terus
berlari. Garisan penamat aku adalah Puan Karen yang tengah
tunggu turn untuk diperiksa barang-barang yang dibawanya.
Hu hu… sempat ke ni? Tawakal aje la!
Dalam semput-semput berlari, aku terperasan
mamat serabut yang dok bergaduh dengan awek dia tadi,
turut sama dalam acara lari pecut kat lantai KLIA ni. Di
belakang mamat serabut tu pulak ada dua orang lelaki
lengkap dengan pakaian serba hitam. Siap cermin mata hitam
lagi tengah mengejar dia. Dah macam gaya ala-ala Men In
Black (MIB) pun ada aku tengok. Kemudian aku lihat lelaki-
lelaki MIB tu pulak dikejar oleh lima orang anggota polis. Eh,
siapa kejar siapa ni? Polis kejar MIB, MIB kejar mamat
serabut, mamat serabut kejar awek dia. Gitu?
Kami menuju ke arah yang sama. Yang tak masuk
akalnya pasal lelaki tu, dia boleh lari dan potong aku
sedangkan akulah yang leading acara lari pecut ni tadi. Aku
mengibaratkan dia macam treler yang sarat dengan muatan
dengan kelajuan 110km/j. Logik ke? Memang tak boleh
diterima akal langsung!
Dan entah macam mana, badan dia yang bersaiz
XXL tu boleh melanggar aku semasa dia nak over take aku.

6
Eury Athena

Larianku tersasar ke deretan candies yang dipamerkan di luar


deretan kedai. Dan…
“Aaahhh!!!” jeritku dengan mata tertutup. Tak
berani nak menjangka apa akan terjadi.
Gedebuk!
Aku landing kat atas permukaan yang tak rata. Eh,
bukan lantai sepatutnya rata ke?
“Cik, cik okey tak ni?”
Satu suara lelaki menyapa betul-betul kat sebelah
telingaku. Aku buka mata. Terasa semua darah merah naik ke
muka. “Hei! Apa awak buat ni? Gatal!”
Melengking suaraku ketika itu.
Lelaki itu terkejut mendengar nada suaraku yang
tinggi. Anak matanya dibesarkan. “Awak jangan nak sesuka
hati melabel saya, ye! Saya atau awak yang gatal? Awak sedar
tak yang awak tarik saya sampai saya terjatuh!”
“Apa pulak saya?” bidasku.
“Cuba tengok kedudukan kita sekarang ni! Awak
yang tarik saya sampai saya jatuh tergolek. Even your legs
are on top of me now! Lepas tu awak boleh label saya gatal
pulak? Are you nuts?”
Aku mengenal pasti kedudukan kami. Alamak! Rasa
macam nak jadi orang halimunan aje bila tengok kebenaran
yang terbentang di depan mata. Entah bila masanya aku sauk
lelaki ni sampai kami boleh jatuh bersama. Mungkin tindakan
refleks aku tadi sebab nak terjatuh.
“Will you move your legs off from me?” pinta lelaki
itu dengan garang.
Sekali lagi aku termalu sendiri. Aku cepat-cepat
angkat kaki dan berdiri dari terus menindih tubuhnya.

7
AD+IZ

Sedang aku kalut-kalut menyusun kata-kata manis bersulam


maaf untuk lelaki itu, aku terasa bahuku dicuit oleh
seseorang. Aku segera menoleh ke belakang.
“Cik adik, ingat teksi abang guna air ke?
Tambangnya mana? Lain la kalau cik adik sudi jadi isteri
nombor tiga abang. Abang boleh bagi diskaun!”
Pak cik teksi tersengih lebar menampakkan gigi
jongangnya yang kuning.
Uweks! Nak termuntah aku. Ish, pak cik teksi ni tak
blah lagi rupa-rupanya. Oh, aku lupa nak bayar tambang
teksi! Patut la….
“Encik… aaa… pak cik. Ala… korang tunggu la
sini kejap. Tunggu tau!”
Aku terus angkat kaki dari situ sambil melaungkan
nama Puan Karen. Nasib baik dia tak masuk lagi ke laluan
berlepas. Stuck kat mesin scanner.
“Adry, thank you so much! I betul-betul lupa nak
bawa baju-baju ni. Terima kasih sekali lagi.”
Terima kasih, terima kasih gak Puan Karen.... Balik
dari trip ke Thailand nanti jangan buat-buat lupa pulak nak
bayar duit overtime dan claim duit minyak teksi. Aku bukan
tokei cop duit, weih!
“Takpe… have a nice trip!”
Selepas menepuk bahuku beberapa kali, Puan
Karen terus berlalu pergi.
Fuh! Selesai satu bala. Dua bala lagi menunggu.
Aku berjalan balik ke tempat pak cik teksi tadi. Lelaki yang
aku langgar tadi pun masih tak berganjak dari tempatnya.
Hmmm… bagus! Bertindak mengikut arahan.
“Pak cik, ini… ini….”

8
Eury Athena

Aku seluk kocek seluar dalam-dalam. Eh, mana beg


duit aku? Alamak! Takkan tertinggal kut?! “Aaa.…”
“Ada ke tak ada ni?” soal pak cik teksi itu dengan
penuh curiga.
“Ada… tapi beg duit saya tertinggal kat butik.”
Aku tersengih sambil buat muka poyo. Minta-minta
ada la belas ihsan di hati pak cik teksi ni.
“Abis tu, macam mana ni? Abang nak balik pun tak
ada duit. Minyak teksi yang ada tu pun, setakat sekerat jalan
lepas la….”
“Maaf pak cik. Apa kata pak cik hantar saya balik ke
butik. Nanti sampai sana saya bayar.”
Tapi kalau dah minyak teksi dia cukup sampai
sekerat jalan aje, sampai ke butik nanti? Masalah, masalah.
“Berapa tambang dia pak cik?” soal lelaki itu tiba-
tiba.
“RM65.70.”
Lelaki tu mengeluarkan walletnya. “Nah! Pak cik
simpan aje la bakinya tu.”
Dua helai not RM50.00 bertukar tangan. Mesti
orang kaya ni. Kalau tak, takkan mudah sangat bagi duit. Eh,
kenapa lelaki ni baik hati sangat? Aku kenal pun tidak dia ni.
Entah-entah ada udang di sebalik batu. Seperti apa yang
pernah dipesan oleh arwah ibu dan yang sering dinasihatkan
oleh Kak Timah. Lelaki kaya ni mula-mula tabur budi, lepas
tu ambik kesempatan ke atas kita sampai tergadai body.
Sorry la! Aku tak mudah termakan budi!
“Eh, apesal encik bayarkan tambang saya?” soalku
bengang.

9
AD+IZ

“La… saya nak tolong orang dalam kesusahan,


takkan tak boleh kut?”
“Tapi saya tak minta pun encik tolong saya. Entah-
entah encik ni ada muslihat nak kenakan saya, tak? Dengar
kata orang kaya ni ada 1001 macam helah nak menipu,”
tempelakku.
“Do I look like ‘that’ kind of person, miss? Kalau
saya nak ‘beli’ awak, saya takkan beli awak dengan RM100.00
la. Macam la saya ni sengkek sangat! Lagipun bukannya
berbaloi beli awak!” gerutunya kegeraman.
Pak cik teksi tadi mengundurkan diri perlahan-
lahan. Malas nak ambik port. Lagipun untuk apa? Duit dia
dah dapat.
“Hah, tengok! Betul, kan sangkaan saya. Encik
memang ada niat nak ‘beli’ saya dengan duit!”
“Eh, kenapa awak ni prejudis sangat? Awak ingat
semua orang kaya tu jahat dan semua orang miskin tu baik?
Nonsense. Dah la! Saya malas nak bertekak dengan awak.
Saya dah jelaskan kerugian kedai candies tadi. And for your
information, you owe me an apology and a gratitude!”
Lelaki itu berlalu pergi dengan bagasinya setelah
menghadiahkan aku satu jelingan maut. Ada rasa kesal
bermukim di hati. Bukankah aku sepatutnya berterima kasih
dengannya sebab tolong bayarkan tambang teksi dan
kerugian kedai tu? Ni lain pulak jadinya. Adry, Adry… mana
pergi adab kau ni?
Aku pandang orang ramai di sekelilingku. Masing-
masing sibuk dengan urusan masing-masing. Dan seorang
pun tidak aku kenali. Aku ni macam mana? Takkan nak
bertapa kat KLIA ni? IC, duit, semua tinggal kat butik. Entah
macam mana boleh timbul satu idea gila dalam otak aku ni.

10
Eury Athena

Dengan drastiknya aku berlari memintas langkah lelaki


berlidah laser itu. Tangan aku depakan selurus-lurusnya di
hadapannya.
“Now what?”
Muka dia nampak bengang sebengang-bengangnya.
“Encik, alang-alang encik dah buat kebajikan
dengan bayar tambang teksi saya dan kerugian kedai tadi, apa
kata encik buat lagi satu kebajikan.”
Lelaki itu angkat kening.
“Tolong pinjamkan duit untuk tambang balik saya
pulak?”
Melopong mulut lelaki itu mendengarnya.
Aku senyum dan angkat dua jari. Peace!

AIR MINERAL sejuk dalam gelas aku teguk sehingga habis.


Kak Timah masih bercerita tentang rasa tidak puas hatinya
terhadap salah seorang pelanggan kami.
“Ya Allah, Adry… akak betul-betul minta maaf
sebab terpaksa susahkan Adry lagi. Masa akak lalu kat bilik
Puan Karen, baru akak teringat pesanan Puan Karen sebelum
dia pergi KLIA tadi. Dua tiga hari lepas customer ni cakap
nak ambil sendiri. Pagi tadi, tiba-tiba pelanggan tu minta
Puan Karen hantar baju-baju tu ke rumah kekasihnya. Dah la
tu, siap marah-marah lagi. Adry tolong hantarkan, ek? Tolong
akak, ek….”
Bila terpandangkan perut Kak Timah yang
memboyot ke depan tu, nilai-nilai murni dalam diri aku mula
timbul. Takkan aku nak biarkan Kak Timah yang sarat

11
AD+IZ

mengandung tujuh bulan berkejar ke rumah Tengku tu.


Terberanak pulak akak aku yang sorang ni nanti!
Masa semakin suntuk. Kurang sejam sahaja dari
masa yang dijanjikan. Nak tak nak terpaksa la aku
menjejakkan kaki ke banglo bertaraf istana tu, menghantar
tiga pasang baju yang ditempah. Sepasang night dress labuh,
sepasang kebaya pendek warna putih dan sepasang kurung
moden. Harga setiap satu aku sendiri kurang pasti berapa
ribu. Tengok kain aje dah tau dah, kain jenis mahal. Tentulah
harganya pun mahal.
Orang yang tempah baju ni pun satu, ambil sendiri
tak boleh ke? Masa tempah tahu datang ke butik. Tup tup…
bila dah siap, suruh kami hantar pulak. Dah la penat berkejar
ke KLIA tadi tak habis lagi. Aku tak kira, aku nak paksa Puan
Karen bayar triple untuk gaji hari ni lepas Puan Karen balik
dari Thailand nanti. Ni dah kira ‘over-over’ time ni! omelku
di dalam hati.
Dalam pada itu, pintu pagar dan pintu rumah
dibuka. Sebelum orang gaji rumah besar tu sempat berkata
apa-apa, seorang lelaki menerpa ke arahku.
“Akhirnya… datang juga you. Masuk! Kita dah tak
ada banyak masa!”
Kita? Masa? Baru aje aku nak buka mulut, tanganku
segera ditarik masuk. Dan pintu ditutup. Ooo…ooo….

“SAKITLAH! Awak ni nak bunuh saya ke apa?” jeritku lantang.


Lelaki lembut itu segera menjarakkan badannya.
“Honey, tak ada orang mati sebab cabut kening la.
You duduk aje la diam-diam,” katanya dalam nada lembut.

12
Eury Athena

“Habis tu, dah sakit. Takkan nak diam aje? Saya ni


bukan robot, tau!”
“I tell you what, untuk jadi cantik you kena la tahan
sakit sikit. Takkan you tak nak ‘impress’kan your future-in-
laws?”
Future what? Melongo mulutku mendengar. “Encik
Lembut…”
“Nama I Che Nan la… bukan Encik Lembut, okey?”
pintasnya. Tangannya mula beralih pada peti make-up yang
bertingkat-tingkat macam rumah pangsa tu.
“Okey, Che Nan… mula-mula saya nak tanya,
kenapa saya kena make-up, grooming bagai ni? Saya ke sini
cuma nak hantar baju aje.”
Mengilai Che Nan tergelak.
Dua orang perempuan merangkap pembantu Che
Nan pun bantai sekali gelak.
Aku buat lawak ke? Dalam pada itu, tangan Che Nan
ligat ‘menconteng’ warna di wajahku.
“Sayang, you ni nak buat lawak ke apa? Ke you ada
temporary amnesia? Malam nikan you ada sesi berkenalan
dengan keluarga bakal tunang you?”
Tunang?
“Well, at least itu yang diberitahu oleh Ku Makmur
tadi....”
Sempat telingaku menangkap suara Che Nan
menyambung ayatnya tadi.
Aku kerut muka. Aku? Nak bertunang? Biar betul?
Kawan lelaki aku tak ramai, steady boyfriend langsung tak
ada, macam mana pulak aku nak bertunang? Tak masuk akal
betul semua ni! Satu-satunya yang aku pasti, Che Nan dah

13
AD+IZ

salah faham tentang kehadiran aku di sini. “Saya rasa ada


salah faham kat sini. Saya tak kenal pun siapa bos awak. Saya
cuma pekerja butik. Dan saya ke sini sebab nak hantar baju-
baju tu aje.”
Che Nan melentokkan kepalanya ke bahuku.
Tudung di kepalaku yang sudah pun ditukar dengan tudung
yang dibawa oleh pembantu Che Nan tadi, dibetul-
betulkannya.
“Pekerja butik? Hmmm… you memang pandai
berlakon. Sebab tu la paparazi Malaysia tak dapat kesan
hubungan you dengan Ku. Whatever la! I tau, you ni mesti
tengah gabra sebab nak jumpa keluarga bakal mertua, kan?
Tu yang cakap pun merepek-repek. It’s okay! I pernah jumpa
lagi teruk dari you.”
“Tapi saya…”
“Okey, dah siap! Sekarang you boleh tengok
cermin.”
Aku tengok cermin di meja solek. Ya Allah, apa dah
jadi dengan muka aku ni? Merah sana, biru sini. Hmmm…
memang muka aku nampak lain. Bila tengok lama-lama, baru
la aku sedar sesuatu. Cantik jugak aku ni, ek? Tak pucat lesi
dan serabai (selekeh) macam selalu. Isk, betul ke aku ni?
“Betul ke saya ni?” tanyaku pada Che Nan.
“Kenapa? Tak cantik ke Che Nan solek?” balas Che
Nan sambil bercekak pinggang.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi suara
seseorang di luar bilik. Kalut la sekejap kami semua.
Beberapa saat kemudian, pintu bilik dibuka.
“Ku…” seru Che Nan manja pada lelaki yang
menerpa masuk.

14
Eury Athena

Hmmm… ni agaknya bos dia. Kelatnya muka!


Lengan lelaki ‘terlebih lemak’ tu dikepitnya erat lalu
dibawanya menghampiriku. Rasa-rasa macam kenal aje lelaki
ni. Eh, bukan ke ni lelaki marathon kat KLIA tadi?
“Siapa perempuan ni?” soalnya kasar.
Tangan Che Nan yang melingkar di lengannya
segera ditepis.
Che Nan tarik muka. Merajuk la tu! Bibirnya yang
merah menyala tu dimuncungkan.
Cuma ada tiga orang perempuan aje kat dalam bilik
ni termasuk aku. Tapi rasanya ‘pompuan’ yang dimaksudkan
tu adalah... aku! Sebab mata dia asyik pandang aku.
Perempuan dia panggil aku? Hek eleh, cantiknya bahasa!
“Your future fiancée la. Cantik sangat ke I solek
sampai you dah tak kenal girlfriend you ni lagi…” jawab Che
Nan dengan nada ala-ala merajuk manja.
Lelaki tu pandang aku atas bawah. Kemudian aku
tengok mukanya berkerut-kerut. Huh, huduhnya (hodohnya)
muka!
“Che Nan, aku nak cakap dengan perempuan ni
kejap! Kami berdua aje…” ujarnya setelah selesai ‘menelaah’
aku.
Che Nan segera faham dengan arahan bosnya. Dua
orang pembantunya digamit keluar.
Mata lelaki itu terus mengawasi Che Nan dan para
pembantunya keluar. Sebaik sahaja pintu bilik tu tertutup,
barulah dia memandangku semula.
“You must be the ‘woman’ or should I say the brave
and crazy ‘woman’. The one and only woman who dares to
take this absurd, childish, idiot job! For your information, I

15
AD+IZ

don’t like role play. I prefer real play. As long as you can do
whatever I say, I will pay you triple as compared to the
agreement that you have signed before!”
Aku melopong. Apa yang dia cakap ni? Role play?
Agreement? Dari muka dan warna kulitnya aku tau dia ni
bukan Melayu tulen tapi takkan tak boleh cakap bahasa
Melayu kut? Elok aje dia cakap bahasa Melayu dengan Che
Nan tadi. Ini mesti kes nak berlagak la ni!
“Encik ni cakap BM tak boleh ke? Masa SPM dulu
failed BM ke?” perliku.
“Kenapa? Awak tak faham ke?” sindirnya pula.
Hah, kan boleh cakap Melayu tu!
“Tak!”
“Ridiculous! She could do better than this…”
rungutnya kuat.
She? Siapa pulak tu?
“Oit! Meraban (merepek) apa pulak lagi ni?”
perliku, sengaja mengenakannya.
“Okey, cik what-ever-your-name-is… saya akan
bayar awak tiga kali ganda atau lebih daripada apa yang
perempuan gila tu dah bayar pada awak. Dengan syarat awak
ikut aje semua arahan saya. Dan mainkan peranan awak
sebaik mungkin. Kalau boleh saya tak nak ada kesilapan. Saya
nak lakonan yang real!”
Perempuan gila mana pulak ni? Puan Karen ke
yang dia maksudkan? Ish… memang la Puan Karen tu gila
sikit, gila perfect! Tapi itu dikira gila macam orang sakit
mental jugak ke? Lelaki ni kenal Puan Karen ke? Datang
butik pun tak pernah rasanya. Macam mana dia boleh kenal
pulak? Peliknya….

16
Eury Athena

“Peranan?” soalku. Dagu aku gosok-gosok dengan


jari telunjuk.
“Hmmm… buat-buat tak faham pulak! Jadi kekasih
saya untuk malam ni sahaja. Ingat! Saya tak nak sorang pun
curiga atau tahu yang awak bukan kekasih saya. Saya tak nak
awak malukan keluarga saya. Habis aje malam ni, kita boleh
kembali macam sebelum ni; stranger a.k.a. orang asing yang
saling tidak mengenali.”
Ceh, siap tekankan lagi perkataan ‘sahaja’ tu!
“Entah malaun mana entah dok sebarkan cerita
kata aku nak bawak awek. Sengal betul!”
Lelaki itu merungut sendirian. Memang sah lelaki
ni yang gila!
“Encik ni gila la,” ujarku spontan. Dah memang
gila pun permintaannya.
“Kawan awak tu lagi gila! Tergamak dia buat saya
macam ni! Rasa macam tak berharga satu sen pun!”
bentaknya keras. Dia mula mundar-mandir di sekitar bilik.
Betullah… aku rasa lelaki ni tak gila tapi tiga suku
atau pun setengah tiang. Ya Allah, kenapa aku harus terlibat
dengan kegilaan orang ni? Sebelum aku terlibat dengan
kegilaannya dan menjadi betul-betul sewel, lebih baik aku
keluar aje dari sini. “Encik, saya ni sebenarnya….”
“Saya bagi awak masa tiga minit aje! Awak fikir la
sama ada awak nak teruskan atau tidak. Kalau awak setuju...
RM10,000.00 saya akan transferkan ke akaun awak sekarang
ni juga. Baki lagi RM20,000.00 saya akan transfer selepas
kerja awak selesai.”
Aku kurang pasti dengan bentuk urus niaga yang
cuba dijalankan dengan aku ni. Tapi yang pastinya otak aku

17
AD+IZ

mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di


rumah minggu lepas. Adry, mungkin inilah caranya! Cara
terbaik untuk membalas jasa, cara untuk menyelamatkan
nyawa!
“Macam mana?”
“Saya setuju!” ujarku penuh yakin.
“Good!”
Dia meluru ke notebook yang sedia terpasang di
sudut bilik. Menekan-nekan papan kekunci dan kemudian
bertanyakan nombor akaunku. Beberapa minit kemudian, dia
menghulurkan notebook itu kepadaku. Jarinya menunjukkan
sesuatu di skrin. Wow! Dalam sekelip mata akaun aku dah ada
RM10,021.72! Lumayan!
“Puas hati?”
Aku angguk kepala. Siapa tak suka bila dapat duit?
Orang gila pun suka.
“So, kita jumpa kat bawah dalam masa sepuluh
minit lagi. See ya!”

AKU masih berdiri di anak tangga. Mana malaun ni? Tadi


kata nak tunggu kat sini. Aku dah tercangak-cangak kat sini
macam orang tak betul aje. Pembantu-pembantu rumah dah
pandang semacam aje kat aku. Dah la aku tak kenal sorang
pun kat sini. Lelaki tu pun aku tak kenal jugak. Tapi at least
aku dah borak-borak dengan dia tadi. Che Nan dan pembantu-
pembantu dia pun dah lesap entah ke mana. Alah… menyesal
pulak aku setuju dengan idea gila lelaki tu. Kan elok kalau
aku tolak tadi. Dah tentu-tentu sekarang aku dah ada kat
rumah makan mi Maggie asam laksa. Pergh!

18
Eury Athena

Sempat lagi tak kalau aku nak tarik diri? Lelaki tu


tak ada. Lagipun sorang pun tak tau ‘urus niaga’ yang kami
jalankan. Tapi duit RM10,000.00 dah masuk dalam akaun
aku. Problem betullah!
“Hai! Dah lama tunggu?”
Lelaki lengkap ber‘tuxedo’ tu terpacak di sisiku.
Aku pandang lama dengan dahi yang berkerut. Siapa pulak
mamat ni? “Aaa… awak ni siapa?”
Lelaki itu tersengih tak percaya. “Ler... (la…) bos
awak la! Jom buat grand entrance!”
Bos? Eh, ni lelaki tadi tu ke? Ye kut. Mata dia sama.
Cuma lelaki ni dah tak selekeh macam tadi. Dia dah buang
segala misai, janggut, jambang semua. Bila dah buang semua
nampak macam… errr... siapa ek? Tak ingat! Apa pun, boleh
tahan juga muka dia ni! Aku tersengih sorang-sorang.
“Bagus! Saya nak awak senyum macam tu
sepanjang majlis nanti. Ingat, semua soalan biar saya yang
jawab. Kalau saya bagi signal, baru awak boleh jawab,”
arahnya.
Lengannya dihulurkan. Minta dipaut. Aku akur.
Berlapik. Tak apa. Dan kami terus melangkah masuk ke ruang
utama sebaik sahaja pintu dibuka oleh pembantu rumah.
Seorang lelaki kemas berkot hitam menghampiri
kami. Bahu lelaki di sebelahku ditepuknya beberapa kali.
Senyuman sinis dilontarkan ke arah kami. Lelaki ni... macam
aku pernah nampak....
“Aril... semua orang heboh bercakap tentang kau
dan bakal isteri kau. Aku ingatkan cerita tu sekadar khabar
angin. Tapi nampaknya aku silap. So, this must be….”
Lelaki berkot warna hitam itu tidak terus

19
AD+IZ

menyambung kata-katanya. Hanya matanya yang melekat


pada wajahku.
“Your girl... errr... Miss Prejudice?”
Bulat mata kami memandang antara satu sama
lain.
“Mr. Charity?” Soalku dengan muka yang pelik.

BUNYI sudu dan garpu yang berlaga sesama sendiri seakan-


akan lagu yang mengiringi irama sentimental yang bergema
di segenap ruang makan. Masing-masing khusyuk menikmati
hidangan setelah mengaminkan bacaan doa makan oleh Imam
Masjid Negeri. Sesekali kedengaran bunyi ilai tawa dari meja-
meja berhampiran. Seronok la diorang (dia orang). Diorang
kenal antara satu sama lain. Dah kaum kerabat, mustahil tak
kenal, kan? Aku aje macam kera sumbang kat sini. Tapi aku
perasan ada sorang minah lebih kurang sebaya aku menangis
tersedu-sedan kat meja sebelah. Sampai menimbun tisu atas
meja dek hingusnya. Orang tuanya pula sibuk memujuknya.
“Kenapa Rianna? Makanan ni tak sedap ke?” soal
Nenda Nerrisa yang duduk bertentangan denganku.
Orang tua ni adalah nenek pada ‘bos’. Pada
perkiraan aku, umur dia dah nak masuk tujuh puluh tahun.
Tapi masih cun dan kuat lagi. Caya la nenda!
“Bukan macam tu, nenda... cuma saya dah
kenyang.”
Terpaksa bohong sunat. Walhal perut aku
berkeroncong minta diisi sejak sajian makan malam
dihidangkan.
Makanan yang dihidangkan bukan tak sedap. Semua

20
Eury Athena

makanan orang-orang kaya. Mana ada ulam petai, pucuk


pegaga, ubi, ikan bilis yang biasa kami makan di kampung.
Yang ada... lobster, stik, salad dan segala macam makanan
mewah yang tak pernah aku lihat depan mata apatah lagi nak
menjamahnya.
Bukannya aku tak teringin nak makan. Yelah, benda
free depan mata. Cuma aku takut lakonan aku tak menjadi.
Yang aku dapat makan cuma salad hiasan kat hidangan
lobster tu aje. Itupun ‘bos’ dah siku aku sebab salad tu jatuh
atas meja. Aku kuis sampai jatuh ke bawah. Nasib baik tak
ada orang yang perasan.
‘Boyfriend’ aku ni pun satu! Bukan nak tengok aku
kat sebelah ni. Entah pengsan ke, tertelan garpu ke? Sedap
aje dia menyudu. Patut la badan semangat (gemuk)!
“Rianna mesti rasa kekok sebab tak kenal rapat lagi
dengan kami, kan?”
Aku siku ‘bos’. Kata nak bagi signal sebagai
petunjuk aku boleh jawab atau tak soalan yang diajukan tapi
dia tak buat sebarang signal pun. Signal orang kebuluran
macam sepuluh tahun tak makan adalah dia buat. Menyudu
aje kerjanya.
‘Bos’ angkat kening dengan mata bulat macam
mata naga nak makan orang. Marah la tu aku kacau
konsentrasi makannya.
“Jawab aje la,” bisiknya dengan mulut penuh.
Buruk makan betul!
“Betul, nenda. Saya tak sangka keluarga nenda ada
makan besar malam ni. Ingat jumpa gitu-gitu aje,” jawabku
penuh sopan.
Memang itu sebahagian dari lakonan aku. Tapi

21
AD+IZ

rasanya tak ada sebab aku nak kurang ajar dengan Nenda
Nerrisa. Dia baik dengan aku. Layan aku macam cucu sendiri.
Sampai aku lupa yang dia bukan nenek aku.
“Bukan keluarga nenda. Keluarga kita….”
Nenda Nerrisa membetulkan ayatku.
Aku telan air liur. Keluarga kita? Bila masa pulak
aku jadi sebahagian dari keluarga ni melainkan aku… ‘bos’…
oh, tidak!
Mama dan papa ‘bos’ cuma menjeling aje. Agaknya
diorang tak suka aku. Tak suka sudah! Aku pun malam ni aje
jadi ‘awek’ anak kau.
Mr. Charity yang berada di hujung meja utama
pulak asyik pandang aku. Atas kepala dia macam ada tanda
soal sebesar KLIA dan soalan sebanyak penumpang airbus.
“Nenda bersyukur sangat dapat jumpa dengan bakal
isteri Aril sebelum tutup mata. Rianna pun tahu kan, Aril ni
dah layak kahwin dah. Nenda kalau boleh nak kamu kahwin
secepat mungkin. Yelah, nenda ni dah tak lama lagi…”
“Nenda, kenapa cakap macam tu? Nenda kan Aril
punya wedding planner? Kalau boleh Aril nak nenda jadi
pengapit pengantin Aril,” potong ‘bos’ aku.
Nenda Nerrisa ketawa kecil.
Mereka yang duduk di meja utama pun turut
ketawa.
Kecuali Mr. Charity.
‘Bos’ memang pandai buat lawak. Lawak bodoh!
“Nenda ni dah tua. Selalu sakit-sakit. Asyik keluar
masuk hospital. Doktor pun dah muak tengok muka nenda
yang berkedut ni.”

22
Eury Athena

“Jangan risau, Aril akan kahwin tahun ni. Kan Aril


dah janji!”
Tiba-tiba Nenda Nerrisa bertepuk tangan. “Bagus la
kalau kamu cakap begitu! Alang-alang semua dah ada ni, apa
kata Aril kahwin malam ni aje!”
“Hah?!”
Ternganga mulut aku. Lalat bagi salam nak masuk
pun aku tak sedar.
“Nenda, Aril tak sedia nak kahwin sekarang!”
Sudu dan garpu terlepas dari tangan ‘bos’.
Cadangan Nenda Nerrisa membuatkan seleranya mati.
“Ma, Aril kan tak sedia lagi?” bantah mama ‘bos’.
“Ma, Aril tak stabil lagi… for God’s sake, he’s only
twenty five years old!” tukas papa ‘bos’ pula.
“Nenda, it’s too soon!”
Beberapa orang saudara-mara ‘bos’ turut
membantah cadangan Nenda Nerrisa.
Nenda Nerrisa bangun lalu menepuk meja.
“Enough!” jerit Nenda Nerrisa. Dia memegang
dadanya. Nafasnya turun naik dengan kencang.
Suasana di meja makan kembali sunyi.
Nenda Nerrisa duduk semula.
“Nenda, marrying a girl almost at midnight is
ridiculous!” ‘Bos’ bantah lagi.
“Korang dah tiga tahun bercinta. Dah rancang nak
kahwin pun tahun ni. Jadi, apa salahnya kahwin malam ni
aje? Sama aje!”
“Tapi kita tak ada preparation, ma….” Mama ‘bos’
bersuara tegas.

23
AD+IZ

“Pasal hantaran, majlis resepsi dan yang lain-lain,


kita tolak tepi. Kita buat yang wajib aje! Akad nikah. Rianna
pun anak yatim piatu. Lagi senang kerja kita.”
Aku pejam mata. Nenda Nerrisa berkeras. Dia ada
jawapan kepada semua bantahan yang dibuat. Nampaknya
‘bos’ aku ni dah terjerat dengan permainannya sendiri. Yang
tak bestnya aku pun turut dijerat!
“Tapi nenda, cuba nenda fikir. Mana ada pejabat
agama buka malam-malam ni. Syif kadi pun dah abis.”
Bagus! Teruskan ‘bos’! Jangan cepat mengalah. Ni
soal hidup mati kita ni!
“Betul tu nenda… lagipun kerja kahwin ni ambil
masa. Saya nak juga rasa dapat hantaran lima belas ke dua
puluh dulang. Sirih junjung tu boleh jugak la buat gosok-
gosok kat gigi. Bunga manggar untuk buat hiasan dalam
bilik. Confirm, memang kita orang tak boleh kahwin malam
ni.”
“Kamu ni semua… berani bantah… cakap nenda…
kamu….”
Nafas Nenda Nerrisa turun naik secara abnormal.
Tangannya dah kejap memegang dada.
Nenda Nerrisa ada sakit apa? Asma? Jantung? Paru-
paru?
Dan kami mula panik bila Nenda Nerrisa rebah.
Nasib baik sempat disambut oleh papa ‘bos’.
“Nen… nenda nak… Aril kahwin… malam ni
juga… ni permintaan terakhir nenda!”
Aku dan ‘bos’ berpandangan dengan wajah pucat.
Mata masing-masing dah terbelalak dek mendengar
permintaan terakhir Nenda Nerrisa.

24
Eury Athena

Lepas masuk kandang harimau, masuk pulak


kandang buaya? Haru!

AKHIRNYA mimpi buruk yang tak pernah aku bayangkan


terjadi juga. Khayalan indah disunting oleh putera raja idaman
hati cuma tinggal kenangan. Lakonan selama tiga jam tiga
puluh minit dan tiga puluh sembilan saat, akhirnya berubah
menjadi satu kenyataan yang menakutkan. Terikat dalam
sebuah perkahwinan yang langsung tak pernah terlintas di
dalam benakku.
Wajahku disolek cantik oleh Che Nan. Tubuhku
disaluti dengan pakaian pengantin warna putih gading.
Sedondon dengan tudung. Bilik ‘pengantin’ku penuh dengan
kerabat perempuan ‘bos’. Semua mata asyik tertumpu
padaku. Maklumlah, ini merupakan kali pertama ‘bos’ bawa
balik awek misterinya. Selama ni diorang dok fikir yang ‘bos’
bercinta dengan orang halimunan! Dek takut awek ‘bos’
cabut lari, tu la idea nikah express ni timbul dalam kepala
nenda ‘bos’.
Nenda Nerrisa nampak relaks berbanding tadi. Mati-
mati aku ingat dia kena heart attack. Bila aku cakap aku
setuju kahwin dengan cucu dia, terus aje sakit dia hilang.
Rupa-rupanya Nenda Nerrisa lagi pandai berlakon! Dah
terlajak kata, terpaksalah….
“Tengku Farriel Izumi bin Tengku Mohamad Faris,
aku nikahkan engkau dengan Adrianna Mayesa binti Ismail
Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM330.39 tunai.”
Tengku Farriel Izumi? Huwargh huwargh
huwargh…! Aku tergelak besar dalam hati. Rasa nak
terguling-guling kat lantai mendengar namanya. Lawak dan

25
AD+IZ

tak pernah dibuat dek orang! Izumi… macam nama orang


Jepun aje. Tapi… kenapa aku macam pernah dengar aje nama
tu, ek? Siapa? Isk… tak boleh ingat!
“Aku terima nikahnya Adrianna Mayesa binti Ismail
Al-Hussein dengan mas kahwinnya RM330.39 tunai.”
Suara ‘bos’ jelas kedengaran. Menyambut akad yang
dilafazkan oleh tok kadi.
“Sah?”
“Sah!”
“Sah!”
Sah! Tengku Farriel Izumi Tengku Mohamad Faris
tu Farriel Izumi. Aril... ala… mamat pelik yang pernah satu
sekolah dengan aku dulu. Senior yang paling sengal yang
pernah aku jumpa. Senior yang tak pernah senang dengan
kehadiran aku kat sekolah tu. Ada aje rancangan nak
mengenakan aku. Mampus la aku!
Farriel masuk ke bilik. Menundukkan badan dan
menyarungkan cincin emas putih ke jari manisku. Demi
terpandangkan berpasang-pasang mata yang memerhati, aku
paksakan diri untuk menjayakan upacara membatalkan air
sembahyang itu. Dalam keadaan separuh rela, aku tunduk
mencium tangannya. Kerlipan kamera digital menyilaukan
mata.
“Ad, kita jumpa lagi rupanya….” Bisiknya setelah
selesai mengucup ubun-ubunku.
Dia ingat?
Mata kami bertentangan. Pandangannya penuh
makna. Sukar kutafsirkan maksud pandangan itu. Yang
pastinya, ia bukan sesuatu yang baik.
Tiba-tiba duniaku terasa gelap!

26
Eury Athena

Bab 2
“A
RGH! Ni semua kerja gila!
Kau gila! Lepas tu kau
libatkan aku pulak! Kata
berlakon jadi awek aje. Tiba-tiba kena kahwin pulak!” jeritku.
Lepas tau siapa dia, siapa aku, dan mengingat
kembali ‘kenangan’ kami masa zaman sekolah, rasanya aku
dah tak ada sebab untuk ber‘saya-awak’ dengan dia.
Automatik tukar!
Tekak yang sakit aku tak peduli, janji dapat luahkan
apa yang terbuku di dalam hati. Ingat aku anak kambing ke?
Sesuka hati aje nak kahwinkan aku!
“Ini bukan plan asal aku, okey! Aku pun tak hingin
(ingin) kahwin dengan kau!”
Nada suara Farriel se‘level’ denganku. Mujur bilik
yang kami diami agak jauh dari bilik-bilik yang lain. Atau
lebih tepat, bilik kami adalah satu-satunya bilik yang ada di
tingkat tiga banglo ni.
Farriel mundar-mandir dalam bilik ‘pengantin’.
Pengantin?

27
AD+IZ

Tepat jam dua belas tengah malam tadi aku


dinikahkan dengan Tengku Farriel Izumi. Gila! Siang tadi aku
masih ke hulu ke hilir dengan status bujang. Tup-tup, malam
ni dah dapat status isteri orang. Aku tak puas jadi bujang lagi
la! Aku henyak punggung ke sofa. Tenggelam punggung aku
di sofa empuk itu.
“Kau pun gila! Gila duit! Bila pompuan tu offer duit
sikit aje, kau dah kelabu mata. Terus setuju nak jadi ‘awek’
aku!” tuduhnya lantang.
Jari telunjuk diluruskan ke arahku.
“Aku setuju nak berlakon jadi awek kau aje. Bukan
jadi bini!” bentakku.
Kalau tak mengenangkan saiz badan dia yang tiga
empat kali ganda besar daripada aku, dah lama aku ‘cepuk’
mamat ni. Aku pernah belajar tae kwan do tau! Walaupun tak
habis belajar. Mulut macam longkang. Sesedap rasa mengata.
“I told you, I prefer real play than role play. Dah
alang-alang jadi macam ni, teruskan aje la! Masa terima offer
minah mereng tu, kau tak takut. Takkan sekarang takut,
kut?”
Tak nak aku terikat dengan laki tak ‘cukup’ akal ni.
Ingatkan, bila umur dah meningkat, matang la sikit perangai.
Rupa-rupanya tak berubah. Masih sama level macam lapan
tahun dulu. Satu-satunya jalan penyelesaian yang aku
nampak sekarang adalah cerai. Gosh! Cerai? Umur tak sampai
dua puluh tiga tahun dah nak jadi janda? Tak nak!!! Jatuh la
saham aku….
“Kau pun satu. Siapa suruh jadi burung belatuk?
Angguk, angguk. Ikut aje cakap nenda. Ha, gini la jadinya!”
Eh, aku pulak yang salah?

28
Eury Athena

“Apa pulak aku? Mana aku tau nenda kau tu


berlakon aje!”
“Was it part of ‘her’ plan?”
Balik-balik kaitkan aku dengan pompuan yang aku
sendiri tak kenal. Kononnya aku diupah oleh pompuan tu
untuk jadi awek dia malam ni.
“Entah-entah, ni plan kau! Kau nak balas dendam
kat aku!” telahnya lagi.
“Wei… helo! Ingat aku ‘hadap’ sangat dengan kau
sampai nak buat plan bagai supaya kau kahwin dengan aku?”
Bajet dia lelaki Melayu terakhir apa.…
Katil ditabur kelopak ros merah aku pandang. Kalau
tak sebab kahwin paksa, dah tentu-tentu sekarang aku dan
suami ‘terchenta’ku tengah syok baring atas katil bertilam
empuk tu. Aku cepat-cepat melarikan pandangan ketika
mataku bertembung dengan Farriel. Ke segenap pelosok bilik
yang dihias indah dalam masa sejam. Mudahnya menjadi
orang kaya. Apa nak, semua dapat.
“She will suffer for ‘this’!” Farriel merungut antara
dengar dan tidak.
Aku langsung tak ambik pusing. Lantak kau la!
Tok tok tok!
Masing-masing panjangkan leher ke pintu yang
dibuka setelah Farriel mengizinkan.
Muncul wajah lembut Kak Nani, pembantu rumah
dalam lingkungan usia tiga puluhan.
“Ku… ada tamu nak jumpa.” Sopan dan lembut
tutur kata Kak Nani.
“Siapa?”

29
AD+IZ

Berkerut-kerut dahi Farriel. Siapa nak jumpa pukul


tiga pagi ni?
“Maaf, Ku… gadis tu tak nak beritahu nama dia.
Katanya dia datang atas arahan seseorang.”
Farriel mendengus lalu membontoti Kak Nani.
“Jangan tidur dulu! We have much to discuss. You
and I!” Pesannya garang sebelum berlalu.
Aku sungging bibir ke atas. Yek yek yek… tak
takut!

HMMM… tetamu dah ramai yang balik. Pekerja-pekerja


banglo pulak sibuk mengemas. Famili Farriel pun rasa-
rasanya semua dah masuk tidur kut. Apa kata, kalau…
aku cabut lari dari rumah ni! Balik rumah, tidur, bangun
pagi, pergi kerja macam biasa. Buat macam tak ada apa-apa
berlaku! Brilliant!
Aku buka pintu perlahan-lahan. Clear! Benda
pertama yang aku cari, tangga! Sampai tingkat dua, aku
terdengar suara orang berbual. Aku panjangkan leher. Nenda
Nerrisa dan seorang lelaki kelihatan. Mula-mula nak ‘bo’
layan aje. Tapi kejap-kejap diorang sebut nama aku. Ayat
seterusnya pun ada nama aku lagi. Eh, ni tak boleh jadi! Kena
dengar juga ni. Aku mula pasang telinga.
“Adrianna Mayesa ni siapa sebenarnya, ma? Angin
tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba mama kahwinkan Aril dengan
dia. Kita langsung tak tau asal-usul dia. Mama percaya ke dia
tu anak yatim piatu? Entah-entah dia tu….”
Tongkat di tangan dihentak beberapa kali ke karpet
tebal. Wajah Nenda Nerrisa mencuka.

30
Eury Athena

Tengku Makmur, pak long Farriel tunduk mengira


jari.
Hmmm… garang juga Nenda Nerrisa ni.
“Kan ke dia tu kekasih Aril? Dah Aril kata dia yatim
piatu, yatim piatu la. Takkan kamu tak percaya pada Aril?”
“Selama ni, Aril langsung tak pernah cerita pasal
kekasih dia ni. Macam ada yang tak kena. Jadi saya ada sebab
untuk berasa curiga. Kita patut berasa curiga, ma!”
Nenda Nerrisa tarik nafas panjang. Pandangan
dilempar jauh ke halaman rumah. Seperti mengingati
sesuatu. Matanya tiba-tiba menjadi redup. “Aril yang mama
kenal memang macam tu la sikapnya. Pendiam. Terlalu
berahsia. Lebih-lebih lagi bab hati dan perasaan. Kamu sama
macam Faris. Langsung tak nak kenal hati budi Aril! Kalau
nak dibandingkan Aril dengan….”
Ish, tak payah dengar lagi la! Dosa curi-curi dengar
ni. Lagipun, aku kan ada misi penting yang nak diselesaikan.
Langkah kuatur lagi. Pintu belakang kucari. Enam orang
pembantu rumah tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk
di dapur. Ada juga yang tengah melantak. Menghabiskan
lebihan makanan tadi.
Isk, agak-agak lepas tak ‘halangan’ pertama ni, ek?
Alah, kalau diorang tanya, cakap aje la nak amik angin kat
luar rumah. Habis cerita! Bismillahirrahmanirrahim….
“Miss Prejudice!”
Satu suara menerpa di telinga. Serentak itu aku
ditarik ke satu sudut agak tersorok di antara ruang tamu dan
dapur.
“Apa main tarik-tarik ni?” soalku cemas.
Mr. Charity mengarahkan aku diam tatkala pihak

31
AD+IZ

catering melintasi kami. Mujur kedudukan kami terlindung


dek pasu besar.
“Awak nak pergi mana dengan baju pengantin ni?
Takkan nak lari dengan baju ni kut? Nak curi? Nak jual?”
Aku geleng kepala. Kenapa la time ni jugak kau nak
bersoal-jawab dengan aku? Hari lain tak boleh ke? Tak
nampak ke aku tengah buat mission imposibble ni?
“Mr. Charity, rasanya saya tak perlu nak terangkan
apa-apa pada awak. Saya tak kenal awak pun. Kita baru dua
kali aje jumpa. Okey, bye!”
Aku berlalu melepasinya. Namun lenganku ditarik
kembali ke sisinya.
“Saya tau awak bukan girlfriend Aril!”
Melopong mulutku mendengarnya.
Lelaki tu tersenyum manis.
Masalah… masalah… masalah sudah datang!

AD… dah lama tak jumpa dengan dia. Kali terakhir kami
jumpa, masa last day kat sekolah. Satu hari yang aku sendiri
tak nak simpan dalam kotak memori. Hari ‘bodoh’ aku.
Hmmm… siapa sangka, lepas lapan tahun, kami jumpa lagi.
Tapi kali ni lain pula peranan yang kami pegang. Bukan
senior dan junior lagi. Tapi suami dan isteri dalam sebuah
perkahwinan. Aku langsung tak pernah terfikir nak berkongsi
apa pun dengannya. Nak-nak lagi lepas apa yang jadi masa
kat sekolah dulu. Ironinya sekarang, kami terpaksa berkongsi
hidup pula.
Demi Allah, masa mula-mula jumpa, aku langsung

32
Eury Athena

tak kenal Ad. Tudung kepala yang dipakainya benar-benar


mengubah penampilan Ad. Tak macam zaman sekolah dulu.
Tomboy. Rambutnya dipotong pendek. Perlakuan dan
bicaranya pun kasar. Masa lafaz akad nikah, time sebut nama
pengantin perempuan tu, masa tu la aku baru sedar yang
Adrianna Mayesa tu adalah Ad. Nama pelik macam Ad tu,
siapa pun akan ingat. Nak-nak lagi, dia ‘musuh’ aku dulu.
Dalam berfikir-fikir tu, Farriel sampai juga ke
halaman rumah. Di situ, berdiri seorang gadis cantik yang
tampak ayu berkebaya. Pukul tiga pagi berkebaya? Salute!
“Saya Lisa, kawan Marina. I am supposed to be your
‘girlfriend’.” Dia memperkenalkan diri.
Hmmm… kalau yang ni, aku percaya la boleh jadi
‘balaci’ (orang suruhan) Si Marina tu. Ad memang out of list.
Langsung tak ada ciri-ciri nak jadi menantu kerabat;
walaupun bau-bau bacang aje. Jap! Habis tu, Ad tu siapa?
Macam mana dia boleh… oh my God! Maknanya, Ad memang
tak tahu langsung pasal rancangan bodoh Marina ni. She’s
innocent!
“Mana Marina?”
Lisa mula gelisah bila Farriel menyoalnya seperti
seorang pesalah. “I tak tau. Last dia called dan jumpa I pagi
semalam. Dia menangis. Dia cakap dia perlu pergi ke satu
tempat untuk tenangkan diri. Then, dia suruh I ‘ganti’ tempat
dia, jumpa parents you. And she paid me for some amount of
money.”
“Yeah. I know that ‘part’… agreement, money, bla
bla bla….”
Farriel lepaskan keluhan. Tenangkan diri? Perlu ke
nak tenangkan diri? Patutnya dia terlompat-lompat gembira.
Selepas tiga tahun bercinta, pakwe ajak kahwin, berkenalan

33
AD+IZ

dengan bakal mak ayah mertua, bukankah dia patut gembira?


Ini dibuatnya macam game police sentry; kejar dan tangkap.
Yang menambahkan bengkak di hati, dia boleh suruh orang
lain gantikan tempat dia. Hilang akal apa?
“Tengku Farriel, I cari you kat Hotel Kris Mas… I
tak tau pulak majlis you all tukar tempat. So, what am I
suppose to do now? Meet your parents now?”
Ish, apa pulak! Dah tidur agaknya orang tua tu.
Pompuan ni tak tau tengok jam apa?
Lisa nampak teruja dengan ‘watak’ yang diberikan.
Farriel melemparkan pandangan ke segenap
halaman. Mujur halaman rumahnya yang sebesar tiga suku
padang bola sepak dah lengang. Cuma tinggal dua tiga orang
pekerja rumah aje. Caterer, orang pasang khemah, saudara-
mara, sepupu-sepupu semuanya dah balik. Yang tinggal pun
dah masuk rumah. Tengah syok tidur atas katil agaknya. Jadi
agak mudah untuk dia berbicara dengan Lisa.
“Actually, last minute kami tukar tempat. Apa pun,
‘khidmat’ awak dah tak diperlukan lagi!”
Lisa terkejut mendengar kata-kata Farriel. “Excuse
me? Why? Sebab I datang lewat? Kalau macam tu, I minta
maaf. Takde sesiapa beritahu I. I cuma berpandukan maklumat
yang Marina bagi aje!”
Farriel mengurut-ngurut pelipis mata. Rasa
mengantuk mula mengasak mata. “Bukan macam tu! Ada
orang dah ambik tempat you tu. In fact, gadis tu dah jadi
isteri I pun... tiga jam lepas!”
“What?”
Bagai nak terjojol biji mata Lisa.
Ala… tak payah la rasa terkejut sampai macam tu

34
Eury Athena

sekali. Aku yang kena kahwin mengejut. Bukan kau…. Sakit


kepala fikir. Kahwin. Tak pernah terfikir pun nak kahwin
dalam masa terdekat ni. Memang la rancang nak kahwin
tahun ni. Tapi dengan Marina. Bukan Ad! Ya Allah, apa yang
Kau cuba tunjukkan pada hambaMu ni?
Ah! Marina... kenapa kau buat aku macam ni? Naik
sasau aku dibuatnya.
“So, macam mana sekarang?” soal Lisa. Ada riak
terkilan di wajahnya.
Laaa… apesal slow sangat CPU kepala dia proses
maklumat?
“Kira cancel la job awak tu. Balik rumah and enjoy
the money! Kalau Marina tanya, awak cakap aje awak dah
buat seperti yang disuruh. End of story. Okay, good night….”
Lisa masih terpinga-pinga di tengah laman.
Farriel atur langkah ke dalam rumah. Lepas satu,
satu. Lepas ni entah apa pulak lagi, getus hatinya. Saat itulah
dia terdengar suara Ihsan dan Ad sedang berbual di sebalik
pasu besar yang diimport dari China.

“SAYA tau awak bukan girlfriend Aril!”


Mulut yang ternganga cepat-cepat aku tekup.
Senyuman Mr. Charity dah berubah bentuk. Sinis
dan penuh misteri. Siapa Mr. Charity ni, ek? Adik-beradik
Farriel ke? Kalau tengok muka, ada rupa sikit. Masa makan
tadi pun dia duduk kat meja utama. Mesti someone yang
rapat dengan Farriel ni.
Kedua-dua belah tangan Mr. Charity dah melekap

35
AD+IZ

ke dinding. Mengepung tubuhku supaya tidak lolos darinya.


Ah, sudah! Relaks, Adry… dia buat gimik aje tu. Kalau tunjuk
muka takut, lagi galak dia mengusik nanti. Cool, bebeh!
“Perlu ke saya buat any declaration depan awak,
Mr. Charity? Like I have said before, I don’t know you. I don’t
even know your name!” sindirku dalam keadaan separuh
berani.
“Ooo… sorry! I ingat you dah kenal I. Hi, I’m
Tengku Ihsan Nur Qayyum. Awak boleh panggil saya Ihsan.
Saya abang sepupu Aril.”
Patut la busybody semacam! Aku hampir terlepas
pandang kenyitan nakalnya.
“Back to the main topic, awak cuma berlakon
sebagai girlfriend Aril, kan? Entah-entah kahwin tadi pun,
kahwin kontrak?”
Serkap jarangnya memang bertempat. Aku cuba
berlagak tenang. “Kenapa awak cakap macam tu? Saya
punyalah cinta kat sepupu awak tu, sampai sanggup kahwin
mengejut, tau!”
Dia senyum lagi.
Aku segera kalih muka ke kiri, mengelak bila
mukanya dirapatkan ke mukaku. Ei… nak cakap, cakap aje
la! Perlu ke sampai nak bersentuh pipi?
“Sebab awak bukan girl yang dia kejar kat KLIA
tadi. Nasib baik saya nampak. Kalau tak, mesti saya pun
tertipu macam orang lain!”
Aku tepuk dahi. Dah tentu dia tau. Dia Mr. Charity!
Dia nampak aku kejar Puan Karen sampai terlanggar dia. Dan
Farriel… Farriel pulak kejar awek dia yang cun tu! Nak
goreng (tipu) apa lagi ni?

36
Eury Athena

“Sayang, kat sini rupanya awak… puas I cari kat


bilik!”
Ah… itu dia! Suara ‘penyelamat’! Buat pertama
kalinya aku bersyukur Farriel ada di hadapanku. Aku
meloloskan diri dari Ihsan dan mengambil tempat di belakang
badan Farriel. Tangan Farriel melingkar di bahuku.
Merapatkan tubuhku ke tubuhnya. Aku buat-buat batuk. Kut-
kut la dia teringat yang aku ni berlakon aje jadi isteri dia.
Bukan betul-betul. Haram dia nak dengar. Hish… kuatnya
bau minyak wangi. Naik sesak pulak nafas aku.
Farriel dan Ihsan. Masing-masing diam, cuma
beradu mata. Macam ada ‘cerita’ aje antara diorang ni.
“Ihsan, kut ye pun kau nak be‘ramah-mesra’ dengan
isteri aku, tengok-tengok la masa. Lain kali, okey?”
Senada aje bunyi suara Farriel.
Ihsan angkat dua-dua belah tangan. Tanda
surrender. Matanya tepat memandangku. Pandangan ‘tak
sabar nak korek rahsia awak’ betul-betul merimaskan aku.
Senyuman diberikan. Bukan pada Farriel. Tapi pada aku.
“Okay, dear… lain kali kita sambung chit-chat kita.
Have a ‘gud nite’!”
Mata dikenyitkan sebelum berlalu pergi.
Farriel angkat tangan dari bahuku.
Aku pantas menjarakkan diri.
“Bini orang pun dia nak ‘ayat’!” Rungutnya.
Anak matanya terus mengekori Ihsan sehingga
Ihsan berlalu ke tingkat atas. Matanya kembali singgah ke
wajahku. Masam. “Naik bilik!”
Woi… tempias la!

37
AD+IZ

4.30 pagi.

SEINGAT aku, inilah malam yang paling panjang dalam hidup


aku. Suasana banglo dah senyap sunyi. Kalau ada syiling
jatuh, gerenti aku boleh dengar punya. Cuma suara Farriel
yang kedengaran sekarang. Membebel gara-gara tindakan aku
yang nak cabut lari tadi.
Kelopak mata aku tongkat dengan jari telunjuk.
Badan aku pun dah mintak nyawa dah, dek keletihan. Pagi
tadi kena siapkan tempahan baju yang berlambak.
Maklumlah, tak lama lagi cuti sekolah. Cuti sekolah
bermakna ramai orang buat kenduri kahwin. Bukan
pengantin aje nak bergaya. Mak ayah pengantin, adik-beradik
pengantin, mak cik pak cik, datuk nenek, anak buah, anak
sedara (saudara), kawan-kawan, jiran sekampung pengantin
pun nak jugak melaram masa kenduri kahwin tu nanti.
Kalau aku tokey butik, memang la aku suka. Orang
datang bawak duit. Tapi aku ni kuli aje. Memang la aku suka
menjahit, sulam-sulam ni semua. Bakat yang tak pernah aku
terfikir aku miliki. Tapi bila dah berlambak-lambak, tengok
aje pun dah tak lalu.
Letih menjahit, aku kena pulak berkejar ke KLIA.
Menghantar baju fashion show. Lepas tu, berkejar pulak ke
banglo mewah ni. Cerita baru pulak bermula. Aku disangka
awek Si Farriel gemuk ni! Last-last kena kahwin paksa-rela
dengan dia pulak. Huwargh…! Kalau kurus, hensem, mulut
tak menyakitkan hati, takpe la jugak. Ini tak!
Farriel ni memang dari dulu tak sebulu dengan
aku. Dia macam ada simpan dendam kat aku. Dia benci
tengok aku. Masa sekolah dulu pun macam-macam dia cuba
buat kat aku. Dengan harapan, aku dibuang sekolah. Mujur

38
Eury Athena

nasib baik selalu menyebelahi aku. Yang peliknya, aku tak


pernah buat apa-apa pun kat dia. Tapi, apesal dia benci sangat
dengan aku?
Aku ingat, bila dah habis sekolah, habis la
penderitaan aku dengan dia. Tak tau pulak lepas lapan tahun
aku boleh jumpa dia balik dan sambung balik penderitaan
aku ni. Apalah malang sangat nasib aku ni?
Sekarang ni pun dia tengah mendera aku. Tak
dibaginya aku tidur. Aku ni dah mengantuk tahap cipan dah
ni! Kalau disorong bantal, gerenti lelap punyalah mata aku
ni. Lupa semua benda. Tapi, bila teringat ada Farriel, rasa tak
selera pulak nak tidur. Jadi takut pulak. Tak pernah seumur
hidup aku berdua-duaan dengan lelaki. Dalam bilik pengantin
pulak tu. Ei, selisih malaikat empat puluh empat!
“Kau tak kisah kan kalau aku cakap kasar dengan
kau? Kita bukan tak biasa bercakap dulu, kan?” soalnya
bersahaja.
Aku angkat bahu. Haah. Memang kita biasa
bercakap pun. Tapi tak tau la cara kita bercakap tu boleh
diklasifikasikan bercakap atau bertekak. Paling habis baik
pun, dalam nada menyindir.
“Aku nak kita adakan perjanjian.”
Perjanjian lagi? Seumur hidup aku ni, aku memang
kena terikat dalam perjanjian aje ke? Jadi fobia pulak dengar
perkataan perjanjian ni! “Suka hati kau la.…”
Tak larat aku nak melayan. Apa dia cakap, aku
angguk aje. Ala… cliché la syarat-syarat perjanjian ni! Adat la
kan orang kahwin kontrak ni. Balik-balik itu aje syarat yang
dikenakan. Semuanya sama macam dalam novel dan cerita
yang aku tengok. Semuanya memang aku boleh jangka. Tapi,
satu syarat ni memang pelik sikit.

39
AD+IZ

“Aku nak kau improvekan gaya penampilan, cara


percakapan kau dan pengetahun kau!”
“Woit! Apa, kau ingat aku ni buruk sangat ke? Bebal
sangat ke?”
Buntang biji mata aku. Underestimate orang sesuka
hati. Macam bagus aje dia ni!
“Bukan! Masalahnya, gaya kau langsung tak
meyakinkan aku, apatah lagi diorang. Marina Irriani, seorang
pramugari. Dia pernah kerja dan tinggal kat US selama lima
tahun. Kau tengok gaya kau. Langsung tak macam dia. So,
untuk jadi dia, kau kena la improve diri kau.”
“Kau kata kau tak cerita banyak pasal Marina Irriani
ni kat famili kau. So, apa masalahnya? Tak payah la kalut tak
tentu pasal!”
Farriel meraup wajahnya untuk kesekian kalinya.
“Lebih baik kita prepare for the worst thing, kan? Lagipun,
ramai orang dalam famili aku ni nak tengok aku ‘jatuh’.”
“Ya… ya… ya. Apa-apa aje la. So, aku kena buat
apa?” Tudung kepala aku garu kasar.
“Nanti aku fikir macam mana nak improve that
‘part’. One more thing, aku nak kau belajar balik.”
“Huh?” Aku buat muka tak puas hati tahap dewa.
“Kau belajar sampai mana? SPM? STPM aje, kan?”
“STPM. Mana kau tau?”
“Huh… tengok gaya aje pun aku dah tau!”
Ei… nasib baik dia jauh dari aku. Kalau tak, lepas
jugak sedas dua penumbuk kat batang hidung dia.
“Aku nak kau sambung belajar. Paling kurang, ada
ijazah.”

40
Eury Athena

“Helo… kau sibuk-sibuk suruh aku buat itu-ini ni,


macam la aku nak jadi bini kau untuk seumur hidup! Kontrak
perkahwinan ni tamat bila Marina kau tu balik pada kau, kan?
Aku rasa tak payah la kut. Malas la nak belajar. Otak dah
berhabuk!”
“Nope! Kau kena sambung belajar jugak. Full stop.
No more objection!” katanya seraya menggoyang-goyangkan
jari telunjuk.
“Okey! Kalau macam tu, aku ada syarat untuk kau
jugak!”
“Apa?”
“Kau kena kuruskan badan kau. Aku nak badan kau
saiz M aje. Bukan XXL, okey?”
Dia ingat dia sorang aje boleh letak syarat merepek?
Jadi isteri kontrak dengan belajar, ada kena-mengena ke?
“Apa kena-mengena dengan badan aku pulak?”
tingkah Farriel. Tak puas hati la tu!
“Tak setuju takpe! Aku pun tak nak sambung
belajar!”
“Kau ingat orang gemuk ni takde orang suka ke?
Berderet nak kat aku, tau tak?”
“Tak setuju, takpe! Aku pun tak nak ubah gaya dan
aku pun tak nak improve knowledge aku.”
“Okey! Okey! Okey! Aku akan kuruskan badan.”
Akhirnya Farriel mengalah jugak.
“Yes!!! Deal!”

41
AD+IZ

Bab 3
T
EPAT enam dua puluh minit
pagi, aku terjaga dari tidur.
Itu pun sebab jam di sisi katil
berbunyi. Entah siapa yang kunci jam tu, aku sendiri tak
pasti. Yang pastinya, Farriel tak ada dalam bilik tu. Aku lap air
liur yang meleleh di tepi mulut. Bila masa aku terlelap? Benda
last yang aku ingat, aku dengan Farriel tengah ‘berdebat’
pasal isi-isi perjanjian perkahwinan kami.
Tangan dan kaki aku luruskan. Hampir sejam tidur
menongkat dagu di sofa membuatkan kaki dan tanganku
terasa kebas. Menyeringai aku tahan sakit. Aku pandang ke
bawah. Masih lengkap berbaju pengantin. Badan yang melekit
membuatkan aku rasa tak selesa. Aku selongkar almari baju.
He he he! Buat aje macam rumah sendiri! Nampak tuala,
terus aku sambar. Baju yang kupakai semasa datang ke sini
semalam, aku ambil. Shower time! Lepas pastikan pintu bilik
air tak boleh dibuka dari luar dan tak ada kamera
tersembunyi, baru la aku confident nak mandi.
Siap mandi, aku jenguk kepala ke luar. Masih tiada
orang. Fuh, selamat! Sampai di katil, aku nampak baju, seluar

42
Eury Athena

track bottom, tudung dan sepasang telekung atas katil.


Sejadah menghadap ke kiblat pun dah siap terbentang atas
lantai. Hmmm… mungkin Kak Nani! Tanpa berlengah, aku
masuk bilik air balik. Tukar baju.
Selesai solat subuh, aku berteleku sebentar atas
sejadah. ‘Bercakap’ dengan Penciptaku. Usai berdoa, aku
turun ke tingkat bawah. Tiada sesiapa kelihatan. Satu-satunya
ruang yang ‘hidup’ adalah bahagian dapur.
“Assalamualaikum….”
Seisi dapur menoleh ke arahku. Salamku disambut
oleh empat orang pembantu di situ. Kak Nani
menghampiriku.
“Awalnya puan bangun. Ada apa-apa yang puan
nak?” soalnya.
“Apa akak ni? Berpuan-puan pulak. Panggil Adry
dah la. Akak dengan yang lain-lain ni nak masak apa? Adry
tolong, ek!”
Aku terus duduk di meja. Pisau bawang kucapai.
“Eh, jangan la. Nanti kalau puan besar tau, mesti
dia marah,” ujarnya takut-takut.
“Takpe. Kalau ‘puan besar’ tu marah, nanti saya
slow talk dengan dia. Ha... lupa nak cakap, terima kasih ye
kak sebab bagi pinjam baju dan telekung.”
Kak Nani nampak seperti terpinga-pinga. Biasa la…
orang baik dan lembut macam dia ni memang bukan jenis
yang suka mengharapkan balasan. “Eh, apa pulak berterima
kasih dengan akak? Bukan akak….”
Ha, tengok! Masih nak nafikan.
“Tak usah nak malu-malu la, kak. Jom, saya tolong
akak-akak ni semua masak!”

43
AD+IZ

Walaupun berkali-kali aku dihalau dari dapur, tapi


aku tetap berkeras nak membantu. Kalau aku duduk
memerap dalam bilik pun, bukan aku dapat apa-apa. Lebih
baik duduk kat dapur. Dapat jugak ‘cuit-cuit’ makanan yang
ada. Lapar!

TEPAT jam lapan pagi, barulah seisi keluarga Nenda Nerrisa


turun ke meja makan. Agaknya kalau tak fikir perut lapar,
masing-masing lebih suka mengular (tidur) atas katil.
Astaghfirullahalazim… mengumpat orang pulak pagi-pagi
buta ni!
Nenda Nerrisa, Tengku Faris dan Tengku Khalidah
iaitu mama papa Farriel, Farriel, Tengku Makmur dan Tengku
Muhainis iaitu pak long dan mak long Farriel, Tengku Ihsan
a.k.a Mr. Charity, Tengku Murni Hadirah a.k.a tuan puteri
cengeng yang menangis sepanjang malam tadi a.k.a adik
Tengku Ihsan, dan Tengku Yuhana Ayumi (Hana) iaitu adik
Farriel, mula mengambil tempat masing-masing.
Aku lebih senang membantu Kak Nani dan yang
lain-lain menghidangkan makanan. Macam kekok aje nak
join diorang.
“Rianna, kenapa kamu pulak buat kerja diorang?
Mari kita makan sama-sama. Hana, kamu anjak ke tepi. Bagi
Rianna duduk sebelah Aril,” arah Nenda Nerrisa.
Aku cuma boleh mengangguk. Sempat aku pandang
berpasang mata yang mengerlingku.
Hana tersenyum ke arahku. Tanpa banyak bicara,
dia patuh dengan arahan Nenda Nerrisa, mengosongkan
kerusi di sebelah Farriel.

44
Eury Athena

Farriel tarik kerusi untukku. Alahai, romantik la


pulak laki aku pagi ni!
“Behave yourself!”
Sempat dia berpesan semasa aku nak letak
punggung. Huh! Romantik ada makna rupanya. Aku
maintain senyum.
“Macam mana tidur malam tadi, Rianna? Okey?”
soal Nenda Nerrisa.
Isk… nenda ni, aku dah cakap suruh panggil Adry
aje semalam. Tapi dia nak jugak panggil aku Rianna. Tak
tergeliat ke lidah dia nak sebut nama aku tu? Aku pulak tak
biasa kena panggil dengan nama tu!
“Macam mana apa, nenda?” soalku dalam pada
menyambut mangkuk berisi mihun goreng yang dihulurkan
oleh Nenda Nerrisa.
Hana dan Nenda Nerrisa berdehem-dehem sesama
sendiri. Siap gelak-gelak lagi. Takkan tekak kering serentak
kut? Air oren satu jug atas meja tu, minum la.
Pembantu rumah yang tengah hidangkan sarapan
pun tersenyum-senyum. Apehal pulak ni?
“Tak ada apa-apa la... bengkak mata kamu. Mata Aril
pun bengkak. Korang tak tidur ke semalam?” ujar Nenda
Nerrisa bila tawanya tinggal sisa.
“Mana boleh tidur, nenda! Busy…” jawab Farriel
pantas.
Farriel tersengih gatal memandangku. Jap! (Nanti!)
Dia jawab apa tadi? Ghau! Darah naik ke pipiku.
“Ta… tak, nenda! Bukan macam tu. Tak busy pun…
aaa….”
Nenda Nerrisa dan Hana mengulum senyum.

45
AD+IZ

Mr. Charity a.k.a Ihsan, join gelak. Tapi gelak dia ni


lain macam sikit la….
“Sikit sangat kamu makan, Aril? On diet ke?” Nenda
Nerrisa mengalih tajuk bicara.
“Haah, nenda. Malam tadi ada ‘orang’ tu kutuk
badan Aril. Katanya Aril gemuk sangat. Terpaksa la buang
sikit lemak-lemak berlebihan kat badan ni!”
Menyindir aku la tu! Padahal dia dulu yang minta
merepek-repek kat aku… suruh sambung belajar konon!
Nenda Nerrisa tersenyum. Dia mula beralih pada
kedua-dua anak lelakinya, Tengku Makmur dan Tengku Faris.
Bertanyakan hal-hal mengenai syarikat.
Hana pula sibuk bertanyakan Ihsan tentang fesyen
terbaharu di New York. Khabarnya Ihsan baru pulang dari
sana; melancong dengan kawan-kawannya.
Tengku Murni Hadirah pula lebih senang melayan
perasaannya sendiri.
“Kata Nani, kamu yang goreng mihun ni. Betul ke,
Rianna?” soal Nenda Nerrisa. Perhatiannya kembali padaku.
“Ye, nenda. Saya main campak aje dalam kuali.
Kenapa? Tak sedap ke, nenda?”
Aku sudu mihun goreng ke mulut. Dah cukup rasa
dah ni. Tak kena ke dengan tekak Nenda Nerrisa?
“Sedap sangat... kalah tukang masak rumah ni. Tak
sangka kamu pandai masak. Dengarnya kamu ni pramugari.
Ada juga masa kamu nak praktis masak ye?” balas Nenda
Nerrisa.
Mihun goreng dikaut lagi ke dalam pinggan. Ini kali
kedua dia menambah.
“Ooo… betul la tu! Saya memang suka masak.

46
Eury Athena

Dalam kapal terbang pun saya yang masak,” jawabku riang.


Senyum tak lekang-lekang di bibir. Senyum berbayar ni.…
Farriel siku tangan aku. Mujur sudu tak tersua ke
hidung. Aku buat isyarat bertanya, apa?
Farriel ketap gigi.
“Adry ni memang suka bergurau, nenda! Kadang-
kadang dia cakap dulu, baru fikir kemudian,” kata Farriel
dalam nada seloroh sambil menepuk kuat bahu isterinya.
Nenda Nerrisa senyum. Matanya beralih pada Ihsan
pula. “Ihsan, kamu bila lagi nak kahwin? Umur pun dah nak
masuk dua puluh lapan tahun.”
“Apa kelas kahwin awal, nenda? Hidup ni sekali aje,
kena la enjoy puas-puas,” sambut Ihsan.
“Enjoy aje la kerja kamu. Ni… sampai bila kamu
nak duduk US tu? Ke kamu nak sambung PhD pulak kat US
tu? Bertahun-tahun dok sana, perangai kamu pun dah macam
orang sana. Tengok, warna rambut pun dah ‘berkarat’
(perang)!”
Ihsan tersengih sambil garu kepala.
“Biar la, ma… dia nak kerja kat sana dulu. Nak cari
pengalaman.” Tengku Makmur ‘backing’ anak dia.
“Cari pengalaman kerja, takpe. Mama takut dia cari
pengalaman lain aje….”
Masing-masing diam. Malas nak berbalah dengan
Nenda Nerrisa.
Sebelum masing-masing selesai makan, Nenda
Nerrisa menyesakkan ruang rongga hidung aku sekali lagi.
“Khalidah, Muhainis, panggil semua ahli keluarga
kita. Mama nak bincang pasal kenduri kahwin Si Aril ni. Dah
la kahwin koboi (kahwin segera), takkan tak nak buat kenduri

47
AD+IZ

pulak. Nanti orang kata kita lupa adat pulak. Rianna, Aril,
kamu sediakan nama jemputan. Rianna, jangan lupa jemput
keluarga dan kawan-kawan kamu. Nenda teringin nak kenal
mereka.”
“Baik, mama!”
“Baik, nenda!”

“HAI!” sapa Ihsan sebaik sahaja cermin kereta diturunkan.


Keretanya diberhentikan di bahu jalan. Berdekatan
dengan tempat aku berdiri. Aku buat pandang tempat lain,
kat jalan raya. Aik, takkan takde sebuah teksi pun lalu kat
sini? Bas... toksah (tak usah) harap la. Mana ada orang nak
naik bas kat kawasan perumahan mewah macam ni?
“You nak pergi mana? Joging?” sindirnya dalam
tawa.
Tau la aku pakai track bottom. Tak payah la perli. Ni
satu aje baju yang ada. Nama pun kahwin ekspres. Mana la
ada preparation. Tu pun nasib Kak Nani bagi pinjam baju ni.
Kalau tak, aku pakai aje baju semalam, alamatnya pengsan la
kau dan yang lain-lain tadi.
“Okey, sorry! Saya minta maaf. Saya tak usik awak
lagi.”
Aku buat tak dengar. Mana teksi ni? Mogok ke
driver teksi hari ni? Ke dah habis rosak semua teksi kat
kawasan ni?
“Adrianna, saya minta maaf. Boleh tak awak
maafkan saya?” rayu Ihsan.
Bila tengok muka seposen (kesian) Ihsan, aku jadi

48
Eury Athena

tak sanggup nak buat perang dingin. “Boleh, tapi dengan satu
syarat. Saya tak nak awak buat macam malam tadi...”
“Buat apa?” pintasnya sebelum aku meneruskan
kata.
“Yang kat belakang pasu tu!”
“Ooo… yang tu! Okey… okey! So, awak nak pergi
mana ni? Jom saya hantarkan. Kawasan rumah nenda ni
memang susah nak dapat teksi.”
“Boleh ke?”
“Boleh sangat-sangat! Saya bukan ada kerja pun.
Jom la….”
Pintu di sebelah pemandu kubuka. Sebenarnya, aku
malu nak berhadapan dengan Ihsan. Lebih-lebih lagi lepas
kejadian malam tadi. Dan kejadian di KLIA. Sampai sekarang
aku masih gagal mengucapkan terima kasih dan memohon
maaf atas kejadian itu. Dan aku takut jugak kalau ‘rahsia’ aku
dengan Farriel pecah. Tapi dah nak sejam aku terpacak kat
hujung simpang rumah nenda ni, terpaksa jugak la aku
terima pelawaan Ihsan. Tambahan pulak aku ada urusan yang
perlu diselesaikan.
“Nak pergi mana?”
“Bank.”
Kemudian, masing-masing diam. Aku tak berani
cerita apa-apa. Takut terlepas cakap. Tapi, Ihsan nikan Mr.
Charity. Secara tak langsung dia dah tau sikit-sikit tentang
‘rahsia’ kami. Cuma tak ada hitam putih dari aku dan Farriel
aje.
“Awak boleh tunggu sampai saya habis berurusan
kat bank, tak?”
“Boleh aje,” balas Ihsan senang.

49
AD+IZ

Seketika kemudian kereta Ihsan meluncur laju ke


arah yang ingin kutujui.
Setelah selesai urusanku di bank, aku segera
meloloskan diri ke dalam kereta Ihsan.
Ihsan tersenyum nipis sambil bertanya, “nak ke
mana lepas ni, madam?”
Setelah diberitahu arah tuju, Ihsan segera menekan
pedal minyak.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, boleh
tak awak rahsiakan apa yang awak dah tau?”
“Pasal awak berlakon jadi awek Aril atau tentang
kahwin kontrak korang?” soalnya bersahaja.
“Semuanya. Saya tak nak benda ni kecoh!”
“Huh! Memang dah kecoh dah pun. Awak tau tak
yang awak jadi topik utama dalam majlis malam tadi?”
“Ye ke? Kenapa jadi gitu pulak?” soalku. Teruja nak
tau apa yang dibualkan oleh keluarga kerabat itu.
“Okey. Firstly, awak perlu tau Tengku Farriel Izumi
adalah calon utama untuk jawatan CEO Izumi Corporations
selepas Tengku Faris bersara kelak. He’s perfect! Dia tu highly
educated, perangai pun okey, plus dia cucu kesayangan
nenda. Tapi, perkahwinan awak dan Aril semalam dah buat
saudara-mara kami, merangkap Board of Director (BOD)
Izumi Corporations hilang keyakinan terhadap kredibiliti
Aril…”
“Apesal pulak?” Segera kupintas ayat Ihsan.
“Awak pernah dengar tak orang kata; terdapat
seorang wanita di belakang kejayaan setiap lelaki. Dalam kes
ni, kejayaan Aril menerajui Izumi Corporations sedikit
sebanyak bergantung pada awak. BOD langsung tak yakin

50
Eury Athena

awak boleh membawa apa-apa kebaikan pada company bila


tengok awak punya…”
“Pendidikan? Personaliti? Gaya penampilan?
Background?” pintasku lagi.
“Mmm… lebih kurang la! Awak jangan ambik hati
pulak. Bagi mereka, kalau pilih isteri pun Aril dah failed,
macam mana nak deal dengan clients esok lusa….”
Aku terdiam seketika. Timbul pertanyaan lain dalam
benakku. “Kenapa Aril perlu jadi CEO? Kenapa bukan orang
lain?”
“CEO mesti dilantik di kalangan keluarga kami
sebab kami pemegang saham terbesar dalam company,
selepas companies kami merge. Saham nenda, pak cik mak
cik saya, sepupu-sepupu, Aril dan saya mewakili 60% saham
syarikat. CEO biasanya disandang ikut seniority.”
“Okey… kalau gitu, kenapa papa awak tak jadi CEO?
Dan kenapa awak tak jadi calon utama CEO? Bukan ke awak
cucu sulung nenda?”
Ihsan tersengih.
Sedaya upaya dia cuba mengelak dari pandangan
mataku. Aik, ada nak sorok sesuatu ke?
“Papa saya ada syarikat lain dan ada problem sikit
dengan nenda. So, dia passed down jawatan tu pada pak ngah.
Saya pulak dah hilang ‘kelayakan’ untuk pegang jawatan tu.”
“Kenapa pulak jadi gitu?”
“Rahsia!”
Ihsan senyum menggoda ke arahku. Isk, kalau tak
kuat iman, boleh cair ni! Playboy diraja betul!
“Dan kenapa hubungan awak dengan Aril macam
‘tegang’ aje?” soalku ingin tahu.

51
AD+IZ

“Aaa… awak ni peka jugak, ek? Dalam satu malam


awak boleh tau. Even some of our relatives tak perasan
‘benda’ ni,” balas Ihsan.
“Well, tengok kaki la!”
“Ha ha ha! Funny… well, saya dan Aril bersaing
dalam banyak perkara. And most of the times, he gets
whatever he wants. Termasuk la ‘benda’ yang saya paling nak
dalam dunia ni.”
“Benda apa?”
“Actually, the ‘thing’ is a person. And that person
was a ‘she’… it was an old story anyway! Tak payah sebut
lagi la.”
“Ooo… ni kes berebut pompuan la ni, ek?”
“Lebih kurang la….”
“Then, apa lagi yang saya patut tau?” soalku.
“Saya kenal Marina Irriani tu.”
“What?! Tapi Aril kata dia tak pernah bawak Marina
jumpa dengan famili.”
Penipu punya Farriel!
“Well, kami tak kenal secara rasmi. Saya pernah
terserempak dengan diorang masa diorang dating. Sebab tu
la dengan confidentnya saya kata awak bukan awek Aril.
Lagipun saya ada kat KLIA semalam kan… so, saya tau la Aril
kejar siapa dan awak kejar siapa.”
“Ooo….”
Punyalah nak sorok, walhal dia dah tau cerita
sebenar. Lega sikit. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu
berbohong dengan Ihsan. “So, adakah awak akan bocorkan
rahsia kami pada nenda dan yang lain-lain?”

52
Eury Athena

Huh, skema sungguh bunyi soalan aku tu.


“Saya mungkin busybody, tapi saya bukan peruntuh
rumah tangga orang. Not yet, so far. Okey, kita dah sampai!”
Punyalah rancak berborak, sampai tak sedar dah
sampai ke tempat yang dituju. Wajah Ihsan yang ‘karchak’
a.k.a kacak aku pandang.
Ihsan tersenyum.
Alahai… aku tak tau la berapa ramai pompuan dah
masuk hospital gara-gara senyuman Ihsan ni. Manis tahap
kencing manis!
“Thanks… susahkan awak aje. Anyway, thanks and
sorry pasal kejadian kat KLIA tu. I was rude and out of
manners. Tentang duit tu, nanti saya bayar.”
“It’s okay. Tak payah bayar. Kita pun dah jadi
famili.”
Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi. Pintu
kereta kututup. Belum sempat melangkah, Ihsan memanggil
namaku. Cermin tingkap diturunkan.
“Nice chatting with you. Kalau awak ada problem
ke or what-so-ever, feel free to call me. I will gladly to serve
you in anyway you want….”
Aku tersentak mendengar kata-katanya. Aku ni tak
la pandai sangat berbahasa Inggeris. Tapi kalau ikutkan
pemahaman aku, dia ni macam try nak berbaik-baik dengan
aku. Dan ayat last dia tu… is he trying to flirt with me?
Nooo…. Dengan berat hati, kad nama yang dihulurkan aku
sambut. Apa-apa aje la!

53
AD+IZ

KAWASAN rumah setinggan di tepi lombong tu sudah sunyi.


Mungkin ramai yang sudah keluar bekerja. Bunyi jeritan
dan tempikan kuat dari dalam rumah membuatkan aku
mempercepatkan langkah. Kemudian kedengaran pula bunyi
kaca pecah. Tiba di muka pintu, aku bertembung dengan
empat orang lelaki bertubuh sasa. Aku mula cuak. Siapa pulak
ni? Masing-masing tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.
Aku menerpa masuk. Perabot rumah berselerakan. Emak dan
Zalika terduduk di sudut rumah. Ada kesan darah mengalir
di bibir emak.
“Apa dah jadi, mak? Zalika?”
Wajah Mak Cik Midah yang kupanggil emak dan
Zalika pucat. Ada bekas air mata di pipi. Tanganku segera
ditepis tatkala aku cuba membantu mereka.
Zalika bingkas bangun. Berhadapan denganku.
“Ah Long tu datang nak kutip hutang! Akak ke
mana minggu lepas? Bukan ke sepatutnya akak hantar duit
pada kami? Kalau akak hantar duit, tak ada la kami kebulur
kat rumah ni! Tak ada la ‘penyangak’ tu datang sampai ke
rumah nak kutip hutang!” jawab Zalika kasar. Sudah hilang
traumanya digertak ‘Ah Long’ tadi.
“Akak tak ada duit minggu lepas… gaji tak masuk
lagi….”
Mata emak mencerlang mendengar kata-kataku.
Dia bangun dan mencekak leherku dan ditolaknya ke dinding
rumah. Berpinar sedikit pandanganku.
“Kau dengan ayah tiri kau tu sama aje tak gunanya!
Dia berhutang sana-sini, lepas tu hilang entah ke mana. Kau
pulak tak sudah-sudah menyusahkan aku, dari kecik sampai
besar! Semuanya bawak sial kat aku!” jerkahnya.
“Agaknya akak lagi suka tengok kita kena pukul,

54
Eury Athena

kena sembelih dengan Ah Long tu, mak. Yelah tak payah nak
tanggung makan pakai kita lagi. Betul, kan?” tuduh Zalika.
Seperti sengaja mengapi-apikan kemarahan emak.
“Buat apa kau balik lagi ke rumah ni? Pergi la
berambus! Mentang-mentang la aku ni mak tiri kau, kau
layan aku macam sampah aje. Sedar la sikit, siapa yang bela
kau lepas mak kau mati dulu? Siapa yang selamatkan kau bila
ayah tiri kau tu nak rogol kau? Siapa? Aku! Bila dah besar,
kau lupa semua jasa aku. Dasar anak tak mengenang budi!”
tengking Mak Cik Midah, emak tiriku.
Air mataku mula bertali arus. Aku anak yang
menyusahkan. Betul ke? Seingat aku, selepas ibu meninggal
dunia, aku sendiri yang menguruskan kehidupanku. Aku
bekerja untuk menyara makan pakaiku. Hatta yuran
persekolahan pun aku bayar dengan hasil titik peluhku.
Emak dan Pak Cik Bakar, iaitu ayah tiriku tak
pernah kisah denganku. Apa yang mereka tau, berseronok
dan memanjakan anak-anak mereka dengan duit dan
barangan mewah. Apa sahaja permintaan Zalika dan Bakhtiar
pasti akan ditunaikan.
Sebaliknya pula jika aku yang meminta. Naik la
sepak terajang ke badan. Ayah berhutang dengan Ah Long
pun gara-gara sikap emak yang suka bermewah-mewahan
dan sikap ayah yang suka berjudi. Dan sekarang, aku yang
perlu membayar balik setiap sen yang dipinjam oleh ayah.
Masih salah aku jugak ke?
“Saya datang nak bagi duit ni. Mak gunalah untuk
bayar Ah Long tu.” Kataku lemah.
Sampul berisi RM10,000.00 ‘dirampas’ dariku.
Zalika mula mengendeng pada maknya. Mengintai
isi sampul surat.

55
AD+IZ

“Ingat, Adry! Kau mesti cari baki lagi RM30,000.00


dalam masa terdekat ni! Kalau tak, aku tak halalkan setiap
sen yang aku belanjakan untuk kau. Barang-barang ibu kau,
aku akan bakar. Faham?”

“HAH? Kahwin paksa? Malam tadi?” Tawa Qhuzhairi atau


nama panggilannya Qhuz pecah.
Fitri yang mendengar, tumpang sekaki gelak.
“Aku serius ni. Jangan la gelak! Tak sensitif betul
dengan masalah member!” rungut Farriel.
“Kira bagus la tu! Nenek kau bagi kau kahwin free
aje dengan Marina tu. Kau kan memang dah kemaruk sangat
nak kahwin dengan minah ‘celup’ tu!” ujar Fitri dalam tawa.
Farriel menghirup air kopinya. Mukanya masam.
Mujur tidak ramai pengunjung di Starbucks ketika itu. Kalau
tak, tentu ramai tertoleh-toleh ke arah mereka yang agak
‘lepas’ laku.
“Masalahnya, aku bukan kahwin dengan Marina….”
Farriel menyambung kata.
“Habis tu, dengan siapa?” soal Qhuz dan Fitri
hampir serentak.
“Dengan Ad….” Suara Farriel mengendur.
“Pompuan mana pulak tu?” soal Fitri.
Qhuz kerut dahi. Serasanya dia pernah mendengar
nama tersebut.
“Ad? Ad budak ala-ala tomboy tu ke? Yang sama
sekolah dengan kita dulu?” teka Qhuz.
Farriel mengangguk lemah.

56
Eury Athena

Qhuz sambung gelak. Kali ni lebih kuat dari tadi.


Mujur Qhuz satu sekolah, malah satu geng
dengannya dulu. Tak la jenuh dia menerangkan siapa
gerangannya Si Ad itu.
Fitri tercengang-cengang. Masih tak faham kenapa
Qhuz tergelak tak ingat dunia. “Woi, apa ni? Korang-korang
aje faham. Aku tak faham satu apa pun!”
Qhuz mematikan gelaknya. “Kalau kau nak tau,
Fit… Ad tu satu sekolah dengan kita orang dulu. Minah tu
pelik sikit! Kasar, garang. Yang peliknya, dia langsung tak ada
kelayakan masuk sekolah kita orang. Tak tau macam mana
dia lepas ujian kelayakan. Aku agak dia ada ‘kabel’ besar kat
sekolah tu.”
Fitri mengangguk. Seketika kemudian, dahinya
kembali berkerut. “So, apa masalahnya kalau dia kahwin
dengan Si Aril ni?”
Qhuz ketawa sebelum menjawab, “masalahnya, Si
Aril dengan Si Ad ni memang tak boleh jumpa. Macam
minyak dengan api. Panas aje sentiasa. Tak pun macam anjing
dengan kucing!”
Fitri join Qhuz gelak.
Farriel merengus kasar. Hantu punya kawan! Bukan
nak tolong selesaikan masalah.
“So, Ril… macam mana pulak Ad boleh muncul
dalam majlis tu?” soal Fitri.
“Ad datang hantar baju yang Marina tempah. Si Che
Nan tu pulak, punya la ‘bijak’. Dia ingatkan itulah awek aku.
Aku memang tengah bengang gila dengan Si Marina tu! Aku
upah la Ad jadi ‘awek satu malam’ aku. Tak sangka pulak lain
jadinya. Kahwin kontrak la jawabnya,” terang Farriel.

57
AD+IZ

“Kesian budak tu… tak pasal-pasal budak tu kena


kahwin dengan kau.”
“Aku, kau tak kesian? Tak pasal-pasal jadi laki
orang!”
“Buat apa nak kesian kat kau! Kau laki. Boleh
kahwin empat. Kalau cerai pun, saham kau tetap tinggi. Dia
tu pompuan…” tukas Fitri.
Ad tu pompuan ke? Kenapa aku tak pernah address
dia sebagai pompuan sejak zaman sekolah dulu sampai
sekarang? Farriel pegang kepala. Berat, berat….
“So, mana isteri kau sekarang? Takkan kau kurung
dia kat rumah kau? Bila kau nak bawak dia jumpa aku?
Teringin jugak nak tengok junior aku tu,” soal Qhuz penuh
minat.
“Entah! Pagi-pagi lagi dah lesap.”
“Aik! Tak sampai dua puluh empat jam kahwin dah
lesap? Dahsyat, dahsyat!” perli Fitri.
“Amanah tu, Ril. Dia bawah tanggungjawab kau.
Tak kira la korang kahwin paksa atau rela. Cari la dia. Dia
isteri kau....”
“Masalahnya, aku sendiri tak tau nak cari dia kat
mana. Nombor telefon dia tak bagi. Alamat lagi la…!”
“Aik! Waktu sign kontrak tak catat ke butir-butir
diri semua? Aril, Aril… tak tau la macam mana kau nak
handle business nenda kau esok lusa….”
“Apa punya suami la? Fail!”

PINTU kaca butik aku tolak masuk. Kepala sudah menjengah

58
Eury Athena

masuk terlebih dahulu. Memerhatikan keadaan di segenap


ruang butik pakaian itu.
“Hai Adry… lambat datang hari ni. Dah nak petang
baru tiba,” tegur Kak Timah sebaik sahaja muka aku
tersembul di hadapannya. Mujur butik kosong tanpa
pelanggan. Dan mujur juga big boss tak ada. Kalau tak, free
aje kena potong gaji.
“Eh, apesal kau pakai baju ni? Macam nak pergi
bersenam aje? Dah tu, muka pucat aje? Ada problem ke? Tak
nak kongsi dengan akak?”
Hu hu hu…. Kalau la boleh kongsi. Aku kena
kahwin paksa semalam, kak! Hari ni pulak aku dapat tau yang
kerjaya Farriel hampir dimusnahkan disebabkan ‘kekurangan’
aku. Dan aku tak pernah dihargai oleh satu-satunya keluarga
yang aku ada…. Kepala ni pulak sakit semacam aje.
“Tak ada apa-apa la, kak! Small matter aje,” jawabku
perlahan.
“Adry! Rindu sangat dengan kau!”
Jeritan Chot menghambat gegendang telinga. Chot
berlari mendapatkan aku. Dipeluknya aku erat. Eh, Chot ke
ni? Bila pulak minah ni balik dari honeymoon ni? Apesal
warna muka dah bertukar ni?
“Ler… takkan kau dah tak kenal aku? Aku tau la
aku dah hitam sikit. Tapi kan ke ‘hitam itu menawan’? Ke kau
marah aku sebab aku honeymoon lama sangat? Sorry la….
Sebagai ‘upah’ kau tolong buat kerja-kerja aku, aku belikan
hadiah special untuk kau.”
Sebungkus hadiah dihulurkan padaku. Masa tu la
Chot terperasan ‘sesuatu’ yang bersinar di jari manisku.
Cincin emas putih bertatah sebutir berlian. Pantas dicapainya
tanganku.

59
AD+IZ

“Cantiknya cincin! Cincin emas putih, kan? Yang


kat tengah ni, bukan diamond ke? Siapa bagi? Cantik macam
cincin tunang aje. Kau dah tunang, ek? Ke kau dah kahwin?”
soalnya bertalu-talu.
Kak Timah pantas menyerbuku. Begitu juga Imah,
Nini dan Sabariah. Bergilir-gilir diorang menilik cincin
kahwinku. Mulut masing-masing heboh dengan pelbagai
soalan.
Naik sesak nafasku. Tiba-tiba suara mereka jadi
bergema dan semakin jauh dari pendengaranku.
Pandanganku pulak berubah jadi macam filem P. Ramlee;
cuma dua warna aje yang ada, hitam dan putih. Dan aku tak
ingat apa-apa lagi selepas itu.

“KAMU sendiri tak tau mana Rianna pergi? Kan ke kamu ni


suami dia?” tukas Nenda Nerrisa.
Farriel tak senang duduk. “Dia kata nak pergi ke
rumah sewa. Nak ambik kain baju. Tapi tak tau pulak lewat
sampai macam ni. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan
dia kut.”
Farriel mereka cerita. Ad, mana la kau pergi?
Menyusahkan aku nak menjawab soalan nenda aje.
“Takkan keluar dengan kawan sampai lewat petang
macam ni? Cuba kamu telefon dia. Kamu ada nombor telefon
dia, kan?” saran Tengku Khalidah.
Farriel garu kepala sambil memandang mamanya.
Mama, masalahnya Aril tak ada nombor telefon Si Ad tu.
Entah ada handphone entahkan tidak dia tu. Seingat dia, tak
ada pulak Si Ad tu tayang handphone kat dia semalam.

60
Eury Athena

“Ye tak ye jugak! Cuba kamu telefon handphone


dia. Mana la tau kut-kut dia ada masalah kat rumah sewa dia
tu. Telefon, telefon…” arah Nenda Nerrisa.
“Aaaa….” Balik nanti, siap kau Ad!
“Aaa… actually Si Adry tu lupa nak bawak
handphone pagi tadi. Handphone dia ada kat dalam bilik, atas
meja solek. Tu pun bateri dah low!”
Nenda Nerrisa menggeleng kepala. Kesal dengan
sikap cucunya yang sambil lewa. Dalam pada itu, dia bimbang
dengan keselamatan Adrianna, gadis yang berjaya meraih
perhatian dan kasih sayangnya dalam masa satu malam. Puas
dia bertanya pada pembantu-pembantu rumah. Kut-kut ada
Adrianna meninggalkan pesanan sebelum keluar. Namun
hampa.
Tengku Khalidah pulak silang tangan di sofa.
Bersikap tunggu dan lihat.
“Nenda dengan mama jangan la risau. Pandai la Si
Adry tu balik ke sini nanti. Dia dah besar. Dah boleh jadi mak
orang pun.”
Masing-masing diam tak berkutik.
“Bila pak long dan mak long balik JB, ma?” soal
Farriel memecah kesunyian.
“Tengah hari tadi.”
“Ihsan balik sekali?” soalnya lagi.
Sepupunya itu memang dah lama ‘dingin’
dengannya. Kalau bercakap pun sekadar perlu aje. Dia tidak
menyimpan dendam pada Ihsan walaupun Ihsan adalah
saingan terdekatnya untuk merebut jawatan CEO. Kalau
bergaduh pun, masa kecik-kecik dulu. Budak-budak, adat la
bergaduh dan berbaik semula.

61
AD+IZ

“Pasal Ihsan tu, mama tak pasti. Lepas sarapan tadi,


dia terus hilang entah ke mana. Budak tu mana penah lekat
di rumah!”
Suasana sepi kembali. Farriel kerling jam di tangan.
Pukul enam lima puluh enam petang. Mana pulak la minah
ni pergi? Mintak-mintak la dia tak cabut lari. Apa aku nak
jawab kat famili aku kalau Ad ghaib terus? Walhal baru sehari
usia perkahwinan kami….
“Hish! Nenda tak boleh tunggu lagi dah. Nenda nak
report polis. Biar polis aje cari Si Rianna tu!”
“Eh, jangan la, ma. Kejap lagi balik la dia tu,”
bantah Tengku Khalidah.
“Entah, nenda ni… tak sampai dua puluh empat
jam pun lagi dia hilang. Entah-entah dia tengah seronok
dengan kawan-kawan dia. Kita aje risau tak tentu arah kat
sini!” tambah Farriel.
“Dunia sekarang ni dah tak selamat lagi. Hari-hari
ada kes bunuh, kes ragut la, rogol la. Nenda takut sesuatu
terjadi pada Rianna. Kita mana tau!”
Dan ketika itu la….
“Assalamualaikum….”
Ihsan pulang menyelesaikan persoalan ‘di mana
Adrianna’ yang ada di dalam kepala kami. Namun kepulangan
Ihsan dan Adrianna itu juga menimbulkan persoalan baru di
fikiran kami. Macam mana Adrianna boleh bersama-sama
Ihsan? The main thing is, kenapa Adrianna berada dalam
pelukan Ihsan?
Farriel tercengang melihat Ihsan yang kemas
mencempung tubuh Adrianna.

62
Eury Athena

Bab 4
S
EMUA yang berada di dalam
bilik berdiam diri, memerhatikan
Doktor Talhah dan pembantunya.
“Bagaimana keadaan dia, doktor?” soal Nenda
Nerrisa sebaik sahaja Doktor Talhah selesai menjalankan
tugasnya.
“Selain dari demam biasa, dia okey. Cuma tekanan
darah agak tinggi sikit. Mungkin disebabkan kurang rehat
dan pemakanan yang tak teratur,” terang Doktor Talhah.
“Alhamdulillah….” Nenda Nerrisa mengucap
syukur.
“I have told you, nenda. She’s okay. Doktor kat
klinik tadi dah check. Adry sihat…” ujar Ihsan.
“Nenda cuma nakkan kepastian aje. Takut doktor tu
check sambil lewa!” Nenda Nerrisa menegakkan
pendiriannya.
“Jangan risau, puan. Puan Adrianna okey. Dia cuma
perlukan rehat. Tapi puan, maaf kalau saya bertanya ye…
boleh saya tau kenapa dahi Puan Adrianna lebam?”

63
AD+IZ

Nenda Nerrisa dan Tengku Khalidah berpandangan


sesama sendiri. Kemudian mereka melempar pandang pada
Farriel pula.
Ihsan cuma diam di sudut bilik.
“Aril rasa dia terlanggar pintu bilik air pagi tadi.
She’s a little bit clumsy and careless, sometimes…” jawab
Farriel. Tiada keyakinan dalam nada suaranya kerana
jawapannya rekaan semata-mata.
“Ooo… kalau begitu tak apa la. Saya balik dulu.
Jangan lupa bagi dia makan vitamin dan ubat tepat pada
waktunya,” pesan Doktor Talhah sebelum beredar.
Nenda Nerrisa dan Tengku Khalidah mengiringi
Doktor Talhah dan pembantunya ke bawah.
Ihsan yang ingin berlalu, segera ditahan oleh
Farriel. Mata mereka bertentangan.
“Macam mana Ad boleh ada dengan kau?” soal
Farriel garang.
“Macam mana pulak kau jaga bini? Baru sehari
kahwin dah lebam dan pengsan... it’s so not you!”
“She’s a little bit tense and exhausted, lately.
Lebam kat dahi tu pun sebab dia yang cuai!” Farriel mencari
alasan lagi.
Ihsan senyum meleret. Adry terbaring di atas katil
dipandangnya lama. “Aku tak tau apa yang jadi antara korang
berdua tapi….”
Ihsan berjalan mendekati Farriel. Ditepuknya bahu
Farriel beberapa kali.
“Lepaskan Adry. She’s too naïve. Adry tak mungkin
dapat menyamar jadi Marina Irriani, kekasih kau tu,”
sambungnya.

64
Eury Athena

Dan Ihsan berlalu meninggalkan bilik itu,


meninggalkan Farriel yang terpaku di situ.

HUJUNG kaki terasa dikuis-kuis. Semakin lama semakin kuat.


Apa benda pulak ni? Kepala terasa berat. Ubun-ubun kepala
aku picit perlahan. Kakiku dikuis lagi. Aku tendang ‘benda’ tu.
Sibuk aje kacau orang tidur! Pergi main jauh-jauh!
“Adoi!”
Terdengar jeritan dari hujung kaki. Rasa macam
kenal aje suara tu. Bukan ke suara…. Biji mata aku buka
luas-luas.
Farriel yang duduk berlunjur di sofa, menggosok-
gosok kakinya.
“Betul ke kau sakit ni? Tulang besi apa kaki kau tu,”
omelnya.
Aku bingkas duduk. Memandang sekeliling. Cuba
mengingati apa yang terjadi. Benda last yang aku ingat; pergi
butik, jumpa Kak Timah, Chot, Imah, Nini, Sabariah. Lepas
tu macam dengar suara cemas Ihsan. Doktor, jururawat… eh,
dari mana pulak doktor dan jururawat tu datang? Macam
mana pulak aku boleh terbaring kat bilik ni? Aku garu kepala.
Eh… tudung aku mana?
“Kau pengsan kat butik petang tadi. Kau tak ingat
ke?” terang Farriel.
Pengsan? Aku geleng kepala. “Tengku Ihsan?”
Terpacul nama itu dari mulutku. Aku cuma mahu
kepastian sebab aku macam dengar suara dia dalam fikiran
aku yang tengah ‘blur’ masa tu.

65
AD+IZ

“Oh… part Ihsan tu, kau ingat pulak?” soal Farriel


jengkel.
“Aku tak berapa ingat. Tapi… dia ada ke masa aku
pengsan?”
“Kawan kau kat butik telefon Ihsan bila kau
pengsan. Pelik! Sejak bila pulak kau rapat dengan Ihsan?
Yang paling penting, macam mana Ihsan boleh tau pasal
Marina? Kau bocorkan rahsia, ek!” tuduh Farriel.
“Bila masa pulak aku bocorkan rahsia? Ihsan
memang dah tau tentang semuanya!” jawabku.
“Dah tau? Semuanya? Macam mana?” soal Farriel
bertalu-talu dengan nada pelik.
“Ihsan nampak kau kejar Marina kat KLIA.
Kebetulan flight dia baru tiba dari New York. Masa kau tengah
busy kejar Marina tu la kau langgar aku. Aku pulak terlanggar
Si Ihsan. Kat situ la kami kenal. Dan secara tak langsung
Ihsan tau yang aku bukan awek kau. Ada faham?” terangku.
Ada rasa geram dalam hati.
Farriel tanggalkan cermin mata. Batang hidung
digosok-gosoknya. Seperti sedang berfikir. Mungkin tengah
menyusun jalan cerita yang berlaku antara kami bertiga.
Lama dia terdiam sebelum bersuara kembali. “Aku tak nak
kau rapat dengan Ihsan lagi. Bercakap dengan dia pun
jangan! Kau tu mulut tempayan! Nanti entah apa-apa lagi
yang kau cerita kat dia!”
Farriel memberi amaran keras. Muka dia serius aje.
Yek yek… tak takut pun! Eleh, dia sendiri yang tak
pandai simpan rahsia, nak salahkan aku pulak!
Satu kotak sederhana besar dicampakkan ke katil.
Betul-betul landing kat sebelah aku.

66
Eury Athena

“Apa ni?” soalku.


“Peti sejuk!” jawabnya selamba.
Yaiks! Takkan peti sejuk sebesar ni? Aku belek kotak
hitam tu.
“Handphone la. Takkan lepas kena dukung dengan
Ihsan, kau dah tak kenal rupa handphone lagi?” selar Farriel.
Kelat muka aku. Masa bila pulak aku kena dukung
dengan Ihsan ni? Apa kes sindir-menyindir aje ni? Takkan
terlebih hormon estrogen kut!
“Lepas ni, kalau kau rasa-rasa macam nak pengsan
lagi ke, nak tergolek ‘dog’ ke, cepat-cepat roger (call) aku!
Jangan nak mengada-ada pengsan depan Ihsan lagi! Unless,
kau memang suka Si Ihsan tu dukung kau la.…”
Farriel bangun dari sofa. Mengatur langkah ke
pintu bilik.
Aik, emosi pulak mamat ni! Entah bila Ihsan
dukung aku entah. Pandai-pandai aje buat cerita dongeng.
Kotak handphone depan mata, aku selongkar isinya. Bestnya,
dapat handphone tu!

“NENDA!”
Belakang Nenda Nerrisa aku peluk. Nenda Nerrisa
yang tengah sibuk menilik orkid di taman mini terkejut.
Namun pelukanku tetap dibalasnya dengan senyuman.
Dibawanya tubuhku duduk di kerusi di tepi taman.
“Kenapa Rianna keluar rumah? Panas kat luar ni.
Demam Rianna baru aje nak kebah.”
“Ala, nenda… demam Adry dah elok la. Adry bosan

67
AD+IZ

duduk dalam rumah. Lagipun, dah dua hari Adry berkurung.


Asyik makan, minum, tidur. Makan, minum, tidur. Lama-
lama gemuk la, Adry.”
Nenda Nerrisa ketawa. Tubuhku dibelai-belainya.
Sayang benar dia denganku. Tengok macam hari tu, sanggup
dia tunggu kat bilik aku semata-mata nak temankan aku
makan. Kemudian dibelikan pulak aku buku cerita dan
majalah. Takut aku bosan katanya. Nenda Nerrisa buat aku
tak kekok untuk tinggal dalam ‘istana’ Tengku Faris alias
bapak mertua aku ni.
“Badan keding (kurus) macam Rianna ni mana la
boleh gemuk. Lain la badan nenda ni. Macam dipam-pam
kalau asyik melepak aje atas katil tu!”
Aku ketawa senang. Rianna… suka benar Nenda
Nerrisa memanggil aku dengan nama tu. Tak tau kenapa dia
tak nak panggil aku Adry. Tak pun panggil Ad, macam Si
Farriel tu selalu buat.
Aku cuit cookies dalam piring. Ngap! Terus masuk
mulut. Hmmm… sedap!
Tiba-tiba Nenda Nerrisa menggenggam jariku. Erat.
Tercengang aku sekejap. Kenapa pulak ni?
“Terima kasih, Rianna… terima kasih banyak-
banyak,” katanya sayu.
Mata Nenda Nerrisa aku pandang. Ada air mata yang
mula bertakung di birai matanya. “Ish, kenapa nenda cakap
macam tu? Terima kasih untuk apa?”
“Sebab sudi berkahwin dengan Aril. Nenda sangat
menghargai pengorbanan Rianna.”
“Hah? Tak ada apa-apa la, nenda. Small matter aje
tu. Lagipun, Adry kan memang ‘cinta’kan Farriel.”

68
Eury Athena

Sengaja aku tekankan perkataan cinta tu. Berlakon


biar real.
Nenda Nerrisa merenung jauh. “Aril tu nampak aje
macam tu. Tapi hakikatnya hidup dia penuh dengan
kesedihan.”
Aku diam mendengar Nenda Nerrisa bercerita.
“Mama dan papa mertua kamu tu selalu sangat
outstation ke luar negara. Kejar harta dunia. Abaikan
tanggungjawab pada anak-anak, terutamanya Aril. Pada
nenda la Aril menumpang kasih. Bila dah besar macam ni,
perangai anak-anak sendiri pun mereka tak faham. Taunya
mengatur hidup budak-budak tu. Kamu sendiri nampak kan
macam mana hubungan mereka anak-beranak?”
Walaupun tak berapa jelas dengan apa yang
diperkatakan oleh Nenda Nerrisa, aku tetap menganggukkan
kepala. Patut la Farriel macam ‘dingin’ aje dengan mama dia.
Dengan papa dia pun ala kadar aje bercakap. Itu pun terhad
pada hal-hal berkaitan kerja.
“Bila Ann pergi, bertambah sunyi hidup Si Aril tu.
Nenda tak pernah tengok Aril senyum apatah lagi ketawa
semenjak hari tu. Sampai la kelmarin….”
“Macam mana dia boleh ketawa kelmarin?” soalku
kurang sabar. Mimpi apa mamat tu sampai tiba-tiba berubah
sikap. Ann tu siapa pulak?
“Rianna muntah kat baju Ihsan masa Ihsan cuba
suapkan Rianna makan. Itu yang dia rasa lawak sangat tu.
Rianna tak ingat, ek?”
Aku pantas geleng kepala. Tapi aku ingat Ihsan ada
datang menjenguk aku. Farriel kata Ihsan dukung aku balik
ke rumah. Nenda kata aku muntah kat Ihsan. Aik, kenapa aku
tak ingat satu apa pun? Dahsyat jugak penangan demam aku

69
AD+IZ

kali ni. Siap amnesia lagi. Hu hu hu… elok jugak tak ingat.
Kalau tak, mesti tebal muka tiga inci bila jumpa Ihsan lagi
nanti.
“Nenda harap sangat kehadiran Rianna ni akan
menceriakan kembali hidup Aril. Dia dah puas menderita.
Biar la dia hidup bahagia lepas ni. Rianna, janji dengan
nenda. Janji yang kamu akan bahagiakan Aril….”
Mata Nenda Nerrisa bersinar-sinar, penuh
pengharapan. Aku jadi serba salah. Kalau la nenda tau yang
aku ni kahwin kontrak aje dengan Farriel…. Perkahwinan
kami akan berakhir sebaik sahaja Marina kembali ke sisi
Farriel atau sekiranya aku sudah mempunyai pilihan hati.
Mana-mana yang terdahulu antara dua perkara itu.
Laungan Hana mengajak aku dan nenda makan
mematikan perbualan kami. Aku mengucap syukur kerana
dapat lari dari situasi ‘tersepit’ itu. Nenda segera kupapah
sehingga ke meja makan. Lawak jenaka Hana menghiasi
perbualan kami sepanjang makan tengah hari berlangsung.

70
Eury Athena

Bab 5
K
ERETA Honda City warna biru
metalik meluncur laju. Aku
tengok meter. 80km/j. Kalau
agak-agak jalan lengang aje sikit, ditekannya minyak sampai
120km/j. Selagi boleh menyelit, dia akan menyelit. Wei, Si
Farriel Izumi ni memang nak suruh aku mati cepat ke? Aku
belum tempah tanah kubur lagi….
“Izumi!” jeritku bila kereta yang kami naiki hampir
dilanggar lori yang entah dari mana datangnya.
Mujur Farriel cepat-cepat mengelak.
“Kan aku kata jangan panggil aku dengan nama tu!”
bentaknya kasar.
“Tu nama kau jugak apa....”
Siapa suruh bapak kau letak nama tu? Aku panggil
aje la. Seronok jugak dapat ‘usik’ dia ni.
“Aku memang tak suka kau panggil aku dengan
nama tu. Aku dah warning kat kau masa sekolah dulu, kan?”
“Bla bla bla… okey, whatever! Macam la special

71
AD+IZ

sangat nama tu! By the way, bila kau nak bayar baki upah
aku jadi ‘awek’ kau tu? Lagi RM20,000.00 tu. Upah aku jadi
isteri kau, kau jangan buat-buat lupa pulak!”
“Ha ha ha… kau ni tak ada kerja lain. Duit, duit,
duit. Kau lahir atas duit ke dulu?” kata Farriel jengkel.
“Aku tuntut hak aku aje. Mana ada benda free dalam
dunia ni. Nak masuk toilet pun kena bayar tiga puluh sen tau.
Ada sesetengah toilet, kena bayar sampai lima ringgit tau!”
Aku buat muncung itik. Dia yang janji! Triple dari
upah yang kononnya Si Marina tawarkan pada aku. Dan
RM2,000.00 ‘bersih’ sebulan. Upah jadi isteri kontrak mamat
senget sebelah aku ni. Masyuk! RM20,000.00 + RM10,000.00
(lima bulan duit gaji aku) = RM30,000.00. Dengan duit
sebanyak tu, dapat la aku bayar hutang ayah tiri aku dengan
Ah Long. Tak payah sakit-sakit kepala lagi fikir. Beres!
Perjalanan kami berakhir di sebuah banglo dua
tingkat. Ia terletak di bahagian paling hujung dalam
deretannya. Tanpa menunggu Farriel, aku terus keluar dari
kereta. Meninjau keadaan sekeliling rumah. Tengok dari luar
aje aku dah jatuh suka. Dindingnya dicat warna kuning
jagung dan putih. Ada garaj yang boleh muat dua buah
kereta. Ada laman sederhana luas di tepi. Hmmm… boleh
tanam bunga macam nenda buat. Letak kerusi batu kat
tengah. Kalau kaya sikit, boleh buat landskap air terjun ke
kolam ikan ke. Petang-petang boleh la minum petang sambil
ambik angin. Huish, tingginya angan-angan! Tapi memang
betul la… betul-betul macam rumah yang aku idam-idamkan.
Kecuali part yang aku kena tinggal dengan Farriel hyppo ni
la… yaiks!
Cermin kereta diturunkan. Farriel julur kepala dari
dalam kereta.

72
Eury Athena

“Hah, apa lagi?” sergah Farriel.


“Apa?” soalku terpinga-pinga. Lupa pulak ada
mamat ni!
“Bukak la pintu pagarnya….”
Hujung bibir atas sengaja aku naikkan sehingga
mencecah bahagian bawah hidung. Apa punya laki! Kerjanya
asyik membuli aku aje. Masa kat rumah mama papa dia lagi
dia dah tunjuk belang. Tak boleh tengok aku senang. Kejap-
kejap…
“Ad dearie, buatkan kopi kurang gula satu.”
Padahal kat meja depan mata dah ada kopi seteko.
Tak nak, katanya manis. Nanti bertambah gemuk. Cheh, tak
nak minum air manis konon. Tapi kalau kat meja makan tu,
lagaknya dah macam orang Somalia, takpe pulak. Aku yang
tengah syok tengok TV dengan nenda, nak tak nak terpaksa la
menapak ke dapur. Kalau tak fikir nenda dan mama papa dia
yang ada sama, nak aje aku mandikan Farriel tu dengan
sebaldi air kopi. Biar dia rasa. Tapi bila aku sukat tahap
kesabaran, untung la masih ada yang berbaki.
Satu lagi taktik dia nak membuli…
“Sayang, briefcase tinggal kat bilik. Tolong ambik.”
Hui… dalam pada nak muntah dengar dia panggil
sayang, aku gagahkan jugak panjat tangga sampai ke tingkat
tiga. Kut ada lif lain la cerita! Patutnya dia la yang kena
exercise turun naik tangga. Biar lemak-lemak dalam badan
dia tu susut. Ni tak, aku jugak yang bertambah slim!
Tapi yang paling sadis…
“Ad, pinggan dengan sudu ni berminyak la. Pergi
ambik yang lain.”
Belum sesudu nasi masuk dalam mulut. Air pun

73
AD+IZ

tak sempat diteguk lagi. Dengan perut yang berirama heavy


metal, aku seret jugak la kaki ke dapur. Nasib rumah orang.
Kalau rumah aku, aku bagi dia makan atas pinggan kertas.
Nak tambah sadis, aku bagi daun pisang aje buat alas. Biar dia
rasa. Manja tak bertempat. Kalau dah depan mama papa dan
nenda dia buat aku macam tahanan juvana, bila dah dok
rumah sendiri ni, aku tak tau la apa bentuk ‘seksaan’ dia akan
‘hadiahkan’ kat aku.
Dalam pada mengomel tu, pintu pagar tetap aku
buka. Yelah, aku ni kerja makan gaji. Kena la patuh.
Pintu rumah dibuka oleh Farriel.
Pergh! Macam tongkang pecah. Tak ubah macam
kapal Jack Sparrow lepas kena serang dengan sotong kurita
bersaiz giant tu. Almari, rak kasut, kotak-kotak, beg baju
berlambak sana sini. Habuk tak usah cerita la. Lagi tebal dari
tapak kasut aku ni!
“Wei, kau cakap kau dah kemas rumah ni! Kau tipu
nenda, ek?”
Farriel angkat bahu dengan wajah selamba. “White
lies! Aku tak nak sia-siakan duit gaji yang aku bagi kat kau
tu!”
Jawapan yang dia bagi… memang marvelous! Ei,
geramnya aku tengok muka dia! Rasa nak ‘uli-uli’ aje muka
dia yang cerah tu.
Farriel menghilangkan diri di tingkat atas. Tak lama
kemudian dia turun dengan memakai t-shirt kusam berwarna
biru bersama jeans yang dah koyak di bahagian lututnya.
“Tunggu apa lagi? Pergi la tukar baju! Kemas mana yang
patut.”
Bila dilihatnya aku masih kebingungan, Farriel
menyambung arahannya.

74
Eury Athena

“Dalam masa tiga puluh saat, Ad! Kalau kau tak siap
jugak, aku potong gaji kau! RM10.00 for every seconds,”
katanya bersungguh-sungguh.
Mendengar kata-katanya, tangga pantas aku daki.
Aku angkut sekali beg pakaian. Menukar pakaian secepat
mungkin. Apa punya arahan da…. Mengalahkan trainee kat
akademi polis. Yang tak tahan tu, siap bagi masa lagi. Kalau
lama takpe jugak. Ni setakat tiga puluh saat. Okey, siap!
Tangga rumah aku turuni.
“Lambat sembilan saat. Potong RM90.00.” Ujar
Farriel sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
Aku hanya mampu mengeluh. Kau ingat aku robot
ke apa? Takpe… kenakan la aku selagi boleh. Sampai
masanya, giliran kau akan tiba pulak! Revenge!!!!

FARRIEL celikkan mata. Jam di sisi pantas dicapainya. Tujuh


tiga puluh minit pagi? Alamak… dah lambat! Mampus!
Terbabas subuh aku! Bertuah punya Ad. Bukannya nak tolong
ketuk pintu, kejut aku. Nama aje jiran sebelah bilik.
Pintu bilik dibuka. Cuba mengesan di mana
kedudukan Ad. Bila didengarnya bunyi bising di dapur, dia
membuat kesimpulan bahawa Ad sedang memasak. Perutnya
terasa lapar serta-merta. Tuala mandi dicapai. Siap mandi ala
kadar, pakaian dalam almari diselongkarnya. Mencari kemeja
yang paling tak berkedut. Setelah berpuas hati dengan
penampilannya di cermin, baru la dia turun.
Suasana rumah senyap sunyi. Ad tak kelihatan di
mana-mana. Dah blah ke mana pulak? Lantak la! Tudung saji
atas meja dibuka. Masa untuk makan.

75
AD+IZ

Apa ni???
Sudu, garpu, pinggan, gelas, semua elok
susunannya. Masalahnya pinggan dan gelas yang ada,
semuanya kosong. Tak ada isi. Ke... lutsinar makanan yang
dihidangkan dek Ad ni? Nota di atas meja dicapai oleh Farriel.

To Izumi: Orang diet tak boleh makan banyak-


banyak. Makan banyak angin takpe… sebab
angin free dan tak menggemukkan!
~AD~

Kertas kecil itu direnyukkan.


“Aaa… ddd!!!!”
Aku yang baru nak melangkah masuk ke dalam
teksi, tersengih-sengih macam kerang busuk sebaik sahaja
terdengar jeritan Farriel. Padan muka kau! Ada ubi ada batas,
ikut hati hari-hari aku nak balas!

“HA ha ha… baru padan muka dia!”


Hana gelak besar mendengar cerita minggu lepas
yang aku import dari rumah.
Gelak aku pun berterabur. Tak larat nak kutip lagi
dah bila membayangkan wajah kebulur Farriel.
Kami dah tak ambik pusing pengunjung-
pengunjung Midvalley. Biarlah! Datang sini nak bergembira.
Nak release tension. Deretan kedai terus kami jelajahi.
Tangan aku dan Hana sudah penuh dengan barang yang
dibeli. Kebanyakannya pakaian dan barang yang dirasakan

76
Eury Athena

sesuai untuk aku. Tak sempat nak buka mulut, dia dah bawa
ke kaunter. Hulur sekeping kad, cashier swap kad, barang
terus masuk dalam beg plastik. Memang indah jadi orang
kaya.
“Since bila abang jadi….”
Aku penuhkan mulut dengan angin. Kembang pipi
di kiri dan kanan.
“You mean jadi ‘chubby’ gitu?”
Hana gelak tengok aksi aku mengejek Farriel.
“Yap!”
Kasut pink tumit tiga inci aku pandang dengan
wajah ngeri. Eeuuww… ada ke orang nak pakai kasut tinggi
macam tu? A good way to torture your feet. First time aku
pakai kasut setinggi tu, malam pernikahan antara aku dan
Farriel. Seksanya? Tuhan aje la yang tau. Terpelecok tak
payah cerita la. Itu dah semestinya. Nasib baik tak
menyembah ke bumi aje.
Tangan Hana aku tarik keluar dari kedai kasut.
Sebelum dia berkenan, baik aku jauhkan pandangan dia dari
kasut-kasut mahal tahap belanja makan aku tiga empat hari
tu. Tak pasal-pasal dia suruh aku try pakai nanti.
“Well, since he’s in and out of hospitals. Akak tau
kan abang pernah sakit?”
“Yeah….”
Apa tak taunya? Siap pengsan-pengsan kat sekolah
lagi. Sampai riuh satu sekolah. Otai tegar sekolah pengsan
masa show amal. Tu belum kira kejadian kat padang dan lain-
lain lagi.
“So, has he fully recovered?”
Kedai accessories aku attack.

77
AD+IZ

Hana ikut aje. Sama dia menilik cermin kaca di


situ. Gelang kristal menarik perhatiannya. “So far, yes. But
he’s got new diseases la pulak!”
“Penyakit apa la pulak tu?”
Risau pulak aku mendengar kenyataan Hana. Mana
tau, kut-kut dia ada penyakit anjing gila. Tak ke parah aku
nanti?
“Obesity plus loveholic dengan akak. Ha ha ha…!”
jawabnya.
Aku join gelak. Budak tu loveholic dengan Marina.
Tak berkenaan dengan aku pun; hidup atau mati.
“Ada-ada aje la Hana ni! Nak beli ke?” tanyaku bila
dia mengacukan seutas rantai tangan ke pergelangan
tangannya.
“Not for me,” jawabnya sambil menggelengkan
kepala.
Hana acu seutas ke pergelangan tanganku pula.
Dapat sambar seutas, Hana menyeret aku ke kedai seterusnya
pulak. Kedai baju… lagi! Aku yang pakai sport shoes pun rasa
dah tak larat nak jejak lantai, Hana yang pakai heels… aku
tak pasti la pulak. Dah biasa kut!
Tiba-tiba Hana berhenti melangkah.
Tanpa signal, aku terbabas melanggar belakang
badannya. Hana pandang aku. Lama. Macam mengenal pasti
sesuatu.
“You know what… bila tengok akak ni, Hana
macam teringat sesuatu….”
“Hmmm… ye ke?”
“No… I mean, akak mengingatkan Hana pada
something and someone!”

78
Eury Athena

Pulak dah….
“Yeah?”
Hana diam seketika. Memerah otak. Beberapa saat
kemudian, dia memetik jari. “Hmmm… macam Kak Ann.
Tengok akak, terus teringat kat dia. Sempoi, kelakar, nakal,
and cute. Boleh kata semua sama la….”
That’s it! Ann lagi. Who is this Ann anyway?
Mystery girl? Awek Farriel jugak ke? Apa, hyppo tu player ke?
Nenda pun ada jugak dok sebut-sebut nama pompuan ni hari
tu. Eh, aku emo (emosional) tiba-tiba ni apehal pulak? Biar
la Si Farriel tu nak jadi stokis pompuan ke, apa ke. Takde
kena-mengena dengan aku!
“Rupa kami, tak sama?” soalku. Sekadar menyakat.
“Tang tu, tak pasti sangat la sebab Hana kecik lagi
masa tu. Lagipun, Hana tak stay kat Malaysia. Sekali-sekala
aje balik. Ikut mama dan papa stay kat Amerika. Tapi, Hana
ingat sangat yang abang banyak lukis gambar sorang
pompuan ni. Hana jumpa masa selongkar bilik dia. He he…
jahat, kan? Rupa dia sebijik macam muka akak.”
Aku turunkan bahagian bawah mulut. Farriel Izumi
lukis gambar aku? Ridiculous! Unreasonable! Nehi kabi nehi!
Tak mungkin! Pandang muka aku pun dia tak ingin. Nikan
pulak nak abadikan aku dalam lukisannya. Dan aku rasa
sangsi jugak mamat takde emo tu boleh melukis. Coz I can’t
imagine and I don’t think he can dedicate into something…
ha ha ha… no offense!
“Tapi bila fikir-fikir, macam tak logik la pulak….”
Hana buat muka keliru.
“Kenapa pulak?”
Pening dah aku dengan Hana ni!

79
AD+IZ

“Seingat Hana, pompuan dalam lukisan tu rupa


macam akak, tapi Hana tak rasa pompuan tu adalah akak.
First of all, you all met three years ago. Gambar tu Hana
jumpa five years ago. Tak mungkin, kan?”
Aku angguk. Tak ada sesiapa pun tau aku dan
Farriel pernah satu sekolah. Diorang kan ingat aku ni Marina
Irriani, pramugari yang ditemui semasa dia menuntut di luar
negara.
“Secondly, kalau tak silap la, pompuan dalam
gambar tu ada parut, somewhere kat muka dia. But, you
don’t have any! Hmmm… bukan kut!”
Hana masih kerah otak supaya mengingat.
Aku dah tak minat nak dengar. Dah tentu-tentu Si
Farriel tu takkan lukis muka aku. Siapa aku? Ada ke orang
nak lukis gambar musuh sendiri? Lagipun muka budak
pompuan tu ada parut. Aku… alhamdulillah la tak ada parut
walaupun teruk aku kena dera dengan mak dan ayah tiri aku
dulu.
Bunyi nyaring dari handphone mencuri tumpuan
kami.
Hana segera mengeluarkan handphone dari begnya.
Skrin handphone dipandang dengan rasa pelik. “Abang Aril?
Apa hal pulak ni?”
Bahu kuangkat tinggi.
“Jawab la,” cadangku.
Hana mengangguk. Butang hijau diikuti
loudspeaker ditekannya. “Helo! Abang…!”
“Hana, Kak Ad ada dengan Hana ke?”
Suara Farriel kedengaran mesra.
“Haah! Beli barang sikit. Kan Hana dah mesej,

80
Eury Athena

cakap nak ‘pinjam’ dia kejap. Lupa, ek? Takkan tak boleh
pisah kejap kut?” perli Hana.
Dijelingnya aku. Aku buat bodoh aje. Blaus berderet
depan mata, aku tilik satu per satu. Cantik jugak yang ni.
“Ops, sorry! Lupa la….”
“Ha ha ha… tanda-tanda umur dah senja la tu!”
Mengekek tawa aku dan Hana.
“Oit, mulut ada insurans tak tu?! Ad sayang, I know
you’re listening. Don’t you know how to pick up your phone,
darling? Kalau tak tau, I will give you ‘special’ lesson just on
how to pick up the phone. Tak kesian ke kat I? Nak tercabut
jari hubby you ni menelefon tau!”
Sayang? Hubby? Aku tahan muntah.
Meleret senyum Hana.
“Wow! Special lesson?! Abang tak pernah pun bagi
special lesson kat Hana. Hana baca manual handphone aje.”
“Hana lain. Kak Ad lain. Dia tu slow learner!”
Oui… sedapnya mulut mengata. Bukan menyirap,
dah meng‘oren’ darah aku mendengar dah ni!
“Okey la… jangan pinjam my wife lama-lama
sangat, sis. Home is not home at all without her. ‘Miss’ you
so much, Ad! Bye!”
Talian diputuskan.
“Sweetnya… tak sangka pulak abang Hana yang
‘batang kayu’ tu romantik orangnya! I think he misses you so
much! Terpaksa la Hana ‘pulang’kan akak cepat-cepat!”
Ha… yelah tu! Dia bukan ‘miss’ aku macam yang
Hana fikirkan. Dia cuma rindu nak jerit-jerit dan arahkan aku
buat itu ini aje. Dalam pada tu, telefon bimbit aku seluk dari

81
AD+IZ

dalam poket. Nak tengok kebenaran kata Farriel. Mak aih!


Empat puluh missed calls. Tiga mesej menanti untuk dibaca.

Ad, where is my shirt? Aku suruh kau jahit aje


baju tu. Bukan suruh tenun benang untuk
buat baju tu!

Ad, pick up the phone! Pekak ke? Lain kali set


tone 5 la! Tak dengar jugak, pasang vibrate!

Ad, sabar aku ada batas, ok… answer your


phone!

Huwargh huwargh huwargh… ingatkan android


tanpa perasaan tadi. Rupanya android version baru. Ada rasa
marah. Entah apa-apa entah. Baju t-shirt punya la banyak.
Standard la kan, anak orang kaya. Melainkan dia ni kategori
‘taik hidung masin’ la….
Tapi, yang aku pelik sangat, dia nak jugak pakai
t-shirt hijau ala-ala coklat macam warna daun nak mati tu.
Boleh kata every night. Kalau cantik takpe la jugak. Ni tak,
dah bertahi lalat pun. Dah nak lunyai! Aku agak kalau letak
kat luar, segala jenis kulat boleh buat habitat kat situ.
Dek kerana tension tengok keadaan baju yang
begitu menyedihkan tu, aku ‘sedekah’ baju tu kat tong
sampah. Yelah, nak jahit macam mana, kan? Dah teruk sangat
keadaannya. Nak buat kain buruk pun, ‘warga dapur’ tak nak
terima. Nasib kau la, Izumi… duit tinggi bukit, baju kat kedai
pun berlambak-lambak. Get a new one!
“Hai!”

82
Eury Athena

Kepala segera kuputar ke arah suara tersebut.


Elok aje Ihsan bersandar kat dinding luar kedai.
Dengan senyuman tahap peluntur iman, Ihsan memang
mengganggu gugat ketenteraman pengunjung-pengunjung
wanita kat situ.
“Apa awak buat kat sini?” soalku pelik.
“Sorry, Kak Adry... Hana ada janji dengan kawan
jap lagi. Tapi… jangan risau, Hana dah cari ‘driver’ untuk
hantar akak balik. Bye!”
Dengan kata-kata itu, Hana pantas berlalu pergi.
Meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga ala-ala rusa
masuk kampung.
Ihsan masih tetap tersenyum.
“Makan mushroom fried chicken rice in claypot,
jom!” ajaknya.
Setengah jam kemudian, kami dah menghadap nasi
goreng cendawan dalam claypot. Aku masih kaku menghadap
claypot yang berkepul-kepul asapnya.
Ihsan dah mula menyudu. Merah padam mukanya
menahan panas. “Kenapa tak makan? Tak lapar? Tak sedap?”
Aku geleng kepala. Dengan Hana tadi dah banyak
benda aku sumbat dalam perut. Sushi la, nasi ayam la, corn
la, dan entah apa-apa lagi. Sekarang perut pun dah naik sebu.
“Awak ni tak kerja ke? Bukan awak kerja kat US ke?”
“Dah berhenti.”
Sesudu lagi masuk ke mulut. Lapar benar mamat
ni!
“Habis tu, sekarang buat apa?”
“Duduk. Merewang. Bercuti. Cuci mata. Enjoy!”

83
AD+IZ

“Mmm… gaya orang tak ada tujuan hidup aje!”


“Weih… mulut. Bisanya!”
“Betul la tu! Tak buat apa-apa. Pleasure semata-
mata. Menghabiskan harta mak bapak aje. Saya paling benci
laki macam tu!” selarku.
Ihsan berhenti menyudu. Matanya tepat
memandang wajahku. Ada riak bengang di wajahnya.
Ada aku kisah?
“Oh, ye ke? Pandai cakap orang. Awak, apa tujuan
hidup awak? Kahwin dengan orang kaya, kaut harta dia
sampai dia jatuh miskin. Gitu?” tuduhnya.
“Cup, cup… bukan saya yang nak kahwin dengan
Farriel Izumi tu, ek! The next thing you should know, saya ni
bukan pompuan materialistic!”
“Yelah tu… so, lepas ni apa? Lahirkan the next heir
of Izumi Corporations?”
“Hah? Apa?! Tidak sama sekali!”
Ihsan ketawa besar melihat wajahku yang kelat dan
blushing.
Mamat ni memang suka ketawa dan tersenyum.
Muka pun nampak manis aje. Kenapa la Si Izumi tu tak suka
ketawa, ek? Okey, kalau tak ketawa pun, at least senyum.
Tentu kacak macam rupa Ihsan sekarang. Isk, apa aku fikir
ni? Aku ketuk kepala sendiri.
“Awak okey tak ni?”
Jam kukerling. Pukul sembilan malam. “Okey. Jom
balik!”

84
Eury Athena

SAMPAI aje rumah, Farriel dah tunggu kat ruang tamu.


Bersedia untuk menjalankan proses soal siasat. Beg-beg
kertas aku campak ke sofa, sebelum mencampakkan diri
sendiri ke sofa hitam tu. Letih gila!
“Siapa tu?”
Muncung mulut dihala ke arah jalan. Menunjuk
kereta Ihsan yang dah berlalu pergi.
“Ihsan,” jawabku malas.
“Ihsan? Kata keluar dengan Hana?” soalnya pelik.
“Memang la. Tapi Hana ada hal tadi. So, dia suruh
Ihsan hantarkan.”
“Okey. Whatever! Mana baju aku?”
“Aku dah buang!”
“You… what?”
Kedua-dua kening Farriel seperti ingin bertaut.
“Aku dah buang baju tu!” jawabku dengan yakin.
Soal Farriel dengan mata merah menyala, “you’re
joking, kan?”
“Nope!”
Muka Farriel merah padam. Dia mundar-mandir.
Tangannya pulak mengusap-usap belakang leher. Kemudian
ubun-ubun kepala pulak. Matanya dah macam mata burung
helang nak makan mangsanya.
“Siapa yang bagi kebenaran kau buang baju tu? Kau
ni bodoh ke pekak? Aku suruh kau jahit bahagian yang koyak
aje. Bukan buang!” tempiknya.
Betul-betul kat depan muka aku. Terkejut aku
dibuatnya.
“Baju tu dah nak hancur! Agaknya sebelum aku

85
AD+IZ

jahit, baju tu dah lunyai. Pakai aje la baju lain! Kau bukannya
miskin baju pun!”
“Kau memang tak faham! Langsung tak faham! You
know what? Kau adalah pompuan yang paling bodoh dan
menjengkelkan yang pernah aku jumpa!!!”
Pandangan ‘maut’ tu diberikan lagi padaku,
sebelum dia naik ke atas. Pandangan yang sama. Pandangan
yang pernah diberikan kepadaku masa sekolah dulu.

ENAM orang pelajar lelaki muncul entah dari mana. Gaya


pakaian dan cara jalan, dah macam crook dalam cerita koboi.
Selebet. Necktie entah ke mana. Kemeja putih tak tight-in.
“Adly… my friend!” tegur salah seorang daripada
mereka.
Head boy, Senior Adly tetap tenang.
Fasilitator yang lain tidak mengendahkan mereka.
Sibuk membuat persiapan untuk acara riadah sebentar nanti.
“Qhuz… and the gang. Tolong jangan kacau junior-
junior ni. Diorang ada program ni.”
“Bagi la kami mesra-mesra dengan diorang.
Diorang junior kami jugak apa. Dah tiga hari diorang dengan
korang. Kita orang pun ada buat ‘special program’ untuk
diorang apa?” kata senior yang satu lagi.
Pelajar junior yang duduk ala-ala berkelah di tepi
pantai, mula bergosip sesama sendiri. Berdengung tengah
padang. Matahari yang masih memancarkan kehangatan
petang bukan lagi menjadi isu. Masing-masing sudah terbiasa
‘dipanggang’ sejak mengikuti minggu orientasi.

86
Eury Athena

“Siapa diorang ni?” bisik Jue di sebelahku.


“Kau ingat aku kenal,” jawabku perlahan.
Jue menggeleng. Tanda tak faham.
Aku angkat bahu. Group yang aku sendiri gelar
Enam Jahanam masih ‘berdebat’ di tepi padang. Tiba-tiba
salah seorang senior bermuka cengil dalam group tu
memandang kami. Macam nak telan orang aje gayanya.
“Woi, junior! Tundukkan kepala korang! Jangan
angkat kepala selagi aku tak suruh! Faham?!”
“Faham!” jerit kami. Kami melakukan seperti yang
disuruh. Nak tak nak, kepala terpaksa ditundukkan. Mengira
setiap helai rumput di padang.
“Siapa nama kau?”
Entah bila ‘dia’ berada di situ. Tau-tau aje dah
mencangkung menghadapku.
“Woi, nama kau siapa? Bisu ke apa?!”
Bingit telinga aku ditempik. Aku tak ada suara la,
bodoh! Dah korang dera kami melalak tengah padang siang
malam pagi petang. Pen dan kertas aku keluarkan dari poket
fail. Kertas ditarik. Cuma dua huruf ditulis – AD.
“Ad? Tu aje nama kau?”
Suara garaunya terus mengasak telingaku.
Aku mengangguk dalam keadaan tunduk. Nak
jawab, takde suara.
“Woi! Aku tanya ni. Jawab la. Jangan kurang ajar,
boleh tak?”
Buta apa? Dah macam burung belatuk aku
mengangguk tadi. Dengan rasa marah, kepala aku dongakkan
ke atas. Setentang dengannya. Itulah kali pertama aku

87
AD+IZ

bertentang mata dengan insan yang hanya mahu dikenali


tanpa gelaran tengku di pangkal namanya. Farriel Izumi.
Sebaris nama itu masuk dalam kotak memoriku. Dan hatiku.
Dia hanya memandangku. Tanpa suara. Tanpa
reaksi. Cuma memandang dengan mata terbelalak dan mulut
ternganga. Aku tak pasti mengapa. Yang pastinya, wajahnya
seperti ternampak hantu. Pandangannya aku klasifikasikan
sebagai pandangan ‘maut’ tahap ICU.
“Aril!”
“Aril, kenapa dengan kau ni?”
Dia tetap kaku di situ. Dan matanya masih melolot
padaku, sebelum dia dibawa pergi oleh rakannya.
Kami terus berpandangan sehinggalah jasad kami
hilang dari pandangan masing-masing. Pandangan yang
membuatkan aku tak lena tidur malam; memikirkan mesej
tersirat pada pandangannya itu.
Farriel Izumi….

88
Eury Athena

Bab 6
S
UASANA ketika pendaftaran
memang sibuk gila. Orang...
tak payah cerita la. Berjuta-juta
lemon. Macam semut banyaknya. Anak yang masuk kolej
sorang, yang menghantarnya kadang-kadang sampai sekerat
bas. Tu pasal la ramai. Apa pun, untung la jadi diorang.
Ada famili yang ambil berat, support usaha diorang untuk
melanjutkan pelajaran.
Macam aku, tercangak-cangak la sorang-sorang kat
sini. Si Farriel tu cuma mengingatkan melalui mesej
semalam. Dalam mesej ringkas tu, dia mengingatkan aku
untuk mendaftar hari ni. Yuran pengajian semua dia dah
uruskan dengan ‘orang dalam’. Tinggal lapor diri aje. Yang
tak tahan tu, course apa aku nak ambik pun dia dah siap
pilihkan. Memang style dictator!
Entah mana nak pergi dan mula, aku pun tak tau.
Bukan tak boleh bertanya pada warga ‘urusetia’ pendaftaran
ni, cuma hari ni, aku rasa berat mulut pulak. Mungkin
penyakit ‘bisu’ Si Farriel dah berjangkit kat aku. Maka,
tercongok la aku kat sini sorang-sorang sambil peluk fail.

89
AD+IZ

Handphone yang berbunyi aku keluarkan dari tas


tangan. Jangan tak tau, aku sekarang dah jadi lady. No more
jeans, long sleeve t-shirt and sport shoes. Sekarang dah
belajar pakai heels pun. Baju pun blouse and slack sekarang.
Ni semua berkat tunjuk ajar Si Hana la ni. Macam mana aku
boleh terjebak, aku pun tak pasti. Mungkin naluri kewanitaan
aku dah ada kut.
“Assalammualaikum… helo!”
Kalau Islam, jawab. Tak Islam abaikan aje la ucapan
salam tu.
“Waalaikumsalam. Sejak bila awak jadi patung
cendana kat situ, Adry? If you do, saya rasa awak la patung
cendana yang paling cun dan Islamik sekali dalam dunia.”
Suara Ihsan menyapa telingaku. Aik, mana pulak
dia tau aku jadi patung tak berbayar ni?
“Ihsan?”
“Hmmm… black and yellow blouse, white slacks
and heels, and tudung. Dari tadi saya tengok awak dok
pegang tiang tu. Tiang tu belum nak runtuh lagi, tak payah la
susah-susah nak pegang….”
“Ihsan, awak kat mana sebenarnya ni?”
Naik meremang pulak bulu roma aku bila Ihsan
boleh describe baju yang aku pakai, even apa yang aku tengah
buat. Dia ni pasang spy ke apa? Entah-entah, dia ada letak
micro camera kat mana-mana tak? Kat handphone aku,
mungkin?
“Sini… right in front of your eyes,” jawabnya dalam
tawa. Mungkin lucu dengan reaksi aku yang mula panik.
Aku perhatikan segenap manusia yang ada. Mencari
muka Ihsan di mana-mana.

90
Eury Athena

Nun di tengah-tengah kelompok manusia yang


sibuk dengan urusan pendaftaran, dikelilingi gadis-gadis
cantik bergaya ala-ala model, Ihsan melambai-lambai ke
arahku. Aku ukir senyuman. Entah mengapa, bila melihat
Ihsan di situ, aku rasa lega. Mungkin sebab antara ribuan
manusia di sini, akhirnya aku dapat berjumpa dengan muka
yang aku kenal. Entah la….
Ihsan meninggalkan ‘peminat-peminat’nya.
“Buat apa kat sini?” soalnya apabila tiba di
hadapanku.
Aku melihat gadis-gadis yang ditinggalkan oleh
Ihsan tadi. Terpamer riak kecewa di wajah masing-masing.
Aku tunjukkan fail berisi dokumen peribadi dan
beberapa dokumen lain untuk mendaftar masuk.
“Nak mendaftar. Awak pulak buat apa kat sini?”
“Saja, tolong-tolong member….”
Ihsan menunjukkan ‘member’ yang dimaksudkan.
Kumpulan gadis yang ‘ditinggalkan’ tadi melambai ke
arahnya.
Aku angkat kening aje. Playboy diraja….
“Saya tak tau pun awak sambung belajar kat sini.
So, dah selesai mendaftar ke?” tanya Ihsan.
Bau perfume Ihsan yang entah apa jenamanya
menjengah masuk ke hidungku. Aku menjarakkan sedikit
kedudukan badan kami. Bimbang ‘cedera’ dipanah dengan
jelingan mata peminat-peminat Ihsan yang leka
memerhatikan kami di sebelah sana.
“Belum! Tak tau nak mula dari mana,” kataku
dengan muka bingung.
“Okay. Let me help you!”

91
AD+IZ

Belum sempat aku menjawab, lelaki yang lengkap


berkemeja biru muda, necktie warna sedondon dan slack
hitam itu dah merampas segala dokumen yang ada di
tanganku.
“Okay. First, kita kena pergi kat ‘that’ counter.
Check your name, course, then hand over your medical
check up… bla bla bla….”
Aku tarik bibir ke atas. Tersenyum melihat wajah
Ihsan yang merah akibat dibakar dek sang mentari,
bersungguh-sungguh menerangkan proses pendaftaran yang
perlu aku jalani.
“Awak dah jadi urusetia ‘tak bergaji’ kolej ni, ek?”
Sambil berjalan, Ihsan kenyit mata kirinya. “I’m
good at this, anyway…”
Pap! Masa tu la aku terlanggar dengan sorang
pompuan ala-ala peserta American Next Top Model. Tak habis
sakit bahu aku berlaga dengan bahunya, telinga aku pulak
sakit menadah sumpah seranahnya.
Ihsan pulak tak berkelip-kelip pandang pompuan
tu. Hurm, lelaki ni… pantang tengok pompuan lawa dan
seksi!
“Woi, buta ke? Mata letak kat lutut? You ni… bla
bla bla…” marah pompuan rambut ‘karat’ tu.
Bahunya yang terdedah, diusap-usapnya. Langgar
sikit aje, mulut dia yang lebih-lebih! Lelaki di sebelah cuba
menenangkannya.
“Maaf, cik… saya tak sengaja!”
Masa tu la, aku perasan yang pompuan kat depan
aku ni bukan orang lain. Budak batch aku kat sekolah dulu.
Farah Adilla!

92
Eury Athena

Farah menilik muka aku. Lelaki sebelah dia pun


join sekaki. Laki ni siapa pulak, ek? Muka macam familiar….
“You ni, Adry kan? Sekolah Menengah Sri Bistari?”
Dia kenal! Nak tak nak terpaksa la aku angguk.
Takkan nak tipu? Kenyataan depan mata.
“No wonder you’re so clumsy. Dari dulu tak
berubah-ubah. Belajar sini jugak ke? You tak pernah putus
asa nak goda lelaki kaya, kan? Macam zaman sekolah dulu....”
Aku diam sambil telan air liur. Telan sekali kata-
kata Farah yang pedas mengalahkan sekilo cili padi. Speaking
of yourself, huh? Excuse me, aku ke kau yang nak goda lelaki
kaya?
“Since today is your first day, aku maafkan kau.
Next time, you’ll be sorry for yourself!”
Farah terus blah dari situ. Aiyer… jumpa pulak
minah garik tu kat kolej ni! Laki sebelah Farah tu masih
pandang aku. Tak puas hati sebab aku langgar awek kau tadi?
Relaks la, aku bukan langgar kau pun….
“Adrianna Mayesa?”
Aku pandang muka lelaki tu. Kali ni pandang
dalam-dalam. Eh, aku kenal mamat ni! Abang tiri pompuan
garik tadi. Diulang, abang tiri Si Farah. Tu pasal la perangai
diorang berbeza gila. Macam Hitler dengan Mother Teresa.
Lebih kurang la....
“Senior Adly? Headboy 2001 Sekolah Menengah Sri
Bistari? Kan?”
Senior Adly senyum dan tunduk kepala sikit…
pemalu dengan pompuan senior ni.
“Tak sangka jumpa Adry kat sini… belajar sini
jugak ke?”

93
AD+IZ

“Gitu la nampaknya…” jawabku sopan. Control,


control….
“Yang ni, siapa? Pakwe?” duga Senior Adly.
Ihsan mengalih pandang dari muka Farah yang dah
macam cacing kepanasan tak jauh dari kami.
“Saya Ihsan. Sepupu Adry.”
Ihsan cover line… fuh, nasib!
“Saya Muhammad Adly, senior Adry masa sekolah
dulu.”
Mereka berjabat tangan.
“Tak sangka pulak Adry dah berubah. Dulu lagak
macam tomboy sikit. Nak tegur pun takut. Sekarang...
nampak feminin…” komen Senior Adly.
“Abang! Cepat la!” jerit Farah lantang.
Kalau tak kerana Farah mengepit buku, aku dah
kata Si Farah ni Tarzan versi pompuan!
“Okay, I have to go. Nanti mengamuk pulak tuan
puteri tu. Anyway, nice to meet you, Adry, Ihsan….”
Senior Adly menghampiri Farah yang dah
menghentak-hentakkan kaki macam budak umur tiga tahun
yang tak dapat aiskrim.
“Siapa tu?” soal Ihsan kurang sabar.
“Senior Adly. Dia…”
“Bukan Adly. I mean, ‘that’ Farah.”
“Ooo… minah garik tu ke?”
Ihsan depa tangan. Tak dapat menangkap kataku.
“Farah tu ex-classmate saya. Kalau nak tau, tu la
Ketua Kelab ‘kipas-susah-mati’ Tengku Farriel Izumi. Siap

94
Eury Athena

keluarkan buletin pasal Farriel lagi. Pengikut dia aje ada lebih
seratus orang, termasuk ex-schoolmate kami. Jangan main-
main! Dia tu dah tahap obses dengan sepupu awak tu, tau!”
Biasa la. Gadis yang tipikal. Nak lelaki yang hensem,
kacak bergaya, tinggi, kurus, pandai, kaya, maco, gentleman,
kalau romantik memang markah bonus la, leadership,
showmanship, pendek kata semua ciri-ciri baik yang seorang
lelaki patut ada.
Dan Tengku Farriel Izumi boleh dikatakan ada ciri-
ciri idaman semua pompuan tu. Tu yang jadi buruan tu. Tapi
kalau Si Farah tu tengok Farriel versi sekarang, aku tak pasti
la dia masih nak jadi Ketua Kelab ‘kipas-susah-mati’ Tengku
Farriel Izumi dia tu lagi atau tidak. Nak-nak lagi bila tau aku
dah kahwin dengan Si Farriel.
“Kipas-susah-mati tu apa?”
Nak tergelak aku dengar soalan Ihsan. “Die-hard
fans la. Ingatkan tau… omputih celup betul!”
Ihsan buat muka cute-tak-bersalah.
“Ooo… since awak dah kahwin dengan Farriel,
maybe saya ada peluang la dengan Farah. Be my postman,
boleh?”
Aku kecilkan mata. Anak mata kutala ke atas.
Seolah-olah tengah berfikir. “Boleh, dengan syarat…
pengerasnya kena tebal la….”
Ihsan ketawa. Tengok muka, aku tau dia tak
bersungguh dengan kata-katanya sebentar tadi.

HARI Selasa. Tujuh lima belas minit pagi. Rumah senyap dan
sunyi. Kereta Honda City biru metalik dah tak kelihatan kat

95
AD+IZ

porch. Kertas kuning melekat kat board menghala ke dapur


aku tanggalkan dan baca.

Kemas rumah. Dah macam dilanggar todak!


Gosok semua baju atas ironing board.

Sejak malam tu, malam aku bergaduh dengan


Farriel pasal baju tu, Farriel langsung tak berbunyi dengan
aku lagi. Dia automatik jadi bisu. Mute. Rumah pun jadi
sunyi-sepi. Tak ada lagi jerit pekik Farriel memarahi atau
mengarahkan sesuatu padaku. Semua arahan diberikan
dalam bentuk bertulis. Itu pun kalau betul-betul dirasakan
perlu.
Benda-benda yang dulunya bukan main payah dia
nak co-operate and tolerate, dah tak jadi masalah lagi pada
aku. Sepanjang tempoh cold war ni, Farriel dengan rela hati
bagi kerjasama. Contohnya, bab mengeluarkan baju kotor
dari dalam bilik. Selama ni, memang susah gila la nak suruh
ambik dan letak baju kotor dalam bakul. Aku bukan tak boleh
nak ambik sendiri masa dia dah blah pergi kerja. Tapi
masalahnya…

Peraturan keenam : Bilik tidur pihak kedua


adalah kawasan larangan. Memasuki, secara
sengaja atau tidak, dianggap menceroboh.

So, hari-hari terpaksa la aku membebel suruh dia


keluarkan baju kotor dia dari master bedroom yang aku gelar
lohong hitam tu. Anehnya, dalam tempoh perang dingin ni,
boleh aje pulak dia keluarkan dan letak baju dalam bakul tepi

96
Eury Athena

washing machine. Tak payah nak diketuk pun. Tak payah


bersuruh langsung.
Dia sekarang pun tak ada lagi bising suruh aku buat
itu ini. Kira most of the time aku free and available la nak
buat apa-apa pun. Tapi bila dah banyak sangat masa senggang,
aku jadi bingung pulak. Aku dah tak kerja kat butik lagi gara-
gara menurut arahan Farriel. Katanya, dia takut ada kaum
kerabat dia tau. Tapi aku curi-curi jugak tolong mana-mana
yang patut. Kesian kat Puan Karen. Bukan senang nak cari
pekerja baru. Business butik dia sekarang pun tengah
kencang. Tak menang tangan menyiapkan tempahan.
Nak ajak kawan keluar jalan-jalan atau bersembang?
Siapa yang boleh diajak bersembang? Nak-nak lagi hari
bekerja. Dah tentu-tentu diorang busy kerja. Ada tak ada pun,
Si Hana. Tapi budak tengah tunggu result SPM tu pun ada
social life dia sendiri. Takkan nak berkepit dengan aku
sepanjang masa. Ihsan? Takkan nak keluar dengan dia
semedang (selalu). Tu namanya mengundang skandal. Dah la
hari tu aku sepanjang hari dengan Ihsan, menguruskan
pendaftaran masuk kolej.
“Kenapa ambik business? Bukan ke awak minat
fesyen, menjahit?”
Kemusykilan jelas terpamer di wajah Ihsan.
“Pemerintahan kuku besi. Biasa la….”
“Kejamnya!”
Farriel kata kalau setakat tau menjahit, suka reka
fesyen baju aje, takkan boleh kaya. Kalau nak kaya kena
berniaga. Sebab 9/10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan.
Bila ada modal, ada ilmu perniagaan, baru la boleh berniaga.
Bla bla bla… malas mendengar Farriel dengan teori ekonomi
dan falsafah peringkat sarjana Farriel, aku terus aje setuju.

97
AD+IZ

Peraturan ke-12 : Menghormati dan menjaga


hak dan harta benda masing-masing.

Hmmm… gamaknya aku dah mengganggu gugat


harta benda dan emosi Farriel. Plus, mencalarkan ego dia.
Isk, takkan ego dia terletak pada sehelai baju yang dah nak
lunyai tu? Hu hu hu… aku dah langgar peraturan. Kena
denda tak nanti ni, ek? Teringat kembali perbualan kami
sewaktu memeteraikan peraturan kahwin kontrak kami ni.
“Siapa-siapa yang langgar peraturan, kena denda…”
“Ha! Bab ni yang aku suka dan tak suka ni!”
Aku balas katanya. Perjanjian ni lebih kurang MoU,
beb! Dua-dua pihak kena setuju. Baru la ada sense of
understanding tukan? Takut ada bias ke diskriminasi jantina
ke. Kena jugak ambik tau.
“Apa hal pulak?” Farriel buat muka tak puas hati.
“Aku sokong kalau kita denda orang yang langgar
peraturan, so dia takkan ulang kesalahan tu. Tapi aku
terpaksa bantah la kalau denda dikenakan dalam bentuk duit.
Aku bukan gabenor Bank Negara.”
“Kalau gitu... siapa yang salah, kena minta maaf dan
pihak satu lagi boleh suruh pesalah buat apa aje untuk tebus
kesalahan tu. Amacam?”
“That’s it la, Izumi! Aku setuju!”
Okey… memang la aku tak berapa suka Si Farriel
Izumi tu sejak zaman kami sekolah lagi. Mungkin adalah
setakuk dua nak mencapai tahap benci tapi aku memang tak
tahan la nak berdepan dengan situasi ni. Macam berlakon
teater ‘pantomin’ aje! Apa aku cakap, semua dia anggap
macam angin lalu. Langsung tak keluarkan bunyi. Silence

98
Eury Athena

treatment ni boleh ‘membunuh’ tau tak. Pada aku, rasa kena


ignore lagi teruk dari rasa kena buli. At least masa kena buli
aku tau dia sedar kewujudan aku kat rumah ni. Ni rasa
macam dah jadi Casper dalam rumah batu ni pulak!
Hish… rindu la nak dengar suara Izumi. Suara dia
marah bila aku panggil dia Izumi. Suara dia tengking aku bila
kopi yang diminta sampai lambat sembilan saat. Suara dia
membebel. Iz, please say something… anything. Am I too
desperate just to hear his voice? Am I?

“KAU dengan Adry macam mana? Dah ada bunga-bunga cinta


ke belum?” Qhuz bertanya dalam senyum.
“Banyak la kau punya bunga! Aku kahwin kontrak
aje la dengan dia.”
Mata Farriel terus di skrin komputer. Mendaftar
masuk Yahoo Messenger. Mencari nama princess_rina. Tak
aktif. Hampa.
“Hmmm… siapa kata orang kahwin kontrak tak
boleh jatuh cinta? Boleh aje, bro….”
Farriel diam. Malas melayan. Inbox email dibuka.
Diperhatikannya satu per satu. Mencari email daripada
Marina. Dah lebih dua minggu Marina menghilangkan diri.
Takkan tak hilang lagi rajuknya?
“Cerita kau dengan Adry, aku dah boleh faham. So,
cerita kau dengan Marina, macam mana? Dia tu ada marriage
traumatic ke apa?”
Farriel bersandar. Mengeluh. Pandangan
dilemparkan tanpa arah.
“Entah. Masa first time aku propose dia dua tahun

99
AD+IZ

dulu, dia lari. Merajuk. Katanya awal sangat. Berbulan-bulan


aku pujuk dia, baru la dia nak balik pada aku. Kali kedua pun
sama. Ni dah masuk kali ketiga. Aku dah boleh agak reaksi
dia, dan aku tak nak ambik risiko lagi. Tu yang aku ‘pinjam’
bodyguard nenda. Siap call polis bantuan lagi gara-gara nak
halang dia lari ke US.”
Qhuz tergelak besar.
“Kau pun satu! Yang kau suruh bodyguard, polis
kejar dia sampai ke airport apehal? Dah lagak dia macam
banduan pulak. Kalau aku pun, aku takut!”
“Aku dah tak boleh fikir lagi dah. Dan aku tak nak
kehilangan dia lagi, Qhuz. Tiga kali kena reject. Malu siot!”
Qhuz geleng kepala.
“Maybe ada something or someone yang halang dia
dari terima lamaran kau? Cuba kau fikir….”
“Maksud kau?”
Farriel pandang Qhuz dengan wajah bingung.
Qhuz senyum, berjalan ke cermin kaca di belakang
Farriel. Melihat deretan kenderaan di jalan yang kelihatan
kecil dari tingkat sembilan belas. “Sebelum kau fikirkan
benda ni dengan lebih dalam, tanya diri kau sendiri. Betul ke
kau cintakan dia? The next question you should ask yourself,
betul ke dia cintakan kau?”
Qhuz angkat dua-dua kening. Menepuk bahu
Farriel sebelum berlalu ke biliknya.
Farriel masih termangu-mangu dengan soalan yang
ditinggalkan oleh Qhuz. Malas memikirkannya, Farriel
kembali memeriksa inboxnya. Lebar senyum Farriel bila
terpandangkan balasan email daripada Marina.

100
Eury Athena

Plz give me time. I’ll be back soon. Luv ya!


Hug & kisses to you dear….

TEDDY BEAR lebih kurang sebesar tapak tangan, aku angkat


tinggi. Selevel dengan anak mata. Dari celah-celah kaki dan
tangan teddy bear kusam tu, aku intai skrin TV LCD. Hah,
tu dia! Hantu tu duduk kat bawah katil la pulak! Hu hu hu.
Si heroin ni, punya la jujur pergi tinjau pulak bawah katil.
Konon-konon nak cari barang dia yang jatuh. Hui! Kalau aku,
jangan harap la! Tunggu pagi nanti baru aku ambik. Alahai,
seramnya tengok cerita hantu Korea ni. Menyesal pulak aku
pasang VCD ni. Kalau tau, aku tengok waktu siang. Tengah
khusyuk ‘mencari’ hantu, bahu aku dicuit dari belakang.
“Makkk!!!”
Spontan aku menjerit.
Farriel tutup telinga. Tak tahan dengan suara aku
yang dah naik beberapa desibel dari kebiasaan.
Tangan aku mengurut dada. Cuba menenangkan
jantung yang macam nak bercerai dari badan. “Woit! Tak reti
bagi salam ke apa ke? Main aci redah aje!”
Farriel angkat tangan. Tanda kalah dengan tingkah
laku yang tak sesuai dengan situasi. “Sorry, aku nak minta
tolong sikit….”
Farriel buat muka kesian.
At last, aku dengar jugak suara Farriel lepas lima
hari mogok bersuara. Lerai kerinduan pada suaranya yang
garau tapi merdu tu. Hmmm… garau tapi merdu? Macam tak
kena aje. Lantak la. Yang penting, Farriel dah dapat balik
‘suara’ dia yang hilang tu.

101
AD+IZ

Agaknya mood dia tengah baik la tu. Senyum


memanjang aje balik dari kerja tadi.
“Tolong apa?” soalku kasar.
“Buatkan supper. Lapar la....”
“Hmmm…!”
Aku segera angkat punggung. Kalau ikutkan hati,
aku nak jugak membebel. Yelah, makan tengah-tengah
malam macam ni. Mana boleh! Hari tu bukan main lagi janji
nak kurus. In exchange of my sacrifice to study back.
Sekarang, hampeh! Mentang-mentang la aku dah selamat
jadi mahasiswi sekarang. Dan aku tak pernah ungkit suruh
dia berdiet. So, dia buat-buat lupa pulak pada janji tu. Tapi
bila mengenangkan itu ayat pertamanya selepas dia bisu dari
minggu lepas, aku diam aje la.
Peti sejuk aku selongkar, mengeluarkan bahan-
bahan. Roti burger ada. Daging burger yang dibeli tiga hari
lepas pun ada lagi. So… kita masak burger aje la.
Farriel duduk di sofa, menunggu suppernya
dihidang. Remote control dicapai. Apa tengok cerita hantu
malam-malam. Lepas tu sampai tinggal separuh nyawa dek
terkejut. Tak kena gaya boleh gol terus. Apa la punya, Ad!
Isk, tak ada cerita best pun. Nak tengok sport, TV
sini tak ada Astro. Tak macam TV dalam bilik. Nak tak nak,
terpaksa la tengok aje apa yang ada.
Bungkusan jajan bersepah di atas meja
menyemakkan matanya. Pengotor betul la Si Ad ni! Bakul
sampah tak sampai sepuluh tapak pun tak nak dijengahnya.
Rela pulak dia tengok bungkusan ni bersepah macam ni.
Dikautnya semua bungkusan di atas meja, lalu
dimasukkan ke dalam bakul sampah. Kulit kacang tanah di

102
Eury Athena

atas sofa dikutipnya. Selamat masuk dalam bakul sampah.


Teddy bear putih kepam di celah sofa diambilnya. Tanpa
pertimbangan rasional yang panjang, dilempar masuk ke
dalam plastik hitam di bakul sampah itu.
Kan senang? Sejuk mata memandang.
“Burger daging special siap!”

103
AD+IZ

Bab 7
M
ANA ni? Tanganku terus
membongkar segenap isi bilik.
Tak cukup dengan tu, habis
perabot di ruang tamu pula jadi mangsa pemeriksaan ala-ala
penguatkuasa kastam.
Isk… mana aku taruh Si Kepam ni? Malam tadi ada
aje masa aku tengok cerita hantu Korea tu. Takkan dah ghaib
kut? Bukan teddy bear kecik tu boleh jalan pun. Paling tak
pun jatuh bawah sofa atau meja. Tapi masalahnya tak ada.
Celah sofa pun tak ada.
“Kau apehal? Terbongkok-bongkok. Cari apa?”
Farriel turun dengan short paras bawah lutut dan
t-shirt pink. Pink? Lantak kau la! Janji kau berbaju. Kalau tak
berbaju, haru aku jadinya.
“Kau ada nampak tak teddy bear aku warna putih?
Semalam ada kat sini!”
Bawah meja aku intai. Tak ada. Celah-celah almari
pun tak ada. Takkan ghaib kut? Si Kepam tu bukan ada ilmu
ghaib pun!

104
Eury Athena

“Last sekali kau letak kat mana?”


“Rasanya atas meja ni….”
Meja kaca tu aku pandang. Cuma surat khabar hari
ni aje yang ada di atasnya.
Farriel garu kepala. Perlahan-lahan riak wajahnya
berubah. Macam dah buat benda salah.
Tak ubah macam riak muka Bakhtiar, adik tiri aku
yang dah pecahkan pinggan mangkuk yang ada kat dapur.
Jadi, berasas la syak aku padanya!
“Aku rasa, aku dah terbuang teddy bear kau tu.”
Aku segera berpaling menghadap Farriel. Tiba-tiba
telinga aku jadi panas bila mendengar perkataan-perkataan
yang meluncur dari mulutnya. “Izumi, we’re not playing hide
and seek. Bagi balik teddy bear aku!”
“Betul la! Aku dah terbuang teddy bear kau tu masa
aku kemas sampah atas meja ni semalam.”
“Kat mana kau buang?” soalku. Nada suara masih
kukawal.
Farriel menuding ke arah bakul sampah.
Aku berlari ke bakul sampah. Kosong! Dahi
kutepuk. Pagi tadi aku dah buang sampah dalam plastik
hitam tu dalam tong sampah besar kat luar. Biar senang lori
sampah nak kutip. Aku berlari pula keluar. Berharap ada
keajaiban berlaku.
Farriel yang masih tercengang-cengang, ikut aje
belakang aku. Bila tong sampah tu aku buka dan selongkar,
mulutnya jadi macam bertih digoreng.
“Weih, Ad! Kau ni apehal? Ad, yang kau pegi
selongkar sampah tu apehal? Busuk la! Ad!”

105
AD+IZ

Aku terduduk di tepi pagar itu. Si Kepam tak ada!


“Okey, aku minta maaf sebab buang teddy bear kau
tu. Tapi teddy bear tu dah ‘teruk’ sangat. Kau pun satu.
Pandai buat sampah aje. Aku ni jenis tak boleh tengok
sampah… bla bla bla….”
Walaupun perkataan maaf terucap, namun nada
suara Farriel langsung bukan dalam mood memohon maaf.
Aku bangun. Melangkah longlai masuk ke rumah.
Air mata mula bertakung.
“Dah la, banyak lagi teddy bear cantik-cantik kat
kedai. Beli aje lain. Esok aku bagi kau duit, okey? Case closed,
boleh?”
Aku terus menonong menuju ke bilik.
“Ad!”
Bahuku terasa ditarik. Farriel memintas dan berdiri
di hadapanku. Kedua-dua belah tangannya sudah mendarat di
atas bahuku. Tanpa pilihan, langkah kumatikan.
“I said, I’m sorry! Sorry, okay!”
Aku tetap kaku. Kepala kutundukkan. Cuba
menyembunyikan air mata yang bila-bila masa aje akan
gugur.
“Ad! Kau dengar tak ni?”
Farriel menggoncang tubuhku. Aku masih dalam
keadaan tadi. Farriel tundukkan kepala. Mencari wajahku.
Dan… Farriel berundur ke belakang, setapak demi setapak
menjauhi diriku. Tangannya sudah longlai di sisi tubuh. Aku
terus berlalu masuk ke dalam bilik.
Farriel tersandar di dinding. Ad… crying? Kepala
digelengkan. Otak enggan menerima input dari retina mata.
She can’t be!

106
Eury Athena

MID VALLEY dah dijelajahinya. Berjaya Times Square tak


ketinggalan. KLCC dah dibuatnya macam gelanggang futsal
aje. Lot 10 pun dah diputarnya dua tiga kali. Semua kedai
yang ada menjual teddy bear dia ‘geledah’. Mencari wajah
teddy bear kepam Si Ad.
Kaki lenguh minta rehat, langsung tak dipedulikan.
Bila teringat air mata Ad yang mengalir tak henti-henti
semalam, hati Farriel jadi tak tentu arah. Dan semangatnya
berkobar semula untuk terus mencari dan mencari.
“Kalau teddy bear macam ni, kau rasa comel tak?”
Winnie The Pooh diangkatnya, lalu disuakan pada
Qhuz.
Qhuz tergelak. “Woi! Kau ingat aku ni ‘dua alam’ ke
apa? Aku mana main bear-bear ni, weih! Malam sikit, ek!”
Qhuz menolak Winnie The Pooh ke arah Farriel
semula. Bimbang disalah anggap oleh pengunjung-
pengunjung kedai yang dah mula bagi pandangan ‘laser’ ala-
ala Kal-el, Si Superman.
Farriel letak balik Winnie the Pooh sebesar budak
setahun. Ubun-ubun kepala dipicit-picitnya. Pening! Pening
memikirkan kat mana nak cari teddy bear kepam yang serupa
dengan teddy bear milik Ad.
Aku tak rasa teddy bear tu handmade. Kalau bukan
handmade, mesti ada kedai yang jual teddy bear macam
tukan? Masalahnya, di manakah kedai tersebut? Ha, kan dah
skema soalan aku bagi ni!
“Apa kes ni, Ril? Lunch hour kau ajak aku ke Mid
Valley. Tak cukup ‘ukur’ lantai konkrit kat situ, kau seret
pulak aku ke Berjaya Times Square. Ni sekarang, KLCC, Lot
10. Lepas ni ke mana pulak? Pavilion? Alamanda?”

107
AD+IZ

Qhuz pandang Farriel. Serabut sungguh. Lagi


serabut dari masa menyiapkan tender. Padahal cari teddy
bear aje. Bukan cari supplier barang ke apa!
“Aku cari teddy bear la. Warna putih. Tak! Tak
berapa putih sangat la. Lepas tu, teddy bear ni besar lebih
kurang tapak tangan aku ni aje. Rupa… kalau sekali tengok
macam kambing. Dua kali tengok macam monyet. Tiga kali
tengok macam ntah….”
“Ha ha ha! Teddy bear apa yang ada specification
macam tu? Ha ha ha…!”
Farriel buat muka bengkek. Dalam pada tu,
matanya liar memerhatikan kedai menjual teddy bear dan
anak patung yang ada di situ.
“Qhuz, kalau kau datang sini sebab nak gelakkan
aku, baik tak payah. Simpan gelak kau tu dan balik rumah,
okey!”
“Yo! Jangan la emo, kawan… gurau aje la! Yelah,
yelah, aku tolong… tapi kau punya description tentang teddy
bear tu, tak membantu langsung! Cuba describe betul-betul.
Kalau ada gambar lagi bagus!”
“Qhuz…!”
“Okey, okey! Mulut tutup, mata cari!”
Bila hari menginjak ke malam, Farriel mula putus
asa.
“Apa kau dah buat dengan teddy bear Adry tu?” soal
Qhuz. Serius.
Masa tu mereka lepak kat kedai mamak. Pekena teh
tarik setelah misi pencarian menemui kegagalan.
Farriel buat muka terkejut. Sejak bila Qhuz jadi
ahli nujum? “Mana kau tau?”

108
Eury Athena

“Aku teka aje! Kira tepat la tekaan aku tu, ek?”


Farriel angguk kepala.
“Aku dah lama kenal kau, Ril. Kenal sangat dengan
perangai kau. Satu-satunya pompuan yang boleh bagi kau
hangin satu badan, yang boleh buat kau sesejuk iceberg,
sepanas lahar volcano, pendek kata yang buat mood kau
tunggang terbalik, dari dulu sampai sekarang adalah insan
yang bernama Adrianna Mayesa. Itu pun selepas Ann
‘dipadam’ dari list.”
Konfiden aje Qhuz buat spekulasi.
Farriel tarik nafas dalam-dalam. Kemudian
dilepaskan perlahan-lahan. Dulu Ann. Sekarang Ad. Ad.…
“Aku terbuang teddy bear dia. Sumpah, aku tak ada
niat nak buang! Entah macam mana selamba aje tangan aku
ambik teddy bear tu terus masuk dalam tong sampah.
Mengamuk la Si Ad tu.”
Qhuz geleng kepala. Letih tengok Farriel dan Adry
beramuk sejak dari bangku sekolah. Dia tak pernah tau
kenapa Farriel benci benar pada Adry. Bukan dia tidak
bertanya. Cuma Farriel tak mahu menjawab. Farriel ni
perahsia orangnya. Namun untuk kali ini, Farriel membuka
mulut. Dan dari air muka Farriel, dia yakin Farriel tidak
berbohong.
“Kau dengan Adry tu aku tengok memang dah
padan sangat la tu. Sama-sama keras. Sama-sama ego. Sama-
sama kaki melawan. Tapi ada keserasian. Cuba korang…”
Farriel angkat dua-dua belah tapak tangan. Minta
Qhuz berhenti. “Qhuz… aku tak minta tazkirah kau pun.
Please….”
Qhuz angkat bahu. Telan balik nasihat yang tak

109
AD+IZ

terluah tadi. “Aku cuma nak cakap, kalau kau perlukan


nasihat aku, anytime kau boleh cari aku. Kau tau kan, aku ni
bekas pembimbing rakan sebaya terbaik zaman kita sekolah
dulu.”
Farriel tersengih, tak percaya. Berlawanan sungguh
dengan kenyataan! “Ye la sangat pembimbing rakan sebaya!
Perosak rakan sebaya ada la! Ada ke kau suruh apek four flat
tu hisap dua kotak rokok sekali gus! Nasib baik tak gol budak
tu! Kalau tak, menjawab la kau dengan bapak dia tokey
keranda tu!”
Qhuz tersengih. Teringat kembali kenangan ketika
berada di tingkatan empat. Muka Lee Hai Nan yang kecewa
dengan result examnya, tergambar.
“Aku menolong dia apa! Menjimatkan masa dia nak
menghabiskan rokok-rokok yang dibeli. Jimat minyak lighter
lagi. Ha ha ha! Kan langkah bijak tu!” Qhuz bela dirinya.
Farriel tergelak mendengar hujah Qhuz. Tak boleh
pakai punya kawan! Tapi dia serasi dengan Qhuz. Boleh
terlebih terkurang aje dengan mamat ni. Buat apa pun
komited. Sebab tu dia syorkan pada Nenda Nerrisa agar Qhuz
diambil bekerja di Izumi Corporations. Mujur Qhuz memang
benar-benar layak. Jadi, tak la susah nak meyakinkan Nenda
Nerrisa.
“Kau rasa, aku kena buat apa ek nak selesaikan
‘masalah’ aku dengan Ad ni?”
Qhuz petik jari.
Farriel membetulkan duduknya. Bersedia
mendengar cadangan Qhuz.

110
Eury Athena

BALIK dari jumpa Qhuz, Farriel terus naik ke bilik untuk


bersihkan diri, solat isyak. Lepas tu mundar-mandir dalam
bilik. Farriel menunggu datangnya sebuah keberanian untuk
meminta maaf daripada Ad, seperti yang dicadangkan dek
Qhuz tadi. Bilik Ad gelap. Farriel jenguk pula ke tingkat
bawah. Meninjau di mana Ad. Susuk tubuh seseorang di
halaman rumah, menangkap pandangan Farriel. Ad, tengah
duduk kat kerusi batu di tengah laman. Tengah bermandikan
embun.
Perlahan-lahan, Farriel menghampiri Ad. Ad tetap
kaku di situ. Tak berganjak atau pun melarikan diri. Namun
Farriel tahu, Ad sedar akan kehadirannya di situ. Farriel
melabuhkan punggung, bersebelahan Ad. Tapi masih ada
ruang antara mereka, khas untuk ‘emergency’ incident. Kut-
kut Ad layang penumbuk ke….
Farriel di sisi aku kerling. Aku tak mahu dia berada
di situ. Menyampah! Namun aku tak mampu nak
menghalaunya. Ini rumahnya. Aku cuma menumpang di sini,
sehingga kontrak kami tamat.
“Ad… aku nak minta maaf pasal teddy bear kau tu.”
Mukadimah sesi meminta maafnya dimulakan
dengan ayat itu.
“I didn’t mean…” sambung Farriel.
“It’s okay. Teddy bear murah dan buruk macam tu
memang layak dok dengan sampah aje…” ujarku perlahan.
“Tak! Bukan macam tu. Maksud aku….”
Farriel diam. Tak mampu nak teruskan kata-kata.
Tak tau perkataan apa atau bahasa apa yang patut dituturkan
untuk membetulkan keadaan yang dah sedia kacau. Dia
masih berfikir cara terbaik untuk meminta maaf.

111
AD+IZ

Aku masih tetap berteleku di situ sambil memeluk


kaki. Sesekali mendongakkan kepala ke langit. Menebar
pandang pada dada langit. Mengira bintang yang berjuta.
Merenung bulan yang tetap satu. Dan kenangan lalu terimbas
serta-merta di layar pandang.
“Masa aku kecik dulu, aku selalu fikir. Kenapa aku
tak ada ayah? Kawan-kawan aku yang lain semua ada ayah.
Contohnya Siti. Dia ada ayah. Ayah dia baik, penyayang. Tiap-
tiap kali nak pergi kerja, ayah Siti akan cium Siti. Kadang-
kadang ayah Siti belikan Siti mainan, coklat, anak patung,
baju, macam-macam la. Tapi aku… aku tak pernah dapat
semua tu. Tapi aku tak pernah complaint. Sebab aku tau, ibu
susah nak cari duit. Ibu terpaksa ambil upah cuci pakaian di
rumah orang kaya, jahit baju, kadang-kadang jual kuih untuk
tampung kehidupan kami sekeluarga….”
Kata-kata Ad berhenti di situ. Jari-jemarinya
menyapu pipi.
Ad menangis… lagi sekali? Hati Farriel meruntun
bila melihat keadaan Ad yang hiba. Bagaikan ada benda tajam
menusuk hatinya. Bahagian dada kirinya ditumbuk perlahan.
Ada masalah ke hati aku ni?
Air mata di pipi aku kesat. Menarik nafas dalam-
dalam untuk meneruskan bicara. “Aku tak pernah kenal siapa
ayah kandung aku. Satu-satunya ayah yang aku kenal, Pak
Cik Bakar, ayah tiri aku yang suka berhutang dan
menyusahkan ibu. Silap sikit, naik la penampar. Cakap lebih
aje sikit, sepak terajang la jawabnya.”
Aku berjeda lagi. Bulan penuh aku renung.
“Aku pernah minta Pak Cik Bakar belikan mainan
untuk aku. Pak Cik Bakar marah dan tampar aku. Aku
menangis. Ibu bergaduh dengan Pak Cik Bakar. Last-last, ibu

112
Eury Athena

pun kena pukul dengan Pak Cik Bakar. Sejak tu, aku tak
berani minta apa-apa lagi. Satu hari, ibu bawak balik teddy
bear. Ibu kata, teddy bear tu tak la mahal tapi itu aje yang
mampu ibu beli. Aku suka sangat. Langsung tak pernah
berenggang dengan teddy bear tu. Aku namakan teddy bear
tu, Si Kepam. Sebab badan teddy bear tu makin lama makin
kepam. Itulah benda pertama dan terakhir ibu pernah bagi
pada aku. Masa umur aku lima tahun, ibu meninggal dunia.
Cuma Si Kepam yang aku ada untuk mengadu nasib… dan
keluarga tiri aku….”
Farriel kalih pandang ke arah Ad yang sudah diam.
Mula mengerti mengapa teddy bear kepam itu penting dalam
hidup seorang Ad yang keras hatinya.
“End of the story. R.I.P to Si Kepam.
Aku tarik nafas panjang-panjang.
“Kisah hidup aku sedih, kan? Kau mesti rasa kesian
kat aku, kan?” Farriel yang turut merenung ke arah sang
purnama, aku soal.
Farriel berpaling ke arahku. “Tak! Aku tak rasa
kesian pun….”
Nada suara Si Farriel android kedengaran.
“Kenapa tak rasa kesian?”
“Sebab ada orang yang lebih malang dari kau!”
“Ye ke? Tak mungkin la….”
Aku macam tak percaya aje ada orang yang bernasib
lebih malang dari aku. Mustahil….
“Nasib Ann lebih malang dari kau, Ad.”
Farriel membuang pandang. Tanpa arah. Sekadar
memandang kosong.

113
AD+IZ

“Ann tu siapa?”
Soalanku tidak berjawab. Farriel masih membisu
sambil merenung ke arah bulan. Seperti mencari sesuatu di
situ. Mengungkap kenangan hidup dalam bentuk cerita.
“Ann tak pernah kenal mak dan ayah kandungnya.
Dia dijual kepada sepasang suami isteri sewaktu bayi lagi.
Masa umur aku dua belas tahun, aku jumpa Ann di lorong
gelap. Dia lari dari rumah pelacuran. Ayah angkat Ann jual
Ann pada ‘bapak ayam’ gara-gara berhutang.”
Farriel sambung ceritanya. “Aku selamatkan Ann.
Bawak Ann tinggal kat rumah aku. Mama papa tak pernah
suka pada Ann. Tapi sebab hormat pada nenda, mereka
terpaksa ambil Ann jadi anak angkat.”
Mata Farriel sayu memandang langit malam.
“Ann keluar dari traumanya lepas beberapa ketika.
Dia mula bersekolah, mula berkawan dengan aku, Ihsan dan
Murni. Ann berubah jadi gadis yang periang, lincah, lucu,
sentiasa bersemangat, tak pernah putus asa. Semua orang
suka pada Ann. Mama pun mula terima Ann jadi sebahagian
dari keluarga kami.”
Tak semena-mena, Farriel mengukir senyuman
lebar. Seperti ada yang melucukan. “Nama Izumi tu… cuma
Ann aje yang berani panggil aku Izumi. Walau macam mana
aku marah pun, dia tetap panggil aku Izumi. Katanya nama
tu unik.”
Barulah aku tahu mengapa Farriel marah benar bila
aku memanggilnya Izumi. Rupa-rupanya ada kisah, ada
kenangan, di sebalik nama tersebut. Ada rasa gembira, sedih,
yang dirasainya saat Ann memanggilnya Izumi.
Farriel terdiam seketika. Rentak penceritaan Farriel
berubah. Tempo scene air mata pula sekarang.

114
Eury Athena

“Masa umur empat belas tahun, Ann selalu pengsan.


Doktor sahkan Ann ada barah otak. Peringkat akhir. Darah
beku yang kami tak pernah tau kewujudannya tu, rupa-
rupanya dah lama menumpang di dalam kepala Ann. Ann tak
pernah mengadu sakit. Dia sentiasa berpura-pura sihat. Dan
dia tak pernah mengalah pada sakitnya. Ann berkeras nak
jalani pembedahan walaupun harapannya sangat tipis.
Akhirnya, Ann meninggal dunia ketika pembedahan tu….”
Air mataku automatik mengalir. Menangisi nasib
malang Ann. Entah mengapa, cerita hidup Ann ni
membuatkan aku insaf. Memang benar, nasib Ann lebih
malang dariku. Sekurang-kurangnya aku kenal ibu
kandungku, walaupun hayatnya tak panjang. Aku juga
dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang dan
kesihatan yang baik. Alhamdulillah, ucapku dalam hati.
Mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.
Farriel tetap tenang. Tidak menangis. Cuma
berwajah suram.
“Baju tu?” soalku dengan suara serak akibat
menangis.
“Pemberian terakhir Ann sebelum dia pergi.”
Aku angguk. Mula faham kenapa baju separuh
lunyai tu begitu berharga di matanya. “Kau sayangkan Ann?”
Farriel diam. Memandangku sekilas sebelum
membuang pandang ke hadapan. “Ann cinta pertama aku....”
Entah kenapa, kata-katanya terkesan di hatiku.
“Ann cinta pertama aku….”
“Iz…” panggilku perlahan.
Tiba-tiba aku teringat semula kata-kata Farriel.
“Nama Izumi tu… cuma Ann aje yang berani

115
AD+IZ

panggil aku Izumi. Walau macam mana aku marah pun, dia
tetap panggil aku Izumi. Katanya nama tu unik.”
Bibir bawah kugigit. Alamak… tersilap panggil.
“Sorry! Aku terpanggil. Rasanya, aku tak sepatutnya panggil
kau Izumi lagi lepas dengar cerita kau tadi.”
“Takpe! Just call me Izumi. Rindu jugak nak dengar
orang panggil aku dengan nama tu,” kata Farriel.
Aku gosok batang hidung. Pulak? Takpe ke? Tak
mengingatkan kau pada Ann?
Suasana menjadi hening kembali.
“Iz….”
“Hurm….”
“Sorry sebab buang baju kau tu. Kalau aku tau,
mesti aku tak buat macam tu.”
Wajah Farriel tak beriak. Cuma matanya
memandang sayu ke arah sang bulan purnama. Langsung tak
ada tanda-tanda nak membalas kata-kataku. Tapi aku tau, dia
dengar apa yang aku perkatakan.
Diam. Masing-masing menala mata ke langit.
Dingin malam kian terasa hingga ke tulang. Salakan anjing
menimbulkan suasana seram. Namun aku tak terniat
langsung nak melangkah masuk.
“Ad…” panggil Farriel.
“Hmmm?”
“Sorry sebab buang teddy bear yang ibu kau bagi.”
“Hmmm….”
Itu aje yang aku jawab. Memang ada rasa sedih,
marah, kecewa. Tapi, benda dah jadi. Apa nak buat? Kalau aku
menangis air mata darah sekalipun, Si Kepam tak akan

116
Eury Athena

menapak balik dari pusat pelupusan sampah yang entah kat


mana tu. Kalau aku maki hamun Si Farriel ni pun, buat
perabihkan (menghabiskan) pahala aku yang dah memang
sikit aje pun. Jadi, adalah lebih baik kami saling bermaafan.
Aku pun dah buang baju yang Ann bagi kat dia. Kira adil la
tu. Satu sama.
“Ad….”
“Hurm….”
“Sorry sebab sangka kau orang suruhan Marina.
Tak pasal-pasal kau kena marah dengan aku hari tu.”
“Takpe….”
“Iz….”
“Yap!”
“Sorry. Sebab salah faham tu, kau terpaksa kahwin
dengan aku….”
Farriel mengangguk-anggukkan kepala. Bahagian
bawah dagu digaru-garunya. Lagak seperti menimbang-
nimbangkan perkataan maaf dariku.
Aku siku lengannya.
“Kau maafkan aku tak?” soalku garang.
Farriel senyum. “Tak ada apa-apa yang nak
dimaafkan. Kau pun terpaksa kahwin dengan aku jugak apa!
So, kira seri la….”
Kami berbalas senyuman. Kedinginan suasana
malam yang semakin merangkak ke dinihari ini, benar-benar
‘membantu’ kami untuk berbincang dengan cara manusia
yang bertamadun. Bukan seperti orang jahiliyah yang singkat
akal dan menurut nafsu amarah semata-mata.
“Friends?”

117
AD+IZ

“Never’ll be!”
Kami ketawa kecil. Dan bulan menjadi saksi. Farriel
dan aku merenung ke dada langit sehingga ke dinihari. Tanpa
suara. Dengan senyuman.

118
Eury Athena

Bab 8
B
UNYI bising diikuti gegaran
yang aku kurang pasti skala
Richternya, mengejutkan aku
dari tidur. Takkan gempa bumi kut? Tsunami? Mustahil!
Rumah ni jauh gila dari laut. Aku angkat kepala dari buku
setebal satu setengah inci. Muka jam aku jengah. Sepuluh
pagi. Hari Jumaat. Mujur tak ada kuliah. Kalau tak, alamat
dengan air liur basi la aku ke kuliah. Uih, tergamak ke aku nak
buat macam tu? Tak kut.…
Buku depan mata aku tutup dan alih ke tepi. Aku ni
memang sah la dah kena sumpahan tidur ala-ala Sleeping
Beauty. Mana-mana buku berbentuk ilmiah, sogok aje la kat
aku, mesti bertukar jadi bantal buat aku. Macam sleeping
pills yang doktor selalu bagi kat pesakit insomnia tu, macam
tu la diibaratkan buku buat aku.
Kalau buku adalah sleeping pills aku, suara
lecturers pulak macam lullaby yang sarat berilmu terus
menggam kelopak mata, sekali dengan bulu mata aku. Bahasa
tinggi lagak dewa berkata-kata, mesej lecture yang tak
terjangkau dek akal dan melepasi benua Asia, memang pakej

119
AD+IZ

lengkap bagi aku untuk terus ke syurga mimpi. Huh!


Memang dahsyat sumpahan ni!
Masuk gegaran kedua, aku tak tunggu lama. Aku
sambar tudung dan sweater yang elok tergantung di balik
pintu almari. Sebelum aku jadi mangsa gempa bumi ke,
tanah runtuh ke, baik aku larikan diri dulu. Tak nak mati
katak kat sini. Aku ada hajat yang belum dicapai lagi.
Bukak aje pintu, dua tiga suara lelaki asing
menyapa telinga. Kemudian kedengaran pulak bunyi mesin
gerudi diikuti dengan gegaran konkrit rumah. Ooo... ni la dia
‘gempa bumi’ jadian tadi! Woit, nak runtuhkan rumah ni ke
apa!
Suara Farriel tak kedengaran di mana-mana. Aku
tepuk dahi. Dah tentu-tentu dia kat pejabat. Habis tu, macam
mana diorang ni boleh masuk? Menceroboh? Entah-entah
pencuri tak? Nak tak nak, aku beranikan diri turun ke tingkat
bawah.
Tiga orang lelaki kelihatan. Dua orang Cina.
Seorang Melayu. Sibuk mengangkut barang-barang dari lori.
Barang-barang yang biasa aku lihat dalam gymnasium kat
TV; exercise bikes, ab shaper, air-walker, dumbbells, beberapa
barang yang aku kurang pasti namanya. Rumah ni nak buka
gim pulak ke? Bersepah-sepah ruang tamu dengan kotak dan
plastik. Aku jenguk keluar. Ada pulak kereta Farriel kat luar.
Tak kerja ke? Namun, Farriel masih tak kelihatan di mana-
mana.
“Awak semua ni siapa? Siapa bagi kebenaran
masuk?” soalku lantang, lagak tuan rumah yang berkuasa.
Tangan-tangan yang tadinya sibuk membuat kerja,
terus terhenti. Masing-masing pandang aku macam nampak
Doraemon dalam costume Ultraman. Tau la aku main sambar

120
Eury Athena

aje baju ni. Tudung ni pun striking gila warnanya. Tapi… tak
payah la pandang aku macam tu. Kira okey la ni. Janji
berbaju. Bukan nak masuk fashion show pun.
Farriel keluar dari bilik belakang, berdekatan
dengan dapur. Diikuti seorang lelaki yang… whoa! Body
builder mana pulak dicekupnya ni? Berkotak-kotak badan.
Kagum!
Farriel berhenti bercakap dengan Mr. Bodybuilder
sebaik sahaja nampak aku yang dah cekak pinggang dengan
muka poyo.
“Hai, Ad! Dah bangun?” tegurnya.
Tak pasti la ni tegur ikhlas ke perli. Aku senyum aje
la. Depan orang ni….
“Kenalkan... Encik Nik, my personal trainer. Gym
trainer.”
Mr. Bodybuilder senyum, menghampiriku. Tangan
kanan dihulurkan. Hendak bersalaman.
Aku panjangkan lengan sweater. Melapik tangan.
Bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim hukumnya haram,
kata-kata ustazah masih terkesan di hati. Dulu mungkin aku
lalai, tapi sekarang aku sudah mula berubah ke arah kebaikan,
perlahan-lahan. Muka Mr. Bodybuilder berubah. Mungkin
pelik dengan tindakanku. Luar alam sangat ke perbuatan aku
ni? Kami bersalaman.
“Saya Adry, isteri Farriel.”
Aku perkenalkan diri. Senyum kuhulur padanya.
Pandangan kualih pada Farriel.
“Izumi, kita nak buka gim kat rumah ke?” Dengan
nada perlahan dan menyindir, aku bertanya.
“Tak la. Aku nak tunaikan janji aku aje.”

121
AD+IZ

“Janji apa?” Berkerut dahi dengar. Sungguh, aku


lupa!
“Janji nak kuruskan badan.”
Mulut membentuk huruf ‘o’ besar. Farriel nak
kuruskan badan? Boleh ke? Aku takut dia hangat-hangat taik
ayam aje. Nanti tak sampai separuh jalan, dia dah give-up. “Ye
la ni? Macam tak percaya aje!”
“Betul la. Ingat aku main-main ke?”
“Ha ha ha!”
Aku gelak. Lucu! Selebihnya, aku gelak mencabar.
“Sebenarnya Encik Farriel ni boleh mencapai berat
ideal dalam masa enam bulan atau kurang dari tempoh tu;
dengan senaman berterusan dan diet yang baik. Puan Adry
pun boleh la take part especially dalam menjaga diet
pemakanan Encik Farriel dan bagi sokongan moral,” sampuk
Mr. Bodybuilder.
Aku? Jadi penjaga diet Farriel? Boleh ke? Adakah itu
bermakna aku kena diet dengan dia? Oh, tidak! I love food
very very much!
“Macam mana, Ad? Jadi dietician aku, boleh?”
“No hal… tapi nanti jangan nangis pulak. Aku ni
garang…!”
“Ada aku takut?”
Aku jelir lidah.
Farriel mencemik muka.
Cute sangat la buat muka macam tu! Sebijik macam
beruang kutub!
Mr. Bodybuilder buat muka blur. Mesti dia pelik.
Awat la lagu suami isteri ni? Macam tak cukup hormon aje!

122
Eury Athena

“DIET seimbang adalah diet yang boleh membekalkan


nutrien yang mencukupi mengikut umur, jantina keadaan
fizikal dan keperluan tertentu untuk memenuhi keperluan
tumbesaran dan memelihara kesihatan.”
Itu intro aku semalam. Masa Farriel lipat dahi
sampai tiga garis timbul, bila mulutnya muncung sedepa, bila
rambutnya yang lurus bagai nak tegak terpacak tengok
makanan yang aku hidangkan untuknya. Masa tu tak ada satu
bunyi pun keluar dari mulutnya. Dia diam dan makan. Tapi
hari ni, dia memulakan sesi perdebatan ala Dewan Rakyat
dengan aku.
Farriel merenung pinggan di hadapannya.
Kemudian dipandangnya pula Adry yang duduk bertentangan
dengannya, sebelum pandangannya jatuh pada pinggan lauk;
ikan kerapu masak tiga rasa, sambal ayam, sayur kacang
panjang dan hati masak kicap. Air liur yang hampir meleleh
keluar, ditelannya kembali. Sayu pandangannya jatuh pada
pinggannya yang cuma ada sesenduk nasi, ikan selar goreng
seekor, sayur campur, buah betik, limau beberapa hiris.
Berkerut muka Farriel. Ni ke makan tengah hari aku? Bawah
bibir dijuih ke depan. “Minta sikit ikan dengan ayam tu!”
Aku buat bodoh, buat-buat tak dengar. Khusyuk
menghabiskan makanan. Isi ikan kerapu yang masih bersisa
segera aku masukkan ke dalam pinggan. Seketika kemudian
laju masuk ke mulut. Selesai ‘mengilatkan’ pinggan, aku
menjilat jari pula. Sunnah nabi.
Farriel mula bengang. Rasa-rasanya dah bengang
sampai tahap nak naik tanduk rusa!
Aku tersengih. Baru nak masuk dua hari berdiet
tapi dibuatnya muka macam dah sebulan tak makan! Tengok
muka, aku tau dah. Takkan ke mananya azam nak diet dia tu.

123
AD+IZ

Gim mini kat bilik belakang tu alamatnya jadi sarang labah-


labah dengan habitat serangga-serangga yang sewaktu
dengannya aje la.
“Ad, makanan apa yang kau bagi aku ni? Ikan
goreng dengan nasi aje? Sayur dengan buah punya la banyak.
Kau ingat aku ni keturunan herbivor berkaki empat ke apa?”
“Kata nak diet. Suruh aku jadi dietician kau.
Sekarang kau banyak songeh pulak. Nak kurus ke tak ni?”
“Memang la aku nak kurus, tapi takkan la benda-
benda macam ni aje aku boleh makan. Dah la pagi tadi kau
bagi aku roti yang tak seberapa kepingnya, lepas tu buah
dengan susu aje.”
“Ini aku dah ikut saranan pakar pemakanan dah ni.
Kalau ikut hati aku, aku tak bagi kau makan langsung. Aku
gerenti, bukan enam bulan, dalam masa sebulan aje kau dah
boleh kurus.”
Mak aih… itu membunuh namanya! Baik kau
suruh aku gali kubur sendiri aje, Ad. Lagi senang!
“Kalau makan macam ni, mana nak dapat tenaga?
Setakat nasi sejemput! Ei, merepek betul benda-benda ni
semua! Dah la!”
Farriel bangun dari meja makan. Langkah diatur ke
anak tangga.
“Nak ke mana?” soalku. Surrender dah ke?
“Keluar! Cari makanan yang manusia bertamadun
macam aku boleh makan.”
“Okey. Jangan makan banyak-banyak sangat. Nanti
cirit-birit pulak. Masa tu, jangan kau kata aku tak ingatkan
kau pulak!”
Farriel dah tak dengar apa dah. Dalam kepala leka

124
Eury Athena

fikir makanan apa nak diisi dalam perut. Nasi putih campur
dengan dua tiga jenis lauk, mesti. Lepas tu nak makan apa,
ek? Roti canai? Nasi goreng kampung? Mi bandung? Tom
yam? Ah, makan aje la semua. Habis cerita!

MALAM itu, Farriel turun ke ruang tamu dengan muka pucat


dan berkerut-kerut. Bau minyak angin menusuk ke hidung.
Mandi minyak angin ke apa?
“Kau apa hal?” tanyaku, garang. Mata masih
melekat di kaca televisyen.
“Sakit perut! Cirit-birit,” adunya.
Aku pandang mukanya. Muka yang agak-agaknya
dah sepuluh kali ulang-alik ke tandas. Bila tengok muka dia
yang berkerut-kerut tu, aku rasa nak tergelak. Tapi aku tahan.
Malas nak cari gaduh.
“Aku cakap dah. Degil! Kan dah ketulahan dengan
aku. Walaupun kau yang ada darah kerabat, tapi aku yang ada
daulat. Jangan tak tau!”
Farriel tak menjawab. Dia terduduk lemah di
sebelahku. Muka berkerut-kerut tahan sakit. Tangan pulak
melekap kat perut. Jatuh kesian aku padanya. Nafas kutarik
dalam. Kemudian kuhembus. Mula memikirkan cara untuk
mengurangkan kesakitan Farriel. Housemate sakit ni, kena la
tolong. Nanti dikatakan tak berperikemanusiaan pulak.
“Kita pergi klinik, ek?” usulku dengan nada lembut.
“Nak pergi dengan apa? Kau bukan tau drive. Test
JPJ dah dua kali gagal,” katanya lemah.
Hek eleh! Sempat pulak dia perli aku. Menyesal aku
cerita pasal kegagalan aku tiga tahun dulu kat dia. Tu la,

125
AD+IZ

mulut ni gatal sangat. Langsung tak ada brek atau signal.


Laju aje guna gear lima bercerita. Kan dah kena kutuk? Sabar
aje la!
“Iye la, Izumi oi. Jap lagi aku panggilkan driver
teksi yang lulus JPJ datang. So, boleh la kita pergi klinik.
Boleh gitu, Encik Farriel Izumi?”
“Hmmm.…”
Tu aje yang mampu Farriel jawab sebelum berkejar
ke tandas semula.
Handphone aku ambil. Mencari nombor teksi.

“AD…” panggil Farriel dengan mata separuh tertutup.


Mungkin ubat doktor dah mula menunjukkan kesannya.
“Hurm?”
“Thanks….”
Diam. Cuma bunyi aircond yang kedengaran.
“Ad….”
Aik, tak tidur lagi?
“Iyeee….”
“Esok aku nak makan… ikan kerapu tiga rasa
macam yang kau makan tadi. Tom yam campur… ayam
masak merah… gulai ikan sembilang… ikan patin… ayam
golek….”
Mak aih… besarnya selera! Mengalahkan orang
mengidam pulak. Sedar ke tidak yang dia ni cirit-birit?
Farriel diam, tak bersuara lagi. Penat duduk di sofa,
aku duduk di sisinya.

126
Eury Athena

Farriel yang dah lelap di katilnya, aku perhatikan.


Doktor kata tak serius. Bagi ubat, bagi MC dua hari, insya-
Allah esok lusa sembuh. Mujur la... kalau tak, rasa bersalah
juga aku. Ye la, tak sangka pulak ‘sumpahan’ aku betul-betul
terjadi. Kebetulan betul.
Selimut Farriel aku perbetulkan. Burrr…! Sejuk
sangat ni. Rasa macam duduk kat kutub utara pulak. Remote
control air-conditioner aku ambil. Suhu aku tinggikan.
Selesai menentukan suhu yang sesuai, aku kembali duduk di
tepi katil. Wajah Farriel kuperhatikan. Muka bujur. Hidung
mancung. Pipi tembam. Bibir nipis. Warna kulit cerah.
Rambut lurus. Masih hensem walaupun overweight. Tapi
kalau kurus macam dulu, lagi hensem! Tak cukup bumi
dikejar dek pompuan.
Bila Farriel mula berdengkur, aku tersenyum
sendirian. Betul la... orang kata, kalau nak tengok muka
‘sebenar’ seseorang tu macam mana, tengok rupa dia masa
tidur. Segarang mana pun orang tu, bila tidur, muka ‘sebenar’
dia akan ‘muncul’; lembut dan tenang. Entah berapa lama
aku menatap wajah Farriel, aku tak pasti. Yang pastinya, tak
lama kemudian aku mula memenuhi ‘hak’ mata bila kelopak
mata terasa semakin berat.

FARRIEL buka mata. Niat hati nak berkalih badan ke kiri.


Kemudian dia perasan lampu tidur masih terpasang. Bila nak
tekan suis, dia terus dia terpandang Ad yang tidur menangkup
di tepi katilnya. Kenapa dia kat sini? Peristiwa beberapa jam
tadi, berputar di layar ingatan. Oh….
Wajah Ad menghiasi mata. Tenang wajahnya tidur.
Rambut, dahi, kening, mata, hidung, pipi… segenap inci

127
AD+IZ

wajah Ad diperhatikannya. Satu wajah yang tiba-tiba menerpa


ke dalam ingatan, segera dinyahkan. Tangan yang serasa nak
menjamah pipi Ad, segera ditarik ke sisi. Matanya singgah
pada bibir mungil Ad, ada getaran dirasakannya. Segera mata
dialihkannya.
“Ad… tolong jangan kelirukan aku. Tolong jangan
buat aku jatuh cinta pada kau. Tolong la.…”
Dipejamnya mata rapat-rapat.
Peraturan keenam : Bilik tidur pihak kedua adalah
kawasan larangan. Memasuki, secara sengaja atau tidak,
dianggap menceroboh.
Reject!

ESOKNYA, penyakit cirit-birit Farriel sembuh sepenuhnya.


Mujarab betul ubat doktor tu! Ingat nak la buat baik, masak
apa aje makanan yang dia nak. Macam yang diracaunya
malam tadi. Korang tau apa dia jawab?
“Tak nak la. Kau bagi aku sayur dengan buah cukup.
Tengah hari nanti aku nak roti ke apa-apa makanan yang aku
boleh makan ikut jadual pemakanan yang kau dah buat.”
Uiks… serik betul dia! Tapi aku tak nak kejam
sangat dengan dia. Tiba-tiba aje aku tarik ‘nikmat’ makanan
dari dia hari tu, memang la mengamuk sakan mamat tu. So,
aku buat strategi sendiri. Dia boleh makan makanan yang dia
suka tapi dengan syarat dalam kuantiti yang sedikit macam
yang dietician syorkan.
Sebagai personal dietician Farriel, kerja terbaru
aku adalah mengira kalori makanan yang dia makan, apa
hidangan yang sesuai untuk dia, apa makanan yang boleh dan

128
Eury Athena

tak boleh dimakannya. Aku siap sediakan satu buku catatan


lagi tu!
Dua hari Farriel MC dan duduk kat rumah. Dua
hari tu jugak la kuliah aku batal. Lecturer busy pasal
penstrukturan semula fakulti-fakulti. Apa yang nak
distrukturkan, aku pun tak faham. Tapi memang tragic
duduk rumah dua puluh empat jam dengan Farriel. Ada aje
yang tak kena. Rumah berhabuk la, kedudukan perabot tak
sesuai la, dapur tak kemas la, tandas berbau la. Sampai cara
nak sidai baju pun dia tegur. Dahsyat! Tak sangka lelaki
moden macam tu boleh membebel mengalahkan mak nenek!
“Baju mahal, baju yang kita pakai masa pergi kerja,
kuliah, majlis-majlis rasmi kena sidai terbalik dan letak
bawah bumbung. So, tak la cepat pudar dan rosak. Kain
pelekat ke kain batik, kena sidai lurus-lurus supaya cepat
kering. Pakaian dalam mesti disidai kat tempat tersorok,
supaya orang tak nampak atau curi.”
Sungguh la Farriel ni cermat, teliti dan sangat
praktikal orangnya. Benda macam tu pun dia perhatikan.
Observant betul!
Kalau aku, memang aku hentam aje sidai macam
mana pun. Janji bawah cahaya matahari. Tak kira la luntur ke
kedut ke. Bila dah kering, aku angkat dan lipat. Titik. Susah
juga nak ubah cara aku buat kerja bila dia tegur suruh aku
buat ikut cara dia. Yelah, benda-benda tu semua aku dah
praktikkan sejak kecik lagi. Bila dia tegur tu, panas juga la
hati. Siap perang mulut lagi. Malas mengeringkan air liur,
aku ikutkan aje la cakapnya. Tak larat la nak gaduh pasal
bontot kuali yang hitam lepas masak sampai dua jam. Bazir
tenaga aje!

129
AD+IZ

MATA bagaikan dipaku pada wajah Remy Ishak dalam


drama Obsesi. Hensem gila! Rasa nak tarik-tarik aje rambut
sendiri. Hu hu hu! Dek kerana kehenseman dia la aku
sanggup bersengkang mata menunggu slot Samarinda yang
ditayangkan melangkaui zon hibernasi aku. Selalunya pukul
sepuluh malam aje mata aku dah minta untuk direhatkan.
Kalau tak, alamatnya tersangap-sangap la aku dalam kelas.
Tapi demi Remy dan cerita Obsesi yang mengobseskan aku
ni, aku sanggup ingkar ‘arahan’ mata. Buku-buku, A4 paper
dan alat tulis yang berlambak di atas meja sekadar menjadi
hiasan semata-mata.
Terdengar ada gerakan dari tingkat atas ke bawah,
sila atas sofa aku perbetulkan. Tak perlu menoleh, aku sudah
tau siapa gerangannya. Dalam rumah ni ada dua orang aje.
Aku. Farriel. Kalau tak aku, Si Farriel. Kalau tak Farriel, aku
la. Tapi kalau bukan dua-dua, itu kes misteri nusantara
namanya. Unidentified object or subject.
Farriel yang baru turun dari bilik ‘bertapa’ duduk di
hujung sofa. Kes bosan menghadap kerja-kerja pejabat la tu.
Tak pun Marina tak online malam ni. Muka dah kurang dari
nilai satu sen dah tu….
“Cerita apa ni?” soalnya.
“Obsesi…” jawabku pendek.
Kacau aje! Orang tengah syok-syok tengok Tengku
Azuddin dok tekel future-wife dia ni.
“Bosan! Tukar cerita lain la!” desaknya.
“Pergi la tengok TV kat bilik kau! Kan ada Astro
bagai! Kacau aje la!”
“Ala… bosan tengok sorang-sorang! Ad, tukar la
channel lain!”

130
Eury Athena

Kulit kepala aku garu. Sibuk la dia ni!


“Kau tak tengok lagi, dah kata bosan! Cuba tengok,
fahamkan… lepas tu baru menilai,” rungutku.
“Cerita Melayu semua stereotype la. Balik-balik itu
aje ceritanya. Cuba ikut macam cerita Hollywood. Baru la
best!”
Farriel menamakan beberapa filem Hollywood yang
digemarinya. Alahai, gangguan bunyi betul la!
“Kau pergi jadi warganegara sana. Senang cerita!”
Farriel mencemik.
“Kau nak makan ke?”
Ni soalan nak menghalau dia naik ke bilik balik ni.
Biasanya Farriel takkan turun ke bawah kalau tak lapar atau
tak ada urusan. Dia lebih suka memerap kat bilik. Bergayut,
berchatting dengan Marina. Tak pun buat kerja pejabat ke,
baca buku ke….
“Nope! I’m good.”
Tumpuannya beralih pada buku berlambak di atas
meja. Kertas bawah buku ditarik keluar. “60% aje?”
Aku kerling padanya. Cuba memastikan tentang
perkara yang diperkatakan. “Okey la tu! Sebelum ni lagi
teruk!”
Hujung lidah aku gigit. Alamak! Terlepas cakap….
“Sebelum ni dapat berapa?”
Curious aje muka Farriel bertanya.
“40% lebih aje….” Perlahan aku menjawab.
Farriel ternganga. Kepala digelengkan.
“Letak kat muzium aje la otak kau tu,” perlinya.

131
AD+IZ

“Ala… monthly test aje tu! Relaks la.”


“Apesal teruk sangat? Susah ke? Baru first sem dah
macam ni.”
“Ala… aku tak pandai BI la. Lecturer situ semua
cakap BI. Selit BM sikit-sikit aje. Pakai bahasa teknikal pulak
tu. Mana nak faham.”
“In that case, aku akan ajar kau!”
Aku memandangnya dengan 1001 rasa pelik.
Taajub. Kagum. Demam ke apa? “Kau… nak… ajar aku?”
Farriel angguk kepala.
“Kau nak ajar aku apa?”
“BI la. Kata tak pandai BI. Kalau kau nak, aku boleh
tunjukkan juga mana-mana subjek yang kau lemah tu. Free
of charge. FOC.”
Aku garu pipi. Kena rasuk ke Farriel ni? Semacam
aje baiknya. “Kau ni gurau, kan? Ke kau mamai? Ke tengah
high? Tiba-tiba aje buat baik dengan aku. Tegak pulak bulu
roma aku!”
Farriel julingkan mata ke atas.
“Tak ada udang sebalik batu or mi pun la… ikhlas
nak tolong kau. Sebab kau dah tolong aku masa aku cirit-
birit hari tu. Lagipun, tak berbaloi la aku menghabiskan duit
hantar kau masuk kolej kalau kau dapat result hampeh
macam ni! Baik aku pergi shopping apa yang patut!”
Alasan logik… pucuk dicita, ulam mendatang!
“Sure?” soalku. Masih ada keraguan.
“Sure la!”
“Bila kau nak start ajar?”
“Sekarang pun boleh!”

132
Eury Athena

“Okey....” Iye tak iye dia ni?


“So, sekarang aku nak kau ambik kotak Scrabble
dalam almari.”
“Hah?”
Tadi kata nak mengajar. Sekarang nak ajak aku
main Scrabble pulak? Pening, pening!

NI cara Farriel Izumi mengajar aku vocab baru English.


Melalui permainan Scrabble. Setiap perkataan yang baru pada
aku, aku kena catat dan cari maksud dalam kamus. Kalau
rasa-rasa aku blur nak letak perkataan apa atas board, aku
boleh rujuk kamus dan cari perkataan yang boleh aku bentuk
dengan huruf yang ada.
“Apa kau buat kat lorong gelap tu?”
Entah kenapa terlintas soalan tu kat kepala aku,
masa aku tengah sibuk-sibuk mencari maksud perkataan foil
dalam Cambridge Dictionary.
Farriel yang tengah mengeja excise kat board
Scrabble panggung kepala. Blur aje pandangannya. “Lorong
apa?”
“Ala… yang kau kata masa malam tu!”
Takkan lupa kut? Malam star and moon gazing tu!
Ke buat-buat lupa?
“Bila masa pulak aku ke situ?” soalnya kembali.
“Kau kata kau jumpa arwah Ann kat lorong gelap.
So, sekarang aku tanya kau, apa kau buat kat situ?”
Aku jenguk papan Scrabble. Perkataan apa nak letak
ni?

133
AD+IZ

“Apesal? Aku tak boleh pergi situ ke?”


“Bukan tak boleh. Cuma aku pelik aje. Anak orang
kaya macam kau, lahir atas sudu emas, mana selera nak pergi
tempat kotor, busuk macam tu. Tu yang aku curious tu!”
Perkataan spoon aku eja. Menyambung dari huruf
‘s’ perkataan excise milik Farriel.
“Ooo… aku lari dari kenyataan aje.”
“Kenyataan apa?”
“Yang kau sibuk nak tau kenapa?”
Berganjak satu tangga tone suara Farriel.
“Saje! Mana la tau kut-kut kau ni stok (jenis) mat
gian ke, drug dealer ke, apa-apa, so aku boleh la buat apa-apa
persediaan bila kau buat perangai nanti.”
“Oit, aku takde la teruk macam tu sangat, okey!
Masih dalam kategori dewa lagi, ek!”
Aku angkat bahu. “So, apa kau buat pergi situ?”
Aku garu kepala. Suwei pulak aih tangan! Huruf Q
aku dapat. Cuba dapat huruf R ke S ke. Baru la senang bentuk
perkataan.
“Hari tu, aku baru tau kawan baik aku sebenarnya
spy papa aku. Menyakitkan hati!”
“Okey la tu.”
“Otak kau! Mati-mati aku anggap dia kawan baik
aku dunia akhirat. Kira semua rahsia aku dengan dia ‘lepas’
senang-senang aje la kat papa aku! Macam hampeh aje
perangai!”
Air suam dalam mug aku hirup.
“At least papa kau buat macam tu sebab dia
sayangkan kau. Macam aku ni, sorang pun tak ambik kisah

134
Eury Athena

aku buat apa. Aku kebulur ke, tunggang-terbalik ke. Aku


sendiri-sendiri aje tentukan jalan hidup aku. Duit belanja pun
cari sendiri, tau!”
“Aku lagi suka jadi macam kau. Bebas buat apa yang
aku suka. Tak dikongkong sampai aku sendiri tak tau apa
yang aku suka, apa yang aku tak suka!”
“Kenapa papa kau buat macam tu?”
“Dah la! Tutup cerita. Nite!”
Farriel terus berlalu.
Aik? Merajuk? Aku pernah dengar orang kata, orang
berbadan besar ni sensitif, kuat merajuk. Betul ke? Kalau
ikutkan ‘ujian’ yang dijalankan ke atas Farriel tadi, nampak
gayanya betul la tu!

PINTU yang bertalu-talu diketuk aku buka. Besar anak mata


melihat tetamu yang datang. Dua buah bagasi setinggi budak
setahun di kaki menambahkan lagi tanda tanyaku.
“Hana? Mimpi apa datang malam-malam ni?”
soalku, antara percaya dengan tidak.
Hana memelukku dengan wajah ceria. Tapi kenapa
keceriaan Hana macam tak real aje?
“Akak! Rindu la dengan akak! Abang mana?”
“Out station. Ni apa kes tak semena-mena muncul
depan pintu rumah akak ni?”
“Saja… nak tukar angin tidur rumah akak.”
“Sampai dua beg? Gaya macam lari rumah aje!”
“Eh, akak jangan salah faham! Satu ni aje beg Hana.
Yang lagi satu ni Abang Ihsan punya!”

135
AD+IZ

Jap… bagi aku fahamkan kejap.


Hana datang sini, bawa beg sebab nak tumpang
tidur kat sini. Okey, yang tu aku faham la.
Yang beg Ihsan ni, apa ke halnya pulak? Nanti
sekejap. One minute, one minute. Takkan Ihsan pun nak
datang tidur kat sini… kut?

136
Eury Athena

Bab 9
“B
UKAN Hana nak kurang
ajar dengan papa dan
mama. Tapi diorang tu
terlalu control hidup anak-anak la. Sampai cita-cita pun
diorang nak campur tangan. Agaknya, esok lusa bila Hana
nak kahwin pun silap-silap diorang yang pilihkan. Bosan la!”
Keluh Hana keesokan harinya. Tangannya kini
lincah menyapu blusher di pipiku. Touch-up terakhir di
wajahku. Muka dah terasa berat dengan foundation dan entah
apa-apa bedak lagi. Bulu mataku yang asalnya tak sampai
setengah inci, dah jadi seinci, berkat bulu mata palsu. Kening
dah elok terlorek. Kelopak mata dah tukar warna pink. Bibir
dah merah disapu lipstick warna blushing rose.
Aku pun tak tau macam mana la aku boleh setuju
dijadikan model tak berbayar pada Hana ni. Mungkin aku
cuba ceriakan dia sebab dia monyok aje dari semalam. Bila
aku setuju aje dengan usulnya untuk disolek, melompat-
lompat dia kegembiraan.
“Hana nak further study bidang apa?” soalku. Muka

137
AD+IZ

di cermin aku pandang. Tangan Hana memang ada kuasa


magis dalam bab solekan. Muka aku dah berubah jadi lebih
cantik berseri. Cheh, masuk bakul angkat sendiri pulak!
“Fashion. Make-up. Anything yang sewaktu
dengannya.”
Hmmm… memang jelas ketara la kenapa Hana
‘pakar’ dalam bidang ni.
“Papa nak Hana ambil course apa?”
“Ambil architecture atau engineering. Dulu abang
nak ambik degree in engineering, papa tak bagi. Disuruhnya
abang ambik business management in order to get the CEO
position dari Abang Ihsan. Lepas tu sekarang paksa-paksa
Hana pulak! Hana tak nak. Ei, Hana tak boleh masuk la
dengan benda-benda macam tu!”
Aku diam. Mula dapat gambaran mengenai bapa
mertuaku dan keluarga. Rupanya jadi orang kaya ni lain
pulak dilema yang dihadapinya. Macam kami orang miskin ni
setakat krisis tak makan, duit, hutang macam tu aje la.
“Ooo... speaking of Tengku Ihsan, lupa nak beritahu
akak. Beg tu Abang Ihsan bagi sebelum bertolak semalam.”
Beg di sudut bilik ditunjukkannya. Aku ada minta
apa-apa ke dari dia? Sampai satu beg dia bagi.
“Bertolak? Ke mana?” soalku pelik.
Patut la Ihsan tak datang jumpa aku kat fakulti
semalam. Selalunya dia la yang paling rajin melepak kat
fakulti aku tu. Habis semua orang ditegurnya. Bila aku break
aje kelas, kat aku la dia menempek. Mengekor aje ke mana
aku dan Erin, classmate aku tu pergi. Sampai Erin sangka
yang Ihsan tu suami aku. Aku tak salahkan Erin sebab dia
memang tak pernah jumpa Farriel. Bersenang-lenang betul

138
Eury Athena

anak Tengku sorang tu. Beza betul dengan ‘Izumi aku’ yang
membanting tulang untuk Izumi Corporations. Izumi aku?
Ngeh heh heh heh… perasannya!
“Ke US. Dia nak bawa balik semua barang.
Nampaknya kali ni Abang Ihsan nak menetap kat Malaysia
terus.”
“Tiba-tiba aje?”
Beg besar tu aku tarik zipnya. Penuh dengan buku-
buku. Semuanya tebal-tebal. Ada yang berbahasa Melayu, ada
juga yang berbahasa Inggeris. Yang pastinya semua buku tu
berkaitan dengan course yang aku ambik. Ihsan… macam
tau-tau aje buku-buku ni yang aku perlukan sebagai bahan
rujukan.
“Entah la. Tapi lately, Abang Ihsan selalu tanya
Hana macam mana nak tackle pompuan bertudung, yang
Islamik dan jenis jual mahal. Hana terkejut juga. Akak pun
tau kan, Abang Ihsan tu spesies buaya tembaga. Apa jenis
pompuan pun, mesti datang melutut kat dia punya la! Tiba-
tiba nak minta tips dan petua dari Hana pulak. Tapi kali ni
Hana rasa dia dah jumpa dengan pompuan yang betul-betul
dia suka. Dan pompuan ni buat Abang Ihsan ada tujuan dan
arah hidup.”
Nak terlepas buku dari tangan mendengar
penjelasan Hana. Sejak bila Ihsan tukar selera? Dari pompuan
ala-ala Tara Reid kepada Wardina Saffiyah! Menakjubkan!
“Maksud Hana?” soalku.
“Abang Ihsan nak settle down. Dia nak bersara jadi
playboy. Dia kata dia nak kerja kat Izumi Corporations.”
“Well, bagus la tu! Bukan ke semua tu yang famili
Hana nak?”

139
AD+IZ

“Memang la. Tapi perubahan dia tu macam


mendadak sangat. Empat bulan lepas, right before Abang Aril
introduced Kak Adry sebagai isteri, kat tepi telinga Hana ni
sendiri Abang Ihsan kata dia nak menetap kat US. Kat sana
dia dah ada kerja yang selesa. Dah beli rumah pun. Dia kata
dia cepat bosan kerja under company famili. Tak profesional
la, bias la. Then, suddenly nak settle down kat Malaysia?
Memang pelik bin ajaib la!”
“Biar aje la. Dia dah dewasa. Mesti apa yang dia buat
tu berdasarkan akal yang rasional. Just support dia, cukup
la….”
Aku simpan balik buku-buku Ihsan dalam beg.
Entah aku terbaca entahkan tidak. Al-maklumlah, aku kan
Ratu Bantal….
“I hope so! Hana dapat rasakan keputusan tu
berkaitan dengan ‘anak dara pingitan’ yang dia nak tackle
tu.”
Hana membetul-betulkan kedudukan rambutku
yang dah terhias cantik. Seketika kemudian dia menjarak diri
dari aku. Menilai hasil kerjanya sebentar tadi.
“Okey, cun!” Tangannya menyelongkar bagasi pula.
Sehelai baju dikeluarkan.
“Akak tukar night dress warna peach ni, ek! Hana
nak turun kejap la. Haus!”
Hana hilang di balik pintu. Night dress warna peach
yang tak berlengan dan besar bukaan dadanya itu aku
pandang. Macam kecik aje baju Hana ni. Muat ke kat aku?
Demi mengambil hati Hana, aku pakai juga baju tu. Nak juga
tengok, cun ke tak cun aku pakai baju seksi macam ni. Bila
tiba tang nak menzip, aku terus stuck. Tangan tak sampai…
hu hu hu….

140
Eury Athena

“Hana! Uiii…!” jeritku lantang.


Mana Hana ni? Aku turun. Terus menghala ke
dapur bila terdengar bunyi mug berlaga dari situ. Sampai kat
meja makan, aku berpaling ke belakang.
“Hana, tolong zipkan baju ni. Akak tak sampai la…”
pintaku.
Hana menghampiriku di meja makan. Zip dilarikan
naik ke atas.
“Thank you, darling! Akak tak rasa baju ni sesuai
dengan akak la. Saiz akak dengan Hana mana sama. Terasa
‘huduh’ pulak bila akak pakai. War…”
Tubuhku dipeluk dari belakang. Erat. Satu ciuman
mendarat di leher. Serta-merta rasa ‘hangat’ menerpa dalam
diri, jiwa dan hati.
“No, I think the dress really suits you. You look
beautiful in it. Really.”
Suara garau itu singgah di cuping telinga.
Farriel? Aku kalih kepala ke arah tuan empunya
suara. “Izumi? Erk! Bi… bila sampai?”
Farriel membalikkan tubuhku. Menghadapnya.
Jarak antara tubuh kami kurang seinci. Seandainya aku
menggerakkan tubuh sedikit sahaja, pasti aku sudah terpeluk
akan dirinya. Aku angkat muka. Memandang Farriel yang
tajam merenung wajahku. Dan kemudian anak mataku jadi
sasaran matanya. Dan tak kusangka-sangka, Farriel
merangkul tubuhku lagi sekali. Ayork…!
“Kak Adry, look what I have found! Ops….”
Hana kaku di anak tangga. Terkebil-kebil melihat
aksi kami yang agak romantis.
Aku pantas menolak tubuh Farriel.

141
AD+IZ

Farriel tersentak. Baru sedar akan kehadiran Hana


di rumahnya. Dia berdeham beberapa kali sebelum berlalu ke
dapur. Menyambung semula ‘aktiviti’nya di dapur sebentar
tadi.
“Sorry, Hana terinterrupt pulak….” Hana gigit
bawah bibir.
“It’s okay.”
Okey? Tengku Farriel Izumi peluk dan cium kau
tadi! Bukan sepatutnya kau tak okey ke? Ei, tiba-tiba rasa
seram sejuk pulak!
“Guess what? Hana jumpa kamera dalam bilik akak
dan Abang Aril! Jom, kita ambil gambar!”
Kamera digital di tangan dikeluarkan dari
sarungnya.
“Tak nak la! Akak malu la!”
“Ala… sporting la sikit, Kak Adry! Kita ajak abang
sekali. Abang! Jom ambil gambar!” laung Hana.
“Tak nak la!” Jerit Farriel dari dapur.
Aku angkat kening aje pada Hana.
“Sehati sejiwa betul!”

BUKU dan alat tulis aku angkut keluar. Pintu bilik Farriel
aku rapatkan perlahan-lahan. Rasa-rasanya Hana dah tidur.
Dah tak ada bunyi pun dari biliknya. Tak selesa la duduk satu
bilik dengan mamat ni. Dah la petang tadi dia… ah! Tak payah
ingat la! Seram pulak bila ingat-ingatkan balik.
Semalam boleh la, Farriel kat JB lagi. Aku ada
alasan nak tidur sebilik dengan Hana. Borak punya borak

142
Eury Athena

tengok-tengok dah pukul tiga pagi. Tapi hari ini Farriel dah
balik. Apa ke rupanya seorang isteri tidur dengan adik ipar,
walhal suami ada untuk dilayan. Dilayan? Ei, tegak lagi bulu
roma! Nak tak nak terpaksa la aku duduk sebilik dengan
Farriel.
Tapi bila Hana dah tidur, ini peluang aku untuk
balik ke bilik semula la. Kunci pintu bilik aku seluk dari
kocek. Nyaris nak jatuh jantungku saat pintu bilik Hana
terbuka. Alahai… kantoi!
“Kak, buat apa tu? Jalan terjengket-jengket macam
pencuri aje….”
Aku senyum. Nak cover apa ni?!
“Tak ada. Ingat nak buat assignment kat bilik ni.
Malas nak buat kat bilik sana, abang Hana tu suka kacau
akak. Tu yang akak nak berhijrah tu!”
Hana garu kepala. Dialih pandang pada pintu
bilikku.
“Semalam Hana nak tidur kat bilik ni, akak kata
bilik ni dah jadi stor. Takkan akak nak buat assignment kat
dalam stor kut?”
“Ha? Iye, iye. Bilik ni dah jadi stor. Barang akak dari
rumah lama tu banyak sangat. Tak sempat nak kemas lagi. Tu
yang tak kasi Hana tidur kat bilik ni.”
Ayork, jerat dah mengena diri sendiri la pulak!
Kalau Hana masuk dan tengok bilik ni, mesti dia tau yang
aku dan Farriel memang tak tidur sebilik. Hana pandang aku
dengan 1001 pertanyaan.
“Takpe la, Hana. Akak masuk bilik balik ek, nak
sambung buat kerja!”
Nak tak nak, tombol pintu bilik Farriel aku pulas.

143
AD+IZ

Dalam bilik, Farriel hadiahkan senyuman mengejek.


“Nampaknya, aku tidur berkawan la malam ni!”
Lidah aku jelirkan. Over my dead body!

“ARGHHH…!” jeritku separuh lantang. Buku yang berlambak


atas sofa aku tolak ke tepi. Otak dah tepu!
“Woi! Kau apehal? Training jadi Tarzan ke?”
Aku cemikkan muka. Ada ke samakan aku dengan
Tarzan yang pakai cawat tu?
“Tension la! Tak ada idea nak buat assignment.
Mood nak ulang kaji pun dah ‘lari’! Ei, final exam dah dekat.
Satu apa pun tak lekat kat kepala. Tensionnya!” aduku.
Rambut yang aku ikat dua, aku tarik.
Farriel letak pen di meja kerja. Perhatiannya
kepadaku kini. “Kau tu suka sangat makan otak udang.
Pemalas pulak tu. Asal buka buku aje berdengkur. Aku makin
kurus, kau pulak makin malas belajar. Tak jadi la deal kita
macam ni!”
Eleh… tau la berat badan dia dah turun sepuluh
kilo. Berlagak! Dia kurus pun sebab aku kawal makan dia.
Paksa dia exercise hari-hari walaupun kejap. Selalu ingatkan
dia minum fat burner dan weight lost product yang bersusun
atas kabinet dapur tu. Dan bantuan rawatan sedut lemak.
Mana aci!
“Kan best kalau dapat jalan-jalan kat luar malam-
malam macam ni? Pergi tempat yang lapang… tempat yang
tak ada orang… tempat yang cuma ada aku dan alam semula
jadi…” kataku pada diri sendiri.
Aku mula tenggelam dalam imaginasiku sendiri.

144
Eury Athena

Membayangkan aku berada di kawasan lapang seperti padang.


Bebas berkejaran ke sana ke mari dengan bertemankan sang
bulan dan bintang. Berbaring melihat ke langit malam selama
mana yang aku inginkan.
“Oit! Dah sampai mana? Zuhal?”
Kepalaku terasa ditonyoh. Farriel yang entah bila
bangun dari meja kerjanya, dah duduk di depanku. Sibuk!
“Sibuk la! Orang tengah berangan ni!”
“Peduli apa aku ‘orang’ tu berangan ke tidak!”
Aku buat muka bengang. Mamat ni memang
android tak berperasaan. Rupa aje elok. Tapi tak ada feeling.
Lupa nak install agaknya!
“Jom!”
Tanganku ditarik, memaksa aku berdiri. Dahi
kukerutkan. “Ke mana?”
“Jalan-jalan,” jawabnya selamba.
“Ha? Tebiat apa nak keluar jalan pukul sebelas
malam ni?”
“Jangan banyak bunyi la! Pergi pakai tudung. Baju
tu pakai yang sopan sikit! Tapi tak payah la formal sangat.”
Badanku dah didorongkannya ke depan hingga ke
muka pintu.
“Aaa… kau ni mamai ke apa?”
“Tiga puluh saat, Ad! Lambat… aku denda! Aku
tunggu kat bawah.”
“Hana?” soalku dengan muka bingung.
“Biar aku beritahu dia!”
Nak tak nak aku menyusup masuk ke dalam bilikku.
Almari baju kubuka. Jari-jemari aku larikan pada baju-baju

145
AD+IZ

yang kemas tergantung. Baju sopan… tapi tak formal. Sopan


tapi tak formal. Track satu suit yang orang selalu bawa pergi
joging tu boleh? Ah… kira jadi aje la!
Farriel ketuk pintu.
Terdengar suara Hana mengarahkan dia masuk.
Pintu dibuka, kepala Farriel menjengah masuk.
Hana yang tadinya terlentang menghadap majalah
atas katil, duduk bersila.
“Hana, abang dengan Kak Ad nak keluar kejap.
Hana dok rumah, kunci pintu okey! Don’t worry, abang bawa
kunci.”
“Orait!”
Simbol ‘okey’ ditunjuknya dengan jari tangan.

HANA pulas tombol pintu bilik. Kepala dijengah keluar.


Senyap sunyi. Dia menapak ke bawah. Tak ada jugak. Aik…
kejap aje dah hilang? Butang handphone ditekan.
“Helo.”
Suara di hujung talian menyapa. Lemah bunyinya.
“Helo! Nenda, Hana ni….”
Suara teruja Hana membuatkan Nenda Nerrisa di
hujung talian cepat-cepat bangkit dari pembaringan.
“Macam mana? Ada dapat apa-apa bukti?” soal
Nenda Nerrisa.
“Tak ada pun. Everything is fine la, nenda. Rumah
kemas. Baju kotor tak bersepah. Kak Adry masak pun sedap.
Lepas tu…”

146
Eury Athena

“Ya Allah! Nenda bukan suruh kamu observe benda-


benda gitu!” pintas Nenda Nerrisa.
“Habis tu?” Muncung Hana maju ke depan.
“Nenda nak tau, Rianna dengan abang kamu tu
okey ke tidak. Hubungan diorang macam mana? Bergaduh
ke? Suam-suam kuku ke? Dingin ke? Diorang tidur sebilik
tak?”
“Ooo… diorang tidur sebilik la nenda. Tapi macam
ada something fishy jugak la kat rumah ni. Hana tak tau apa
dia. Abang baru aje balik dari JB petang tadi. Nenda lupa ke
dia dengan papa outstation empat hari?”
“Allah! Nenda lupa la….”
Nenda Nerrisa menepuk dahi.
“Tapi kan nenda, masa abang balik petang tadi, dia
siap peluk dan kiss Kak Adry depan Hana lagi. Ui… romantik
gila! Masyuk sangat… Hana rasa macam nak kahwin juga la!
Dapat suami romantik macam tu mesti best!”
“Budak gatal! SPM baru habis, ada hati nak
menikah!” marah Nenda Nerrisa.
Muncung Hana ke depan lagi. Tak boleh dibawa
bergurau betul la nenda ni!
“Habis tu, mana diorang ni? Tidur?”
“Tidur apa… diorang keluar! Tinggal Hana sorang-
sorang aje ni!”
“Malam-malam buta keluar? Ke mana?”
“Tak tau! Dekat-dekat sini aje kut. Abang tak bawa
kereta pun. Pakai pun sempoi aje tadi.”
“Ei, hari siang ada, tengah malam macam ni juga
dia nak keluar….”

147
AD+IZ

“Biar la, nenda… diorang tengah lovey-dovey tu.


Nak night strolling agaknya. Tak payah risau la!”
“Hmmm… yelah! Agak-agaknya, boleh tak nenda
dapat cicit dalam tahun ni?”
“Nenda! Muda lagi diorang tu!”
“Hmmm… yelah! Kamu tu bila nak balik rumah?
Tak payah merajuk lama-lama la dengan papa kamu tu. Nanti
nenda cuba bincang dengan dia. Kena gayanya, dapat la apa
yang kamu hajatkan tu, okey?”
“Knowing him… makes me thinks it’s imposibble,
nenda!”

“WOI, Iz! Kau cakap tak jauh… dah dekat dua marhalah kita
jalan dah ni! Kau ni nak ajak aku merentas desa ni ke apa
sebenarnya?”
Farriel tetap diam.
Kalau dia jawab pun, dia akan bagi jawapan yang
sama macam dua puluh soalan aku tanya tadi.
“Rahsia. Just wait and see!”
Itu aje la jawabnya.
Akhirnya ‘pengembaraan malam’ kami berakhir di
tengah padang permainan yang terletak bersebelahan taman
rekreasi. Patut la jauh. Rupa-rupanya kami berpusing satu
taman perumahan untuk sampai ke sini.
Farriel memandang sekeliling sambil tersenyum.
“Cantik, kan?”
Aku pandang sekeliling. Keadaan di padang
permainan agak gelap. Cuma meminjam cahaya lampu yang

148
Eury Athena

ada di taman rekreasi serta bulan dan bintang yang berjuta


bergantungan di langit. “Cantik….”
“Ada macam tempat yang kau bayangkan tadi?
Tempat yang lapang dan berangin… tempat yang sesuai
untuk lepas tension belajar kau. Okey tak?”
Aku tersenyum. Angguk kepala. For ‘this’ you got
ten marks, Izumi!
“Jom, tolong aku!”
Farriel bentangkan tikar yang dikepit di ketiak tadi.
Kemudian barang-barang dalam bakul yang dipaksanya aku
jinjing tadi, dikeluarkannya. Disusun atas tikar yang tak
seberapa besarnya itu. Jus oren, air mineral, blueberry cheese
cake, beberapa stok makan dari peti sejuk, cawan dan sedikit
jajan.
Aku pandang Farriel dengan rasa tak percaya. “Iz,
kita nak piknik kat sini ke apa?”
“Why not? Tak ada orang nak saman pun. Even tok
kadi!”
Hai la, Farriel Izumi… romantik tahap dewa cinta
juga rupanya. Baru aku tau tahap romantik orang berDNA
Jepun+Melayu macam Si Farriel ni.
“Come, sit here!”

“AD… kau malu tak nak jalan dengan aku?” tanya Farriel
masa kami elok duduk bersila atas tikar.
“Tak! Okey aje… kenapa?”
Kek di tangan aku sumbat ke mulut.
“Aku rasa Marina macam malu aje nak jalan dengan

149
AD+IZ

aku. Kalau pergi mana-mana, dia mesti jalan depan aku.


Lepas tu nak pergi tempat-tempat yang tak ramai orang aje
pulak tu!”
“Maybe dia rimas jalan tengah orang ramai kut.
Dan dia jalan laju. Sebab tu kau tinggal kat belakang.”
“Ye ke? Aku tak rasa macam tu pun.”
“Terpulang pada penilaian kau. Kau lebih kenal
siapa Marina tu dari aku. Kalau aku, aku terima orang yang
aku cintai seadanya. Cakap orang lain, buat apa nak kira!”
“Eleh… bercakap macam ada pengalaman. Kau
pernah bercinta ke?”
“Ingat orang bercinta aje tau pasal cintan-cintun ni
ke?”
Krim blueberry yang berbaki di jari, aku calit ke
pipinya.
“Weih! Apa ni?”
Farriel meraba pipi yang melekit. Krim blueberry
dalam bekas dicoleknya. Nak balas dendam la tu!
Tanpa berlengah, aku bangun.
Dan kami berkejaran di tengah padang.

“WEIH… aku surrender la! Pancit (letih) dah ni…” ujar


Ad dalam mengah. Terbongkok-bongkok Ad menahan lelah
dikejar.
Farriel angkat kedua-dua belah tangan ke udara.
Mengisytiharkan diri sebagai pemenang dalam acara sebentar
tadi. Krim blueberry di jari telunjuk, dicalit juga ke dahi dan
pipi Ad.

150
Eury Athena

Muncung AD automatik panjang sedepa. Terkial-


kial Ad menyapu pipi dengan belakang tapak tangan.
“Meh… aku tolong.”
Farriel berdiri menghadap Ad. Wajah Ad
didongakkan sedikit dengan jarinya yang runcing. Ditiliknya
wajah Ad seketika sebelum menyapu krim blueberry di
wajahnya dengan tisu.
“Thanks,” kata Ad.
Farriel pantas menahan bahu Ad sebelum dia
berpaling. Muka Ad yang penuh tanda tanya ditatapnya lama.
Wajah Ad tampak berseri dan bercahaya di bawah sinaran
bulan. Mata bundar Ad seolah-olah malu-malu membalas
pandangan matanya. Pipinya kemerah-merahan menahan
malu apabila direnung. Dua ulas bibirnya yang merah
bersinar bak mutiara. Farriel benar-benar teruja dengan apa
yang dilihatnya.
“Ad, tolong jangan buat muka macam tu,” bisik
Farriel tanpa sedar.
“Buat muka macam mana?”
Ah… kenapa Ad nampak lain malam ni? “Jangan
buat muka macam tu lagi nanti aku…”
“Kau nak buat apa?”
“Nanti aku cium, baru kau tau,” ujar Farriel.
Seakan-akan memberi amaran.
“Ci… um?” soal Ad antara panik dan keliru.
Farriel terpaku lagi melihat riak wajah Ad. Kenapa
Ad nampak berlainan malam ni? Nampak cantik dan… ah!
Akal yang waras menegah Farriel dari berbuat sesuatu di luar
jangkaan. Namun gelora di hati mendesaknya menzahirkan
apa yang dirasakan. Perasaan halus dan hangat setiap kali

151
AD+IZ

berduaan dengan insan bergelar Adrianna Mayesa. Dalam


peperangan antara akal dan hati, hati menjadi sang
pemenang.
Untuk sekali ini. Untuk sekali ini sahaja. Aku ingin
mengikut gerak rasa hati. Mengabaikan logik akal fikiran.
Hanya kali ini.
“Hmmm… cium! Macam ni.”
Farriel maju setapak ke depan. Memegang kejap
bahu Ad, sebelum kedua-dua tangannya melurut jatuh dan
mencapai jari-jemari Ad yang sedingin ais. Jari-jemari mereka
bertaut kemas. Dan perlahan-lahan Farriel mengucup dahi
Ad. Lama bibirnya di situ sebelum dileretkan ke hidung Ad
yang mancung dan kemudiannya mendarat kemas pada bibir
mungil Ad.
Dan tatkala bibir mereka bersatu buat pertama
kalinya, ada satu keyakinan menjelma di dalam diri Ad.
Keyakinan yang melenyapkan segala keraguan, yang
meleraikan segala kekusutan yang membelenggu dirinya.
“Kau penah bercinta?”
Soalan Farriel sebentar tadi kembali bergema dalam
minda Ad. Tidak seperti tadi, kali ini Ad yakin dan sudah
punya jawapannya.
Pernah! Dengan kau. Hanya dengan kau, Farriel…
kerana hanya kau yang mampu menjadikan perasaanku
seindah ini!
Dan mereka terus berkucupan di bawah langit
malam itu.

152
Eury Athena

Bab 10
“N
ANTI aku cium, baru kau
tau….”
“Hmmm… cium!
Macam ni….”
“Psttt! Adry!”
Lengan terasa disiku. Hilang dah muka Farriel dari
anganku. Sibuk betul la minah sorang ni! Aku baru nak ulang
tayang peristiwa Hari Ini Dalam Sejarah kelmarin.
Aku toleh kiri. Kepala aku gerakkan. Kedua-dua
belah kening kuangkat. Mengisyaratkan pertanyaan. Apehal?
“Kau dah start study untuk final exam? Paper
Encik Azfar ni kau dah study?”
Final exam? Dengar aje dah nak tercirit-birit
rasanya. Erin, kau memang perosak day dreaming aku!
“Kau ingat aku ni ‘hadap’ sangat ke dengan Encik
Azfar tu sampai nak study paper dia cepat-cepat? Final lagi
sebulan la,” perliku.
Erin mencemik. Buat la muka cipan tu selalu-

153
AD+IZ

selalu, nanti naik kedut kat muka mula la gaduh cari kedai
facial, krim anti penuaan la….
Erin, Erin… minah ni muda tiga tahun dari aku.
Tapi dia langsung tak nak panggil aku ‘kakak’, ‘sis’ atau
panggilan yang sewaktu dengannya. Aku pun tak harap
sangat dia hormat aku sampai tahap macam tu. Rasa macam
aku baya-baya dia aje. Rasa muda, jadi muda, memang muda.
Eh, lain macam aje tagline tu. Katanya muka aku nampak
macam budak-budak. Bila aku tunjuk IC, dikatakan pejabat
pendaftaran salah cetak. Isk isk isk….
Tu belum lagi aku declare yang aku dah kahwin
dengan Farriel. Masa aku cakap aku dah kahwin, dia kata dia
tak percaya. Dia cakap mati hidup semula pun dia tak percaya
sebab aku tak ada gaya macam orang dah kahwin. Agak-
agaknya, gaya orang dah kahwin tu macam mana, ek? Malas
nak panjangkan cerita, aku sua aje sijil nikah aku. Sepuluh
minit mulut dia ternganga. Nganga kecik takpe la jugak, ni
nganga besar! Aku agak muat kut kalau tikus mondok masuk
dalam mulut dia.
“Eh, Encik Azfar tu tak la teruk sangat tau!
Penerima anugerah lecturer paling hensem dan berkaliber
tiga semester berturut-turut! Kau aje yang buta pancaindera.
Mana nak dapat laki yang ada pakej macam tu sekarang ni?”
Aku mencemik. Kalau dah suka tu, aku cakap apa
pun akan di‘tongsampah’kan. Baik aku diam. Jimat air liur,
kurang dosa. Nota kat layar putih aku salin. Eh, dah berapa
slide aku tertinggal ni? Farriel punya pasal la ni!
“Dah la hensem, baik, jujur…”
“Amanah, cekap, bersih,” sampukku.
“Ha! Betul la tu! Lepas tu dia ada kerja tetap, kereta
pun besar, rumah besar…”

154
Eury Athena

“Dia dah kahwin, Erin!”


“Pembetulan! Dia duda. Isteri dia dah meninggal
dua tahun lepas.”
“Tapi dia ada anak. Anak dia pun dah besar.”
“Ha! Itu bonusnya. Anak ready made! Kalau kau
kahwin dengan dia, cuci kaki aje kau masuk rumah….”
Kahwin? Berapa banyak kali pulak aku nak kahwin?
“Banyak kau punya cuci kaki. Silap-silap, kau yang
kena ‘cuci’ dengan anak dia.”
Erin ‘panjang’kan muka.
“Ala… budak baru masuk tadika. Bukan susah
mana pun nak handle. Aku pernah jaga lima anak buah sekali
gus. Senang aje!”
Kelas yang tadinya hingar dengan soal jawab antara
classmates aku dan Encik Azfar tiba-tiba jadi senyap sunyi.
“Adrianna! Erin! Ada apa-apa yang kamu nak kongsi
dengan saya atau classmates kamu?” soal Encik Azfar dengan
lantang.
Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu ke arah
kami. Aku siku Erin. Erin siku aku balik. Alamak… kena
gulai la aku!
“Atau mungkin awak nak ulas apa kaitan teori
kapitalisme oleh Karl Marx dan kaitannya dengan ekonomi
dunia?”
Aku menggeleng beberapa kali. Berdoa bukan nama
aku yang dipanggil.
“Adrianna! Try your luck.”
Dush!
Macam tengah jalan atas red carpet kat Grammy

155
AD+IZ

Award aje bila semua orang menoleh ke arahku. Aku sengih,


tunjuk gigi putih yang tersusun berbaris.
Aku? Humargh ai…! Tak khatam lagi baca teori
mamat berjambang berdahi luas tu. Asal buka buku aje,
mengantuk. Asal mengantuk aje, aku tengah buka buku. He
he he! Isk… takkan nak goreng (tipu)! Fakta tu! “Aaa… Karl
Marx tu…”
“Encik Azfar, time’s up! Budak untuk next class dah
tak sabar nak masuk tu,” tegur Mifzal dengan nada rendah.
Cara berhemah menegur.
Mifzal kenyit mata ke arah kami. Mamat ni
memang mesra alam dengan semua orang.
Asalnya dia nak mengayat aku. Bila aku jual mahal,
dia tukar arah pada Erin pulak. Nampak macam playboy, tapi
dia okey gila.
Encik Azfar menoleh ke arah sekumpulan pelajar
yang dari tadi kelihatan dah over excited nak masuk ke dalam
dewan kuliah.
Yes! Selamat aku…!
“Okey, kelas tamat! Adrianna dan Erin, kamu ikut
saya ke pejabat!”
Ala… kena jugak ke? Sah la kena bebel ni! Nasib
cuping telinga aku tebal.

“AKAK dengan abang ni kenapa? Pandang-pandang. Jeling-


jeling. Senyum-senyum. Lepas tu pipi masing-masing
blushing aje! Kena sampuk dengan hantu mana masa keluar
malam hari tu?”

156
Eury Athena

Tret tet tet tet! Macam peluru machine gun Hana


menyoal.
“Mana ada!” jawab aku dan Farriel serentak.
Mata kami bertentangan lagi. Segera kularikan
mata ke bawah.
Mushroom soup yang berbaki, aku hirup perlahan.
Sesekali bila mata aku dan Farriel bertembung, ada rasa
hangat singgah di hati. Kami tak pernah sebut apa-apa pasal
malam tu. Malam tu habis macam tu aje. Lepas berkejar satu
padang, strolling pulak kat taman, main kat taman permainan
kejap, kami balik. Tidur. Dan masih jadi anjing dan kucing
bila bangun keesokan harinya. Cuma kami masing-masing
dah semakin hilang taring dan kuku. That kiss, no one ever
mention it. Not even once. Anggap macam tak pernah jadi
aje. Walaupun aku ada banyak benda nak tanya kat dia, tapi
kadang-kadang lebih baik diamkan diri dari bercakap.
“Kak, Abang Aril… makan la piza ni! Asyik Hana aje
makan. Gemuk la Hana macam ni!”
Aku menggeleng. Sepotong dah lepas masuk dalam
perut tadi. Cukup. Kang muntah, siapa nak jawab?
“Hana makan la. Kita keluar nikan memang
semata-mata nak gembirakan hati Hana. Supaya Hana tak
tarik muka empat belas sebab asyik kena tinggal sorang-
sorang kat rumah aje,” pujuk Farriel.
Hana sengih. Hana memang manja dengan Farriel.
Ringtone lagu Happy Happy dari OST (original
soundtrack) My Girl riang melalak (berbunyi) dari dalam tas
tangan. Satu-satunya lagu yang boleh mendesak jariku untuk
segera menekan butang menjawab. Sebab lagu ni boleh bagi
degup jantungku cepat dua kali ganda dari biasa, emosi
terganggu, lamunan direntap dan menimbulkan rasa cemas

157
AD+IZ

kalau tak dijawab dengan cepat. Butang hijau segera aku


tekan.
Farriel dan Hana masih berbual sambil
menghabiskan potongan terakhir piza.
“Helo. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam. Adrianna?” balas si pemanggil di
hujung talian.
Siapa ek? Sungguh aku tak cam suara si pemanggil.
“Ya, saya. Maaf, siapa ni?”
“Mama ni.”
Mama mana pulak ni? Mama mia? Mama Bosan?
“Tengku Khalidah. Mama Aril.”
Ooo… baru aku tau.
“Adry dengan Hana ke tu?”
“Haah.”
“Kalau boleh, jangan sebut nama mama depan dia.
Mama takut dia mengamuk pula bila tau mama call Adry
pasal dia.”
“Okey. Ada apa tu, Tengku?” soalku perlahan.
Farriel dan Hana langsung tak hiraukan aku.
Suasana Pizza Hut yang bising seolah-olah menenggelamkan
perbualan aku dan mama Farriel.
“Adry, panggil mama dengan panggilan mama. Adry
kan dah jadi menantu mama.”
Aku terkesima mendengar permintaannya. Rasa
janggal pula dengan panggilan sebegitu, apatah lagi dengan
kemesraan yang cuba diwujudkan ini. Selama ni, Tengku
Khalidah bersikap dingin dengan aku. Ye la, siapa la aku ni di
mata keluarga kerabat tu. Sekadar meminjam ‘latar belakang’

158
Eury Athena

Marina Irriani untuk dipadankan dengan namaku yang


sebaris itu.
“Ya, mama. Ada apa hal tu?” soalku perlahan.
Tiba-tiba aje call. Selalu aku balik ke banglonya, tak
ada pulak dia teringin nak bercakap dengan aku.
“Mama dapat tau, Hana sekarang tinggal di rumah
Aril dan Adry. Jadi mama nak minta Adry tolong pujuk Hana
supaya balik semula ke rumah.”
“Mmm… Adry akan cuba pujuk dia tapi Adry tak
boleh janji la dia akan ikut cakap Adry.”
“Takpe. Janji Adry cuba,” pinta mama tegas.
“Baiklah,” jawabku.
“Kalau macam tu, terima kasih. Mama ada kerja ni.
Kita sembang lain kali aje, okey? Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Butang merah aku tekan sebelum handphone
kusimpan kembali di dalam tas tangan.
“Siapa, kak? Skema aje bunyi ayat.”
Aku tak jawab pertanyaannya. Sebaliknya, “jom kita
pergi shopping lagi!”
Hana menjerit mendengar pelawaanku.
Farriel dah garu kepala. Apa taknya, semua
perbelanjaan hari ni ditaja khas oleh kad kreditnya. Mau
botak kepala kalau ikutkan selera Si Hana ni bershopping.

“PERSEKITARAN luar perniagaan terdiri daripada


persekitaran, persaingan, politik dan undang-undang, ekonomi,

159
AD+IZ

teknologi, sosio budaya masyarakat setempat, institusi


kewangan dan keadaan global persekitaran antarabangsa.
Persaingan bermaksud bla bla bla…”
“Woi, Ad!”
Bacaanku terhenti. Wajah kuangkat dari buku. Aku
toleh ke belakang. Ke arah muka bengang Farriel. Meja
kerjanya yang tak sampai sedepa dari aku, bersepah dengan
pelbagai jenis dokumen. Rambut lurusnya yang tadinya elok
tersisir, dah serabut macam dilanda dek Taufan Katrina.
“Apa?” soalku kasar.
“Berapa banyak kali kau nak baca benda yang sama?
Masuk ke tak masuk dalam otak kau tu bila kau baca benda
tu berulang-ulang? I almost dozed off bila dengar those words
berulang-ulang, tau tak!”
“Habis tu… kata suruh belajar. Ni belajar la ni!”
Belakang badan aku sandarkan ke sliding door. Kaki
dah berlunjur di lantai balkoni kat master bedroom.
Ni la aku malas nak belajar. Nak-nak lagi depan
Farriel. Ada aje nak dikomen, dikompelinnya. Itu tak kena.
Ini tak kena. Tension aku! Nasib Hana masih bermastautin
kat rumah ni. Kalau tak, mati kena kerat dua puluh satu pun
aku tak hingin masuk dan tidur dalam bilik ni; walaupun
bilik ni ada balkoni yang strategik tempatnya untuk nak
menebeng. Kepala kudongak ke atas. Melihat langit malam.
Cerah tanpa awan mendung. Mata mula mengira bintang
yang berterabur.
“Kut ye nak belajar pun, biar la betul gayanya. Ni
baca macam tu, bila nak ingatnya?”
“So, apa cadangan kau?”
“Cadangan ditutup,” ejeknya.

160
Eury Athena

“Bagus!”
Mata jatuh pada perenggan di buku. Membaca
semula apa yang tertera di situ.
Ktuk! Kepala terasa diketuk.
“Woit! Apa main ketuk-ketuk kepala ni? Ingat tak
bayar zakat ke?”
“Kau tak pernah belajar buat nota ringkas ke?
Pernah dengar pasal peta minda? Kreatif la sikit bila belajar
tu, so takde la telinga aku ni sakit dengar kau ‘membaca’.
Faham?”
Kepalaku diketuk lagi dengan pensel mekanikalnya.
Kepala aku gosok perlahan. “Bak kertas!”
Tapak tangan aku tadahkan pada Farriel.
Farriel agak terkejut. “Buat apa?”
“Kata suruh buat nota ringkas.” Mata kujegilkan.
“Kertas kau mana?”
“Tinggal kat bilik!”
“Ambik la!” Farriel dah buat muka bengang.
“Malas. Nanti Hana nampak, masak aku nak
kelentong (tipu) dia. Bak la kertas!”
Farriel campak buku sketch betul-betul sebelah
aku. Bagi baik-baik tak reti agaknya.
“Iz, ni sketch book. Bukan kertas.”
“Habis tu, dalam sketch book tu tak ada kertas ke?”
“Kertas A4 biasa tak ada ke?”
“Kat almari. Ambik sendiri!” Farriel mengarah jari
ke rak buku di sudut bilik.
Alahai… malasnya! Buku sketch Farriel aku buka

161
AD+IZ

juga akhirnya. Isk, betul kata Hana. Mamat ni memang


pandai melukis la. Muka pertama, lakaran motor berkuasa
tinggi. Muka kedua, lakaran kereta Ferrari. Muka ketiga,
lakaran watak komik yang aku tak pasti apa namanya. Muka
keempat, lakaran lelaki dan perempuan kat tengah padang.
Sketch book dirampas. Farriel bangun dari kerusi.
Terus menapak ke rak buku. Menyimpan sketch booknya.
Satu bundle kertas putih A4 diambil dari rak dan dihulurkan
padaku. “Guna ni!”
Aku sambut pemberiannya. Angkat bahu dua tiga
saat. Dan aku terus menulis di atas kertas. Dari ekor mata,
aku lihat Farriel curi-curi pandang ke arahku dari meja
kerjanya. Bila dilihatnya aku masih terkial-kial membuat
‘nota ringkas’, dia bangun dan duduk di lantai bilik. Buku
dan kertas di tanganku dirampas.
“Ad, buat nota bukan salin semula apa yang ada
dalam buku. Tapi kau ambik isi penting dan kaitan dengan
apa yang kau belajar dalam bab sebelum atau seterusnya.”
Aku angguk kepala, tanda faham akan kata-katanya.
Farriel membenamkan muka ke buku rujukanku.
Membaca seketika sebelum melakar sesuatu di kertas.
Kemudian kertas dengan rajah di atasnya itu dihulurkan
padaku.
“Macam nikan ringkas. Tapi kau kena make sure la
kau tau huraian setiap elemen-elemen persekitaran luar dan
dalam perniagaan tu. Nanti blank pulak menjawab soalan
esei,” ujarnya.
“Ooo… macam ni. Tau dah aku!”
Sehelai kertas aku ambil. Mula melakar peta minda
untuk bahagian lain.

162
Eury Athena

“Kalau kau nak lagi menarik, lukis gambar yang


berkaitan dengan fakta kau nak tulis. So, bila kau ingat
gambar aje, kau terus ingat fakta-fakta dia. Faham?”
Aku gerak kepala ke kiri dan kanan. Masih belum
dapat tangkap (faham) saranan Farriel sebentar tadi.
“Macam ni. Contoh, ada empat jenis sistem
ekonomi dunia, kan? Kita ambik contoh sistem ekonomi
terancang atau komunisme. Pengasas, Karl Marx. Kau lukis
la muka dia. Kat rambut dengan jambang dia yang panjang
tu, kau tulis la ciri-ciri sistem ni, pros and cons dia ke.... Bila
dah macam ni, baru la kau rasa best nak belajar.”
Lakaran wajah di A4 yang ada iras-iras Karl Marx
sudah lengkap ditulis dengan fakta mengenai komunisme,
siap dan dialih ke tepi. Farriel mula melakar imej lain pula.
Aku pulak tuliskan fakta-fakta yang berkenaan,
walaupun kadang-kadang rasa ‘bersalah’ sebab kena tulis atas
lukisan Farriel yang superb tu. Memang seronok belajar
dengan cara macam ni. Yelah… orang kata two heads are
better than one.
“Okay, I’m off!” ujar Farriel. Pensel di tangan
diletakkan ke lantai. Dia menggeliat. Membetulkan urat sendi
yang berselirat.
Hah? Dah nak tidur ke? Muka jam dinding yang
bulat, aku pandang. Tiga pagi dah? Seperti malam-malam
sebelumnya, acara tidur ni memang bukan acara kegemaran
aku.
“Kau tidur kat sofa, aku kat katil,” perintah Farriel.
“Ei, tak gentleman langsung la kau ni, Iz!”
“Gentleman tak gentleman. Aku gentleman dengan
pompuan yang aku sayang aje.”

163
AD+IZ

“Ah! Takde, takde. Tak aci la guna kuasa veto


macam tu! Kita ‘osom’ dulu. Siapa menang dapat katil. Kalah
tidur kat sofa.”
Farriel depa tangan. “Terserah….”
Aku gosok kedua-dua belah tapak tangan. Berharap
nasib menyebelahiku malam ni. Dua malam berturut-turut
aku dah tidur kat sofa. Dua malam sebelumnya, aku cup
cepat-cepat katil. Tengok aku dah melingkar macam ular
sawa batik atas katil, Farriel nak tak nak terpaksa bawa bantal
dan badan yang hangin satu macam ke sofa. Aku sengih dan
berguling-guling atas katil, meraikan kemenangan merebut
katil king size.
“Ooo… som!”
Batu. Batu. Seri.
“Ooo… som!”
Air. Air. Seri lagi.
“Ooo… som!”
Matahari.
“Oit, Iz… mana boleh guna simbol matahari!”
“Aik, tu… kau pun guna matahari. Apa kes?”
Tangan kanan aku tarik ke belakang badan semula.
Begitu juga Farriel.
“Ooo… som!”
Batu. Batu. Seri lagi?
“Ala… apa asyik sama aje ni?” gerutuku.
Farriel angkat bahu.
“Ala… dah la! Malas nak layan kau. Aku nak tidur!”
kata Farriel. Cepat aje kakinya melangkah ke katil.

164
Eury Athena

“Ei, tak adil la macam ni! Selagi tak ada ‘keadilan’,


kau tak boleh tidur.”
“Lantak la dengan keadilan kau tu. Aku nak tidur.
Good nite!”
Farriel tarik selimut dan pejam mata.
Aku geleng kepala. Malam ni aku tak nak tidur atas
sofa. Apa nak jadi, jadi la! Dia sedap-sedap melingkar atas
katil, aku mengerekot atas sofa. Tak adil! Aku panjat katil.
“Bangun!” jeritku sambil melompat-lompat atas
katil.
Farriel yang elok-elok baring, tercampak ke bawah
gara-gara keanjalan spring katil. “Woi! Gila apa?”
Aku jelir lidah dan tunjuk ‘peace’.
Terbelalak mata Farriel tengok perangai Ad yang
dah macam spesies ungka mengamuk jam tiga pagi ni.
Lepas bertekak dalam setengah jam, last-last kami
capai kata sepakat. Tak sorang pun boleh tidur atas katil,
mahupun sofa. Dua-dua tidur atas lantai. Senang cerita.
“Iz…” panggilku. Mata masih terkebil-kebil melihat
siling bilik.
“Hmmm…” jawabnya yang berbaring di sebelah
kiri kaki katil.
“Sampai bila Hana nak duduk sini? Aku bukan tak
suka dia. Tapi, hari-hari macam ni, masak la aku!” keluhku.
Hari-hari kena berebut katil, berebut bilik air, berebut
cermin. Nak pakai baju pun dalam bilik air. Tak best la….
“Entah. Kau pujuk la dia. Biar dia balik rumah papa
cepat.”
“Bukan aku tak pujuk. Masalahnya adik kau tu

165
AD+IZ

punya hati, limpa, jantung, paru-paru diperbuat daripada


batu.”
“Relaks la. Tak lama lagi balik la dia tu! Hana mana
boleh berpisah dengan mama lama-lama.”
Ye la…. Moga-moga betul la telahan Si Farriel tu.
Diam. Selimut aku tarik paras dada. “Good nite!”
“Nite!”

MATA Farriel dan aku melekat pada skrin TV LCD 42 inci,


tengok filem I’m Not Single. Ada hikmah juga Hana datang
rumah ni. Dapat juga aku merasa tengok TV skrin rata ni.
Dalam diam-diam, aku tergelak sendirian. Tak
tengok cerita Melayu konon. Sekali hari tu, aku bukak VCD
cerita Puteri Gunung Ledang. Dari mula cerita sampai nak
habis, tak bergerak-gerak dari tempat duduk. Lepas tu, terus
kemaruk nak tengok cerita Melayu. Kirim salam aje la kat
Channel HBO Astro dengan VCD dengan DVD berlambak kat
rak tu.
Bila tengok cerita I’m Not Single ni, aku teringat
pulak kisah aku dengan Farriel; kami kahwin pun atas sebab
keluarga. Tapi ending filem ni, aku dah boleh agak; mesti
happy ever after. Kalau tak, orang mengamuk, bakar
panggung. Tapi ending cerita aku, aku masih tak tau lagi. Tak
berani nak pasang angan-angan setinggi langit. Tak berapa
berani juga nak hadapi kenyataan yang payau.
Bunyi kunyahan popcorn dari mulut Farriel
membuatkan tumpuanku pada skrin terganggu. Bekas
popcorn aku ambil darinya.
“You’re on diet!” marahku. Baru aku nak seluk

166
Eury Athena

bekas popcorn tu, sepantas kilat Farriel merampas kembali


‘popcorn’nya itu.
“Hari ni hari Ahad. Orang bekerja pun cuti. So, diet
off!” selarnya seraya menjelir lidah.
Ei, aku potong lidah tu karang, padan muka! Diet
off? “Woi! Diet mana ada on off? Kalau macam ni, bilanya kau
nak kurus, ha hyppo?”
Isnin sampai Sabtu dia berdiet. Tiba hari Ahad,
dibantainya melantak segala macam benda yang ada dalam
peti ais. Kalau peti ais tu boleh dimakan, dengan peti-peti ais
tu sekali dibahamnya agaknya! Say bye-bye pada target nak
kurus dalam masa enam bulan tu.
“Ala, Ad… relaks la! Aku bukannya gemuk lagi pun.
Kan dah banyak kilo turun dah ni. Kasi la aku can nak enjoy
sikit!” Farriel masih menyumbat popcorn ke dalam mulut.
“Memang la. Tapi kalau kau buang tebiat macam ni
setiap hari Ahad, alamatnya naik balik la berat badan kau tu!”
Dah sepuluh kilo turun bulan lepas. Tinggal lima
belas kilo lagi nak capai berat ideal, sekali malaun ni buat
perangai pulak.
“Syyy… orang tengah concentrate ni.”
Farriel mengarah aku diam. Yelah, ikut aje la. Esok
lusa, berat naik, target tak sampai, jangan memekak dekat
telinga aku. Aku bagi backhand nanti! Jari-jemariku kembali
berada di atas kepala.
“Atas kepala kau ada apa?” soalnya dengan mulut
penuh.
“Hah?”
“Atas kepala kau ada apa? Bapak kutu? Ke emas?
Dari tadi busy aje tangan kau tu!”

167
AD+IZ

“Ntah. Tapi gatal. Kelemumur kut,” telahku. Mata


masih pada muka Farid Kamil. Hensemnya mamat ni!
Farriel letak popcorn atas meja. Jari-jemari
disapukan ke t-shirt. “Meh aku tengok!”
Aku berpaling memandangnya. Muka Farriel serius.
Meroyan ke apa mamat ni?
“Meh aku tengokkan. Duduk depan ni.”
Jari telunjuknya lurus ke depan. Mengarahkan aku
duduk di hadapannya; di atas karpet.
“Buat apa?”
“Cepat la. Arahan veto suami ni!”
Aku diam.
“Ad, dalam kiraan tiga puluh saat…” katanya lagi.
Aku masih berkira-kira kewajaran arahannya itu.
Ikut, tak ikut, ikut, tak ikut, ikut… alamak, tak cukup jari
nak kira. Isk, kena jugak ke patuh?
“Ad…” panggilnya lagi.
Tapi kali ni aku cepat-cepat bangkit dan duduk di
hadapannya. Dah semacam aje bunyi suara dia tu.
“Kau ni kalau aku suruh buat apa-apa mesti lambat
sembilan saat. Macam nine seconds delay machine. He he
he.”
“I’m no machine or robot, okay!”
Duduk aku perbetulkan. Jari-jemari Farriel mula
‘berjalan’ di segenap kepala. Mencari sang kelemumur, punca
kegatalan.
“Oui! Besarnya!” jeritnya beberapa minit kemudian.
“Apa yang besar?” soalku cemas.

168
Eury Athena

“Moyang kutu.”
“Biar betul!”
“Dummy aje la.”
“Ooo….”
Aku kembali menghayati cerita di TV. Popcorn aku
capai. Satu-satu aku sumbat ke dalam mulut.
“Kau tau….” Aku mula buka cerita.
“Hmmm?”
“Dulu, aku dengan Siti selalu buat pertandingan
siapa punya rambut yang paling banyak kutu.”
“Siti tu siapa?” soal Farriel dalam khusyuk
menjelajah kepalaku.
“Jiran aku. Yang aku cerita ada ayah penyayang
tu….”
“Ooo… then, siapa menang?”
“Ojai!”
“La… Ojai tu datang dari mana pulak?”
“Ojai tu anak tokey kedai makan, tempat aku kerja
dulu.”
“I see… kau kerja start umur berapa?”
“Sepuluh tahun.”
“Tak sekolah?”
“Balik sekolah aku kerja la. Sampai malam. Sebab
tu aku pandai masak.”
“Ye la tu...” sahut Farriel, menyindir.
“Kalau tak, takkan kau selera aje nak makan!”
“Okey, okey... kau masak memang sedap! Mak ayah
tiri kau tak ambik kisah pada kau ke?”

169
AD+IZ

“Tak! Aku bukan darah daging diorang pun. Peduli


apa diorang dengan aku.”
“Diorang layan kau teruk. Tapi kenapa kau still nak
duduk dengan diorang? Tolong sara hidup diorang semua?”
“Diorang aje la satu-satunya famili yang aku kenal.
Walaupun diorang boleh masuk kategori kejam, tapi aku
sayang diorang.”
“Ooo….”
Diam. Hanya Intan Ladyana dan Awal yang
berbicara di TV. Scene berganti scene. Masa aku tengok Farid
Kamil tengah lapkan rambut Lisa Surihani, aku baru perasan
yang tangan Farriel masih berada di atas kepala, dan sudah
bertukar rentaknya. Kalau tadi tango, sekarang dah jadi slow
dance. Leka dia mengulit dan membelai-belai rambutku.
Sehelai demi sehelai rambutku dilurutkannya. Memang
mengasyikkan. Sampai aku rasa nak terlena.
“Ada ke kelemumurnya?” soalku teragak-agak.
“Aaa… takde!”
Farriel bagaikan tersentap. Tangannya beralih dari
kepalaku.
Aku bangun. Duduk semula ke tempat asalku tadi;
di hujung sebelah kanan sofa. Tapi bila tengok Farriel
pandang aku lain macam aje, aku terus bangun. “Aaa… nak
tengok Hana kejap!”
Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik. Lain
kali aje la tengok cerita tu. Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak.
Burrr…! Minta-minta Hana bagi aku tidur bilik dia malam
ni.

170
Eury Athena

Bab 11
H
ANA balik jugak ke rumah
mama dan papanya selepas
seminggu di rumah kami. Tu
pun lepas aku dan Farriel ‘clorox’ kepala dia. He he he…
tak la, pujuk aje! Papa Farriel akhirnya setuju Hana ambik
course berkaitan dengan fashion and make-up. Tapi, Hana
kena juga ambik course architecture. Aku tak tau la apa akan
jadi dengan rekaan bangunan yang bakal dihasilkannya kelak.
Mungkin lebih colourful dan artistik?
Tengku Ihsan Nur Qayyum a.k.a Mr. Charity yang
memang banyak buat kerja amal (yang peliknya pada aku
aje!) dah pun jadi sebahagian daripada keluarga Izumi
Corporations. Aku tak pasti apa jawatan yang diberikan
padanya. Tapi yang pastinya bukan jadi kuli la. Dan satu lagi
yang pasti, dia akan selalu datang ‘melawat’ aku di kampus
bila ada kelapangan. Dibuatnya kampus aku tu macam toilet.
Hari-hari mesti nak kena ‘lawat’, walaupun sekali.
Aku dah pun dapat cope life sebagai student kolej
yang terkejar ke sana-sini dengan kuliah, tutorial, test,
assignment. Dengan result semester satu yang cukup-cukup

171
AD+IZ

makan, dapat juga aku meneruskan pengajian. Sekarang dah


masuk second semester pun.
Aku dan Tengku Farriel Izumi… hmmm… sedar
tak sedar, dah enam bulan usia perkahwinan kami. Masih
macam dulu tapi much better than zaman sekolah dan masa
mula-mula kahwin dulu la.
Semenjak dua menjak ni, hubungan kami dah
bertambah baik. Walaupun tak boleh dikatakan berfungsi
100% sebagai suami isteri dari segi peranannya, at least kami
dah jadi kawan baik. Even dah boleh duduk rapat dan ketawa
sama-sama.
Sebenarnya, Farriel tu tak la teruk sangat macam
yang aku sangkakan selama ni. Yang aku paling tak sangka
tu, dia sanggup ajar aku memandu setiap hujung minggu.
Berkat tunjuk ajar Farriel, sekarang aku dah dapat lesen.
Caya la, Iz… ni yang buat aku bertambah sayang ni! Tapi
lesen aku masih ‘digantung’ oleh Farriel sebab dia takut aku
jahanamkan Honda City dia yang cantik tu. Lagipun aku tak
berapa hafal jalan lagi. Kalau setakat area rumah, okey la.
“Kuliah start pukul berapa?” soal Farriel sambil
memandu Honda City biru metaliknya.
Aku kerling Farriel yang lengkap berkemeja biru
air, necktie biru tua dan berkot. Aku geleng kepala. Farriel ni
kalau tak 80km/j ke atas, memang tak sah. Mesti banyak
saman speed trap dia ni!
“Kau tak payah la bawa laju-laju. Kuliah aku pukul
sembilan la.”
Tubuhku terhenyak sedikit ke kanan bila Farriel
memotong sebuah treler. Sekarang aku pergi kuliah dah tak
naik teksi lagi dah. Semua ni gara-gara aku nyaris nak kena
rompak dan cabul dek pemandu teksi dua minggu lepas.

172
Eury Athena

Nasib baik aku pernah belajar tae kwan do. Aku praktikkan
kat orang tua tak sedar diri tu. Insya-Allah la, lepas ni pak cik
tu akan mandul sampai bila-bila.
“Habis tu, aku tak payah masuk pejabat?” selar
Farriel.
Aku tersengih. Lupa pulak!
Mula-mula naik kereta yang Farriel pandu ni
memang menakutkan. Tangan aku asyik duduk kat pintu aje.
Senang, kalau emergency aku terus terjun keluar aje. Kaki
pulak asyik buat gaya nak tekan brek. Apa taknya, peraturan
had laju tu dia buat derk aje. Membrek ikut suka. Nak
membelok, nak tukar lane kiri kanan pun ikut teragak hati
aje. Signal kat kereta dia buat jadi perhiasan aje. Mesti lampu
signal dia lambat terbakar, kan?
Dari tadi aku melihat bangunan-bangunan di
pinggir jalan, pokok-pokok atau apa sahaja yang berada di
bahu jalan. Aku mula bosan. Tiap-tiap hari dihidangkan
dengan benda yang sama. Naik hafal apa yang akan kutemui.
Dan pagi tu, aku buat sesuatu yang tak pernah aku buat
sepanjang enam bulan berkahwin dengan Farriel Izumi;
menatap wajahnya dalam keadaan dia sedar. Rambutnya yang
lurus, matanya yang agak sepet, hidung yang mancung,
bibirnya yang nipis, kulitnya yang cerah.
“Hensem sangat ke aku ni sampai menganga mulut
kau tu?” soal Farriel sinis.
Kantoi! Ish! Macam mana dia tau aku pandang dia?
Padahal dari tadi dia pandang ke depan aje. Ada psikik ke apa?
Aku buat muka cemberut. Apa nak cover ni?
“Nampak ke?” soalku.
“Nampak apa?” soal Farriel kembali.

173
AD+IZ

“Yelah, kau kan rabun? Dah tu bawa kereta tak


pakai spek. So, aku tanya. Nampak ke?”
“Nampak aje. Bukan kena tengok spesimen atau
amoeba.”
Eleh… ni mesti kes tak nak pakai spek sebab takut
hilang aura kehenseman ni!
“Tak takut accident?”
“Oi… mulut tu jangan la celopar sangat!”
Ops! Aku tutup mulut dengan tapak tangan.
Menyesal dengan kata-kataku tadi.
Kereta diberhentikan.
“Okey, dah sampai,” kata Farriel seraya senyum ke
arahku. So sweet!
“Thanks.”
Pintu kereta kubuka dan kututup semula.
“No sweat! Nanti petang aku jemput kau dalam
pukul lima setengah petang, okey? Ke lambat sangat?”
“Takpe. Aku pun ada discussion lepas kelas. So,
jumpa petang nanti!”
“Okey!”
Farriel angkat tangan sebelum berlalu pergi.
Aku pun angkat tangan, melambai ke arahnya.
Entah dia perasan entahkan tidak. Bawak kereta macam bawa
kereta F1. Confuse aku….

PORCH rumah kosong. Kereta Farriel tiada di situ.


Ke mana dia ni? Tadi beria-ria sangat nak jemput.

174
Eury Athena

Dalam pada membebel dalam hati, pintu rumah


kubuka jua dengan kunci pendua. Masuk aje rumah, aku
terus hempas beg dan buku yang hampir ‘melumpuhkan’
lengan ke atas meja, sebelum menghenyak punggung di sofa.
Selendang yang melingkari kepala dan leher turut kubuka.
Panas! Mataku jatuh pada handphone yang elok terletak di
atas meja. Handphone Farriel. Patut la tak berjawab. Rupanya
dia tertinggal handphone kat rumah.
Aku jenguk skrin handphone. 89 missed calls. Mak
aih…! Rasanya tak la sebanyak tu aku missed call tadi. Dan
seperti mengerti ada orang untuk menyambut panggilan,
handphone Farriel berbunyi sekali lagi. Dalam berkira-kira
dan meneka-neka dari mana datang panggilan tersebut,
panggilan tersebut berubah status menjadi missed call.
Beberapa saat kemudian, telefon rumah pula berdering minta
diangkat.
“My God, Aril! Where have you been? I’ve been
looking for you for the whole evening!”
Lantang kedengaran suara pompuan di hujung
talian.
“Helo… assalamualaikum,” sapaku teragak-agak.
“Hel… helo. Siapa ni? Orang gaji Farriel ke?”
Cheh! Orang gaji? Amboi, sesedap rasa melabel
status orang.
“Aaa….”
“Okay, whoever you are. Please tell your boss, I
mean Farriel, to pick me up at the airport right now. I dah
berjanggut tunggu dia kat sini.”
“Yang minta dijemput ini siapa sih namanya?”
Terus aku berlakon jadi bibik Indon kejap.

175
AD+IZ

“Marina Irriani binti Joseph Abdullah.”


Hampir terlepas gagang telefon dari tangan.
Panggilan diputuskan. Marina Irriani binti Joseph Abdullah.
Nama ini tak mungkin aku lupakan untuk seumur hidupku.
Kerana nama ini penting dalam turning point hidupku kini.
Nama yang menyatukan aku dengan Farriel. Dan nama ini
juga yang akan memisahkan aku dengan Farriel.

FARRIEL tercangak-cangak di balai ketibaan. Lehernya


dipanjangkan. Mencari wajah orang yang dirinduinya.
Sungguh, dia terkejut membaca email yang dihantar oleh
Marina tengah hari tadi. Kebetulan, dia terlupa pula membawa
handphone. Tak tentu arah dia menyudahkan kerja-kerjanya
sebelum bergegas ke KLIA. Dan ketika itu la dia terlihat susuk
tubuh gadis yang dicintainya itu di salah satu bangku di situ.
“Marina!” jeritnya girang.
Wajah Marina yang tadinya dilanda kebosanan,
berubah menjadi riang sebaik sahaja terpandang akan Farriel.
Luruh kemarahan Marina akibat kelewatan Farriel. Yang ada
cuma rasa taajub melihat Farriel. Berkerut wajahnya melihat
perubahan Farriel sebelum berjalan menghampirinya.
“Oh my God! Farriel… you look sooo… different!
Bertambah handsome and macho!”
Mereka berdakapan.
“I miss you so much!” luah Marina.
“Not as much as I do….” Farriel pula meluah rasa.
Pelukan dileraikan.
“So, are you back for good?” soal Farriel.

176
Eury Athena

“Yes! And I am ready to be Tengku Farriel Izumi’s


future wife!”
Farriel tersenyum senang mendengar pengakuan
Marina. Bagasi Marina ditariknya. “Come! I’ll send you
home.”
“Home sweet home….”
Lengan Farriel dipaut mesra oleh Marina.
Mereka berjalan beriringan ke tempat parkir.

BAHU terasa digoyang. Semakin lama semakin kuat.


“Ad… bangun!”
Suara Farriel kedengaran di cuping telingaku. Mata
kugosok beberapa kali sebelum kubuka. Anak mata segera
kukecilkan bila cahaya terang lampu menerjah masuk. Bila
anak mata sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan
cahaya, barulah jelas susuk tubuh Farriel yang melutut di
hadapanku. Aku bingkas bangun. Kebingungan.
“Iz… dah pukul berapa ni?” soalku separuh sedar,
sebelum menguap besar.
“Pukul dua pagi. Pergi la masuk bilik. Tidur,”
arahnya.
Jawapan Farriel tidak mendapat reaksi dari
tubuhku. Aku masih termangu-mangu di sofa. Dan menguap
lagi sambil cuba menyusun rentetan peristiwa sehingga
mendorong aku tidur di sofa. Handphone Farriel… Marina
Irriani… “Tadi handphone kau tertinggal.”
Handphone yang tadinya elok terletak di meja, aku
suakan padanya.

177
AD+IZ

Farriel kelihatan teragak-agak sebelum


menyambutnya. “Sorry tak dapat jemput kau kat kampus
tadi.”
Jadi, dia ingat? Ingatkan aku dah dilupakan terus.
Entah mengapa ucapan maafnya kedengaran dingin di
telingaku. Mungkin kerana dia seperti tak bersungguh saat
mengucapkannya?
“Marina dah balik. Aku jemput dia tadi.”
Aku tersenyum. Entah bagaimana rupa senyumanku
itu. Yang pasti, aku gagal memberikan senyuman ikhlas
kepadanya. “Dia sihat?”
“Hmmm….”
“Kira korang dah berbaik semula la?”
“Hmmm....”
“Dia tau kau dah kahwin?”
Farriel terdiam. Agak terkejut mendengar soalanku,
mungkin.
“Tak. Aku tak beritahu dia lagi,” terang Farriel.
Aku tersenyum sinis. Berkatalah benar, walaupun
kebenaran itu pahit.
“Lambat-laun dia akan tau juga. Lebih baik kau
beritahu dia dulu sebelum dia dapat tau dari mulut orang
lain,” usulku.
“Aku tak sanggup nak rosakkan mood dia tadi. Dan
aku tak nak dia sedih. Kau tau kan, tak ada sorang pompuan
pun dalam dunia ni gembira bila tengok pakwe dia kahwin
dengan orang lain.”
Dan tak ada seorang isteri pun dalam dunia ni yang
sanggup tengok atau dengar suaminya ada pompuan lain di

178
Eury Athena

belakangnya, sambungku dalam hati. Hai la hati, tabah la.


Jatuh cinta memang menyakitkan saat cinta tak berbalas.
“Ooo… kalau itu kata kau, terpulang la!”
Aku bangun dari sofa. Sudah berkira-kira untuk
masuk ke bilik.
“Sorry sebab susahkan kau selama ni. Sampai kau
terpaksa kahwin dengan aku. Tapi rasanya ‘penderitaan’ kau
akan berakhir tak lama lagi. Aku akan cuba propose Marina
cepat-cepat. So that kau boleh bebas dengan hidup kau
macam dulu.”
Langkah terhenti. Automatik kepalaku berkalih ke
arahnya. Sukar aku tentukan emosi dan riak wajah Farriel
ketika ini. Apatah lagi dengan cahaya lampu yang samar-
samar.
Farriel segera melarikan wajahnya.
Kalau dulu, sebelum rasa cinta ini menyelinap
masuk ke dalam hati, mungkin aku akan bersorak
kegembiraan mendengar kata-kata Farriel. Namun kini, kata-
kata tersebut cuma mengundang kesedihan di hatiku.
Kesedihan yang menghiris hati, yang menghancur lumat
sekeping hati ini.
“Cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Sebelum
next year, aku akan pastikan hal kita selesai.”
Farriel berlalu ke biliknya.
Setitis air mataku jatuh. Dan akhirnya aku teresak-
esak di situ.
Mulai hari itu dan hari-hari seterusnya, Farriel
balik lewat ke rumah. Paling awal pun pukul sebelas malam.
Pulang jam dua atau tiga pagi sudah menjadi kebiasaan.
Seawal pukul tujuh pagi, dia akan keluar dari rumah.

179
AD+IZ

Mungkin keluar bersarapan dengan Marina. Aku tak bertanya


ke mana dia pergi kerana aku tiada hak untuk bertanya. Dan
aku tak kuasa untuk bertanya kerana jawapan yang bakal
kuterima tentunya terasa seperti mencurah cuka ke hati yang
luka. Pasti dia menghabiskan masa bersama kekasih hatinya.
Rutinnya untuk menghantar aku ke kampus sudah
ditamatkan sebaik sahaja Marina selamat menjejakkan kaki
ke bumi Malaysia. Aku tidak merungut kerana aku tahu siapa
kedudukan aku dalam hatinya. Kalau aku rajin menopang
kelopak mata, menunggu kepulangannya sehingga hampir
dinihari, maka dapatlah aku menatap wajahnya buat
meleraikan rasa rindu yang bermukim di hati. Walaupun
sekadar melihat wajahnya sekilas pandang.
Wajah Farriel kulihat bertambah ceria dan berseri.
Tidak sugul seperti ketika ditinggalkan oleh Marina dulu.
Menyaksikan kegembiraannya, aku menjadi girang kerana
Farriel sudah mendapat apa yang diidamkannya.
Namun, jauh di sudut hatiku, aku berasa sayu. Suka
atau tidak, aku harus mengakui bahawa aku sudah jatuh
cinta dengan suamiku sendiri. Walaupun aku sedaya upaya
menafikan rasa hati ini.
Ya… memang itu bukan satu kesalahan. Dia
suamiku. Dan aku isterinya. Apa yang menjadikannya satu
kesalahan adalah perkahwinan kami adalah berdasarkan
kontrak semata-mata. Dan aku tak sepatutnya menaruh apa-
apa perasaan padanya memandangkan lambat-laun kami akan
berpisah juga. Namun aku tetap berharap adanya keajaiban
untuk kesudahan cerita hidupku ini.

“I betul-betul terkejut tengok perubahan you, darling. Siapa

180
Eury Athena

sangka dalam masa enam bulan, you boleh kurus macam


ni! It’s really amazing! You ingat tak dulu, I suruh you diet,
pergi gim tapi tak pernah work out. But now… I am really
speechless!”
Farriel tersenyum mendengar pujian Marina. All
credits should be given to Ad too. Kalau tak kerana usaha,
bebelan, perlian, kata-kata sinis dan semangat yang diberikan,
tak mungkin dia dapat bertahan untuk kurus sampai
sekarang. Ad.…
Marina masih sibuk menilik dan mencuba satu per
satu pakaian yang ada di butik kegemarannya. Sesekali dia
akan bertanyakan pendapat Farriel.
Farriel sekadar tersenyum untuk mengambil hati
Marina. Hakikatnya, dia sudah bosan menemani Marina yang
sudah hampir empat jam bershopping. Entah kenapa dia
mula membanding-bandingkan antara Marina dan Ad. Ad tak
suka bershopping. Dia lebih suka berjalan, melihat dan
membandingkan harga barangan di setiap kedai. Ad sentiasa
menawar harga barangan yang diingininya, sekalipun
barangan tersebut sudah diberi potongan harga.
“Ala, tokey! You letak harga RM60.00. Sana kedai
saya pergi offer banyak murah. You ambik untung banyak
sangat la. Kira cincai sudah la… RM30.00, boleh?”
Tokey kedai baju tepuk dahi. “Haiya… amoi!
RM30.00 ka? You mau kasi potong saya punya kepala ka?
Rugi la saya ini macam.…”
“You sudah banyak untung apa? RM30.00. Kalau
tak, saya pergi lain kedai!”
“RM55.00.”
“RM35.00.”

181
AD+IZ

“RM50.00.”
“Ala… RM40.00 la!”
“Okey, last offer. RM45.00.”
“Saya beli!”
Farriel senyum sendirian. Kelakar betul Ad masa tu.
Boleh pulak dia bertekak dengan tokey kedai baju tu. Sampai
naik malu aku dibuatnya. Ada ke dia main tawar-tawar harga
kat shopping complex besar tu. Dia ingat Chow Kit ke apa?
Sepasang tangan melingkar di bahunya.
“Jauh mengelamun, sayang! Teringatkan orang
yang dah ada depan mata ni ke?” bisik Marina menggoda di
telinga Farriel.
Farriel bingkas bangun. Meleraikan pautan tangan
Marina. “Dah habis shopping ke?”
Marina tunduk memandang beg-beg kertas berisi
barang yang dibelinya. Dia membuat muka cute.
“Kita round tempat lain kejap, okey? I tak jumpa
lagi baju untuk ke party Linda….”
“Okey,” jawab Farriel malas. Beg-beg kertas
dijinjingnya.
Marina memaut mesra lengan Farriel.
Boros betul Si Marina ni! Tak macam Ad. Ad kalau
bab duit ni, berkira sikit. Ad. Balik-balik Ad yang diingatnya…
Farriel tepuk dahi dengan tangannya kanannya.
“Are you okay, dear?” soal Marina cemas.
“Yeah!” Farriel senyum ala kadar. Actually, I’m not
okay!

182
Eury Athena

KELIBAT sepasang kekasih yang berjalan di kaki lima jalan,


menarik perhatian Tengku Faris. Cermin tingkap kereta
diturunkannya. Ingin melihat dengan lebih jelas pasangan
yang sedang tertawa girang itu.
“Yusman!” panggil Tengku Faris.
Yusman yang berada di sebelah tempat pemandu,
menoleh ke belakang. “Ya, Tengku.”
“Saya nak kamu siasat perempuan yang jalan
bersama Farriel tadi,” arahnya.
Yusman memandang ke arah yang sama dengan
Tengku Faris. Cuba menyimpan wajah tersebut di dalam
kotak memorinya. “Baik, Tengku!”
Cermin tingkap dinaikkan sebelum menyambung
arahan, “saya nak kamu siasat juga menantu saya, Adrianna
Mayesa. I want to know everything about both of them.”
“Baik, Tengku!”

“QHUZ, kau pernah jatuh cinta?”


Qhuz meletakkan akhbar di tangan ke atas meja.
Memandang wajah Farriel dengan rasa berbaur. “Serius aje
bunyinya ni....”
“Apa tanda-tanda atau sindrom bila kita cintakan
seseorang tu?”
Qhuz ketawa. “Weih, Ril! Petang-petang macam ni
tiba-tiba masuk romantic lane ni apehal? Makanan lunch tadi
pun tak hadam lagi, kau tau tak? Jangan... nanti aku
termuntah kat pejabat kau yang cantik ni karang, tak pasal
aje….”

183
AD+IZ

Gurau senda Qhuz dipandang sepi oleh Farriel. Hati


dan fikirannya benar-benar bercelaru. Seingatnya, Marina
adalah wanita yang dicintainya. Tapi mengapa Ad juga yang
diingatinya bila bersama Marina? Mengapa kebosanan
sentiasa bermukim di hatinya ketika dia menghabiskan masa-
masanya bersama Marina? Mengapa dia tak pernah berasa
bosan dengan Ad?
“Aku boleh jadi gila macam ni…” luah Farriel
perlahan.
“Weih, kau ni kenapa sebenarnya? Cuba terus
terang.”
“Aku tak tau. Kau tau kan, aku cintakan Marina.
Bila dia tinggalkan aku, memang aku frust, moody gila.”
“Tapi tak sefrust dan semoody bila kau berpisah
dengan Adry.” Qhuz menyampuk.
Farriel pandang Qhuz. Masih tanpa perasaan untuk
bertelagah dengan Qhuz. “Sekarang Marina dah balik. Dan
kami cuba meluangkan sebanyak masa yang boleh. You know,
to catch-up things that happen dalam masa enam bulan ni.
Tapi yang peliknya, aku macam dah tak interested dengan dia.
Aku rasa masa-masa yang aku habiskan dengan dia lama
sangat. Aku pun dah mula bosan dengan perangai dan cakap-
cakap dia yang selalu meninggi diri tu. Aku macam dah tak
nampak apa-apa yang menarik pada Marina lagi.”
Qhuz senyum. Terus sabar menanti Farriel
menyudahkan ceritanya.
“And the worst thing is, I keep thinking of Ad. Mesti
ada benda yang mengingatkan aku pada Ad. Aku agak otak
aku ni ada masalah la. Tak pun, aku ni dah sewel!”
Meja di depan, diketuknya sekali. Tanda tak puas
hati. Tanda ceritanya sudah berakhir.

184
Eury Athena

“Aril, aku rasa kau ni sah-sah (tentu) dah jatuh


cinta dengan Ad!”
“Apa? Aku? Jatuh cinta dengan Ad? Gila!” ungkap
Farriel dengan mata buntangnya mendengar pendapat Qhuz.
“Ye la. Buat apa pun, ingat kat dia. Asyik ingat,
ingat, ingat kat dia aje. Apa lagi kalau bukan jatuh cinta
namanya.”
“Tak mungkin la!”
“Kenapa tak?”
“Kau kenal, kan Ad tu macam mana orangnya.
Kasar, garang, kadang-kadang macam kartun sikit… tak
pandai bergaya… tapi okey la, dia tak selekeh… pemalas tapi
kalau disuruh dia boleh jadi rajin… tak cantik sangat, tapi
kadang-kadang nampak comel juga… kuat melawan tapi
kadang-kadang lucu dengan cara dia tu. Entah la!”
Qhuz senyum lagi. “Tengok! Walaupun ada sifat dia
yang kau tak suka, tapi kau tetap terima dia seadanya. Dan
kau rasa senang, tenang, gembira bila ada dengan dia…
betul?”
Farriel mengangguk. Memang itu yang
dirasakannya. Dengan Marina, dia rasa sebaliknya. Dia
sentiasa ingin menjadi seseorang yang boleh dibanggakan
oleh Marina. Seseorang yang sesuai dengan Marina yang
cantik, yang classy, yang stylish, yang high taste. Bila
bersama Marina, dia seolah-olah menjadi insan lain.
Tapi bila bersama Ad, dia bebas menjadi dirinya
yang sebenar. Dia boleh lepas laku, dia boleh berpakaian
sesempoi mana yang dia mahu, dia boleh makan di mana
sahaja yang dia suka. Pendek kata, dia relaks bila bersama Ad.
Even dia tahan telinga mendengar kata-kata Ad yang
adakalanya ‘pedas’. Kalau dulu, nenda atau mama membebel

185
AD+IZ

sikit aje, mula la dia panas punggung, berkelibut keluar dari


rumah. Pelik…!
“Aril, mencintai tu bermaksud kau terima pasangan
kau seadanya. Dan dia terima kau seadanya. Dia tak perlu
berubah demi kau, dan kau tak perlu berubah demi dia.”
Kenangan bersama Marina terimbas di mindanya.
Dulu sebelum kurus, Marina melayannya secara acuh tak
acuh saja. Nak keluar pun ke tempat-tempat yang orang tak
ramai aje. Kadang-kadang dia merasakan yang Marina malu
untuk berdamping dengannya. Apatah lagi nak
memperkenalkan dirinya sebagai pakwe. Tapi sekarang,
Marina seolah-olah bangga ‘menunjukkan’ dirinya kepada
sesiapa sahaja. Marina lebih manja melayaninya berbanding
dulu.
Ad… tak pernah berubah. Dari sebelum kahwin
hingga la lepas kahwin, tetap sama layanannya. Dari dia
gemuk hingga la dia muat baju saiz M. Tetap begitu
layanannya. Kadang-kadang dingin. Kadang-kadang penuh
emosi; marah, sinis, nakal, manja, kalut-kalut. Tanpa sedar,
Farriel tersenyum sendirian.
“Jatuh cinta pada Ad. That doesn’t sound so bad.
Berdasarkan apa yang kau cerita, aku rasa Ad tu pun
bukannya teruk sangat. Even waktu sekolah dulu pun aku
rasa dia tu budak baik. Kita aje yang rajin mengusik dia.”
Farriel diam. Masih menimbang-nimbang rasa
hatinya.
“Abis tu, Marina macam mana?” soalnya lurus.
Qhuz angkat bahu
“Kalau rasa larat, ambik dia jadi isteri kedua. Tapi
kalau aku la jadi kau, aku akan tinggalkan Marina,” sarannya.

186
Eury Athena

“Sebab?” Pantas Farriel menyoal balas.


“Dia dah berkali-kali tinggalkan kau. Tak mustahil
bila perkahwinan korang ada masalah nanti, dia akan
tinggalkan kau macam tu aje,” jelas Qhuz. Jari dipetik ketika
mengucapkan ayat terakhirnya.
“Kau rasa, mungkin ke kita jatuh cinta dengan
seseorang hanya kerana dia ada persamaan dengan orang
yang pernah kita cintai sebelum ni?”
“Itu aku tak pasti. Yang aku pasti, tak ada sorang
pun dalam dunia ni yang boleh menyerupai orang lain 100%.
Setiap orang berbeza, bro!”
Farriel bersandar di kerusinya. Menyukat,
mengukur, menimbang, merasa, mentafsirkan apa yang ada
di dalam hati dan akalnya serta apa yang didengarinya
sebentar tadi. Dan bila jawapan dah ditemuinya, dia bangun
dan terus mencapai kunci kereta.
“Woi, kau nak pergi mana pulak tu?”

PEUGEOT 308 VTI kelabu berhenti betul-betul depan pintu


pagar rumah. Entah kenapa, petang ni mudah benar aku
menerima pelawaan Ihsan untuk dihantar pulang. Mungkin
kerana hati aku yang tak tentu arah. Atau tak larat nak
serabutkan lagi kepala yang sedia serabut dengan gelagat
budak-budak fakulti aku yang sentiasa sibuk dan kecoh
dengan itu ini.
“Awak nampak muram, tak ceria. Gloomy aje dua
tiga hari ni,” tegur Ihsan. Dia sudah relaks bersandar di
tempat pemandu. Memerhatikan diriku. Cuba membaca apa
tersirat di fikiranku yang berserabut.

187
AD+IZ

Aku tersenyum. Menutup terus peluang Ihsan


untuk terus ‘menyelongkar’ kotak fikiran, apatah lagi
menyelami dasar hatiku.
“Marina dah balik Malaysia,” luahku.
“Saya tau,” ujar Ihsan bersahaja.
Aku terkejut. Wajah Ihsan aku pandang. Lama. Ada
senyuman segaris di bibirnya. Bukan senyuman gembira.
Bukan juga senyuman sinis atau mengejek. Senyuman
sekadar untuk memaniskan muka.
“Macam mana awak tau?” soalku.
“Kebetulan saya ternampak dia a few days ago.”
“Ohhh….” Keciknya dunia.
Seat belt aku tanggalkan. Sudah berkira-kira untuk
keluar dari kereta mewah itu.
“Awak dengan Aril….”
Suara Ihsan melumpuhkan niatku. Aku kembali
memandang Ihsan. Kening kuangkat. Menanti Ihsan
menyudahkan ayatnya.
“Awak dengan Aril… korang tak ada terlibat dalam
apa-apa perkara yang serius, kan?”
Melopong mulutku. Apa maksud pertanyaan Ihsan
ni? “Maksud awak?”
“Ye la… since both of you cuma kahwin kontrak, so
ada ke apa-apa yang serius jadi antara korang? You know…
macam jatuh cinta ke… apa ke….”
Peristiwa yang berlaku di tengah padang kembali
segar di ingatan. Mataku pejam rapat-rapat. Cuba mengusir
kenangan tersebut. Senyum segaris kuukirkan buatnya
“Terima kasih sebab sudi hantar saya.”

188
Eury Athena

Pintu kereta pantas kubuka. Enggan bersoal jawab


dengan Ihsan lagi. Pintu pagar kubuka. Tiba-tiba tangan
Ihsan ‘menangkap’ tanganku. Tergamam aku seketika.
“Adry… keluar dari ‘perkahwinan’ awak. Tinggalkan
keluarga Tengku Faris. Tinggalkan Aril!”
Dan aku segera merentap tanganku darinya. “Ihsan,
saya hormat pada awak. Tolong jangan buat sesuatu yang
menghilangkan rasa hormat saya pada awak!”
“Aril cuma gunakan awak untuk menjaga
maruahnya dan keluarganya di mata saudara-mara kami. Dia
tak cintakan awak. Dia cintakan Marina. Sekarang Marina dah
balik. Dan saya rasa, dah tiba masanya awak berhenti dari jadi
‘pembersih’ maruah Aril.”
Aku diam. Menahan air mata yang mula bertakung
di birai mata.
“Saya kenal benar dengan Aril. Dia setia pada cinta.
Patuh pada janji-janjinya. Dia cintakan Marina. Dia dah
berjanji untuk tunggu Marina dan kahwin dengannya. Depan
saya, Marina sendiri cakap yang dia tak akan lepaskan Aril
lagi kali ni.”
Aku diam. Sedaya upaya menutup pendengaranku
agar hatiku tak tercalar dek kata-kata Ihsan.
Mungkinkah selama ini Farriel hanya
mempermainkan diriku? Sengaja berbaik denganku sehingga
aku jatuh cinta padanya, kemudian mentertawakan aku atas
kelemahan dan kebodohan diriku ini?
“Tengku Farriel Izumi tu sama aje macam papanya.
Sanggup buat apa sahaja semata-mata nak capai apa yang
dihajatkan. Awak cuma alat bagi mereka. Tinggalkan Aril
sebelum dia buang awak macam sampah!”

189
AD+IZ

Bahuku digoncang oleh Ihsan. Serta-merta


empangan air mataku pecah.
Ihsan panik.
“Saya… saya… tak boleh…” ujarku dalam tangis.
Pandanganku kabur dek air mata. Sukar untuk aku terangkan
apa yang kurasa sekarang.
“Adry… jangan kata awak dah… awak dah jatuh
cinta pada Aril?” soal Ihsan.
“Saya… dah mula sayangkan Farriel….”
Setakat itu sahaja yang mampu kuucapkan.
Di luar kawalanku, Ihsan mengesat pipiku yang
dibasahi air mata dengan jari-jemarinya.
“Syyy… it’s okay….”
Ihsan cuba memujukku. Namun tangisanku ini
sukar benar dihentikan. Apatah lagi setelah mendengar kata-
kata Ihsan tadi.
“Syyy… your place is with me, Adry. Be with me.
Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I
love you… I love you so much. Lebih dari apa yang boleh
awak bayangkan.”
Dan aku terkesima di situ.

STERENG kereta ditumbuk sekuat hati oleh Farriel.


Melepaskan rasa berbaur di dalam diri. Rasa marah, geram,
cemburu… semuanya bersatu.
Dari jarak lima ratus meter, cukup jelas di
pandangannya drama sebabak lakonan Ad dan Ihsan. Hatinya
terasa hangat membara.

190
Eury Athena

Sebelum sempat tangan Ihsan melingkari tubuh


Ad, enjin kereta yang diparkir di bahu jalan, dihidupkannya.
Menderum bunyinya. Pusingan U dibuat. Dan dia terus
memandu meninggalkan taman perumahan itu dengan 1001
rasa. Memandu selaju mungkin. Tanpa arah.

191
AD+IZ

Bab 12
“Y
OUR place is with me, Adry.
Be with me. Stay with me.
Saya akan layan awak lebih
baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much. Lebih
dari apa yang boleh awak bayangkan.”
Aku tergamam. Sunyi seketika alam di sekelilingku.
Ihsan cintakan aku? Lawak apa ni?
Dan bila Ihsan cuba merapati dan merangkul
tubuhku, aku pantas menepis tangannya. Aku segera
menjarakkan kedudukan kami bila Ihsan cuba merangkulku
sekali lagi. Jarak yang cukup untuk Ihsan tidak berbuat apa-
apa di luar kewarasan fikirannya.
“Ihsan, banyak mana pun awak cintakan saya tapi
tolong hormat status yang saya sandang sekarang,” kataku
tegas.
Terkulat-kulat Ihsan mendengar.
Namun aku tidak peduli. Aku masih isteri Farriel,
walaupun aku tak pasti sehingga bila gelaran itu akan aku
pegang.

192
Eury Athena

“Saya cintakan awak…” ulangnya lagi.


“Maaf. Saya tak cintakan awak. Saya anggap awak
macam kawan aje. Paling tidak pun sebagai abang,” tegasku.
Aku sudah masuk ke pekarangan rumah. Kini,
pagar rumah menjadi pemisah kami.
“That’s hurt… tapi itu lebih baik dari menipu,
kan?”
Ihsan tersenyum tawar. Cahaya di matanya sudah
pudar. Tidak seperti ketika mula-mula dia meluahkan rasa
hatinya. Namun, sinar harapan di matanya masih menyala.
“Saya isteri Farriel.”
Aku harap kenyataan itu akan memberi jawapan
atas luahan hatinya tadi.
“Saya akan tunggu sehingga dia lepaskan awak.”
“Saya tak cintakan awak,” akuiku jujur.
“Saya akan tunggu sampai awak jatuh cinta pada
saya!”
Bersungguh Ihsan menegaskan pendiriannya.
“Kalau saya tak jatuh cinta pada awak sampai bila-
bila?” dugaku.
Riak kecewa semakin ketara di wajah Ihsan.
Aku jadi belas melihatnya. Sungguh, jika aku punya
kuasa untuk mengalihkan rasa cinta, sudah tentu aku akan
mengalihkan rasa cintaku pada Ihsan. Tapi aku cuma insan
biasa. Dan cintaku sudah dibawa pergi oleh seorang lelaki
bernama Tengku Farriel Izumi.
“Saya percaya kalau saya ikhlas mencintai dan
menyayangi awak, saya akan memperolehi cinta awak suatu
hari nanti. Dan saya akan tunggu sampai hari itu tiba.”

193
AD+IZ

Perlahan kata-kata itu dilafazkannya. Namun ada


harapan, keazaman dan keyakinan tersemat di dalam kata-
katanya.
“Ihsan….”
Tak mampu aku mengungkapkan sebarang kata-
kata lagi. Rasa bersalah dan simpati mula merajai hati.
“Jangan rasa bersalah. Dan jangan sesekali rasa
simpati. Saya takkan paksa awak untuk mencintai saya. Sebab
saya nak awak ikhlas mencintai saya.”
Aku terdiam. Kejamkah aku menolak cintanya?
“Saya balik dulu.”
Seketika kemudian Ihsan berlalu pergi.

FARRIEL masih memandu. Sekejap tadi dia dah berpusing-


pusing di pusat bandar. Bosan dengan kesibukan yang tak
pernah berakhir, dihalakan pula kereta ke pinggir bandar.
Kepalanya masih ligat memikirkan perkara yang berlaku pada
dirinya kebelakangan ini.
Kepulangan Marina yang pada sangkaannya akan
melenyapkan segala kerunsingan dan kekeliruan hidupnya.
Kehadiran Marina yang pada perkiraannya akan
menyemarakkan lagi rasa cinta antara mereka berdua.
Namun sebaliknya yang berlaku. Dia sering berasa kehilangan
di celah-celah momen-momen indah bersama Marina. Seperti
ada yang tidak lengkap. Seperti makanan yang kurang rencah
perisanya. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu.
Yang pasti, Ad selalu berada di ingatannya, walaupun ketika
dia bersama Marina.
Apa yang dilihatnya petang tadi benar-benar

194
Eury Athena

membuatkan dirinya kecewa. Egonya tercalar. Sangkanya Ad


juga punya perasaan yang sama sepertinya. Sangkanya Ad
menyayangi dan menyintainya sepenuh hati. Sangkanya Ad
setia kepadanya.
Rupa-rupanya dia silap dalam membuat
pertimbangan. Ad juga punya kehidupannya sendiri. Ad juga
berhak punya kekasih hati; yang menepati cita rasanya, yang
sentiasa ada untuk dirinya, yang menyayanginya sepenuh
hati. Lelaki pilihan hati Ad adalah Ihsan, abang sepupunya
sendiri. Ihsan, lelaki yang selalu ada untuk isterinya,
terutama sekali ketika isterinya berada di dalam kesusahan.
Farriel mula menyalahkan diri sendiri. Dia
sepatutnya tahu yang Ihsan dan Ad saling menyintai. Justeru
itu mereka tampak serasi bersama. Mereka saling memahami.
Tidak seperti dirinya dan Ad yang sering bertelagah walaupun
dalam hal sekecil hama. Dia juga kesal kerana hampir-hampir
melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui; mereka
tidak boleh jatuh cinta antara satu sama lain, dan pihak
kedua tidak boleh masuk campur dalam urusan hati pihak
pertama.
Di akhir perjalanan tanpa arah itu, Farriel
memasang tekad. Dia harus meneruskan hidupnya. Ad
berpijak di bumi yang nyata. Ad sedar bahawa perkahwinan
mereka tidak akan bertahan lama. Maka, Ad telah memilih
Ihsan sebagai pengganti dirinya. Justeru itu, dia juga akan
meneruskan kehidupannya. Dia harus buktikan bahawa dia
juga mampu hidup bahagia… tanpa Ad!

BUNYI loceng dari luar pintu apartmen membingitkan


telinga sehingga memaksa Marina menekup kedua-dua

195
AD+IZ

belah telinganya dengan bantal. Malangnya usahanya tidak


membuahkan hasil. Marina mula hilang sabar.
“My God! Orang gila mana yang datang malam-
malam buta ni?” jeritnya kuat. Bergema kamar tidurnya
seketika.
Tertekan dengan perangai gila tetamu tak diundang
itu, Marina segera turun dari katil. Gaun tidur satin
dicapainya. Dipakainya agar penampilannya nampak sopan
walaupun gaun itu sekadar mampu menutupi singlet tali
halus dan seluar pendek yang dipakainya. Loceng yang
ditekan bertalu-talu membuatkan Marina berkejar ke pintu.
“Kejap!” jeritnya dari dalam.
Selak pintu ditarik ke tepi. Tombol pintu dipulas.
Dan demi dia terpandangkan wajah di hadapannya, dia
terkejut. “My God! Farriel?”
Tercengang-cengang Marina melihat wajah kekasih
hatinya yang kelihatan tak terurus dan keletihan. Dirapikan
rambut Farriel yang kusut-masai. Kemudian, diusap-usapnya
ubun-ubun Farriel. Cuba menenangkan Farriel. Cuba
memberi semangat kepada Farriel yang kelihatan seperti
sudah patah hati. Pelik! Farriel menekan loceng apartmennya
berkali-kali sewaktu malam sudah merangkak ke pagi.
Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Tengku Farriel
Izumi. “Farriel, are you okay? Kenapa ni? You nampak
exhausted sangat and… terrible… awful.”
Farriel masih tetap begitu. Tetap berdiri sambil
menundukkan kepala. Sebelah tangannya ditopangkan ke
dinding, menahan berat badan.
Marina panik. “Farriel….”
Farriel mengangkat wajah kali ini. Memandang
tepat ke arah Marina. Namun bukan wajah Marina yang

196
Eury Athena

terbias di retina mata dan di minda. Wajah Ad dan Ihsan


dalam keadaan ‘mesra’ itu yang tergambar.
Tenaga yang masih bersisa, dikumpulkan. Wajah
Marina yang beriak terkejut, pelik dan penuh tanda tanya
dipandang setepat-tepatnya.
“Marina…” panggilnya antara dengar dan tidak.
“Yes….”
Marina menunggu sambungan kata-kata dari mulut
Farriel.
“Will you… marry… me…?”
Tergagap-gagap Farriel menuturkan lamaran itu.
Membulat anak mata Marina. Kedua-dua belah
tapak tangan ditekup ke mulut. Menutup mulut yang terbuka
luas dek terkejut. Seketika kemudian pecah tawa gembira di
mulutnya. “Oh, my God! Farriel! You are proposing me,
aren’t you?”
“Yes.” Wajah Farriel masih tetap begitu. Tak beriak.
“Yes! Yes! The answer is yes, Farriel! I agree to be
your wife!”
Marina teruja terhadap lamaran Farriel itu.
Lamaran yang telah lama ditunggunya semenjak menjejakkan
kaki ke Malaysia semula. Lamaran yang tidak disangka-
sangkanya akan dibuat oleh Farriel pada pukul dua pagi! “I
gembira sangat! Finally! I janji, I akan jadi isteri yang paling
baik untuk you. And I will be loving you forever!”
Marina pantas meluru ke arah Farriel. Dipeluknya
Farriel erat-erat.
Dan Farriel hanya berdiri kaku di situ. Tanpa emosi.

197
AD+IZ

“SAYANG! Cantiknya cincin ni! I nak cincin ni jadi cincin


kahwin kita, boleh?”
Cincin emas putih bertatah berlian yang sudah
tersarung di jari manis, ditunjukkan kepada Farriel.
Farriel tersenyum cuma. Sebentar tadi, Marina
berkenan dengan cincin emas bermata satu. Kemudian cincin
yang tertanam beberapa biji berlian. Pada pandangannya,
semua cincin sama sahaja. Cuma sekadar cincin bagi
mengikat sesebuah perhubungan. Namun terlintas di
fikirannya, bagaiman agaknya rupa bentuk cincin
perkahwinannya bersama Ad? Dia tidak pernah perasan akan
rupa bentuk cincin tersebut di jari manis Ad. Emaskah? Emas
putihkah?
“Farriel, you ni kenapa? Asyik termenung aje. Ada
masalah ke?”
Cincin di jari manis sudah dikembalikan kepada
gadis di kaunter. Tumpuannya kini pada Farriel yang
berwajah keliru.
Farriel mengukir senyuman. “Takde apa-apa la. I
okey aje.”
“Okey you kata? Jasad you aje yang ada dengan I,
tapi fikiran you entah melayang ke mana.”
Marina berpaling ke arah bertentangan. Memeluk
tubuh. Menandakan konfrontasi sudah bermula.
Farriel tarik nafas panjang. Bahu Marina dipegang
dan dipusingkannya agar menghadap ke arah dirinya.
“Marina, I’m sorry okay? You tau kan, I sekarang sibuk
dengan projek kat JB tu. Terpaksa ulang-alik. So, I betul-betul
letih.”
“Tapi kita kan tengah buat preparation untuk

198
Eury Athena

wedding kita. Banyak lagi yang kita tak buat. Dewan, pelamin,
baju lagi,” rungut Marina.
“Ya. I tau. Kita bukan nak kahwin esok pun. Paling
cepat pun, tiga bulan dari sekarang. Kita buat slow-slow
okey….”
“I tak tau kenapa. Tapi I dapat rasakan yang I sorang
aje beria-ia buat preparation. You macam… relaks aje!”
“Iye la… I bersungguh la ni!” Farriel pura-pura
sibuk menilik cincin yang ada di situ.
“Ye la sangat! Kalau you bersungguh, bila wakil
papa dan mama you nak masuk meminang I?”
Farriel tergamam. Masuk meminang? Wakil dari
papa mama? Maksudnya, aku kena cakap dengan diorang
yang aku nak kahwin lagi satu? Atau beritahu aku nak
bercerai dengan Ad? Berterus terang yang Ad tu isteri kontrak
aku aje, dan Marina kekasih hatiku yang sebenar?
Tak pernah dia terfikir semua itu. Perkara ini lagi
rumit dari apa yang dia bayangkan.
“La, I ingat you ni wanita moden. Tak pakai lagi dah
upacara merisik meminang ni semua. Nak kena buat benda-
benda tu juga ke?”
“Mesti la… I nak majlis bertunang dan kahwin yang
grand. Ada lots of roses, ada kereta kuda, ada macam-macam
la. Biar terbeliak sikit mata sedara-sedara I tu! Dan I dengan
bangganya akan memperkenalkan you sebagai tunang dan
bakal suami I. Mesti diorang jealous dengan I sebab dapat
pikat lelaki hensem, kaya macam you. Keturunan Tengku
lagi!”
Marina sudah mula membayangkan majlis
pertunangan dan perkahwinan impiannya itu.

199
AD+IZ

“Pasal tunang kahwin tu kita cakap lain kali aje la


ek?”
Kata-kata Farriel melenyapkan terus angan-angan
Marina.
“Kalau you asyik tangguh nak cakap pasal benda ni,
asyik tangguh nak bawa I jumpa mama papa you, sampai bila-
bila pun kita tak akan kahwin sayang…!” bentak Marina.
“Relaks la. Bila tiba masanya, I akan bawa you
jumpa diorang okey! Seriously…” janji Farriel.
Hakikatnya, dia sendiri tak tahu macam mana nak
‘menghadap dan menjawab’ soalan seisi keluarganya kalau
hal ini diutarakan kelak.
“Serius?! Serius apa kalau asyik bertangguh macam
tu?! Dah la!” Marina tarik muka empat belas.
Farriel senyum segaris. Marina kalau merajuk boleh
berhari-hari lamanya, kalau tak kena cara memujuk. Kalau
Ad… Ad lagi yang aku ingat! Kenapa susah sangat nak
lupakan Ad walaupun sehari? Macam mana la keadaan Ad
sekarang? Sejak Marina balik, jarang-jarang benar dia bersua
muka dengan Ad, walaupun mereka serumah. Dia keluar
rumah, Ad tengah sibuk kat dapur atau mandi. Masa dia balik
rumah, biasanya Ad dah tidur.
Ah! Buat apa aku nak sibuk-sibuk pasal Ad? Dia kan
dah ada Ihsan, playboy US yang dah jinak tu. Biar Ihsan aje la
yang menjaganya. Tapi, tergamak ke aku nak lepaskan Ad
pada Ihsan yang aku tahu tahap kasanovanya yang tinggi
menggunung tu? Pompuan sebaik Ad tu, kalau boleh biar la
dapat kat lelaki yang baik-baik.
Bahu terasa ditepuk. Kuat. Sampai lenguh bahu
dibuatnya.

200
Eury Athena

“Tengok tu! You berangan lagi! Dah la!”


Terkedek-kedek Marina meninggalkan Farriel di
kedai menjual barangan kemas itu.
Alamak! Aku mengelamun lagi!
Menyedari kesilapan diri, Farriel pantas mengejar
Marina yang semakin menjauh. Dipautnya bahu Marina.
Marina menepis. Dicubanya lagi memaut bahu Marina. Kali
ini disertakan dengan ayat-ayat cinta. Hati Marina mula cair.
Terus hilang rajuknya. Mereka terus berdampingan ke butik
pengantin berhampiran.

“HISH, nenda ingat benar tempatnya! Sepatutnya kat tingkat


ni, Rianna,” rungut Nenda Nerrisa.
Aku meninjau-ninjau ke sekitar aras tiga shopping
complex itu. Mencari butik pakaian pengantin yang
diceritakan oleh nenda sebentar tadi, semasa kami dalam
perjalanan ke sini. Tak ada pun. Aku balik ke tempat nenda
berdiri.
“Tak ada pun nenda. Mungkin kita salah level kut,”
telahku sendiri.
Wajah nenda nampak muram. Mungkin kesal
kerana gagal mengingati lokasi butik rakannya, sehingga
menyebabkan kami terpaksa berpusing di sekitar aras ni
beberapa kali.
Aku pimpin nenda ke bangku yang ada di situ.
Kesian nenda… dalam keadaan bertongkat macam tu,
digagahkan juga kaki menapak dari satu shopping complex
ke satu shopping complex yang lain semata-mata nak
mencari baju pengantin terbaik untukku. Bila aku sarankan

201
AD+IZ

dia naik kerusi roda, dia menolak. Katanya dia nak exercise.
Lagipun ada tangga bergerak dan lif. Tak la sesusah mana
pun, katanya.
“Nenda duduk sini kejap, ek… Adry nak pergi beli
air untuk nenda. Nenda nak minum air apa? Nak makan apa-
apa?” soalku.
“Nenda tak nak makan. Kamu beli air aje untuk
nenda. Air apa pun nenda tak kisah.”
Mendengar jawapannya, aku terus bergegas ke kios
berhampiran. Buntu memikirkan air apa yang nak dibeli
untuk nenda, akhirnya aku membeli jus untuk nenda dan
diriku sendiri.
Dan ketika itulah aku terperasan akan sepasang
kekasih yang begitu asyik memilih pakaian pengantin di salah
sebuah kedai di situ. Jus carrot yang aku sedut terasa seperti
pasir. Cuma deria rasa pahit sahaja yang berfungsi ketika itu.
Farriel kelihatan begitu mesra dengan gadis
berwajah Pan-Asian itu. Tak perlu berteka-teki kerana aku
sudah tau, itulah Marina Irriani. Gadis yang dikejar oleh
Farriel di KLIA kira-kira tujuh bulan lalu. Gadis yang
membuatkan lena Farriel tidak panjang. Gadis yang
membuatkan tubuh Farriel kalis air. Gadis yang membuatkan
Farriel mengambil tindakan drastik dengan mengahwiniku.
Aku segera mengalihkan pandangan. Enggan
menyaksikan lagi kemesraan mereka berdua. Air mata yang
bertakung di birai mata, aku segera kesat. Dengan senyuman
yang dibuat-buat, aku menapak kembali ke bangku yang
diduduki oleh nenda. Dan tubuh yang semakin longlai cepat
sahaja aku labuhkan ke bangku; bersebelahan dengan nenda.
“Kenapa muka kamu pucat sangat ni, Rianna?”
Nenda yang kehairanan segera menegur. Jus yang

202
Eury Athena

aku hulurkan, diletakkan di tepi bangku. Tubuhku diusapnya


dengan penuh kasih sayang.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian
kulepaskannya. Senyum nipis kuukir buat nenda. “Tak ada
apa-apa, nenda. Tiba-tiba Adry lapar pulak! Jom kita pergi
makan dulu, nenda.”
“Kalau macam tu, jom kita pergi makan dulu! Lepas
makan nanti baru kita cari butik tu. Kita mesti cari baju tu
hari ni juga. Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Majlis kamu tu
lagi dua minggu. Banyak benda lagi yang tak ada.” Katanya
sewaktu melangkah.
Aku berasa lega bila kami beredar dari situ. Takut
juga kalau-kalau nenda ternampak Farriel dengan Marina.
Jenuh mulut aku menjawab soalannya nanti. Sebelum
bergerak ke food court, sempat aku mencuri pandang pada
Farriel yang sakan berpelukan dengan Marina. Ada rasa pedih
menjalar hingga ke ulu hati.

“BARU balik ke?” tegurku saat Farriel melangkah masuk ke


dalam rumah malam itu.
Jelas Farriel kaget melihat aku masih duduk berjaga
di sofa ruang tamu sedangkan jam sudah menginjak ke jam
dua pagi.
“Hmmm…” jawabnya malas. Tali leher sudah
dilonggarkan. Cuma menanti untuk dileraikan dari batang
leher.
“Kenapa? Ada hal penting nak dibincangkan ke?”
soalnya acuh tak acuh.
Aku kira, aku sudah dibuang terus dari kamus

203
AD+IZ

hidupnya kerana dia langsung tak punya kesudian untuk


berbicara denganku, apatah lagi memandang wajahku. Dari
tadi dia lebih suka memandang hujung necktie, hujung
lengan kemeja atau apa sahaja asalkan bukan diriku.
“Kau tau kan yang majlis resepsi kita lagi dua
minggu.”
“Ingat! Tiap-tiap hari nenda dengan mama cakap
pasal benda tu. Mustahil aku tak ingat!” balasnya kasar.
Terguris hatiku mendengar nada suaranya yang
semakin tinggi.
Sunyi mengisi segenap ruang.
“Kalau tak ada apa-apa, aku naik dulu.”
Farriel mula menapak ke tangga.
“Tadi aku nampak kau dengan Marina kat butik
pengantin.”
Kaku langkah Farriel di situ.
“Jadi?” soalnya garang. Dikerlingnya Adry dengan
ekor mata.
“Aku cuma nak ingatkan kau supaya tak terlalu
‘expose’kan diri bila dengan Marina. Nyaris nak kantoi
dengan nenda tadi.”
“Jaga hal masing-masing cukup la, yang kau sibuk
pasal aku dengan Marina, apa hal?” Farriel mula bengang.
“Bukan aku nak sibuk! Tapi kalau nenda nampak
tadi, aku yang kena bersoal jawab dengan dia! Kau faham-
faham aje la kan nenda tu macam mana!” Suaraku mula
meninggi.
“Ooo… kau risau pasal aku dengan Marina. Habis,
kau dengan Ihsan tu apa cerita? Bercengkerama kat depan

204
Eury Athena

pintu pagar rumah, takpe pulak? Tak takut kantoi dengan


nenda?” balas Farriel sinis.
Terkejut aku mendengar kata-kata Farriel. Farriel
nampak ke? “Aku dengan Ihsan…”
Tergagap-gagap aku cuba menjelaskan keadaan
sebenar sebelum dipotong oleh Farriel.
“Aku tak kisah kalau kau dengan Ihsan nak bercinta
ke, nak bercengkerama ke. Yang penting bagi aku, kau jaga
nama dan maruah aku selagi kau masih bergelar isteri aku!
Faham?”
Mencerlang mata Farriel memandangku. Dan dia
terus berlalu ke tingkat atas.
Selagi kau masih bergelar isteri aku… selagi kau
masih bergelar isteri aku!
Selagi bila Farriel? Selagi bila aku boleh bergelar
isteri kau? Air mata mengalir laju menuruni pipi. Namun,
cepat-cepat aku hentikan tangisan itu. Aku tak mahu
menangis lagi. Menangis tak dapat menyelesaikan apa-apa
masalah! Menangis cuma menampakkan kelemahan diriku
sendiri. Aku tak nak menangis lagi!

205
AD+IZ

Bab 13
S
UNYI. Kosong. Tiada Farriel.
Tiada lagi suaranya menjerit,
membebel. Tiada lagi bayangnya.
Tiada lagi aura kehadirannya di mana-mana. Semuanya
tiada.
Sejak malam kami bergaduh tu, Farriel jarang-
jarang balik ke rumah. Terfikir juga aku yang dia ada rumah
lain. Tapi tak pernah pulak aku tau. Takkan Farriel bermalam
di rumah Marina? Tak mungkin! Tak mungkin sedangkal itu
ilmu agama Farriel.
Entah apa yang merasuk minda. Entah apa yang
mendorong tubuh badanku. Gerak langkah kaki terus aje
menghala ke master bedroom. Menceroboh masuk ke bilik
Farriel. Aku pandang sekeliling bilik itu. Masih seperti dulu.
Bezanya, dulu Farriel selalu ada di meja kerjanya.
Menyudahkan kerja-kerja pejabat yang bertimbun. Sekarang,
tidak lagi….
Katil yang berselerak aku rapikan. Buku-buku yang
elok tersusun, aku susun semula. Laptop di atas mejanya aku

206
Eury Athena

buka dan hidupkan. Koleksi lagu-lagu Melayunya, aku


mainkan. Lagu-lagu yang aku paksa dia download di Internet.
Macam nak perang dunia ketiga waktu tu. Mengingatkan
saat-saat itu membuatkan aku tersenyum sendirian.
Kemudian aku melangkah ke almari bajunya. Aku
buka almari itu. Kemeja dan pakaian-pakaian Farriel tersusun
rapi di situ. Tak pasti apa yang aku cari. Sekadar ingin
merasakan kehadirannya di situ. Aku lurut satu per satu
bajunya. Bila sampai giliran kemeja biru mudanya, aku
tanggalkan baju itu dari penyangkutnya. Aku bawa ke hidung.
Cuba menghidu bau badan Farriel yang masih bersisa.
Seketika rinduku lerai.
Aku melangkah pula ke balkoni. Menengadah ke
langit malam. Tiada bulan. Tiada bintang walaupun sebutir.
Langit kelihatan mendung malam ni. Ruang bilik dilatari
muzik dari laptop. Lagu Merinduimu dari D’Masiv mula
bergema. Satu per satu bait-bait lirik lagu memasuki ruang
pendengaranku.

Saat aku tertawa….

“Yang warna merah ni sayur apa?”


Sayur apa? Aku cuma masak sayur campur aje;
kobis, kacang buncis, lobak, brokoli. Aku mencari ‘sayur
merah’ yang dimaksudkan di pinggan makan Farriel.
“Itu cil…”
Belum sempat aku menegah, Farriel terus
masukkan sayur merah ke dalam mulut. Dikunyahnya.
Seketika kemudian mukanya bertukar menjadi merah
padam.

207
AD+IZ

“Li.” Aku menyambung kata.


Air dalam gelas diminumnya dengan rakus. Air di
gelasku juga turut menjadi mangsanya. Tak cukup tu, air
masak dalam jag diteguknya juga.
“Pedas!” ujarnya seraya menjelir-jelirkan lidah.
Dan kami sama-sama tertawa melihat gelagat
masing-masing. Farriel dengan muka kepedasannya dan aku
dengan riak mukaku yang kengerian melihat reaksinya.

Saat aku menangisi kesedihanku….

“Dah la tu…” pujuk Farriel.


Farriel duduk di sebelahku. Kotak tisu dihulurkan
padaku. Aku tarik beberapa helai buat mengesat air mata dan
hingus.
“Semalam baru aje dia dengan aku… tup-tup hari
ni dia dah mati kena langgar. Sedih la aku….”
Farriel menggeleng. “Kucing aje, Ad. Kucing jiran
pulak tu. Relaks la….”

Aku ingin engkau selalu ada…


Aku ingin engkau aku kenang….

Satu kucupan hinggap di belakang leher.


“No, I think the dress really suits you. You look
beautiful in it. Really…”
Suara garau itu singgah di cuping telinga. Tangan
Farriel melingkari pinggangku.

208
Eury Athena

Selama aku masih bisa bernafas


Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu…

“Kau nak buat apa?”


“Nanti aku cium, baru kau tau.”
“Ci… um…?”
“Hmmm… cium! Macam ni.”

Meski ku tak tahu lagi


Engkau ada di mana
Dengarkan aku…
Ku merindukanmu…

Kemeja Farriel aku ramas dan bawa lagi ke hidung.


Mencari lagi aura kehadirannya di situ. Tanpa sedar air
mataku mengalir.

Dengarkan aku…
Ku merindukanmu…

Farriel menjenguk ke bawah. Menghayati


pemandangan dari tingkat sepuluh di bilik hotelnya.
Kenderaan masih bertali arus. Suasana di sekitar masih
hingar-bingar. Namun kepalanya sunyi sahaja. Kepala ditala
ke langit. Cuba mencari sang purnama dan bintang. Hampa.
Tiada satu pun yang kelihatan. Dan ingatan pada Ad
menjelma….

209
AD+IZ

Dengarkan aku…
Ku merindukanmu….

TANGAN dah mula menggendang stereng kereta. Deretan


kenderaan atas jalan dan cuaca panas mula meletihkan dirinya.
Jam di tangan dipandang sekilas. Lambat lagi. Masih ada dua
jam sebelum temu janji dengan Encik Shiroka dari Jepun.
Lampu isyarat masih berwarna merah. Ah… bosannya!
Tie tanpa corak terasa seperti menjerut batang
leher. Pantas dilonggarkannya. Handphone yang berbunyi
dipandang sekilas. Handsfree Farriel lekatkan ke telinga.
Butang hijau ditekan. Lampu isyarat bertukar warna.
Serentak itu pedal minyak ditekan. “Helo.”
“Encik Farriel, saya Erin. Adry… Adry… dia sakit!”
Suara cemas Erin menerpa di telinga.
Buntang mata Farriel mendengarnya. Hampir
terbabas keretanya ke tepi. “Korang kat mana sekarang?”
“Kampus.”
“Tunggu sampai saya datang!” arahnya pada Erin.
“Okey,” balas Erin.
Panggilan dimatikan. Melilau mata mencari tanda
U-turn di sisi jalan. Pusingan U segera dibuat. Pedal minyak
ditekan lagi. Ad… kau okey ke? Butang telefon ditekan.
“Helo, Sheila. Batalkan semua meeting dan appointment
saya!”
“Tapi, Tengku, Mr. Shiroka…”
“I said all, Sheila!”
Panggilan dimatikan. Handphone yang berkali-kali

210
Eury Athena

berbunyi tidak dihiraukan. Cuma ada satu dalam fikirannya.


Ad!
Sesampainya di kampus, Farriel terus berlari ke
foyer fakulti. Melilau matanya mencari kelibat Ad atau Erin.
Tiada. Dia mula bertanyakan beberapa pelajar di situ.
“Adrianna? Erin dengan sorang lelaki dah bawa dia
ke klinik rasanya.” Jawab sorang pelajar pompuan yang
tadinya elok berdiskusi dengan rakan-rakannya.
Dan dari penerangan yang diberikan, Farriel tahu
siapa lelaki yang dimaksudkan. Ihsan!

MELINTAS aje Ihsan depan biliknya, Farriel bingkas bangun


dari kerusinya. Ihsan dijejaki. Tanpa ketukan, tanpa izin,
tanpa salam, meluru dia masuk dan…
“Aril?”
Buk!
Penumbuk sulung dihadiahkan pada Ihsan.
Ihsan yang tadinya elok berdiri, terperosok di kaki
kerusi. Ihsan mengaduh kesakitan. Darah di tepi bibir
dikesatnya. “Woi! Apa hal kau ni?”
“Itu untuk kau yang ganggu isteri aku!”
Ihsan bangkit. Mengepal buku lima sebelum
melepaskan tumbukan. Tepat mengenai pipi Farriel.
Farriel terduduk di sofa.
“Itu khas untuk suami tak berperasaan macam
kau!”
Farriel bangun. Pipi yang mula bertukar warna
dirabanya. “Ad tu bini aku. Jangan nak over dengan dia!”

211
AD+IZ

“Isteri? Siapa isteri kau? Mana isteri kau? Isteri


sendiri demam pun kau tak ambik peduli!”
“Adrianna Mayesa tu isteri aku!” Farriel menuding
jari ke diri sendiri.
Ihsan ketawa mengejek.
“Isteri konon! Betul ke Adry tu isteri kau? Habis tu,
kenapa kau layan dia macam sampah? Bila kau nak, kau
datang. Bila kau tak nak, kau buang. Suami apa kau ni?”
tempelak Ihsan. Ditujah-tujah dada Farriel.
Farriel menepis kasar jari Ihsan. “Macam mana aku
layan dia, itu hal aku. Kau tak usah ambik peduli! Itu bukan
urusan kau pun!”
“Ya! Itu urusan aku!” bantah Ihsan.
“Sejak bila?”
“Sejak aku mula kenal cinta. Sejak aku mula jatuh
cinta pada Adrianna Mayesa Ismail al-Hussein!”
Farriel terpempan mendengar pengakuan Ihsan.
Kini dia tidak perlu berteka-teki lagi. Ihsan dengan rela hati
sudah mengakui rasa hatinya. “Ad isteri aku….”
“Ya! Aku tau. Aku akan tunggu sampai kau
‘lepaskan’ dia!”
“Aku takkan lepaskan dia!”
“Kau dah ada Marina. Dia tukan buah hati kau! Now
she’s back. Go and marry her. Jangan seksa Adry semata-
mata kerana ego kau. Dia manusia macam kau, macam aku.
Dia juga ada perasaan! Lepaskan Adry!”
Farriel geleng kepala beberapa kali. Tidak percaya
dengan permintaan yang dibuat oleh Ihsan. Melepaskan Ad?
Sesuatu yang tak pernah terlintas di fikirannya.

212
Eury Athena

“Jangan ganggu Ad lagi. Kalau sekali lagi aku


nampak kau buat tak senonoh dengan dia, aku tak tau apa
yang aku akan buat pada kau! So, help me God!”
Farriel bergegas keluar dari bilik itu.

PINTU bilik Ad dibuka oleh Farriel perlahan-lahan. Ad yang


sedang nyenyak tidur diperhatikan dari dekat. Nafas Ad teratur
menandakan tidurnya lena. Wajah tenang Ad direnungnya
lagi. Mukanya pucat berbanding biasa.
“Lepaskan Adry!”
Dia teringat semula kata-kata Ihsan siang tadi.
Hatinya berbolak-balik. Separuh hati mengejek perbuatan
diri; mencintai dan melamar Marina tetapi tetap mahu Ad di
sisi. Separuh hati lagi menyokong perbuatannya itu atas
dasar putik cinta yang baru bercambah. Dia mula keliru.
Dia tidak mahu menjadi manusia kejam dan
mementingkan diri. Ad sudah ada pilihan hati, mengapa
perlu disekat kebahagiaannya? Perjanjian yang dibuat
sebelum ini juga ada menyebut bahawa kontrak perkahwinan
mereka akan terbatal sekiranya salah seorang sudah memiliki
kekasih dan ingin komitmen yang lebih serius bersama
pasangan.

Aku ingin engkau selalu ada….


Aku ingin engkau aku kenang…

Melepaskan Ad… serasanya itu sesuatu yang


mustahil untuk dilakukan pada ketika ini.

213
AD+IZ

Selama aku masih bisa bernafas


Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu…

Farriel meletakkan tapak tangan di dahi Ad. Cuba


menganggarkan suhu badan Ad. Seketika kemudian dia
menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan suhu badan Ad
yang normal.

Meski ku tak tahu lagi


Engkau ada di mana
Dengarkan aku…
Ku merindukanmu…

Ubun-ubun Ad diusap perlahan. Rasa hangat itu


menjalar di segenap tubuhnya. Ada satu perasaan halus
menusuk terus ke hati dan jantungnya. Perasaan yang hanya
dapat dirasai bila bersama dengan Adrianna Mayesa….
Ubun-ubun terasa diusap. Siapa? Kepala masih
sekilo rasa beratnya, tidak kuhiraukan. Mata kubuka
perlahan-lahan. Dalam samar cahaya, aku terlihat Farriel.
Mimpikah aku? “Iz… Izumi?”
“Syyy… sorry buat kau terjaga. Just checking on
you. Tidur la balik,” bisiknya perlahan. Selimut ditarik hingga
ke paras dada Adry.
“Iz…” panggilku lagi, masih keliru antara mimpi
dan realiti.
“I’m here… tidur, okey?”
Mata kupejamkan semula. Jari-jemari Farriel tetap

214
Eury Athena

di situ. Membelai dan mengelus-ngelus rambutku. Rasa


mengantuk kembali bertamu. Sebelum aku lena dibuai
mimpi, dahiku terasa dikucup.
Aku harap sangat ini bukan mimpi. Jika mimpi, aku
mahu terus tidur. Tolong jangan kejutkan aku kerana aku
ingin terus bermimpi. Aku ingin terus dimanjai, disayangi
dan dicintai oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel
Izumi… rasa dimanja, disayangi dan dicintai oleh seorang
lelaki bergelar suami.
Sungguh… aku tidak mahu keluar dan rasa indah
ini.

215
AD+IZ

Bab 14
“M
AKAN!”
“Tak nak!”
“Makan!”
“Tak nak!”
“Makan! Makan! Makan!”
“Tak nak! Tak nak! Tak nak!”
Farriel yang duduk di birai katil buat muka give-up.
Dengan muka masam, mangkuk bubur diletakkan kembali di
atas meja di tepi katilku.
“Sakit-sakit pun keras kepala!” Farriel merengus.
Aku pandang Farriel dengan rasa sebal. Entah apa
mimpi mamat ni malam tadi. Tiba-tiba aje ‘mencemar duli’
masuk bilik aku pepagi buta menghantar breakfast. Tadi dah
dipaksanya aku telan Panadol. Puas bertekak, last-last, dia
suruh aku makan Panadol Soluble yang dah larut dalam air
aje. Nasib… uh! I hate pills!
Masa demam kat rumah papa Farriel hari tu, nenda
yang in charge bagi aku makan ubat. Dek kerana hormat dan

216
Eury Athena

segan, terpaksa la aku makan. Kalau orang lain, memang aku


bagi sejuta alasan untuk tak telan pil putih tu.
“Bubur yang kau buat tak sedap. Tawar!” komenku.
Muncung di mulut automatik ke depan. Kenapa
tiba-tiba macam nak manja-manja dengan Si Farriel ni?
Spastic? Ke kepala aku ni dah mereng sebab demam?
“Okey aje aku rasa tadi! Lidah kau cacat kut! Tak
pun deria rasa kau dah mati!” perli Farriel.
Dia yang dah lengkap berpakaian sut ke pejabat,
melipat lengan baju hingga ke paras siku.
Bibirku tersungging ke atas. Lidah sendiri cacat,
kutuk lidah orang pulak!
“Lagipun, mana ada orang sakit dapat makan sedap-
sedap. Cuba tengok kat hospital tu, tawar aje makanan yang
disediakan. Bla bla bla.…”
Membebel pulak dia ni! “Kut ye aku sakit pun, tak
payah la masak bubur yang ‘20% lagi nak jadi nasi’ tu! Kata
pandai masak. Pengakap konon… hampeh! Aku agak, budak-
budak yang makan mesti sak…”
Kata-kataku mati di situ bila Farriel letak jari
telunjuknya di bibirku. Mata kami bertentangan. Tajam
renungannya. Dia marah aku kutuk dia ke?
Dan jantungku rasa macam nak terjun ke perut bila
Farriel mula merapatkan jarak tubuh kami. Perfume yang
dipakainya menusuk ke hidung. Entah kenapa, berdebar-
debar pulak rasa jantung. Kalau dulu, aku cukup benci
dengan bau minyak wanginya yang aku tak tahu apa
jenamanya tu. Tapi sekarang, hidung aku dah mula dapat
terima kehadiran ‘bau’ itu. Baunya yang agak kuat tapi
mengasyikkan dan penuh kelakian. Errr… over sangat ke

217
AD+IZ

cara aku describe bau minyak wangi tu? Pokoknya, minyak


wangi ni memang sesuai dengan si pemakainya. Keras tapi
sebenarnya lembut. Apa aku melalut ni?!
Zup!
Mulutku disumbat dengan sesuatu. Terkejut aku.
Termometer!
Farriel hulur senyum segaris. Matanya berkata
‘padan muka!’. Lepas beberapa saat, alat penyukat suhu itu
dikeluarkan dari mulutku. Bacaan suhu diambil.
“Hmmm… 37.8 darjah Celcius. Memandangkan
kau masih dalam kategori tak sihat, maka aku takkan ambik
hati dengan kata-kata kau tadi. Aku akan anggap macam
angin lalu aje!”
Uweks! Aku dah rasa terlebih dari sihat dah ni. Nak
ajak main kejar-kejar polis-pencuri pun boleh!
Farriel bangun. Lengan baju diperbetulkan.
Briefcase di tepi katilku diambil. Sudah bersedia untuk ke
pejabat. Setapak dua dia melangkah ke pintu bilik, dia
berhenti. Menoleh ke arahku. “Ad, kau tak suka makan ubat,
kau tak suka makan masakan aku. So, next time, try not to
get sick again, okay!”
Mendatar aje tone suaranya. Farriel melangkah
keluar.
Beberapa minit kemudian, aku terdengar kereta
Fariel menderu pergi.
“Try not to get sick again.”
Bukan aku yang saja-saja nak jatuh sakit. Lagipun,
aku jatuh sakit sebab kau!
Selimut kutarik sehingga menutupi keseluruhan
tubuh. Tidur lagi baik!

218
Eury Athena

“AMBOI! Adry… sejak jadi mahasiswa ni, akak nampak kau


bertambah-tambah cantik. Dah pandai bergaya. Buang dah
kasut sports. Jeans, t-shirt hilang dah. Tudung pun ikut
fesyen sekarang…” kata Kak Timah.
Ibu anak tiga ni memang suka mengusik aku.
Marah aku pun rajin juga. Tapi aku berhutang budi dengan
Kak Timah. Kalau dia tak rekomenkan aku, memang aku tak
dapat kerja kat butik Puan Karen ni. Malah dia siap offer diri
bagi tunjuk ajar kat aku selok-belok kerja kat sini.
“Betul la! Untung kau dapat kahwin dengan orang
kaya. Tak sangka, diam-diam kau bercinta dengan anak
tengku! Pandai kau simpan rahsia, ek?” Si Chot pulak
mencelah.
Imah, Nini, Sabariah yang mulut penuh dengan
makanan, setia jadi burung belatuk. Mengangguk aje dengan
apa yang dikatakan dek Kak Timah dan Chot.
Sengaja aku pilih untuk datang masa lunch break.
Tak adalah dijeling dek Puan Karen. Bebas sikit nak borak
dengan diorang sambil dan menyerahkan kad jemputan ke
majlis resepsi perkahwinanku di hotel.
“Tak adalah. Saya masih Adry yang dulu. Ni semua,
harta dunia aje. Bila-bila boleh kena tarik dengan Allah,”
balasku dengan rasa rendah diri.
Pakaian dan barang-barang yang aku pakai
semuanya Farriel yang sponsor. Baju-baju dan barang yang
aku ada, semua dah masuk ‘muzium’. Tak sesuai dipakai, tak
kena dengan gaya hidup watak yang aku lakonkan, kata
Farriel. Aku turutkan aje walaupun hati sedikit
memberontak.
“Laki kau tak datang sekali ke?” Imah buka mulut.
“Yelah… laki kau tak datang sekali ke? Aku teringin

219
AD+IZ

juga nak tengok muka laki kau tu!” Nini pulak menyampuk.
Peha ayam digigitnya rakus.
Yang lain-lain pun nampak khusyuk aje menghadap
ketulan ayam. Lapar benar agaknya.
Bila nampak aku bawa satu bucket ayam KFC tadi,
melompat menjerit diorang kesukaan.
“Dia sibuk. Kalau tunggu dia, entah bila la saya
dapat lepas datang ke sini,” jawabku perlahan. Sibuk? Entah-
entah sibuk dengan Marina dia tu.
Sabarina siku Nini.
“Apa la kau ni, Nini? Laki Si Adry nikan
businessman. Setiap saat tu duit, kau tau tak? Dia bukan
macam kita. Ada masa lepak-lepak macam ni,” selarnya.
“Yelah, yelah.…”
“Sudah! Depan rezeki tak baik bergaduh. Lari rezeki
nanti!”
Teguran Kak Timah meleraikan ‘perang mulut’
mereka.
Aku tersenyum. Rindu dengan suasana sebegini.
Bergaduh, bergurau, berbual-bual kosong….
“Oh, ya Adry…!”
Pandangan aku lempar pada Chot yang bersuara.
“Hari tu, adik kau Si Zalika datang sini. Cari kau,”
adu Chot.
“Ye ke?”
Terkejut aku mendengar kata-kata Chot. Serasanya,
aku tak pernah bagi alamat butik ni pada sesiapa di kalangan
keluargaku. Takut diorang buat kacau.
“Aku cakap la kau dah berhenti kerja. Terkejut

220
Eury Athena

siamang dia. Dia minta aku nombor telefon atau alamat


rumah kau. Malas aku nak bagi!” sambung Chot lagi.
“Kenapa?”
“Kau tau aje la mulut adik tiri kau tu. Pedih aje
telinga aku dengar. Kalau adik aku, dah lama aku sental
mulut dia dengan cili api. Tak tahu langsung nak hormat
orang. Geram aku!” Chot mengetap gigi, kemarahan.
“Elok la kau tak bagi tu, Chot! Lain kali, kalau dia
datang sini lagi cari Adry, katakan aje kau tak tau macam
mana nak contact Si Adry ni! Tu tak ada kerja lain nak
menyusahkan Adry la tu! Meluat betul aku dengan perangai
keluarga tiri kau tu, Adry,” luah Kak Timah.
Aku diam. Tak menyokong, tak juga membantah
kata-kata Kak Timah. Memang ada kebenarannya. Sampai
bila aku nak sara keluarga tiri aku tu?
Zalika, Bakhtiar… dua-dua dah besar. Dah tak
minat nak belajar. So, boleh la cari duit sendiri, sara mak
bapak. Takkan nak harap aku tanggung makan minum
diorang lagi.
Mak Cik Midah pun satu. Apa yang anak-anak dia
buat, semuanya nampak betul aje kat mata. Cuba aku.
Semuanya salah.
Hai… kenapa la agaknya Zalika cari aku? Pak Cik
Bakar main judi lagi ke? Kali ni dengan Ah Long mana pulak
dia pinjam duit? Baru bulan lepas aku ‘settle’kan hutang Pak
Cik Bakar.
“Helo! Ada orang tak?”
Jeritan datang dari ruang depan butik membuatkan
kami terdiam.
Imah tampar bahu Chot.

221
AD+IZ

“Kau tak letak tanda ‘rehat’ ke kat pintu depan?”


soalnya marah.
“Letak la!” balas Chot.
“Habis tu, pompuan tu main redah masuk aje
apesal? Tak tau ke kita tengah break!” rungut Imah.
“Tu dah confirm-confirm jenis tak reti membaca!
Nak makan pun tak senang. Halau karang, macam tolak
rezeki pulak. Ei!” bebel Sabarina. Nak tak nak, dibawanya
tangan ke sinki.
Imah dan Nini yang dah selesai makan turut ke
sinki, membasuh tangan sebelum ke depan. Melayani tetamu
yang tak diundang itu.
“I nak tengok fesyen baju pengantin yang the latest
yang butik you ni ada! Berapa pun harganya, I don’t care!”
perintah pelanggan wanita itu jelas kedengaran sehingga ke
bilik pantri.
Memang jenis pelanggan yang aku tak suka!
“Dah la tu! Dah lima butik kita masuk. I letih la.
Lapar! You tak lapar ke? Kenyang makan baju-baju ni
semua?”
Kedengaran suara pasangannya pula.
“Farriel sayang… I nak kelihatan cantik masa
majlis perkahwinan kita nanti. So, I perlu cari baju yang
paling cantik dan sesuai untuk I dari sekarang. Kalau tak ada,
I nak cari kat US pulak,” kata pompuan tu.
“Suka hati you la!”
Farriel? Farriel Izumi ke? Dengan rasa ingin tahu
yang membuak-buak, kepala aku jengukkan ke ruang depan,
di ruang pameran. Kelihatan seorang pompuan sedang
mengacukan pakaian pengantin ke badannya. Di sisinya,

222
Eury Athena

kelihatan seorang lelaki yang aku memang hafal susuk


tubuhnya walaupun ketika itu dia membelakangkanku.
Farriel dan Marina… diorang... diorang nak kahwin dalam
masa terdekat ni ke? Tubir mata terasa basah serta-merta.
“Adry.”
Bahuku ditepuk perlahan. Aku berpaling. Muka Kak
Timah yang blur aku pandang kosong.
“Kenapa ni” soalnya. Pelik.
“Saya minta diri dulu, kak!”
Tas tangan aku ambil. Kak Timah dan Chot pantas
aku salami. Tak sanggup rasanya untuk terus berada di bawah
bumbung yang sama dengan Marina dan Farriel.
“Aik, kata nak lepak sini sampai petang?” kata Chot,
sedikit keliru.
“Aaa… lain kali la. Saya baru teringat yang saya ada
kerja sikit nak dibuat. Pintu belakang tak kunci kan, kak?”
“Tak!” Jawab Kak Timah dengan dua kening hampir
bertaut.
Dan aku terus keluar dari butik itu. Berjalan
menyusuri satu per satu bangunan kedai yang ada di situ.
Berjalan dan terus berjalan walaupun hujan rintik-rintik
sudah bertukar menjadi semakin lebat. Aku sendiri tak tahu
nak ke mana. Tapi aku tahu aku perlu berada jauh dari butik
Puan Karen kerana di situ, aku terasa seolah-olah tubuhku
lemah tak bermaya. Seperti seluruh kudrat tenagaku sudah
disedut keluar. Esoknya, badan aku terasa seram sejuk dan
pitam kat kampus.

223
AD+IZ

MARINA setia menanti panggilannya disambut oleh orang di


hujung talian.
“Helo!”
“Helo! Auntie Mary! Marina ni!” sapanya girang.
Lamaran Farriel benar-benar membuatkan harinya ceria
kebelakangan ini.
“Ooo… Marina! So, how are you? How’s Malaysia?
Good?”
Suara Auntie Mary begitu jelas di telinga Marina
walhal dia berada di US.
“I’m fine. Malaysia still peace and beautiful as
usual. Auntie, I’ve got good news for you!” jerit Marina
girang. Marina rapat dengan Auntie Marynya berbanding
dengan adik-beradik arwah ibunya yang lain.
“What? Tell me! Tell me!” pinta Auntie Mary teruja.
“Somebody has proposed me! And I’m getting
married in a few months!”
“Oh my God! Betul ke ni? Dengan siapa?”
“Farriel!”
“That… Farriel? I thought you’re not serious with
him since he’s fat, naïve?” soal Auntie Mary lambat-lambat.
“But not now. Dia dah kurus la, auntie... I think I
love his style now. More confident and gentleman! Tak la
malu nak ke majlis ke mana-mana lagi. Kenapa? Auntie
macam tak suka aje?” Marina sudah mula terasa hati dengan
reaksi auntienya.
“Auntie bukan tak suka. But we are talking about
marrying someone for the rest of your life. Kamu kena pilih
betul-betul,” nasihat Auntie Mary.

224
Eury Athena

“Wait! Which part make you upset, auntie? Part I


am getting married ke part I nak kahwin dengan Farriel?”
soal Marina bengang.
“Both!”
“Why?”
“First, you’re not ready for marriage. You hate
commitment, remember? Second, Farriel as your future
husband? Are you serious?” Auntie Mary tertawa kecil di
hujung talian.
“Okey! Sekarang I dah ready nak bagi komitmen
pada perkahwinan, auntie. Yeah, I know perkahwinan mama
papa tak bahagia tapi itu tak bermakna yang I pun akan gagal
dalam perkahwinan, kan? Lagipun, I pilih Farriel. Farriel is
the most perfect guy I ever met!” terang Marina bersungguh-
sungguh.
“Auntie gembira kalau kamu dah mula berfikiran
positif terhadap perkahwinan. But still, I don’t think Farriel
suits you, darling….”
“Why not, auntie?”
“Coz both of you have a different social life,
different principle about life… I don’t know! Both of you are
just different! Auntie tak rasa kamu boleh adapt dengan
Farriel’s ways of life, and so does Farriel. Farriel bukan
macam Adam, bukan macam Saiful, bukan macam Matt.
Mereka tu dah lebih ‘orang putih’ dari mat salih...” luah
Auntie Mary.
“Are you saying that you won’t…”
“No, Marina! Itu cuma pendapat auntie aje. Apa
pun, auntie tetap akan sokong apa sahaja tindakan kamu.
Termasuk la tindakan kamu menerima lamaran Farriel!”

225
AD+IZ

“Great! I love you so much auntie! So, auntie akan


tolong Marina buat preparation?”
“Of course, darling!”
“Thank you, auntie! I betul-betul perlukan bantuan
auntie. Coz I never have experience… Of course I don’t have
any experience! This is my first and last wedding!” teriak
Marina gembira.
“By the way, Ryan datang sini dua tiga hari lepas.
Dia cari kamu!”
“Ooo….”
Mood Marina berubah mendengar nama itu.
“Jumpa la dia. Tak pun, call dia. Rasanya dia ada
banyak perkara nak cakap pada kamu.”
“But I don’t have any! Cakap pasal Ryan buat
Marina hilang mood la. Okey la, auntie. Lain kali Marina call
lagi. Bye!”
“Bye, darling! Take care….”
Talian diputuskan. Gagang telefon dicampak ke
sofa. Marina membuang pandang ke luar. Melepasi balkoni
apartmennya.
Ryan… nama itu kembali segar di ingatannya.

226
Eury Athena

Bab 15
S
UASANA kafe berdekatan
fakultiku havoc seperti selalu.
Macam-macam ragam manusia
ada. Yang tengah kebulur tahap rakyat Somalia khusyuk
menghadap hidangan. Yang tak berapa lapar, akan makan
sambil control ayu atau maco; berbual dan sesekali menyudu
makanan. Yang langsung tak lapar atau tak berduit pulak
sekadar menjadi pemerhati atau peneman kepada sahabat
yang tengah mengisi perut. Untung sabut, dapat la makan
free, dibelanja dek kawan-kawan atau couple. Untung batu,
ambik bau aje la!
“Kau dah betul-betul sihat ke ni?”
Satu soalan kedengaran, diikuti dengan satu
tepukan di lenganku. Lamunan yang melayang entah ke
mana, terhenti. Senyuman lemah aku lemparkan pada Erin.
“Okey! Demam biasa aje. Buat apa nak lama-lama?”
jawabku.
“Kau dengan Farriel? Dah okey ke belum?”
Aku mengeluh perlahan.

227
AD+IZ

Namun sempat didengar dek Erin.


“Macam tu la. Dia dengan hal dia. Aku dengan hal
aku.”
“Kau dah cakap pasal Ihsan dengan dia?”
“Tak sempat. Masing-masing sibuk memanjang.
Biar aje la.”
Padahal aku dan Farriel masing-masing malas nak
bercakap pasal benda-benda tu. Kalau memang betul jodoh
kami tak panjang, biar la kami berpisah dengan cara baik.
Cara terbaik untuk itu, adalah mengetepikan isu-isu sensitif
dari dibincangkan. Dapat berbual macam kawan-kawan pun
dah kira okey bagi aku. Jus carrot aku sedut perlahan-lahan.
“Tak boleh la macam tu. Nanti dia fikir bukan-
bukan. Dari tak ada, jadi ada pulak. Kan susah!”
Aku merengus. Malas nak sesakkan fikiran. Bila
sampai masanya, aku akan fikirkan. Buat masa sekarang, aku
nak rehatkan otak dari fikir perkara-perkara yang
membebankan fikiran tu.
“Naluri aku kuat mengatakan yang Farriel pun ada
hati dengan kau. Korang ni saling suka sama suka. Tapi ego
nak berterus terang. Cuba kau cakap perasaan kau pada dia.”
“Buat apa? Nak malukan diri sendiri? Lagi berpesta
dia bila tau aku dah jatuh dalam ‘perangkap’ dia.”
Leher kupanjangkan. Meninjau-ninjau ke kedai dua
dari hujung. Usha sama ada nasi goreng seafood yang aku
dan Erin pesan tadi dah siap atau belum.
“Susah! Kau kepala batu. Dia kepala konkrit.
Memang padan la korang berdua!”
Aku diam. Malas nak bertekak. Orang cakap
memang senang. Aku yang menanggung ni yang rasa

228
Eury Athena

susahnya. Bagi aku, Farriel tu susah nak dijangkakan.


Kadang-kadang aku rasa macam dia pun ada hati pada aku.
Kadang-kadang aku rasa aku cuma bertepuk sebelah tangan.
Sudahnya, aku yang keliru!
“Hah! Tu dia dah datang….”
Pandangan kualihkan ke arah yang sama dengan
Erin. Ihsan yang maco melangkah ke arah kami. Berkot
warna maroon, kemeja pink, slack hitam, kena pulak dengan
cermin mata yang elok terletak di batang hidungnya yang
mancung tu.
Kalau ikutkan hati, aku memang tak nak jumpa
dengan Ihsan lagi dah. Lebih-lebih lagi lepas tau yang dia ada
hati padaku. Tapi, yelah… menyorok la kat mana pun di
kampus ni, mesti akan berjaya dijejaki oleh Tengku Ihsan Nur
Qayyum ni. Setakat area kat kampus ni, semua dalam kepala
dia.
Dan Ihsan seolah-olah sudah menjadi sebahagian
daripada warga kampus ni. Ihsan memang peramah. Tak kira
lecturer ke, student ke, pekerja kampus ke, asal rajin buka
mulut, jadilah mereka berborak. Pendek kata, dia ni memang
disukai ramai dan popular la. Buktinya? Dah nak setengah
tahun aku belajar kat kampus ni, dah nak sekerat kotak TV 14
inci juga la banyaknya surat peminat Ihsan yang aku terima.
Semuanya menyuruh aku mengajukan surat cinta mereka
kepada Ihsan. Dan Ihsan dengan mentah-mentahnya juga la
akan menolak surat-surat tersebut di hadapanku.
“Kalau yang menghantar surat itu bukan bernama
Adrianna Mayesa, saya tak berminat nak membaca apatah lagi
nak melayan!”
Itu la ayat yang keluar dari mulutnya. Sikit pun tak
disentuhnya surat-surat tu.

229
AD+IZ

Hmmm… langsung berhenti makan anak-anak


dara yang ada kat kafe ni. Ternganga mulut masing-masing
memandang Ihsan. Berharap Ihsan akan memberi perhatian
atau sekadar memandang ke arah mereka. Masing-masing
hampa bila melihat Ihsan menarik kerusi di hadapan mejaku,
lantas duduk. Cermin mata hitam ditanggalkan. Sepasang
matanya tajam merenungku. Seakan ingin melepaskan rindu
terhadapku.
Erin bingkas bangun sebaik sahaja dijerit oleh anak
tuan kedai makan. Padanya kuhulurkan sejumlah wang dan
berpesan agar dia mengambilkan pesananku sekali.
Tinggallah aku dan Ihsan. Dan aku terperasan
sesuatu di wajah cerah Ihsan. Sesuatu yang turut dimiliki
oleh Farriel. Kesan lebam yang sudah tidak ketara warna
kebiruannya. Mungkin sudah mulai sembuh, seiring dengan
masa yang berlalu. Kalau dengan Farriel, aku langsung tidak
bertanya kerana pada saat itu aku pasti bahawa kesan lebam
tu bersangkut-paut dengan kekasihnya, Marina. Tapi bila
Ihsan turut ada ‘tanda’ yang sama, aku mula sangsi dengan
andaianku sendiri. “Kenapa tu?”
Jari telunjuk kuarahkan ke tepi pipi kanannya.
Dekat dengan bibir.
Ihsan serta-merta meraba kesan lebam di pipi.
“Ooo… ni?”
Aku angguk kepala. Ingin tahu.
“Ni… cara dua orang lelaki ‘bermesra’. Cara dua
orang lelaki menyelesaikan masalah berkenaan pompuan.
Dan seharusnya pompuan tu berasa bangga sebab dua orang
lelaki sanggup bertarung deminya.”
Mata Ihsan ‘menghantar’ mesej yang aku tak boleh
nak tafsirkan.

230
Eury Athena

Dengar jawapan Ihsan yang ‘dalam’ maksudnya itu,


aku jadi malas nak bertanya lagi. Nanti entah apa-apa jawapan
pulak yang keluar dari mulutnya. “Awak dari mana ni?
Nampak letih aje.”
Pantas aku ubah tajuk perbualan.
“JB.”
“Straight datang sini?”
Terkejut aku mendengar jawapannya.
“Haah. Saya kena sampai sini sebelum atau masa
makan tengah hari. Kalau tak, tak dapat la jumpa awak.
Petang nanti memang tak dapat ‘melawat’ ke sini. Ada banyak
kerja. Awak pun ada kuliah sampai pukul enam, kan?”
Aku angguk. Kadang-kadang, aku rasa Ihsan lebih
tau dan prihatin mengenai diriku. Jadual kuliahku. Due date
assignment. Presentation. Buku-buku yang aku perlukan.
Sehinggalah kepada perkara peribadiku. Contohnya tarikh
lahirku.
“Mana tau tarikh lahir saya?”
“Kan kita mendaftar sama hari tu. Your personal
details, kan saya pernah tengok….”
Mungkinkah benda-benda seperti itu lebih
‘melayakkan’ Ihsan menjadi suamiku, bukan Farriel? Itukah
ukurannya? Bukan hati dan perasaan? Bagaimana dengan
rasa cinta?
“Tak letih?”
“Memang letih. Tapi kalau tak tengok awak sehari,
lagi ‘letih’ rasanya hati dan badan ni. Takpe. Hari ni aje. Ganti
tempat Aril.”
“Farrielnya mana? First projek dia kan yang kat JB
tu?”

231
AD+IZ

“Yap! Your hubby tu, saya tak tau la pergi mana.


Pagi-pagi lagi dah hilang. Handphone tak aktif. So, saya
terpaksa la jadi bidan terjun kejap.”
Ke mana Farriel? Pagi-pagi lagi tadi dia dah keluar.
Sangkaku dia ke pejabat.
“Adry, lama lagi ke saya nak kena tunggu jawapan
awak terhadap lamaran saya hari tu?”
Aku terkejut mendengar soalannya. Lamaran? “Saya
dah jawab pun lamaran awak tu!”
“Ye ke? Apa jawapannya?” Ihsan garu kepala.
“Saya tak boleh terima awak. Sama ada Farriel ada
atau tak, saya memang tak boleh terima awak lebih dari
seorang kawan. Saya tak cintakan awak.”
“Hmmm… persistently rejected. Takpe. Just be
with me. Tak lama lepas tu, mesti awak jatuh cinta pada
saya,” pintanya.
Aku geleng kepala. Ingat jatuh cinta ni macam apa?
Aku sedar, Ihsan dah banyak berbudi padaku. Memang aku
teringin nak membalas budinya itu. Tapi kalau cinta yang
diharapnya sebagai pertukaran, memang aku tak berdaya
untuk membalas. Maaf Ihsan, soal hati ni memang berada di
luar kawalan aku.
“Nasi goreng seafood siap! Makan jom!” ujar Erin
sebaik sahaja tiba di meja bersama-sama dua pinggan nasi
goreng. Duduk aje, terus dicapainya sudu dan garpu. Tanpa
berlengah, sesudu nasi dimasukkan ke dalam mulut.
“Ihsan, awak tak nak makan ke?”
“Nope! Thanks. Saya dah makan tadi!”
Tanpa mengendahkan Ihsan yang masih tak jemu-
jemu merenung dengan mata mengharapnya, aku suap

232
Eury Athena

makanan depan mata. Lantak la kau nak buat apa pun. Aku
nak makan. Lapar tahap tenuk dah ni!

NENDA NERRISA menyelak satu per satu helaian album.


Terhias di matanya wajah-wajah Farriel dan adik-adiknya
sewaktu kecil. Tak ketinggalan, gambar anak-anak dan cucu-
cucunya yang lain.
Tiba pada gambar perkahwinan Adrianna dan
Farriel, lama matanya merenung gambar tersebut.
Dikeluarkan pula album lama dari raknya. Diselaknya
perlahan-lahan. Dan bila matanya jatuh pada wajah kanak-
kanak berusia dua belas tahun, dikeluarkan gambar itu.
Kemudian diletakkan bersebelahan dengan wajah isteri
cucunya. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Terasa susut
rindunya menatap kedua-dua gambar tersebut.
“Ann… Rianna….”
Dia mula mengerti mengapa Farriel memilih
Adrianna sebagai isteri. Persamaan yang secara kebetulan
berlaku. Memang suatu kebetulan yang indah. Dan tiap kali
bersama Adrianna, dia tidak mampu menepis bayangan Ann
yang terlayar di hadapan mata tuanya. Kemanjaan, tingkah-
laku, cara Adrianna melayaninya benar-benar membuatkan
dia merasakan bahawa Ann ada di dalam diri Adrianna.
Mungkinkah ada sebegitu banyak kebetulan?

RIUH-RENDAH suara aku dan Hana ketika masuk ke rumah


dengan menjinjing barang-barang untuk dibuat hantaran.
Saudara-mara, jiran-jiran dan sekalian hadirin yang ada di

233
AD+IZ

situ tertoleh-toleh ke arah kami. Ops… lupa pulak! Diorang


berkampung, menyiapkan mana-mana yang patut untuk
majlis perkahwinan aku minggu depan.
“Nenda!” jeritku sebaik sahaja terpandangkan
Nenda Nerrisa yang tengah memantau ‘anak-anak buah’nya
bekerja. Seperti kebiasaannya, aku akan memeluk dan
mengucup pipinya, bertalu-talu.
“Rindu sangat dengan nenda!” luahku. Tangan
masih berlingkar di tubuh Nenda Nerrisa.
Nenda tersenyum sambil menepuk-nepuk tanganku.
Tanda dia senang diperlakukan begitu.
Hana cuma tersenyum melihat telatahku dan
nenda. Berdehem-dehem dia menyuruh aku melepaskan
nenda kesayangannya. Seketika kemudian kami bertiga
berbual riang. Bercerita itu dan ini. Bercerita semasa kami
berada di shopping complex tadi kepada nenda tersayang.
Nenda cuma mengangguk, sesekali ketawa dengan
gelagat cucunya.
Tengku Murni Hadirah yang muncul entah dari
mana sekadar menjeling. Meluat dengan kehadiran Adrianna
di rumah nendanya. Sepupunya pulak macam sengaja
memboikot kehadirannya di situ. Sedikit pun tidak
mengendahkannya. Dengan hati yang separuh masak
dipanggang api cemburu, dia menghampiri mereka bertiga.
Muka dimaniskannya.
“Murni! Mari la join! Kami tengah bincang macam
mana nak gubah hantaran ni,” pelawaku sebaik sahaja
menyedari Murni terpacak di sisi sofa yang nenda duduk.
Tawa nenda dan Hana terhenti tatkala menyedari
kehadiran Murni yang berwajah masam tu.

234
Eury Athena

Aku agak, kalau selori gula ditabur pun, belum


tentu dapat meneutralkan kemasaman wajahnya.
“Nenda, bonda ngah panggil kat atas. Katanya nak
bincang pasal atur cara majlis,” kata Murni tanpa riak.
“Ish, Si Khalidah ni! Aku yang dah tua ni pulak
disuruhnya ke atas. Bertuah punya anak!” rungut nenda.
Namun dia tetap mencapai tongkatnya dan bangun dari sofa.
“Biar Hana pimpin.” Hana offer diri.
Mereka berdua mendaki tangga bersama-sama.
Keadaan rumah masih riuh-rendah dengan suara-
suara mereka yang hadir bercerita. Tu namanya, sambil
menyelam minum air. Tangan jalan, mulut pun sekali jalan.
Aku yang bingung tak tahu nak buat apa dan
ditambah pula ketakutan dengan mata Murni bak helang
mengintai mangsa yang terus-menerus merenungku, ambil
keputusan untuk menjejaki nenda di tingkat atas. Masa aku
berselisih dengan Murni, tiba-tiba minah garik diraja ni
sengaja buat-buat terlanggar bahuku, sampai aku nak
tersembam ke depan. Bahu minah ni besi ke apa?
Dengan bulu mata lentik ala-ala unta, dia
memandang ke arahku yang dah tentu-tentu berwajah kelat
dan sebal dengan perangai taiko tak bertaraf dia tu.
“Nama aku Tengku Murni Hadirah. Panggil aku
Tengku Murni. Kau tau kenapa ada gelaran Tengku kat
pangkal nama aku? Sebab ada darah kerabat diraja mengalir
dalam badan aku ni. Kau pulak just orang kebanyakan. Tak
setaraf langsung dengan aku! Faham?” katanya sinis.
Alahai… berlagaknya! Entah berapa titik darah raja
sangat la yang ada dalam badan dia tu. Sebab darah yang tak
seberapa titik tu, aku dikatakannya tak setaraf dengan dia?

235
AD+IZ

Farriel dari golongan kerabat juga. Tapi dia


langsung tak nak orang panggil dia Tengku.
Hana dan yang lain-lain, semua ada gelaran Tengku,
tapi selamba badak aje bahasakan diri ‘kau-aku’, ‘bro-sis’, atau
apa-apa kata ganti nama yang tak formal bila berbual dengan
aku.
Ihsan pun tak kisah satu bulu roma pun dengan
tengku kat pangkal namanya.
Dia ni aje yang lebih kuah dari sudu!
“Tengku Murni Hadirah Tengku Makmur….”
Murni buat muka riak bila aku mengalah dengan
memanggil namanya berserta gelaran yang dimiliki.
“Sesungguhnya gelaran tersebut hanyalah sekadar
membezakan taraf kita di dunia ini. Tapi di sisi Sang Pencipta,
kita ni sama aje. Apa pun, ‘patik’ pacal yang hina ni memang
malas nak berbalah tentang pangkat atau gelaran ni. Yelah,
siapa la ‘patik’ nikan… langsung tak setaraf dengan Tengku.
Tengok tapak kaki aje pun dah nampak bezanya. Boleh tanya?
Dah berapa hari Tengku tak basuh kaki? Busuk la! Naik loya
tekak ‘patik’!”
Habis aje cakap, cepat-cepat aku tinggalkan
Murni… ops! Tengku Murni Hadirah yang muka dah macam
udang galah kena bakar. Tak kuasa nak layan! Buang karan,
buang tenaga, buang air liur, buang pahala….

MASUK ni dah lima pasang gaun pengantin aku cuba, pakai


dan tayang depan Farriel. Kelima-lima pasang baju ni juga
la direject dek Farriel. Tak cantik la, warna nampak dull la,
nampak semacam la. Ada aje la komennya. Walhal semua

236
Eury Athena

baju tu okey aje pada pandangan aku. Semua cantik. Rasa


nak kemot-kemotkan aje mulut dia yang lantang memberi
komen ala-ala Adlin, pengkritik AF tu. Dia yang buta fesyen,
disalahkan pereka baju pula. Aku ni dah nak angin satu badan
gara-gara kena pakai tanggal baju. Nasib baik ini semua atas
permintaan nenda dan mama Si Farriel. Kalau tak, memang
malas aku nak mengikut mamat ni pilih baju.
Asalnya baju untuk majlis resepsi tu dah ada. Baju
kebaya pendek warna hijau pink, satu sut dengan baju Melayu
untuk Farriel. Baju tu kami akan pakai masa bersanding
nanti.
Tiba-tiba pulak Hana muncul dengan idea bernas;
suruh kami pakai baju lain masa acara potong kek. Katanya,
cuba la pakai gaun; baju pengantin versi Barat pulak. Yelah,
nikah kahwin ni sekali aje seumur hidup. Dah la aku kahwin
express, kalau nak melaram maka ‘pulun’ la habis-habisan
masa majlis ni.
Bila cadangan bernas Hana dah disokong penuh
oleh nenda dan mama, aku dan Farriel dah tak ada pilihan
lain melainkan mengikut kata mereka.
Nak tak nak terpaksa la aku mengikut langkah kaki
Farriel ke butik ni. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak
teringin pun nak pergi ke mana-mana butik pengantin
terutama sekali dengan Farriel.
Teringat kembali saat-saat aku terserempak Farriel
bersama Marina. Ei, sakit hati! Memang takde hati perut
betul la beruang kutub utara tu! Macam sengaja aje show-off
minah blend omputeh tu!
Dalam pada membebel dalam hati tu, aku pakai
juga gaun labuh hingga ke buku lali gabungan dua warna;
merah hati dan ros. Kain satin, potongan tutup seluruh

237
AD+IZ

tubuh namun jarang di bahagian lengan, dada dan leher.


Memang cantik gila dan ikut body baju ni. Kainnya pun
lembut aje.
Rambut melepasi bahu aku lepaskan bebas. Biar la!
Fitting area ni tersorok kat belakang butik. Lagipun, ada tirai
yang memisahkan ruangan ini dari ruangan yang lain. Farriel
pun bukan tak pernah tengok rambut aku. Pekerja butik ni
semua pompuan. So, aku malas nak buka pakai tudung
banyak-banyak kali.
Dengan confident, aku keluar dari fitting room
dengan high heels warna sedondon.
Farriel elok duduk tercongok sambil menyelak
majalah fesyen. Sedikit pun tidak mengendahkan kehadiranku
di hadapannya.
“Okey tak ni?” soalku kuat. Cuba menarik
perhatiannya.
Pandangan Farriel beralih ke arahku. Majalah di
tangan terlepas lalu terjatuh ke lantai. Mulut Farriel
terlopong memerhatikanku dari atas ke bawah. Dari atas ke
bawah. Mengulangi perbuatan itu beberapa kali. Lama dia
terdiam.
Bisu ke apa dia ni? Tangan aku goyang-goyangkan
ke udara. Berharap Farriel akan kembali ke alam nyata.
“Helo! Dah sampai mana tu? Aku tanya, okey ke tak
baju ni?” soalku agak kuat.
Pekerja butik, Cindy, yang dari tadi setia melayan
kerenah aku dan Farriel hanya tersenyum melihat wajah
Farriel yang terkulat-kulat dan mulut ternganganya.
“Aaa….”
Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Muka dikerut-

238
Eury Athena

kerutkan. Seolah-olah berfikir. “Aku rasa tak sesuai la. Yang


tadi lagi cantik! Pergi tukar!”
“Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang
semacam la, hiasan macam badut sarkas la. Menyusahkan
orang betul la! Bla bla bla….” Bebelku seraya masuk semula
ke fitting room. Tak sabar-sabar nak tanggalkan baju ni.
Panas!

FARRIEL tersenyum sendirian. Ad mula naik angin bila dia


dipaksa mencuba beberapa helai pakaian yang ada di situ.
Bukan dia tak berkenan. Sengaja dia nak luangkan lebih
masa bersama Ad. Kebelakangan ni, masa mereka bersama
agak terhad. Dia rindu untuk menghabiskan masa bersama-
sama Ad. Melihat Ad marah, tersenyum, ketawa, merajuk…
Sungguh dia rindu! Mungkin semua itu bukan miliknya lagi.
Sudah menjadi milik Ihsan sepenuhnya.
Ah, bila teringatkan lelaki tu, hatinya jadi panas.
Betapa sakitnya hati melihat lelaki itu bergegas keluar setiap
kali waktu rehat bermula. Sudah pasti ingin berkejar ke
kampus. Makan dan menghabiskan masa bersama-sama Ad
sebelum masuk bekerja semula. Kalau diikutkan hati, nak aje
rasanya dia menahan Ihsan dari terus berjumpa Ad. Tapi dia
tak punya alasan untuk berbuat demikian. Dan dia sudah
berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mencampuri urusan
Ad lagi; seperti mana yang termaktub di dalam kontrak. Ah,
bingung!
“Okey tak ni?”
Gaun satin labuh itu membuatkan dia terpegun
seketika. Siapa sangka, Ad yang agak ganas dan kasar sewaktu
sekolah dulu, sudah berubah menjadi wanita yang cantik.

239
AD+IZ

Jika dibariskan kesemua wanita cantik dari seluruh pelosok


dunia sekalipun, dia tetap akan memilih Ad sebagai
pemenangnya. Kerana Ad punya segala yang diinginkannya.
Butakah aku kerana gagal menilai kecantikanmu, wahai
gadisku?
“Helo! Dah sampai mana tu? Aku tanya, okey ke tak
baju ni?”
Soalan Ad membuatkan dirinya kembali ke alam
nyata. Pekerja butik yang setia berdiri di situ, tersengih-
sengih. Alamak, kantoi berangan! Adoi! Malu, malu!
“Aaa….”
Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Muka dikerut-
kerutkan. Seolah-olah berfikir. Cover... cover. “Aku rasa tak
sesuai la. Yang tadi lagi cantik! Pergi tukar!”
Walhal dia akui yang gaun tu memang cantik dan
sesuai dengan Ad. Cuma dia tak sanggup berkongsi
kecantikan Ad dengan tetamu-tetamu yang hadir di majlis itu
nanti.
“Ei! Tadi kata yang itu over sangat. Gaun kembang
semacam la, hiasan meriah sangat la. Menyusahkan orang
betul la! Bla bla bla….”
Farriel cuma tersengih bila mendengar bebelan Ad.
Ad… Ad… macam-macam!
“I nak try baju ni. Mana fitting room you?”
Jantung rasa nak melompat keluar dari badan. Aik,
macam kenal aje suara tu! Bukan ke tu suara Marina? Suara
Marina ‘bergerak’ dari bahagian hadapan kedai menuju ke
tempatnya. Dan sebelum dia dihujani dengan soalan-soalan
dari Marina, dia perlu segera mengambil tindakan drastik.
“Iz! Apa kau buat masuk dalam fitting room ni?!”

240
Eury Athena

Ad yang dalam keadaan ‘tak berapa lengkap


berpakaian’ tu dipandang dengan wajah minta dibelas.

TIGA PULUH MINIT berlalu. Marina kat luar sana masih


galak berulang-alik dari depan ke belakang; mencuba setiap
pakaian yang berkenan di matanya. Ya Allah, bila la minah ni
nak balik? Aku dah naik ‘masak’ duduk dalam bilik ni!
Aku mundar-mandir dalam ruangan yang tak
seberapa besar tu sambil mengipas diri sendiri dengan
tangan. Suhu dalam fitting room yang sempit tu tak dapat
aku nak anggarkan. 60 darjah Celcius, mungkin. Baju gaun
labuh yang aku pakai dah lencun dek peluh.
Farriel dah duduk di satu sudut. Mukanya merah
akibat kepanasan.
Isk, Marina ni… tak sudah-sudah lagi ke cuba-try-
test baju? Takkan nak test setiap baju kat butik ni kut?
Lambat-lambat Ad duduk berhadapan dengan
Farriel. Merenik peluh di dahinya.
Kesian pulak tengok Si Ad ni. Sapu tangan
dikeluarkan dari kocek. Lalu dilapnya dahi Ad.
“Thanks,” kataku sebaik sahaja Farriel selesai
mengelap peluh di dahi. Ada rasa perikemanusiaan juga dia
ni… Ingatkan dah pupus!
“Setakat modify sikit bahagian pinggang, takkan
nak ambik masa sampai seminggu kut?! Tak efficient
langsung la butik you all ni!”
Jeritan Marina jelas kedengaran.
Aku pandang Farriel. Kening kuangkat,

241
AD+IZ

mengisyaratkan ‘tu la Marina, si spoilt brat yang kau bangga-


banggakan sangat tu!’
Farriel turut angkat kening. Ada aku kisah dengan
pendapat kau?
“So, kau dengan dia dah nak kahwin ke?” soalku
perlahan.
“Aku dah lamar dan dia dah terima. Tengok la
macam mana,” balasnya dalam nada yang sama.
“Kau belum beritahu dia yang kau dah kahwin,
kan?” serkapku. Kalau tak, takkan kami perlu menyorok kat
sini, kan?
“Hmmm… belum!”
“Famili kau dah tau belum yang kau nak kahwin
dengan Marina?”
“Belum!”
Bagus sangat la tu! Mesti takut nak bersoal jawab
dengan kaum kerabat dia la tu.
“Kan ke elok kau beritahu famili kau yang Marina
tu awek kau. Tak ada la jadi macam ni. Tengok, kau juga yang
susah,” tempelakku.
“Aku bukan sengaja tak nak beritahu. Aku takut tak
jadi macam awek-awek aku sebelum ni. Kan ke malu jadinya
nanti!”
Farriel melarikan pandangan dariku. Enggan
menatap wajahku. Ye la, aku ni hodoh… tak secantik Marina
yang Pan-Asian tu! Aku ni setakat pan-cake aje… hu hu hu!
“Tapi sebab kau terlalu berahsia la sampai jadi
macam ni!”
Sinis aku menyatakannya. Ye la, kalau dia telus

242
Eury Athena

dengan famili dia, dah tentu tak jadi kes kahwin paksa dan
meleret-leret sampai ‘terkurung’ dalam fitting room yang
maha sempitnya ni!
“At least…” ujarnya antara dengar dan tidak.
“At least… aku dapat bagi pekerjaan pada kau,”
sambungnya.
Aku mengangguk. Betul la tu. Kalau tak kerana jadi
isteri kontrak, aku sendiri tak tau mana nak cari duit untuk
bayar hutang lapuk Pak Cik Bakar.
Betul la… hubungan aku dan Farriel berlandaskan
kontrak semata-mata. Aku yang bodoh. Aku fikir Farriel akan
jatuh cinta pada diriku. Aku fikir pengakhiran cerita kami
akan happy ending seperti fairytale yang pernah diceritakan
kepadaku sewaktu kecil dahulu. Fantasi dan realiti tak
mungkin seiring, Adry.
Benteng air mata aku bina setinggi-tingginya.
Menghalang air mata dari gugur di hadapan Farriel.
Farriel memandang wajah murung Ad buat
kesekian kalinya. Kenapa kau tanya tentang perkahwinan aku
dan Marina? Kau dah tak sabar-sabar nak hidup bebas dari
aku ke? Dah tak sabar-sabar nak hidup dengan kekasih kau,
Si Ihsan tu?
“Tapi sebab kau terlalu berahsia la sampai jadi
macam ni!”
Sebab aku terlalu berahsia la kita dapat macam ni,
Ad. Sebab salah faham tu la aku dapat jumpa dan bersama
dengan kau. Kau tau tak, aku selalu berdoa untuk bertemu
dengan kau semula lepas kita habis sekolah. Yang aku tau,
aku nak jumpa dengan kau lagi. Yang aku tau, aku perlu
berjumpa dengan ‘Ad’ku.

243
AD+IZ

“At least… aku dapat bagi pekerjaan pada kau.”


Bodoh punya mulut! Bukan itu yang aku nak cakap
la! Kenapa la mulut ni tak pernah seiring dengan kata-kata
yang terlafaz di dalam hati?
At least, aku dapat berkahwin dengan kau, aku
dapat luangkan masa bersama-sama kau, aku dapat lihat kau
ketawa, menangis, merajuk, membebel. At least aku dapat
hidup bersama-sama dengan kau, walaupun untuk seketika.
Itu sebenarnya yang aku nak cakap!
Diam. Suara Marina tidak kedengaran lagi. Mungkin
dia dah balik.
Farriel segera bangun. Meluruskan pinggang yang
lenguh sebelum menarik selak pintu. Dia ingin segera keluar
dari situ. Bukan kerana dia rimas berada di dalam ruang
sempit itu. Tapi kerana dia sudah tidak sanggup berhadapan
dengan Ad. Wajah suram Ad meruntun hatinya.
“Farriel?”
Suara itu memanggil.
Farriel mematung di situ. Dengan teragak-agak,
Farriel berpaling ke belakang.
Marina tegak berdiri di situ. Memandang dengan
wajah tidak percaya.
Oo… oo… kantoi!
“Farriel? You buat apa kat sini?”
Farriel rasa nak jadi halimunan aje tatkala Marina
berada betul-betul di belakangnya. Nak tak nak, suka tak
suka, dipalingkan juga tubuh badannya menghadap Marina.
Ligat akal di kepala memikirkan alasan terbaik untuk
diberikan kepada Marina.

244
Eury Athena

“Aaa… I cari baju untuk function. You tau la, kan…


jadi orang korporat ni sana-sini ada function….”
Tergagap-gagap Farriel mereka alasan. Matanya tak
henti-henti menjeling ke arah fitting room. Berharap Ad tak
keluar saat itu.
Ad, bertahan la kat dalam tu. Tunggu sampai aku
bawa minah ni keluar dari sini dulu.
“You nak pergi function apa? Biar I pilihkan,” ujar
Marina. Dia mula bergerak ke deretan pakaian lelaki. Memilih
pakaian yang sesuai untuk Farriel.
“Aaa… tak payah la. I dah tengok semua dan tak
ada yang sesuai. Why don’t we go kedai lain. Maybe kat situ
ada yang sesuai.”
Farriel berdoa bersungguh-sungguh agar Marina
termakan dengan kata-katanya.
“Yeah, I baru ingat. Ada satu kedai a few blocks
from here. Diorang ada banyak collection tau! You nak pergi
tengok?”
“Of course! Jom kita pergi sekarang!”
Farriel mengucap syukur. Tangan Marina dikepit
dan didorongnya agar segera keluar dari situ. Sempat dia
mengerling ke belakang; melihat Ad yang kepalanya dah
terjulur keluar melihat dirinya dan Marina berlalu pergi.
Wajah Ad yang berpeluh-peluh itu meruntun hatinya. Mulut
dikumat-kamitkan.
Sorry, Ad! I will make it up for you. Sorry!

245
AD+IZ

Bab 16
M
IDAH tak senang duduk.
Mula-mula kerusi meja makan
diletakkan punggungnya. Tak
sampai lima minit, dia bangkit semula. Mundar-mandir di
sekitar ruangan rumah yang sempit.
Zalika yang tadinya khusyuk menonton, mengerling
ke arah emaknya. “Kenapa dengan mak ni? Macam cacing
kepanasan aje!”
“Akak kamu, Si Adry tu. Betul ke dia dah berhenti
kerja?”
“Betul la! Ika tanya sendiri pada kawan dia kat butik
tu. Lagipun dah dua tiga kali Ika pergi butik tu, memang dah
sah akak tak kerja situ lagi.”
“Isk… ada kamu tanya kat mana dia kerja sekarang?
Macam mana nak hubungi dia?”
“Ika dah tanya, tapi kawan dia yang kerek tu tak nak
beritahu! Panas aje rasa hati!”
Midah mengepal penumbuk. Hilang jejak Adry
bermaksud dia kehilangan ‘lubuk emas’nya.

246
Eury Athena

Selama bertahun-tahun Adry menanggung mereka


sekeluarga. Dia sudah lama tak bekerja sejak berhenti dari
menjadi GRO. Dia sudah berusia. Nak harapkan suaminya?
Bakar hanya memegang gelaran itu tanpa tahu melaksanakan
tanggungjawabnya. Zalika baru aje mendapat pekerjaan.
Namun anaknya itu tak pernah ingin menghulur walaupun
sesen. Bakhtiar pula lebih suka melepak, tersidai di sana-sini
bersama kawan-kawannya. Cuma Adry yang setia menurut
kehendak hatinya.
“Ika kena usahakan cari Kak Adry!”
“Nak cari kat mana? KL? Gombak? Klang? Bumi ni
luas la mak!”
“Cari aje la kat mana-mana! Hutang TV, sofa, duit
sewa rumah, bil-bil semua siapa nak bayar? Kamu?”
“Apa pulak Ika yang kena bayar? Kan ke selama ni
Kak Adry yang bayar!”
Melengking suara Zalika mendengar kata Midah.
“Sebab tu la mak suruh kamu cari dia. Nak minta
duit dari dia. Jangan dia ingat dia dah besar panjang, dah
pandai cari duit, dia boleh lupakan kita macam tu aje. Penat-
penat aku bela dia, dah besar jadi kacang lupakan kulit pulak!
Kau pun kena la bagi mak duit. Jangan habiskan dengan
berjoli aje!”
Zalika kumat-kamitkan mulut. Mengejek kata-kata
emaknya. Matanya sedikit pun tak berganjak dari TV. Baginya,
Adrianna langsung tak bererti. Yang membuatkan dia terus
bercakap dengan Adrianna adalah soal duit. Kerana dengan
Adrianna, dia boleh mengugut, memperbodohkan gadis itu
untuk mendapatkan wang. Dengan emaknya, alamat keluar la
isi telinga dibebel tak henti-henti. Penghabisannya, duit tak
dapat, telinga aje yang dapat sakit!

247
AD+IZ

Bakhtiar yang datangnya entah dari mana, meluru


masuk ke rumah. Daun pintu kayu yang hampir reput segera
dirapatkan. Besi selak pintu dimasukkan ke tempatnya.
Kemudian dia tersandar di situ. Melepaskan lelah. Peluh yang
membasahi muka dan bajunya langsung tidak dihiraukan.
“Hah! Tiar, baru sekarang jumpa jalan balik? Dah
dua minggu mak tak nampak kamu. Kamu ke mana?” Sinis
Midah menyoal.
Bakhtiar yang masih tercungap-cungap sekadar
memandang ke arah emaknya. “Mak! Mak kena tolong Tiar
mak!”
“Tolong apa pulak ni, Tiar? Kamu bergaduh dengan
kawan-kawan kamu lagi ke? Kamu kacau anak dara orang
ye!” tuduh Midah.
Bakhtiar menggelengkan kepala. Menidakkan
tuduhan emaknya.
Zalika yang menonton sekadar mendengar. Sesekali
tawa sinis dilemparkan ke arah adiknya yang menarik-narik
lengan baju emaknya, merayu rasa belas dari Midah.
“Bagi Tiar pinjam RM20,000.00, mak. Tiar janji,
besok-besok Tiar kerja, Tiar akan bayar balik duit mak tu!”
“RM20,000.00? Banyaknya! Kau ingat mak ni Zeti
Aziz, gabenor Bank Negara tu ke? Mana mak nak cari duit
sebanyak tu?” Tinggi suara Midah menyoal.
“Ala… Tiar tau mak banyak duit! Ni, mak beli TV
baru, sofa baru! Takkan mak beli dengan air liur aje?”
Panjang telunjuk Bakhtiar menuding ke arah ruang
tamu yang dahulunya cuma ada kerusi rotan buruk dan TV
hitam putih.
“Ni semua hutang, Tiar... Kak Adry kamu yang

248
Eury Athena

bayar tiap-tiap bulan. Sekarang ni Kak Adry kamu dah hilang


entah ke mana. Langsung tak kirim duit. Kalau dia bagi pun
berapa sangat la. Tak sampai ribu-ribu pun!”
“Mak tipu! Takkan la Kak Adry tak kirim duit. Kan
ke dia takut sangat mak bakar barang-barang arwah mak dia
tu? Mesti dia ada bagi duit tapi mak sorok, kan? Mak nak
guna untuk diri mak, kan?” tuduh Bakhtiar pula.
Midah menggeleng. Tak tahu bahasa apa yang patut
digunakan untuk menerangkan letak duduk perkara sebenar
kepada Bakhtiar.
Bakhtiar tak mati akal. Dia menerpa ke sofa pula.
Kaki Zalika digoncangnya. “Kak, kau mesti tau mana mak
sorok duit, kan?! Tunjuk kat aku, kak! Aku betul-betul
terdesak ni!”
“Eh, Tiar! Kau ni tak faham bahasa ke? Dah mak
kata tak ada, tak ada la! Memang betul pun Kak Adry tak bagi
duit lagi sekarang ni. Dia pun dah berhenti kerja kat butik tu!
Dia dah hilang! Aku dengan mak pun tak tau nak cari dia kat
mana!”
Bakhtiar terkedu mendengar bicara kakaknya.
Sangkanya Midah berbohong. Tapi bila Zalika turut
mengiyakan pernyataan emak mereka tadi, dia mula
termakan dengan cerita ‘kehilangan’ Adrianna. “Argh! Tiar
tak kisah! Walau macam mana pun, akak dengan mak kena
tolong Tiar. Kalau tak, mati Tiar!”
“Apa kau dah buat Tiar?” soal Midah gelojoh. Bahu
anaknya ditepuk kuat.
“Tiar… Tiar pinjam duit dari Ah Long.”
“Ya Rabbi, Tiar… kau tau tak apa kau dah buat?”
Midah mencapai batang penyapu di sudut ruang lantas
mendapatkan Bakhtiar.

249
AD+IZ

Bakhtiar memeluk kedua-dua belah kaki di atas


sofa, ketakutan apabila dapat mengagak tindakan emaknya
sebentar nanti.
“Kau sedar tak apa kau dah buat? Kau pun sama
macam bapak kau! Tak sudah-sudah menyusahkan hidup aku!
Cuba la kau kerja baik-baik. Hari tu baru aje hutang bapak
kau selesai. Ni kau pulak buat hal!” jerit Midah lantang.
Tubuh Bakhtiar dipukul berkali-kali.
Menggelepar Bakhtiar menahan kesakitan. “Tiar tak
sengaja, mak. Tiar kalah judi, kalah race motor. Tolong la
Tiar, mak. Ah Long tu ugut nak bunuh Tiar! Ah Long tu asyik
ikut Tiar aje dua tiga hari ni!”
Tiba-tiba pintu rumah diketuk kasar dari luar.
Midah, Zalika dan Bakhtiar terus membatukan diri
masing-masing. Mata masing-masing melolot memandang
papan pintu yang bergegar akibat ketukan ‘tetamu tak
diundang’. Kecut perut apabila mengingatkan kata-kata
Bakhtiar sebentar tadi.
“Siapa?” soal Midah dengan suara menggeletar.
“Kami nak cari rumah keluarga Cik Adrianna
Mayesa.”
Masing-masing berpandangan dan mengerutkan
dahi.
Midah berjalan ke pintu. Selak ditarik dan pintu
dibuka.
Dua orang lelaki berpakaian kemas dan bercermin
mata gelap, tegak berdiri di muka pintu.
“Kami mencari ahli keluarga atau sesiapa sahaja
yang mengenali Cik Adrianna Mayesa,” kata salah seorang
lelaki tersebut dalam satu nafas.

250
Eury Athena

“Ada apa hal tu, encik?” soal Zalika yang sudah


merapati Midah.
“Ada beberapa soalan yang perlu kami tanyakan,”
ujar lelaki kedua.
“Kalau kami dapat jawab soalan-soalan berkenaan
Adrianna yang encik berdua kemukakan, apa ganjaran yang
kami akan dapat?” Midah menyoal lagi.
Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri
seraya menganggukkan kepala.
Midah dan Zalika berbalas pandangan. Merasakan
lelaki-lelaki tersebut akan menuruti kehendak mereka,
senyuman penuh makna terukir di bibir masing-masing.

PAP! Pranggg!
Farriel hampir terdorong ke depan. Mujur orang
yang melanggar sempat memaut lengannya. Kalau tak, tak
tentu dia dah terjunam ke lantai lobi.
“Maaf! Saya tak sengaja!” ujar lelaki itu dengan rasa
bersalah.
“Takpe! Saya pun tak tengok kiri kanan tadi. Main
redah aje,” balas Farriel tanpa memandang wajah lelaki
tersebut. Sibuk dia mengutip isi fail yang dah berterabur.
Lelaki itu mencangkung. Turut mengutip setiap
helai kertas A4 yang terlambak di lantai.
Dan mereka bertentangan mata tatkala kertas
diserahkan.
“Aril! Farriel, kan?”
“Adly! Headboy Sri Bistari, kan?”

251
AD+IZ

Farriel tersenyum girang melihat teman lama yang


berdiri di hadapannya. Jika dulu, dia paling benci terserempak
dengan Adly. Ada aje yang tak kena pada dirinya pada mata
Adly. Namun kini, dia menganggap pertemuan ini suatu
keajaiban.
Mereka bersalaman sambil memeluk bahu. Lagak
teman akrab yang terpisah lama; bertanya khabar dalam
suasana mesra.
“Lama betul la tak dengar cerita pasal kau. Last aku
dengar pasal kau, kau pindah ke luar negara. Menetap kat
sana. Macam mana kau boleh ada kat sini pulak ni? Tak
tersangkut dengan mana-mana minah salih? Ke kau dah
angkut dia balik sini sekali?”
Adly tersengih. “Mana ada. Aku lebih suka pompuan
Malaysia yang sopan santun dari minah salih yang lepas laku
tu. Lagipun famili aku ke sana sebab nak berubat. Kau tau
kan, ayah aku tu ada sakit jantung.”
Farriel mengangguk beberapa kali.
“So, sekarang ayah kau macam mana?” soal Farriel
sekadar berbasa-basi.
“Orang tua, tau aje la. Nak kata sembuh 100% tu
memang tak boleh la. Ada masa-masanya, datang juga
penyakit dia. Kau sekarang kerja kat mana?”
“Hmmm… mana lagi? Company bapak aku la! Jadi
manager cikai.”
Tawa Adly pecah. “Manager cikai? Mustahil la!”
“He he he…. Kau pulak kerja mana?”
“Aku kerja kat syarikat guaman kawan aku. Tolong-
tolong dia sikit. Dapat la dua tiga ratus…” jawab Adly dengan
penuh rasa rendah diri.

252
Eury Athena

“Peguam! Not bad. Memang ada ciri-ciri la… tapi


kenapa tak kerja kat company ayah kau aje?”
“Isu sensitif tu!”
“Sensitif?”
“Mak tiri aku dah hijack company ayah aku sejak
dia jatuh sakit. Semua benda mak tiri aku uruskan. Ayah aku
cuma bagi nasihat atas angin aje. Aku malas nak campur, apa
lagi nak kerja bawah dia. Kang tak pasal-pasal jadi perang
saudara pulak. Kau tau aje la, berapa kerat sangat la mak tiri
baik dengan anak tiri dalam dunia ni. Sebelum jadi benda tak
baik, baik aku yang kerja kat tempat lain. Lagipun aku bukan
kemaruk sangat nak jadi ahli korporat. Belajar pun ambik
bahagian law.”
“Eh, okey la ek! Aku blah dulu. Ada meeting dengan
client jap lagi. Minta contact number kau. Kut-kut boleh
lepak kedai mamak ke mana-mana ke esok lusa….”
Adly dan Farriel mengeluarkan kad masing-masing.
Kad nama bertukar tangan.
“Okey! Lain kali aje la kita borak panjang!”
Farriel atur langkah ke car park. Tak sampai lima
langkah dia menepuk dahi. Teringat akan sesuatu. “Eh, lupa
pulak! Terlanjur dah jumpa ni, aku nak ajak kau datang
majlis kahwin aku.”
“Kau dah kahwin? Biar betul?” Adly tersengih. Tak
percaya dengan status Farriel yang dah setapak di
hadapannya.
“Betul la. Ingat tak ada orang suka kat aku ke?”
“Aku tak kata, kau yang kata gitu. So, bila dan kat
mana tu?”
Poket seluar diseluknya. PDA segera dikeluarkan.

253
AD+IZ

Maklumat berkenaan majlis perkahwinan Farriel pantas


direkodkan.

ENTAH apa mimpi Farriel aku pun tak tau. Tiba-tiba aje
ajak aku makan kat hotel. Aku syak, ni kes dia nak tebus
kesalahannya gara-gara kami ‘terkurung’ kat fitting room
kelmarin. Mula-mula aku tolak pelawaannya. Bagi alasan nak
siapkan assignment dan letih. Tapi bila tengok muka kesian
dia tu, aku rasa tak sampai hati pulak. Lagipun aku malas nak
masak malam ni. Bersiap ala kadar, setakat pakai baju yang
bersesuaian dengan tempat yang kami nak pergi, kami pun
bertolak pergi dengan keretanya.
Tepat jam lapan malam, kami masuk dalam ruang
restoran. Bila pelayan tunjukkan meja, baru la aku tahu yang
Farriel awal-awal lagi dah tempah meja itu. Dan meja yang
ditempah oleh Farriel agak tersorok dan terpisah dari meja-
meja yang lain. Seakan mahu privasi tersendiri.
Dua jam kami di restoran itu dan sepanjang dua
jam itu juga la aku dilayan dengan baik oleh Farriel.
Langsung tak ada kata-kata berunsurkan perlian, sinis,
double meaning atau apa-apa. Semuanya telus dan ikhlas.
Kami bercerita tentang apa sahaja dalam suasana riang
dilatari gesekan biola yang bergema di segenap ruang
restoran. Sesekali aku tertawa bila dia melawak. Orang
sekeliling yang memandang mungkin akan menyangka kami
adalah pasangan bahagia.
Jam sepuluh malam, kami bertolak pulang. Kira-
kira sejam kemudian kami tiba di rumah. Ketika melangkah
masuk ke rumah itulah Farriel dengan tanpa diduga
menghulurkan beg kertas bersaiz sederhana kepadaku.

254
Eury Athena

“Apa ni?” soalku pelik.


Farriel membalas senyumanku. Entah mengapa,
aku dapat merasakan kelainan pada diri Farriel malam ni.
“Aku nak kau pakai. Dan datang ke bilik aku,”
katanya.
Hah? Pakai? Masalahnya apa yang ada dalam beg
kertas ni? Kostum Superman? Ultraman? Entah-entah
kostum badut tak! Tak tergamak aku nak pakai!
“Ad, dalam masa tiga puluh saat aku nak kau ada
dalam bilik aku!” ujar Farriel yang dah berdiri kat tengah-
tengah anak tangga.
Lawak apakah ini? Langkah kuhayun juga ke bilik.
Isi beg aku lambakkan. Menganga mulutku. Biar betul?!
Gaun biru laut bercorak abstrak separas lutut, siap dengan
satu set accessories lagi; subang, rantai dan rantai tangan. Ei,
mesti mahal ni! Takkan macam ni sekali gaya dia nak pujuk
aku. Aku bukan merajuk pun. Cuma marah sikit aje sebab
kepanasan duduk dalam fitting room yang sempit tu.
Rasa-rasanya, masa aku membebel minta ‘ganti
rugi’, paling teruk pun aku minta dibelanja makan aje. Takde
la sampai tahap beli benda-benda macam ni. Ei, sah demam
dah Si Farriel ni! Ke entah-entah ni barang dia nak bagi
Marina tapi terbagi kat aku? Haru betul angau mamat ni!
“Ad! Dah siap ke belum?!” jerit Farriel dari luar.
“Aaa… kejap, kejap!”
Tombol pintu aku tekan. Mengunci dari dalam.
Karang dibuatnya Farriel meroyan buka pintu, tak pasal-pasal
aje dia tengok ‘wayang’ free. Gaun itu segera aku ambil dan
pakai. Begitu juga dengan accessories yang ada. Imej di
cermin aku pandang. Okey, tapi macam ada yang kureng…

255
AD+IZ

hah, mata! Eyeshadow warna sedondon dengan baju dan


maskara aku kenakan. Sedikit blusher dan lipstick. Setelah
memastikan penampilanku tak keterlaluan, aku menapak ke
bilik Farriel. Dalam pada tu, aku cuba meneka apa ‘tugasan’
yang ingin diberikan padaku.
Lagu I’ll Be nyanyian Goo Goo Dolls menampar
ruang dengar sebaik sahaja pintu biliknya dibuka. Tubuh
Farriel kucari. Kiri, kanan, tak ada. Memandang pula ke luar,
di balkoni rupanya. Pantas kujejaki Farriel di situ. Berdiri di
sisinya yang lengkap bertuxedo. Macam nak pergi majlis
formal pulak. Bezanya, majlis diadakan di rumah dan aku
pakai baju paling sempoi tanpa tudung di kepala. Hmmm…
sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum ini. Dan seperti
dirinya, aku juga menegadah ke langit. Memandang ke arah
bulan yang mengambang penuh; dikelilingi beratus juta
bintang-bintang.
“Kau ingat tak, kau pernah kata kat aku. Orang
yang memandang ke arah bulan dan bintang tanpa orang
tersayang di sisi atau dalam hati adalah orang yang paling
sunyi di dunia,” ujar Farriel tenang tanpa menoleh ke arah
Ad.
Dia ingat? Kata-kata tu aku lafazkan lapan tahun
lalu. Tak sangka dia masih ingat! Falsafah zaman budak-
budakku itu masih utuh dalam ingatannya.
“Kau ingat lagi?” soalku penuh taajub.
Mustahil aku lupa, Ad! Segalanya tentang diri kau
aku ingat. Semacam ada satu ruang khas bagi diri kau dalam
kotak memori aku ni.
“Hmmm… bila dengar kau cakap macam tu,
memang aku rasa nak tergelak. Tapi bila fikir-fikir balik, ada
juga kebenarannya,” jawab Farriel.

256
Eury Athena

Tapi aku tak rasa falsafah masa aku umur lima belas
tahun tu tak boleh diguna pakai saat ini. Kau ada di sebelah
aku sekarang, malah kau juga merajai hati aku. Tapi, aku
tetap merasakan bahawa akulah orang yang paling sunyi dan
sedih di dunia ini. Sebab aku bertepuk sebelah tangan, sebab
aku tak membawa sebarang makna pada diri kau.
Farriel mengalih pandang. Dari dada langit ke
arahku. Kami bertentangan mata. Mulut terkunci rapat.
Hanya mata kami ‘berkata-kata’.
Farriel teruja melihat sepasang mata Ad yang
bersinar-sinar di bawah cahaya rembulan. Sungguh, dia tidak
dapat memikirkan mana-mana wanita yang dapat menandingi
kecantikan Ad pada malam ini. Tiada sesiapa walaupun
Marina Irriani atau mana-mana Miss Universe dapat
menandingi kecantikan Ad.
Ad, kenapa ‘rasa’ ini semakin kuat tatkala bersama
kau? Kenapa mudah benar kau masuk dan curi hatiku,
cintaku?
Entah mengapa, aku terasa seperti ada ruang
‘reserved’ dalam diri Farriel untuk aku malam ini. Ruang
yang membolehkan aku ‘masuk’ ke dalam hatinya. Ruang
untuk aku lebih mengenalinya.
Kalau masa boleh dihentikan, biarlah ia berhenti
ketika ini. Ketika aku dan Farriel bertentangan mata… ketika
aku merasakan yang Farriel juga mempunyai rasa cinta yang
sama sepertiku.
“Kau nampak cantik malam ni…” pujinya antara
dengar tak dengar.
Ghau! Naik darah merah ke pipiku. Walaupun aku
tak pasti ikhlas ke tidak pujiannya itu. Tapi aku benar-benar
dapat merasakan keikhlasannya pada malam ini. Dan pujian

257
AD+IZ

Farriel aku terima dengan hati yang girang. Senyuman paling


manis aku ukirkan buatnya.
“Benda ni bunyi macam bodoh sikit tapi… kau sudi
tak menari dengan aku? Kalau kau tak nak, aku tak paksa.
Mesti kau kutuk aku dalam hati, kan? Ye la, mesti kau fikir
permintaan bawah tanah apa la yang aku buat ni? Tak pun
kau ingat aku ni terlebih minum fat burner ke apa.…”
Aku tersenyum mendengar Farriel menceceh.
Sebelum dia bertukar jadi mak nenek, jari telunjuk aku
letakkan di bibirnya. Menghentikan bebelannya.
Farriel tersentak. Serta-merta kata-katanya terhenti
di situ. Mukanya merah. Mungkin menahan malu.
“Aku tak kutuk kau… malah aku sudi menari
dengan kau.”
Menganga mulut Farriel mendengar jawapanku.
Namun dia cepat-cepat katup mulut dan menghulurkan
tangan kanannya.
Aku letakkan jari-jemariku dalam genggamannya.
“Tapi aku nak beritahu sesuatu….”
Farriel pandang mataku. Bertanya dengan hanya
sepasang anak matanya.
“Aku tak pandai menari! Langsung tak pandai. Tapi
aku pernah tengok filem Sayang… You Can Dance! Mungkin
boleh membantu? Boleh ke?”
Farriel ketawa kecil. Berirama indah kedengaran di
cuping telingaku. Ah…! Apa jua yang berkenaan Farriel
malam ini memang elok dan indah sahaja pada pandanganku.
Ad… Ad… dalam pada nak wujudkan suasana
romantik ni, kau sempat lagi buat lawak tahap anak cipan! So
cute!

258
Eury Athena

“Takpe. Aku pun bukan pandai sangat. Kau ikut aje


step aku. Slow dance adalah tarian yang paling mudah. Mesti
kau cepat pick-up punya!” ujar Farriel penuh yakin.
Tapi keyakinan aku sifar. Aku memang la tak
berseni orangnya. Badan kayu, urat dawai, kepala batu, hati
besi… he he he!
Aku cuba menghayun badan seiring dengan Farriel
dan muzik yang bergema. Tapi perkara yang mudah bagi
Farriel memang sesuatu yang payah bagi aku.
“Ouch! Ad!”
“Adoi! Ad kaki aku!”
“Ad, jangan la buka langkah besar sangat!”
Aku berhenti menari. Tangan kualih dari tubuhnya.
Berpeluk tubuh dengan muncung angsa di hadapannya. Lagu
I’ll Be versi Goo Goo Dolls berputar entah untuk kali
keberapa di speaker yang disambung ke laptop. Masa tu la
aku terasa ada dejavu dalam perbuatan yang kami sedang
lakukan ni.
“Malas la nak join idea tiga suku kau ni! Dah la
memang obviously tiru scene dalam cite Aa+bB Si Hlovate
tu. Dengan lagu-lagu sekali kau copycat! Langsung tak ada
originality!” rungutku.
“Okey, memang aku tiru scene dalam buku tu. Tu
pun sebab kau kemaruk sangat dengan Benz Alif dan Addin
dalam cerita tu. So, aku cuba la buat dalam versi Ad dan
Izumi pulak!” terangnya bersungguh.
“Lagipun, aku tak tau macam mana nak minta maaf
dari kau, pasal kejadian kat butik tu…” sambungnya
perlahan.
Ooo… ni kes nak minta maaf la, ek? Aku garu dagu

259
AD+IZ

yang tak gatal. Play along aje la… don’t ruin the moment,
bisik hati kecil.
“Pasal kejadian kat butik tu, aku dah maafkan. Tapi
pasal menari ni, memang aku tak boleh handle. Sebab aku
memang kayu… aku…”
Giliran Farriel pula ‘mendiamkan’ aku dengan jari
telunjuknya yang runcing. Serta-merta pandangan kami
bertaut. Tanganku diraihnya semula dan diletakkan di
pangkal lehernya.
“Just let the eyes contact and flow with the music.
Learn and dance by your heart. Don’t think…” bisiknya di
tepi telingaku.
Lagu I’ll Be berlalu pergi. Diganti pula dengan You
And Me dari Lifehouse. Dan kali ini, dengan mudahnya aku
dapat menari. Dengan hanya memandang ke arah anak mata
Farriel, aku dapat membaca gerak kaki kami di bahagian
bawah.

What day is it?


And in what month?
This clock never seemed so alive
I can’t keep up and I can’t back down
I’ve been losing so much time…

Suara serak-serak basah sang penyanyi menyelinap


masuk ke telinga. Dengan hanya memandang ke anak
matanya, aku lupa tentang segala-galanya. Yang ada cuma
aku dan dia. Dan ada rasa aneh menghangatkan tubuhku dari
kedinginan malam. Apa yang aku rasakan kini tidak dapat
digambarkan dalam apa jua bentuk kata-kata….

260
Eury Athena

Dengan jarak wajah lebih kurang empat inci,


walaupun kepalaku sedikit terdongak memandang ke arah
wajahnya, jelas di pandanganku sinar cinta di matanya. Aku
jadi terkeliru. Cinta di matanya untuk siapa? Aku atau
Marina? Sapa yang terkeliru sekarang ni? Aku yang terkeliru
mentafsir cinta Farriel atau Farriel yang terkeliru dengan
siapa dia menari sekarang?

‘Cause it’s you and me


And all of the peole with nothing to do
Nothing to lose
And it’s you and me and all other people
And I don’t know why
I can’t keep my eyes off of you

Farriel enggan membenarkan kelopak matanya


berkelip sama sekali; walaupun perbuatan itu cuma memakan
masa kurang sesaat. Dia mahu matanya terus dijamu dengan
wajah Ad yang disinari cahaya bulan. Dan pemandangan yang
terindah di dunia cuma kelihatan di dalam anak mata Ad.
Sungguh… aku dah jatuh cinta pada Adrianna Mayesa. Dan
perasaan itu lebih dalam dari apa yang pernah aku rasakan
ketika bersama Ann dan Marina.

One of the things that I want to say just aren’t


coming out right
I’m tripping on words
You’ve got my head spinning
I don’t know where to go from here

261
AD+IZ

Dan segala perkataan dan bahasa yang wujud di


dunia seolah-olah tenggelam bersama-sama tarian mereka
yang semakin lancar dan mengasyikkan. Sungguh, tiada satu
apa pun yang melintas di fikirannya kini. Ad membuatkan dia
lupa akan segala-galanya. Hanya Ad yang bisa berbuat begini
kepadanya… Hanya Ad!

There’s something about you now


I can’t quite figure out
Everthing she does is beautiful
Everything she does is right

Dan tatkala Ad tersenyum dengan sepasang anak


matanya yang bundar, hampir-hampir sahaja Farriel
mengucup kedua-dua belah kelopak mata Ad dek
keterujaannya dengan ciptaan Allah itu. Mujur irama lagu
yang berhenti turut menghentikan tarian mereka.
Lagu You and Me dendangan Lifehouse berakhir.
Tarian kami turut berakhir. Kedua-dua tangan kualihkan dari
tubuh Farriel. Begitu juga dengan Farriel. Kami tegak berdiri
menghadap sesama sendiri. Cuma memandang, merenung
dan menatap wajah masing-masing tanpa sebarang kata.
Jika tadi kami seumpama sepasang penari yang
begitu rapat sehingga boleh membaca langkah pasangan
kami, tapi kini kami tak ubah seperti orang asing yang
sekadar berpapasan di kaki lima. Langsung tidak mengenali
apatah lagi berkongsi apa jua perkara.
Dia, Tengku Farriel Izumi. Ditubuhnya mengalir
darah kerabat diraja. Anak salah seorang ahli perniagaan
tersohor di Malaysia.

262
Eury Athena

Aku cuma Adrianna Mayesa. Anak yatim piatu yang


tak tahu asal-usul. Cuma punya ibu agar tak disalah sangka
sebagai anak buluh betong. Berbintikan Ismail al-Hussein
yang entah siapa orangnya atau entah macam mana rupanya.
Namun seribu kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi.
Sekurang-kurangnya aku berbapa. Bukan anak luar nikah.
Walaupun tidak pernah sekali aku melihat wajahnya.
Latar muzik berganti dengan lagu-lagu dari
kelompok seberang. Vokalis Republik mendendangkan lagu
Hanya Ingin Kau Tahu dalam nada yang mendayu menjadikan
suasana semakin sayu. Cahaya cinta di mata Farriel semakin
pudar. Entah mengapa, aku dapat merasakan ini merupakan
kali terakhir aku dan Farriel dapat berduaan begini. Entah
mengapa, aku merasakan yang selepas ini hubungan kami
akan bertambah renggang walaupun kami bakal digandingkan
dalam majlis resepsi lusa. Entah mengapa…

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Kami sekadar berpandangan. Ada rasa sayu menerpa


masuk di kamar hatiku. Wajah ini, wajah Farriel ini serasanya
telah lama bersemadi di dalam jiwaku. Jika benar dia bukan
ditakdirkan untukku, bisakah aku melupakannya kelak?

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami

263
AD+IZ

Ku fikir ku salah mengertimu…

Ad… sengaja aku ciptakan kenangan manis bersama


kau malam ini kerana malam ini akan kukenang untuk
seumur hidupku. Malam yang cuma dikongsi oleh kau dan
aku. Malam yang mana aku, lelaki yang gagah perkasa
tertunduk lemah dek kerana panahan matamu. Malam yang
menyaksikan betapa terlewatnya aku mentafsirkan rasa
hatiku sehingga kau ‘terlepas’ ke tangan Ihsan. Dan dengan
kenangan yang ada ini, aku akan mengumpul kekuatan untuk
berhadapan dengan kaum kerabatku. Aku akan bebaskan kau
dari ‘penjara’ perkahwinan kontrak ini agar kau boleh hidup
dengan lelaki yang kau cintai….
“Aku balik bilik dulu…” ujarku perlahan bila Farriel
langsung tak berkutik dari tempatnya berdiri.
Dengan berat hati, kualihkan jua anak mata dari
terus mengamatinya. Berharap ingatanku akan cukup kuat
untuk terus mengingati wajahnya seandainya kami berpisah
kelak. Ya Allah, berat sungguh dugaan ini….

Ooo… aku hanya ingin kau tahu


Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

“Okey…” balasnya.
Aku palingkan tubuh darinya. Titisan jernih itu,
entah bila bertakungnya, tau-tau aje dah jatuh ke pipi.
Belakang tangan kuangkat. Pura-pura menggosok mata
disertai gaya menguap; tanda mengantuk. Aku tak mahu dia
tahu aku menangis. Biarlah aku ‘dibuang’ dengan cara

264
Eury Athena

terhormat. Biarlah dia anggap aku langsung tiada perasaan


padanya. Itu lebih mudah.

Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup…

Rasanya mahu sahaja aku melaungkan kalimah


cinta saat ini kepadanya. Agar dia tahu bahawa aku
menyintainya. Agar dia tahu aku tak mahu dia mengahwini
Marina yang tak stabil cintanya, yang berubah-ubah cintanya.
Serasanya ingin sahaja aku merayu agar dia menyintaiku dan
melupakan Marina. Kenapa? Kenapa dia tak boleh mencintai
aku?
Panggillah aku Farriel… panggillah. Katakan kau
mencintai aku. Katakan kau perlukan aku. Katakan kau tak
mahu berkahwin dengan Marina. Katakan la Farriel….
“Ad….”
Aku tersentak. Langkahku mati. Air mata yang
tadinya bertali arus, pegun di tubir mata. Aku cuma
memandang pintu kayu dengan pandangan kosong. Langsung
tak menoleh. Atau lebih tepat aku takut untuk menoleh.
Takut diejek kerana menangis. Menangis kerana aku sudah
kalah dalam permainan kahwin kontrak ini.
“Ad… selamat malam….”
Laju semula air mataku menuruni pipi. Jangan
bermimpi, Adry. Mana mungkin enggang bergandingan
dengan pipit! Ini bukan zaman fairytale lagi! Tak semua kisah
cinta berakhir dengan happy ending.

265
AD+IZ

Langkah kuatur kembali ke pintu bilik. Melekat


tapak tangan di tombol pintu. Entah kenapa payah benar aku
nak memulas tombol itu malam ini. “Iz….”
“Huh?”
“Bila kau dah bersedia nak beritahu keluarga kau
tentang Marina dan perkahwinan kontrak kita, tolong
beritahu aku. Aku nak pergi, tinggalkan tempat ni sebelum
semua benda tu jadi… sebab aku tak tau macam mana nak
berhadapan dengan semua orang bila perkara sebenar dah
terbongkar. Sebab aku tak tahu macam mana nak berhadapan
dengan wajah kecewa nenda, Hana dan yang lain-lain. Dan
yang paling penting, bagaimana nak berhadapan dengan kau
bila kita dah bercerai nanti.”
“Kalau itu permintaan kau, aku… aku akan
turutkan…” jawab Farriel dengan suara yang serak.
Namun aku dah tak mampu berfikir mengapa
suaranya jadi sebegitu. Aku lebih kepada memujuk hatiku
yang lara.
Tombol pintu aku pulas dengan segenap kudrat
yang tersisa. Longlai langkah kuhayun keluar dari situ.

Ooo… aku hanya ingin kau tahu


Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

Daun pintu aku tutup rapat. Seperti tertutup


rapatnya hati Farriel terhadapku.
Iz… aku cintakan kau… terlalu cintakan kau.
Di balik pintu, Farriel masih pegun berdiri di

266
Eury Athena

tempatnya. Memandang kosong ke arah daun pintu yang


tertutup rapat.

Ooo… Aku hanya ingin kau tahu


Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

Ad… aku cintakan kau. Kalaulah kau tahu.…

267
AD+IZ

Bab 17
S
ETELAH sekian lama tak
menjejakkan kaki ke situ, malam
itu digagahi juga kaki ke kelab
malam yang menjadi pilihan golongan VVIP itu. Niatnya
cuma satu. Nak melepaskan tekanan yang menyesakkan
kepalanya sejak balik dari bertemu Adry siang tadi. Dengan
pakaian formal seperti ingin ke pejabat, dia duduk berteleku
di salah sebuah meja di situ. Coke dalam gelas disedut
perlahan-lahan. Kepala didongakkan. Memandang ke segenap
ruang yang dipenuhi manusia-manusia yang dahagakan
hiburan duniawi.
Anak-anak muda terkinja-kinja sana sini di bawah
lampu berwarna yang malap sinarnya, seiring dengan irama
lagu yang dimainkan. Beberapa orang gadis cuba
menghampiri dan berbual dengannya.
“Dah lama I tak nampak you kat sini. Ke you dah
ada port baru? Boleh I join you minum?” soal gadis berbangsa
Tionghua yang hanya memakai tube dan skirt singkat itu.
Ihsan senyum segaris. Tubuh dijarakkan dari gadis

268
Eury Athena

seksi itu. Rimas dengan perlakuan gadis yang terliang-liuk


tubuhnya itu. Dia langsung tak ingat namanya. Dia cuma
tahu yang dia pernah bertemu gadis Tionghua itu beberapa
kali di sini. “I banyak kerja. If you don’t mind, I’d like to be
alone tonight.”
Pantas dia menolak dengan lembut ajakan gadis itu.
“Okay, but if you need my companion, I’ll be
there.”
Ihsan sekadar mengangguk.
Gadis itu berlalu.
Ihsan tarik nafas lega. Kad jemputan yang
dihulurkan oleh Adrianna siang tadi, dikeluarkan dari kocek
baju.
“Kalau tak sibuk, jemput la datang….”
Hatinya sakit dan terluka. Seumpama belati
menusuk terus ke hatinya tatkala kata-kata itu diluahkan
oleh Adry. Kad bertulisan keemasan itu ditatap buat kesekian
kalinya. Berharap bukan nama Tengku Farriel Izumi yang
tertera di atas nama Adry tetapi namanya, Tengku Ihsan Nur
Qayyum.
“Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang
berhati batu tu yang jadi suami kau?” keluhnya.
Pandangan dibuangkan secara rawak ke sekitar
ruang kelab semula. Dan pandangannya jatuh pada seorang
gadis kacukan yang bersendirian di mejanya. Sekadar
memandang sekeliling dengan wajah masam. Pandangannya
jauh tanpa arah. Seolah-olah memikirkan sesuatu perkara
yang maha berat. Ihsan bangun dari tempatnya. Menghampiri
si gadis.
“Hai, Marina! Sorang aje ke?” tegur Ihsan.

269
AD+IZ

Marina yang ketika itu berada di dalam dunianya


sendiri terkejut sebelum mengukir senyuman bila menyedari
gerangan yang menegur. “Ihsan! What a pleasure to see you
here!”
Marina bangun. Mengucup kedua-dua belah pipi
Ihsan; cara menyapa gaya masyarakat di Barat.
Ihsan tersenyum manis. Mengenali Marina beberapa
tahun dahulu membuatkan dia langsung tidak terkejut
dengan tingkah lakunya. Apatah lagi dia sudah biasa melihat
perlakuan sebegitu ketika menuntut dahulu. Cuma sesuatu
yang baru diketahui beberapa bulan dahulu adalah kedudukan
Marina di dalam hati sepupunya, Farriel. Ihsan duduk sebaik
sahaja dipelawa dengan mesra oleh Marina.
“I tak tau you pun lepak sini… I selalu juga datang
tapi tak pernah pulak nampak you!” kata Marina dalam nada
terkejut.
“I used to hang around here. Sekarang busy!”
“Ye la tu. You memang busy memanjang! Awek
sana-sini. Mana lekat kat satu tempat,” gurau Marina.
Ihsan tersenyum. Tunduk, mengakui bad habitnya
yang lalu.
“So, you ni sorang aje ke? Boyfriend mana?” soal
Ihsan. Entah mengapa dia langsung tak ingin bercerita
bahawa Farriel itu sepupunya. Pada Marina, dia cuma sekadar
rakan sekerja Farriel. Bukan bersaudara.
“Boyfriend I, Si Farriel tu mana nak lepak tempat-
tempat macam ni. Dia tu ‘ustaz’ sikit. But, I love him. You
know what, kami nak kahwin tau tak lama lagi. I can’t wait
to be his wife! The one and only wife of Tengku Farriel
Izumi!” ujar Marina dalam keterujaan.

270
Eury Athena

Ihsan mengetap gigi. Nampak sangat yang Marina


tak tahu status terkini Farriel.
Farriel, apa kau dah buat? Hidup-hidup kau tipu
minah separa omputih ni!
“But lately I pelik la… Farriel tu asyik berangan
aje. His mind seems wandering around. Tak tau la fikir pasal
apa. You guys kerja satu ofis, kan? Ada problem ke kat ofis?”
soal Marina ingin tahu.
Ihsan cuma diam. Dalam dirinya berperang; sama
ada perlu atau tidak bercerita tentang perkara sebenar kepada
Marina. “Marina, I think you need to know something.”
Ihsan bersandar di kerusi. Dia kelihatan relaks
namun cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan yang
berlaku sebentar nanti; ketika pekung Farriel telah dibuka.
“I need to know what, Ihsan?” Marina mula cuak
melihat wajah dan nada suara Ihsan yang berubah menjadi
serius tiba-tiba.
Ihsan mengunjukkan kad itu kepada Marina.
Marina kerut dahi. “Apa ni?”
“Kad jemputan kahwin.”
“Huh? You nak ajak I temankan you ke? You tau
kan, I bukan minat sangat nak pergi majlis kahwin macam
ni. Kalau party, clubbing tu, I minat la!”
“Cuba tengok dulu. I pasti you akan ber‘minat’
untuk menghadiri majlis ni sebaik sahaja you tengok nama
pengantinnya,” desak Ihsan.
Nak tak nak, kad warna pink itu disambutnya.
Dalam cahaya samar-samar, dibacanya satu per satu perkataan
yang tertera di situ. “Majlis perkahwinan… Tengku… Farriel
Izumi?!”

271
AD+IZ

Ada jeritan kecil terlahir di hujung ayatnya.


Buntang matanya sebaik sahaja menyedari nama Farriel
tertera di situ. Berkali-kali dia membaca, cuba memastikan
apa yang dibacanya sebentar tadi itu betul. Bukan khayalan.
“What kind of joke is this, Ihsan?” Tinggi suara
Maria menyoal.
Ihsan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
“Farriel tipu you selama ni. Dia dah kahwin on the
day you left him, which means six to seven months ago. Ni
cuma majlis resepsi aje, majlis nak kenalkan isterinya kepada
saudara-mara dan kawan-kawan. He is cheated on you selama
ni,” terang Ihsan.
Marina menggeleng-gelengkan kepalanya. Seakan-
akan enggan menerima hakikat itu dari mulut Ihsan.
Badannya menggeletar akibat menanggung kemarahan yang
memuncak. Kini dia mulai tahu sebab Farriel berubah laku
sejak kebelakangan ini.
Patut la bukan main payah lagi nak bertemu. Patut
la Farriel selalu berangan bila bersama dengannya. How
could you do this to me, Farriel? Tapi, kenapa dia ajak aku
kahwin? Pelik!
“Ihsan, you ni saje nak mainkan I, kan? Come on la,
quit pulling my leg! Tak baik ‘kenakan’ majikan you sampai
macam ni sekali!” desak Marina.
“I tak main-main, Marina. I tak dapat apa pun kalau
I mainkan you. For your information, Farriel tu sepupu I.
Dan Adrianna Mayesa yang kahwin dengan Farriel tu cinta
hati I… I want her so badly to be my wife! But Farriel yang
double-triple-player tu dah sambar dia dulu,” kata Ihsan.
Marina pegang kepala. Tertekan dengan kenyataan
yang dihidangkan padanya malam ni.

272
Eury Athena

“Kalau Farriel dah kahwin, then why dia pujuk I


balik ke Malaysia? Keluar dengan I, ajak I kahwin… tak
masuk akal la!”
“Diorang kahwin atas permintaan nenek I, I mean
nenek Farriel juga la. Kira macam kahwin paksa. There’s no
spark of love at all!” Tegas Ihsan.
Marina picit kepala lagi. Masih cuba mencerna
informasi yang didengar. “Then apa suggestion you? Apa I
patut buat? I want my Farriel back!”
“Kita buat plan. Kita ‘pisah’kan mereka!”
Mata Ihsan dan Marina bersinar-sinar dalam
kesamaran cahaya.

“HAI!”
Aku segera panggung kepala ke arah orang yang
menegur. Senior Adly? Senior Adly tersenyum lebar
memandangku. Aku cari Farah di belakangnya. Tak ada. Aik,
selalu ada aje minah tu mengendeng kat abang tirinya ni.
Hari ni ghaib pulak?
“Hai, Senior Adly,” balasku lambat-lambat.
Aku sedikit terkejut bila Senior Adly tanpa amaran
duduk di hadapanku. Tapi aku cuba berlagak biasa. Ni tempat
awam. Sesiapa boleh duduk. Minuman panas berkafein
diletakkan di atas meja yang sebelum ini cuma ada setengah
gelas carrot susu kepunyaanku.
Aku pandang Senior Adly. Senior Adly masih
tersenyum manis. Seperti ada yang melucukan urat gelaknya.
Memandang wajah putih bersih Senior Adly membuatkan aku
jadi tenang. Wajah orang beriman yang sentiasa basah dengan

273
AD+IZ

air wuduk. Terasa hilang segala masalah yang aku seret dari
rumah.
“Adry, saya bukan lagi senior awak macam zaman
kita sekolah dulu. So, why don’t you call me Abang Adly,
instead of Senior Adly? Tak la tergeliat lidah tu…” kata
Senior Adly dalam senyumnya.
Aku tersengih. Mengakui kenyataan itu dalam diam.
Betul la tu, Senior Adly bukan senior aku lagi. Tapi seumur
hidup aku, aku tak pernah panggil sesiapa dengan panggilan
abang. Dan aku tak ada feel langsung nak panggil dia ‘abang’.
Bukan ibu aku yang lahirkan dia pun! Kalau panggil Encik
Adly nanti rasa macam formal sangat pulak! Abang? Brrr!!!
Seram sejuk nak panggil orang macam tu!
“Aaa… Farah mana?” soalku pantas. Mengalih
topik.
“Farah? Entah! Ada dalam kelas la kut.”
“Senior Adly datang bukan sebab Farah ke?”
Setahu aku, Senior Adly selalu jejak ke kampus ni
sebab kes-kes yang Si Farah buat. Masalah disiplin la, meniru
masa test la, tak hormat lecturers la. Kadang-kadang aku
terfikir juga, buat apa la hantar Si Farah yang memang
dengan jelas tak payah bersuluh tak minat belajar tu ke
kampus? Baik bagi aje tempat dia pada budak-budak yang
ditolak permohonannya tapi minat nak belajar kat luar sana
tu.
“Eh, tak la! Saya datang sebab nak jumpa awak.”
Ghau!
Degup jantung dah ‘lari’ dua kali ganda. Kalau hari-
hari macam ni, alamatnya pendek la umur aku. Oit senior,
kut nak bergurau pun agak-agak la! Aku ni dah kahwin la.…

274
Eury Athena

“Senior ni suka bergurau la!” Aku balas katanya


dalam nada bercanda supaya tak rasa kekok sangat.
“Ler…saya serius! Mana ada bergurau. Dah biasa
sangat borak-borak dengan Adry tiap-tiap kali datang sini.
Bila Farah tak buat hal lagi, tak dapat datang sini dan tak
dapat jumpa Adry. Masa tu rasa macam ‘kehilangan’ pulak.
So, hari ni saya datang cari Adry la.…”
Aku garu kulit kepala bawah tudung. Aku rasa,
masa zaman sekolah dulu, Senior Adly ni serius orangnya.
Tak pandai bergurau. Kalau belakang aku tu, aku kurang
periksa la. Setidak-tidaknya di hadapan aku begitu la
perwatakannya; serius. Maka, kata-katanya tadi dalam
klasifikasi bergurau ke serius? Ah… otak dah jam nak fikir!
“Oui… Adry! Fikir apa tu?”
“Aaa…? Tak ada. Tengah fikir kenapa Senior Adly
cari saya.”
“Sebab saya rindu. Full stop!”
Kening terangkat. Rindu? Biar betul Senior Adly ni!
Senior Adly tersengih mengejek. “Gurau aje la! Tapi
awak ni kalau blushing cute juga, ek? Macam zaman sekolah
dulu! Gadis yang garang, degil tapi kiut-miut… he he he….”
“Senior ni makin lama makin pandai mengusik
pulak! Dulu serius memanjang!” komenku.
“Dulu jadi headboy. Kena la tunjuk tauladan baik
sikit. Sekarang dah tak lagi….”
Bila dengar perkataan ‘gurau’ lahir dari mulutnya
tadi, automatik aku jadi lega. Aku tak nak jadi heart breaker
lagi. Cukup la seorang tu aje, Si Ihsan. Eh, cakap pasal Ihsan
ni, tak nampak pula batang hidung dia hari ni. Sibuk
gamaknya….

275
AD+IZ

“Sebenarnya saya nak tanya sesuatu pada awak.


Awak memang tinggal kat KL, kan?”
Riak muka Senior Adly kembali serius.
“Haah. Kenapa?”
“Saya tengah cari orang. Tapi orang ni kali terakhir
dilihat kat Shah Alam…” ujarnya tanpa berselindung.
“Cari orang?”
“Haah. Kenal tak seorang perempuan, umur lebih
kurang baya-baya mak kita la, yang namanya Rabitah binti
Sulaiman?”
Rabitah binti Sulaiman. Siapa? Macam tak pernah
dengar aje…. “Rasanya tak kenal la. Klang tu besar la, senior.
Tak ada clue lain ke? Kalau cari dengan sebaris nama aje
susah la….”
“Susah nak kata la… mak cik ni dah lama hilang.
Ghaib macam tu aje. Langsung tak ada jejak. Tak tau dia ke
mana….”
Wajah Senior Adly murung. Langsung tak ceria
seperti tadi. Seolah-olah ‘mak cik’ yang dicarinya itu penting
dalam hidupnya. Fikirannya menerawang ke alamnya sendiri.
“Siapa sebenarnya yang Senior Adly nak cari?”
soalku tanpa dapat ditahan-tahan.
Senior Adly yang aku kenal memang serius tapi
ceria sentiasa. Tak semurung ini.
“Tak apa la. Saya sepatutnya tak menaruh harapan
terlalu tinggi untuk bertemu dengannya lagi. Dah terlalu
lama. Mungkin dia pun dah tak ada….” Senior Adly cuba
melarik senyuman. Tapi hambar.
“Macam ni la… nanti saya cuba tanyakan jiran-jiran
ke kawan-kawan ke. Ye la… mana la tahu kalau-kalau mereka

276
Eury Athena

kenal dengan mak cik tu. Nanti kalau ada apa-apa berita, saya
akan beritahu senior… boleh?”
Tanpa sedar aku menuturkan ayat itu. Tapi aku
sedikit pun tidak menyesal kerana aku sudah berjanji dengan
diri sendiri untuk membantu Senior Adly. Bukan hanya
kerana aku terhutang budi dengannya kerana dia pernah
menjadi penyelamat di zaman sekolahku, tetapi juga kerana
ada ikatan hati yang tak jelas dan tak kufahami antara aku
dan dia. Sesuatu yang mendekatkan kami. Aku merasakannya
sejak pertama kali bersua dengannya. Dia… aku tak pasti la.
Mendung yang sebentar tadi melanda wajah Senior
Adly sudah berlalu pergi. Diganti dengan senyuman penuh
harapan. “Ye ke?”
Aku tersenyum dan angguk kepala.
“Terima kasih, Adry. Awak memang junior saya
yang paling ‘best’!”
“Tau takpe…!”

TENGKU FARIS menyelak satu per satu fail-fail yang


bertimbun di mejanya. Setiap butiran ditelitinya. Bukan dia
tak punya pembantu, cuma dia sukar memberi kepercayaan
kepada orang bawahannya. Hatta hasil kerja anaknya, Farriel
dan anak saudaranya, Ihsan juga dipantaunya dari semasa ke
semasa.
“Tengku, Encik Yusman nak berjumpa dengan
tengku.”
Suara lemah gemalai si setiausaha di interkom
menghentikan pembacaan Tengku Faris.
“Suruh dia masuk,” arah Tengku Faris pantas.

277
AD+IZ

Tak sampai lima saat, pintu bilik diketuk.


Tengku Faris mengarah si pengetuk pintu masuk.
Lelaki berbadan tegap dan sasa serta berwajah
serius itu berdiri bertentangan dengannya.
“Macam mana?” soal Tengku Faris. Cermin mata
dialihkan dari batang hidung. Mata dipejam celik beberapa
kali sebelum digosok perlahan. Menghilangkan tekanan
setelah dua jam menilik dan membaca dokumen-dokumen di
atas mejanya.
“Saya dah dapat butiran bagi kedua-duanya,” tegas
jawapannya.
Yusman duduk setelah diarahkan oleh Tengku
Faris. Dua fail diserahkan kepada Tengku Faris.
Tengku Faris menyambut fail merah tersebut.
Cermin mata kembali diletakkan ke tempat asal. Menyelak
dan meneliti hasil siasatan pembantu peribadinya. Pembantu
yang banyak berjasa dalam menyelesaikan urusan-urusan
yang berkaitan syarikat dan juga keluarganya.
“Perempuan yang Tengku nampak berpelukan
dengan Tengku Farriel hari tu adalah Marina Irriani binti
Joseph Abdullah. Ayahnya Serani dari Selangor. Berkahwin
dengan Katherine Graham. Mereka seterusnya memeluk
Islam. Setahun selepas itu, Marina Irriani dilahirkan.”
Tanpa dipinta Yusman menerangkan satu per satu
butiran mengenai Marina.
Tengku Faris mengangguk-anggukkan kepala
seraya menyelak isi kandungan fail di tangannya.
“Joseph pernah bercerai dan berkahwin semula
dengan Katherine sebanyak dua kali. Semasa Marina berusia
dua belas tahun, mereka berpisah tempat tinggal tetapi tidak

278
Eury Athena

bercerai. Marina mengikut bapanya, tinggal dan bersekolah di


Selangor. Dua tahun kemudian, bapa Marina meninggal
dunia dalam satu kemalangan. Marina kemudiannya menetap
di US bersama ibunya. Beberapa tahun kemudian, ibu Marina
pula meninggal dunia akibat kanser serviks.
“Marina kemudiannya dijaga oleh mak ciknya,
Mary. Mary bukan sahaja menjaga kebajikan Marina malah
Mary juga menjaga saham-saham Marina dia syarikat
pengangkutan di US dan segala aset Marina yang dianggarkan
bernilai USD$1.2 juta. Dengan aset sebanyak itu Marina tak
perlu bekerja sebenarnya, tapi dia bekerja sebagai pramugari
untuk beberapa tahun sehinggalah dia meletakkan jawatan
pada awal tahun ni.”
Wajah Tengku Faris yang tadinya bersahaja kembali
bersemangat sebaik sahaja mendengar jumlah aset Marina.
Helaian di fail diselak rakus. “Hmmm… memang kaya! Jadi,
apa hubungan dia dengan Farriel?”
“Mereka pasangan kekasih. Dah tiga tahun mereka
kenal dan bercinta,” jawab Yusman tenang.
“What?! Habis tu, macam mana Farriel boleh
kahwin dengan Adrianna pulak?!”
Melengking suara Tengku Faris dek terkejut
mendengar pernyataan Yusman tadi. Terdetik rasa terkilan di
hatinya tatkala memikirkan Marina yang punya aset berjuta
itulah yang sepatutnya menjadi menantunya.
Tengku Faris melonggarkan tali leher yang terasa
seperti menjerut batang leher sendiri.
“Ia bermula dengan salah faham. Adrianna
sebenarnya pekerja butik pakaian yang ditugaskan untuk
menghantar pakaian Marina ke banglo Tengku. Tapi dia
disalah sangka sebagai kekasih Tengku Farriel. Oleh kerana

279
AD+IZ

Marina enggan hadir ke majlis di rumah Tengku, Tengku


Farriel telah mengupah Adrianna untuk jadi pengganti
Marina. Dan kemudian Tengku Farriel dan Adrianna
dikahwinkan atas desakan Nenda Nerrisa.”
Tengku Faris bangun dari kerusinya dan mundar-
mandir di sekitar biliknya yang luas. Ralat memikirkan
perkahwinan ekspres si anak. Kalau la dia tahu letak duduk
perkara sebenar, dah tentu dia akan menentang habis-habisan
cadangan gila mamanya pada malam itu. “Macam mana pulak
dengan kisah hidup Adrianna?”
Walaupun dia tahu kisah hidup Adrianna tak
se‘menarik’ kisah hidup dan aset Marina yang berjuta, namun
dia tetap mahu tahu tentang latar belakang menantunya itu.
Yusman menarik nafas dalam-dalam sebelum
membentangkan kisah hidup Adrianna. “Adrianna Mayesa
cuma gadis biasa yang membesar dan tinggal bersama-sama
keluarganya di salah satu kawasan setinggan di KL...”
“Nanti, nanti…! Tinggal dengan keluarga? Bukan
ke dia tu anak yatim piatu?” pintas Tengku Faris.
“Itu tak benar, Tengku. Dia masih punya ibu iaitu
Puan Midah Jaafar, bapa tiri dan adik-beradik tiri,” terang
Yusman.
Tengku Faris menepuk meja kuat. Wajahnya merah
menahan marah. “Tak guna! Maksudnya Si Adry tu tipu kami
sekeluarga. Lagi? Apa yang kamu tau tentang dia?”
“Adrianna cuma belajar setakat STPM. Sering
bertukar-tukar kerja gara-gara berperangai buruk. Menurut
ibunya, Adrianna ni mata duitan, suka putar belit cerita dan
penipu.”
Terduduk Tengku Faris mendengar. Tak disangka,
menantu yang luarannya nampak polos rupa-rupanya penipu!

280
Eury Athena

“Ni semua tak masuk akal! Macam mana Farriel


boleh kahwin dengan orang yang macam tu? Aku tak boleh
biarkan reputasi Farriel rosak dek kerana perempuan mata
duitan tu! Sebelum kaum kerabat yang lain tahu, aku perlu
buat sesuatu!”
Tengku Faris melempar pandangan tanpa arah.
Segala-galanya nampak kabur pada pandangannya. Otaknya
ligat mencari jalan penyelesaian. Dia bertekad, walau apa pun
yang terjadi, Farriel yang akan menjadi pengganti dirinya
untuk jawatan CEO. Bukan Ihsan atau orang lain. Dia tak
sanggup melihat usaha nenek moyangnya hancur di tangan
orang yang tak berkelayakan.
“Ada sesuatu lagi yang perlu Tengku tahu.”
Penuh hati-hati Yusman menuturkan ayat itu.
Takut disergah dek majikannya yang tampak serius
memikirkan sesuatu.
“Apa dia?” soal Tengku Faris acuh tak acuh.
“Adrianna Mayesa, menantu Tengku tu adalah
Adrianna Mayesa yang sama yang pernah kita hantar ke
sekolah Tengku Farriel….”
Tengku Faris ternganga. Wajah Yusman dipandang
tepat.
Yusman menganggukkan kepalanya dengan yakin.
Tengku Faris tersenyum. Kemudian senyumannya
bertukar menjadi ketawa. Dia sudah nampak jalan
penyelesaian terhadap masalah tadi.

281
AD+IZ

Bab 18
M
AJLIS resepsi perkahwinan
aku berlangsung di hotel lima
bintang yang terkemuka.
Tetamu yang hadir dianggarkan 5,000 orang; terdiri di
kalangan saudara-mara Farriel serta rakan seperniagaan. Dari
pihak aku, cuma bekas rakan serumah dan teman-teman
di butik sahaja yang aku jemput dan hadir pada malam
ini. Emak, ayah tiri dan adik-beradik tiriku sengaja tidak
kujemput. Rasanya, itulah yang terbaik untuk kedua-dua
belah pihak. Lagipun, seisi keluarga Farriel tahu yang aku ni
anak yatim piatu.
Rata-rata kenalan dan keluarga Farriel terkejut
besar mendengar berita bahawa bakal CEO Izumi
Corporations itu sudah menamatkan zaman bujangnya lebih
setengah tahun yang lalu. Masing-masing melahirkan rasa
pelik. Namun, mereka tetap gembira apabila melihat aku
bergandingan dengan Farriel di atas pelamin. Menurut
mereka, aku sangat istimewa sehingga Farriel terburu-buru
mengahwiniku gara-gara takut aku terlepas ke tangan orang
lain, serta aku dan Farriel kelihatan secocok bergandingan.

282
Eury Athena

Jurugambar dari pelbagai jenis akhbar pula tak


henti-henti menekan butang kamera untuk mengabadikan
gambar persandingan kami di dada akhbar mereka esok. Para
wartawan sibuk mengumpulkan skop cerita.
Selesai acara bersanding, kami turun dari pelamin
untuk acara makan beradap sebelum beramah mesra dengan
para jemputan.
Ucapan tahniah tak lekang dari bibir masing-
masing. Ada juga yang mendoakan perkahwinan kami akan
bahagia sehingga ke anak cucu dan hingga ke akhir hayat.
Aku cuma mampu tersenyum mendengar ucapan
tersebut. Kurang pasti perkara itu akan jadi kenyataan bila
Farriel secara terang-terangan sudah mengatakan di awal
perkahwinan kami bahawa hubungan suami isteri kami akan
tamat sebaik sahaja Marina kembali ke pangkuannya.
Aku kerling Farriel di sebelahku. Sejak kami turun
dari pelamin, dia seakan-akan enggan melepaskan jari-
jemariku dari genggamannya. Sesekali dia menatap wajahku
dengan pandangannya yang lunak. Ah… Farriel memang
pandai berlakon!
Dan aku pun tak mahu kalah dalam lakonan ini.
Sengaja aku paut lengannya setiap kali kami bertegur sapa
dengan para tetamu. Sesekali aku berbisik manja di tepi
telinganya; sekadar memuji atau memberi pendapat tentang
sesuatu mengenai majlis atau sekadar bertanya dengan lebih
lanjut mengenai tetamu yang baru sahaja selesai berbual
dengan kami tadi.
Teman-teman dari sekolah menengah di meja bulat
bernombor 35, kami hampiri. Senior Qhuz, Senior Adly,
Farah Adilla dengan muncungnya sedepa, dan beberapa orang
lagi menyambut kami dengan mesra. Semuanya

283
AD+IZ

mengucapkan tahniah kepada kami kecuali Farah yang terus-


terusan merenung kami dengan rasa tak puas hati.
“Tahniah!”
“Siapa sangka, gaduh punya gaduh, last-last kahwin
juga korang ni!”
“Memang secocok la korang berdua ni!”
“Tahniah la… semoga bahagia sampai akhir hayat.
Aku doakan korang cepat-cepat dapat baby!” doa Senior Qhuz
lantang bila kami sampai ke tempatnya. Tangan yang tadinya
ditadah, diraupkan ke muka.
Yang lain sekadar mengaminkan doa Senior Qhuz.
“Huish! Korang ni tak ada ingat benda lain,” tegur
Farriel dalam tawanya.
Farriel pandang aku di sisi. Membisikkan sesuatu
ke telingaku sehingga aku tertawa kelucuan.
Farah yang memandang, memasukkan dua jari ke
mulutnya. Aksi orang meluat tahap nak muntah darah
digayakannya.
Aku buat derk aje dengan perlakuannya itu. Senior
Adly aku hampiri. Tangan yang masih memaut lengan Farriel
membuatkan Farriel turut terheret sama ke tempat Senior
Adly. Senior Adly tersenyum. Namun, entah bagaimana, aku
dapat mengesan ada riak terkilan di wajahnya.
“Tahniah, Farriel, Adry. Aku betul-betul tak sangka
kau akan kahwin dengan Adry, Farriel,” kata Senior Adly.
Tangan Farriel dijabatnya erat.
Farah di sisi Senior Adly, tak berkelip-kelip
merenung Farriel dengan muka ‘selenga’nya. Bila matanya
bertembung dengan mataku, cepat-cepat dialihkan
pandangan ke tempat lain. Sesekali dia menjeling ke arahku.

284
Eury Athena

Ketua die hard fans Tengku Farriel Izumi, dengan segala


hormatnya diminta untuk membubarkan kelab kau tu. Dah
tak relevan lagi dah kelab korang tu! Farriel bukan eligible
bachelor yang boleh korang rebut lagi. Hu hu hu!
“Takkan tahniah aje kut? Hadiah tak ada ke?” usik
Farriel.
Senior Adly tersenyum. “Tu, aku dah letak atas meja
hadiah yang bertimbun tu! Nanti kau ambil aje la….”
Panjang muncung Senior Adly menunjukkan ke
arah meja yang sarat menampung hadiah-hadiah yang dibawa
oleh para hadirin.
Pandangan Senior Adly beralih ke arahku.
“Tahniah, Adry. Tak sangka junior aku ni kahwin
dulu dari aku. You look so beautiful in that dress,” pujinya.
Aku tertunduk malu sebelum mengucapkan terima
kasih.
Farriel memperkemaskan pautan tangan kami.
Entah mengapa tiba-tiba dia berbuat demikian.
“Excuse me!”
Suara Hana yang datang dari belakang membuatkan
aku dan Farriel berpaling.
“Kak, abang… korang kena naik atas, tukar baju.
Kejap lagi acara potong kek pulak!” Hana mengingatkan
dalam nada cemas.
“Eh, okey la korang. Aku dengan Ad kena naik salin
baju. Lepas majlis nanti kita sambung borak, okey!”
“Wokey!”
“All right!!!”

285
AD+IZ

“CHE NAN suka solekkan isteri Tengku ni. Senang! Dia dah
semula jadi cantik. Kulit dia lembut. Tak berparut. Tak ada
jerawat. Orangnya pun mengikut kata. Tak macam sesetengah
pengantin tu. Apa Che Nan kata, semua dibantahnya. Bila Che
Nan solek tak cantik, mula la jaja cerita tak baik tentang Che
Nan. Walhal diorang yang tak nak dengar kata!”
Farriel diam tak berkutik. Sekadar duduk tegak
menanti dengan penuh sabar wajahnya dibedakkan oleh Che
Nan.
“Tengku Farriel pun sama. Senang nak disolek. Tak
banyak songeh. Pulak tu, kacak orangnya. Bertuah betul
siapa yang dapat kahwin dengan Tengku ni….”
Aku dan Hana mencemik muka dengan gaya
tersendiri bila mendengar Che Nan membebel sambil
membedakkan pipi Farriel. Serasa aku, dah hampir sepuluh
minit dia dok sapu bedak yang sama dekat tempat yang sama.
Takkan tak sudah-sudah lagi kut? Takkan nak letak bedak kat
muka Farriel tu sampai rupanya sebiji macam pelakon opera
Cina kut?
“Che Nan, tak sudah lagi ke touch-up muka abang
tu? Diorang dah patut turun dah ni!” kata Hana dengan mata
merah. Mengantuk barangkali. Yelah, orang kuat majlis la
katakan….
“Ye la, ye la. Siap dah ni! Handsome dah abang
Tengku Yuhana ni Che Nan solek,” ujar Che Nan dalam nada
merajuk.
Imej Che Nan yang terbias di cermin membuatkan
aku hampir ketawa. Wajahnya masam, bibirnya terkumat-
kamit tanpa bunyi. Pasti mengutuk Hana dalam nada bisu.
Imej diri sendiri yang sudah siap didandan oleh Che Nan aku
pandang dengan teliti. Cuba mengesan cela yang mungkin

286
Eury Athena

wujud sementara menunggu Farriel disiapkan sebentar tadi.


Perfect! Jika rasa gembira ditambah dan dapat dipancarkan
melalui wajahku ini, sudah pasti wajahku akan bertambah
ceria. Ah! Ini cuma lakonan semata-mata. Dan aku dibayar
untuk semua ini. Rasa sedih yang mula bertamu, segera aku
buang jauh-jauh.
“Okey, dua-dua pengantin dah siap! Che Nan keluar
dulu ye….”
Che Nan pantas mengemaskan barang-barangnya
bersama pembantu-pembantunya. Seketika kemudian dia
berhamburan keluar. Heboh mulutnya sebaik sahaja melepasi
pintu bilik hotel di tingkat tiga itu. Entah apa yang kurang
elok di matanya, entah la!
“Kak, bang… Hana turun dulu. Kejap lagi, dalam
lima minit, korang turun ek! Nanti Hana standby kat pintu
masuk.”
Aku mengangguk.
Farriel sekadar memandang tanpa beriak.
Hana menutup pintu bilik.
Kini cuma tinggal aku dan Farriel. Kami
berpandangan sesama sendiri. Muka masing-masing ‘ketat’.
Mungkin sebab keletihan. Mungkin sebab mengantuk
walaupun jam baru menginjak ke angka sebelas malam.
Mungkin juga kerana sudah tidak mampu berlakon mesra
dan tertawa gembira kerana di hati masing-masing punya
cerita lara tersendiri. Mungkin dalam ingatan Farriel kini
cuma ada Marina. Segalanya mungkin….
Farriel angkat punggung.
“Jom turun,” ajaknya dengan muka yang serius.
Antara rela dan terpaksa, aku bangun dari kerusi di

287
AD+IZ

meja solek. Gaun labuh aku perbetulkan kedudukannya.


Tudung dan layah di kepala, aku perbaiki sedikit agar tampak
sempurna. Tiara yang menghiasi atas kepala…
“Senget ni.”
Entah bila Farriel datang menghampiriku. Tau-tau
aje dah ada depan mata. Membetul-betulkan kedudukan tiara
di kepalaku.
Dalam kekalutan membetulkan kedudukan tiara,
yang tadinya elok terletak namun akhirnya kelihatan senget
ke sebelah kiri setelah diubah oleh Farriel, tangan aku dan
Farriel bersentuhan. Tindakan kami terhenti. Kaku tangan
kami di situ buat seketika.
Farriel memegang dan akhirnya menggenggam
jari-jemariku. Kami bertentangan mata buat seketika. Dari
sinar matanya, aku dapat merasakan ada sesuatu yang ingin
diperkatakannya. Namun, belum sempat dia membuka mulut,
pintu bilik diketuk kuat. Genggaman Farriel terlerai.
Kami berpandangan seketika sebelum aku bergegas
menghampiri pintu bilik yang terasa seperti mahu roboh
diketuk dari luar. Pintu kubuka dan seorang wanita anggun
berkebaya menerpa masuk dengan wajah yang masam
mencuka. Diikuti dengan seorang lelaki yang segak
bertuxedo.
“Ihsan?” panggilku dari belakang pintu.
Ihsan menoleh ke belakang, ke arahku.
Wanita anggun tadi menerpa ke arah Farriel.
Menumbuk-numbuk dada Farriel dengan kuat.
Farriel cuma menundukkan kepala tanpa sedikit
pun melawan.
Aku agak, perempuan itu tentu Marina Irriani

288
Eury Athena

Joseph Abdullah. Ya, tak salah lagi! Memang itulah dia


orangnya.
“You tipu I, Farriel! Sampai hati you buat I macam
ni! You pujuk I, you rayu I supaya I balik Malaysia… untuk
apa, Farriel? Untuk tengok you bersanding dengan
perempuan tak berkelas ni ke?”
Lantang suara Marina memuntahkan amarahnya.
Jari telunjuknya lurus dituding ke arahku.
Ihsan memeluk bahuku dari tepi. Seakan-akan cuba
melindungi aku dari tindakan mahupun kata-kata dari
Marina.
“I minta maaf... I… I memang nak beritahu tapi…
tak ada masa yang sesuai,” ujar Farriel perlahan.
Marina menumbuk lagi dada bidang Farriel. Kali ini
lebih kuat, sehingga Farriel mengaduh kesakitan.
“Jadi, bila masa yang sesuai? Sekarang? Esok? Lusa?
Ke bila you dah dapat anak dengan perempuan perampas tu?”
tempelak Marina.
“Ui…! Helo! Bila pulak saya rampas dia dari awak?
Kan ke awak yang tinggalkan dia?”
Aku menyerang balas. Aku pun ada mulut juga.
Jangan sesuka hati nak menuduh aku sebagai pesalah dalam
hal ini. Aku melangkah beberapa tapak ke hadapan,
menghampiri Marina dan Farriel. Tegahan Ihsan tak
kuendahkan. Akhirnya, Ihsan terpaksa mengikut jejakku.
“You shut up! I’m not talking to you!” jerit Marina.
Mencerlang mata Marina memandangku. Tubuhku
ditolak ke belakang.
Mujur Ihsan sempat memaut lenganku sebelum
aku terjatuh. Ihsan mengisyaratkan aku supaya diam. Aku

289
AD+IZ

mencemik. Bengang dengan tindakan Marina. Buat hal masa


majlis kahwin aku. Tunggu lepas majlis tak boleh ke? Si
Farriel ni pun satu, semua salah dia! Kalau dia beritahu hal
sebenar, kan bagus. Ni selagi boleh nak sorok. Sudahnya, diri
sendiri dengan aku-aku sendiri yang merana.
“Farriel! You kata you cintakan I. You kata you tak
boleh hidup tanpa I. Tapi kenapa you menduakan I? I tak
faham la!”
“Marina, I’m sorry, okay. Ni bukan kehendak I. I
kena paksa kahwin dengan nenda. You tau kan nenda I tu
macam mana orangnya.”
Farriel cuba meraih tubuh Marina, namun Marina
lebih pantas mengelak.
Aku yang jadi penonton free adegan pujuk-
memujuk antara Farriel dengan Marina, jadi panas hati.
Geram dengan perangai Marina yang menggedik. Marah
dengan perangai Farriel yang buta hati. Yang Si Ihsan ni apa
hal pulak dok usap-usap belakang badan aku dari tadi ni?
Konon-konon nak tenangkan aku la, ek? Lagi buat hati aku
panas ada la! Tubuhku aku jarakkan dari Ihsan demi untuk
menghentikan perbuatan Ihsan itu.
“Listen… let me explain. I love you. Not her!”
“But you’re marrying her!”
“Yes. Tapi bukan atas kerelaan I. I kena paksa
kahwin. You tinggalkan I terkontang-kanting masa I nak
kenalkan you dengan famili I. I had no choice. Dia jadi
pengganti you dan…”
Marina menepis lagi tangan Farriel. Pipi Farriel
ditamparnya.
“Sudah la! Agaknya kalau Ihsan tak beritahu I,

290
Eury Athena

sampai bila-bila pun you akan terus tipu I tentang status you
ni! I takkan maafkan you! You memang penipu besar! I hate
you!!! I hate you!!!”
Marina meluru keluar.
Tanpa berfikir panjang, Farriel pantas mengejar
Marina, meninggalkan aku terkulat-kulat di situ.
Farriel, majlis kita… tak habis lagi… dan kau dah
tinggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh kat sini.
Setitis air mataku jatuh. Kemudian berjuraian lagi
air mata jatuh ke pipi. Bodoh! Aku memang bodoh! Menangis
untuk lelaki yang berhati batu dan langsung tak berperasaan
itu. Lelaki yang bergelar suami dan meninggalkan aku ketika
majlis perkahwinan sedang berlangsung di bawah sana. Aku
sememangnya bodoh kerana terbawa-bawa dengan
perlakuannya sebentar tadi. Aku memang bodoh kerana gagal
mengenalpasti yang mana realititi dan yang mana fantasi.
“Awak memang tak pernah ada dalam hati Farriel.
Dia tak cintakan awak. Dia cuma cintakan Marina. Kalau
awak terus berharap dia akan jatuh cinta pada awak, saya
takut awak akan terluka akhirnya nanti.”
Tangan Ihsan yang ingin mengesat air mataku, aku
tepis dengan pantas. Jangan menangguk di air yang keruh,
Ihsan!
“Berhenti mencintai Farriel. Belajar mencintai saya.
Saya janji, saya tak akan sesekali melukakan hati awak.”
Aku tersenyum sinis. “Kalau awak betul-betul tahu
apa itu cinta, tentu awak tahu bahawa tidak semudah itu
untuk mengalihkan rasa cinta pada orang lain. Saya tegaskan
sekali lagi. Saya cintakan Farriel. Saya tak cintakan awak.
Sekelumit rasa pun tak ada!”

291
AD+IZ

Aku berlari meninggalkan Ihsan.


Ihsan mengepal penumbuk. “Aku tak akan
mengalah. Aku akan pastikan yang kau akan jatuh cinta
padaku juga satu hari nanti. Satu hari nanti, kau akan
nampak betapa tulusnya cinta aku pada kau.”
Ihsan segera mengejar Adry.
Aku terus berlari. Cuba menjejaki suamiku yang
kini sedang memujuk kekasih hatinya. Farriel… tegarnya
cinta kau pada Marina. Kalau kau tengok aku dalam keadaan
yang menyedihkan sebegini, masih tegarkah engkau memilih
Marina berbanding aku?
Dek terlampau letih berlari dengan high heels, aku
tersandar di dinding hotel. Air mataku bertakung di birai
mata dan akhirnya mengalir lagi. Dua tiga orang pekerja
hotel yang lalu-lalang tak kuhiraukan lagi. Dalam fikiranku
cuma ada Farriel. Dalam ingatanku cuma ada kenangan
indah bersama Farriel. Yang terlayar di mataku cuma wajah
Farriel. Yang meniti di bibirku cuma nama Farriel. Betapa
hebatnya Tengku Farriel Izumi di mataku. Baru seketika dia
‘menghilangkan’ diri, aku sudah separuh sasau mencarinya.
Walhal dia terang-terangan menunjukkan rasa cintanya pada
Marina; melalui lafaz kata-kata dan perbuatannya.
Dalam kekalutan dan kebuntuan aku memikirkan
tentang Farriel, tiba-tiba tanganku terasa ditarik oleh
seseorang ke suatu arah. Pandangan yang sudah kabur dek
air mata menyukarkan aku mengagak dan meneka orang
yang menarik tanganku itu. Aku cuba melawan. Namun
semakin kuat tanganku ditariknya.
Siapa?

292
Eury Athena

“LEPASKAN aku!”
Telefon bimbitnya yang dari tadi menjerit minta
dijawab, langsung tak dipedulikannya. Sampai flat bateri pun,
dia tetap begitu. Tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang
boleh mengganggunya di kala ini.
“Kau nak bawa aku pergi mana ni?” tanyaku buat
kesekian kalinya.
Dia diam. Ah! Bengang betul cakap dengan patung
bernyawa ni!
Dengan tangan kiri, aku meraba, mencari
handphone dalam poket baju. Harapan terakhir untuk
membebaskan diri dari orang gila di sebelahku ini. Alamak!
Tapak tangan dah melekap di dahi. Gaun pengantin mana ada
kocek! Huish! Ni dibuatnya kena tahan dengan polis, sah-sah
aku kena cop sebagai PATI Indon. Jangankan handphone,
satu dokumen peribadi pun tak ada ni! Main aci lari macam
itu aje masa nak kejar Farriel tadi.
“Woi, pekak! Lepaskan aku la!”
Aku jerit lagi. Kali ni, aku guna tone suara yang
tertinggi. Dia ni tak faham bahasa ke? Subjek Bahasa Melayu
gagal ek? Sekolah bertingkat-tingkat, bodohnya pun
bertingkat-tingkat tahap dinosaur! Aku tension!!!
Dek suaraku yang nyaring, tapak tangan kirinya
spontan melekat di cuping telinga. Padan muka! Dan
pergelangan tanganku dilepaskan. Kalau tak, dia lebih senang
memandu sambil mencengkam tanganku. Samseng diraja
betul! Pergelangan tangan aku belek. Hu hu… dah merah
dah ni! Sikit lagi nak melecet.
“Kalau ye pun kau nak pujuk Si Marina tu, tak
payah la seret aku sekali! Aku tak ada kena-mengena dalam
masalah korang ni, tau tak!”

293
AD+IZ

Farriel cuma diam. Mata tertumpu searah ke depan.


Senang betul kerja dia. Diam, diam dan diam. Aku
kat sini yang dah nak dapat darah tinggi!
Okey! Aku tahu la dia tengah memandu, tak boleh
kalih kiri kanan sesuka hati tapi… tak boleh ke at least dia
jawab pertanyaan aku? Aku dah nak jadi kereta api arang batu
yang keluarkan asap hitam dah ni! Letih dah aku menjerit,
melalak, melolong marah dia, maki dia, tanya itu ini, minta
dia lepaskan aku dan tinggalkan aku kat mana-mana ke…
tapi dia boleh buat dunno (tak tau) aje. Geramnya!
Seriously, aku memang tak berminat langsung nak
jadi spectator terhadap pergaduhannya dengan Marina yang
aku jangkakan bakal berlangsung sebentar nanti. Sebab aku
rasa aku tak ada kena-mengena langsung dalam masalah
diorang. Aku cuma mangsa keadaan! Marina dan Farriel pula
tak ubah seperti haiwan pemangsa. Kalau tak Marina, Si
Farriel ni yang akan membaham, melapah, menyiat sekeping
hatiku ini. Sadis sungguh nasib hidupku!
“Ei, sejak bila kau jadi bisu ni? Tadi elok aje kau
bercakap dengan Marina! Takkan dah hilang suara kut? Ke
kau simpan suara sebab nak gaduh dengan dia kejap lagi?”
Farriel diam lagi.
Signboard di bahu jalan aku pandang. Susur masuk
ke Lebuh Raya Utara-Selatan? Uih…! Biar betul? Rumah Si
Marina tu kat belah-belah utara ke? Bukan ke dia duduk area
KL aje? Kampung Marina? Heish! Kampung dia bukan kat
Selangor aje ke? Habis, apa ke halnya dia menuju ke utara?
Entah-entah Marina tu dah lari ke sempadan tak? Ke diorang
dah berpakat nak kahwin kat sana? Habis, apa hal pulak Si
Farriel ni seret aku sekali? Untuk jadi saksi? Kerja gila!
Sungguh gila! Memang gila! Sah-sah dah tak waras akal dia

294
Eury Athena

ni! Dashboard kereta aku pandang. Alamak, tank minyak full


lagi! Memang dia nak bawak aku ke Thailand gamaknya ni!
“Izumi! Ke mana kau nak bawa aku ni? Woi! Jawab
la!”
Bahu dan dadanya sudah jadi ‘punch-bag’ku. Tapi
dia tetap macam tu. Tak bergerak. Tak beriak. Tak beremosi.
Ya Allah, kenapalah Kau jadikan Tengku Farriel
Izumi ni android bernyawa?
“FARRIEL IZUMI!!!!”

MAJLIS dah hampir sejam tertangguh. Para tetamu dah mula


tak senang duduk di kerusi masing-masing. Masing-masing
membuat spekulasi tanpa asas atas tertangguhnya majlis
tersebut. Para wartawan dan pemberita sibuk mengumpul
bahan untuk memuji, menghentam, menyindir atau apa
sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat
mereka.
Artis dan kumpulan muzik yang masih rancak
menyanyi di pentas sudah tak dihiraukan oleh para tetamu
lagi. Mereka datang ke sini bukan untuk menonton
persembahan tersebut. Mereka datang untuk menyaksikan
mempelai bergandingan di atas pelamin dan di sepanjang
majlis berlangsung. Tanpa pengantin, apalah ertinya majlis
perkahwinan ini?
“Ma, sampai bila kita nak tunggu ni?” soal Tengku
Radhiah lembut.
Nenda Nerrisa pandang sekilas ke arah anak
bongsunya. Jatuh kasihannya pada Tengku Naqiu berusia
empat tahun yang sudah lena di pangkuan ibunya. Anak

295
AD+IZ

menantu, cucu-cucunya, kaum kerabat serta rakan-rakan


yang hadir dikerlingnya. Masing-masing sudah keletihan,
sudah bosan menunggu namun tetap bertahan di tempat
masing-masing demi menghormati dirinya dan juga majlis
yang masih berlangsung.
Hana berjalan pantas ke arah Nenda Nerrisa.
“Hana tak jumpa mereka, nenda,” kata Hana dalam
mengah.
Nenda Nerrisa, Tengku Radhiah dan Tengku
Khalidah pamer wajah pelik.
“Hana dah cuba telefon abang, tapi tak berjawab,
asyik masuk voice mail aje pulak! Kak Adry tak bawa
phone…” sambung Hana. Dia masih tak jemu menekan-
nekan keypad telefonnya.
“Mustahil diorang ghaib! Sejak bila pulak Aril
menuntut ilmu menghilangkan diri ni?!” Sinis nada Tengku
Makmur menuturkan ayat-ayatnya.
Tengku Muhainis dan Tengku Murni mengukir
senyuman mengejek.
“Kamu dah cari di bilik hotel? Lobi? Ke mana-
mana? Dah tanya pekerja hotel?” soal Nenda Nerrisa lagi.
“Dah, nenda! Memang tak ada!”
Nenda Nerrisa kalih pandang pada dua orang
bodyguardnya.
Masing-masing menggelengkan kepala. Tanda tidak
tahu.
Nenda Nerrisa menopang dagu di meja. Bingung
memikirkan kehilangan cucu-cucunya. “Ish… mana pulak
budak-budak ni pergi? Takkan tak tahu yang majlis kita tak
habis lagi?”

296
Eury Athena

Yang mendengar sekadar menggeleng-gelengkan


kepala.
Tengku Faris mula bengang dengan situasi yang
dihadapkan kepadanya.
Tengku Makmur tiba-tiba ketawa terbahak-bahak.
Sengaja membakar api kemarahan Tengku Faris yang sudah
panas punggung di hadapannya. “Itulah, mama… kahwinkan
lagi Si Aril tu dengan perempuan tak tahu asal-usulnya.
Macam ni la jadinya. Cuba pilih Si Murni ni, elok la sikit
jadinya. Dah tentu-tentu keturunannya Tengku. Cantik,
terpelajar….”
“Ini bukan soal keturunan. Bukan soal cantik ke
tidak. Bukan soal pandai atau tidak. Ini soal masa depan Aril.
Mama tak kisah dengan siapa dia nak kahwin. Asalkan
perempuan tu ikhlas mencintai Aril dan boleh
membahagiakan Aril. Dengan anak kamu yang materialistik
dan plastik ni, boleh kamu jamin yang Aril akan bahagia
dengannya?”
Tengku Murni tarik muncung.
Tengku Makmur ketap gigi. Rasa terpukul dengan
kata-kata bondanya. “Sekurang-kurangnya Si Murni ni tahu
adab dan protokol. Tak ada la buat kerja gila sampai
tinggalkan majlis sendiri! Si Aril tu pun satu. Perangai entah
macam apa. Layak ke dia tu jadi CEO syarikat?”
“Abang jangan nak mengutuk anak saya sesuka hati
pulak! Anak abang, Si Ihsan tu bagus sangat ke? Dah
bertahun duduk US, mengulang paper yang sama dua tiga
kali, baru lulus. Tahunya berpeleseran dan menghabiskan
duit aje!”
Tengku Makmur tepuk meja seraya bangun dari
kerusinya.

297
AD+IZ

Tengku Faris turut berbuat demikian.


Mata masing-masing tajam merenung antara satu
sama lain.
“Makmur! Faris! Sudah la tu! Duduk! Ini bukan
masanya nak bertekak. Sekarang, kita perlu fikir macam
mana nak selesaikan masalah kita ni. Tetamu-tetamu pun dah
keletihan. Aril dan Rianna pulak hilang entah ke mana. Mama
fikir baik kita tamatkan aje majlis ni.” Nenda Nerrisa bersuara
lantang.
Tengku Makmur dan Tengku Faris akur dengan
arahan bonda mereka.
“Apa alasan kita nak bagi pada tetamu? Pada press?”
soal Tengku Khalidah yang mula tertarik mendengar
cadangan ibu mertuanya.
“Itulah yang kita kena sama-sama bincangkan. Ini
soal maruah keluarga. Mama pun buntu fikir.”
“Ha! Apa kata… bla bla bla….”
“Mana boleh! Apa kata… bla bla bla….”
“Diorang percaya ke?”
“Tak pun kita….”
Tengku Faris bangun dari kerusinya. Malas nak join
ahli keluarga yang tengah pecah kepala fikir alasan untuk
cover tindakan gila anak dan menantunya. Niat di hati nak ke
tandas. Meredakan sakit di hati dan tekanan di kepala.
Namun, sebaik sahaja dia terpandangkan Yusman di meja
berhampiran, dia menukar arah dan akhirnya berhenti di
meja lelaki itu.
Yusman segera bangun dari kerusinya.
“Kamu tahu mana Farriel pergi?” tanya Tengku
Faris.

298
Eury Athena

“Salah seorang pekerja kita nampak Tengku Farriel


mengejar Marina, Tengku.” Lapor Yusman.
Tengku Faris menggosok-gosok bawah dagunya
dengan jarinya. Senyum segaris terukir di bibir. “Memang
kerja gila. Tapi berbaloi!”
“Tengku nak orang-orang kita cari dan ekori
mereka?”
“Biarkan mereka….”
Tengku Faris tersenyum lagi.

299
AD+IZ

Bab 19
H
ONDA CITY biru metalik terus
meluncur laju di atas jalan.
Membelah kegelapan malam.
Lagu-lagu di radio sekadar menjadi penyumbang suara
supaya sunyi tidak merajai suasana. Celoteh penyampai radio
langsung tak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Berserabut.
Berselirat dengan segala macam masalah. Dia tak tahu yang
mana satu patut didahulukan, diabaikan atau dilupakan terus.
Sungguh dia tak tahu!
“I benci you, Farriel! Sampai hati you buat I macam
ni! I malu! I beria-ia buat preparation untuk majlis
pertunangan dan perkahwinan kita tapi you… you hancurkan
segala-galanya dalam sekelip mata! I takkan maafkan you,
Tengku Farriel Izumi! Even you, on your bended knee, I will
never forgive you. I hate you!!!!”
Farriel pejam mata. Masih terbayang wajah sedih
bercampur-baur dengan kebencian milik Marina. Dalam
diam, Farriel mula menimbang-nimbang tindakannya, dosa
pahalanya. Ya Allah, apa aku dah buat? Berdosanya aku
kerana melukai insan-insan di sekelilingku….

300
Eury Athena

Ad sudah terlena akibat keletihan. Dengan bekas air


mata yang masih bersisa di pipi, dengan maskara yang comot
di serata wajahnya, dengan layah, tudung dan tiara yang
senget di kepalanya, Ad dah lena dibawa ke alam mimpi.
Muka Ad kelihatan tenang. Cuma sesekali dia bersuara,
mengigau di dalam tidurnya. Dan riak wajah Ad kemudiannya
akan berubah menjadi sedih.
“Iz… Iz… jangan tinggalkan aku….”
Berdetak hatinya mendengar. Akalnya gagal
berfungsi ketika ini. Apa yang dilakukannya kini semata-mata
kerana menurut kata hati. Yang mana yang salah, yang mana
yang betul, dia sendiri sudah tidak pasti lagi. Sungguh, dia
buntu saat ini.
“Pernah ke kau dengar isi hati Adry? Or at least,
baca tingkah lakunya. Betul ke dia tak suka pada kau? Atau
kau buat andaian sendiri? Jangan bertindak melulu. Dalam
dunia ni, ada benda yang kita tak payah cakap tapi orang
boleh tahu dan faham. Dan ada benda yang kita kena cakap
supaya orang boleh tahu dan faham….”
Suara Qhuz bergema di telinga. Berulang tayang
dalam kotak fikirannya.
“Kau bercakap senang la, Qhuz. Aku yang
menanggung ni yang rasa sengsaranya. Aku tak sanggup nak
lukakan hati orang. Aku juga tak sangup nak lukakan hati
sendiri. Benda-benda berkaitan hati dan perasaan ni
bukannya boleh ditentukan dengan teori buku. Ia rumit,
abstrak, di luar kemampuan….”
Cermin tingkap diturunkan. Gadis itu tersenyum
lalu dihulurkan tiket tol.
“Cik, kat mana saya boleh jumpa simpang susur
keluar ke Kuala Lumpur?” Tanyanya.

301
AD+IZ

Bab 20
A
DLY menjenguk ke dalam bilik.
Mata ayahnya terpejam rapat.
Mungkin sudah tertidur dek
keletihan. Dengan usia yang semakin meningkat, ditambah
pula dengan penyakit jantung yang dihidapi, ayahnya mudah
letih. Semenjak ayahnya menjalani pembedahan, keadaan
ayahnya bertambah lemah. Bukan kerana pembedahan yang
dijalankan oleh pakar jantung di hospital terkemuka itu
gagal, tapi disebabkan kerinduan terhadap seseorang yang
sudah tidak mampu dibendung lagi.
Diperhatikan keadaan sekeliling bilik. Mamanya tak
kelihatan di mana-mana. Mungkin masih belum pulang dari
majlis anjuran kelab yang dianggotai atau temu janji bersama
pelanggan. Dalam hati, dia bersyukur. Memang dia kurang
selesa bertemu atau berbual dengan ibu tirinya itu. Bukan
kerana benci. Mungkin kerana hubungan mereka yang tak
pernah rapat.
Perlahan-lahan dihampiri katil ayahnya, lalu duduk
di kerusi yang ada di situ. Wajah tua si ayah diperhatikan
dengan perasaan belas. Diusap dan dikucupnya ubun-ubun si

302
Eury Athena

ayah. Ayahnya bergerak lalu mata yang tadinya terpejam


mula celik.
“Adly…” panggil ayahnya perlahan.
Adly tersenyum. Diraihnya jemari ayahnya, dan
didekatkannya bibir ke wajah tua itu.
“Ya, ayah…” jawabnya perlahan.
“Lambat kamu balik hari ni…” kata ayahnya setelah
mengerling ke arah jam di meja.
“Kawan Adly masa sekolah dulu kahwin, yah. Jumpa
ramai kawan kat majlis tu tadi, leka berbual sampai tak sedar
dah tengah malam!”
Ayahnya cuma sekadar mengangguk.
Adly memicit-micit lengan ayahnya tanpa dipinta.
Nafas ayahnya turun naik perlahan. Sesekali dia kelihatan
amat payah sekali untuk berbuat demikian. Rasa sayu
menggamit hati Adly. Ayah bukan lagi tokoh perniagaan yang
gagah ke sana sini seperti lima, enam tahun lalu.
“Kamu dah jumpa Rabitah?” soal ayahnya.
Setiap kali menyebut nama perempuan itu, matanya
akan bersinar. Seperti membayangkan kenangan indah yang
pernah dilalui bersama-sama perempuan tersebut.
“Belum lagi, yah!”
Adly tunduk. Tak sanggup rasanya nak menatap
sepasang anak mata yang sudah pudar sinarnya tatkala
mendengar jawapan darinya. Sukar benar ingin dikhabarkan
pada ayahnya bahawa pencariannya selama bertahun-tahun
lamanya, belum lagi menampakkan hasil yang
memberangsangkan. Masih samar-samar untuk mencari
seseorang yang sudah lebih dua puluh tahun menghilangkan
diri. Dia terdengar ayahnya mengeluh berat.

303
AD+IZ

“Panjang sungguh rajuknya. Tebal lagi amarahnya


pada ayah. Langsung dia tak tinggalkan jejaknya untuk ayah
kesan. Di mana kau, Rabitah?”
Antara dengar tak dengar ayahnya menuturkan
kata-kata itu. Seperti merungut sendirian dalam nada sedih
gayanya.
“Sabar la, ayah… Adly janji, Adly akan cari dia
sampai dapat!”
“Kamu mesti cari dia sampai dapat Adly! Sebelum
ayah mati, ayah teringin sangat nak jumpa dan minta maaf
dengan dia. Ayah dah banyak berdosa dengan dia.”
Air mata ayahnya mengalir lagi. Seperti selalu,
setiap kali ayahnya terkenangkan kesalahan dan dosa-dosa
yang telah dilakukannya, hati tua ayahnya akan menjadi sayu.
“Ayah, ayah jangan putus harapan. Esok lusa tentu
Adly akan dapat berjumpa dengan dia. Adly dah upah
penyiasat profesional untuk mencari dia. Kita dah berusaha,
selebihnya kita berdoa aje…”
Diusap-usapnya tubuh ayahnya. Meredakan
kesedihan ayahnya.
“Yelah… siang malam ayah berdoa dapat
dipertemukan dengan dia. Ini….”
Ayahnya mengeluarkan sesuatu dari laci meja.
Sekeping gambar lama dihulurkan pada Adly.
“Adly ingatkan semuanya dah habis terbakar.”
Lambat-lambat Adly menuturkannya. Terkejut
dengan kehadiran gambar tersebut.
“Satu-satunya gambar Rabitah yang berjaya ayah
selamatkan. Mungkin pencarian kamu akan lebih mudah
dengan adanya gambar ni.”

304
Eury Athena

Adly menatap gambar tersebut. Gambar yang


diambil lebih dua puluh lima tahun lepas. Walaupun sudah
kabur dan hampir hilang warna gambar tersebut, namun
jelas di matanya kegembiraan yang terpancar di wajah kedua-
dua insan di dalamnya.
“Cantik!” puji Adly spontan.
Ayahnya tersenyum. Matanya jauh memandang ke
suatu arah. Seperti sedang membayangkan sesuatu.
“Ibu kamu memang cantik. Rasanya dialah wanita
yang paling cantik yang pernah ayah lihat. Tapi ayah terpikat
padanya bukan kerana kecantikan semata-mata. Ayah terpikat
pada ketulusan hatinya mencintai ayah dan sikapnya yang
sopan santun. Tak ada sesiapa yang dapat menggantikan
tempatnya dalam hati ayah.”
Pintu bilik dikuak kasar dari luar. Muncul wajah
Jasmine, ibu tiri Adly yang kepenatan.
Ayahnya segera mengisyaratkan agar gambar
Rabitah disembunyikan dari pandangan ibu tirinya itu.
Adly akur.
“Hah! Adly, abang… apa yang dibualkan tu?
Berbisik-bisik nampaknya! Ada rahsia yang mama tak patut
tahu ke, Adly?” tegurnya lantang.
“Tak ada apa-apa, ma! Adly dengan ayah cuma
berbual kosong aje…” dalih Adly.
Jasmine yang menanggalkan barang kemas di leher
sekadar tersenyum sinis. “Tak usah nak bohong la, Adly!
Mama tahu kamu dengan ayah kamu tengah merancang nak
singkirkan mama dari syarikat dan rumah nikan? Mama tahu.
Mama sedar yang mama dan Farah cuma menumpang harta-
benda ayah kamu. Sampai masanya, kami akan disingkirkan.”

305
AD+IZ

Suara Jasmine seperti jauh hati.


“Apa yang kamu merepek ni, Jas! Abang tak pernah
terfikir pun pasal benda tu semua!” bidasnya tegas.
“Jas tak merepek, bang! Memang betul pun Jas
anak-beranak ni cuma menumpang. Siapalah kami di mata
abang dan Adly. Jas cuma emak tiri pada Adly. Farah pulak
sekadar adik tiri Adly. Kalau ditakdirkan abang ceraikan Jas,
putus la pertalian antara kita.”
“Ma, jangan cakap macam tu… Adly dan ayah
sayangkan mama dan Farah. Walau apa pun yang terjadi, kita
tetap bersaudara. Walaupun mama dan ayah tak berkahwin,
mama tetap sepupu ayah. Adly dan Farah tetap punya
pertalian darah. Adly dan ayah tak pernah terfikir pun nak
diskriminasi mama dan Farah dalam apa jua perkara.
Buktinya, ayah bagi sepenuh kepercayaan pada mama untuk
kendalikan urusan syarikat, kan?” Terang Adly bersungguh-
sungguh.
“Ye la… kalau dah itu kata kamu, kata ayah kamu,
mama bersyukur kerana diberi ruang dalam keluarga ni….”
Adly menarik nafas lega. Jauh di lubuk hatinya, dia
berasa tenang apabila ibu tirinya dapat menerima kata-kata
yang dilafazkan tadi.

ADLY menarik keluar gambar yang sudah lusuh dari kocek


seluarnya. Gambar yang diberikan oleh ayahnya sebentar tadi.
Lama ditatapnya gambar itu. Wajah tampan seorang lelaki di
usia mudanya bergandingan dengan seorang wanita cantik;
Rabitah, ibunya. Perasaan Adly bercampur baur saat itu. Buat
pertama kalinya dia menatap wajah ibu kandungnya. Kali

306
Eury Athena

terakhir dia bertemu dengan ibunya kira-kira dua puluh tiga


tahun yang lalu.
Bercampur baur perasaannya saat itu. Ada rasa
rindu, sedih, gembira dan kecewa menguasai hatinya. Rindu
kerana setelah sekian lama tidak bersua. Gembira kerana
gambar itu mengingatkan dirinya kembali memorinya kepada
wajah si ibu yang semakin kabur. Kecewa kerana hasil
pencarian penyiasat upahannya masih samar-samar. Sedih
kerana campur tangan arwah datuk dan neneknya
membuatkan ibu dan ayahnya berpisah.
“Ibu kamu dulu bekerja sebagai penari kelab
malam. Itu bukan kerelaannya. Tuntutan hidup membuatkan
ibu kamu terpaksa mengikut saranan kawan-kawannya.
Cuma dua bulan dia memegang gelaran itu. Kemudian ayah
bertemu dengannya dan berkahwin dengannya beberapa
bulan kemudian. Arwah datuk dan nenek kamu begitu bangga
dengan kekayaan dan status mereka di mata masyarakat.
Rabitah bukan menantu pilihan mereka. Jasmine adalah
calon yang mahu dipadankan untuk ayah. Perkahwinan kami
hancur akhirnya apabila ayah termakan fitnah-fitnah yang
disogokkan kepada ayah. Ayah halau ibu kamu keluar dari
rumah ini sehelai sepinggang.”
Kelopak mata Adly basah. Sedih mengenangkan
nasib ibunya yang menjadi mangsa kepada sikap materialistik
arwah datuk dan neneknya. Adly bertekad dalam hati. Dia
akan menggandakan usahanya untuk mencari ibunya!

307
No. ISBN:- 978-967-5067-49-5
Jumlah muka surat: 644
Harga Runcit:- Semenanjung M’sia: RM21, Sabah/
Sarawak: RM24
Harga Ahli KKN:- Semenanjung M’sia: RM17,
Sabah/Sarawak: RM20

Sinopsis:-
Adrianna Mayesa, seorang pekerja butik pakaian
yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga
tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh
mereka.
Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar
pakaian ke rumah pelanggan, membuatkan Adrianna terjebak
ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus
enam puluh darjah paksi hidupnya.
Bermula dari detik itu, dia hidup di dalam
kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam
ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai 'isteri'
kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah
yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.
Di saat Adrianna mula selesa dengan kehidupannya,
sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan langsung tidak
diketahuinya muncul... lantas meragut kebahagiaannya.

“Aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama


tiga jam, tiga puluh minit, tiga puluh sembilan saat... untuk
itu izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang
hayatku….”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan AD


+ IZ di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai
berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196