Anda di halaman 1dari 16

TAYAMMUM

• PENGERTIAN TAYAMMUM
Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke
muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan
beberapa syarat disertai dengan niat. Tayammum
menggantikan wudhu’ atau mandi hadas disebabkan
keuzuran.

• RUKUN TAYAMMUM
1. Niat
2. Menyapu debu tanah ke muka
3. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan
hingga ke siku.
4. Tertib
SYARAT-SYARAT TAYAMMUM
1.Bertayammum apabila masuk waktu solat

2.Telah berusaha untuk mendapatkan air,atau


tidak dapat menggunakan air

3.Menghilangkan najis sebelum melakukan


tayammum.

4.Hendaklah menggunakan debu tanah yang


suci bukan yang musta’mal.

5.Sekali bertayammum untuk satu solat


CARA BERTAYAMMUM

1. Selepas berniat, kita hendaklah menepuk kedua-dua belah tangan


pada debu tanah.

2. Tepukan pertama untuk di sapu ke muka.

3. Tepukan kedua untuk disapu di kedua-dua belah tangan hingga ke


siku. Debu pada tangan kiri untuk di sapukan ke tangan kanan
manakala debu pada tangan kanan untuk disapukan ke tangan
kiri.
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

1. Melakukan perkara yang membatalkan wudhu’


2. Ada air sebelum bersolat.
3. Sembuh daripada sakit.
4. Luput waktu solat
5. Murtad iaitu keluar daripada Islam.

HIKMAT DISYARIATKAN TAYAMMUM

1. Keringanan kepada umat Islam yang uzur.


2. Membuktikan Agama Islam itu mudah dan ajarannya mampu di
laksanakan.
3. Menunjukkan pentingnya melaksanakan ibadah solat.
4. Mendidik diri supaya tidak bersikap takabbur.
PENGERTIAN SUNAT AB’AD & SUNAT HAI’AT
• PENGERTIAN SUNAT AB’AD

- Sunat Ab’ad ialah amalan sunat yang sangat dituntut dalam


solat, jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak, disunatkan sujud
sahwi

• PENGERTIAN SUNAT HAI’AT

- Sunat Hai’at ialah amalan sunat dalam solat, jika ditinggalkan


secara sengaja atau tidak, tidak di sunatkan sujud sahwi.

( Menurut Para Ulama’ Mazhab Imam Syafei, sunat ab’ad


mengandungi 8 perkara. Manakala sunat hai’at pula ada 40
perkara)
PERKARA-PERKARA SUNAT AB’AD

1. Duduk tahiyyat awal


2. Membaca tahiyyat awal
3. Bersalawat keatas Nabi Muhammad SAW (“
“) dalam tahiyyat awal
4. Membaca doa Qunut
5. Berdiri semasa Qunut
6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW (“
“) dalam Qunut.
7. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW (“
“) dalam Qunut
8. Berselawat ke atas keluarga Nabi Muhammad SAW (“
“) dalam tahiyyat akhir.

( Jika seseorang itu meninggalkan atau tertinggal sunat Ab’ad dia


disunatkan melakukan sujud sahwi )
SUJUD SAHWI

• Sujud sahwi ialah dua kali sujud selepas membaca tahiyyat akhir
dan sebelum salam.

• Bacaan sujud sahwi

(“ “ ) 3x

Yang bermaksud “ Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa”
PERKARA SUNAT HAI’AT

1. Mengangkat kedua tangan ketika Membaca “


7. “ dan
takbiratulihram,rukuk,iktidal dan “ “.
bangun selepas tahiyyat awal. 8. Membaca Allahu Akbar mengiringi
pergerakan dalam solat.
2. Meletakkan tangan kanan diatas 9. Membaca tasbih 3x ketika rukuk
bahagian belakang tangan kiri dan sujud
ketika berdiri.
3. Membaca doa iftitah. “ “
4. Membaca isti’azah sebelum dan
selepas membaca al-Fatihah. “ “.
5. Membaca surah selepas al-fatihah 10.Duduk iftirasy.
11. Membaca bacaan ketika duduk
6. Menyaringkan bacaan al-fatihah antara dua sujud.
dan surah dalam solat 12. Duduk tawarruk pada tahiyyat
Jumaat,Subuh,Isya’ dan Maghrib. akhir.
13. Memberi salam yang kedua.
14. Berpaling kekanan dan kekiri
ketika memberi salam.
HIKMAH SUNAT AB’AD PERBEZAAN ANTARA SUNAT
&SUNAT HAI’AT AB’AD & SUNAT HAI’AT

• Mengagungkan kebesaran
• SUNAT AB’AD
Allah.
• Menampung kekurangan solat
- Tertinggal perkara sunat
• Menambah pahala
ab’ad di ganti dengan sujud
• Menyempurnakan amalan sahwi.
sunat
• Menambah khusyuk dalam
• SUNAT HAI’AT
solat
• Menginsafi kelemahan diri
- Tertinggal perkara sunat
hai’at tidak perlu sujud sahwi
PUASA
• Pengertian Puasa
- menahan diri daripada makan ,minum dan melakukan perkara-
perkara yang membatalkan puasa bermula daripadaterbit fajar
hingga terbenam matahari serta berniat pada malam hari .

• Hukum Puasa Pada Bulan Ramadhan

-Wajib kepada orang yang cukup syarat

• Syarat Wajib

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Mampu berpuasa
RUKUN PUASA
1. NIAT
-Bermula daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar.

2. MENAHAN DIRI
-Daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan
puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.
LAFAZ NIAT PUASA
SYARAT SAH PUASA
1. Islam
2. Mumayyiz
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Tidak berpuasa pada hari yang diharamkan
PERKARA YANG MEMBATALKAN
PUASA
1. Makan atau minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu benda kedalam rongga badan
3. Muntah denga sengaja
4. Mabuk atau pensan sepanjang hari
5. Gila
6. Bersetubuh pada siang hari
7. Berbuka sebelum waktunya
8. Keluar air mani dengan sengaja
9. Haid
10. Nifas atau wiladah
11. Murtad
AKTIVITI
• Membentuk kumpulan menyediakan debu tanah untuk
amali tayammum.

• Simulasi cara-cara melakukan tayammum.


Tulis sama ada sunat ab’ad atau sunat hai’at bagi pernyataan
dibawah.

1)Duduk tahiyyat awal ___________

2) Membaca doa iftitah _____________

3) Membaca tahiyyat awal ________

4) Membaca surah selepas Al-fatihah.________

5) Membaca doa Qunut __________

6) Duduk Iftirasy ______________

7) Berdiri semasa Qunut _________

8) Membaca surah Al-fatihah nyaring dalam solat subuh

Anda mungkin juga menyukai