Anda di halaman 1dari 6

Dr.

Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin


DEFINISI
 Ethnos berasal dari perkataan Greek bermaksud
manusia, bangsa atau budaya.
 “Graphy” bermaksud penjelasan mengenai sesuatu.
 kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering
digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi
 Dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field
research).
 Juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas
dalam penyelidikan sosial mengenai sesuatu budaya,
adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan
kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari
kajian lapangan
 Soalan yang sering dikemukakan dalam kajian
etnografi seperti “apakah budaya kumpulan
itu?”.
 Etnografi mengambarkan apa yang dilakukan
sesebuah masyarakat dalam kehidupan
seharian mereka.
 Kajian yang mengfokuskan pada
penggambaran yang terperinci dan tepat dan
bukan berunsur perkaitan(Sabitha Marican,
2005).
 Pengkaji perlu meluangkan masa dilapangan
untuk temubual, memantau dan
mendokumentasi bagi memahaminya.
 Jangka masa yang lama diambil agar data
dapat direkodkan dengan terperinci.
Tujuan Kajian Etnografi
 Memahami isu yang dikaji itu dari kaca
mata kumpulan atau budaya tersebut.
 menambah pengetahuan mengenai
sesuatu budaya atau mengenal pasti corak
interaksi sosial
 Membangunkan satu penafsiran yang
menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat
atau institusi sosial
Ciri-ciri Etnografi
 Pendekatan kajian jenis kualitatif. Lebih berfokus
untuk memahami fenomena sosial daripada
perspektif penglibatan pengkaji dan respondan
dalam kajian
 Dilakukan pada persekitaran semulajadinya atau
tapak kajian. Persekitaran semulajadi bermaksud
pembolehubah yang dikaji berada dalam keadaan
semulajadi dan tidak dikawal oleh penyelidik
 Melibatkan interaksi intim dan bersemuka antara
penyelidik dan respondan. Penyelidik akan
melibatkan diri secara langsung dalam kumpulan
masyarakat
Kelemahan Kajian Etnografi
 Perspektif pengkaji berkemungkinan dipengaruhi oleh
kecenderungan terhadap budayanya sendiri
 Memakan masa yang agak lama
 Kebanyakan kaedah etnografi menggunakan
bilangan peserta yang kecil dan suasana sekeliling
yang kecil skalanya
 Fokus yang keterlaluan boleh menyebabkan pengkaji
terlepas pandang maklumat-maklumat lain yang tidak
kurang pentingnya
 Banyak bergantung kepada kesahan pengalaman
secara langsung dan interpretasi pengkaji
 Kurang kawalan pemboleh ubah (Whittenburg,
 Sukar untuk membuat generalisasi

Anda mungkin juga menyukai