Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pendahuluan

Di era yang serba moden ini terdapat pelbagai masalah yang berlaku di kalangan
remaja yang masih bersekolah terutama masalah lepak dan suka membuang masa.
Masalah ini sangat di bimbangi kerana ianya semakin berleluasa. Mereka berpeleseran
dan merayau-rayau tanpa tujuan tertentu dengan masih berpakaian sekolah. Keadaan ini,
menimbulkan lagi masalah ponteng di kalangan mereka.

Negara memerlukan generasi pewaris yang bijak, berpengetahuan, mandiri, kuat


fizikal dan mental serta kukuh kekuatan dalaman, berwibawa, berwawasan serta
bertanggungjawab. Senario yang kita lihat hari ini amat mengecewakan, iaitu
meningkatnya masalah penglibatan remaja dan belia dalam pelbagai gejala sosial seperti
rogol, vandalisme dan berpeleseran. Jika keadaan ini berterusan akan menjejaskan masa
hadapan negara kita. Para remaja telah dirosakan dengan pelbagai gejala sosial. Oleh
itu, punca-punca berlakunya masalah ini perlu dikenalpasti supaya langkah yang tepat
bagi menangani gejala ini dapat diambil dengan berkesan.

1.1 Faktor-Faktor Penyumbang Gejala-Gejala Membuang Masa


Oleh Sebilangan Remaja Malaysia

1.1.1 Faktor Sikap dan Kelalaian Ibu Bapa


Ibu bapa merupakan individu yang terdekat dengan remaja yang berpenanan
memberikan perhatian dan pengawasan terhadap pendidikan bersosialisasi. Ibu bapa
seharusnya berperanan di dalam membimbing golongan remaja untuk memilih aktiviti
waktu lapang yang lebih positif dan tepat. Namun, kadang kala terdapat ibu bapa yang
terhalang untuk berbuat demikian disebabkan oleh kesibukan pekerjaan dan perniagaan
mereka sehingga golongan remaja dibiarkan bebas memilih dan menggunakan waktu
lapang mereka tanpa adanya panduan dan pengawasan yang baik. Dengan kesibukan ibu
bapa juga, seseorang anak merasakan diri mereka tidak dipedulikan sehingga mencari
jalan mudah untuk menghilangkan kesunyian. Kebanyakan remaja sering mengunjungi
kafe dan berpeleseran dengan rakan-rakan kerana ibu bapa tidak meluangkan masa untuk
menemani mereka. Sehubungan itu, remaja akan berasa seronok untuk meneruskan
perbuatan itu sehingga menyebabkan pelajaran mereka terjejas ( Che Suraya Che wil,
2006)
Ada juga ibubapa yang tidak memberikan sebarang ruang kepada anak mereka
untuk membuat pilihan berdasarkan kemahunan dan keinginan sendiri. Ibu bapa seperti
ini sering menentukan sendiri waktu lapang anak mereka yang menurut kacamata mereka
merupakan yang terbaik buat anak dan selalunya aktiviti yang ditekankan merupakan
aktiviti yang biasa dilakukan oleh mereka. Kesibukan ibu bapa yang menjurus terhadap
pengabaian anak-anak yang akan mendorong ke arah berlakunya salahlaku sosial di
kalangan remaja sama ada berlaku di dalam ataupun di luar rumah.

Sikap ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang pendidikan agama dan
mengamalkan nilai-nilai murni menyebabkan mereka tidak dapat membuat pertimbangan
yang wajar sama ada baik atau buruk tentang sesuatu perbuatan itu. Malahan, anak-anak
yang tidak melakukan suruhan agama juga tidak ditegur oleh ibu bapa. Kesannya apabila
anak-anak memasuki usia remaja, mereka tidak mengambil berat tentang soal buruk baik
dalam kehidupan seharian.

Membuang masa di siber café dengan pakaian uniform sekolah


Sumber :
http://www.bharian.com.my/Sunday/Bmdua/20090412073203/mainpix1.jpg
1.1.2 Faktor Sosioekonomi Keluarga

Biasanya golongan remaja yang mempunyai status sosioekonomi lebih rendah


tidak mempunyai peluang yang banyak untuk memilih aktiviti di dalam komuniti.
Golongan remaja ini selalunya akan membantu ibu bapa mereka mencari rezeki. Remaja
dari status sosiekonomi ini mempunyai keterbatasan dari segi kewangan dan juga masa
lapang yang diperuntukkan. Remaja dari keluarga dengan status sosioekonomi
pertengahan dan tinggi terdapat banyak pilihan dalam memilih jenis aktiviti atau rekreasi.

Albeny Joslyn Panting & Pises Busu ( 2008 ), Pendapatan yang rendah akan
memaksa mereka melakukan kerja sampingan lain. Ini akan menjejaskan kualiti kerja
serta kehidupan mereka. Bekerja dalam jangka masa yang lama menyebabkan taraf
kesihatan fizikal dan mental terjejas. Peranan sebagai ibu bapa dalam keluarga di
abaikan. Keadaan ini menambah keburukan gejala sosial negatif di kalangan anak.
Masa yang singkat membataskan peluang ahli keluarga untuk duduk bersemuka dan
menyelesaikan masalah. Kemiskinan juga mungkin akan memaksa anak-anak
terjerumus ke dalam aktiviti yang kurang sihat seperti perlakuan delekuan. Mereka
mungkin mencuri atau pecah rumah untuk mendapatkan apa yang diingini.

1.3.3 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Rasimah Sayuti & Sarojah ( 2003) , dalam peringkat umur remaja , keterlibatan di
dalam kelompok sepermainan atau rakan sebaya masih menjadi faktor utama kepada
mereka. Teman-teman untuk berkelompok ini biasanya biasanya terdiri dari rakan
sebaya sejak dari mereka kecil lagi. Kelompok memberikan pengaruh yang besar
terhadap corak kehidupan remaja, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan waktu
lapang. Remaja berasa bangga sekiranya mereka dapat menjadi anggota kepada sesuatu
klik atau kumpulan. Dalam mana-mana klik yang mereka anggotai akan memberikan
kebebasan kepada remaja untuk mengemukakan atau ,mengungkapkan pendapat,
pandangan atau perasaan.
Sesetengah remaja yang mempunyai kumpulan yang tersendiri cenderung untuk
menuruti apa-apa yang dilakukan oleh mana-mana ahli kumpulan yang lebih
berpengaruh. Malahan ramai remaja yang suka berbincang tentang masalah yang
dihadapi oleh mereka dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarga sendiri. Apabila
berbincang dengan rakan sebaya, sudah tentulah keputusan yang diambil memihak
kepada mereka kerana masih mentah dalam membuat keputusan.

1.1.4 Faktor Pengalaman Masa Lampau

Biasanya kekerasan atau kekejaman ke atas orang lain adalah berpunca daripada
reaksi negatif terhadap pemgalaman, ingatan dan persekitaran yang tidak menyenangkan.
Seseorang yang mengalami perasaan tidak menyenangkan cenderung melakukan
tindakan agresif. Demikian pandang Berkowitz, ahli psikologi Barat yang mempelopori
Teori Neoasosiasi Kognitif. Penjelas Berkowitz mempunyai kaitan rapat dengan seorang
perogol kanak-kanak “ Sejak kecil saya tidak mempunyai keluarga yang bahagia. Nasib
saya amat malang kerana hanya bersekolah hingga darjah tiga. Ibu bapa tidak
mempedulikan saya dan saya memang seorang anak yang nakal. Masalah kurang
perhatian ibu bapa, boleh mengheret individu ke arah perlakuan yang jenayah seksual.

1.2 Peranan dan Aktiviti Sekolah

Sekolah mempunyai peranan yang amat besar dalam menangani gejala


membuang masa ini. Adalah penting terutama guru sedar dan peka terhadap kewujudan
serta tanda-tanda awal masalah ini di sekolah mereka. Terdapat beberapa petunjuk
ataupun tanda-tanda awal wujudnya perlakuan sedemian di kalangan pelajar mereka.
Antaranya ialah penurunan pencapaian akademik, penarikan diri dari segi sosial antara
pelajar dan peningkatan masalah kes-kes disiplin yang ketara (lampiran 1)

Institusi pendidikan perlu juga diperkemaskan dengan memberi perhatian kepada


aspek ‘tarbiyah’ oleh pendidik kepada anak-anak didik mereka. Para guru dan pensyarah
bukan sahaja bertanggungjawab memberikan ilmu kepada anak-anak didik mereka,
bahkan perlu juga memberi didikan tentang bagaimana untuk menjadi insan sebenar yang
boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat . Guru adalah individu yang berhubung
rapat dan berhubung secara langsung dengan anak didik mereka setiap hari oleh itu sikap
dan perlakuan guru memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi perlakuan dan
sikap murid-murid terhadap pelajaran , rakan sepergaulan dan masyarakat. Mereka yang
mendapat bimbingan dan perhatian dari guru adalah berfikiran matang dan boleh
berhadapan dengan masalah dan cabaran secara rasional (lampiran 11)

1.2.1 Program Sekolah


Kelab Warganegara Bertanggungjawab

Latar belakang Program Warganegara Bertanggungjawab ini mengaris lima prinsip


utama iaitu :

1. Pelajar perlu bertanggungjawab pada tingkah laku dan perasaan , tidak melibat
cacian ataupun celaan pada seseorang sebagai individu.

2. Mengamalkan perlakuan yang bertanggungjawab.

3. Memperakui, menerima perasaan dan bertanggungjawab terhadap perbuatan


sendiri

4. Memperbaiki sikap, dari melakukan perkara yang tidak berfaedah kepada perkara
yang berfaedah.

5. Mengambil berat terhadap orang lain dengan memberi kesedaran ahli komuniti
sekolah patut dihargai. Sokongan daripada orang lain perlu dikukuhkan melalui
penyertaan dalam komuniti yang sentiasa mengambil berat dan prihatin.
Objektif : ~ Pembelajaran antara rakan sebaya
~ Mengekalkan hubungan yang sihat di kalangan pelajar dan guru-guru
~ Mengurus konflik dalam komuniti

Matlamat : ~ Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan bebas jenayah


~ Melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik

Sasaran ~ Semua murid

Tempoh masa ~ Fasa 1 Bulan Februari - Mei ( Penilai Pertama)


~ Fasa 11 Bulan Jun – November ( Penilaian ke dua )

Pelaksanaan ~ Murid yang menunjukkan sikap yang baik melalui item penilaian tertentu
akan diberikan sijil penghargaan dan hadiah sampingan mengikut fasa.

1.2.2 Rumusan Program

Melalui program ini pelajar-pelajar diberi peluang menyuarakan pandangan mereka bagi
tujuan membentuk dan mencipta tempat yang selamat di mana ancaman di sekolah dapat
disuarakan. Salah satu aspek penting dalam program ini adalah fokus pembelajaran antara
rakan sebaya. Pelajar perlu belajar menangani emosi terutama sekali emosi yang
melibatkan konflik seperti bercakap dn bertindak. Melalui pembentukan kesedaran,
peningkatan konflik dan tingkah laku yang berkait dengan keganasan dapat dicegah.

Tiga prinsip utama yang ditekankan dalam program ini adalah penghormatan,
pertimbangan dan penyertaan. Ketiga-tiga prinsip ini diperkembangkan melalui peluang
pembelajaran yang disediakan dalam program ini. Dalam usaha mengekalkan
keberkesanannya, individu yang terlibat dalam program ini perlu dibentuk dan
diperkembangkan kemahiran mereka bekerja melalui perbezaan.
1.3 Peranan Dan Aktiviti Ibu Bapa

Dalam usaha menangani gejala sosial di kalangan masyarakat kita semua pihak
seharusnya memainkan peranan. Antaranya ialah peranan ibu bapa . Ini adalah kerana
ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak masing-masing. Institusi
kekeluargaan perlu diperteguhkan dengan ibu bapa mengambil sikap yang lebih
berwaspada dengan setiap pergerakan anak-anak. Sewaktu mereka kecil terutamanya,
ibu bapa seharusnya memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak dan mula
membentuk mereka untuk memahami undang-undang dan peraturan.

Ibu bapa perlu berperanan menjaga keselamatan dan mengurus emosi anak-anak
mereka. Kanak-kanak memang akan mudah terpengaruhi dengan persekitaran di
sekeliling mereka. Jika kain putih itu dicorakan dengan baik dan betul maka cantiklah
kain itu jadinya, tetapi jika kain itu dicorakkan dengan salah maka buruklah jadinya. Ini
kerana apabila sudah semakin meningkat usia anak-anak ibu bapa tidak perlu risau kerana
asas yang kukuh telah diberikan sejak mereka kecil lagi. Bagaimanapun kawalan perlu
ada supaya ibu bapa mengetahui akan aktiviti anak-anak mereka dan di mana mereka
berada. Rahmah Hashim ( 1996). Ibu bapa merupakan orang yang penting yang
mengesani pembentukan peribadi dan tingkah laku anak-anak. Ibu bapa yang tersalah
didik boleh menimbulkan masalah dalam masyarakat (Lampiran 111).

1.3.1 Program Waris


Program Pengurusan Masa Yang Berkesan

Program ini bermaksud ibu bapa memastikan anak-anak mengawal masa yang ada
sama ada 60 minit dalam satu jam, 24 jam dalam satu haridan 7 hari dalam satu minggu
dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai ibu bapa
yang bijak dan prihatin perancangan dalam pengurusan masa akan mengambil kira
keadaan anak ketika segar serta bertenaga, masa letih dan masa senggang. Setelah
mengkelas masa-masa ini, ibu bapa perlu mengatur starategi untuk berbagai jenis aktiviti
di dalam masa-masa yang dinyatakan di atas, seperti masa berkaitan dengan aktiviti-
aktiviti akademik, masa yang berkaitan dengan pengurusan diri.

Sebagai ibu bapa yang prihatin perbincangan dengan anak-anak adalah perlu,
supaya pandangan mereka diambil kira. Kewajipan yang pertama ialah memastikan masa
yang ada bukan sahaja diisikan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran tetapi aktiviti juga
aktiviti-aktiviti yang menjamin kesejahteraan rohani dan jasmani ( Dr Hanafi Ismail,
2003). Faktor-faktor ini membolehkan anak-anak sihat dan cemerlang dalam pelajaran.
Jadual di bawah adalah contoh di mana anak-anak mengisi masa berdasarkan garis
panduan yang ditetapkan oleh ibu bapa di masa senggang.

Masa Akitiviti-aktiviti yang boleh dilakukan


2.30 – 6.00 petang ( 31/2 jam) a. Membuat kerja rumah/tugasan
b. Membuat nota ringkas
c. Mengikuti kelas tambahan atau tuisyen

6.00 – 7.00 petang (1 jam) a. Membaca akhbar


b. Menonton tv
d. Bersiar-siar

8.00 – 1030 malam (21/2 jam) a. Mengulangkaji pelajaran


b. Menjawab soalan-soalan peperiksaan
c. Membuat kerjarumah / tugasan

Rajah 1: Contoh pengurusan masa selepas waktu sekolah

Ibu bapa berperanan membuat pemantauan dan pengawasan dari masa ke semasa.
Walaupun ibu bapa tidak berada di rumah seperti pergi bekerja, namum pemantauan
boleh dibuat melalui hasil-hasil kerja yang dapat dilihat apa bila mereka balik ke rumah .
Anak-anak akan merasa diri mereka diawasi dan masa terisi dengan mengulangkaji
pelajaran dan dapat juga melakukan perkara yang menyeronokkan. Dengan itu gejala
seperti suka membuang masa dengan perkara yang tidak befaedah boleh dihindarkan
1.3 Kesimpulan
Bak kata pepatah, " mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Oleh itu
setiap pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab
dan komitmen yang tinggi ( Che Surahaya Che Wil, 2006). Kerjasama yang padu pasti
dan jitu akan dapat menyelesaikan masalah remaja yang semakin mencemaskan ini.
Aktiviti lepak ini perlu mendapat perhatian dari pelbagai pihak agar tidak mendatangkan
gejala yang buruk. Remaja harus sedar bahawa aktiviti lepak ini memberikan kesan
negatif. Kebanyakan salah laku remaja adalah berpunca dari aktiviti melepak. Kesedaran
perlu ada dalam diri seseorang remaja akan kesan aktiviti negatif ini supaya suatu hari
nanti tidak menjadi sesalan kepada diri mereka sendiri.

2.0 Pendahuluan

Fenomena tingkahlaku sosial yang menyeleweng dari norma kehidupan yang


harmoni seringkali menjadi tajuk utama akhbar di negara kita. Kes-kes rogol, bunuh dan
buli sering menjadi topik perbualan di kalangan masyarakat hari ini. Walaupun
fenomena ini bukanlah merupakan masalah baru tetapi kes-kes yang dilaporkan dari masa
ke masa telah menunjukkan peningkatan. Pada perinsipnya faktor-faktor yang membawa
kepada fenomena sosial yang menyeleweng dapat dipecahkan kepada beberapa aspek
seperti anak, ibu bapa, kemiskinan, tekanan hidup serta faktor budaya.

Banyak kes yang berlaku telah berakhir dengan kematian. Sekolah yang
duhulunya menjadi institusi pendidikan telah bertukar menjadi medan pergaduhan bagi
pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab. Pembangunan yang pesat, perubahan
sosioekonomi, demografi serta budaya menyebabkan remaja masa kini berhadapan
dengan kehidupan yang amat berbeza daripada alam remaja kita pada suatu masa dahulu.
Perubahan ini bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga dalam mendidik remaja
malahan golongan remaja sendiri terpaksa belajar menyesuaikan diri. Pendidikan
kemahiran sosial yang baik di rumah mahupun di sekolah tidak selalunya dapat
membentuk semua remaja kita menjadi warga yang sempurna.
2.1 Paparan Gejala Tingkahlaku Sosial Remaja Yang Dipetik Dari Sumber
Pembacaan

Antara kategori jenayah yang dilakukan oleh remaja di sekolah ialah buli dan
gengsterisme, jenayah peras ugut sesama rakan , mencuri , seksual dan bunuh. Petikan
akhbar dan majalah di bawah membuktikan bertapa kes-kes juvana di kalangan remaja
semakin meruncing.

Dewan Masyarakat (September 2001 ) - 5 Julai 2001: Seoang pelajar


perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Yaakub, Merlimau,
Melaka telah dibunuh dengan kejam setelah diperkosa dan di liwat oleh penyerangnya.
Mansa, Nurul Hanis Kamil, 16 ditemui mati dikawasan semak berhampiran rumahnya.
Polis berkata mangsa juga telah dipukul dan lehernya dijerut dengan tali beg sekolahnya.
Penyerang juga telah menulis nama mangsa pada baju sekolah mangsa. Mayat mangsa
juga telah ditemui dalam keadaan separuh bogel dan tertiarap. Polis telah pun menahan
seorang remaja berusia 17 tahun untuk membantu siasatan.

Harian Metro Isnin, 13 Jun 2005 : "Sultan, Menteri temui kaki buli". Berita ini
adalah lanjutan kepada peristiwa di mana seorang pelajar Sekolah Menengah Agama
Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Muhamad Afiq Qusyairi yang menghadapai risiko
lumpuh sepanjang hayat dipercayai akibat dipijak dibelakangnya dengan kasut polis
kadet serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkat lima dan tingkatan tiga
sekolah tersebut. Muhammad Afiq dikatakan telah dibuli dua kali. Berikutan itu, dia
mengalami kecederaan saraf tunjung yang boleh menyebabkannya lumpuh.

Berita Harian 2 April 2004 : "Hishammuddin beri jaminan tidak akan berlaku
lagi gejala samseng". Jaminan ini berikutan pada 12 Ogos 2003 lalu, seorang pelajar
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Mohd Hafizi Jumhari telah cedera dibelasah
pelajar senior sekolah itu sehingga mengalami kecederaan termasuk kehilangan buah
pinggang kirinya.
Beberapa paparan berita di atas membuktikan sudah sekian lama masalah sosial
menular di kawasan sekolah. Dengan publisiti meluas di dalam media masssa,
membuktikan masalah sosial di kalangan pelajar sebenarnya sudah berada pada tahap
yang mencemaskan. Sesuatu perlu dilakukan oleh semua pihak dan perkara yan paling
penting untuk diketengahkan ialah mengesan punca-punca berlakunya gejala ini
(lampiran IV). Data di bawah membuktikan salah laku di kalangan pelajar sekolah
menengah;

Bil 2001 2002 2003


% murid yang terlibat % murid yang terlibat % murid yang terlibat
(75,958 kes) (45.117) (97,943 kes)
1 Ponteng sekolah Ponteng sekolah Ponteng sekolah
2 Tidak hormat guru Ponteng kelas Ponteng kelas
3 Ancam murid Datang lewat Menghisap rokok
4 Kasar dengan murid Menghisap rokok Datang lewat
5 Berdua-duaan .( dating ) Gangguan pengajaran Pakaian tidak ikut
peraturan
6 Pakai melanggar peraturan Pakai tidak ikut Gangguan pengajaran
peraturan
7 Ponteng kelas Rambut panjang Rambut panjang
8 Menghisap rokok Ancam murid Ancam murid
9 Rambut panjang Tidak hormat guru Bergaduh/ berkelahi
10 Ganggu pengajaran Bergaduh/ berkelahi Berkeliaran

Jadual 2 : Sepuluh salah laku tertinggi sekolah menengah


Sumber : Unit Disiplin, Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

2.2 Punca –Punca Kes Jenayah Remaja


Terdapat banyak pendekatan yang diambil bagi mengkaji sebab-sebab berlakunya kes-
kes jenayah. Antaranya :
2.2.1 Pendekatan Psikologi

Psikologi adalah bidang ilmu sains yang mengkaji tingkah laku manusia. Tingkah
laku itu banyak digerakkan oleh nilai-nilai yang ada pada diri seseorang. Nilai-nilai ini
dibentuk melalui asuhan ibu bapa. Sistem sekolah, pergaulan, ajaran agama dan pengaruh
masyarakat sekeliling. Nilai-nilai ini boleh disemai, ditiru dan disesuaikan dan dibuang
atau disingkirkan.

Menurut Sigmund Freud (1936) melalui teori psikoanalisisnya,menyatakan setiap


manusia secara semulajadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan,
jika keinginan ini dihalang maka seseorang itu menjadi agresif. Seperti tekanan yang
yang dialami oleh pelajar bagi mendapat gred yang baik dalam peperiksaan dan tindakan
guru disiplin yang keras membangkitkan perasaan kecewa dan seterusnya wujud
perlakuan antisosial seperti buli dan gengsterism di sekolah. Peringkat latensi bagi
Freud adalah peringkat dalam kehidupan seksual remaja. Peringkat ini sepatutnya remaja
membentuk orientasi terhadap penghidupan remaja. Jika remaja melalui pengalaman
pahit atau buruk di peringkat ini maka sudah tentulah merupakan faktor pendorong
berlakunya kes rogol dan liwat di kalangan remaja.

Albert Bandura (1973) menyarankan bahawa sifat agresif adalah tingkah laku
yang dipelajari dan bukannya secara semulajadi dalam diri seseorang individu. Tingkah
laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan rakan sebaya,
keluarga dan media massa (Lampiran V) . Menurut Singer et al., (1995) menjalankan
kajian tentang pengaruh televisyen pada 2245 pelajar asas di Atlanta. Hasil kajian
mendapati 37.9 peratus responden menonton televisyen lebih daripada enam jam sehari
dilaporkan mempunyai gaya dan menunjukkan tingkah laku pergaduhan pada tahap
tinggi.(Lampiran VI)
Pengalaman yang buruk merupakan faktor pendorong
kejadian salah laku di kalangan pelajar sekolah.
Sumber :
http://mahasiswakini.com/wp-content/uploads/2008/12/buli.jpg

Abraham Maslow (1970), mengklasifikasikan lima keperluan asas manusia iaitu


keperlian fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri
dan keperluan kesempurnaan kendiri. Menurut beliau keperluan pada tahap rendah
(fisiologi) perlu dipenuhi dahulu sebelum seseorang memikirkan tahap kedua. Keperluan
pada tahap rendah adalah keperluan yang mesti dilalui oleh setiap individu bagi
mengekalkan kestabilan dalam kehidupan. Kegagalan dalam memenuhi ataupun
memuaskan keperluan-keperluan asas ini membawa kepada gangguan dan kecelaruan
sama ada dalam aspek fisiologi ataupun psikologi ( Azizi et al , 2008). Apabila remaja
berhadapan dengan masalah ini maka akan tercetuslah senario negatif yang semakin
membimbangkan di kalangan remaja sekolah dewasa ini.
Aspek psikologi adalah bidang yang cuba untuk mengaplikasikan fakta-fakta dan
prinsip-prinsip psikologi terhadap pendidikan, pengamalan dan segala tingkah laku.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang merasa puas dengan tahap
hubungannya dengan orang lain. Mereka merupakan individu yang boleh memberikan
kasih sayang, bertimbang rasa, menghormati perbezaan yang wujud dan merasa
bertanggungjawab terhadap orang lain. Mereka cuba menyelesaikan sebarang masalah
yang timbul, menerima tanggungjawab serta merancang masa depan. Mereka bersikap
realistik dan mampu membuat keputusan sendiri. Mereka akan menggunakan keupayaan
serta kebolehan semula jadi untuk mengawal persekitaran mereka dan cuba
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran tersebut. Mereka secara sedar
mengelakkan diri mereka daripada tanggapan yang salah dan tidak menyalahkan orang
lain di atas masalah yang mereka hadapi.Setiap individu perlu memainkan peranannya
dalam situasi dan bentuk yang berbeza berdasarkan kehendak atau keperluan serta norma
atau nilai-nilai yang telah diperuntukkan dalam sesebuah masyarakat itu.

2.2.2 Pendekatan Sosiologi

Menurut Nixon & Jewett (1980) merangkumkan sosiologi sebagai kajian tentang
kumpulan manusia meliputi keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi,
pendidikan, aspek ekonomi dan status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya
merujuk kepada proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk
menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkah laku personal dan sosial yang
diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam kumpulan sosial tersebut. Unit asas
kepada sosialisasi adalah peranan sosial seseorang individu . Peranan-peranan yang
diperuntukkan kepada individu-individu nilai yang diagihkan kepada kelompok atau
individu dalam sesebuah masyarakat.

Pendekatan ahli sosialogi yang paling tepat mengenai sebab-sebab berlakunya


devians adalah teori yang dikemukakan oleh Robert Merton (1957 ) iaitu teori
opportunity structure. Ia mengatakan masyarakat Amerika meletakkan penekanan yang
lebih kepada kebendaan. Beliau melihat kejayaan adalah sebagai matlamat budaya yang
diterima oleh masyarakat umum. Jarang kita mendengar individu yang tidak mempunyai
minat untuk menikmati ekonomi yang lebih baik atau individu yang berstatus tidak
berminat menjaga kedudukannya ekonominya ( Dr Zahyah Hanafi, 2009).

Merton menerangkan bahawa bersama dengan matlamat budaya kejayaan


kebendaan, ada terdapat cara bagaimana hendak mengejar matlamat ini. Ini termasuklah
cara bekerja, menabung dan melabur. Kebanyakan manusia mendapat peluang ke atas
cara-cara ini dan menggunakan peluang ini untuk meraih kejayaan kebendaan. Tetapi jika
cara dan gaya untuk mencapai matlamat ini tidak dapat mencapai keiinginan maka akan
membuka ruang untuk individu melibatkan diri dengan menyesuaikan cara yang
membawa kepada tingkah laku devians atau tingkah laku negatif seperti membuli,
gengsterism, membunuh dan sebagainya. Terdapat juga individu yang tidak dapat
menikmati kejayaan kebendaan akan bersifat putus asa dan agresif. Keadaan ini boleh
menyebabkan seseorang mengambil dadah dan membunuh diri.

Emile Dukheim telah mengemukakan anomie iaitu sebuah situasi sosial di mana
manusia mendapati sukar untuk menyesuaikan tingkahlaku mereka dengan norma yang
mereka anggap lemah, tidak jelas atau bercanggah. Durkheim menegaskan bahawa
anomie berlaku apabila jangkaan individu tentang ganjaran dan penghargaan tidak sama
dengan apa yang mereka terima. Contohnya apabila sesebuah ekonomi runtuh dan hanya
terdapat sedikit peluang pekerjaan dan ganjaran yang biasa diterima tidak lagi dinikmati.
Maka keadaan ini boleh menjadi punca meningkatnya kadar jenayah terutama di
kalangan remaja yang mempunyai keinginan yang tinggi terhadap keselesaan dan
kebendaan yang menjadi persaingan antara rakan dalam kumpulan.

Menurut Tylor (1871) Budaya formal di sekolah adalah apa yang telah dirancang
seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan
mendapat sanjungan pihak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang
cerdik akan tersisih. Budaya seperti ini perlu disedari oleh guru kerana akan
menyebabkan pelajar memalkukan gejala negative bagi menarik perhatian pihak tertentu
ataupun untuk melepaskan naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya
yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga. Sekiranya mereka
memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial. Setiap individu perlu
memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang berbeza berdasarkan kehendak
atau keperluan serta norma atau nilai-nilai yang telah diperuntukkan dalam sesebuah
masyarakat itu.

3 Rumusan

Banyak kajian yang dijalankan oleh para pengkaji tempatan jelas membuktikan
kanak-kanak ataupun remaja yang terlibat dalam tingkah laku agresif dan delinkuen
disebabkan sikap mudah terpengaruh budaya sosial. Keadaan persekitaran budaya dan
sosial saling mempengaruhi dalam fenomena gengsterisme yang kian merosakkan nilai-
nilai ketimuran anak bangsa. Justeru institusi kekeluargaan memainkan peranan penting
bagi membendung gejala tidak sihat di kalangan generasi muda. Selain itu pihak sekolah
termasuklah pengetua ataupun guru besar dan guru perlu memberi tumpuan kepada
proses pembentukan jati diri dan sahsiah positif pelajar di samping pencapaian akademik.
Fokus yang seimbang antara akademik dan pembentukan sahsiah pelajar oleh pihak
sekolah, membantu pencegahan dan pemulihan aktiviti gengsterisme. Pendidikan boleh
memainkan peranan yang penting, khususnya pendidikan informal melalui aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan.

Para ibu bapa dan masyarakat keseluruhan perlu bersama-sama mengembeling


tenaga dan fikiran ke arah membasmi pelakuan-pelakuan jenayah-jenayah seks ini.
Langkah-langkah memantau aktiviti para remaja , khususnya anak sendiri adalah
sumbangan paling berharga ke arah tujuan pembasmian yang dimaksudkan. Pada masa
yang sama , para remaja itu sendiri perlu berusaha memantapkan disiplin kendiri dan
memantapkan harga diri dengan menyertaikan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang
berfaedah , serta meningkatkan kebertanggungjawaban terhadap apa-apa yang dilakukan
demi kesejahteraan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
.Bibliografi

Sumber Buku

Azizi Yahaya. Sharin Hashim. Yusof Boon. Zurhana Muhamad (2008 ).Tip Menangani
Buli Di Sekolah. Kuala Lumpur. PTS Professional.

Che Suraya Che Wil (2006). Perangi Ancaman Jenaya Juvana. Petaling Jaya. Pustaka
Rubiah.

Dr. Hanafi Ismail (2003). 7 Cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur. Al-
Hidayah Publishers.

Dr Zahyah Hanafi. HBSS3203 Pengenalan Sosiologi. Kawalan Sosial dan Devians.


Cetakan Kedua. Kuala Lumpur. Open University Malaysia.

James Ang Jit Eng (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur. PTS
Professional.

Jayaletchumi Motton, Rohani Abdullah & Abdullah Al – Hadi Hj. Muhamed


(2003).Keluarga Dan Keibubapaan : Pembentukan, Struktur dan Fungsi
Keluarga. ( Edisi 2 ). Serdang. Universiti Putra.

Rahmah Hashim ( 1996).Media Dan Keluarga. Kuala Lumpur. Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM)

Zakiyah Jamaluddin. (2003) . Pemilihan Jenis Aktiviti Waktu Lapang Di Kalangan


Remaja Dan Intervensi Kerja Sosial Kelompok. Rusimah Sayuti & Sarojah
Muniandy. Pengurusan Perkhidmatan Kerja Sosial Di Malaysia. ( Cetakan
Pertama, ms 181 – 195 ). Sintok. Universiti Utara Malaysia.

Sumber Majalah

Haslina Hassan ( 2001 ). Jenayah Seksual Ancam Remaja. Dewan Masyarakat. Jld 39
Bil 09. Muka Surat 14 – 16.

Ramlah Abd. Wahab (2001). Membenteras Jenaya Seks Dengan Bijaksana. Dewan
Masyarakat Jild 39 Bil 09. Muka Surat 17 - 19

Aniah Janang 2008. Operasi Besar-Besaran. Dewan Masyarakat Jld 46 Bil 3. Muka
Surat 18 – 21
Sumber Akhbar

Artikel Pilihan Terbitan Ogos 2004. Bahagian Multimedia. Perbadanan Perpustakaan


Awam Kedah.

Berita Harian 2 april 2004.

Harian Metro , 13 Jun 2005 8

Mohamad Nashar Mat Hussain ( 8 April 2008). Utusan Malaysia

Utusan Malaysia ,9 April 2008

Sumber Intenet

Hhtp://www.Utusan.com.my/utusan/archive.asp/y=2004&dt=0422&pub=utusan_malaysi
a&sec=rencana&pg=_07.htm&arc=hive

Noor Hasliza Nusi (2008) . Jauh di mata , dekat di hati.(Online).


Hhtp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0704&pub=kosmo
&sec=Ren…(2008,10,7)

Anda mungkin juga menyukai