Kajian Perkahwinan Mel Dan India

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

1.1 Perkahwinan Dalam Masyarakt Melayu

Perkahwinan dalm masyarakat Melayu adalah satu peristiwa yang mesti dilakukan
menurut adat atau susunan yang telah dilazimkan oelh sesuatu masyarakat. Hari
perkahwinan adalah dianggap paling penting dalam masyarakat orang Melayu.

Secara umumnya adapt perkahwinan orang Melayu dapat dikelaskan kepada 3 peringkat
besar:-

1.1.1 merisik ,menilik dan meminang

Istiadat bermula dengan menghantar seorang wakil atau utusan ke rumah gadis yang
hendak dipinang. Menghantar wakil ini perlu dilakukan sebagai pintu untuk membuka
kira-bicara. Beberapa aspek dan criteria yang selalu menjadi perhatian dalam pemilihan
ialah paras rupa, sopan-santun, tingkah-laku, adab-sopan, pelajaran dan kerajinan
mengurus rumah tangga.

Selesai sahaja risik-merisik dan setelah dapat dusahkan bahawa pinangan akan diterima,
pihak lelaki akan menyediakan keperluan mengikut kemampuannya. Sebentuk cincin
pertunangan dan benda-benda lain seperti sirih junjung, bunga rampai, duit belanja
perkahwinan, selengkap pakaian, buah-buahan dan juadah yang digubah indah.

Apabila tiba saat yang ditentukan , utusan yang mewakili ibu bapa pihak lelaki akan pergi
ke ruamh gadis yang dipinang. Biasanya diwakili oleh ibu saudara dan ibu serta bapa
tidak pergi bersama. Di rumah gadis yang hendak dipinang ibu atau bapa tidak menjadi
diwakili oleh bapa atau bapa saudara. Dikatakan tidak manis jika ibu gadis menonjol-
nonjolkan diri dan menyambut wakil pihak lelaki. Mereka disambut dengan salam dan
tegur sapa yang manis. Barang-barang hantaran diatur memanjang dan bunga sirih
diletakkan di tengah sebagai bunga majlis.

Setelah keluarga pihak perempuan yang dijemput memenuhi tempat itu, seorang keluarga
dari pihak lelaki dan pihak perempuan yang dianggap ketua dan agak dohormati tampil
membuka bingkisan-bingkisan hantaran dan bersimpuh menghadap ke sirih pinangan dan
menjemput wakil dari pihak lelaki bagi menjawab pertanyaan. Kata-kata kiasan yang
dapat dengan kehal;usan budi digunakan. Selakunya pantun pinangan dimulakan sebagai
berikut:-
Bunga melur bunga berseri,
Bila dipetik hati nyaman,
Kami mengadap puak bestari,
Untuk memetik kuntum di taman.

Pantun dibalas pula oleh wakil perempuan:

Ikan gelama ikan berduri,


Batang permai sarang tebuan,
Kami menerima kami memberi,
Kuntum kami ham tuan.

Bila selesai balas-membalas pantun ini barulah pinangan ditertima. Barang hantarannya
dibawa ke bilik gadis untuk tatapannya.

Pihak perempuan akan mrembalas hantaran ini. Biasanya sebentuk cincin untuk teruna
yang meminang itu dikembalikan bersama bekas berisi sirih. Seandainya ibu gadis tidak
menyediakan barang balasan, akan mendatangkan keaiban baginya. Selesai sahaja
barang-barang disediakan untuk balasan, gadis yang dipinang dibawa bersalam dengan
wakil lelaki. Istiadat diakhiri dengan jamuan kenduri.

1.1.2 Hantar Belanja Dan Akad Nikah


Mengikut lazimnya, untuk istiadat ini diadakan kenduri atau jamuan mengikut
kemampuan keluarga.Teruna yang hendak berkahwin itu diwajibkan hadir dan perlafazan
khutbah nikah dijalankan mengikut Rukun Islam. Selepas itu pengantin lelaki dibawa
masuk ke bilik gadis untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan menyarungkan
cincin ke jari manis bakal isterinya.

1.1.3 Berandam, berasah gigi dan berinai

Biasanya istiadat ini dilakukan tiga hari sebelum hari langsung. Mak andam akan
membela tubuh pengantin dengan maksud membuang sial, geruh atau malang. Perbuatan
ini adalah untuk menambah seri air muka pengantin di hari persandingan itu nanti kerana
segala kekotoran dan perkara yang membawa sial telah dibuang.

Dalam istiadat berinai keci, pada malamnya pengantin lelaki datang sebentar sahaja
selepas waktu maghrib ke rumah pengantin perempuan. Selepas pawang membacakan
doa dan jampi mentera, barulah pengantin pulang. Pengantin perempuan pula , selepas
berinai akan didudukan di atas pelamain.

Istiadat berinai besar pula, dilakukan pada keesokan harinya. Di sini kedua-dua
pengantin mengambil bahagian, dimulai dengan menepung tawar. Selepas itu kedua
pengantin mengangkat tangan dan menyembah sebagai tanda hormat dan berterima kasih.
Tujuan istiadat ini adalah untuk mengukur kebersihan dan kesucian kedua pengantin,
kerana inai ini dianggap mengandungi berkat atau sebagai satu cara penyucian dan
perlindungan. Ini adalah kerana pada lazimnya kedua bakal pengantin dianggap sebagai
'wangi' dan darah mereka sebagai 'manis'.

1.1.4 Bersanding mandi berlimau


Bersanding merupakan puncak istiadat perkahwinan di mana keuda-dua pengantin
didudukan di atas pelamin. Keduanya dipakaikan dengan lebih indah dan dari situlah
timbulnya konsep 'raja sehari'.

Pengantin lelaki akan dijemput dengan 'sirih lat-lat' dan setibanya di rumah pengantin
perempuan ia akan disambut dengan taburan beras kunyit dan renjisan air-mawar.
Kemudian barulah dipersilakan naik dan masuk ke dalam.

Waktu dahulu adat 'cukai pintu dan 'cukai pelamin dikenakan sebelum bersanding.
Semasa bersanding pengantin lelaki duduk di sebelah pengantin perempuan. Sambil
bersanding diadakan majlis 'makan semangat' sambil berkelakar.

Pada malamnya diadakan makan berdamai sambil pengantin perempuan melayan


suaminya. Usik megusik dan gelak ketawa akan meriangkan lagi suasana ketika itu.

Dalam upacara mandi berlimau, pengantin dimandikan secara langsung. Dilakukan sehari
selepas hari langsung dan sebagai upacara penamat. Selepas itu air lebihan mandi
pengantin akan disiramkan kepad orang ramai yang menyaksikan bagi tujuan mendapat
berkat. Biasanya mereka dimandikan di atas balai yang dibuat khas ,di depan tangga atau
di tempat lapang. Bacaan doa akan mengakhiri upacara ini.

2.0 Perkahwinan Dalam Masyarakat India

Perkahwinan dalam masyarakat India adalah berbeza dengan masyarakat Melayu. Bai
orang India yang bergama Hindu mereka menganggap perkahwinan adalah sebagai satu
kewajipan agama. Sebagai satu kewajipan agama. Ikatan perkahwinan antara lelaki dan
perempuan juga dipandang sebagai satu perjanjian yang suci. Bagi kaum lelaki pula,
perkahwinan adalah merupakan suatu perkara yang mesti diutamakan. Ini disebabkan
ank-anak hasil sebuah perkahwinan dapat menjaga si bapa dalam usia tuanya. Dalam
waktu yang sama, melalui perkahwinan juga dapat melahirkan generasi baru bagi
sesebuah keluarga.

Bagi golongan wanita, perkahwinan adalah menjadi kewajipan bagi keluarga dan ibu
bapa si gadis. Ibu bapa mereka hendaklah berusaha supaya di anak dikahwinkan dengan
segera. Kegagalan mereka untuk mendapatkan jodoh si anak akan memalukan keluarga (
Siti Razmah Hj. Idrid & Fatimah Azzahra, 1996)

2.1 Perkahwinan dalam masyarakat India juga melalui beberapa peringkat tetapi dari
segi ritual berlainan cara dan tujuan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India
terdiri daripada pelbagai suku kaum, jesteru itu maklumat berikut hanya memaparkan
adat resam masyarakat India secara umum.

2.1.1 Merisik

Bederapa aspek dalam merisik perlu diberi perhatian seperti etnik, sub etnik, kasta dan
agama. Selain itu faktor-faktor ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti
umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupas paras dan latar belakang
keluarga turut diambil kira. Makulumat boleh diperolehi secara langsung dari pihak yang
terlibat dan tidak langsung dari saudara mara.

2.1.2 Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Selepas merisik bakal pengantin lelaki akan ke rumah calon isteri untuk melihat sendiri
rupa paras dan perawakan. Adat ini dipanggil sebagai pen paarttal. Wakil pengantin
lelaki perlu datang dalam jumlah yang ganjil sambil membawa buah tangan seperti
kelapa, sirih, pinang,cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum sebagai
tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengiratkan lagi kekeluargaan.
Pihak perempuan akan mengambil barang tersebut jika bersetuju. Jika tidak hanya
dilayan sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan
menghidangkan air minuman dan memberi layanan yang baik. Pada masa itulah
pengantin lelaki akan berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi.
Kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan tetapi bakal pengantin perempuan tidak
turut serta. Adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal
pengantin lelaki.

2.1.3 Kaji Kecocokan Pengantin

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal


dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep penceraian.
Terdapat 21 aspek untuk menentukan kesesuaian bakal pengantin dengan cara tilikan
dimanak Hindu. Di antara yang masih diamalkanoleh masyarakat Hindu iaitu Tina
Poruttam / natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka, Yooni
poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam
dan Veetai poruttam.

2.1.4 Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam bilangan yang ganjil dengan
membawa beberapa barang seperti kelapa, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan
kukum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Apabila sampai ke rumah pengantin
perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai nperkahwinan
tersebut. Jika kedua belah pihak bersetuju janji akan diikat. Bakal pengantin lelaki
seterusnya akan melafazkab janji bagi menyatakan persetujuan mengahwini bakal
pengantin perempuan dan seterusnya akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai
tanda ikatan kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang diinamakan
taambuulan marrutal, seterusnya membincangkan hari perkahwinan dan belanja
pengantin perempuan. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan
dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.
2.1.5 Beri Hadiah – Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa
adalah pemberian hadian sebelum hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah padi sebelum
perkahwinan dilangsungkan. Parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat
pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki
dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang

Bibliografi

Haji Mohtar bin H. Md Dom. (2001). Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu. Petaling
Jaya. Federal Publications Sdn. Bhd.

Siti Razmah Hj. Idris & Fatimah Azzahra (1996). Orang India. Petaling Jaya. Penerbit
Penang.

Anda mungkin juga menyukai