Anda di halaman 1dari 1

Pengarah,

Alliancesteel(M) sdn bhd


Kawasan Industri
Malaysia-China Kuantan,
Jalan Gebeng By Pass,
26080 Kuantan, Pahang 8hb Mei 2020
Tuan,
BANTAHAN TINGGAL DI ASRAMA SECARA PAKSAAN SEMASA PKPB.
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk
2. Berhubung dengan ucapan Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato'
Haji Muhyidddin bin Haji Mohd Yassin mengenai pembukaan sektor ekonomi di
Malaysia. Terdapat pihak majikan yang dibenarkan beroperasi bermula 4/5/2020 dengan
syarat mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
3. Saya Mohamad Alnazeri bin Samsuri dari Coking Plant mendapati pihak
majikan telah mengeluarkan 1 notis pada 6 /5/2020 yang menyatakan pekerja perlu
membuat 3 pilihan iaitu A (kembali bekerja), B (cuti tanpa gaji) atau C (berhenti kerja).
Notis ini juga seperti telah diputuskan tanpa mengambil kira beberapa aspek yang
penting seperti kebajikan pekerja dan tanggungjawab pekerja.

4. Pekerja yang ingin kembali bekerja dipaksa untuk tinggal di asrama sepanjang
tempoh PKP tanpa sebarang pengecualian walaupun tiada tertulis di dalam surat
perjanjian antara pekerja dan majikan. Asrama adalah 1 pilihan bukan 1 kewajipan
pekerja untuk menginap di asrama. Merujuk pada surat kebenaran beroperasi yang
dikeluarkan oleh MITI, pekerja tidak diwajibkan untuk tinggal di asrama malah pekerja
blh melakukan pergerakan dri kediaman sehingga ke tempat kerja.

5. Saya juga telah difahamkan bahawa pekerja hendaklah menjalani saringan


covid19 terlebih dahulu sebelum memasuki kerja, tetapi pihak Majikan malah melakukan
proses kuarantin beberapa hari terlebih dahulu pada pekerja yang membuat pilihan A
sebelum menjalankan proses saringan covid19 dan pekerja terpaksa menunggu lagi
beberapa hari untuk mendapatkan keputusan ujian. Dengan tahap kebersihan asrama,
kebersihan makanan dan status halal masakan yang disediakan oleh pekerja warga asing
dengan menggunakan peralatan yang dipercayai telah digunakan oleh non muslim, ramai
pekerja Muslim mempersoal tahap halal makanan yg disediakan.

6. Saya juga di maklumkan bahawa, ramai pekerja yang mempunyai tanggungjawab


pada keluarga. Terdapat isteri pekerja yang sedang hamil dan mempunyai anak yang
masih kecil. Pilihan A ini akan mencetuskan kerisauan pekerja semasa bekerja dan ianya
boleh mengganggu emosi pekerja.
7. Untuk pilihan B, ianya seperti pilihan yang menekan pekerja untuk memilihnya
atas dasar tidak mampu penuhi syarat kembali bekerja sedangkan pekerja ingin kembali
bekerja secara melakukan pergerakan dri kediaman ke tempat kerja dengan alasan yang
munasabah. Pilihan B ini telah bercanggah dengan saranan pihak kerajaan iaitu membuat
pembayaran gaji seperti yg disarankan. Jika terdapat kerugian, majikan boleh membuat
rundingan antara pekerja dan bukannya majikan menekan pekerja untuk bercuti tanpa
gaji.
8. Saya berharap, pihak Majikan dapat mempertimbangkan balik keputusan pihak
Majikan untuk meneruskan hasrat menekan pekerja untuk tinggal di asrama secara
paksaan ini.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai