Dikuduskanlah nama-Mu
Datanglah Kerajaan-Mu
Jadilah kehendak-Mu
Dan janganlah masukkan kami ke dalam percubaan, tetapi bebaskanlah kami dari
yang jahat
Kerana engkaulah yang empunya kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai
selama-lamanya. Amin
Bapa Syurgawi, terima kasih atas kurnia kesihatan yang telah engkau berikan
kepada kami. Terima kasih bapa kerana telah menjaga kami sepanjang perjalanan
kami turun ke sekolah pagi tadi agar dapat terus berhimpun bersama rakan-rakan
kami pada hari ini. Bapa yang mahakuasa,hari ini kami memohon berkat daripadaMu
untuk memberkati Majlis Sambutan Hari Malaysia SK Kem Skrang agar majlis ini
berjalan lancar selaras dengan kehendakmu. Berkati majlis ini agar majlis ini dapat
terus membina ikatan persahabatan di antara kami Ya Tuhan. Berkati juga AJK2
yang telah berusaha memastikan majlis ini berjalan dengan lancar seperti sekarang
Ya Bapa agar mereka terus dilimpahi dengan berkat kurniaMu. Kami menyerahkan
doa kami ini dalam nama anakmu Jesus Juruselamat Kami. Amen.