Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KARNIVAL JUALAN LELONG VAGANZA


2020
BERSAMA RAKYAT

TARIKH :

06HB FEB - 16HB FEB2020

TEMPAT :

DATARAN PONTIAN

JOHOR DARUL TAK’ZIM


1. PENDAHULUAN
Kertas ini bertujuan untuk menerangkan serta memaklumkan mengenai
pelaksanaan KARNIVAL JUALAN LELONG VAGANZA 2020 BERSAMA RAKYAT,
adalah untuk memberi peluang, khususnya kepada seluruh warga
Pontian dalam menceburi bidang keusahawanan bagi menjana
pendapatan sampingan sebagai peserta di karnival berkenaan.
Disamping itu, kami turut membuka ruang kepada seluruh warga
Pontian untuk berbelanja secara bijak dalam membuat pilihan
terhadap pelbagai barangan /product berkualiti yang dijual dengan
harga berpatutan dan mampu milik disepanjang karnival ini
berlangsung.

2. OBJEKTIF

Objektif program ini adalah berdasarkan atas konsep 3M sebagaimana


berikut :

2.1. Memberi peluang dan pendedahan hidup gaya kini sebagai

pengguna bijak yang mengambil peluang berbelanja pada


product yang berkualiti dengan harga yang berpatutan serta
mampu

2.2. Meningkatkan kesedaran masyarakat amnya para belia untuk

menjana pendapatan dengan menjadikan karnival yang di


anjurkan ini sebagai batu loncatan untuk mereka menceburi
bidang keusawanan selaku ahli / peserta yang dapat
menjalankan aktiviti perniagaan yang sihat serta berintegriti

2.3. Memupuk masyarakat yang mampu Melahirkan generasi akan


datang sebagai usahawan yang mengamalkan konsep 3B
Berkemahiran, Berpretasi dan Berintigriti
3. ANJURAN :
Karnival Jualan Lelong Vaganza 2020 Bersama Rakyat ini , dianjurkan
oleh GABUNGAN PERSATUAN PENJAJA DAN PERNIAGA MELAYU NEGERI
JOHOR (GAPEMA)

4. TARIKH DAN TEMPAT


~ 06HB FEBUARI - 16 FEBUARI 2020
~ DATARAN PONTIAN JOHOR

5. KAEDAH PELAKSANAAN & KESAN

Pelbagai acara/aktiviti yang berkonsepkan Program keusahawanan /


Program keagamaan & Kasidah / Mencungkil Bakat baru dalam bidang
kesenian nyayian @ Lakunan / Kelas Zumba & Pocho-pocho serta
pertandingan kebudayaan Johor seperti kompang dan Zapin turut
dicadangkan untuk memeriahkan festival ini. Pemilihan acara yang
dicadangkan ini amat bersesuaian dengan objektif untuk
mengumpulkan lebih ramai masyarakat khususnya para belia
berkumpul di satu lokasi khusus yang secara tidak langsung dapat
memberi menfaat dan menghindarkan mereka dari mengamalkan
budaya lepak yang tidak berfaedah.

6. PROGRAM PROMOSI
• Dalam usaha menarik masyarakat ke program ini flyer akan
dikeluarkan khusus kepada acara – acara yang berbentuk
pertandingan serta program-program yang berkaitan dengan
pengisian kerjaya usahawan
• Banner di lokasi pertandingan/ program juga akan dikeluarkan
oleh penganjur
• Hebahan dalam bentuk surat jemputan kepada Agensi
Kerajaan/Jabatan yang dikenal pasti akan turut dikeluarkan oleh
penganjur
7. PENUTUP
Diharapkan dengan pelbagai pendekatan dan input yang diberikan akan
dapat mencetuskan satu impak yang sangat bermakna kepada para peserta
dan masyarakat sekitar khususnya bagi menerap serta menanam sifat-sifat
jatidiri, perihatin, patriotisme, kecintaan kepada negara, bertanggungjawab,
bekerjasama dan bersedia untuk berubah kepada kehidupan yang lebih
bermakna dalam menjalani kehidupan yang lebih harmoni amnya selaku
Bangsa Johor yang lebih berwawasan di era 2020.

TAPAK CADANGAN KARNIVAL

TAPAK
CADANGAN
KARNIVAL

DICADANGKAN SEBANYAK 40 UNIT CONOPY USAHAWAN AKAN


DITEMPATKAN DI KARNIVAL BERKENAAN.
Oleh yang sedemikian, atas segala Kerjasama dari Tuan, pihak Jawatankuasa
GAPEMA mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga. Semoga
segalanya dalam penerimaan pihak tuan. Sekian Terima Kasih

” MENERAJUI USAHAWAN BERPRETASI & BERINTEGRITI ”

.......................................................
(HJ.AB KAHAR BIN MASHURI)
Pengerusi GAPEMA
Negeri Johor

Anda mungkin juga menyukai