Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA INTERVENSI PSIKOMETRIK

1.0       PENGENALAN

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran
psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran
objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap , personaliti dan pencapaian
pendidikan. Ujian Aptitut adalah sejenis ujian psikometrik (ujian yang mengukur trait
psikologi seperti kebolehan am, potensi dan personaliti). Ujian yang mengukur
potensi murid sekolah rendah untuk berjaya dalam pembelajaran yang akan
dilaluinya di masa hadapan mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan. Ujian ini
mampu meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang
khusus untuk mereka. Ia juga digunakan sebagai satu alat pentaksiran alternatif
yang digunakan untuk tujuan pemilihan. Tujuan Ujian Aptitut dijalankan untuk
mendapat data bagi tujuan pemilihan murid – murid yang lain memasuki program
khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Menengah
Agama dan tujuan pemilihan yang lain. Ujian Aptitut ini dijalankan kepada murid
tahun 6 setiap tahun. Oleh itu guru kaunseling perlu menjalankan intervensi umum
dan intervensi khusus untuk membantu murid melalui ceramah, kaunseling dan
bimbingan individu, kaunseling dan bimbingan kelompok, penjelajahan kerjaya dan
sebagainya.  Melalui program ceramah ini dapat membantu murid memahami minat
mereka dalam kerjaya dan mengetahui bidang akademik yang perlu diberi perhatian.

2.0       MATLAMAT
           
Murid dapat mengenal pasti kebolehan semula jadi , personaliti, bakat, minat dan
kecenderungan mereka dalam 9 bidang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau
realistik.
3.2 Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan
individu dan menyediakan maklumat tentang personality kerjaya yang
realistic bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid.
3.3 Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi
meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi
murid.

4.0       TARIKH/MASA/TEMPAT

             TARIKH : Sepanjang Bulan September


            MASA : Kelas Ganti / Sit in dan Bimbingan Individu
            TEMPAT      :  SK Saint Edmund

5.0       SASARAN
71 orang murid Tahun 6
6.0       JAWATANKUASA
Pengerusi                               : Encik William Anak Awanhg (Guru Besar )
Timbalan Pengerusi                : Puan Dayang Joraini Binti Bujang
                                                            (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Setiausaha                              : Puan Uji Anak Midin

Bendahari : Puan Juraidah Binti Bara

7.0       SUMBER KEWANGAN

7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

                 
8.0 PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Harga (RM) Jumlah (RM)
1. Poster A3 18 keping 18 324.00
2. Banner 2ft x 4ft 1 keping 1 40.00
JUMLAH KESELURUHAN 364.00

9.0     PENUTUP

Poster ini diharapkan dapat membantu murid untuk memilih bidang akademik yang ingin
diceburi berdasarkan minat serta personaliti mereka. Selain itu, ia juga membantu murid
dalam memilih kerjaya pada masa hadapan. Diharapkan juga murid dapat membantu diri
untuk membentuk jati diri  yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

( UJI ANAK MIDIN) (WILLIAM ANAK AWANG)

GURU BIMBINGAN SK SAINT EDMUND GURU BESAR SK SAINT EDMUND