Anda di halaman 1dari 3

SOLAT JUMAAT

Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat[sunting | sunting sumber]


Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk
mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati
Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang
demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-
Jumu'ah: 9)

Hadis tentang Solat Jumaat[sunting | sunting sumber]


Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali
empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki,
perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat wajib solat Jumaat[sunting | sunting sumber]


1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki - tidak diwajibkan berjemaah untuk orang perempuan.
6. Sihat - tidak wajib berjemaah bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib berjemaah bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat[sunting | sunting sumber]


1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan
seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang BERIMAN yang
tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafii).
4. Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat).

Haram tinggalkan solat Jumaat[sunting | sunting sumber]


Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya
adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum
Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal
dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya
lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin
sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan
menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat[sunting | sunting


sumber]
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari
menunaikan solat Jumaat secara berjemaah, mereka hanya perlu solat zuhor seperti biasa:
1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan
penyakitnya.
2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
5. Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari


Jumaat[sunting | sunting sumber]
1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
2. Memotong kuku sampai pendek.
3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
4. Bersugi.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
7. Bersegera pergi ke masjid.
8. Berniat Iktikaf.
9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Anda mungkin juga menyukai