Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SK PERMAS JAYA 4

PENGENALAN

Program pembangunan sukan bola sepak ini dirancang bagi membentuk satu pasukan bola sepak
bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4 yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak MSS
Zon Johor Jaya yang akan diadakan pada bulan februari 2018. Matlamat pasukan bola sepak bawah 12
tahun SK Permas Jaya 4 adalah untuk memasuki peringkat suku akhir. Untuk memastikan pasukan bola
sepak bawah 12 tahun mencapai matlmat yang di tetapkan, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi
menyediakan perancangan program latihan pada waktu pagi. Jurualtih merupakan individu yang
memainkan peranan utama bagi melaksanakan program latihan. Oleh itu, akibat daripada masa yang
agak singkat, latihan bola sepak akan diadakan pada waktu pagi.

2.0 RASIONAL

Pemain-pemain perlu persediaan yang cukup sebelum menyertai sebarang


pertandingan.Persediaan merangkumi aspek fizikal,mental dan emosi.Pemain juga perlu menguasai
teknik permainan serta taktikal. Oleh itu,satu program perlu dirancang untuk tujuan tersebut.

3.0 MATLAMAT

Program latihan ini adalah untuk memberi persediaan yang cukup kepada pemain-pemain dari
segi mental,fizikal dan emosi sebelum menyertai pertandingan sebenar.

4.0. OBEJKTIF PROGRAM

Program latihan ini di adakan untuk mepertingkatkan kecergasan dari pelbagai aspek seperti
dayatahan kardiovaskular, dayatahan otot, kepantasan, kekuatan seterusnya menyediakan pemain dari
segi persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal dan persediaan psikologi untuk
menghadapi pertandingan mahupun kejohanan sebenar. Antara objektif program ialah seperti berikut :

4.1 Menyediakan pasukan bolsepak bawh 12 tahun ke Kejohanan Bola sepak MSS Zon.
4.2 Semua pemain dapat mengusai kemahiran dan meningkatkan kemhiran bola sepak
melalui program yang lebih sepsifik dan sistematik.
4.3 Pemain dapat membiasakan diri dengan perancangan dan juga taktikal.
4.4 Persediaan pemain dripada segi psikologi ,penetapan matlamat dan motivasi.

Kesimpulannya objektif program tersebut antaranya menyediakan pemain dari aspek persediaan mental
untuk menghadapi suasana pertandingan sebenar. Ianya adalah satu prosedur yang saintifik dan
sistematik seterusnya akan dapat membantu pemain untuk persediaan fizikal, teknikal dan taktikal
apabila menghadapi pertandingan sebenar.

5.0 MAKLUMAT KEJOHANAN MSS ZON JOHOR JAYA


Tarikh : 8 - 10/02/2018
Tempat : SK Permas Jaya 1
: SK Permas Jaya 2

6.0 JADUAL LATIHAN BOLA SEPAK

Hari : Setiap pagi Isnin - Khamis


Masa : 7.20 pagi - 8.50 pagi
Tempat : Padang SKPJ4
Jenis-Jenis Latihan Kemahiran

Antara tujuan seseorang pemain mengawal bola ialah untuk menstabilkan bola yang ditujukan
kepadanya supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan dengan mudah. Bahagian-bahagian badan yang
boleh digunakan bagi tujuan mengawal pergerakan bola antaranya melalui :

i. Hujung kaki iaini bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan bahagian luar
tapak kaki
ii. Batang kaki iaini peha dan bahagian bawah lutut.
iii. Bahagian dada.
iv. Bahagian perut.

Kemahiran Mengawal Bola

Langkah-langkah berikut dapat dipraktikan dalam latihan kemahiran mengawal bola, antaranya
ialah :

Latihan Berpasangan

Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya, bola diumpan ke pelbagai aras dan
arah.

i. Kepala, dada, perut dan lutut.

ii. Bola leret dari kiri, kanan dan depan.

ii. Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.

Latihan Berkumpulan

Latihan Mengawal Bola Dalam Bulatan

Seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan, seterusnya mengumpan kepada pemain lain
seorang demi seorang, selepas satu pusingan, pemain lain pula akan mengambil tempatnya di tengah
bulatan.
Latihan Mengawal Bola Dalam Barisan

Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan
kemudiannya menolak bola kembali kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal bola akan
menjadi pengumpan baru.

Tendangan dan Hantaran

Sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai teknik melakukan
tendangan dan hantaran yang yang berkualiti. Kebolehan membuat tendangan dan hantaran sangat
mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaring. Latihan kemahiran ini amat penting untuk
menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya.

Jenis-Jenis Tendangan

Untuk menguasai kemahiran membuat hantaran, seorang pemain haruslah mempunyai kebolehan
menendang. Terdapat tiga jenis tendangan asas yang harusi dimiliki oleh seorang pemain iaitu :

i. Membuat tendangan leret


ii. Membuat tendangan tinggi
iii. Membuat tendangan voli
PENUTUP

Jurulatih seharusnya meningkatkan ilmu dari aspek merancang dan menyediakan program
latihan. Perancangan yang teliti adalah menjadi satu keperluan.

Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan dapat menilai
sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Di samping itu jurulatih
mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran bola sepak yang masih belum dikuasai
oleh pemain. Dengan adanya program latihan ini, jurulatih atau guru-guru akan dapat menilai
keberkesanan latihan yang dilaksanakan.

Program latihan ini sesungguhnya memberikan motivasi kepada pemain untuk meningkatkan
prestasi berpandukan keupayaan dan kelemahan mereka dalam aspek-aspek pergerakan dan kemahiran
yang tertentu. Di samping itu atlit akan dapat lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan yang sebenar.
Perancangan dari semua aspek termasuk kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa di samping
menerapkan faktor psikologi mental kepada pemain-pemain agar pemain lebih bersedia menghadapi
kejohanan atau pertandingan sebenar.

Disediakan oleh Disemak oleh

________________ ___________________
Muhammad Safuan bin Razali Pn Anida bt Baharom
Jurulatih pasukan bola sepak GPK Kokurikulum
SK Permas Jaya 4 SK Permas Jaya 4

Dishakan oleh

___________________
Pn Rosni bt Kassim
Guru Besar
SK Permas Jaya 4
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BOLA SEPAK
SK PERMAS JAYA 4

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD SAFUAN BIN RAZALI
(JURULATIH PASUKAN BOLA SEPAK SK PERMAS JAYA 4)

“BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN SUKAN”

Anda mungkin juga menyukai