Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEDAS Kod Sekolah: NEA 3038

1. Nama Guru MOHAMMAD RIDZUAN BIN ZAIDIN

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang:Pedagogi

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan 5. Muka Surat:163

6. Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd


7. Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-
kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang
seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku
sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar
yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada
kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan
individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti
menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid,
memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,
toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik
menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah
infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan
disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik
tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan
dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang
kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik,
kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat
diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang
digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti
pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas
guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap
dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai
yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang
permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa
jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.

1 Kesimpulan
0

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya dipermudahkan
dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat
contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

Anda mungkin juga menyukai