Anda di halaman 1dari 1

Isu perbincangan negara sekarang semua berseloroh membincangkan mengenai isu

makanan segera. Hal makanan segera ini bukan suatu isu yang baru tetapi telah
ditimbulkan oleh orang ramai dan kerajaan sendiri. Dan sekarang kerajaan ingin
mengambil langkah membendung makanan segera ini dengan cara mengharamkan iklan
iklan di media television. Langkah yang serupa juga telah dilakukan di UK pada tahun
2006 oleh sebuah badan bernama Office For Communications (OFCOM) yang diketuai
oleh Jamie Oliver.

Jadi apakah makanan segera sebernanya? ramai berpendapat ianya datang dari sebuah
terma oleh Michael Jacobson pada tahun 1972 lagi. Tapi kebanyakan orang Malaysia di
negara ini, definisi makanan segera adalah makanan yang berupa mi segera, makanan
ringan dan restoran-restoran makanan segera yang merata-rata jumlah di negara ini
seperti KFC, McDonald,Pizza Hut dan sebagainya.

Di dalam hal ini kita tidak boleh menundingkan jari pada sesama kita dan terus
mengharamkan penyiaran iklan makanan segera dan beranggapan semua masalah ini
akan selesai. Ini tidak akan berlaku dan tidak akan selesai masalahnya jika dibuat begini.
Lihat saja pada rokok, iklan berkenaan mereka telah diharamkan, harga telah dinaikkan
berkali ganda, kempen kerajaan telah berjuta dihabiskan untuk kempen memberhenti
rokok. Tapi mengapa masih ada manusia iaitu seperti saya masih menghembuskan asap
rokok dihari ini? Adakah langkah tersebut kurang berkesan? atau perokok seperti kami
masih degil?

Jawapannya adalah pada produk itu sendiri! Zaman sentiasa berlalu, dan pada peredaran
masa ini kita sudah didedahkan atau dibiasakan dengan benda-benda sebegitu di zaman
ini. Face it! Today’s technology membuatkan kita bertambah mudah, cepat dan semakin
malas. Seperti contoh, pada ketika kita membuat kerja di pejabat. Ketika kita terlampau
sibuk, dan tiada masa untuk memikirkan benda lain dan perut kita berbunyi kelaparan
amat sangat.

A. Adakah kita akan pergi ke kedai memilih lauk dan beratur membayar di kaunter?
B. Angkat telefon dan hubungi mana-mana restoran makanan segera?

Sudah tentu jawapannya B bukan? Dengan suasana kerja yang terlampau sibuk kita
hendakkan suatu benda yang pantas bukan? Itulah mentaliti orang zaman sekarang ini,
diamana sahaja tidak kira diamana jua. Untuk mengubah persepsi tersebut memerlukan
suatu usaha yang keras dan berterusan. Jadi jawapan kepada permasalahan tersebut
adalah dengan cara mengurangkan bahan-bahan dalam makanan tersebut yang
diketahui boleh membawa kita kepada kesan yang tidak baik pada tubuh badan.

Tapi itu dari sudut cara mengawal pemakanan makanan segera, tapi jika ditanya apakah
langkah sebenar mencegah penyakit kronik di Malaysia ini, jawapannya bukan sahaja
pada makanan segera tetapi pada gaya hidup kita. Adakah kita bersenam? melakukan
tekan tubi? berjogging? melakukan warm up setiap pagi sesudah bangun pagi? hanya
segolongan minor sahaja rakyat Malaysia di negara ini melakukan semua tersebut. Lihat
sahajalah berapa ramai yang berjogging di taman rekreasi berbanding yang berdating?

Tanya-tanyalah diri anda sekarang, bagaimanakah gaya hidup anda sekarang? jika ianya
sama seperti diatas, lakukanlah sesuatu.. Selamat bersenam!

Anda mungkin juga menyukai