Anda di halaman 1dari 2

Kuliah 2

Nama : Leong Reh Xing

Tarikh : 30/8/2020 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

1. Berikan takrifan bahan bercetak.

 Bahan bercetak bermaksud bahan yang mempunya tulisan dan wujud secara fizikal.
 Bahan bercetak merupakan maklumat yang direkodkan dan disimpan di atas suatu
barangan fizikal.
 Bahan-bahan cetak merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah
didapati dan disediakan serta mempunyai tulisan dan wukud secara fizikal.

2. Menyenaraikan contoh bahan bercetak mengikut kategori.

Bahan bercetak tidak bergambar:


 Surat
 Risalah
 Jurnal
 Buku
 Majalah
 Buku rujukan
Bahan bercetak bergambar:
 Poster
 Carta
 Peta
 Katalog
 Ensiklopedia

3. Menjelaskan kekuatan dan kelemahan bahan bercetak.

Kekuatan:

 Menambah minat pelajar tentang mata pelajaran sejarah dan lebih memahami tentang
pembelajaran contohnya murid disediakan gambar tentang peristiwa sejarah.
 Mewujudkan rangsangan awal kepada murid untuk mempelajari topik sejarah.
Rangsangan awal yang diwujudkan melibatkan rangsangan deria mata dan tangan
apabila mereka melihat dan menyentuh bahan bercetak.
 Memudahkan murid dalam memahami sesuatu tajuk pada masa yang sama ia juga
menarik minat murid agar mereka memberi tumpuan yang sepenuhnya kerana
sebahagian murid mengganggap sejarah sebagai subjek yang membosankan, oleh itu
mereka memerlukan bahan-bahan bercetak yang mencukupi.
Kelemahan:
 Bahan bercetak dalam bentuk buku terlalu tebal dan tidak mudah dibawa. Contohnya
buku teks, kamus.
 Maklumat dalam sumber bercetak juga tidak terkini disebabkan peredaran zaman ini lalu
menyebabkan ketinggalan zaman. Maklumat-maklumat bahan bercetak adalah terhad
dan tidak boleh sentiasa diperbaharui seperti sumber bahan elektronik dan turut
menyebabkan pelajar kurang minat akannya.
 Bahan bercetak tidak dapat tahan lama kerana ia adalah diperbuat daripada kertas.
Contohnya muka surat dalam buku lama menjadi kuning, warna tidak cerah. Hal ini akan
menyebabkan murid tidak minat dan mungkin berasa geli apabila membacanya.
 Bahan bercetak berkemungkinan terjejas kualitinya dari segi tulisan sekiranya tidak
simpan secara berkesan dan tidak dijaga secara rapi. Contohnya, bahan-bahan
bercetak juga mudah dimakan oleh anai-anai dan kulat sekiranya cara penyimpanannya
adalah tidak berkesan.

Anda mungkin juga menyukai