Anda di halaman 1dari 2

KRINGGGGGGGGGGGG !!!!!!!

KREINGGGGGGGGGGGGGGG !!!!!!!

KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG !!!!!!

PAAPPPP!!!!!

Diamlah jam , aku nak tidur ni lagi fahamilah perasaan aku . Aku tidur kejap jer lagi , kejap jer lag…..

Woargghhhhhh ….

Aku menguap panjang

Aku bangun dari tempat tidurku . Masih dalam keadaan separa sedar , aku kemas katil aku dan
membuka langsir .

Arghhhhh !!! Cahaya apa ni ?! Ni mesti cahaya neraka ! KOMPOM !!

Haihh … Macam lama sangat aku tak buka langsir rumah aku ni . Kali terakhir aku buka mungkin 2
tahun lalu sebelum ayah…..

PAPPPPPPP!!!!!

Aku tampar kedua belah pipiku dengan agak kuat .

Aku tak boleh dah murung murung ni . Aku mesti jadi kuat macam ayah , bukan , lebih kuat . Aku dah
janji dengan ayah untuk hidup demi dia. Walaupun ayah cakap jangan , tapi aku tetap dengan
pendirian ku .

Aku mula berjalan ke tingkat bawah untuk mandi . Aku tinggal sendirian . Boleh dikatakan rumah aku
ni agak besar sebab memang ala ala western punya style . Selesai jer mandi , aku pergi bersiap di
bilikku . Setelah itu , aku ke dapur untuk menyiapkan sarapan sebelum aku ker sekolah . Harini
menu aku agak ringkas , nasi lemak sebab alang alang dah ada santan dengan sambal yang dah aku
beli semalam , baik aku gunakan sepenuhnya .

Setelah selesai , aku bawa nasi lemak ke ruang tamu untuk aku makan . Sambil menikmati nasi lemak
yang aku makan , aku membuka tv .

\
BERITA TERKINI !!!

Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Sari di Tawau telah diserang oleh sekumpulan pengganas.
Kejadian dikatakan berlaku kelmarin pada jam 11.43 pagi semasa waktu pembelajaran . Semua
pelajar dan kakitangan di sekolah tersebut terkorban dalam serangan tersebut . Menurut saksi yang
tinggal berdekatan , mereka tidak mendengar bunyi tembakan senjata api ataupun apa – apa bahan
letupan .

Keterangan saksi yang lain , mereka melihat seperti hemisfera berwarna ungu mengelilingi seluruh
Kawasan sekolah .

Ketua Polis Tawau memberi penjelasan ,“Identiti kumpulan pengganas telah dapat dikenal pasti ,
mereka adalah Revive . Kumpulan pengganas yang terdiri daripada ahli ahli yang boleh
menggunakan Element . Dalam kata lain , mereka adalah USER . Jadi kami akan berusaha sedaya
upay..

TITTT

Aku menutup televisyen . Bukannya aku tak berminat dengan berminat dengan berita tadi , Cuma
jam menunjukkan 6.30 pagi , masanya untuk aku ke sekolah .

HAAAAAA … HAAAAA…

Aku berlari dengan laju dengan kelajuan aku sendiri pun belum pernah saksikan . Sebabnya ? Aku
terlupa pelajar mesti berada di sekolah pada 6.45 pagi pada hari pertama untuk sesi pembukaan .

Anda mungkin juga menyukai