Anda di halaman 1dari 1

ARAHAN DAN PANDUAN MURID UNTUK PENTAKSIRAN

KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL) TAHUN 2020

Sebelum Taklimat:
1. Murid bersedia di luar Bilik Komputer 10 minit sebelum Taklimat Pentaksiran bermula.

2. Pastikan SOP penjarakkan sosial diamalkan termasuk pengunaan ‘surgical mask’.

3. Kasut murid disusun elok di luar Bilik Komputer.

4. Hand Sanitiser disediakan kepada murid sebelum masuk ke bilik komputer.

5. Murid mencatat nama pada buku rekod pengunaan Bilik Komputer.

6. Murid tandatangan kehadiran pada borang kehadiran menduduki Pentaksiran PKL

7. Guru memastikan murid berada pada meja yang telah ditetapkan seperti pada jadual pentaksiran.

8. Murid duduk dan menunggu arahan/taklimat daripada guru.

Semasa Taklimat:
1. Guru menerangkan panduan mengakses ke pautan ‘Pentaksiran PKL 2020’.

2. Guru memastikan murid berada pada tapak yang betul seperti pada panduan pengoperasian PKL
2020.

3. Guru menerangkan modul pentaksiran yang perlu dijawab.

4. Guru memastikan maklumat murid seperti nama dan no kad pengenalan adalah tepat.

Semasa Pentaksiran:
1. Murid menjawab soalan berdasarkan jumlah masa yang ditetapkan.

2. Guru membimbing murid yang menghadapi masalah teknikal jika ada.

3. Guru memastikan murid menekan ‘Submit’ selepas selesai menjawab soalan.

Selepas Pentaksiran:
1. Murid yang telah selesai menjawab, boleh balik ke kelas masing-masing.

2. Pastikan tempat Pentaksiran murid kemas dan disanitasikan untuk kegunaan murid yang
seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai