Anda di halaman 1dari 5

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

Cikgu HailmiJumaat, Januari 01, 2016


Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama
ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring dengan
perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai
teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada abad
terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.

Saya kongsikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21. Selamat
beramal!

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung
jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek
yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai
ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3.  Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid


Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan
perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21
seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka. 

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya.
Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan
membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran
untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi
masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki
kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting
bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan
pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini
untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi
mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.
10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
Cikgu HailmiSelasa, Januari 13, 2015
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah
seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar
harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian
murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke
21 yang boleh dimanfaatkan.

INFO LENGKAP : Pembelajaran Abad ke 21 

Ciri pembelajaran abad ke 21

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun
penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa
berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran


mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih
bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu
bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai