Anda di halaman 1dari 3

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis.

Yang dihormati barisan para hakim yang adil lagi saksama, yang
saya muliakan guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang dikasihi Allah sekalian.

Kepimpinan Rasulullah SAW, dengarkanlah cerita saya.

Kawan-kawan,

Suatu hari, baginda solat berjemaah dengan para sahabat. Terdengar suatu bunyi sangat
menganggu fikiran Umar al-Khattab yang berada di barisan hadapan ketika itu.

Kruk…Kruk

Kruk… Kruk

Bunyi itu terus berulang setiap kali baginda menggerakkan tubuhnya. Selesai solat, Umar terus
bertanya kepada baginda.

“Apakah engkau sakit, ya Rasul?”

Rasulullah menjawab : “Tidak, Umar; Alhamdulilah aku sihat."

“Kami seperti mendengar seolah-olah sendi di tubuhmu saling bergesekan. Kami  yakin  kalau
engkau sedang dalam keadaan sakit wahai Rasul."

Rasulullah tersenyum. Manis sekali. Baginda kemudian mengangkat jubah sehingga bahagian
perutnya terlihat dengan jelas. Alangkah terkejutnya Umar dan para sahabat melihat perut baginda begitu
kempis, dililiti dengan kain yang berisi dengan batu kerikil. Ternyata baginda sedang menahan lapar!

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agung.” 


(Al-Qalam: 4)

Eh, kawan-kawan masih ada lagi ke pemimpin seperti Rasulullah pada hari ini?

Ada, negara kitakan mempunyai seorang Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V yang
selalu solat berjemaah bersama rakyat dan membantu rakyat yang kesusahan.

(Nasyid)
Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi
Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti
Dunia yang dicari
Takkan di bawa mati

Masya Allah! Jom kita jadi pemimpin seperti Rasulullah!

Kawan-kawan pernah dengar peperangan Zat Al-Riqa’?


Kisahnya begini, seramai 70 orang pendakwah Islam telah pergi mengajar di pedalaman. Tiba-
tiba mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh Kabilah Salim. Rasulullah sangat berdukacita dengan
kejadian ini. Lantas baginda berdoa qunut nazilah selama sebulan tanpa henti supaya Allah memusnahkan
kabilah salim.

(Petikan Doa Qunut Nazilah)


Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Dalam perjalanan menuju ke medan perang, umat Islam hanya mempunyai seekor unta. Baginda
sanggup bergilir-gilir menunggang unta itu dengan para sahabat sehingga kaki baginda dan para sahabat
berlubang-lubang dan kuku jari kaki mereka tercabut, lalu mereka membungkus kaki dengan reja-reja
kain. Dengan pertolongan daripada Allah, peperangan tidak sempat berlaku kerana Kabilah Salim
bertempiaran lari setelah Allah mencampakkan kegerunan dalam hati mereka.

‫ﭐ‬
“Sesungguhnya telah ada bagi kalian pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat dan banyak berzikir kepada Allah.”
(Al-Ahzab: 21)

Tahu tak kisah kawan-kawan kita di Syria dan Rohingya? Setiap hari mereka hidup dalam
ketakutan. Mereka ditembak, dibakar hidup-hidup, dibom sehingga terburai perut dan otak. Tetapi di
manakah peranan pemimpin Islam pada hari ini? Kawan-kawan janganlah kita berhenti berdoa untuk
mereka di sana dan berusahalah mencontohi Rasulullah sebagaimana pemimpin.

Kawan-kawan nak dengar kisah Rasulullah sebagai pemimpin keluarga?

Rasulullah adalah seorang suami, seorang ayah yang sentiasa membantu keluarganya.

Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda yang menjahit kainnya,
menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban).

Rasulullah juga sangat marah kepada suami yang memukul isterinya. Sikap baik Rasulullah
terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri baginda Aisyah   yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak
pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)
 ‫ﭐ‬
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(Al-A’raf: 56)

Semalam saya ada menonton berita, seorang suami sanggup memukul isterinya di khalayak
ramai. Ada juga suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri. Astaghfirullahalazim...beginikah yang
diajar Rasulullah? Kita perlulah berusaha mencontohi Rasulullah sebagai pemimpin keluarga.
(Seloka)
Anak-anak jalan berpimpin,
Singgah membeli buah nona,
Suami adalah pemimpin,
Pasti ditanya Allah di sana.
Rasa sayang…eh!
Kawan-kawan,

Rasulullah sentiasa memimpin dirinya agar berlaku jujur sehingga dipercayai oleh kawan dan
lawan. Ketika berniaga, baginda sentiasa memberitahu dengan jujur harga modal sesuatu barang yang
dijual dan para pelanggan bebas membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Kerana itulah barang-
barang Rasulullah paling laku dan terlajak laris berbanding dengan peniaga lain. 

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam (Al-
Anbiya’:107) 

Lihatlah kawan-kawan, sekarang ini, ramai pemimpin dilaporkan tidak jujur sehingga berlaku
pecah amanah dan rasuah secara berleluasa. Alangkah seronoknya sekiranya semua pemimpin jujur
seperti Rasulullah. Kawan-kawan, bersamalah mencontohi Rasulullah dalam memimpin dirinya sendiri.

(Nasyid)
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya Engkau Rasul mulia.

Kisah Kepimpinan Rasulullah SAW! Sekian.

!‫وابهلل التوفيق والهداية السالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬

Anda mungkin juga menyukai