1. Mengapakah dalam Model Disiplin Asertif Canter, seorang guru perlu menjadi asertif.
- Berdasarkan Model Disiplin Asertif Canter, pengurusan bilik darjah perlu
dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Hal ini kerana guru yang mengamalkan pendekatan asertif mengetahui perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Guru yang asertif juga akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu murid- muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Senario ini memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak, iaitu guru dan murid untuk memahami keperluan masing-masing. Hal ini dapat membantu guru untuk membina persekitaran p&p yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.