Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN “BACK TO SCHOOL”

3 JANUARI 2017

No Agenda Emcee
1 Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat. Para guru dan pelajar mohon Afiqah
berdiri

2 Assalamualikum W.B.T dan selamat sejahtera. Susilawati

Yang berbahagia,
Tuan ACP Hamzah B Hj. Alias
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Yang Berusaha,
Pn Hajah Inson binti Derani
Pengetua Cemerlang SMK Pandan Mewah

Yang Dihormati
Encik Mohd Puard Bin Ahmad
Yang Di Pertua PIBG SMK Pandan Mewah

Yang Berusaha   
Datin Rohayah Binti Abdul Rahman
Penolong Kanan Akademik

Puan Salina Binti Ibrahim


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Abdul Manan Bin Mohd Din


Penolong Kanan Kokurikulum

En Ahmad Sale Bin Khamsen


Pemangku Penolong Kanan Tingkatan 6

       Guru-guru Kanan Matapelajaran


       Guru-guru Cemerlang
       Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
       Barisan Guru
Dan para pelajar yang dikasehi sekalian.
 
Hari ini, Selasa, tanggal 3 Januari 2017, dengan penuh rasa kesyukuran kita
semua dapat berhimpun di dataran Perhimpunan SMK Pandan Mewah
bersama –sama Anggota Polis di Raja Malaysia sempena Pelancaran Majlis ,
Back to School 2017.

3 Majlis perhimpunan rasmi hari ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Afiqah
Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Para tetamu kehormat,
Puan Pengetua, para Pentadbir ,guru-guru serta para pelajar mohon berdiri.
Murid-murid diminta untuk menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

4 Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar Rukun Negara. Bagi mengetuai lafaz Susilawati
ikrar, majlis mempersilakan saudara Muhammad Azam B Rahman dari kelas
6 Atas Aset.

5 Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara Susilawati


…………………………………………. dari Tingkatan …………………
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pimpinan bacaan doa itu Afiqah
tadi.

Mohon perhatian semua. Guru bertugas pada minggu ini ialah: Afiqah
En Abdul Rahman b Jamil sebagai Ketua
Pn Afmalina bt Abdul Malek
Pn Aidawati bt Yusof dan
Pn Ariza bt Ariffin

6 Majlis diteruskan dengan mempersilakan Puan Hajah Inson Binti Derani, Susilawati
Pengetua Cemerlang SMK Pandan Mewah untuk menyampaikan ucapan .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

7 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Inson Binti Susilawati
Derani atas ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi.

8 Sekarang pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Susilawati


Berbahagia, ACP Hamzah B Hj Alias, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Program Back to School
– Usahasama Polis Di Raja Malaysia dan SMK Pandan Mewah tahun 2017

9 Demikianlah ucapan yang sarat dengan mesej berguna daripada Yang Afiqah
Berbahagia, ACP Hamzah B Hj Alias, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih atas
ucapan perasmian yang telah disampaikan itu.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Sahsiah Terpuji 2016 dan


10 Anugerah Kehadiran Penuh 2016.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah


Inson Binti Derani untuk mengiringi ACP Hamzah B Hj Alias, Ketua Polis
Daerah Ampang Jaya bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada
penerima anugerah.

Dimulakan dengan Sahsiah Terpuji 2016.

*rujuk lampiran

Seterusnya Anugerah Kehadiran Penuh 2016


*rujuk lampiran

11 Majlis mempersilakan Puan Hajah Inson Binti Derani untuk menyampaikan


cenderahati kepada Yang Berbahagia ACP Hamzah B Hj Alias, Ketua Polis
Daerah Ampang Jaya.

12 Majlis mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Susilawati
ACP Hamzah B Hj Alias, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya kerana sudi
menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah sebentar tadi. Sebelum
mengakhiri majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput
tetamu kehormat serta semua pentadbir untuk sesi fotografi

13 Sekarang dijemput tetamu kehormat serta semua tetamu dan para pentadbir Susilawati
serta guru-guru untuk satu sessi fotografi dan selepas itu dipersilkan tetamu
kehormat serta barisan pengiring beliau untuk menjamu selera.

14 Dengan ini berakhirlah sudah perhimpunan khas kita pada hari ini iaitu Susilawati
Pelancaran Majlis back to School 2017. Majlis merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada Yang Berbahagia ACP Hamzah B Hj Alias, Ketua Polis
Daerah Ampang Jaya serta para tetamu yang lain. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai